CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pu3_fiona

Pondok Puaqe pu3fiona 2....layanzz

[Copy link]
Post time 15-9-2009 01:57 PM | Show all posts
rumah pu3 dah close..kita pindah kat sini lak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-9-2009 01:58 PM | Show all posts
hahhaha sekali medang masuk daa........ingatkn balik beraya hehhe...selamat ri raya medang..hehhe
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 01:58 PM | Show all posts
mau is tengok tergoda ni... mesti hati terbelah bagi.. nak anne ke pu3... hehe...
UnicornBerapi Post at 15-9-2009 13:49


is tu tamak abe unic.. dia amik 2-2.... hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 01:59 PM | Show all posts
rumah lama kak pu3.. dah kene sita..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 02:01 PM | Show all posts
mau is tengok tergoda ni... mesti hati terbelah bagi.. nak anne ke pu3... hehe...
UnicornBerapi Post at 15-9-2009 13:49


sure lah dia lebih kat kak pu3..
kite x kesah pon..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2009 02:01 PM | Show all posts
Post Last Edit by pu3_fiona at 15-9-2009 14:16



Tajuk : Rumah berpuaka - sumber angelfire


Kisah terjadi lebih kurang dua tahun yg lalu. Mohd dan isterinya, Maria baru saja berpindah kerumah idaman mereka. Sebuah rumah bungalow dua tingkat dengan permandangan yg indah menghala ke pantai. Inilah saat yg amat dibanggakan oleh Mohd kerana setelah hampir setahun mencari rumah yg sesuai akhirnya ketemu juga, berkat pertolongan ejen rumah nya yg cekap dan tidak berputus asa.

Setelah berkemas barang barang dari dlm kotak Mohd duduk berehat di ruang tamu sambil menonton tv.

"Abang nak kopi?" tanya Maria pada suaminya

Mohd menganggukkan kepalanya lalu tersenyum.

      Mereka berdua berehat sambil berbual bual tentang rumah yg baru sehari mereka diami. Jam didinding menunjukkan pukul 11 mlm, angin sepoi sepoi bahasa meniup ke dalam rumah mereka. Inilah kali pertama mereka dapat rasakan angin laut dari rumah mereka sendiri. Selalunya kalau hendak menikmati angin laut mereka ke tepi pantai, itupun kalau ada masa lapang, maklumlah masing masing selalu sibuk dgn tugas di pejabat.

        "Eh u tak tutup paip air di tandas ye?" tanya Mohd

        "Uh? I tidak ke tandas pun...hmmm" balas Maria sambil cuba mendengar bunyi air, "Eh iyelah, paip air terbuka di tandas....alaahhhhh u pergi tengoklah, i penatlah"

        Mohd bangun dari sofa lalu berjalan ke arah tandas untuk memeriksa paip air. Ternyata sangkaannya betul, paip air ditandas terbuka, air mengalir dgn derasnya. Ketika dia hendak memusing kepala paip itu tiba tiba....

        "jangan tutup!"

        Mohd menoleh ke arah suara yg baru didengarnya, tapi tidak ada siapapun disitu. Dia terus tutup kepala paip tersebut.

        "Aik? U buat apa? takkan tutup air pun lambat?" tanya Maria bila melihat suaminya duduk di sofa.

        TUP!

        Gelap....bekalan elektrik terputus.

        "Wat nowwwwwwww????" keluh Maria

        "Alaah trip lah tu, takper u duduk sini, i cari torchlight" balas Mohd

        Mohd bangun semula, mencari lampu picit yg ada disimpanya di dlm laci di dapur. Sedang dia meraba raba untuk mencari lampu picit, kedengaran bunyi air mengalir dari tandas. Paip air rosak ke? tanya dia didlm hati. Berbekalkan lampu picit ditangan , Mohd terus ke tandas. Sedang dia berjalan, kedengaran bunyi seperti org membasuh baju ditandas. Setapak demi setapak dia melangkah, jantungnya berdegup pantas, dia rasa tidak sedap hati.

        "Kenaper bang?"

        Mohd tersentak dengan teguran Maria,

        "Issss..u nie..aleh alehje timbul"

        "Kenaper bang?...eh?..i thought u dah tutup...." Maria terhenti, matanya terbeliak, dia memandang ke arah Mohd lalu berbisik, "there's someone in there" sambil jarinya menunjuk ke arah tandas.

        "Shhhhhhh..i know" balas Mohd

        Mereka berjalan ke arah tandas dgn perlahan. Maria memegang lengan suaminya...langkah diatur setapak demi setapak hingga mereka tiba di muka pintu tandas. Lampu picit disuluh.....dan alangkah terperanjatnya mereka bila melihat ada seorang perempuan tua duduk di dalam tandas  sedang mencuci baju, badan perempuan itu membongkok ke bawah membelakangkan mereka. Mohd dan Maria terperanjat, mereka tidak berbuat apa apa selain dari memerhatikan perempuan itu yg asyik dgn membasuh. Selang beberapa saat kemudian, perempuan tua itu berhenti, dgn perlahan dia menoleh ke arah Mohd dan Maria yg masih tercegat di situ. Lampu picit disuluh ke muka perempuan itu dan alangkah terperanjatnya mereka bila dapati mata perempuan itu merah menyala dgn titisan darah mengalir keluar. Rambutnya putih panjang mengurai, muka pucat dan bibirnya birat. Satu permandangan yg amat menggerunkan!

Gamabar hiasan         Perempuan tua itu tersenyum menampakkan giginya yg hitam, lalu dgn secepat kilat terapung keudara sebelum menghilangkan diri dengar ilai tawa yg amat kuat.

        Maria pengsan......Mohd gugup, mulutnya terkumat kamit cuba membaca ayat ayat suci yg sudah sekian lama tidak pernah dibacanya. Angin diluar bertiup semakin kencang, halilintar menyambar ruang angkasa diikuti dgn hujan lebat.

   *********************************************************************

        "Memang rumah ini tidak ada pembelinya sudah sekian lama, sebab itu harganya murah, saya minta maaf pada Encik Mohd dan isteri kerana tidak memberitahu lebih awal tentang sejarah rumah ini" jelas Salleh , ejen rumah mereka.

        "Sejarah? Kenaper dgn rumah ini?" tanyer Mohd

        "Sebenarnya, dahulu rumah ini didiami oleh seorang wanita yg tinggal dgn ibunya. Wanita ini membuat ibunya seperti org gaji, setiap hari ada saja kerja rumah yg disuruhnya. Hingga pada satu hari tu waktu ibunya sedang membasuh di tandas, wanita ini yg sememangnya panas baran memukul ibunya lalu ditenggelamkan kepala ibunya ke dalam besen yg berisi dgn air dan kain kain baju yg sedang dicuci. Semua ini kerana ibunya yg uzur lambat membasuh. Hinggalah si ibu yg malang itu mati lemas. Dan wanita ini akhirnya ditangkap dan sekarang meringkuk di dalam penjara....dan selepas peristiwa itu, hampir setiap mlm roh ibunya akan dtg ke tandas itu seakan akan membasuh baju" jelas Salleh.

        Mohd dan Maria hanya terdiam mendengar cerita itu. Walaupunmereka tahu bahawa roh itu tidak berniat jahat, namun mereka telah sepakat untuk menjual saja rumah itu.

Tamat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2009 02:02 PM | Show all posts
elelele anniez.. mana leh lebih pd sorg.. kena adil tau.. klau tak leh adil.. tak leh tamak.. kena cukup dgn bini dia nan sorang tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2009 02:02 PM | Show all posts
ja'att tullll..sangup wat mak sedemikian ruper...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-9-2009 02:03 PM | Show all posts
adusss.disebbkn avvtr ni terjadinya pertikaian....nnti pu3 tempek gambo ongki ler.hhiihihhi
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 02:04 PM | Show all posts
yeah.. kita lepak kat sini pulak.... ini ada 1 cerita..

cerita ni diceritakan oleh kawan seofis abe unic. Abe unic panggil dia Z je, sbb mula huruf nama dia ialah Z. Dulu Z keja kat RHB bank yg kat ngan Central Market tu. Lupa lak jln apa. Z ckp ramai staff yg selalu stay sampai mlm (biasa la bank kan), telah nampak 1 makhluk yg berambut panjang yg bermuka mmg tak lawa, selalu lepak kat 1 tingkat tu.

Disebabkan ramai yg mulai merasa takut, maka diorang telah memanggil sorang ustaz utk tolong nengok-nengokkan apa kebendanya yg suka melepak kat situ tu.

Setelah ustaz tu buat edisi siasat dgn makhluk tu, akhirnya terlerailah sudah persoalan yg sering bermain di fikiran setiap kakitangan RHB Bank kat situ. Rupanya makhluk tersebut adalah makhluk pendatang asing rupanya.

Ada org telah bawak dia dari China rupanya. Itu yg asyik mundar-mandir takde geng tu.. huhuhuhu... sampai situ je citer tu... sbb abe unic lupa dah apa kesudahannya.. hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 02:06 PM | Show all posts
abe unic..wat suspen jer..dari China?ending tak de
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 02:07 PM | Show all posts
tak yah tukor pu3. tomeii dah tu.. sejuk mata memandang..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 02:07 PM | Show all posts
apa laa abe unic.. opening ada. ending tarak..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 02:10 PM | Show all posts
salammm pu3 hanni.. aniz.. ketot.. purple.. uni..

uhuuu da abeh bc neh..nak cite len nextttt


Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 02:11 PM | Show all posts
Assalamu'alaikum n samat ptg sume...

Tahniah di atas pembukaan umah baru.. pecah tanah x wat mejelis pown.. tup2 da ade umah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 02:14 PM | Show all posts
w'salam gen..
wah baru nampak dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2009 02:15 PM | Show all posts
35# nemo0309

w'salam nemo..
ko ni tenggelam timbul..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 02:15 PM | Show all posts
hai nemo.. gen... hehe.. lma tk  nmpak.. tp nemo ni..chipsmore.. hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2009 02:18 PM | Show all posts
xreti wat pecah tanah hahahaha...main bayo jerkk..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 02:20 PM | Show all posts
hehe.. lupa da... byk sgt citer hantu dlm pala otak ni, sampai lupa... ada banyak lagi citer yg mcm ni... lupa ending... hehe.... ok.. 1 lagi citer...

Diceritakan juga oleh org yg sama, iaitu Z. Gini ceritanya. Z ni dok kat Semenyih, rumah teres setingkat. Selang 2 biji umah dari rumah dia, ada 1 rumah kosong. RUmah ni tak pernah ada org tinggal sejak dari mula2 siap lagi. Tak tau la apasal owner dia tak nak tinggal or jual je rumah tu.

Sebelah umah Z ni pulak, cikgu dgn family dia yg tinggal. Disebabkan umah tu kosong, maka jiran2 sebelah selalu la jugak parking keter diorang kat situ.

Sekonyong-konyong pada suatu hari. Ada bbrp jiran Z ni cakap, diorang ternampak ada mcm sorang makcik yg tgh mengintai dari balik tingkap rumah tersebut. Diorang pun hairan la.. rumah tu takde orang.. sapa pulak yg dok mengintai tu.

Pastu.. ada jugak jiran yg lain cerita, masa diorang solat or lepak kat bilik blkg, mereka perasan makcik ni dok mengintai diorang dari balik tingkap. Tapi makcik tu tak buat apa la. Cuma intai aje la.

Disebabkan sstgh org2 di taman perumahan tsb sudah mulai dilanda ketakutan, maka, dgn beraninya cikgu tu tadi, pergi tengok la rumah tu tadi. Saja nak bertanya kabar. Rupa-rupanya, kws blkg rumah tu sebenarnya laluan 'makhluk'2 tu... makcik tu tumpang berehat aje la tu kot...

Dulu depan rumah, tapi cikgu tu dah pindahkan ke blkg rumah....

ABe unic pernah jugak intai rumah tu, kot kot ternampak makcik tu.. tapi tak nampak... hehe... sbb siang hari pun diorang kata, diorang nampak makcik tu.

p/s : yg selalu nampak makcik tu mengintai ialah org yg selalu parking keter dia kat rumah tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.097106 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list