CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: selimutpurple

5 Rumah Paling Berhantu Di Amerika

[Copy link]
 Author| Post time 22-11-2009 12:21 AM | Show all posts
Cimut....Kat Malaysia  takder ke umah2 berhantu ni...kasik bikin satu thread sama mcm yg ni...

salah satunya mungkin Highland Tower la kan...
medangmru Post at 21-11-2009 08:16

mokeh abg med... selimut akan usahakan yer... 
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2009 12:22 AM | Show all posts
19# selimutpurple

kan.. selimut tgk x crita ni...

mula2 ske gak tgk

tp makin lama mcm merepek skit

but still sosi tgk jgk.. sbb dua2 tuh ganteng banget
sosimple Post at 21-11-2009 23:47
selimut x dapat nak ikot la... kenen keje.. ag pown cerite dia dah x interesting lagi... musan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2009 12:25 AM | Show all posts
nie update untuk cerita no 1...

RUMAH berhantu Winchester di Amerika Syarikat.
« on: October 07, 2007, 09:34:33 AM »       

Penyelidik percaya kewujudan makhluk paranormal disebabkan roh penghuni terdahulu enggan meninggalkan alam dunia untuk ke alam barzakh

BERLAKU beberapa kejadian aneh yang dilaporkan di Winchester House, sebuah rumah agam di bandar California, Amerika Syarikat (AS), sejak bangunan itu dibina pada lebih 120 tahun lalu iaitu pada 1884.

Pekerja dan pelawat yang memasuki rumah besar itu tidak saja merasakan seolah-olah kehadiran mereka sedang diperhatikan sesuatu entiti yang tidak dapat dikenal pasti tetapi tatkala dalam ketakutan, mereka dihantui pelbagai fenomena aneh lagi menyeramkan.

Kedengaran bisikan suara misteri tanpa punca, bunyi tapak kaki sedang bergerak sedangkan tiada siapa yang kelihatan, pintu dan tingkap terhempas serta tombol pintu dipulas dengan sendirinya.

Mereka juga terlihat kelibat aneh lembaga tertentu berlegar di dalam rumah itu selain secara tiba-tiba saja pekerja atau pelawat merasa sejuk tanpa sebab sehingga meremangkan bulu roma, tatkala berada dalam kediaman berkenaan.

Winchester House yang memiliki sejarah pelik berhubung pembinaannya adalah satu daripada ribuan kediaman berhantu yang dilaporkan wujud tidak saja di AS, malah di seluruh dunia.
KELLIE'S Castle antara momokan kononnya rumah berhantu di Malaysia.

Fenomena rumah atau bangunan berhantu sering kali dikaitkan dengan kewujudan makhluk halus atau entiti paranormal di dalamnya. Kebanyakan makhluk mistik itu wujud selepas berlakunya peristiwa tragik dan kejam seperti pembunuhan atau kemalangan maut terhadap bekas penghuni sesebuah kediaman.

Kewujudan makhluk halus di dalam kediaman terbabit kemudian menyebabkan berlakunya gangguan atau aktiviti paranormal yang menakutkan penghuni baru - mereka akan terlihat kelibat lembaga atau bayangan tertentu, kedengaran suara atau bunyian tanpa punca selain peralatan tertentu bergerak dengan sendirinya.

Kisah momokan mengenai rumah atau kediaman berhantu melintasi sempadan benua dan negara kerana ia terdapat hampir di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Sesetengah penyelidik percaya kewujudan makhluk paranormal itu disebabkan 'roh' penghuni terdahulu enggan meninggalkan alam dunia dan kediamannya untuk menuju ke alam barzakh atas sebab-sebab tertentu.

Selain itu, dalam budaya Melayu, gangguan hantu di sesuatu bangunan turut berlaku apabila pemilik saka menemui ajal menyebabkan jin peliharaannya merewang dan mendatangkan gangguan terhadap keluarga atau manusia lain.

Dalam kes Winchester House, kalangan psikik mendakwa kediaman itu menempatkan banyak roh atau 'semangat' di dalamnya menyebabkan berlakunya pelbagai kejadian aneh angkara entiti paranormal berkenaan.

Hakikat itu disokong sendiri sejarah pembinaan rumah terbabit apabila ia dikatakan dibina bagi menempatkan roh orang mati.

Pemilik pertama rumah itu, Sarah Winchester pada mulanya memiliki kehidupan yang bahagia bersama keluarganya yang hidup mewah hasil perusahaan syarikat pembuatan senjata api milik suaminya.

Akan tetapi, secara tiba-tiba pelbagai musibah menimpa dirinya. Anak perempuannya, Annie meninggal dunia pada 1866 diikuti suaminya pada 1881. Daripada seorang psikik, dia diberitahu yang keluarganya sudah disumpah untuk bernasib malang oleh roh orang mati yang menjadi mangsa senjata api keluaran syarikat suaminya itu.

Psikik itu memberitahu bahawa 'ribuan manusia sudah mati akibat ditembak senjata api keluaran syarikatnya dan sekarang roh mereka sedang berusaha untuk membalas dendam'.

Bagi menghentikan sumpahan itu, Sarah diberitahu yang dia perlu berpindah ke barat serta membina kediaman untuk dirinya dan untuk roh mangsa pembunuhan terbabit. Dia tidak boleh berhenti membina rumah berkenaan atau sumpahan itu akan kembali mengejarnya dan Sarah akan mati.

Sejak itu, Sarah berpindah ke California dan mula membina Winchester House tanpa henti, kerja pertukangan dan pembinaan memakan masa 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu selama 38 tahun sebelum wanita itu meninggal dunia.

Daripada sebuah rumah yang kecil, Winchester House akhirnya menjadi sebuah istana atau kota kecil disebabkan proses pembinaannya yang tidak pernah berhenti. Selepas kematiannya, rumah itu kini menjadi antara tapak bersejarah bagi California selain lokasi tumpuan pelancong.

Selain fenomena paranormal, jumlah bilik di dalam kediaman berkenaan turut menjadi misteri kerana jumlahnya berbeza setiap kali ia dikira. Pada suatu ketika, didapati jumlah biliknya adalah 148 tetapi apabila dikira pada waktu lain, jumlah itu menjadi 160 pula.

Selain Winchester House, rumah berhantu turut terdapat di negara kita antaranya Kellie's Castle di Perak selain puluhan rumah usang yang ditinggalkan di seluruh negara.

Membincangkan persoalan rumah hantu, sesetengah penyelidik menyatakan bahawa pihak yang mendakwa mengalami gangguan mistik mungkin mengalami keracunan gas karbon monoksida sehingga menyebabkan mereka mengalami gangguan emosi, keletihan dan berhalusinasi.

Dalam satu kes, pakar mata, Dr William Wilmer, menceritakan pengalaman pesakitnya pada 1921 dalam Jurnal Ophthalmology: "Encik dan Puan H berpindah ke rumah baru apabila mereka mengadu sakit kepala dan keletihan. Di rumah itu, mereka mula mendengar bunyi loceng dan tapak kaki bergerak pada waktu malam. Seterusnya mereka mula merasakan kewujudan kelibat misteri.

"Siasatan kemudian mendapati pemilik rumah sebelum mereka turut mengalami pengalaman sama. Akhirnya, didapati simpton itu berpunca daripada kebocoran gas karbon monoksida daripada relau di dalam rumah berkenaan. Selepas relau itu dibaiki, pasangan berkenaan tidak lagi mengalami 'gangguan' berkenaan," jelas laporan itu.

Oleh Nasron Sira Rahim
[email protected]
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2009 07:21 AM | Show all posts
yang penjara tu, aku rasa macam ada dalam filem

'the rock'..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2009 11:48 AM | Show all posts
pergi ke muzium-muzium, kan banyak kat sana..

kroit gi rombongan sekolah ke Muzium Negeri Sembilan tahun 2007 dulu,
ada model rumah lama, pintu masuk kecik, kroit dah ler besau.
masuk dalam tu berdua dengan kawan kroit.. jalan2 dalam umah tu tengok senibina rumah..
tiba2 jek, ada mende kasi "signal" kat kroit.. kroit terjemahkan ek,
"Saya dah balikk..",
tu terjemahan kroit, kroit ajak kawan kroit keluar terus, cakap kat dia, benda tu dah balik, jum keluar..
pastu ada plak cikgu-cikgi ramai2 datang masuk.. fuh, berani sket nak explore umah tu..
tapi dapat rasa ar benda tu ada.. ye lar kan, rumah terbiar, mesti ada benda duduk.. nama muzium..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2009 05:31 PM | Show all posts
pergi ke muzium-muzium, kan banyak kat sana..

kroit gi rombongan sekolah ke Muzium Negeri Sembilan tahun 2007 dulu,
ada model rumah lama, pintu masuk kecik, kroit dah ler besau.
masuk dalam tu ...
kroit92 Post at 22-11-2009 11:48
naper kroit x cakap balik.. saya nak melawat jerk... mesti dia bagi punya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2009 12:15 PM | Show all posts
2. The Amityville Horror
aku penah baca pasai rumah ni
mmg horer la kisah dia
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2009 01:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by selimutpurple at 20-11-2009 18:59

5 Rumah Paling Berhantu Di Amerika

1. The Winchester Mystery House  
http://i893.photobucket.com/albums/ac133/selimutpurple/antu/1. ...
selimutpurple Post at 20-11-2009 18:57


dkt2 ngn rmah ak ade rmh kosong. lme da org x tinggal situ. dlu ak nk g tuisyen rmh cg mmg srm laa lalu situ. dh laa semak bnyk, mjur da dbersihkn da (sket je tp). klu nk lalu kt jln len, ade hutan. mmber2 ak ade cite mcm2 sal umh tu, tp ak x dgr ane psl x brp bminat. tgk laa nnt ak tny smule...heheheeh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-11-2009 05:25 PM | Show all posts
dkt2 ngn rmah ak ade rmh kosong. lme da org x tinggal situ. dlu ak nk g tuisyen rmh cg mmg srm laa lalu situ. dh laa semak bnyk, mjur da dbersihkn da (sket je tp). klu nk lalu kt jln len, ade huta ...
ratuaneeqa Post at 28-11-2009 13:18
ooo... umah akak nie kat amareka la ek?... best sungguh....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2009 05:33 PM | Show all posts
2. The Amityville Horror
aku penah baca pasai rumah ni
mmg horer la kisah dia
atreyu05 Post at 23-11-2009 12:15

mang tol .. nie filem adaptasi dari kes tersebut..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2009 04:58 PM | Show all posts
Saintis minta orang ramai hantar gambar hantu


GAMBAR yang dirakam oleh Summers menunjukkan wajah kanak-kanak (dalam bulatan) di celah paha seorang rakannya.


LONDON - Sekumpulan saintis mengundang orang ramai menghantar koleksi gambar hantu kepada mereka bagi merungkai misteri paranormal, lapor sebuah akhbar semalam.

Saintis-saintis tersebut meminta orang ramai menghantar gambar itu supaya mereka boleh melakukan kajian teliti mengenai imej hantu.

Projek itu adalah sebahagian daripada program Festival Sains Edinburgh.

Satu daripada foto yang paling pelik diterima kumpulan itu dirakam menggunakan kamera telefon bimbit oleh seorang remaja, Matthew Summers, 17, pada tahun lalu.

Gambar sekumpulan rakan yang dirakamkan Summers menunjukkan kepala seorang kanak-kanak menjulur keluar dari celah paha seorang rakannya.

Sejumlah gambar hantu boleh dilihat oleh orang ramai di laman web http://scienceofghosts.wordpress.com.



RAMBUT wanita ini menunjukkan wajah seorang perempuan.


Seorang pakar psikologi yang mengkaji hantu, Profesor Richard Wiseman yang mengetuai kumpulan itu berkata: "Kadang-kadang anda melihat muka dalam keadaan samar-samar tetapi ia sebenarnya permainan cahaya.

"Otak manusia diprogram untuk melihat muka. Keadaan itu berlaku kerana wajah manusia adalah perkara paling penting yang dapat dilihat di sekeliling kita."

Menurutnya, sepuluh peratus daripada populasi mempunyai pengalaman melihat hantu.

Namun, katanya, tidak ada mana-mana pihak yang melakukan kajian berhubung bentuk pengalaman yang dihadapi oleh mereka yang pernah melihat hantu.

"Kita mengetahui hantu cenderung untuk dilihat sebagai satu bentuk jasad dan hanya mendedahkan diri sebagai hantu sebenar apabila ia melakukan sesuatu seperti berjalan menembusi dinding," katanya. - Agensi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2009 05:03 PM | Show all posts
Gambar hantu disahkan tulen


IMEJ hantu yang dirakam di istana lama Tantallon di North Berwick pada Mei lalu.


LONDON - Sekeping gambar yang dirakam jurufoto amatur memenangi hadiah terbaik pertandingan imej seram dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Sekumpulan pakar yang menilai foto Christopher Aitchison mendapati gambar seorang wanita tua menjulurkan kepalanya dari istana lama Tantallon di North Berwick adalah tulen.

"Saya merakam gambar itu pada pukul 3 petang pada Mei lalu. Ketika itu saya tidak menyedari ada pelawat atau sesiapa di dalam gambar sehinggalah tiba di rumah," katanya.

Menurut Aitchison, petugas di istana lama yang terletak di England Timur itu mengesahkan tidak ada majlis atau sesiapa berada di lokasi gambar itu dirakam.

Gambar rakaman Aitchison itu diundi oleh panel hakim sebagai imej terbaik daripada lebih 250 gambar yang dihantar kepada penganjur Festival Sains Antarabangsa Edinburgh.

Hampir 250,000 pengundi Internet turut memilih gambar tersebut sekali gus menjadikan imej Aitchison berada di tempat teratas dengan 39 peratus percaya imej wanita tua itu ialah hantu.

Bagaimanapun, ada juga pengundi berpendapat imej tersebut ialah seorang pengunjung atau pantulan cahaya.

Gambar kedua terbaik ialah sekeping foto yang menunjukkan imej yang didakwa hantu pada cermin pandang sisi sebuah kereta mewah. - Agensi - kosmo.com.my
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.346379 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list