Dah macam kerbau lepas kandang kalau aku pun aku tengok ja kecuali ada mandat untuk shoot to kill - itu pun maybe not sebab depa ni bukan penjenayah berbahaya pun. Tunggu ja lah siang.
Post time 20-4-2022 12:28 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kat rumah aku ada tiga keluarga Rohingya menyewa, ada sekali dia mintak izin nak ambil kelapa nak bagi anak dia minum sakit katanya..okay lah kita bagi. Ingat la kait sebiji atau dua biji kelapa ja.. rupa rupanya sampai 7 ke 8 biji dengan sedara sedara depa.mai sekali, terpaksa la aku suruh stop kalau tak mau sampai habih semua pokok kat .belakang.
10 dead after riot in immigration detention centre causes massive prison break
By G.C.TAN
Wednesday, 20 Apr 2022
9:25 AM MYT
ALOR SETAR: A riot at an immigration detention centre in Relau, Bandar Baharu in Kedah resulted in a massive prison break that saw about 500 detainees fleeing.
The riot, which began as a protest around 5am on Wednesday (April 20) by around 650 Rohingya detainees, quickly turned into a riot.
An insider told The Star that around 229 of them have been recaptured while around 10 have died.
It is believed that they died after being hit by cars while they tried to cross a road in the chaos.
Police have deployed personnel to the centre to control the situation.
It is understood most of the Rohingya there were previously detained in operations by various agencies in Langkawi.
So far, no statements regarding the incident have been released by the authorities.
selagi tak ada tiket balik or gomen dorang uruskan penghantaran balik, duduk la kat depoh tu..
takkan tiket nak hantar balik pun guna duit rakyat malaysia..
masa tgh laut dulu tak halau awal2,baik sangat la konon heret ramai2 tu naik atas darat,padahal tempat tahanan pun cukup2 makan.. benda dah tahu mmg akan jadi mcm time bomb,waiting to happen jah
205 baki tahanan Rohingya lari masih bebas
Nur Izzati Mohamad
Nibong Tebal: Polis bersama agensi berkaitan kini berusaha mengesan baki 205 tahanan etnik Rohingya yang masih bebas selepas melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau, Bandar Baharu dekat sini, awal pagi hari ini.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa seramai 528 daripada 663 tahanan di depot imigresen berkenaan melarikan diri pada 4.30 pagi sebelum 88 daripadanya ditahan dengan bantuan penduduk kampung dan diserahkan kepada pihak imigresen.
Menurutnya, seramai 229 lagi tahanan kemudiannya berjaya ditahan di Kilometer (KM) 168.2 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat sini dengan bantuan orang awam sebelum mereka menghubungi polis untuk tindakan selanjutnya.
"Terdahulu, sekumpulan tahanan dikatakan melintas jalan dengan menyeberangi lebuh raya namun enam daripadanya terdiri daripada dua lelaki, dua wanita dan dua kanak-kanak maut selepas terbabit kemalangan pada 6.50 pagi di KM165 Lebuh Raya Utara Selatan.
"Ekoran insiden itu, tahanan lain yang menyaksikan kemalangan itu tidak berani melintas, sebaliknya melarikan diri dengan berjalan di tepi lebuh raya yang mereka sendiri tidak pasti sehingga terdapat satu kumpulan anak muda yang membantu menahan kesemua mereka di KM168.2 Lebuh Raya Utara Selatan lalu menghubungi polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika sidang media di lokasi penahanan tahanan berkenaan di sini, hari ini.
Mohd Shuhaily berkata, susulan penahanan yang dibuat hanya tinggal baki seramai 205 lagi untuk dikesan.
"Ia memerlukan tenaga yang sepenuhnya selain bantuan orang ramai bagi mengesan kesemua tahanan berkenaan," katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dalam kenyataannya memaklumkan tahanan itu melarikan diri dengan memecahkan pintu blok dan jeriji penghadang di depot berkenaan.
"Pegawai bertugas kemudiannya mengaktifkan prosedur operasi standard (SOP) dengan menghubungi polis dan agensi berkaitan bagi mendapatkan bantuan.
"Sehingga 10 pagi tadi, seramai 362 orang tahanan berjaya ditangkap semula dan gerakan mencari baki tahanan yang lain sedang diteruskan," katanya.