|
Reply 19# mawar65
thanks mawar... smg ctr ni akan harum seperti mawar.. hehehe;)
insya Allah... i try.. keep in touch k... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 20# amandaatika
terima kasih...;)
selamat membaca... |
|
|
|
|
|
|
|
Syahdu laungan azan mengejutkan aku dari lena yang indah. Aku tidak terus bangun tapi tetap mahu melayan sisa khayalku. Kipas yang setia, masih berpusing walaupun perlahan putaran anginnya membuat aku kesejukan dinihari begini. Ku golek ke kiri, ku golek ke kanan sehingga aku rasa benar-benar kembali ke alam nyata. Pantas ku capai jam loceng di meja sisi katil, ku amatinya. Time to wake up..
Akhirnya, perlahan-lahan aku bangun mencapai tuala dan terus menuju ke bilik mandi. Perasaan malas jika di layan akan terus melalaikan aku, marah pada diriku sendiri gagal menjadi hambaNya yang sempurna.
Selesai semua kewajipanku aku terus bersiap untuk ke butik ku. Cukup lah seluar slack hitam dan kemeja pink berjalur, ku gayakan dengan solekan yang nipis memang menjadi kegemaranku, sesuai dengan kulit ku yang agak cerah ini. Hari ni aku perlu tampil lebih formal kerana aku ada meeting dengan Datin Noraini. Aku berdoa agar hari ini tak bayak la kerenahnya, kalau tidak bertambah la penat ku melayannya.
Sesampai di butik, aku tersenyum sendirian. Suasana pagi ini telah menyuntik semangat baru untuk ku. Aku duduk sebentar di ruangan peribadi ku melihat segala keperluan untuk ku bawa bersama bertemu dengan Datin Noraini. Ku susun catalog kain yang sesuai dengan perbincangan awal kami dulu di atas meja , supaya tidak tertinggal nanti.
Ketenangan ku mula di ganggu dengan keriuhan di ruangan jahitan, kedengaran 2 org pekerja ku Intan dan Sara telah pn tiba. Ada saja perkara yang menjadi topik mereka, dari urusan peribadi masing2 hingga lah isu2 semasa masyarakat dan tentunya gossip dunia artis . walaupn kami sebaya namun hormat mereka padaku sebagai majikan tidak berbelah bagi. Tidak pernah mereka membantah dan jauh skali membuat onar dengan ku.
Aku tinggalkan mereka dengan pesanan kerja sebelum aku melangkah keluar untuk meeting dengan Datin Noraini.
Pemanduan ku tenang dan bersahaja. Tidak sampai setengah jam, aku tiba. Langkah ku atur perlahan menuju tempat perjanjian sambil aku cuba menghubunginya. Apabila panggilan bersahut, dia suruh aku segera masuk kerana dia telah pn tiba. Aku terus berlari anak mendapatkannya.
Setelah perbincangan berakhir, kami ke café berdekatan untuk minum pagi. Jam telah bergerak ke angka 11 pagi. Perut ku menangis minta di isi dengan sesuatu yang berat. Sabar lah wahai perut, rintih ku dalam hati.
Aku memesan nasi lemak dan coffee, manakala Datin Noraini hanya memesan pastry n orange juice. Sempat dia bersuara, kebimbangannya dengan makanan yang ku pesan. Kegemukan memang menjadi igauan setiap wanita tapi bukan aku. Aku hanya membalas dengan senyuman nipis. Aku tidak perlu bimbang, memang badan ku jenis yang susah nak gemuk. Ini pn aku bersyukur kerana telah agak berisi kalau tidak, umpama papan lapis la bdn ku.
Selesai berbual ringan, Datin Noraini berlalu. Ada urusan lain katanya. Aku masih duduk sambil menghirup sisa coffee ku.
Telefon ku berbunyi, tertera nama ibu di kampong. Tidak menunggu terlalu lama, aku jawab panggilan itu.
“a’kum” ceria suara ibu pagi ini.
“waalaikumslm.. ibu sihat?” hatiku berbunga.
“sihat la sayang. Bila nak balik ni?” terjah ibu.
“bila ibu nak Lisa balik?” jawab ku sekadar menduganya.
“now” balasnya lalu kedengaran gelak halus di hujung telingaku.
“ok ibu tunggu k.. Lisa nak naik flight sekarang, tumpang landing belakang rumah. Boleh?” jawabku bersahaja.
Kami ketawa bersama, panggilan ini meleraikan kerinduan yang bersarang di hati kami. Benar.. telah 6 bulan aku tidak pulang ke kampong. Begini lah keadaannya apabila bisnes ku mula menuntut perhatian yang lebih, aku terpaksa selesai kan dahulu.
Puas kami bergelak ketawa dengan isu saudara2 ku. Seperti biasa topik terakhir ibu tentu lah soal jodoh. Aku mengeluh sendiri, sekadar melepaskan apa yang tertanggung di hati. Ibu sentiasa memahami anaknya ini, namun sebagai ibu dia tidak pernah membiarkan aku lalai lagi. Pengalaman lalu benar2 membuat aku terpaku dan hati ku menjadi kering dalam soal jodah.
“ibu..Lisa sayang ibu. Biarlah jodoh itu datang sendiri bu. Lisa tak tunggu putera katak, bukan juga Robin Hood atau zorro. Sesiapa saja bu, asalkan terbit cinta di hati.” Keluhku. Mohon dia lebih mengerti keadaanku.
“Lisa..ibu paham. Why not, Lisa kenal dulu dengan anak auntie kamariah yang baru pulang dari oversea tu”
“ibu, dari kecil kami berkawan kan? Tentulah dah kenal..” aku masih tak mahu mengalah.
“ yes sayang. Almost 15 years right? Cuba kira. Last kita jumpa dulu Lisa berumur 9 tahun and sekarang dah 24 tahun. Betul tak? Lembut tutur ibu. Tak sanggup aku membantah ape2 lagi.
“ ok ibu, can we make it this way. Whenever I’m ready n my work done I let u know k. kita boleh jumpa diaorg. Boleh kan bu? Sekarang Lisa ada banyak dateline nak kejar bu.” Ku balas berhati2. Takut hati ibu terluka pula dengan kata2 ku.
“ ibu.. Lisa balik weekend next week k.. ibu nak pesan ape2?” tambah ku tanpa menunggu ibu bersuara.
“ibu nak pesan bakal menantu, blh tak?” ujar ibu kembali ceria. Kami ketawa kembali. Aku tahu ibu menyelit ingatan kerasnya dalam gurauan.
“ insya Allah ibu, kalau di izinkan Nya. Ibu jangan lupa doa k…”
“ok sayang, I’ve to go now. Next week, nak balik call ibu dulu k. take care of yourself and I love you sayang”
“ ok bu, you too bu. I love you too”
Senyum ku meleret. Ibu..betapa aku sayang padamu. Kau umpama akarku. Kukuh dan kuat. Sentiasa menyokong dan membantu aku untuk terus hidup. Apakah yang akan berlaku apabila hidup ku tanpamu.
Segera aku capai hand begku dan bangun tanpa melihat keadaan sekeliling. Tiba2 ada sentuhan kuat di bahu dari belakangku. Kuatnya tolakan itu sekelip mata aku tersadung ke depan. Hampir tersungkur aku ke depan mujur lenganku ditarik olehnya. Aku hanya mampu melihat failku yang bertaburan dan hand setnya yang jatuh.
Ku tatap wajah insan itu, ya Allah…..
****************************************************************
jumpe lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by fazss at 15-12-2010 15:22
****************************************************************
jumpe lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
wah, da ade smbgn...bgz2..
nk n3 ag fasz... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku membawa perasaanku kembali ke pantai yang begitu mendamaikan ini. Gelak ketawa pengunjung yang silih berganti membuat aku leka pada masa yang berlalu. Di sini, aku tidak pernah berasa bosan walau sesaat sedangkan dari pagi lagi aku telah menyusurinya. Kini ubun2 ku pun panas di panah mentari terik.
Telah bertahun pantai ini menjadi peneman ku, tidakkah kau jemu wahai pantai. Menemani aku yang penuh kesepian.
Penat berjalan aku terus bersila di atas pasir pantai. Ku lunjurkan kaki sambil melakukan senaman ringan ,merenggangkan kedua2 kaki ku. Lega otot kaki ku. Aku rapatkan peha ke dada lantas ku pangku dagu di atas kepala lututku. Selesanya aku begini.
Ku pejamkan mata . Agak lama begitu. Ku biarkan otak ku tenang tanpa segala perkara yang menghimpit kehidupan ku. Tenang . suara kanak2 bermain.. suara mereka berbicara…bertelingkah dengan suara laut membawa jiwa ku ke satu terusan yang tiada ketepiannya. Syukur ku panjatkan untuk sekian kalinya.. Aku bersyukur ya Allah..Kau berikan aku untuk merasainya lagi.
Sedang asyik aku tenggelam dalam duniaku sendiri, aku tersentak dengan sentuhan di kaki ku. Ku buka mata, pelik. Sebiji bola berada di tepiku. Ku lihat sekeliling menanti tuan empunya. Terlalu banyak kelompok pengunjung di sekeliling ku, namun tidak ada yang datang menuntut. Bola itu ku pegang dan ku amati, cantik. Tentu mahal harganya, detik hatiku.
Dalam keasyikan aku membelek bola itu, aku telah pun di hampiri oleh seorang budak perempuan. Comelnya dia dengan singlet dan seluar paras lutut. Rambut yang agak lurus dan lebat bertocang dua. Kulitnya begitu cerah. Mukanya ku amati tanpa sedar aku mengharap anakku nanti akan secomel dia.
Dia tersengih2, malu agaknya.
“nama ape?” aku cuba memulakan bicara.
“Kira.” Katanya sambil senyum yang tidak pernah lekang dari bibirnya.
“bola Kira ke ni?” laju dia mengangguk. Aku tersenyum. Ku tariknya duduk atas ribaan ku. Dia hanya menurut tanpa sedikit pun takut dengan ku.
“Kira datang dengan sapa ni?” Tanya ku sambil melurut lengannya.
“papa, mak su dan nenek” katanya.
“mana mereka?”
“tepi sana” sambil tangan kecilnya menunjuk ke satu arah yang tidak jauh dari ku. Pandangan ku dibalas dengan senyum oleh dua wanita itu. Tanpa berlenggah ku dukung Kira ke arah mereka. Dengan sopan ku salam mereka sambil kami saling berkenalan ringkas.
“saya Lina, ni mama saya, Datin Mariah “ ujar wanita muda itu. Aku berfikir sendiri, mungkin ini mak su Kira.
“apa khabar cik, Datin. Saya Marlisa, panggil Lisa aje “ tanganku di sambut mesra. Senyum tidak pernah lekang dari bibir mereka.
“tak perlu berdatin nak.. panggil aje Ma Yah ok” wanita yang seusia ibu ku itu begitu bersahaja.
Tidak seperti datin2 lain yang selalu berurusan dengan ku. Dalam diam aku mengagumi keluarga ini, begitu sopan dan amat menghormati orang sekeliling mereka.
“maaf yer pasal bola tadi. Kami tak perasan Kira bermain di sana. Terkena pulak Lisa. Maaf sangat2 yer” ikhlas bunyinya luahan Datin Mariah.
“tak mengapa, adat la tempat terbuka begini memang menjadi kesukaan kanak2” balas ku.
Mereka turut menjemput menjamah makanan yang mereka sediakan. Aku jadi malu sendiri, ingin ku tolak berasa tidak enak, ingin ku terima berasa malu pula. Akhirnya aku beralah dengan pujukan mereka. Rasa kekok pula di layan oleh seorang datin.
Aku meminta diri untuk beredar kerana melihatkan waktu zuhur yang semakin suntuk. Selepas
bersalaman Datin Mariah sempat berpesan supaya aku kembali lagi esok ke sini, mereka ingin membakar ikan dan ayam. Aku sekadar menjawab Insya Allah.. Takut benar dia aku terlupa, segera dia meminta no telefon ku, senang nak hubungi esok katanya.
Kekaguman ku makin meninggi dengannya. Betapa indahnya peribadinya.
Tiba di rumah, azan asar telah berkumandang. Aku cepat2 mandi dan bersolat. Ku laksanakan juga solat zuhur yang terlajak tadi. Ku himpun seluruh rasa, tangan ku tadah. Ku mohon ampunkan dosa ibu ku, bapaku, adik beradik ku dan semua makhluk ciptaanNya. Ku mohon segala kebaikan. Ku mohon pasangan yang terbaik buatku. Ku mohon rahmatNya.
Air jernih itu mengalir mengenangkan diri yang teramat kerdil apabila berhadapan dengan Pencipta. |
|
|
|
|
|
|
|
best gak percubaan dari fazss ni.....nani free sambung lagi k... |
|
|
|
|
|
|
|
lum smpat nak baca...byk kijer...
mlm kang lah |
|
|
|
|
|
|
|
sorry fazss, terlepas pandang cite awak... best2 , intro yg manarik jgn lupa next2 n3 |
|
|
|
|
|
|
|
erm, jaza awk nie nk cpt jer n3......
jgn gertak2 sian dier...biarkn dier wat cte ngan suasana yg tenang..... |
|
|
|
|
|
|
|
hai fazss..xde n3 ke ari ni |
|
|
|
|
|
|
|
check in
percubaan yg baik...
ada gaya penyampaian yg tersendiri..
cuma nak komen kalau blh sila tulis dgn tulisan penuh jgn guna shortform sbb penulisan akan lebih indah dan cantik... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 29# asnita
it's ok... jmpt la mengomen... hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
new n3...
thanks pd semua.. hrp sudi membaca lg..
***************************************
Keriuhan bersama keluarga Datin Mariah membuat sepi meninggalkan aku. Sejak awal kedatangan ku, aku di kenalkan dengan anaknya, Shahnizam, papa Kira. Melihat susuk tubuhnya, dapat ku bayangkan latar belakangnya. Wajahnya tidak sama dengan Mak Yah dan Lina, mungkin mengikut wajah ayahnya. Namun, dia juga seperti yang lain, ramah dan mudah tersenyum.
Dari bualan ringkas aku dan Mak Yah, rupanya mereka tinggal berhampiran dengan pantai ini aje. Indahnya jika aku juga mampu tinggal area pantai , tak perlu memandu ke sini. Bila2 masa aku blh menyusuri pantai ini.
Apa yang mengusarkan aku. Di mana mama Kira? Dari awal pengenalan aku dengan keluarga ini aku masih belum bertemu. Ingin bertanya hati ku merasa tidak wajar. Terbit rasa bimbang jika soalan itu melukakan hati mereka.
Untuk pertama kalinya aku merasa, ada sesuatu di hati ku buat Kira.. Aneh. Aku tidak pernah mesra dengan kanak2, apatah lagi bersama mereka yang tiada ikatan begini. Kira juga amat rapat denganku, selalu bersama, bermain dan bergurau. Ada saje bahan tawa kami.
Kira mandapatkan Lina dan tunangnya, Farid yang sedang membakar ikan. Aku keseorangan melihat Mak yah sibuk melayan sahabat2 dan anaknya Shahnizam berbicara. Pelbagai topik yang di utarakan, aku sekadar tersenyum malu untuk menyampuk kerana terlalu banyak yang tidak ku phm.
Ku tinggalkan keriuhan itu sedikit demi sedikit. Tanpa disedari aku telah pn berada d gigi air laut. Sejuknya sesekali menyentuh kaki begitu mendamaikan.
Ku biarkan ombak kecil itu menghempas jemari kaki ku. Tersenyum aku sendiri.
“teringin nak mandi ker?” lembut suara itu menegur ku. Aku malu sendiri. Ku alih semula pandangan ke lautan yang luas.
“mandi? I x bw baju salin.” Ringkas balasku, berdoa agar dia berlalu. Entah kenapa dada ku seakan nak pecah bila berdua dgnnya.
“u can borrow bj Lina nt..or u nak I get it for u?” katanya serius. Seolah2 aku benar2 nak mandi laut plak. Pening sekejap memikir jawapan untuknya. Lama kami sunyi bersama.
“klu nak I blh teman u..” rupanya dia masih di situ. Berdebar aku mendengar ayatnya.
“it’s ok en.shah, I takut u terpaksa teman I selamanya pulak nt..” usik ku manghilang debar di hati. Wajahnya sedikit berubah dan senyum semula.
“I terima dgn hati terbuka klu itu yg terjadi..” Aku pulak seolah termalu dengan ayatku sendiri. dia salah tafsir?? Mati aku.
‘I don’t mean that..” cantasku.
“what?” dia tersenyum mengusik ku. Aku terpana dengan senyuman di wajah itu.
“nothing..” aku tak mampu membalas lagi. Bukan sahaja kata2 nya, tp juga renungannya.
“papa, auntie Lisa jom makan..” syukur Kira menyelamatkan aku. Thanks angel..
Kami jalan beriringan bertiga. Kira di tengah memegang erat tgn ku dan papanya. Manjanya membuat hatiku rasa tidak terasing bersama mereka.
“diaorg nampak serasi kan mama?” Lina berbisik dengan mamanya. Mak Yah hanya tersenyum dan mengangguk tanda setuju dengan pendapat anaknya itu.
“kita doa k sayang… semoga semuanya selamat” ujar Mak Yah.
Mak Yah dan Lina tersenyum sambil melihat Shah, Kira dan Lisa berjalan seiring ke arah mereka.
Hati mereka berbunga, seolah menghidu satu kebaikan bakal tiba.
Malam ini meninggalkan kesan yang mendalam dalam setiap mereka.
Shahnizam merenung lembut anaknya sambil selimutnya di naikkan sehingga menutup dadanya. Dahi di kucup sambil sebaris doa di baca di ubun2 anaknya yang sdg lena itu. Semoga anakku akan menjadi wanita yang solehah.
Dia berlalu ke biliknya. Ingatannya pada gadis yang baru di kenali. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 31# mawar65
thanks mawar.. hehehe.. gertak pn why not kan.. jgn ignore dh la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 32# asnita
sy dh post n3 baru... hv fun k... jgn lupa komen... maaf byk singkatan2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 33# mijot
ok... next n3 fazss try the best k.. new n3 ni klu ada singkatan yg x ter edit, maaf k..
slamat membaca.. |
|
|
|
|
|
|
|
namapaknya shah dah ada hati kat lisa... next2 n3 fazss |
|
|
|
|
|
|
|
dari sehari ke sehari catur bicara cerita mu sudah kearah kecantikan. susun lenggok mengikut nada, bahasa berubah indah dan hanya satu kelemahan jangan sesekali mengunakan singkatan ejaan kerana itu akan membuat kita akan berkerja kali kedua... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|