CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sakura_ungu

Dia dan Satu Impian

 Close [Copy link]
Post time 25-3-2010 02:27 PM | Show all posts
jadilah seorg yg penyabor......

next..next..next..
Jaza2008 Post at 25-3-2010 14:06


amboi...penyabor ler sesangat....next next next ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2010 02:29 PM | Show all posts
Wardah menarik nafas lega. Alhamdulillah,ucapnya dalam hati. Wafiyyah dah selamat sampai. Terbayang di fikirannya Wafiyyah yang sentiasa ceria dan bersemangat. Berbeza dengan dirinya yang adakalanya kurang keyakinan untuk melaksanakan sesuatu tugas. Moga dia sentiasa selamat dan gembira di sana walaupun tanpa aku di sisi menemaninya. Wafiyyah pergi ke London bukannya sekejap, tetapi untuk 3 ke 4 tahun lamanya. Suatu jangka yang agak lama.

Membaca email Wafiyyah seakan memberi satu kekuatan baru padanya. Dia memanjangkan leher, mencari Haikal di mejanya. Haikal sedang bercakap di telefon, kelihatan begitu serius sekali. Dia tersenyum sendiri.

Sebulan yang lalu, dia baru tiba di pejabat ini. Terkial-kial di lobi, mencari petunjuk untuk naik ke tingkat 15, Menara Best One Holdings. Masih teringat di mindanya, betapa perasaan tidak percaya membelenggu dirinya kerana diterima menjadi sebahagian dari warga kerja Best One Holdings, salah sebuah syarikat pengedar kereta import paling berjaya di Malaysia. Walaupun hanya bekerja sebagai eksekutif di Unit Penerbitan dan Percetakan tetapi itu sudah cukup membuatkannya bangga. Ingat senang ke nak kerja kat sini, syarikat gergasi ini? Dia terpaksa bersaing dengan lebih 200 calon yang lain hanya untuk bekerja di unit ini. Unit kecil tetapi meriah. Encik Iskandar, ketuanya yang agak sporting walaupun kekadang tegas, Haikal, senior executive yang kacak dan paling menjadi perhatian di kalangan staf Best One Holdings, Asyakirin yang periang, Zul yang suka mengusik, Fahmi yang kreatif dengan rekaan multimedia serta Suraya, PA kepada En. Iskandar. Merekalah antara yang paling mengamatkan suasana pejabat bersama staf yang lain, sehingga membuatkannya lupa segala masalah yang melanda.

"Senyum sorang...dah dapat idea ke?" Entah bila Haikal terpacak di hadapan mejanya, dia sendiri pun tak menyedarinya. Wardah terkulat-kulat sejenak.

"Ok....aku tau idea dari kau, pastinya menarik,"Haikal tersenyum lagi. "Jom discuss dalam meeting room,"

Wardah terkial-kial cuba menyusun ayat, tetapi Haikal sudahpun melangkah ke bilik mesyuarat. Dia terdengar Asyakirin ketawa kecil lalu menjeling ke arahnya. Fahmi buat bodoh lagak, namun sempat tersenyum memperli tatkala dia bingkas. Sengal! desis hatinya. Apa idea nak aku lafazkan pada Haikal ni?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 02:39 PM | Show all posts
Crite baru ni menarik.  Uda xsabao nak n3.
next next next
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 03:44 PM | Show all posts
cepat letak n3 lagi....dah dpt rentak cha cha dlm cerita ni turuskan sehingga org dpt rentak samba pule he he he he best best
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 03:49 PM | Show all posts
kan dah kata tak der yg boleh sabornye... hehehehe... next..next...next...next
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 04:01 PM | Show all posts
wah.. cita baru.. sakura chayuk!! chayuk!! aja!! aja!! fighting
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2010 05:09 PM | Show all posts
citer sakura sgt best
mcm penulis professional
teruja nak baca lagi
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 05:21 PM | Show all posts
citer sakura sgt best
mcm penulis professional
teruja nak baca lagi
sang_arjuna Post at 25-3-2010 17:09


smiley tu le yang akak discuss dgn kay.... ada gaya.. cik sakura ni cam pro je he he he
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2010 05:25 PM | Show all posts
sorang lg penulis yg blh tarik ramai pembaca..
hrp2 n3 pun pun berterusan yer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2010 05:35 PM | Show all posts
Bahagian 2

*******************************************************************

Jam sudah merangkak ke pukul 3.30 petang tetapi dia masih di situ, di salah satu kerusi batu di tepi Forest Field, padang yang luas dan sebahagiannya ditumbuhi pokok maple. Dingin cukup mencengkam diri, mengigit sehingga ke tulang sum sum dengan suhu mencecah 12 darjah celcius. Namun itu sedikitpun tidak menjejaskan dirinya untuk terus bertapa di situ. Nun di tengah padang, sekumpulan remaja kelihatan bermain bola sepak dengan gembiranya tanpa menghiraukan kesejukan yang melanda, sambil disorak oleh sekumpulan kanak-kanak dan gadis yang menjadi penonton tidak rasmi. Adakalanya mereka menjerit kegembiraan, cukup meriuhkan suasana Forest Field yang semakin merangkak ke senja.

Dia cukup senang dengan suasana ini. Meskipun dingin melanda, namun fikirannya seakan bebas melihat gelagat remaja itu, sambil ditemani pohon-pohon maple yang luruh daunnya dan daun kekuningan penuh di atas padang, dengan angin sejuk bertiup menyentuh pipi. Suasana yang cukup menenangkan dirinya.

"Zafran!"

Dia menoleh. Fuad berdiri di belakangnya, sekadar mengenakan T-Shirt dibaluti dengan cardigan berwarna coklat lembut. "Tak nak balik dah ke?"

Dia tersenyum. "Kejap lagilah aku balik,"

"Turn kau masak malam ni tau,"

"Iye..aku tau,"

Fuad menarik nafas, jelas kedengaran dia kesejukan. Dia melangkah hampir lalu melabuhkan punggung disisinya. Zafran melirik ke arahnya untuk seketika sebelum kembali menonton persembahan bola sepak tak rasmi. "Sejuk nih, balik la,"

"Kau masih fikirkan perkara tu?"
"Dari pagi tadi,"
"Dah cuba call dia lagi?"
Zafran mengeleng. "Aku tahu kalau aku call dia berulang kali pun dia takkan angkat,"
"Bila dia balik Malaysia?"
"Ikutkan, malam Rabu nanti. Tapi dia bertolak dari Paris dengan kakak dia,"
"Ke Paris?"
"Aku tak tau bila dia ke Paris tapi rasanya mungkin malam Ahad nanti," Zafran menarik nafas. Terbayang di wajahnya, seorang gadis bertudung litup, berwajah tenang seindah namanya, Ainul Mardhiah.

Mereka berdua sama-sama terdiam. Sunyi melimpahi suasana. Hanya kedengaran suara teriakan remaja yang masih leka dengan permainan mereka. Sesekali desir angin kedengaran, meniupkan kedinginan ke pelusuk Nottingham.

"Kau redha ke dengan perkara ni?" suara Fuad tenang.
Redha? Semalam dia melafazkan yang dia redha, tetapi hakikatnya?
Zafran menghela nafas lagi. 5 tahun menyulam mawaddah, mampukah dia redha dengan keadaan ini? Tergugat jiwanya setiap masa setiap detik. Sewaktu berada dalam dewan kuliah di Jubilee Campus, dia terfikir akan perkara itu. Suara pensyarah bergema memenuhi ruang tetapi seakan hanya tinggal gemaan sahaja. Menyusuri jalan kecil sepanjang kampus pulang ke Derby City, dia terfikir akan perkara itu. Duduk di rumah menghadap buku dan nota, hanya perkara itu menghantui mindanya. Kerana itu dia berjalan kaki ke Forest Field, menghabiskan masa dari Asar tadi sehingga ke saat ini untuk melupakan perkara itu. Redha kah dia sebenarnya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2010 06:01 PM | Show all posts
Fuad terbatuk, memecah kesepian suasana, mengembalikan dia ke alam nyata. Zafran bingkas, menghadap teman serumahnya itu. "Jom balik. Kau tu dah demam tak kebah lagi, nak merayap sampai ke sini pulak,"
"Mujur kau lepak kat sini je. Kalau kau melilau sampai ke Wollaton Park, tak kuasa aku nak pergi ke sana," Fuad turut bingkas, berpeluk tubuh. Dingin semakin mencengkam, tetapi tidak mampu mendinginkan hati dan perasaanya saat ini. Zafran sekadar tersenyum. Mereka berdua mula melangkah, meninggalkan kumpulan remaja yang masih galak bermain meskipun mentari mula perlahan-lahan menyembunyikan diri.

"Zaf,"
"Hurm..."
"Redhalah. Itu keputusan dia. Kalau dia tahu kau tak redha dengan kebahagiaan dia, dia mesti kecewa,"

Zafran kelu sejenak. Kakinya berhenti melangkah. Kata-kata Fuad cukup menusuk hatinya. Bahagiakah Ainul Mardhiah? Agak lama kemudian barulah dia bersuara, pedih. "Lima tahun, Fuad. Lima tahun. Bukan satu tempoh yang lama,"

Fuad mendiamkan diri, merelakan temanya bercerita. Dia tahu, Zafran perlu meluahkan segala-galanya setelah apa yang berlaku semalam.

Zafran menghela nafas panjang. "Aku ke sini, ke Nottingham bukan untuk main-main. Kau pun tahukan. Perjuangan kita sama. Aku cuma minta dia tunggu untuk satu tempoh masa sahaja. Tapi...." dia terhenti sejenak. Kehilangan kata-kata untuk seketika. "Tapi dia...dia tak mampu untuk itu. Tak mampu untuk menunggu aku," Ainul Mardhiah terbayang di matanya kini.

"Zaf.." Fuad menyentuh bahunya perlahan. Dia mengangguk. "Don't worry. I'm OK," ucapnya lirih. "Lagipun, tak semua wanita sanggup menunggu bertahun lamanya kan?" Dia mengukir senyuman pahit.

Fuad juga tersenyum nipis, mengangguk. Mereka berdua berbalas pandangan sebelum Zafran menepuk bahunya.

"Baliklah. Aku nak masak,"

Mereka berdua mula beriringan pulang, meninggalkan Forest Field jauh ke belakang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2010 06:28 PM | Show all posts
Bahagian 3

*************************************************************

Wafiyyah terjaga dari tidur apabila terasa sesuatu yang lembut mengenai wajahnya. Dia terpisat bangun, dan mengecilkan mata, silau dengan cahaya lampu bilik.

"Oppssss...sorry! I thought there's nobody in here," Kedengaran suara comel, memenuhi ruang biliknya, membuatkannya tersentak. Kepalanya terasa pening sejenak. Dia mengosok matanya dan cuba memandang ke hadapan.

"Maaf..." seorang gadis bertudung biru lembut menghampirinya. Dalam keadaan mamai, dia cuba mengecam wajah gadis itu. Tidak dikenalinya.

"Wafiyyah.." Kepala Kak Husna terjengul di pintu bilik. "Sorry menganggu tidur Fiyah,"
"Erm..." Wafiyyah masih terasa pening. Mengantuk mencengkam dirinya lagi. Dia melirik jam di tangan. Pukul 5.00 petang. Dia menoleh ke luar tingkap di atas katilnya. Gelap gelita. Mak aiiii! Dah tengah malam ke??

"Tengah cuba nak adjust time tidur la ni ye," Gadis bertudung biru itu tersenyum. "Maafla menganggu,"
"Tak apa," Wafiyyah tersipu sejenak. Malu rasanya tidur di waktu itu. Tetapi rasa mengantuknya tidak dapat ditahan. Nampak gaya dia memang kena belajar mengubah waktu tidurnya. Sekarang di Malaysia adalah tengah malam, kerana itu rasa mengantuk menyerangnya dengan begitu hebat sekali.

"Saya Fadhila, student Imperial College jugak. Second year," Salam dihulur. Wafiyyah menyambutnya sambil tersenyum.
"Saidatul Wafiyyah,"
"First time datang London?"
"Yup.." Dia mengangguk.
"Macam mana? Ok rasanya,"
"Setakat ni alhamdulillah, ok. Semuanya berjalan lancar,"
"Pendaftaran petang tadi macam mana?"
"Alhamdulillah...baik,"

Kak Husna menjenguk lagi di pintu. "Jom dinner. Akak dah masak lauk special," Dia melangkah masuk ke dalam lalu melabuhkan punggung di hadapan mereka berdua.

"Kak Husna, inilah penganti Fatihah ye?" Fadhila bersuara, membuatkan Wafiyyah terpinga sejenak.
"Ha ah. Fiyah, inilah nanti teman serumah Fiyah. Rumah selang sebuah dari rumah akak,"
"Oooo..." Sekali lagi rasa syukur tersulam di hati. Lega rasanya. Kak Husna telah mengatur segala-galanya, dari saat dia menjejakkan kaki ke Heathrow Airport pagi tadi sehinggalah malam ini, Kak Husna mencurahkan segala bantuan yang dia mampu. Dari pendaftarannya sehinggalah ke rumah sewa, Kak Husna telah menyelesaikan dengan baik. "Terima kasih banyak Kak Husna,"ucapnya terharu.

"Sama-sama,"Kak Husna tersenyum. "Jangan ingat sangat benda tu. Perkara kecil je. Kita hidup di perantauan, kenalah saling tolong-menolong kan? Jom makan dulu!"

"Ok..." Dia mengangguk sebelum bingkas. Fadhila dan Kak Husna keluar sambil bercakap sesuatu, meninggalkannya seorang diri. Dia menapak ke tingkap. Menatap Lapworth Court dalam kegelapan malam. Lampu jalan cerah mewarnai suasana, menampakkan rumah-rumah dan kereta di luar sana. Dia termangu seketika. Seakan masih tak percaya yang dia kini berada di London. Sejenak dia teringat pada Wardah.

Alangkah indahnya jika saat ini boleh dikongsi dengan Wardah, desis hatinya sebelum mencapai tudung yang tersangkut di belakang pintu lalu melangkah keluar, menyertai keluarga Kak Husna dan Fadhila.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 10:39 PM | Show all posts
sakura.. wafiya n wardah nie adik-beradik ker... ker kawn baik.... jalan cerita yg menarik..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 10:56 PM | Show all posts
Baru habis baca!!!
1)Best
2)Profesional writer
3)Banyak betul perkataan baru yg aku kutip
4)Nak lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2010 08:20 AM | Show all posts
Sakura ku... ari nih jangan lupa sambung... panjang2 yekk...;););)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2010 09:13 AM | Show all posts
****************

Wardah membuka pintu rumah, seraya memberi salam. Sunyi sepi menyambut dirinya. Dia melangkah masuk, kembali mengunci pintu sambil menebarkan pandangan. Ruang tamu rumah sepi, hanya ada sofa dan tv yang kaku. Kipas tidak bergerak. Meja makan bersebelahan ruang tamu juga kemas tidak berusik. Tetapi lampu terang benderang menyuluh suasana.

Syifa keluar lagi kot, desis hatinya sambil menjeling jam di dinding sebelum melangkah masuk ke bilik. Pukul 10.30 malam. Ke mana la Syifa memalam buta nih? Mungkin keluar dengan tunangnya, atau kawan-kawannya.

Dia membersihkan diri, bersolat dan selesai bersolat, dia menadah tangan, berdoa dengan sepenuh hati. "Ya Allah, lindungilah Wafiyyah walau di mana jua dia berada. Tetapkanlah hatinya agar sentiasa berada di atas landasan-Mu. Moga dia pergi dan kembali dengan selamat,"

Tenang rasa hatinya setelah berdoa. Terubat seketika rindunya. Wafiyyah pergi ke sana tak sampai seminggu tetapi rindu padanya padat memenuhi sanubari dan jiwanya. Dia bingkas bangun, menanggalkan telekung yang dipakai dan menghampiri notebook di atas meja. Seperti yang dijangka, email dari Wafiyyah memenuhi inbox.

Salam dari Lapworth Court,

Aku dah register petang semalam. Sekarang mesti dah malam kat Malaysia kan? Aku terpaksa adjust time tidur sebab semalam lepas lawatan di Imperial, aku terus terlelap di rumah. Sedar-sedar je dah pukul 5.00 petang. Haha...malamnya jadi burung hantu pula. Aku terpaksa minum susu dan baca buku sehingga ke jam 2 baru dapat terlelap. Seksa jugak jadinya.

Kak Husna rupanya dah carikan aku rumah. Aku akan tinggal selang sebuah rumah darinya, di Lapworth Court ni jugak, bersama kakak senior 2 orang. Maya jugak kemungkinan nak sewa sekali, sebab rumah yang sepatutnya dia sewa di Westbound Park agak mahal. Sewa rumah 500 pounds, rasanya dah cukup murah dan rumah pun lengkap dengan dapur dan fully furnished. Berjalan kaki selang 30 minit ke Imperial. Exercise la jugak nih. Tapi kalau duit loan dan masuk nanti, plan nak beli basikal. Senang nak pergi ke mana-mana.

Kelasku akan bermula lusa. Jadi malam nanti Kak Husna nak bawak aku pergi beli keperluan. Hari ni nak senior nak bawak keliling London. Cuti-cuti London la ni. Malam lusa pulak ada majlis suai kenal. Kak Husna kata kemungkinan besar student malaysia dari Surrey dan Nottingham turun padang sekali. Menarik la ni, kiranya aku tak ada la berseorangan di sini.

Bila duduk seorang dalam bilik ni, aku tetiba rasa sunyi. Kalau kau ada, boleh la kita bersembang lama kan. Nantikan handphone ku nanti...hehehe.

Doakan aku di sini selalu ya.

Love you Wardah!

Your lovely sister,
Wafiyyah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2010 09:35 AM | Show all posts
Sakura.....welcome on board....bling ngan detox...c i told u
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2010 09:47 AM | Show all posts
Bahagian 4


***************************************************************************

"Idea yang menarik!" Haikal bersuara lantang, mengejutkan Wardah. Hampir dia terjatuh dari kerusi dibuatnya.

"Apa yang menarik?? Nak bagi idea ni pada Encik Is? Pastu free kena bambu macam semalam," Dia mengeleng pantas.

"The Golden Month. Menarik la tu. Sesuai sangat dengan tema kereta Alfa Romeo yang baru sampai ni," Haikal bingkas, menghampiri white board lalu menconteng perkataan golden month sebesar yang mungkin, seperti boleh dilihat dari jarak 30 km.

"Alfa Romeo tu warna kuning. Should be month of  yellowness," Wardah mengangkat kening, tersenyum. Haikal berpaling,memandangnya dengan rupa pelik. "Tak tak...aku suka yang ni. Aku nak jumpa Encik Is dulu," Tanpa sempat Wardah menahan, Haikal pantas melangkah keluar, meninggalkannya terkulat sendirian di bilik mesyuarat. Dia mengeleng kepala sambil tersenyum sendiri. Semangat betul pakcik ni, gerutunya dalam hati. Sepanjang hari semalam mereka berdua berbincang tema yang sesuai. Setelah merasakan idea mereka cukup bernas untuk dipersembahkan, Encik Iskandar pula mengamuk, menolak mentah-mentah idea mereka. Dan pagi ini mereka berdua terpaksa duduk semeja sekali lagi, berbincang dan berbincang.

"Err...." Wardah tersentak, menoleh. Haikal terjengul di muka pintu. "Lunch together nanti, pukul 1. Ok?"
Tanpa menunggu jawapannya, Haikal kembali menghilang. Wardah termangu sejenak. Lunch dengan Haikal??




      "Dia ajak kau lunch sekali?" Asyakirin terbeliak memandangnya.
"Yes...dan kau mesti ikut sekali," Wardah tidak mengalihkan pandangan dari komputernya. Ada email dari West Coat Asia Holdings, berminat untuk membeli pakej pengiklanan majalah mereka.
"Kenapa pulak aku nak kena ikut sekali?" Asya memuncungkan mulut. "Dia ajak kau seorang je la,"
"Aku tak cakap aku nak pergi dengan dia seorang kan," Dia menekan butang print, menunggu beberapa saat sebelum mencapai kertas di mesin pencetak dan menghulurkannya pada Zul yang kebetulan melintasi mejanya. "West Coat Asia nak beli ruang iklan,"
"Beres!" Zul mencapai kertas tersebut sambil tersenyum. "Aku ikut sekali boleh? Tak menganggu korang berdua, aku ngan Asya je nanti,"
"Ikut je!" Wardah bingkas, menuju ke meja Fahmi yang tekun menghadap komputer. Malas nak mendengar celoteh Zul. Makin dilayan makin jadi pula dia nanti. Dia melirik ke meja bersebelahan Fahmi, meja Haikal. Masih kosong. Haikal masih berada dalam bilik Encik Iskandar rupanya. Lamanya, desis hatinya. Mungkinkah idea kami ditolak? Mudah-mudahan tidak. Bukakanlah pintu hati ketuaku itu Ya Allah, doanya. Tak larat rasanya nak berfikir idea demi idea lagi.
Sedang asyik berbincang dengan Fahmi mengenai rekaan untuk iklan, Haikal melangkah keluar dari bilik Encik Iskandar. Wardah berdiri, memandangnya. Wajah Haikal kelihatan muram. Dia menjeling Asya yang juga memandang dengan penuh harapan. Zul turut berdiri, berpeluk tubuh. Melihat pada wajah lelaki itu, rasa gelisah Wardah kembali berbunga. Oh tidak!

Sesaat kemudian, Haikal tersenyum, mengangkat tangan seraya menunjukkan isyarat ibu jari. Dan pejabat itu bergema dengan sorakan, paling kuat pastinya dari Zul dan Fahmi.

Wardah hampir terjerit. Namun berjaya menahan. Alhamdulillah, bisiknya berkali-kali. Senyum meniti bibir dan dia memandang Haikal. Pandangan mereka bertaut. Haikal tersenyum, mengerak bibir, mengucapkan terima kasih. Dia cuma mengangguk, dan terbayang sesi makan tengahari mereka sebentar lagi. Yang pasti, dia pergi bukan berdua dengan Haikal.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2010 09:53 AM | Show all posts
Ehem ...ehem cik penulis klu ada masa layan2 kami kat sini ek...nak kenal2 juge dgn cik penulis......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2010 10:12 AM | Show all posts
nak berkenalan ke? heheheh....nak kenal apa tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.177082 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list