CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Raline

[Politik] PM tiba di London

[Copy link]
Post time 10-5-2022 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat showcase kt london yg dtg org malaysia je ke..if vvip uk dtg n beli berbaloi la jugak...harap bkn aktiviti syok sendiri angkut kengkawan gi london yg bazir duit rakyat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2022 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Siyok sendiri je ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 03:24 PM | Show all posts
OTW  ke Washington DC bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean-Amerika Syarikat, singgah di London.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 03:57 PM | Show all posts
Kenapa mata dia dah lain eh sekarang. Tak macam sebelum jd no 1.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
pegi uk tgk songket,kat malaysia ni berlambak...membazir duit tax payer...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tetamu tak diundang tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2022 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ler gi sana atas kapasiti bg meriahkan suasana je ke... Ingat ada yg penting sgt





Apsal aiol baca tajuk sebut pm kepala terbayang si jagong pulak.
Haru betul...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn Putin gi nuke London time ni sudah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2022 05:18 PM | Show all posts
annehuda replied at 10-5-2022 02:51 PM
ni dapat showroom ka atau setakat booth jah. ade sape2 yg dok londang bleh sahkan

cer try tanya acik porem dalam ni yg acah2 dok obersee kot2 diorg ada bukak booth sama ke

or window shopping dekat pawn shop kat sana.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
kasibiman replied at 10-5-2022 12:21 PM
Mari Kita tunggu Berita pesuruhjaya ke London diperhambat balik pulak

pedih tapi itulah kenyataannya dgn gomen sarkis skang ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 10-5-2022 01:18 PM
reti cakap omputih ke tu? ke cakap mulayu?

Haruslah ckp mulayu je
Kan dia yg sajes nk jadikan bhs mulayu jd bhs asean bagai.ujung2 kene rejek dgn indonesia
Bongok punya gomen skang ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa faedah yang negara dapat dengan pergi London ni? Rakyat tanggung semua kos.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 10-5-2022 02:43 PM
Tu takde siapa dtg dr wakil UK dtg sambut dia, jgn dia sentap cold storage kan pegawai msia kat lond ...

Mcm syok sendiri je kan
Takde ke gomen BoJo hantar wakil kt heathrow terima kedatangan piyem malaysia darul 1MDB kebangga donia tu?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
ezacbee replied at 10-5-2022 12:46 PM
Sambung shopping raya ke?

Menyinggah je kan ni.. hahaha pasni ke DC
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 10-5-2022 02:51 PM
ni dapat showroom ka atau setakat booth jah. ade sape2 yg dok londang bleh sahkan

Artikel kata venue di Kedutaan, bermakna anjuran kedutaan sendiri. Show syok sendiri la ni, ssngaja dibuat utk.justify kan transit Mael di London
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat erpot takde sekor pun protokol omputih datang nyambut. Semua muka kepam je. Siap lah sapa yg.bakal dipanggil balik



https://youtu.be/kZBtL-4Lx8c
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2022 06:00 PM | Show all posts
annehuda replied at 9-5-2022 10:51 PM
ni dapat showroom ka atau setakat booth jah. ade sape2 yg dok londang bleh sahkan

Buat dalam bangunan sendiri. Jadi mereka boleh gunakan seberapa banyak ruang yang mereka mahukan.
Pameran ni dibuat di bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square, di sini.


Tetapi hairan juga jika sesiapa nak memperbaharui pasport masih lagi kena buat appointment disebabkan c19.






Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 06:02 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 10-5-2022 02:18 AM
FOTHER-MUCKER replied at 10-5-2022 02:00 AM
Buat dalam bangunan sendiri. Jadi mereka boleh gunakan seberapa banyak ruang yang mereka mahukan.
...








Daripada Harlina Samson


LONDON, 9 Mei (Bernama) -- Buat julung kalinya keindahan Tenun Pahang Diraja dipamerkan kepada dunia di Minggu Kraf London (LCW), yang berlangsung dari Isnin hingga 15 Mei.

Malaysia adalah salah sebuah daripada dua negara terpilih untuk menjayakan Pavilion Negara, yang ditampilkan bagi mengukuhkan festival itu sebagai platform berkongsi perspektif global, dan menyerlahkan perhatian terhadap London sebagai hab antarabangsa untuk mempertemukan pembuat dan kreativiti cemerlang dari seluruh dunia.


Satu lagi Pavilion Negara adalah Norway.

Dengan diterajui Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, pameran itu mengetengahkan program tenunan dari penjara, yang menampilkan tenunan tradisional lengkap dengan penenun bertugas, fabrik arkib dari Muzium Pahang dan pilihan pakaian Tunku Azizah sendiri, serta koleksi Tenun peribadi.


“Semua ini adalah berkaitan menyulam harapan. Kisah ini sendiri adalah mengenai harapan hari ini… kami berharap dapat menghidupkan semula sulaman Tenun Pahang,” titah Seri Paduka Baginda semasa melancarkan Pameran Tenun Pahang Diraja di bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square, di sini.


“Harapan saya adalah untuk menghidupkan semula tenunan (Tenun Pahang), dan harapan saya untuk seni tenun bertahan, semuanya bergantung kepada banduan (menerusi program tenunan penjara). Mereka adalah harapan saya untuk kelangsungan seni tenun. Mereka yang menjayakannya, dan kerana mereka, kini terdapat lebih 200 penenun,” titah baginda yang membandingkan 15 penenun lama di Pahang pada 2006.


Raja Permaisuri turut memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada Kerajaan Malaysia, khususnya Jabatan Penjara, Institut Kraf Negara dan jabatan berkaitan, kerana 'memberi harapan dan peluang kedua' bukan sahaja untuk industri tenunan tertua untuk terus hidup, malah juga untuk membina kehidupan baharu bagi banduan.

“Ia salah satu industri tenunan tertua, berusia 1,000 tahun dengan bantuan Jabatan Penjara dan banduan, yang menghasilkan reka bentuk dan menenun.


“Senyuman di wajah mereka mencairkan hati saya. Saya melayan mereka seperti kawan. Selain menenun, mereka juga diajar memasak.

“Harapan paling besar (mereka) ialah diberi harapan untuk menjadi insan yang lebih baik, yang berkemahiran, dan memulihkan mereka agar dapat kembali kepada masyarakat sebaik sahaja mereka dibebaskan dari penjara,” titah Baginda.


Antara orang kenamaan yang hadir di majlis pelancaran hari ini ialah Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Zakri Jaafar, Komisioner Jeneral Jabatan Penjara Datuk Nordin Muhammad, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia Aididah Ibrahim dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.


Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan mengadap Raja Permaisuri dan melawat Pameran Tenun Pahang: Menyulam Harapan LCW, Selasa.

Perdana Menteri yang dalam perjalanan ke Washington untuk Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat, juga dijadualkan menghadiri majlis Hari Raya Aidilfitri Keluarga Malaysia bersama dengan rakyat Malaysia di United Kingdom.


Tunku Azizah, yang merupakan penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja dalam titahnya menyuarakan rasa cukup teruja terhadap prospek mempamerkan tradisi tenunan Pahang yang berkurun lamanya, disifatkan baginda sebagai “membawa Penjara Penor dan Penjara Bentong (kedua-duanya di Pahang) ke London".


Baginda bertitah tenunan itu dibawa baginda dari penjara, kerana baginda mahu dunia tahu mengenai kerja-kerja yang dilakukan mereka.

"Kita latih mereka (banduan), untuk menyediakan mereka apabila dibebaskan nanti, untuk kelangsungan hidup mereka.


"Ini adalah sebahagian daripada persediaan kami untuk pembinaan Perkampungan Al-Sultan Abdullah yang akan dibangunkan di Pekan - yakni sebuah pusat tumpuan yang boleh didatangi semua bekas banduan. Kita sediakan bengkel bagi membantu mereka menjual hasil tangan mereka,” katanya.


Selain mempamerkan potongan tekstil hasil tangan banduan kedua-dua penjara berkenaan, pameran itu turut menampilkan fabrik arkib Muzium Pahang dan koleksi baju kurung Riau-Pahang serta 20 helai 'samping'.


Bekas banduan Md Ghafawi Mat Said, 52, tampil mempamerkan seni sulaman Tenun Pahang (12 x 3.75 kaki) hiasan dinding Tenun Pahang (hiasan dinding) sepanjang tempoh pameran.

Majlis itu dianjurkan oleh Yayasan Tenun Pahang Diraja dengan kerjasama Kementerian Luar, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Penjara, Muzium Pahang dan Kraftangan Malaysia.


Semasa festival selama seminggu itu, kira-kira 250 pembuat, pereka, jenama dan galeri yang terkenal dan baru muncul dari seluruh dunia berkumpul untuk mempamerkan produk mereka pada festival tahunan itu, yang diadakan di beberapa venue di sekitar London.

-- BERNAMA





Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 06:07 PM | Show all posts
Biasa ler orang Mesia kan lepas raya je suka travel sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 06:26 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 10-5-2022 05:36 PM
Haruslah ckp mulayu je
Kan dia yg sajes nk jadikan bhs mulayu jd bhs asean bagai.ujung2 kene rejek ...

terpaling ... biasala dna umgok tu menebal dlm diri memasing



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.044307 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list