CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: 2tigapuluh2

Fahrin Ahmad dan Adeline tsen? (pelakon hotel mania)

  [Copy link]
 Author| Post time 15-5-2010 12:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2010 12:11 PM | Show all posts
hah!!!!! dh dapat. korang nampak tak????.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2010 12:11 PM | Show all posts
pesal mata pahrin 'buta' dalam pic tu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2010 12:12 PM | Show all posts
ha'ah nampak.thanx TT.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2010 12:12 PM | Show all posts
mana gambarnyer nih? upload to http://imageshack.us please
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2010 12:13 PM | Show all posts
yo yo oh je zubir _bharian
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2010 12:18 PM | Show all posts
Sabtu Mei 15, 2010
Fahrin 'Enjoy' Status Solo

Oleh IZRA ABD RAHMAN


Fahrin tetap ceria seperti biasa. - Foto THE STAR Oleh AZLINA ABDULLAH

KONTROVERSI cinta Fahrin Ahmad dengan Scha al-Yahya sudah lama berlalu pergi. Cerita saman-menyaman di antara Fahrin dengan bekas kekasihnya, Linda Onn juga sudah tidak kedengaran lagi.

Apa yang tinggal kini hanyalah Fahrin Ahmad dan status solonya. Biar 'ketandusan' gosip dan kisah cinta, Fahrin ketika ditemui di Menara The Star, Petaling Jaya tetap ceria seperti biasa.

"Semuanya OK. Saya tak ingat lagi perkara lepas. Jadual saya pun sangat ketat sekarang ni. Kalau tak pergi 'shooting', saya akan buat aktiviti lain," jawab Fahrin apabila ditanya tentang kehidupan baru tanpa kekasih dan status solonya.

Mengakui sebelum ini dirinya tidak pernah lekang dari ungkapan 'cinta' dan teman wanita, Fahrin tidak sedikit pun berasa kekok dengan status yang jarang-jarang dipegangnya itu.

Sebaliknya, ruang dan kesempatan ini dilihat sebagai peluang untuk dia melaksanakan perancangannya yang belum terlaksana.

"Sebelum ni memang saya rasa tak seronok kalau tak ada 'girlfriend', tapi selepas apa yang berlaku, saya rasa 'enjoy' pula hidup solo.



"Nak kata sunyi, tak juga sebab saya sangat sibuk. Kalau tak ada 'shooting', saya buat aktiviti lain. Saya akan ke gym dan pergi 'diving'," katanya.

Menjadikan ungkapan 'My Life Start at 31' sebagai inspirasi dan semangat untuk dia meneruskan hidup sebagai anak seni, Fahrin kini mahu lebih fokus terhadap diri sendiri, karier dan peminat daripada memikirkan soal wanita.

"Sekarang saya mahu lebih sayangkan diri saya sendiri. Saya hanya fikirkan tentang karier dan peminat-peminat yang tak pernah jemu menyokong saya.

"Banyak masa saya dihabiskan dengan melayan peminat di 'fan page'. Saya sangat terharu bila mereka sudi merancang untuk sambut hari jadi saya baru-baru ini. Peminat menjadi sebahagian daripada hidup saya sekarang," kata pemegang watak utama filem Puaka Tebing Biru ini.

Ternyata pelakon berusia 31 tahun ini tidak mahu tergesa-gesa memikirkan soal cinta. Tatkala ditanya apakah dia sedang mencari-cari kekasih, dia dengan yakin menjawab 'tidak'.

"Tidak buat masa ini. Bagi saya masa untuk berehat dulu.

"Tapi, saya tak boleh menidakkan hakikat yang saya perlu juga mencari jodoh untuk masa depan," ucapnya tenang.

Tentang hubungannya dengan Linda dan Scha, Fahrin memberitahu dia tidak pernah berhubung dengan kedua-dua mereka selepas berpisah. Namun, jika diminta untuk bekerjasama dalam satu produksi, dia akan bersikap profesional.

"Boleh, tak ada masalah! Saya percaya pada rezeki dan ketentuan Ilahi. Tak salah bekerjasama dan saya telah pun melakukannya sebelum ini," katanya yang pernah menjadi hos program Sehati Berdansa bersama Linda Onn tidak lama dulu.

Fahrin kini sedang giat membuat persediaan untuk menyertai program larian amal Standard Chartered KL Marathon 2010.

Rakan selebriti lain yang turut terlibat termasuklah Nash Idrus, Atilia Harun, Sazzy Falaq, Umie Aida, Thanuja dan ramai lagi.

Pada pertengahan Jun ini, Fahrin akan menjalani penggambaran filem yang diadaptasi daripada sebuah novel. Filem arahan Osman Ali itu turut menampilkan pelakon Maya Karin.


kredit:mstar online


Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2010 12:21 PM | Show all posts
ok nampak da tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2010 12:24 PM | Show all posts
Sure lepas ni nama perempuan ni famous. Yalah mcm Shca dulu....klu bukan dia ada affair dgn Fahrin ramai tak kenal dia tu sape. Sape yg ada affair dgn Fahrin ni ...org tak kenal jadi kenal pula. Aku first time dgr nama Adelaine ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2010 12:24 PM | Show all posts
kalu bagus elok lah..nnti cpt2 kawin, buleh chinese tuh convert into Islam..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2010 12:25 PM | Show all posts
nak tggu apa lagi fahrin oii...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2010 12:27 PM | Show all posts
kalo tak jadi lepas neh boleh jadi soul sister scha pulak btw ape jadi LO ngan scha?sentap lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2010 12:30 PM | Show all posts
alahai fahrin
tangkap semua yg chinese look
taste dia mmg chinese look la
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2010 12:33 PM | Show all posts
eh baju fahrin kat restaurant dgn mstar ni same la...
fahrin oiiiii xsempat tukaq baju ka??????
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2010 12:34 PM | Show all posts
budak adeline ni memang chinese.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2010 12:35 PM | Show all posts
jap jap jap. Kat sini bukan aku kata dia hook up dgn Adeline tu. Tgk wording aku, "dia nampak macam kasual meeting/conversation"---so maknanya mcm kawan2, lepak kat kedai mamak, sambil tgk bola.

Baca next phrase 'tgn fahrin menyentuh bahu adeline' (menyentuh, bukan memegang) so pada aku normal je (ehemm pasal agama tolak tepi kejap, walaupun lepas ni ada yg dok melahar pasal hukum hakam semua). So pada aku ni semua kasual friendsss.

Mungkin Fahrin tgh mengadjust or Fahrin tgh 'menge-test' minah ni. or mungkin fahrin just jadikan adeline tpt utk mengisi ruang kosong. Who knows kann...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2010 12:52 PM | Show all posts
bior le depa..dua2 solo kan..ke ade lak yg sentep2 tgk FA ade pompuan lain?
ngeee
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2010 12:52 PM | Show all posts
kawan sesama retis jah kekdahnye...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2010 12:54 PM | Show all posts
pahrin buat stok geli-geli je laa..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2010 01:08 PM | Show all posts
Pada pertengahan Jun ini, Fahrin akan menjalani penggambaran filem yang diadaptasi daripada sebuah novel. Filem arahan Osman Ali itu turut menampilkan pelakon Maya Karin.

mea Post at 15-5-2010 12:18



adaptasi novel 'OMBAK RINDU' ker..???
fahrin jadi hariz???
maya jadi izzah???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.068739 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list