|
Reply 21# qimi08
dah cuba...tapi page tu option delete x leh guna pulak... tapi page @ post lain boleh jer...hmm...peliks |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 14# qimi08
budak 2 skrg dah advance 
sambung lagi cik baby |
|
|
|
|
|
|
|
Reply qimi08
budak 2 skrg dah advance
sambung lagi cik baby
sang_arjuna Post at 19-5-2010 10:19 
Ha ha ha tu le yg akak takut smiley
selalu je jadi polis pencen dok periksa
beg.. h/p...myspace or fb anak bujang tu..... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by babyanah at 19-5-2010 12:37
Episod 6
“Zulaikha! Zulaikha!” Kedengaran suara memanggil namaku.
Aku yang sedang leka membaca majalah dalam kelas kosong berhampiran dewan perjumpaan tersentak. Serta merta mengangkat muka, menoleh kanan kiri mencari empunya suara. Dahlah garau, besar. Tak sedap langsung. (Senang-senang je aku mengkritik. Tak baik Zulaikha. Aku menasihati diri sendiri) Hey, Jamal rupanya. Dia nak apa? Gerutu hatiku.
“Bapa dan Mak mentua engkau dah sampai.”
“Huh?” Aku memandangnya terpinga-pinga. Mertua? Mertua sapa?
“Oppss.. sorry. Bakal mertua, maksud aku.” Terangkat-angkat kening Jamal sambil tersenyum sumbing.
Dia tersengih-sengih. Mamat ni biar betul. Aku tak faham ler…, bila masa pula aku ni bakal jadi menantu orang? Walaupun kelak akan menjadi seorang menantu juga (kalau ada orang berkenan, huh?). Tapi, buat masa yang terdekat ni tak terfikirlah pulak. Atau, mak dengan bapa aku dah menerima risikan orang bagi pihak aku? Isyhhh… Takkan mereka sampai hati tak bagitahu aku. Mahu menangis aku tujuh hari tujuh malam (perumpamaan jer..) Lagipun, aku kan muda lagi.
Aku terus-terusan memandangnya. Menunggu patah-patah perkataan yang keluar dari mulutnya. Ini mesti sah nak mengenakan aku. Spontan aku mengecilkan mataku. Bibirku pun jadi biut semacam.
“???” Aku buat muka tanda-tanya.
“Tu..” Dia mengalihkan pandangan keluar. Perlahan aku berjalan menuju pintu. Kelihatan seorang pemuda sedang berbual mesra dengan seorang wanita dan lelaki separuh umur tidak berapa jauh dari tempat aku berada (kurang 10 meter). Aku mengamati dan sekilas muka aku berubah. Pantas aku memandang wajah Jamal yang senyumnya semakin melebar. Harapnya mereka tak terdengar ayat-ayat yang keluar dari mulut Jamal sebentar tadi.
“Kau nak makan free tak?” Aku bertanya dengan suara ala-ala lembut pada Jamal. Mau cair mamat nih, kalau tak melihat wajah aku yang macam harimau lapar. Heh. Aku mengerdipkan mataku beberapa kali. Kalau dia menjawab, memang aku bagi sedas tumbukan ‘ala-ala maut’ aku, takpun sepakan ‘tanpa bayang’ biar terduduk mamat ni. Nasib baik dia angkat tangan ‘surrender’ terlebih dahulu. Abaikan, daripada melayan kerenah si Jamal ni lebih baik aku buat kerja lain yang lebih berfaedah.
Aku melepaskan nafas. Baru aje aku nak melangkah masuk semula ke dalam kelas dan menyambung pembacaan aku yang terganggu sebentar tadi, tiba-tiba…
“Ika!” Aku menutup mata, lalu menundukkan kepala. Oh! Sudah.
“Zulaikha!” Lagi sekali, perlahan aku berpaling dan mengukir senyuman (ala-ala terpaksa gitu). Kelihatan Hafizz sedang mengatur langkah menuju ke arah ku ditemani oleh ayah dan ibunya. (Wajah ada iras-iras Hafizz, must be the parents) Senyum lebar pula tu. Gembira sakan lah tu, keluarga datang melawat.
“Assalamualaikum.” Aku menghulurkan tangan, dan disambut mesra oleh wanita separuh abad yang masih kelihatan anggun berbaju kebaya ungu dengan selendang warna senada.
“Waalaikumsalam.”
“Uncle.” Aku menoleh pada pasangan wanita itu lalu mengangguk tanda hormat pada lelaki yang pada hematku sudah berusia separuh abad. Dia membalas dengan senyuman.
“Ma, Pa, inilah Zulaikha yang Hafizz ceritakan tu.” Huh, rasa nak terkeluar biji mata aku mendengarnya. Dia cerita pasal aku pada ibubapanya? Urgh! Aku meneguk air liur. Pantas aku memandang tepat mata Hafizz, meminta penjelasan. Boleh pula dia buat-buat tak nampak. You are so damn ‘nak kena’ dengan aku, Hafizz!! Jeritku dalam hati. Entah apa cerita dongeng yang dah sampai kat telinga the so called Ma and Pa of his. OMG.!!!
Aah. Seolah-olah teringatkan sesuatu kedua-dua wanita dan lelaki itu mengangguk-angguk.
“Jom join aku dengan my mom and dad? Keluar having lunch together.” Terkebil-kebil aku mendengar pelawaan Hafizz.
“Aa…Emm…Aa…Hmm..” Gagap aku jadinya. Heh. Macamana aku nak beri jawapan? Sebenarnya, macamana nak menolak pelawaan tersebut. Aku menggosok pipi beberapa kali. Nak keluar ke tak nak? Takut rimas dan kekok.
“Tak apalah. Hari ini aku ada hal. Lain kali aje, ek..”
“Hal apa?” Bulat mata Hafizz memandangku.
“Iyelah, Zulaikha. Keluarlah dengan Auntie. Boleh sembang-sembang. Auntie pun nak kenal dengan Zulaikha.” Mama si Hafizz memeluk bahuku sambil menggosok-gosoknya. Nak menolak rasa serba-salah pula. Kalau turut serta pula, erghh!
“Mama yang ajak tu..”
“Tapi…, Zulaikha…aa…er...” Aku buat muka seposen.
“Tak ada tapi-tapinya…, Zulaikha pergi siap. Kami tunggu kat sini.” Sesedap aje Hafizz mengarahkan. Aku mencebik tak puas hati. Nak membantah tak sampai hati pula. Akhirnya aku mengangguk dengan berat hati.
************************************************************************
Hari ini dalam sejarah. Aku keluar sekali dengan Mama dan Papa si Hafizz. Makan kat restoran. Bestnya tang makan, semua makanan yang aku suka. Bahagian yang tak berapa best, biasalah mak bapa soal-selidiknya mengalahkan penyiasat. Asal mana? Adik-beradik berapa ramai? Mak ayah kerja kat mana? Dan seribu macam soalan ditujukan pada aku. Aku pula, orang dah tanya jawab ajelah. Setelah puas menyelidik latar belakang aku, rasa-rasanya aku pun berhak bertanyakan soalan pada mereka. Jadi tanpa menunggu lebih lama, soalan yang bermain-main difikiran aku layangkan pada Puan Zureen. Itulah nama mama si Hafizz.
“Auntie, nak tanya boleh?’
“Boleh.” Balas Auntie Zureen sambil membetulkan duduk selendang yang dipakainya.
Aku menongkat dagu menggunakan sebelah tangan.
“Apa yang Hafizz dah cerita pada Auntie tentang Zulaikha?” Curious sangat-sangat ni.
“Tak ada yang buruk. Semua yang baik-baik belaka.” Tak puas hati aku mendengar jawapan yang diberikan. Namun nak bertanyakan lebih lanjut seganlah pula.
“Ada tak anak mama ni buli Zulaikha?” Tiba-tiba Auntie Zureen bersuara. Spontan aku menegakkan badan.
“Ye, auntie, Hafizz ni asyik buli Zulaikha aje. Adakah patut dia minta Zulaikha yang balas semua surat-surat yang dia terima.” Aduku pada mak si Hafizz. Tak berselindung langsung. Entah mengapa, perkataan itu meluncur laju aje keluar dari mulutku tanpa sedar.
Tersembur air jus yang sedang diteguk Hafizz. Dia terbatuk-batuk kecil sambil mengurut dadanya berulang kali. Papanya pula menepuk-nepuk lembut belakang. Hendak tergelak aku dibuatnya. Sempat dia menjeling aku. Aku buat muka comel sambil mengangkat-angkat kening. Padan dengan muka!
************************************************************************
Petang sekembali kami ke asrama, Auntie Zureen menghulurkan sekeping not RM50.00. Katanya buat belanja. Aku menolak dengan baik. Tapi dia berkeras juga. Kalau tak digunakan, simpan untuk masa kecemasan. Mau tak mau aku terima juga. Terpaksa. Mana nak jumpa orang baik-baik gitu, ek? Sebenarnya, aku berat hati nak terima. Dahlah belanja makan, lepas tu bagi duit belanja. Aku bukannya sesiapapun dengan mereka. Risau termakan budi.
“Lain kali kalau si Hafizz ni buli Zulaikha lagi, bagitahu aje kat Auntie.”
“Dengan senang hati, Auntie.” Jawabku sambil mengerling Hafizz.
“Okeylah, Fizz, Zulaikha. Papa dan Mama balik dulu. Andai ada apa-apa, telefon ye.” Auntie Zureen memeluk erat Hafizz. Mesra. Kemudian membuat perkara yang sama padaku. Terasa kekok diperlakukan sedemikian rupa. Seketika kemudian, mereka berlalu pergi. Aku dan Hafizz sama-sama melambai pada kenderaan yang bergerak meninggalkan perkarangan dewan asrama.
“Dengar tu, jangan buli aku lagi tau! Nanti report kat Mama you.” |
|
|
|
|
|
|
|
lom pape dah kena declare ke?...  |
|
|
|
|
|
|
|
Episod 7-part 1
“Hey, you!! Petang karang jangan lupa ada latihan Scout yer…” Sejak aku tersilap menyebut ‘mama you’ tempohari, Hafizz asyik mengusik aku begitu.
Pagi tadi pun sama gak.
“Hey, you..pinjam nota maths ekkk?” Terkejut badak aku dibuatnya, Nasib baik tak jatuh. Masa tu aku tengah duduk sambil membuaikan kerusi ke depan ke belakang. Buat hilang mengantuk. Boleh pula dia mengetuk pintu berhampiran meja kelas yang aku duduk dengan Cikgu Ashriah yang dok bagi ceramah kat depan. “Petang kat Library, key?” Dia berkata seolah-olah berbisik sebelum masuk ke kelas dia. Pergh!! Yang aku dah cuak takut terkantoi dengan Cikgu Ashriah.
Lupa lak, kelas kita-orang sebelah-sebelah jer….aku duduk meja belakang sekali berhampiran dengan pintu keluar. Dia pun sama juga. Kiranya, pintu belakang kelas dia bertemu dengan pintu belakang kelas aku. Kalau setakat jerit nama aku tu boleh dengar aa.
Hari ini aku jadi setiausaha merangkap p.a. tak bertauliah untuk si Hafizz untuk kesekelian kali. Bosan aa! Tak faham aku kenapa dan mengapa dia tak boleh jumpa face to face dengan adik angkatnya itu. Bukannya jauh berbatu. Kalau setakat bumi SBPT ini yang tak sebesar mana, pusing-pusing jumpa orang yang sama gak! Heh. Tak kemananya.
Hari ini tak jadi pergi Library. Penuh. So, pergi lah study kat mana-mana kelas kosong. Aku memutar-mutarkan pen yang sedang aku pegang. Lebih kurang sama dengan fikiran aku yang berputar-putar mencari idea untuk ditintakan pada kertas kosong yang terletak pada permukaan meja kelas tersebut. Kosong.
“Apa masalah korang ek?” Tiba-tiba apa yang bermain-main difikiran aku tercurah keluar tanpa sengaja membuatkan Hafizz menoleh padaku. Dia terkebil-kebil menatap wajahku. Pauldrick dan Ricky juga menoleh ke belakang memandang ke arahku. Noraini senyap jer. Dah selamat belayar kut?
“Aku tak faham tau. Bukankah lagi senang kalau jumpa depan-depan.?” Tak perlulah aku bersusah payah menyediakan karangan yakni tugasan tak rasmi aku yang buat sesak fikiran aku sekarang ni. Dahlah tu, bukannya dapat membantu aku untuk grade yang lebih baik pun.
“Huh?” Hafizz buat-buat blur. Dia pandang aku. Aku pun pandang dia, nampak macam ada tanda soal terpacak kat atas kepala dia. Betulkah apa yang kulihat ini? Aku gosok mata. Heh. Aku dah pening agaknya.
“Jumpa siapa?” Tanya Hafizz pula. Dia ni betul-betul blur ke apa?
“Jumpa siapa lagi, kalau bukan mambang engkau.“
“Mambang aku bukan engkau ke?” Sempat lagi buat muka tak bersalah.
“Hek-eleh, please…”
Fikiran aku menerawang semula. Nak tulis apa ek?? Mau tertidur aku macam ni. Mata aku pula semakin layu dan layu. Mengantuk!
Tiba-tiba segumpal kertas melayang tepat kena pada kepalaku sebelum melantun jatuh ke bahagian sudut belakang kelas itu. Aku pandang kiri kanan. Tidak jauh dari tempat aku, kelihatan segumpal kertas yang sebelum itu tiada disitu. Kurang asam! Aku pandang Hafizz yang terseringai kelucuan melihat tingkahku. Heh! Aku menggosok-gosok mata lagi. Boleh terlelap pula tadi. Itu nasib baik tak ada adegan air liur basi meleleh.
“Heh, dah siap ke?” Mak aih! Terkejut aku dibuatnya. Aku pandang keliling, kelas dah kosong. Aku lihat jam besar yang terletak pada dinding hadapan betul-betul atas papan hijau. Dah jam 4.30 petang. Patutlah kosong.
Hafizz sudah pun berada di depanku sambil mengangkat dan mengibarkan kertas yang diambilnya dari atas mejaku.
“Kosong aje, kau buat invincible letter ke atau guna dakwat magik?”
“Aku penat aa. Boleh tak kau pergi jumpa dia lepas tu borak direct? Itukan, lebih senang daripada mengerah otak aku yang semakin berkarat ni.”
“Tak bolehlah.” Jawabnya pendek.
“Apasal lak?” Aku sedikit jengkel ketika menuturkannya.
“Aku tak mampu.”
“Huh?”
“Aku tak bolehlah. Entah kenapa, bila jumpa dengan dia je, aku jadi buntu.” Sambungnya semula
“Dengan aku boleh jer.” Tukasku pula sambil mengetuk mata pena ke atas kertas.
“Engkau lain.”
“Lain apa pula? Aku dan dia kan sama jantina.” Aku mula menconteng-conteng entah apa-apa kat kertas yang sepatutnya digunakan untuk ‘nota cinta?’ to the so called ‘adik angkat’ Hafizz.
“Tak sama.”
“Apa yang tak sama ni?” Hafizz bangun dari duduknya yang selang tiga meja dari tempat aku berada lalu melangkah perlahan ke arahku. Kemudian tanpa warning, dia terus duduk dengat kaki berjuntai pada meja tempat aku menulis. Berkeriut meja itu berbunyi. Segera aku mengalihkan lenganku. Heh! Mataku bulat memandangnya tanda tak senang.
“Entahlah, dengan engkau, aku tak ada masalah.” Seketika kemudian dia bersuara.
“Habis tu, dengan dia engkau ada masalah?”
“Aku tak habis cakap lagi lah.” Dia menyapu bersih wajah Zulaikha yang menyambung semula aktiviti menconteng yang terbantut sebentar tadi. Dia meneliti wajah Zulaikha. Alis mata. Bulu mata. Kening. Hidung. Pipi yang kemerah-merahan. Natural. Bibir kecil. Bibir kecil tapi mulut boleh tahan. Desisnya dalam hati. Tiba-tiba Zulaikha resah semacam. Lama juga si Hafizz ni mendiamkan diri. Jangan-jangan… Dia mendongak, mata mereka bertentangan seketika. Ada perasaan aneh menyelinap ke seluruh jiwa secara tiba-tiba. Tersirap darah Zulaikha sampai naik ke muka. Dia mengalihkan pandangan.
“Hafizz?!”
“You’re blushing.” Terpesona seketika Hafizz memandangnya. Zulaikha memegang kedua belah pipinya. Huh!
“Boleh tak kau jangan tenung aku macam tu lagi.”
“Kenapa?”
“Rimaslah.” Hafizz tergelak mendengarnya.
“Itulah yang membuatkan engkau tak sama dengan orang lain. Engkau cakap direct tapi aku suka. Aku tahu kalau dengan engkau, aku rasa aman sangat. boleh borak macam-macam. Tak yah nak control handsome. Tak perlu nak cover line. Apa yang ada dalam kepala, cakap direct takde nak berkias-kias. Bila aku minta tolong, kau sudi menolong. Engkau pun jenis selamba, tak kisah. Macam satu kepala gitu.” Dia berhenti sejenak.
“Dengan dia, aku tak boleh buat macam itu. Itu yang mulut jadi berat, bila jumpa. Tak tahu apa yang nak diborakkan. Kepala jadi kosong.”
“Macamana kepala tak jadi kosong bila yang ada dalam fikiran muka si dara aje. Hmmm…Kiranya, lidah kelu seribu bahasa le ni? Tapi, setahu aku orang yang dilamun cinta aje macam tu. Kau dengan dia kan adik dan abang angkat je?” Dia tergelak besar mendengar kata-kataku. Entah apa yang lucu, aku pun tak tahu.
“Tak ada maknanya.“ Ketawanya masih bersisa. Aku biarkan saja, memandangnya tanpa ekspresi.
“Kalau aku jatuh cinta, cik Zulaikha oi! Engkaulah orang pertama yang akan aku bagitahu. Buat masa ini, belum ada lagi. Kalau ada, melepaslah kau.” Dia terkekek-kekek semula.
“Huh, tak ada maknanya. Aku dengan kau? Please…no way!” Aku menjawab sambil mencebik.. Uwek!!
Setelah reda Hafizz menatap wajah Zulaikha. Seriously Zulaikha, I don’t know what I’m going to do if you are not around. Namun kata-kata itu tidak terluah. |
|
|
|
|
|
|
|
Episod 7-part 2
“Fizz, aku nak tanya kau sesuatu.”
“Hmm..tanya le.”
“Aku dengar kat tempat lama kau seorang Playboy aka Casanova?” Serentak dengan itu aku bangun menuju kearah gumpalan kertas yang dilempar oleh Hafizz tadi.
Suasana berubah jadi senyap sunyi buat seketika. Terdengar Hafizz merengus kecil. Tapi aku tidak mengendahkannya kerana perhatian aku lebih tertumpu pada hasil kreatif pelajar-pelajar kelas tersebut yang terpampang megah pada dinding bahagian belakang kelas mereka.
Aku tunduk mengutip gumpalan kertas tadi. Hajat dihati ingin membuangnya ke dalam tong sampah. Jaga kebersihanlah kira-kiranya. Tapi, terbantut seketika kerana ingin menikmati ruangan kreatif tersebut. Menarik!
Lama aku terleka. Seketika kemudian baru aku tersedar bila keadaan menjadi sepi semacam. Aku membalikkan tubuh tapi tiba-tiba terdorong kebelakang. Hafizz!! Rapat sekali.
“Hafizz?!!” Sepantas kilat dia melekapkan kedua telapak tangan pada dinding sementara tubuh aku berada diantara keduanya. Terperanjat dengan kelakuannya, gumpalan kertas tadi terlepas dari pegangan dan tubuhku spontan terundur kebelakang. Rapat ke dinding. Hembusan nafasnya juga terasa. Hangat. Aku jadi gerun tiba-tiba. Dirasuk apa mamat ni? Aku menatap wajahnya yang memerah. Pandangan matanya juga tajam menusuk jantung. Dia marahkan aku ke? Tapi, kenapa?
“Lain kali jangan dengar cakap orang. Selidik dulu sumbernya, boleh dipercayai ke tak boleh!” Suaranya kedengaran agak tegas. Tak pernah dia bercakap dengan aku dengan nada sedemikian. Pandangan mata aku jatuhkan ke bawah sambil memikirkan kata-katanya. Aku cakap sesuatu yang tak betul ke? Aku memandangnya semula dengan penuh tanda tanya.
“Me being a Casanova aka Playboy?” Seolah-olah faham dengan reaksi aku, dia berkata. Agh!! Tentang itukah? Sensitif pula dia jadinya. Ish!
“Aku tak suka mendengarnya, apatah lagi daripada engkau!” Nadanya masih tak berubah.
“I am not that kind of person. I repeat I am not that kind of person!” Tak habis lagi. Keluhku.
“You know what? I can kiss you right now if I wanted too. Furthermore, it’s one of most things a Casanova and playboy would like to do with ladies like you!” Dia merapatkan bibirnya ke telingaku. Aku jadi gementar. Takkan dia berani? Tapi, orang yang dalam keadaan marah?
“Hafizz…, ma..afkan a…ku. A…ku tak tahu, tak ta…hu yang… yang… kau terluka dengan pertanyaan aku.” Tersekat-sekat suara aku menuturkan. Di luar kawalan. Terkejut agaknya. Tubuhku juga sedikit menggigil. Rasa macam nak menangis pula. Tak sangka aku tiba-tiba jadi sebegitu.
Hafizz mendengus kasar. Dia menghantukkan dahinya pada dinding sehingga badannya condong disebelahku. Kini posisi muka terletak bersebelahan. Kalau aku bergerak hatta sedikit pun sudah tentu akan bersentuhan. Sebelah tangannya masih menghalang tubuhku dari pergi. Seketika kemudian lengan yang sebelah lagi diletakkan pada dahinya sebelum dia meraup wajahnya dan dilurutkan ke atas kepala hingga ke bahagian belakang rambut. Aku membatu. Terkedu. Degup jantung pun semakin kencang. Bagai terdengar-dengar di udara.
“Zulaikha.” Bisik Hafizz perlahan tanpa sedar. Meremang bulu roma Zulaikha jadinya. Hafizz memanggung kepalanya sambil menutup mata. Haruman yang dipakai Zulaikha menyelinap ke seluruh jiwa. Bergelora jadinya. Panas. Hangat. Membara.
“Maafkan aku.” Perlahan sungguh suara Zulaikha hinggakan diri sendiri seperti tidak mendengar apa yang sedang dikatakan. Mulut aje yang terkumat-kamit.
Perlahan Hafizz menegakkan dirinya semula bila dirasakan tubuh Zulaikha seperti menggigil. Matanya menyapu bersih wajah milik Zulaikha yang sedang pucat tidak berdarah. Mata milik Zulaikha kelihatan berkaca-kaca bagaikan empangan yang hendak pecah. Kemudian matanya jatuh pada bibir kecil itu yang kelihatan menggeletar. Hatinya tersentuh. Hilang terus radang dihati diganti dengan perasaan yang sukar hendak digambarkan. Sampai begitu sekali? Sampai begitu sekali kesan tindakan aku padamu, sahabatku?
Setitis airmata miilik Hafizz menitik jatuh. Kesal dengan kealpaannya. Keterlanjurannya. Dia beristighfar berulang kali. Ya Allah, maafkan hambamu yang kerdil ini. Dia meraup wajahnya lagi.
“Zulaikha, maafkan aku.” Perlahan dia merenggangkan diri.
“Huh!” Aku masih berdiri rapat ke dinding, macam melekat gitu.
“Aku tak tahu kenapa aku boleh bertindak begitu.” Ujarnya kesal.
“Nasib baik aku tak buka langkah itu.” Aku bersuara. Hilang sedikit perasaan gementar walaupun tubuhku masih menggeletar. Macam Parkinson pun ada. Hisy! Mulut aku nih.
“Langkah itu?” Soalnya pula sambil kening terangkat.
“Langkah yang menyakitkan itu. You deserve it, you know.”
“Ohh…! You should have done that.”
“I will.” Serentak dengan jawapan itu Zulaikha memijak kaki Hafizz.
“Aww!! Not right now!” Hafizz mengaduh terseringai.
“Heh!”.Aku tergelak kecil.
“Yang itu part one aje, part two belum lagi.” Sambungku. Hafizz sekadar tersengih, faham.
Hening sejenak. Zulaikha menggosok-gosok lengan dan telapak tangannya. Cuba menghilangkan perasaan yang sukar untuk dilenyapkan tadi walaupun keadaan sudah beransur tenang.
“Kau maafkan aku bukan?” Tanya Hafizz semula.
“Kau akan maafkan aku, kan? I don’t wanna lose you. You’re the best, I ever had.” You meant a great deal to me. Sambungnya dalam hati.
“Yeah, right ! You shouldn’t lose me.” Balas Zulaikha mencemik.
“Ika, I am really sorry for being so…”
“I think I owe you an apology as well. Aku tak tahu yang engkau ni sensitif gitu.” Zulaikha menyampuk sebelum sempat Hafizz menghabiskan ayatnya.
“So, 0-0?”
“Yep!” Zulaikha tersenyum.
“Zulaikha, you know what?”
“What?”
“Nevermind.”
“Heh? What? You better tell me.” Ugut Zulaikha.
“You smell like fruit, I just felt like I wanna eat you up.”
“Hafizz!!” Zulaikha membaling sebiji getah pemadam yang kebetulan terletak di atas meja. Milik siapa, tidak diketahui.
“Hey!” Hafizz mengelak. Tak kena.
“And, you are still blushing and shaking. Tak mau hilang, eh? You look so damn cute macam itu.” Bulat mata Zulaikha memandangnya. Oh, Hafizz!! Tak terkata dia mendengarnya. Lepas marah yang amat masih boleh buat lawak macam gitu. Argh!!! |
|
|
|
|
|
|
|
...malu2 tapi mahu...  |
|
|
|
|
|
|
|
bunga2 cinta... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by babyanah at 21-5-2010 01:12
Episod 8
Itu cerita sepuluh tahun yang sudah. Kini aku seorang eksekutif yang bekerja dalam industri perbankan. (Cam bagus jer….ahaks!) Banggalah juga sebab ada kerja, kalau tak ada kerja lagilah parah. Nak hidup macamana? Makan, pakai, tempat tinggal pada masa kini semuanya perlukan duit.
Aku perhatikan album-album lama yang berselerak atas katil. Huh! Ni semua pasal adik aku, Adli. (Salah sendiri nak salahkan orang lain) Panggilan bertanya khabar keluarga berakhir dengan berita yang dia terserempak dengan si Hafizz. Kalau tak kerana berita itu, tak adalah aku memunggah harta karun ni semua keluar. Mengimbau kenangan silam kata orang.
Perbualan singkat petang semalam yang mengharu birukan hati.
“Kak, dua tiga hari yang lepas adik terjumpa dengan abang Hafizz. Dia ada bertanyakan akak.”
“Oh! Iya?” Itu jer yang keluar dari mulut aku. Nak bertanya lebih-lebih kang malulah pula. Niat dihati memang nak tanya seribu satu macam soalan pun. Tapi sengaja aku matikan, sedia maklum yang adik aku yang sorang ni jenis yang berat mulut.
“Ada tak dia bagitahu dia kerja kat mana?” Kata tak nak bertanya tapi hati bagai digaru-garu ingin tahu juga ekkk?
“Adik tak tanyalah pula.” Dah agak dah. Terus aku senyap.
Kata Adli, dua tiga hari yang lepas tapi kalau betullah si Hafizz ada bertanyakan aku. Takkan dia tak ambil alamat aku, paling-paling pun nombor telefon, handphone ataupun e-mel? Dia tak ingin nak contact dia punya long lost friend ker? Kata, ‘best friend’. Hati bagai digaru-garu, kalau boleh nak tahu secara detail apa yang dibualkan. Alah, Zulaikha! Wake up! Mungkin bertanyakan khabar saja. Tak ada niat nak berhubung semula. Itupun kira bernasib baik dia tak lupakan aku. Walau bagaimanapun minda ini masih tidak dapat menerima. Apasal dia tak call? Adik aku pun sama, apasal dia tak minta nombor telefon, alamat ker?
Malam semalam aku cuma sempat mengeluarkan kotak tempat harta karun itu disorokkan. Petang tadi balik dari kerja, bungkus makan malam terus bergegas balik rumah. Lepas usai Solat Isyak, terus bertapa kat bilik. Makan malam pun makan ala kadar sekadar mengisi perut. Puncanya tak lalu nak makan. Musykil juga, takkan pasal Hafizz kut?? Sepuluh tahun yang dah berlalu tu, aku okey jer.
Aku pandang jam dinding. Dah pukul 2 pagi. Cepat-cepat aku menyusun album dan gambar yang bersepah-sepah. Satu persatu aku kutip, kebanyakkannya gambar beramai-ramai. Takde pun gambar solo, gambar berdua pun tak ada. Aku punya banyak aa…berkeping-keping. Hafizz punya yang tak ada. Dia tak bagi walau sekeping pun kat aku. Kata ‘best friend’. Apa daa…
Hari terakhir kat sekolah. Lepas ni sesi persekolahan menengah dah tamat. Sama ada sambung belajar ke peringkat lebih tinggi ataupun mencari pekerjaan yang bersesuaian. Semua pelajar kelihatan sibuk berlegar ke sana ke mari entah mengapa. Aku dan Hafizz pun sama juga. Tapi kami dah ada hala tujuan ke dewan perhimpunan. Sebenarnya Hafizz yang ajak, aku follow jer.
“Nak tanya sikit boleh?” Tanyaku sambil meninjau mana-mana tempat kosong nak lepak. Kelihatan beberapa orang pelajar yang sibuk mengemaskan dewan tersebut. Sehari sebelum itu digunakan untuk Majlis Bakat dan Perpisahan
Dia berhenti lalu menumpukan sepenuh perhatian padaku. Aku yang jadi kalut. Melihatkan wajah ala-ala serius Hafizz, mau tak kalut.
“Emm…Aa…”
“Tanya ajelah.”
“Takut aa, nanti kau marah pula.”
“Tak.” Confident aje dia menjawab.
“ Hari itu, masa kau angin kat aku tu. Kenapa ek?”
“Yang mana satu?” Yang mana satu? Macamlah banyak sangat perkara yang telah aku lakukan yang membuatkan dia naik darah. Hisy! Berbelit-belitlah lidah aku walaupun semua ini cuma berlegar diminda. Lebih dari satu? Maksudnya, aku buat dia naik angin lebih dari sekali? Mungkin, tanpa aku sedari dan dia pun simpan dalam hati kut. Berkerut-kerut dahi aku.
“Abaikan aje lah.”
Tiba-tiba dia keluarkan dua keping gambar dari poket baju.
“Tengok?” Aku meminta. Dia menyerahkan padaku. Gambar dia. Tegak berdiri macam sedang menyanyikan lagu kebangsaan. Apa punya stail lah, tangkap gambar macam ni? Aku tersenyum simpul.
“Nak satu?”
“Tak boleh, ni orang lain punya. Kau tak payah ler….”
“Nape pulak?”
“Sebab kau special.”
“Wei, orang lain kau boleh bagi? Kat aku sekeping pun takde..”
“Kau tak apa. Yang penting, dalam hati kau ada aku dan dalam hati aku ada kau. Gambar-gambar tu cuma boleh dipandang dan dilihat saja tapi orangnya dan hatinya tidak boleh disentuh.”
Ada pula kira macam tu. Entah apa kebenda-lah si Hafizz ni merepek. Tak nak bagi sudahlah. |
|
|
|
|
|
|
|
nak lagi. sikit sngt tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Episod 9
Sedar-sedar aje dah pukul 9 pagi. Itupun aku terjaga dek deringan telefon bimbit yang tak berhenti-henti berbunyi. Entah siapa yang menelefon gamaknya. Aku capai telefon bimbit, ada 5 miss called dari Rozaini, officemate aku. Memang terkejut badak aku bila melihat masa yang tertera kat telefon bimbit tu. Dah lewat dah nak ke tempat kerja. Subuh pun terbabas! Astaghafirullahalazim!
Aku bingkas bangun. Sekeping kad ucapan yang aku terima dari Hafizz lama dulu jatuh ke lantai. Agaknya aku tidur bertemankan kad itulah semalam. Pendek saja isi kandungannya. Dia memberinya ketika menghantar aku ke stesen keretapi, aku nak balik kampung untuk cuti (cuti terus dari alam persekolahan) itulah pertemuan terakhir kami sampai ke saat dan tika ini.
I will be back… and hope that it’s not that late
To tell you everything…when I met you again…
Apa maksudnya? Aku ni jenis yang lambat pick-up juga. Andai katalah kecergasan minda dan ketepatan menterjemahkan sesuatu yang abstrak atau mempunyai makna tersirat itu boleh diukur dalam bentuk kenderaan antara Nissan Silvia berenjinkan SR20DET dengan Turbo T28, Lancer Evo 7 dengan enjin 4G63 2000cc atau Kancil dengan Bodykit Mira, enjin L512 aka JB-JL mesti korang ingat aku tahap kancil jer…ahahaha! Silap, jawapannya, aku tak termasuk dalam mana-mana kategori tadi sebab aku dalam kategori Standard aahahaha!!!
Tapi menurut pendapat akulah, agaknya dia ni merahsiakan sesuatu dari aku dan tidak sempat untuk memberitahu.
Eeh! Cik Zulaikha cepatlah bersiap! Dah pukul berapa ni? Sembahyang Subuh kena qada’ dulu. Baru fikir nak MC ke tak nak MC? Kerja melambak-lambak kat pejabat, kena pula hampir-hampir ke hujung-hujung bulan semua nak urgent. Urgent. Urgent. Urgent. Kalau tak urgent, ASAP, ASAP, ASAP. Aku mencapai telefon bimbit lalu mendail nombor Encik Hanan, supervisor aku.
“Assalamualaikum, Encik Hanan?”
“Waalaikumsalam. Ya, Hanan bercakap.”
“Saya ni, Zulaikha.”
“Ya, kenapa Zulaikha.”
“Saya masuk lewat sikit, ada masalah sikit.” Takkan aku nak cakap yang aku terlajak tidur, kan? Lagipun, company boleh bagi 2 hours time-off untuk kes-kes emergency. Kalau kes cam aku ni boleh kira emergency ker?
“Hmm…baiklah. Jangan lewat sangat.” Selamat, nasib baik Encik Hanan tak banyak tanya. Mau terkial-kial aku mencari alasan yang bernas atau sebenarnya lebih pada jawapan penyelamat kepada situasi aku sekarang. Nak hidup, beb! Aku pun tak suka sangat nak menipu kalau tak terdesak. (Bagi jawapan tak betul itu, menipulah namanya kan?)
Aku sampai aje kat pejabat, ada sejambak bunga terletak elok kat atas meja. Siapa punya agaknya? Suka hati letak kat meja aku. Mentang-mentanglah hari ni aku lewat datang, semua nak tumpang meja. Setelah meletakkan beg tangan ke dalam laci meja. Aku membelek-belek jambangan bunga yang bercampur-campur dengan bunga berwarna merah dan kuning. Macam warna Bendera Selangor.
“Siapa punya ni?” Aku bertanya kat Rozaini yang duduk kat meja depan.
“Awak punyalah.” Balasnya seraya tersenyum
“Issh, takkanlah. Aku bukannya suka sangat dengan bunga-bunga ni.”
“Tapi, orang yang hantar tu tak tahu yang awak tak suka.”
“Kawan-kawan, siapa nak bunga ambil kat sini ekkk.”
“Awak, kalau iyapun tengoklah siapa yang hantar. Bacalah kad yang terselit itu. Tak baik, itukan pemberian orang. Nanti, orang tu ingat awak tak appreciate. ” Rozaini memberi nasihat.
Oh! Ada kad rupanya. Tertera ‘Be mine, Zulkifli’. Geli aku, ayat cam ni. Huh! Tapi yang penting siapa Zulkifli? Aku tak kenal pun. Beberapa orang pekerja perempuan sudah pun datang singgah ke mejaku, masing-masing nak bahagian dari jambangan bunga hidup itu. Bunga apa entah? Carnation kut. Aku cuma tahu setakat bunga ros jer. Al-maklumlah pompuan cam aku ni. Spesis alien mana aku pun tak tahu. Boleh ada pompuan yang tak suka bunga, ‘peliks!’ Itu kata Rozaini bila tahu yang aku ni bukan minah bunga.
“Stop! Stop!Stop! Jangan ambil dulu. Bukan aku punyalah. Letak balik bunga-bunga tu.” Cepat-cepat aku bersuara, takut tinggal daun pula jambangan bunga itu. Iyalah, entah siapa Zulkifli tu? Entah-entah penghantar bunga ni dah tersilap. Lebih baik aku call untuk mengesahkan. Bukan call Zulkifli tu tapi call kedai bunga tu.
“Sorry ladies, my bad!” Tersengih-sengih aku mengucapkan. Muncung kan main lagi mereka semasa beredar ke meja masing-masing. Heh!
Aku pun melabuhkan punggung dan mencapai telefon. Berhajat untuk mendail kedai bunga apa ke namanya. ‘Blooming Florist’. Sebutku dalam hati. Belum sempat aku mengangkat gagang, telefon dah berbunyi,
“Hello?” Kedengaran suara lelaki dihujung talian.
“Yes?”
“Zulaikha?”
“Saya.”
“You dah dapat jambangan bunga?”
“Jambangan bunga?” Aku pandang jambangan bunga di hadapan.
“Awak yang hantar ker?” Spontan minda ku mendarat kat kad yang sedang kupegang. Zulkifli. Dari lawyer office. Jantan cabaret itu rupanya.
“Macamana? You suka tak?”
“Sorry sangat-sangat, tapi saya dah bagi kengkawan. Saya tak tahu yang itu untuk saya.” Aku tekap telefon dengan telapak tangan sebelum bersuara.
“Okey, ladies. It’s all yours.” Semua datang menerpa serentak.
“Sorry sangat-sangat. Lagipun, saya memang tak suka bunga.”
“Sampai hati you.”
“Encik Zulkifli nak saya bayar balik ker?”
“Err…Tak…tak apa..” Aku tersenyum. Hehe.. Kalau dia suruh aku bayar, alamat koyaklah aku. Entah berapa hengget jambangan bunga tu. Kalau setakat RM50.00 bolehlah aku bayar balik, kalau RM100.00 habislah duit poket aku untuk seminggu yang berikutnya.
“Maaflah Encik Zulkifli, saya busy hari ini. Biasalah month-end. Kita sembang lain kali ekkk. Assalamualaikum.” Klik! Aku letak. Tak ada masa nak layan!! |
|
|
|
|
|
|
|
nak lg.... kisah cinta stlh 10 thn x jumpa.....!! |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|