CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: khdn

Akak yang Nikah Diam2, dan Majlis Kahwin yang Adhoc

[Copy link]
Post time 21-9-2010 05:55 PM | Show all posts
so sekarang i just nak tanya u all ?

1) sah ka nikah tu..kalo die kawin kat siam ? without my dad as wali ?
ramai forumner kata sah. tp aku baru jer dengar ceramah hari tu. aku lupa nama ustaz tu. dia kata tak sah. sbb ayah ko still ada. patut kalau dia nak berwalikan hakim kena dapat persetujuan ayah ko dulu. sbb kalau dia kawin kat selatan thai ke ceruk mana ke bukan tak leh talipon pun.. urutan wali tu pun kena ikut ayah ko, kalau dia takleh abang atau adik laki ko, then bapak saudara.. kalau semua tu tak de(ustaz tu sebut meninggal, anak tunggal etc..) baru leh wali hakim.. kalau nak lagi sure ko rujuk betul2 kat mana2 individu yang lebih tau.. sbb b4 ni aku ingta sah juga kalau nikah pakai wali hakim ikut suka hati macam ni..

2) kenapa die buat camtu kat adek badek ? and esp to my parents ?
cinta tu buta.. tk fikir panjang...
ko slow talk la ngan dia.. mungkin dia ada explanation sendiri..

3) kenapa my mum as if cam hise something from us adek beradik...bukan sebab apa..nanti bila majlis..org tanya...bila nikah..apa la kita nak jawap and ckp..coz my mother sendri tak nak bukak mulut..
hmm.. mungkin terlalu sedih n terluka.. tak nak tambah lagi keperitan jiwa tu..
yang penting korang adik beradik lain kena happykan ur mum lah..
salute juga.. sbb org tua ko tak cepat melatah.. maybe ada jadi sesuatu kat kakak ko, dan mak ko still nak jaga aib kakak ko ke..


apa pun yang penting pasal nikah tu sah ke tak sah... pi la rujuk org2 yg lebih tahu..
sbb kalau tak sah kena nikah ulang lah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2010 06:19 PM | Show all posts
tany eterus je kat ur sister...senang...cari husband die..tanya depan2 nga adik beradik bg clear..jgn pressure ur mom la....

bende dh lepas...lepas la....kalau kecewa pun x dpt ape...

geram tue mmgla..tp dh tertulis ....
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 08:40 PM | Show all posts
Reply 1# khdn


slow talk dgn ur sis adlh langkah terbaik.
ur mom tu cuma org tgh je.
byk org yg kawen kt siam ni..nk cerai susah..nk declare dh kawen pun susah..
ada baiknya nasihatkan ur sis spy register perkahwinan tu dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 09:21 PM | Show all posts
Reply 1# khdn


  Sekiranya wali pertama tidak ada, hendaklah diambil wali yang kedua dan jika wali kedua tidak ada hendaklah diambil wali ketiga dan begitulah seterusnya.
Mengikut tertib wali, bapa hendaklah menjadi wali bagi semua perkahwinan anaknya. Dan jika bapa tidak ada kerana meninggal dunia maka hak wali berpindah kepada datuk pengantin perempuan itu; dan jika datuk juga meninggal dunia maka hak wali itu berpindah kepada saudara lelaki seibu-sebapa kepada  pengantin perempuan dan begitulah bidang kuasa wali mengikut tertib susunannya.
Sekiranya pengantin perempuan itu tidak mempunyai wali maka ia akan dinikahkan secara wali hakim. Rasulullah saw bersabda:
“Maka Sultanlah yang menjadi wali bagi sesiapa yang tidak mempunyai wali”.
(Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud)

Dalam kes Ismail bin Abdul Majid lawan Aris Fadilah dan Insun bt Abdul Majid (1990, Jld. V, II, JH) di Mahkamah Syariah, Kuala Kangsar, Perak, Yang Arif Hakim Amran bin Satar telah memutuskan perkahwinan yang diwalikan oleh wali ab’ad sedangkan wali aqrab masih ada maka perkahwinan itu tidak sah.
(Wali Ab’ad : wali yang jauh perhubungannya dengan pengantin perempuan mengikut susunan wali).
(Wali Aqrab : Wali yang paling dekat hubungannya dengan pengantin perempuan mengikut susunan wali).
Fakta kesnya adalah seperti berikut: Pengantin perempuan telah berkahwin dengan seorang pemuda pada 6hb Mei, 1974 di Kampung Kandang Hilir, Kota Lama Kanan, Perak. Wali yang bertindak kepada perempuan tersebut ialah saudara lelakinya kerana bapa perempuan itu telah meninggal dunia. Pengantin perempuan itu sebenarnya juga masih mempunyai datuk yang masih hidup dengan segar dan waras yang tinggal di Bt. 8, Batu Laut, Kuala Langat, Selangor. Datuk itu tidak diberitahu mengenai perkahwinan cucunya itu. Kes ini telah dibawa ke Mahkamah dan telah diputuskan perkahwinan itu tidak sah atau batal dengan alasan:
  • Saudara lelaki pada pengantin perempuan itu tidak ada bidang kuasa wali kerana wali aqrab iaitu datuk perempuan itu masih ada.
  • Akal fikiran datuk itu masih waras maka hak kelayakan wali masih tidak hilang.
Berdasarkan analisa kes tersebut, sepatutnya pengantin perempuan itu menghubungi datuknya bagi mewalikan perkahwinannya. Jika datuknya itu tidak dapat hadir, maka datuknya boleh mewakilkan (wakalah wali) kepada orang lain, untuk menikahkan cucunya itu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 03:15 AM | Show all posts

1) sah ka nikah tu..kalo die kawin kat siam ? without my dad as wali ?


2) kenapa die buat camtu kat adek badek ? and esp to my parents ?


3) kenapa my mum as if cam hise something from us adek beradik...bukan sebab apa..nanti bila majlis..org tanya...bila nikah..apa la kita nak jawap and ckp..coz my mother sendri tak nak bukak mulut..


khdn Post at 20-9-2010 14:31


1. Berdasarkan kepada pengalaman orang lain, tujuan bernikah kat Siam, adalah untuk "keluar daerah". Tujuan keluar daerah adalah bertujuan melepaskan tuntutan / keperluan ayah sebagai wali. Dan mengikut undang-undang perkahwinan Malaysia, pernikahan ini perlu didaftarkan bila balik Malaysia. Dendanya sekitar rm500-

2. Kes-kes begini berlaku selalunya berpunca dari beberapa sebab. Antaranya desakan dari pasangan yang dicintainya. Hubungan cinta yang rumit. Termengandung. Kena tangkap basah. Dan sebagainya. Secara ringkasnya, ini berkaitan dengan perasaan manusia. kalau dah cinta, jangankan ke Himalaya, ke Lombok pun aku ikut kamu jua.

3. Sebabnya, mak anda sudah tahu cerita dengan jelas. Selalunya, dia tak mau menambah lagi kekukusutan. Dia tak mau membuka aib. Dia ingin melupakan perkara di atas dengan baik, yang dah lepas tu biarlah dah lepas, yang penting masa mendatang. Begitulah selalunya tindakan seorang ibu. Kasih sayangnya kepada anak tiada batasan.

Apa nak jawab bila orang tanya itu ini? Jawablah dengan jawapan yang sebaiknya, yang menjaga kehormatan keluarga. Kalau dirasakan tak perlu jawab, tak perlu jawab. Alihkan soalan itu dengan bijaksana.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 03:36 AM | Show all posts
Sah ker nikah kat Siam tanpa ayah sebagai wali?

Kalau nak lebih yakin, daftarkan pernikahan tersebut dengan Jabatan Agama bahagian nikah kahwin. kalau Jabatan Agama keluarkan sijil nikah, hukumnya sah. Kalau Jabatan Agama kata kena nikah lagi sekali, kena la nikah lagi sekali. Jangan susah-susah fikirkan perkara ni. Kita ada ustaz-ustaz yang arif dalam hal nikah kahwin kat Jabatan Agama.

Cuma sediakan duit untuk bayar denda.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2010 06:35 AM | Show all posts
y x tnya sendiri kat ur sister ape yg udah jadi??
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 08:34 AM | Show all posts
i hope this is the correct traead for me to luah kan perasaan i yg nak kata i geram pun tak tau...
...
khdn Post at 20-9-2010 14:31




Wali Hakim Atau Wali Raja

Wali hakim ialah Sultan atau Raja yang beragama Islam yang bertindak sebagai wali kepada pengantin perempuan yang tidak mempunyai wali. Oleh kerana Sultan atau Raja ini sibuk dengan tugas-tugas negara maka ia menyerahkannya kepada Kadhi-Kadhi atau Pendaftar-Pendaftar Nikah untuk bertindak sebagai wali hakim.
Dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan, Seksyen 2 (1) Wali Hakim ditakrifkan sebagai wali yang ditauliahkan oleh Yang DiPertuan Agong dalam hal Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak atau oleh Raja dalam hal sesuatu negeri lain untuk mengahwinkan perempuan yang tidak mempunyai wali dari nasab.

Sebab-Sebab Menggunakan Wali Hakim

Pertama:  Tidak Ada Wali Nasab
Bagi pengantin perempuan yang tidak mempunyai wali nasab seperti saudara baru di mana tidak ada saudara-maranya yang memeluk Islam atau perempuan yang tidak mempunyai wali langsung mengikut tertib wali atau anak luar nikah maka wali hakimlah yang menjadi wali dalam perkahwinannya. Rasulullah saw bersabda:
“Sultanlah menjadi wali bagi perempuan yang tidak mempunyai wali”.
(Riwayat Al-Khamsah)

Bagi pengantin perempuan yang tidak mempunyai wali maka wali hakimlah yang akan mengahwinkan pengantin perempuan itu.
Kedua:  Anak Tidak Sah Taraf Atau Anak Angkat
Anak tidak sah taraf atau anak luar nikah ialah anak yang lahir atau terbentuk sebelum diadakan perkahwinan yang sah. Contohnya, jika sepasang lelaki dan perempuan bersekedudukan sama ada lama atau sekejap kemudian mengandung maka anak yang dikandung itu dianggap anak tidak sah taraf walaupun anak itu lahir dalam perkahwinan yang sah. Ini bermakna benih-benih kandungan yang terjadi sebelum kahwin dan dilahirkan dalam tempoh perkahwinan, maka anakitu tetap dianggap anak tidak sah taraf.
Oleh yang demikian, jika anak yang tidak sah taraf itu perempuan dan ia mahu berkahwin di kemudian hari, maka walinya ialah wali hakim. Begitu juga anak angkat. Jika anak angkat itu berasal dari anak tidak sah taraf, maka walinya adalah wali hakim kerana anak itu dianggap tidak mempunyai wali nasab.
Sekiranya anak angkat itu berasal dari bapa yang sah atau keluarga yang sah, maka walinya ialah berdasarkan susunan atau tertib wali yang ada, bukannya bapa angkat. Oleh itu para ibu bapa atau bapa angkat hendaklah berhati-hati tentang anak yang tidak sah taraf ini, jangan menyembunyikan keaaan sebenar.
Ketiga:  Wali Yang Ada Tidak Cukup Syarat.
Dalam Islam, kalau wali aqrab tidak mempunyai cukup syarat untuk menjadi wali seperti gila, tidak sampai umur dan sebagainya maka bidang kuasa wali itu berpindah kepada wali ab’ad mengikut tertib wali. Sekiranya satu-satunya wali yang ada itu juga tidak cukup syarat tidak ada lagi wali yang  lain maka bidang kuasa wali itu berpindah kepada wali hakim.
Keempat:  Wali Aqrab Menunaikan Haji Atau Umrah
Dalam kitab Minhaj Talibin dalam bab Nikah menyatakan jika wali aqrab menunaikan haji atau umrah maka hak walinya terlucut dan hak wali itu juga tidak berpindah kepada wali ab’ad, tetapi hak wali itu berpindah kepada wali hakim.
Demikian juga sekiranya wali aqrab itu membuat wakalah wali sebelum membuat haji atau umrah atau semasa ihram maka wakalah wali itu tidak sah. Rasulullah saw bersabda:
“Orang yang ihram haji atau umrah tidak boleh mengahwinkan orang dan juga tidak boleh berkahwin”.
(Riwayat Muslim)
Oleh yang demikian, jika seseorang perempuan yang hendak berkahwin, hendaklah menunggu sehingga wali itu pulang dari Mekah atau dengan menggunakan wali hakim.

Kelima:  Wali Enggan
Para Fuqaha sependapat bahawa wali tidak boleh enggan untuk menikahkan perempuan yang dalam kewaliannya, tidak boleh menyakitinya atau melarangnya berkahwin walhal pilihan perempuan itu memenuhi kehendak syarak.
Diriwayatkan dari Ma’qil bin Yasar, ia berkata: “Saya mempunyai saudara perempuan . Ia dipinang ole seorang pemuda yang mempunyai pertalian darah dengan saya. Saya kahwinkan perempuan itu dengan pemuda tersebut, kemudian diceraikan dengan talak yang boleh dirujuk. Perempuan itu ditinggalkan sampai habis eddahnya. Tidak berapa lama kemudian, pemuda itu datang lagi untuk meminang, maka saya jawab:”Demi Allah, saya tidak akan mengahwinkan engkau dengan dia selama-lamanya”. Peristiwa ini disampaikan kepda Nabi saw. Berhubung dengan peristiwa ini, Allah swt menurunkan ayat Al-Quran :
“Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu habis masa eddahnya, maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kahwin dengan bakal suaminya”.
(Al-Baqarah : 232)
Kemudian Ma’qil berkata: “Kemudian saya membayar kifarah sumpah dan perempuan itu saya kahwinkan dengan lelaki berkenaan”.
(Riwayat Al-Bukhari dan Abu Daud)

Dalam sebuah hadith yang lain dinyatakan:
“Ada tiga perkara yang tidak boleh ditanggungkan iaitu: solat bila telah datang waktunya, jenazah bila telah terlantar dan wanita janda yang telah bertemu jodohnya”.
(Riwayat At-Tirmizi dan Hakim)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2010 08:34 AM | Show all posts
Oleh yang demikian, perbuatan wali menghalang atau enggan menikahkan wanita tanpa ada alasan syarak adalah dilarang dan dianggap satu tindakan yang zalim kepada wanita itu.
Menurut Jumhur Fuqaha (Syafi’e, Maliki dan Hambali) apabila wali aqrab enggan menikahkan pengantin perempuan, maka wali hakimlah yang menikahkannya. Rasulullah saw bersabda:
“Kalau wali-wali itu enggan maka Sultan atau hakim menjadi wali bagi perempuan yang tidak mempunyai wali”.
(Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)
Dalam kes Azizah bte Mat lawan Mat bin Salleh (1976, Jld. II, I JH) mengenai wali enggan di Mahkamah Kadhi Perlis, Yang Arif Kadhi Mahmood bin Lebai Man (pada masa itu) memutuskan, perempuan itu berhak mendapat wali Raja atau hakim untuk berkahwin dengan Mansor bin Isa dengan mas kahwin dan belanja yang tidak ditetapkan.
Fakta kes itu adalah seperti berikut: Seorang perempuan telah menuntut di Mahkamah Kadhi supaya ia dikahwinkan dengan Mansor bin Isa secara wali hakim kerana bapanya enggan mewalikannya dalam perkahwinan itu dengan mas kahwin sebanyak RM80.00 dan hantaran RM202.00 tunai.
Pihak bakal suami telah mencuba beberapa kali untuk meminang perempuan tetapi dihalang oleh bapa dengan alasan “Tunggulah dulu sehingga anak perempuannya mendapat pekerjaan”. Bakal suami itu bekerja sebagai Pembantu Audit.
Kadhi ketika memutuskan kes itu menyatakan :
“Berdasarkan kepada hukum syarak, apabila seseorang wali itu tidak mahu mewalikan nikah anaknya kerana enggan atau berselisihfaham, maka bolehlah dinikahkan perempuan itu dengan wali hakim atau wali Raja dengan alasan:
Pertama:  Daripada Aisyah r.a. Nabi saw bersabda:
“Jika mereka berselisih , maka Sultan atau Rajalah wali bagi orang yang tidak ada wali”.
(Riwayat Abu Daud, Ahmad dan At-Tirmizi)
Kedua:  Rasulullah saw bersabda:
“Kalau datang kepadamu lelaki beragama dan berakhlak baik, maka nikahkanlah ia. Jika kamu tidak melakukannya nescaya akan terjadi fitnah dan kerosakan yang besar”.
(Riwayat At-Tirmizi)
Ini bermakna wali yang enggan menikahkan seseorang perempuan tanpa alasan munasabah mengikut syarak, maka hak wali itu berpindah kepada wali hakim.
Wali Berada Jauh Atau Ghaib
Sering timbul dalam masyarakat kita, wali aqrab kepada pengantin perempuan berada jauh atau ghaib. Ini menimbulkan masalah kepada pengantin perempuan iaitu siapa yang berhak menjadi wali?.
Mengikut Mazhab Syafi’e, kalau wali aqrab ghaib atau berada jauh dan tiada walinya maka yang menjadi wali ialah wali hakim di negerinya, bukan wali ab’ad. Ini berdasarkan wali yang ghaib atau berada jauh itu pada prinsipnya tetap berhak menjadi wali tetapi kerana sukar melaksanakan perwaliannya, maka haknya diganti oleh wali hakim.
Persoalan yang tmbul ialah apakah ukuran yang dikatakan jauh itu? Menurut Mazhab Syafi’e, ukuran jauh itu ialah dua marhalah yang mengharuskan sembahyang qasar iaitu perjalanan unta sehari semalam di padang pasir. Berdasarkan halangan dan kesukaran perjalanan itulah maka wali hakim mengambil alih tugas wali aqrab yang berada jauh itu.
Mengikut ukuran sekarang, dua marhalah itu adalah sejauh 91 km. Kalau pada masa dahulu perjalanan dua marhalah ialah sejauh satu hari satu malam perjalanan unta, maka pada masa sekarang perjalanan dua marhalah itu hanya boleh sampai dalam tempoh beberapa jam sahaja, bahkan jarak perjalanan di antara benua dan lautan seolah-olah seperti dalam satu daerah sahaja.
Oleh sebab itu, ulama sekarang berpendapat bila wali aqrab berada jauh atau ghaib meskipun tempat tinggalnya di Eropah atau Amerika, hendaklah wali aqrab itu dihubungi melalui surat supaya ia mewakilkan hak kewaliannya kepada orang lain untuk mengahwinkan pengantin perempuan atau menunggu kepulangannya (jika ia mahu pulang segera) kerana perhubungan sekarang amat mudah dan cepat.
Sekiranya wali aqrab itu ghaib atau berada jauh dan tiadak diketahui langsung alamatnya maka barulah hak kewalian itu berpindah kepada wali hakim.
Dalam kes Hashim bin Mat Isa lawan Fatimah bte Ahmad (1977, Jld. III, I JH), Yang Arif Kadhi Besar Kedah, Syeikh Ismail bin Hj. Omar (pada masa itu) memutuskan perkahwinan kahwin lari yang dibuat di Pekan Siam, Padang Besar, Thailand itu tidak sah.
Fakta kesnya adalah seperti berikut: Kedua-dua pasangan itu warganegara Malaysia. Pengantin perempuan tinggal bersama bapanya (wali) di Batu 5, Jalan Sanglang, Kedah. Pengantin perempuan dan pasangannya telah berkahwin lari di Kampung Pekan Siam, Padang Besar, Thailand. Sekembalinya ke Kedah pasangan itu mahu mendaftarkan parkahwinannya. Permohonan itu dibuat di Mahkamah Syariah Alor Setar, Kedah. Ketika menyampaikan keputusan permohonan pendaftaran perkahwiann itu, Yang Arif Kadhi Besar memutuskan:
“Perkahwinan pasangan itu tidak sah pada hukum syarak keranan jarak di antara tempat wali berada pada masa itu dengan tempat akad nikah yang dibuat di Kampung Pekan Siam itu tidak sampai dua marhalah dan perempuan itu diperintahkna supaya bereddah”.
Sebagai pengajaran dari keputusan Mahkamah itu, maka adalah mustahak mana-mana perkahwiann yang hendak dibuat di luar kariah, daerah dan negeri hendaklah terlebih dahulu merujuk kepada Pejabat kadhi yang berdekatan dengan tempat tinggal.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 08:35 AM | Show all posts
Wakalah Wali (Wali Mewakilkan Kepada Orang Lain)
Dalam Islam, terdapat satu prinsip Undang-Undang Islam yang menyatakan:
“Tiap-tiap sesuatu yang boleh seseorang melaksanakan dengan sendirinya, bolehlah ia mewakilkan sesuatu itu kepada orang lain”.
Menurut prinsip tersebut, telah sepakat Fuqaha bahawa setiap akad yang dapat dilakukan oleh seseorang yang mempunyai bidang kuasa, maka akad itu boleh juga ia mewakilkan kepada orang lain misalnya dalam akad nikah, jualbeli, cerai, sewa menyewa, tuntutan hak dan akad yang lain.
Dalam hal akad nikah ini, apabila seseorang wali aqrab itu  berada jauh, tidak dapat hadir pada majlis akad nikah atau wali itu boleh hadir tetapi ia tidak mampu untuk menjalankan akad nikah itu, maka wali itu bolehlah mewakilkan kepada orang lain yang mempunyai kelayakan syar’ie.
Begitu juga bagi bakal suami. Kalau ia tidak dapat hadir pada majlis akad nikah kerana ia sedang belajar di luar negeri, maka ia bolehlah mewakilkan kepada orang lain yang mempunyai kelayakan syar’ie bagi menerima ijab (menjawab) nikah itu. Walau bagaimanapun bagi perempuan (bakal isteri) ia tidak ada bidang kuasa mewakilkan kepada orang lain untuk megahwinkannya kerana haknya ada di tangan walinya.
Menurut Jumhur Fuqaha, syarat-syarat sah orang yang boleh menjadi wakil wali ialah:
1.        Lelaki
2.        Baligh
3.        Merdeka
4.        Islam
5.        Berakal (akal tidak lemah)
6.        Wakalah itu tidak boleh dibuat semasa orang yang memberi wakil itu menunaikan ihram haji atau umrah.
Orang yang menerima wakil hendaklah melaksanakan wakalah itu dengan sendirinya sesuai dengan yang ditentukan semasa membuat wakalah itu kerana orang yang menerima wakil tidak boleh mewakilkan pula kepada orang lain kecuali dengan izin memberi wakil  atau bila diserahkan urusan itu kepada wakil sendiri seperti kata pemberi wakil: “Terserahlah kepada engkau (orang yang menerima wakil) melaksanakan perwakilan itu, engkau sendiri atau orang lain”. Maka ketika itu, boleh wakil berwakil pula kepada orang lain untuk melaksanakan wakalah itu.
Wakil wajib melaksanakan wakalah menurut apa yang telah ditentukan oleh orang yang memberi wakil. Misalnya seorang berwakil kepadanya untuk mengahwinkan perempuan itu dengan si A, maka wajiblah kahwinkan perempuan itu dengan si A.
Kalau wakil itu mengahwinkan peempuan itu dengan si B, maka perkahwinan itu tidak sah.
Mengikut amalan di Malaysia, selalunya wakalah wali dibuat di hadapan Kadhi atau Pendaftar Perkahwinan dengan disaksikan oleh dua orang saksi.
Sebelum melakukan walkalah wali, adalah mustahak wali itu mengkaji latar belakang orang yang hendak menereima wakil itu.
Penutup
Demikianlah bidang kuasa wali adalah amat penting dalam perkahwinan kerana ia menentukan sah atau tidak sesuatu perkahwinan. Oleh itu, setiap ibu bapa dan pengantin perempuan sebelum melakukan sesuatu perkahwinan hendaklah meyemak dahulu siapa yang  berhak menjadi wali mengikut tertib dan susunan wali. Sekiranya para ibu bapa dan penjaga tidak mengetahui tentang wali maka hendaklah merujuk kepada mana-mana Pejabat Kadhi, Imam atau orang alim untuk mendapat penjelasan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2010 08:55 AM | Show all posts
hi there, byk gak info yg dpt form u all. thanks anyway..

ramai foremer kat sini tanya i..napa tak tanya sendiri kat kakak i ?
i rase i dah tulis kot ..or maybe i dah terlupa nak tulis..
i did aske her..but she refused to talk...and like i said i ended up kene marah dr my mom napa i tanya die..

bagi i ..i have rite to know coz adek badek die ramai..8 org haa...tak boleh ka atleast kasi tau kita2 ni..even die tak respect i as adek..i paham...tp i ade 3 kakak atas..and sorang abg atas die ngan i...none of them knew about the akad nikah...

one of the foremer said..love is blind and biar lah die...ngan cara2 die...we have been biar kan die all this while...she seldom at home, any function done by family or relatives ka..she seldom attended..tak tau apa masalah die..nak kata die segan sebab die tak kawin lagik..i ade sorang kakak infact the eldest yg tka kawin lagik...ok jer..

tu la..i nak salah kan my parents sebab kasi muka kat die sgt pun i malas ...sebab i tau as parents...die ada hak nak sayang kan anak die..tp i rase sebab kat bagi muka kat sgt la kat die sanggup membelakang kan family sendiri...

I just could not wait this saturday for the function...i nak tgk sgt muka laki  (even i dah tgk gambar die kat FB ) yg tak respek langsung kat mt family tu..besar tul pengaruh die kat my sister ..sampai my sis boleh tindak sebegini rupa.....

As for adek beradik..we are doing out best to make the kenduri happen...try tolong apa2 yg patut..even malam ni pun kita ada meeting lagik..can u imagine..i yg dok jauh ni sanggup trevel 40 km pi and 40 km balik just to attend for the meeting tonite...it shows how i want to be part of her special day...even god knows my heart hurt.. our heart hurt...but i'm not sure my hurts ke tak...ke die dah tak kuase nak pikir...

thanks for all the foremer yg kasi nasihat..i really hargai....but i really look forward for more inputs...incase ada sesiapa yg pernah experience benda nih....
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 10:28 AM | Show all posts
ya allah, beratnya beban mak ko.. sian sangat kat dia. aku mmg respek tul..

tolong la anak-anak, hargai kasih sayang seorang ibu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 10:30 AM | Show all posts
iyala, last min cam nih kan mestila bengang lagi nk buat kenduri yg baik dan bulan yg baik camne.... one day nnt mesti dia citer punya tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 10:38 AM | Show all posts
oooooooooooooooooiiiiiiiiiiiiiiiicccccccccccccccccccchmy3:
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 10:45 AM | Show all posts
Reply 28# ajis_kg


sumber dr mana nih abe ajis?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 11:58 AM | Show all posts
kalau cara rasional, adik beradik semua pakat dan 'corner' your sis.. i mean, how can she do this. Nak buat kenduri need u guys nye pertolongan tapi mcm tak jujur.

kalau ikut kata hati i plak, i akan boikot..bukan apa..if dis is the way she treat her own family(membelakangkan keluarga) buat apa nak tolong dia..belakangkan dia gaklah jawabnya. Though aku tau aku ni tak semestinya betol la

apa pun good luck ya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2010 12:16 PM | Show all posts
Reply 35# afja


   

JAKIM maa...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 12:22 PM | Show all posts
Reply 37# ajis_kg


jakim ekk......

menurut info tu.... setelah dikaji2.... mengikut jln citer TT nih... sah kawen derang kan...

1) sbb luar daerah. lebih dua marhalah - guna wali hakim
2) aku andaikan laki/bini ada tepon ayahnya mintak izin nk kawin. dan ayah berikan - ada unsur wakalah wali
3) wali enggan/engkar - guna wali hakim


betul x abe ajis?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 12:28 PM | Show all posts
Sah ker nikah kat Siam tanpa ayah sebagai wali?

Kalau nak lebih yakin, daftarkan pernikahan ters ...
bro_kr Post at 22-9-2010 03:36 AM



    nak daftar kat mesia, kene ngaku salah kat mahkamah, bayo le denda dlm 4-6k (ikut kes kot)...pastu, sijil nikah pun dlm 2k........
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 12:29 PM | Show all posts
Reply  ajis_kg


jakim ekk......

menurut info tu.... setelah dikaji2.... mengikut jln citer T ...
afja Post at 22-9-2010 12:22



   
butul2.. ikut pd aku yg jahil nie..

takpelah.. dah kawin.. bior ajerlah.. jgn belom kawin buat gitu..
sebab munasabah.. die org ajer yg tau..
kenduri nih tujuannya nak hebohkan ajer.. cam sure heboh tuh..
cuma yg terkilan emaknya ajerlah..
tp kalu emaknya leh terima why not sis/bro laen2 khen..
udah ler.. org nak dirikan masjid.. biarlah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN HAGWON - Wi Ha Joon, Jung Ryeo Won
Rahah[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN H
Views : 10279 Replies : 57
Apakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda Di Forum Ini?
KILL_NANCYApakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda
Views : 113221 Replies : 488
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30253 Replies : 171
Nama pokok ni?
BelovedTaeyeonNama pokok ni?
Views : 6279 Replies : 12
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5359 Replies : 53
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21447 Replies : 61
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195468 Replies : 4528
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4119 Replies : 3
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27048 Replies : 105
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73298 Replies : 314

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.065332 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list