CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: SayangAnakku

Masalah anak menangis yang misteri

[Copy link]
 Author| Post time 8-10-2009 12:45 PM | Show all posts
just sekadar pandangan..

maybe anak tu digifted boleh melihat apa yg kebanyakkan org lain tak nampak..
cuba bertanya pada dia waktu dia menangis tu apa yg dia nampak.. suruh dia discribe detail..  ...
safamm Post at 8-10-2009 11:14



saya dah tanyer....dia cakap ader lembaga hitam besar yang dia nampak dan kacau....mata dia liar la tengok sana sini....umur 6 tahun..kemudian saya suh dia baca ayat quran.......ayatul kursi, alfatihah....sampai dia pun dah hafal sume...sampai ker zikir syifa pun dia hafal.....tapi tiap kali dia nangis dia lupa....kemudian saya remain dier suh baca......paling tak pun saya pegang muka dia baca ayatul kursi kat muka dia....dia tunggu....kemudian selepas saya baca 3x.....saya tanya.... dia cool down la......dalam dia nangis2x tu saya explain la jangan takut kat benda tu.....lawan la baca ayat yg mak ajar...saya cakap.....nanti hangus la orang yang kacau tu.......... ader masa dia ikut....ader masa dia macam panik tau then luper segala yg dia tau.....

kalau dah kes teruk tu...lepas dia muntah baru dier ok....sometime ambik kain tutup2x mata supaya dia tak tengok.......

dia nangis tu macam meraung2x la... ...x tentu masa la.....tapi mostly sebelah petang/malam..... cuma pada masa tertentu... bila dia diam semacam......macam dapat signal dengar sesuatu atau merasa sesuatu tu....dah start la tu.....

baru2x nie mak saya cakap "sianu" tu pandai ubat budak nangis2x....saya cuba jugak.....tengok macam mana....nampak ok jugak la.....tapi kekadang saya tanya jugak.....awak nie sakit ker atau memang perangai macam tu??.....nie time geram2x nie klau dia tak dengar cakap kan main kat luar rumah........sebab time dia ok....memang macam x ingat dier selalu nangis......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2009 01:02 PM | Show all posts
dari kecil ker dia kena?atau bila dah besar...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 01:06 PM | Show all posts
Kesian kat awk...Sabar byk2 ye...

Anak awak ada gifted..cuma dia belum tahu control emosi dan ketakutannye..
Toksah ckp budak yg umur 6 thn, saya pun kalau boleh nampak...mau pengsan...

Terus support anak melawan ketakutannye...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2009 01:08 PM | Show all posts
dari kecil ker dia kena?atau bila dah besar...
akimaru Post at 8-10-2009 13:02


start umur dalam 4 tahun..... sebelum tu saya tak pasti.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 01:11 PM | Show all posts
kalau difikirkan bukan anak awak yang patut diubat..tapi mahkluk tu yang patut dihalau..kalau pergi berubat jgn cerita masalah anaknya dulu..biar org pandai tu yang cerita..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 01:12 PM | Show all posts
kalau mengikut pengalaman saya..ada yang terpaksa terima keadaan tu sehingga dewasa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2009 01:14 PM | Show all posts
selagi lembaga tu tak merosakkan anak awak..awak kenalah menjadi kekuatan pada anaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 02:14 PM | Show all posts
Kaedah Mengesan Gangguan Pada Kanak2
Kanak2 kecil agak sukar untur dibacakan rukyah, berikut adalah panduan bagi mengesan samada anak anda yang berusia di bawah umur 7 tahun mengalami gangguan atau tidak.

Ketika anak anda tidur lakukan langkah-langkah berikut:

1. Ambil wudhuk
2. Letakan tangan anda di bahagian kepala anak berkenaan
3. Baca : Al-fatihah (1x), Ayat kursi (7x), Al-ikhlas, Al-Falaq, An-Nas (3x)
4. Perhatikan tangan & kaki anak anda, adakah bergerak2 semasa bacaan di lakukan.
5. Jika ada... berkemungkinan ada gangguan.

Rawatan:

1. Azankan 7x di telinga anak berkenaan atau
2. Mandikan dengan air yang dibacakan Al-Fatihah, Ayat Qursi, 4Qul

Bila telah di rawat, scan semula... dan ulangi rawatan jika masih ada gangguan.... jika dilakukan berulangkali tetapi masih berlaku... jumpalah dengan mu'allij yang anda yakini.

Selamat mencuba.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2009 03:41 PM | Show all posts
17# talapia

kalu da minta pulut kuning bagai tu,x betul laa tuuuu..ayam sume tu mengarut aaah....jangan ditanya dengr dan observe...kalau orang yang berubat betul2 ni selalunye die baca ayat kuat2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2009 05:00 PM | Show all posts
kalau difikirkan bukan anak awak yang patut diubat..tapi mahkluk tu yang patut dihalau..kalau pergi berubat jgn cerita masalah anaknya dulu..biar org pandai tu yang cerita..
akimaru Post at 8-10-2009 13:11



memang saya tak cerita dulu...sebab saya nak tengok aper orang yang ubat tu cakap...... then segelintir yang cakap macam tu.....tapi .... anak saya nie elok jer...cuma kekadang tu ... tu lah ....tak pasal 2x nangis..... dalam 5-10 minit la..... lepas tu ok...macam tak der aper2x yang berlaku....

kemudian tu kan ini cerita lucu sikit....ader seorang hamba allah nie  yang cakap anak akak nie ... ye lah kan ader istimewa sikit leh tengok telus.....nanti dah besar boleh ubat orang sakit.....kemudian saya jawab slumber jer....saya pun tak tau spontan jer jawab......harap2x begitu lah....  insyaallah boleh jadi doktor kot..... ...dokter kan ubat pesakit.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2009 05:02 PM | Show all posts
Kaedah Mengesan Gangguan Pada Kanak2
Kanak2 kecil agak sukar untur dibacakan rukyah, berikut adalah panduan bagi mengesan samada anak anda yang berusia di bawah umur 7 tahun mengalami gangguan atau  ...
ismiulammraja Post at 8-10-2009 14:14



a'ah...saya pun dah cuba buat rukyah kat dier....tapi xde aper2x reaksi....relex jer dier....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2009 05:09 PM | Show all posts
kalau difikirkan bukan anak awak yang patut diubat..tapi mahkluk tu yang patut dihalau..kalau pergi berubat jgn cerita masalah anaknya dulu..biar org pandai tu yang cerita..
akimaru Post at 8-10-2009 13:11


bermacam 2x cara dah digunakan untuk menghalau...... masih gak follow up....siap pagar memagar rumah dah...bermacam2x jenis bangsa pagar rumah tu....ermmmm

tak tau sama ada saya dah citer atau tak.....ader sorang orang yg ubat tu....kira power jugak lah...kat rumah dier berderet orang tunggu turn....

bila dia ubat, dia tengok dulu.....tengok3x....dia kata anak saya kena sakat....then aper dalam badan anak saya dia buat action macam tu jugak lah....kemudian kan beralih pulak dia kata anak saya nie ader gift dari orang halus.... macam anak saya nie ader geng yang jaga dia la....orang halus tu bagi rantai, gelang,...macam pakaian anugerah raja la camgitu....tapi saya nie yer jer.....saya tak nak la takbur sangat cakap pelik2x kan...kita usaha nak anak kita sihat ......

ader sorang lagi tu....siap mandikan anak saya dengan air santan kelapa la....mandi bunga anak beranak.....kemudian ader yang pakai tepung beras.....iskkk....nie kalau tambah kari nie boleh jadi masak  kari nie....maner tak nyer....putih jer air mandian santan tu..... ....saya ikut jer....lagipun nenek dier yang sponsor jumpa orang tukang ubat tu......
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 05:19 PM | Show all posts
slam tuan umah...

cari org yang pandai menutup pandangan ketiganya buat selamanya atau sementara..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 05:28 PM | Show all posts
Tapikan ader tak perubatan moden yang boleh mengubat penyakit macam nie??? ader sesiapa yang tau tak??.
SayangAnakku Post at 30-9-2009 09:50


takde perubatan moden yg leh ubati...
anak ko dianugerahkan satu kelebihan...
cume tu ler... akan nakutkan dia.. dan merisaukan mak bapak...
ade kenalan aku, anak dia n sepupu dia memang berkebolehan cam anak ko..
so dia terpakse terime je..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2009 08:55 AM | Show all posts
tapikan saya ader terbaca jugak yang xboleh kalau manusia berdamping damping dengan jin nie....x bolehkan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2009 08:55 AM | Show all posts
SJ008: Bolehkah bersahabat dengan orang Bunian dan bolehkah kita berguru dengan orang bunian ini?


Soalan

Ditempat saya, ada orang mendakwa, bahawa dia bersahabat dengan orang bunian, kerana orang bunian ini katanya, jauh lebih Islam dan orang yang alim, jauh mengatasi manusia. Mereka boleh memberi bantuan kepada manusia dan boleh mengajar ilmu tinggi yang dipunyai oleh alim ulama kita. Dato' betulkan dakwaan itu, wujudkah alasan syarak yang boleh menerima dakwaan ini?

Jawapan

Bunian adalah segolongan makhluk halus yang wujud. Mengenai persahabatan dengan manusia, saya merujuk kepada fakta al-Quran. Makhluk halus dicipta Allah untuk hidup dalam masyarakat mereka dengan cara serta kebolehan dan adat resam tersendiri. Makhluk halus berbeza daripada manusia dari sudut rupa bentuk, kebolehan dan keinginan.

Islam menyarankan agar manusia hendaklah bersahabat dengan manusia juga. Kita tidak diharuskan pada umumnya untuk bersahabat dengan makhluk halus.

Saya menegaskan, bahawa saya tidak sampai kepada keputusan muktamad tentang bunian. Saya tidak pasti mereka masuk dalam golongan mana, sama ada qareen, jin, syaitan atau iblis.

Mereka adalah makhluk halus. Namun saya lebih dekat untuk menamakan mereka sebagai qareen. Sebab ia bermakna sahabat atau kawan. Kalau ini boleh diterima, al-Quran menyatakan bahawa makhluk halus ini sanggup menjadi pelindung kepada manusia, tetapi kesanggupan mereka (untuk menolong) lebih banyak mengundang padah.

Firman Allah (mafhumnya), "Dan sesungguhnya telah adalah. lelaki di kalangan manusia meminta perlindungan dan bantuan daripada lelaki jin, maka dengan demikian itu jin-jin ini telah menjadi lebih bongkak, lebih takbur daripada manusia." (Surah al-Jin ayat 6).

Dengan ayat ini kita difahamkan bahawa memang boleh berlaku persahabatan antara manusia dan jin. Tetapi kesan buruknya akan diterima oleh manusia.

Ini ada kaitan dengan jawapan saya terdahulu, dalam peperangan Badar, Suraqah bin Malik yang berjanji menolong kuffar menentang Islam. Yang lari itu bukan Suraqah tetapi iblis yang menyerupai manusia.

Mengenai Qareen, Firman Allah (mafhumnya),"Dan sesiapa yang menjadikan syaitan itu baginya kawan setia, maka dia telah mendapat sejahat-jahat kawan. (Surah an-Nisa, ayat 38).

Secara logiknya, baik bagaimanapun makhluk halus ini, satu masa nanti kita akan berselisih dengan mereka, pada ketika itu, mereka akan melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap kita kerana manusia tidak dapat melihat mereka.

Atau sekurang-kurangnya rasa selesa hidup manusia akan hilang kerana takut kawan yang telah menjadi musuh akan datang melakukan sesuatu tindakan buruk.

Mengenai kehebatan ilmu, saya sukar untuk menerima makhluk halus ini lebih alim daripada manusia. Pada saya makhluk yang terbaik adalah manusia. Jika makhluk halus ini lebih baik, tentulah mereka lebih layak menjadi khalifah di muka bumi.

Dalam alam manusia Allah melantik Nabi dan Rasul menjadi utusan Allah daripada Adam a.s hingga Muhammad s.a.w. Dalam hadis menyebut berapa ramai Rasul dan Nabi dari kalangan manusia.

Nabi Muhammad s.a.w sebagai utusan terakhir adalah Nabi dan Rasul ke semesta alam, termasuk untuk makhluk halus.

Ada disebut dalam beberapa hadis, bahawa Allah S.W.T pernah mengutuskan Rasul dari kalangan jin untuk kelompok mereka sahaja, bukan untuk manusia. Bagaimanapun Rasul itu dibunuh oleh jin pada zaman itu.

Firman Allah (mafhumnya),"Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak Adam dan Kami beri layanan kepada mereka di daratan dan di lautan, diberikan rezeki yang baik-baik kepada mereka dan Kami lebihkan mereka berbanding dengan makhluk lain yang Kami jadikan dengan berbagai kelebihan." (Surah al-Isra' ayat 70).

Ulama besar Sheikh Abdul Wahab as-Sya'rani pernah menyebut dalam kitab-kitabnya bahawa ketika mengajar ilmu agama kepada murid di zamannya, telah ditanya oleh makhluk halus dengan suatu tulisan yang sampai kepadanya.

Surat itu menyebut, "Kami dalam masyarakat jin telah bertanya ulama-ulama besar dari kalangan kami, bolehkah atau tidak Allah S.W.T menganugerahkan kepada makhluk pengetahuan yang sama dengan pengetahuannya ataupun tidak boleh? Kami telah tanya soalan ini kepada ulama kami, tetapi mereka tidak boleh menjawabnya."

Sheikh Abdul Wahab as-Sya'rani menjelaskan, tidak mungkin, Allah tidak akan melakukan seuatu perkara yang berlawanan dengan kekudusannya, iaitu tidak ada apa pun yang sebanding dengan-Nya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2009 09:58 AM | Show all posts
sayanganaku, erm xnak cuba refer tok belagak?...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2009 02:04 PM | Show all posts
spupu kawan fiona mase kecik2 dulu memang camni.. die memang ade 6th sense..
leh nampak bende halus ni.. mase kecik dulu memang nangis sakan la kalu nampak
bende tu.. then lastly parent die anto g skolah agama or pondok (x sure yg mana 1).
skrang ni die dah besar dlam umur belasan lagi la kalu ade org kene skt or ganggu
die tlg la bace kan ayt2 Quran yg die blajo tu..

ade skali tu mase ari gotong royong msak nak kenduri kawin sedare die, biase la
dah ramai2 tu nyembang sakan sampai dah nak maghrib pun stil duk kat khemah.
pastu die ni slamber je sound lbh kurang camni la.. "tu gelak2 sakan sgt dah nak maghrib ni ade bende kat pokok sebelah tu nak join skali, kalu nak kene duk la kat situ.."
ape lagi berebut2 la masuk umah sdare mare yang tgh duk nyembang2 tu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2009 02:16 PM | Show all posts
ehehh....kembar pu3 ke ni..heheh..xpe yg ni shrek jer
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2009 02:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by pu3_fiona at 10-10-2009 10:13
spupu kawan fiona mase kecik2 dulu memang camni.. die memang ade 6th sense..
leh nampak bende halus ni.. mase kecik dulu memang nangis sakan la kalu nampak
bende tu.. then lastly parent die ant ...
shrekfiona Post at 2009-10-9 14:04


baru tau diorang tu....dah nk maghrib xsettle settle lagi berporum
walaupun bukn kat board ni huhuhuhu.....
dh kene terjah baru tau...nk lari sana sini,...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.453969 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list