Selamat Hari Raya tok ucapkan pada semua
Semoga semua amal kebajikan dan ibadah yang kita lakukan di bulan puasa ni akan diterima Allah...dan akan mempertemukan kita dengan bulan Ramadhan yang akan datang
mudah mudahan kita dapat teruskan amal serta jariah kita ke bulan bulan yang lain
mana mana yang memandu atau yang nak balik kampung tu...hati hatilah ketika memandu
jangan lupa mandi sunat hari raya di pagi raya nanti
jamah makanan sebelum keluar solat raya
berdoalah banyak banyak ketika mula saat hari raya nanti..kerana hari raya, termasuk hari hari yang Allah akan makbulkan bagi sesiapa yang berdoa ... mentelah lagi kali ni, bertepatan dengan hari Jumaat yang ada satu saat Allah tak akan menolak permohonan hamba hambaNYA
sesiapa yang belum jelaskan zakat / fitrah diri, cepat cepat jelaskan
berpada padalah ketika makan di waktu raya nanti...bukan senang nak turunkan berat badan ni
akhir kata....kenanglah daku dalam doamu
kalau rindu...tepuklah bantal...dan serulah namaku...akan ku jenguk tidurmu
|