CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: mbhcsf

IKHLAS itu TERTINDAS???

[Copy link]
 Author| Post time 18-5-2010 01:47 PM | Show all posts
so meaning that ihsan = ikhlas + tekun ?
obelisk Post at 18-5-2010 12:23

yes..that's right.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-5-2010 01:57 PM | Show all posts
what you  give you get back...

hmm..such a simple phrase...it is meant to be viewed contextually..

kalau nak bagi cth yg contradict

well  : seorang ibu yg bersusah payah membesarkan anak - anaknya tetapi anak anak dia menghantar ibu itu di rumah orang tua seorg sendiri menunggu dimamah usia ...

so in this context....what you give you get back  tu ..errr  cannot  be entirely applicable here right?

or  Prophet Muhammad SAW pun, ketika baginda dibaling batu oleh penduduk Taif ...so we cannot say , given in that situation,  what you give you get back, kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2010 01:59 PM | Show all posts
dan sekiranya seseorang hamba Allah itu ikhlas, tekun dan memikirkan bahawa Allah melihat apa yg dilakukannya, maka...

apakah masih mahu berpura - pura?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 05:15 PM | Show all posts
Org yg ikhlas sering tertindas? ada betulnya..sbb sifat ikhlas ni ada kaitan dgn jujur/lurus. org yg jujur dan lurus salu kena tindas huhu

(ikhlas bkn hanya dikaitkan dgn pemberian semata2..)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2010 05:51 PM | Show all posts
Org yg ikhlas sering tertindas? ada betulnya..sbb sifat ikhlas ni ada kaitan dgn jujur/lurus. org yg ...
pinkish Post at 18-5-2010 17:15


but that  deeds are done out of a very good heart
you could bet on it , though it may sound pretty naive in a way ...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2014 05:19 AM | Show all posts
obelisk posted on 18-5-2010 12:23 PM
so meaning that ihsan = ikhlas + tekun ?

salam

sama dengan kedudukan ..
ihsan = Islam + Iman ..

ihsan yang mengesahkan akan
Islam itu d'akui
Iman itu d'terima

dengan erti kata ..
sempurna Islam dan Iman dengan Ihsan ..

wassalam


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2014 05:25 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 18-5-2010 01:59 PM
dan sekiranya seseorang hamba Allah itu ikhlas, tekun dan memikirkan bahawa Allah melihat apa yg dil ...

salam

dan sekiranya seseorang hamba Allah itu ikhlas, tekun dan memikirkan bahawa Allah melihat apa yg dilakukannya, maka...

apakah masih mahu berpura - pura?
tidak ada berpura² pada orang yang jujur dan ikhlas ..
tetapi sifat dan sikap .. malu dan segan dan berhati² .. awas dan waspada ..
sememang semula jadi terbentok d'atas pembenaan itu ..

wasalam



Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2014 05:31 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 18-5-2010 01:57 PM
what you  give you get back...

hmm..such a simple phrase...it is meant to be viewed contextually. ...

salam

what you  give you get back...

hmm..such a simple phrase...it is meant to be viewed contextually..

kalau nak bagi cth yg contradict

well  : seorang ibu yg bersusah payah membesarkan anak - anaknya tetapi anak anak dia menghantar ibu itu di rumah orang tua seorg sendiri menunggu dimamah usia ...

so in this context....what you give you get back  tu ..errr  cannot  be entirely applicable here right?

or  Prophet Muhammad SAW pun, ketika baginda dibaling batu oleh penduduk Taif ...so we cannot say , given in that situation,  what you give you get back, kan?
so in this context....what you give you get back tu ..errr cannot be entirely applicable here right?
secara logika .. u're rite but not secara Iman ..
untung baik .. d'balas baik
untung jahat .. d'balas jahat

tiap² yang berIman pasti akan d'coba ..

wassalam



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2014 05:36 AM | Show all posts
salam

pada pandangan saya yang daifa ..

  • jujur
  • ikhlas
  • sabar

tidak boleh bodoh ..
memerlukan ilmu ..

wassalam


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2019 01:36 AM | Show all posts
Ikhlas Bezakan Amal Sempurna, Cacat
  • Dr. Nik Roskiman bin Abdul Samad 31 Julai 2019

pautan asal:
[size=1em]http://www.ikim.gov.my/index.php/2019/07/31/ikhlas-bezakan-amal-sempurna-cacat/

Imam al-Ghazali (w.505/1111M) menyebut dalam kitabnya Ayyuhal Walad ketika menasihati muridnya dengan berkata: “dan engkau bertanyakan kepadaku tentang ikhlas, maka ikhlas itu bahawa engkau menjadikan segala amalanmu hanya untuk Allah Ta’ala dan hati engkau tidak merasa senang dengan pujian manusia dan engkau tidak peduli dengan kecaman mereka.
Ikhlas ialah ungkapan yang sering keluar daripada mulut kita. Namun hakikat sebenarnya hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui adakah pertuturan dilidah itu selari dengan apa yang tersemat di dalam hati? Hal ini kerana ikhlas itu bukan perbuatan zahir yang nampak dilihat tetapi ikhlas itu tersembunyi dalam hati-hati manusia yang hanya pemilik hati dan Allah SWT mengetahuinya.  Ikhlas berasal daripada kalimah “kha-lam-sad” yang membawa maksud “kosong, bersih, bebas, tidak bercampur, jernih.”
Menariknya apabila kita merenung ayat al-Qur’an, kalimah “khalasa” ini digunakan bersama kalimah susu untuk menggambarkan kualiti susu yang bukan sahaja diketahui bersih tetapi ia juga asli tidak bercampur atau tercemar padahal kedudukan susu tersebut dalam perut haiwan di antara [tempat] najis yang kotor (farth) dengan darah (damm). Firman Allah SWT dalam surah al-Nahl ayat 66 yang mafhumnya berbunyi: “kami memberimu  minum daripada apa yang ada dalam perutnya iaitu susu bersih (labanan khalisan) di antara kotoran najis dengan darah



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2019 01:36 AM | Show all posts
Dalam penciptaan haiwan ternak “al-an’am” (merujuk haiwan seperti lembu, biri-biri dan unta) itu terdapat banyak ‘ibrah atau pengajaran yang boleh dikutip sepertimana yang disebutkan oleh Allah SWT di awal ayat 66 Surah al-Nahl, iaitu salah satunya ialah bagaimana kejadian susu haiwan yang terletak di antara dua bahagian kotor dengan najis, namun mampu menghasilkan susu yang suci bersih dan enak diminum tanpa kotor dan tidak juga berbau yang tidak enak?

Di sinilah para ulama’ menyebut bandingan “susu yang suci bersih” (labanan khalisan) itu juga boleh disamakan dengan keadaan kualiti ikhlas seseorang itu. Imam Shaqiq al-Balkhi apabila ditanya tentang ikhlas, beliau menjawab, “ikhlas itu membezakan antara amalan sempurna [diterima] daripada kecacatan [disebabkan riya’ dll]  sepertimana susu yang suci bersih itu wujud di antara darah dengan kekotoran.”

Kedudukan susu dalam kantung susu haiwan dalam  tertutup dan terlindung daripada najis dan darah itu juga perlambangan kepada amalan kita yang sepatutnya kita tutup dan sembunyikan daripada pengetahuan manusia. Oleh yang demikian, dengan cara itulah amalan tersebut menjadi suci bersih, murni dan tidak tercemar seperti susu itu tadi yang tidak kotor oleh darah mahupun najis di sekeliling. Amalan jika didedahkan akan mudah tercemar dengan riya’ sepertimana susu dalam perut haiwan itu jika terdedah nescaya akan kotor bercampur najis dengan darah dan tidak boleh diminum lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2019 01:37 AM | Show all posts
Allah SWT menuntut hamba-Nya ikhlas beribadat kepada-Nya dan tidak mensyirikkan-Nya. Syirik atau mempersekutukan Allah SWT ada dua makna, pertama syirik dalam akidah dalam erti kata menyembah selain Allah SWT, seperti menyembah patung-patung berhala yang dilakukan oleh penganut agama-agama lain iaitu yang menyembah “tuhan” selain Allah. Syirik ini panggil Syirik Jali atau Syirik Terang (Nyata).

Kedua, syirik yang merujuk melakukan amalan ibadat tetapi bukan kerana mencari keredhaan Allah SWT tetapi matlamat-matlamat lain selain Allah SWT. Syirik ini dipanggil Syirik Khafi atau Syirik Tersembunyi, disebut juga Syirik Kecil. Antara yang biasa dilakukan manusia ialah melakukan amalan kebaikan untuk dilihat oleh orang lain dan menunjuk-nunjuk (riya’); atau suka dipuji oleh manusia dan suka mendengar pujian manusia (sum’ah); atau melakukan amalan ibadat dan merasakan bangga dan kagum dengan diri sendiri seolah kita lebih baik daripada orang lain (ta’ajub).

Ulama turut membahaskan situasi jika niat seseorang itu bercampur (niyyat mushtarakah) seperti niat asalnya kerana Allah SWT, tetapi kemudian berubah kepada duniawi adakah amalannya diterima Allah SWT?  Kebanyakan pendapat mengatakan amalan tersebut ditolak (mardud) dan tidak dikira ikhlas. Oleh itu, kita dianjurkan untuk sentiasa menjaga niat dari awal lagi hingga akhir supaya sentiasa ikhlas mencari keredhaan Allah SWT. Ada ketikanya seseorang itu ikhlas pada peringkat awal, tetapi lama-kelamaan godaan iblis dan nafsu menyelinap masuk ke dalam hatinya, menimbulkan was-was dan mengaburi niatnya hingga merosakkan  niat asalnya lalu bertukar kepada niat berkehendakkan duniawi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2019 01:38 AM | Show all posts
Imam al-Ghazali dalam kitab Ayyuhal Walad turut menjelaskan punca seseorang itu timbul dalam hatinya perasaan riya’ kerana mereka mengagungkan manusia berlebihan sehingga meletakkan manusia itu mampu untuk memberi manfaat sedangkan dalam akidah kita Ahlul Sunnah wal Jamaah hanya Allah SWT sahaja yang mampu memberi manfaat dan mudarat. Disebabkan pengagungan itu, mereka ingin mencari kemuliaan di sisi manusia dengan mengenepikan kemuliaan yang sepatutnya mereka raih daripada Allah SWT.

Oleh hal yang demikian, untuk menghilangkan perasan riya’, Imam al-Ghazali menyarankan agar kita tanamkan dalam hati bahawa manusia di sekeliling kita itu tidak agung dan mereka hanyalah seperti makhluk-makhluk yang tidak bernyawa (jamādāt) seperti batu-batu, atau pokok-pokok yang tidak mampu memberi apa-apa manfaat dan kemuliaan kepada kita, nescaya dengan perasaan itu kita akan mampu untuk cuba menjadi ikhlas hanya kepada Allah SWT.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2019 01:55 AM | Show all posts
Pernah diriwayatkan seorang lelaki yang suka menunjuk-nunjuk amalannya pada suatu hari sedang dia solat sunat dalam sebuah masjid sendirian, tiba-tiba beliau terdengar pintu masjid dibuka. Lalu beliau pula mula memanjangkan solatnya, memperelokkan rukunnya, melamakan sujudnya dan melakukan terbaik dengan harapan orang yang masuk itu tadi akan memuji-muji dan memandang tinggi terhadap ibadatnya. Setelah memberi salam, lelaki tersebut menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seekor kucing. Rupanya-rupanya pintu itu tadi ditolak oleh seekor kucing dan bukannya manusia seperti sangkaannya. Lalu menyesallah dia menginsafi apakah faedahnya yang dia peroleh untuk menunjuk-nunjuk amalannya hanya kepada seekor kucing dan bukan kepada Allah SWT yang sepatutnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2019 01:56 AM | Show all posts
Dalam satu hadith yang panjang daripada Abu Hurairah RA, Baginda SAW menyebut tentang tiga golongan yang diazab di Hari Akhirat kelak kerana riya’, mafhumnya:

“Sesungguhnya manusia paling awal yang akan dihisab urusannya pada Hari Kiamat kelak adalah seorang lelaki yang mati syahid, lalu dia didatangkan ke sisi Allah dan diperingatkan dengan segala nikmat-nikmat-Nya (yang telah diberikan kepadanya) maka diapun mengakuinya. Allah berfirman, “Lalu apa yang kamu perbuat dengan nikmat-nikmat tersebut?” dia menjawab, “Aku berperang di jalan-Mu sampai aku mati syahid.” Allah berfirman, “Kamu berdusta, akan tetapi sebenarnya kamu berperang agar kamu dikatakan seorang pemberani, dan kamu telah dikatakan seperti itu (di dunia).” Kemudian diperintahkan agar dia diseret di atas wajahnya sampai dia dilemparkan masuk ke dalam neraka.

Dan (orang kedua adalah) seseorang yang mempelajari ilmu (agama), mengajarkannya, dan dia membaca (menghafal)  Al-Qur`an. Maka dia didatangkan lalu Allah mengingatkan nikmat-nikmat-Nya (yang telah diberikan kepadanya) maka diapun mengakuinya. Allah berfirman, “Lalu apa yang kamu perbuat dengannya?” dia menjawab, “Aku mempelajari ilmu (agama), mengajarkannya, dan aku membaca Al-Qur`an karena-Mu.” Allah berfirman, “Kamu berdusta, akan tetapi sebenarnya kamu menuntut ilmu agar kamu dikatakan seorang alim dan kamu membaca Al-Qur`an agar dikatakan, “Dia adalah qari`,”  dan kamu telah dikatakan seperti itu (di dunia).” Kemudian diperintahkan agar dia diseret di atas wajahnya sampai dia dilemparkan masuk ke dalam neraka.

Dan (yang ketiga adalah) seseorang yang diberikan keluasan (harta) oleh Allah dan Dia memberikan kepadanya semua jenis harta. Maka dia didatangkan lalu Allah mengingatkan nikmat-nikmat-Nya (yang telah diberikan kepadanya-pen) maka diapun mengakuinya. Allah berfirman, “Lalu apa yang kamu perbuat padanya?” dia menjawab, “Aku tidak menyisakan satu jalanpun yang Engkau senang kalau seseorang berinfak di situ kecuali aku berinfak di situ untuk-Mu.” Allah berfirman, “Kamu berdusta, akan tetapi sebenarnya kamu melakukan itu agar dikatakan, “Dia adalah orang yang dermawan,” dan kamu telah dikatakan seperti itu (di dunia).” Kemudian diperintahkan agar dia diseret di atas wajahnya sampai dia dilemparkan masuk ke dalam neraka.” (HR. Muslim No. 1905)

Marilah kita sama-sama menjaga hati kita agar sentiasa ikhlas mencari keredhaan Allah SWT.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2019 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikhlas....

Ikhlas itu redha dgn segala yg ditakdirkan-Nya menerusi ilmu dan amal yg ditunjukkan menerusi Alquran dan Sunnah.

Contoh, bila ditempat kerja itu ramai yg tak amanah, makanya, tak amanah itu termasuk dalam tajuk Sunnahtullah atas pilihan manusia kerana bodoh dan jahil sambil bertuhankan hawa nafsu.

Apa yg perlu dibuat jika manusia ditempat kerja tidak amanah?

Orang tua2 dulu pernah berpesan, bapa borek, anaknya rintik. Bila bapa tak borek, anak sudah tentulah tak rintik. Akan tetapi, bila anak rintik nak ajar bapa yg tak rintik utk dirintik? Itulah ujian dari Allah swt.

Org yg bertuhankan hawa nafsu, ditetapkan-Nya kekal dalam neraka jahannam. Tak ada seorgpun boleh membantunya melainkan diri sendiri.

Nasihat. Nak masuk syurga? Balaslah budi org.

Nak masuk neraka? Mintaklah budi dibalas oleh org. Itulah makna sebenar TIDAK IKHLAS.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 47606 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 47191 Replies : 2
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38406 Replies : 25
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39220 Replies : 41
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41746 Replies : 360
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49996 Replies : 147
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276078 Replies : 8051
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64352 Replies : 376
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145506 Replies : 2458
Amukan Ablasa di Twitter : Peminat bengang Aina Abdul corot di tangga 41
ashilalatAmukan Ablasa di Twitter : Peminat benga
Views : 36180 Replies : 220

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.096398 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list