|
Mano layi resepi ekau
|
|
|
|
|
|
|
|
sotong masak cili padi kunyit
Sotong kecil stgh kilo.. bersihkan..
Panaskan kuali, masukkan sotong & biar sekejap utk keluarkan air sotong., dan toskan.. airnya sy buang sbb taknak lauk berkuah sgt.. klu suka berkuah boleh guna semula air sotong tadi..
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
6 tangkai cili padi merah
4 tangkai lada besar hijau
*kisar semua bahan atas ni guna chopper atau tumbuk
(Kalau blend nanti halus sangat tak bape rasa cilinya)
Tumis semua bahan kisar/tumbuk tadi..minyak lebih pun takpe..
Masukkan garam & serbuk kunyit.
Agak2 dah layu, masuk sotong tadi.. masakkan sekejap.. jgn lama2 nanti sotong liat..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
SOTONG MASAK SERAI
Bahan2nya simple je
Beberapa batang serai diketuk
Cili merah, cili padi, bawang merah, bawang putih & halia di kisar
Cili kering kisar
Daun limau purut
Bawang besar potong dadu (saya hiris)
Sos tiram
Air asam jawa
Garam
Sotong dimasak sekejap matikan air
Airnya jgn dibuang
Gaulkan sotong dengan kunyit
Ketepikan
Tumis serai dan bahan kisar
Pecah minyak, masukkan air asam jawa, air sotong, sos tiram
Biarkan pecah minyak sekali lagi
Perasakan dgn garam
Masukkan bawang hiris/dadu
Masukkan daun limau & sotong
Masak sekejap
Siap!
|
|
|
|
|
|
|
|
VIENNA BROWNIES
********************
120 gm butter
240 gm dark chocolate
270 gm gula halus
8 biji telur gred A
1 sudu besar nescafe larutkan dgn 1 sudu besar air panas
1 sudu teh esen vanilla
*220 gm tepung gandum
*60 gm serbuk koko
*1 sudu teh soda bikarbonat
80 ml fresh milk
Chocolate chips utk tabur diatas
Ayak bahan bertanda *
Bahan cream cheese :
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
60 gm tepung gandum
2 biji telur
80 ml air
1)Cairkan dark chocolate + butter.
2)Masukkan nescafe + susu + esen vanilla ke dlm adunan chocolate, kacau rata. Ketepikan.
3)Dalam bekas lain whisk gula + telur hingga sebati. Masukkan tepung dan kaup balikkan.
4)Satukan adunan tepung dgn adunan chocolate dan gaul rata. Ketepikan.
5)Utk cheese pulak, guna mixer pukul cream cheese + gula hingga berkrim. Kemudian Masukkan tepung + telur + air dan pukul sekejap lagi hingga semua sebati. Jgn over beat ya!
6)Masukkan separuh adunan chocolate dlm tray 10'' x 10''. Kemudian tuang adunan cheese perlahan-lahan. Finally Masukkan baki adunan chocolate tadi. Lorekkan ikut kreativiti dan tabur chocolate chips. Bakar 1 jam suhu 170 atau ikut kesesuaian oven.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Peria goreng pecah telur campur udang
Peria katak 1kg potong nipis rendam air garam ramas2 basuh 2 3 kali tos
200gram udang buang kulit
3 biji telur
1sudu besar cili blend
Bahan blend kasar atau tumbuk
1biji bawang merah besar
4ulas bawang putih
Cara membuat:
Panaskan minyak dlm kuali masuk bahan yg ditumbuk tadi kacau rata hingga naik bau masuk cili blend kacau lagi hingga pecah minyak masuk telur tunggu sekejap baru kacau. Kemudian masuk udang kacau kaup balik masuk garam gula serbuk perasa dan peria kacau rata peria dah layu sikit tutup api siap. Sedap dimakan dengan nasi panas2 slmt mencuba.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
AYAM GORENG BEREMPAH
1 ekor ayam (potong 16 - kalau nak kecil lagi kerat la kecil2)
3 inci Halia
3 labu bawang putih
8 batang serai
3 sb jintan manis
3 sb ketumbar
2 sb tepung jagung
Telur sebiji
Garam secukup rasa
Serbuk cili ikut pedas mana nak + sedikit serbuk kari ayam
Daun kari secukupnya
Gula melaka 1 keping atau boleh juga letak gula pasir
1. Blend semua bahan kecuali ayam dan daun kari hingga hancur.
2. Gaulkan bahan dengan ayam dan perap 3 jam. Kalau nak sedap perap semalaman.
3. Goreng hingga garing. Api jangan kuat sangat. Kalau tutup kuali masa memggoreng lebih elok supaya ayam cepat masak. Dah hampir garing tu masukkan daun kari.
4. Ok dah siap angkat dam toskan. Baki bahan perapnya saya goreng rangup dan tabur bersama2 ayam yang dihidangkan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bebola kentang cheese
8 biji kentang (dalam 700gram)
Garam
Serbuk lada sulah
¾ cawan tepung jagung
1½ cawan tepung gandum
Mozarella cheese (potong kiub)
Step 1
Rebus kentang hingga empuk.
Lecek kentang panas². Tambah garam, lada sulah. Ejas ikut tekak memasing.
Tambahkan tepung jagung dan tepung gandum. Uli hingga jadi doh.
Bulat²kan doh kentang tadi. Isikan kiub mozzarela cheese. Untuk adunan ni TJ dapat 35 biji bebola.
Step 2 - Salutan buat ikut urutan ni. TJ ulang 2x
Tepung bestari >> Telur >> Bread crumb
Dah selesai buat step ni, bolehlah korang goreng. Makan panas-panas sedap banget dehh.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PARU GORENG BERLADA
Bahan rebus:
700 gram - 1 kg paru
Asam keping
Bahan kisar:
9-10 tangkai cili merah - boleh guna cili kering kisar
5 ulas bawang putih 3biji bawang besar
Halia sebesar 2 ibujari
Bahan lain:
1 batang serai - ketuk
Garam dan gula secukupnya
1 keping asam keping
Cara cara:
Paru direbus sehingga empuk.
Bila sejuk, baru dipotong nipis nipis. Paru dilumur sedikit garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak dengan api yang kuat dan goreng paru (pastikan tenggelam dalam minyak yang banyak). Sentiasa dibalik balikkan supaya garingnya rata. Bila sudah garing, angkat dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar bersama dengan serai, sehingga naik bau dan sedikit garing. Masukkan gula, sedikit garam dan asam keping. Mesti ada rasa manis manis sikit, baru sedap.
Akhir sekali, masukkan paru yang telah digoreng dan gaul rata.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Agar2 Laici
1 tin susu cair
1cwn air
4 sudu besar serbuk agar2(kalau guna agar2 tali pandai2 la yer)
3@4 sudu besar gula
1/2 cwn air laici n isinya sekali
-masak air bersama susu cair smp mendidih
-masukkan serbuk agar2 gula.. kacau smp hancur
-masukkan air laici
-tuang dlm loyang.. agak2 dah suam br masukkan isi laici
-tunggu smp keras br potong
-masuk dlm peti
-masuk dlm mulut
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KEK MILO KUKUS
Bahan A :
1 cawan milo
1 cawan gula pasir
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak
1 cawan air panas
Bahan B :
3 biji telur gred A - pukul hingga kembang
Bahan C :
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
(Semua bahan ayak bersama)
1. Satukan semua bahan A dan kacau rata hingga tiada ketulan milo. Kemudian masak sekejap atas dapur hingga sebati. Tidak perlu masak sampai mendidih.
2. Masukkan bahan B dan C ke dlm bahan A adun hingga sebati.
3. Ambil loyang bersaiz 8 x 8 dan oles dgn sedikit minyak. Tuang adunan kek tadi.
4. Panaskan periuk kukusan dan kukus kek selama 45 minit.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
UDANG MASAK DIRAJA
Bahan-bahan dikisar:-
4 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 tangkai cili kering
2 inci lengkuas
1 inci halia
Bahan-bahan:
2 batang serai diketuk
1kpg asam
1/2 sudu serbuk kunyit
1 sudu gula
1/2 sudu garam
1 cawan santan pekat
Cara-cara:
1. Basuh udang bersih-bersih. Jangan lupa buang tahi udang
2. Tumiskan bahan-bahan kisar sampai naik bau
3. Masukkan serai ketuk
4. Masukkan udang. Kacau & sebatikan
5. Masukkan santan pekat + serbuk kunyit + asam keping +
6. Perasakan dengan garam + gula + pak aji kalau suka
7. Masak jangan lama sangat nanti hilang rasa fresh udang
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Black Pepper Beef Wrap
Bahan:
1. daging
2. bawang putih
3. sos kimball lada hitam
4. sos tiram
5. kicap
Cara-cara:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hiris dadu kecik2.
2. Dah naik bau, masukkan daging, bia daging keluar air dulu baru tambah air sikit agak2 tak banyak.
3. Terus masukkan sos lada hitam kimball, sos tiram dgn kicap nak bagi hitam. Masukkan sikit je garam sebab lain dah masin, taknak pun takpe.
4. Tambah air sikit lagi nak bagi empuk, keringkan sampai xde kuah.
5. Bakar roti tortilla wrap atas pan, angkat susun salad, timun, bawang holand & letak daging black pepper tadi.
6. letak sos thousand island & sos cili. Nak letak mayo pun bole.
Wrap kan. Siap nak ngap!
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KARI AYAM PEKAT
Bahan bahan:
12 ketul ayam
2 biji kentang - potong 4
1 1/2 labu bawang besar saiz besar - hiris
6 ulas bawang putih - hiris
3 inci halia - hiris
1 asam keping
1 kotak santan kotak
Air secukupnya
10 sudu besar rempah kari
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
1 pelepah daun kari
Gula
Garam secukupnya
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuningan.
Kemudian masukkan rempah kari dan kacau seketika sebelum dimasukkan air supaya rempah cair. Terus masak dengan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga rempah sedikit garing dan terbit minyak. Kemudian masukkan daun kari dan kentang.
Lepas itu, masukkan pula ayam dan masak sehingga ayam kecut sebelum tambah sedikit lagi air dan biarkan mendidih.
Masukkan pula santan. Terus masak dengan api perlahan. Setelah kentang empuk, masukkan asam keping, gula dan garam. Renihkan sehingga pecah minyak. Sesuaikan kepekatan kuah yang disukai. Jika terlebih pekat, tambah air panas dan masak lagi.
Kuah kari ayam pekat seperti ini pasti sedap dimakan dengan roti jala.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sup tulang thai
1kg tulang (rebus dlu dgn halia smpai empuk)
Serai ketuk
Lengkuas ketuk
Bawang putih ketuk
Bawang besar hiris
Halia ketuk..
Akar ketumbar ketuk2
Daun limau purut
Tumis smua bahan,kemudian masuk kan tulang yg dah di rebus bersama air rebusan.(sy amek separuh shj air rebusan dan tambah air lagi)..mendidih masuukn air lemon,saderi tomato n perasa n daun ketumbar.. da rasa dah siap ok da boleh makan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jemput Kelapa
Bahan:
2 cwn tepung (saya guna tepung naik sendiri)
3 sudu tepung beras
1 cwn kelapa (putih shj)
1/4 cwn gula(ikut pada kemanisan yg di kehendaki)
secubit garam
Susu cair
Air secukupnya.
Cara-caranya:
Satukan semua bahan di atas ke dalam besen.
Masukkan air, sedikit susu cair dan masukkan sedikit2 sehingga dapat adunan yg sederhana pekat.
Guna senduk atau whisk kacau sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair. Kalau cair tambah sedikit lagi tepung atau kelapa.
Sediakan periuk atau kuali. Masukkan minyak secukupnya. Jangan sikit sangat, nanti jemput2 tak terapung dan leper.
Pastikan minyak betul2 panas, masukkan jemput guna tangan. Bila kekuningan dan garing, angkat dan toskan minyak.
Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba.
**Pasti kan minyak betul panas, untuk elakkan jemput2 serap minyak.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Udang Hijau Butter Cream
1. Udang Bear 500 gm
2. Masukan butter bersama minyak masak
3. Tumis Bawang Putih 3 ulas + 2 ulas bawang merah di blender
4. Masukan Daun Kari
5. Masukan hirisan halia dan Cili Padi
6. Bila naik bau masukan 3 sudu Pes Tomyam Hijau
7. Masukan susu cair 3/4 tin
8. Mengelegak masukan Udang , Gula & Garam Secukup rasa
9. Masukan hirisan Bawang Besar
10. Masukan Cili Besar
* Masak udang jangan terlalu lama*
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
AYAM GORENG KUNYIT LETOPS!!
Bahan
1. Ayam ( natt gune separuh ) dan potong ikut suka hati kamu..huhu
2. Dua sudu besar tepung jagung*
3. Dua sudu besar tepung beras*
4. Satu sudu besar serbuk kunyit*
5. Satu sudu besar serbuk kari*
6. Sedikit air*
7. Perasakan dengan garam & cukup rase meggi*
8. Sayur kacang & caret lada serta bawang
Cara masak
1. Campurkan semua bahan bertanda * gaul sebati kemudian gaul bersama ayam. Biar kan setengah jam.
2. Kemudian panaskan minyak
3.maka goreng laa ayam. Pastikan ayam betul2 tengalam dalam minyak betul2 ya. Goreng sampai masak kemudian masukkan bawang lada serta kacang panjang dan caret
4. Da masak toskan dulu minyak tu ya.
Then SIAP!
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mee udang simple
mee kuning secukupnya
udang secukupnya
kepala udang(direbus utk jadikan stok)
#cili kering segenggam(ikut selera pedas masing2)
#bawang putih 3ulas
#halia sikit
#bawang merah 8 biji
#udang kering 1 mangkuk kecil.
#sebiji kentang
#2 biji keledek
hiasan:
Sawi
daun bawang
bawang goreng
telur
limau nipis
Cili hijau
cara:
rebus kepala udang,dptkan 1 mangkuk sederhana stok udang ketepikan.
rebus kentang dan keledek,blend halus dan ketepikan.
kisar semua bahan bertanda tumis hingga naik bau..masukkan stok udang..masak lagi hingga didih..
tambah garam ckit,gula ckit,gula melaka dan cukup rasa..masuk keledek n kentang blend td.tmbah air jika perlu.
dah didih baru masukkn udang dan siap.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
NASI ALA 3 BUDAK GEMUK
AYAM KICAP PEDAS
-Ayam (Potong kecil & gaul dengan serbuk kunyit dan garam)
-2 tangkai daun kari
-2 batang serai (Ketuk)
-3 sudu sos tiram
-Kicap manis secukupnya
-Garam
-Air asam jawa
*2 biji bawang holland
*2 ulas bawang putih
*2 tangkai cili padi merah (lebihkan kalau suka pedas)
*1 sudu makan biji ketumbar
• Kisar halus bahan bertanda *
1. Goreng ayam hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan daun kari dan serai kemudian kacau rata.
4. Masukkan sos tiram diikuti kicap manis. Saya guna kicap Mahsuri.
5. Kemudian masukkan ayam yang telah siap digoreng tadi diikuti air asam jawa dan secubit garam.
6. Kacau sekejap biar rencah mesra dengan ayam.
7. Tutup api dapur dan sedia dihidang.
SAMBAL GESEK
*Cili padi merah
*Cili padi hijau
*Cili besar merah
*1 biji bawang besar
*2 ulas bawang putih
• Kisar halus bahan bertanda *
• Sukatan cili boleh agak-agak sendiri ikut tahap kepedasan masing-masing. Saya buat tak pedas sebab anak-anak suka makan. Jadi saya lebihkan cili besar.
-Jus limau nipis
-Garam
-Gula
1. Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar hingga sedikit kering.
2. Perasakan dengan garam dan gula.
3. Akhir sekali, masukkan jus limau nipis dan reneh sekejap.
4. Tutup api dapur dan sedia dihidang bersama ayam kicap pedas.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
BERGEDIL KELAPA
1 Setengah biji kelapa yang muda. Kalau yang tua dah kasar isinye.
1/2 sudu teh jintan halus. Jangan banyak sangat.
1 sudu teh jintan kasar. Nak banyak pun boleh, agak agak je ye.
2 sudu ketumbar. Agak agak la, kalau suka rasa ketumbar boleh letak lebih skit.
7 biji cili api. Kalau suka pedas tambah ler lagi.
3 ulas bawang merah.
1 ulas bawang putih.
1 atau 2 sudu tepung gandum. Agak agak la ye.
Garam secukup rasa.
*Nak rasa ikan bilis boleh ler letak ikan bilis. Kalau tak de bilis letak kiub bilis jer pun boleh.
2 biji telur gred B
.
Cara dia mudah jer.
.
- Parut kelapa secukup nye. MakManeh guna sebiji setengah jer.
- Tumbuk cili, bawang putih dan merah.
- Tumbuk/kisar ketumbar, jintan kasar dan halus.
- Masukkan bahan yang dah di tumbuk dan kisar kat dalam mangkuk kelapa parut tadi.
- Masukkan kiub ikan bilis, garam ngan telur.
- Gaul hingga semua sebati. Masukkan tepung, agak agak kelapa tadi boleh di gentel tu dah cukup la. Jangan banyak sangat tepung. Nanti tak sedap.
- Gentel bulat bulat, agak agak macam bergedil tu.
- Panaskan minyak, goreng skit skit. Api jangan kuat sangat. Nanti luar garing dalam masih basah lagi.
- Ulang sampai abis.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|