CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: blastoff

khurafat - guna garam untuk halau hantu dalam bangunan .

  [Copy link]
 Author| Post time 22-9-2010 10:41 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 22-9-2010 12:01

Tobby ,  banyak umat Islam di M'sia menyangka tukang tilik dan ahli sihir adalah bomoh kampung yang tak faham agama dan tak mungkin bergelar ustaz , tok guru atau "ulama bertaraf prof".   

Maka untuk generalize kan perbuatan harun din dengan tidak menyebut namanya hanya akan menyebabkan bomoh kampung saja yang di fokuskan dan itu tidak benar kerana sekarang ni jelas bukan bomoh kampung saja yang mengamalkan gitu , kalau hanya menyebut ustaz atau tok guru secara umum pula maka para ustaz dan tok guru lain yang betul - betul bertakwa akan terpalit sama dan itu tidak adil buat mereka kerana tak semua ustaz atau tok guru berperangai macam harun din .     

Selaku orang Islam kita kena berlaku adil dengan tidak mengeneralize apa yang sepatutnya spesifik agar tidak mencemarkan profesion mereka yang betul-betul innocent .      

So perlu di sebut nama harun din secara spesifik dengan di tunjukkan bukti perbuatannya tu agar manusia faham ia bukan tuduhan melulu terhadap harun din, ia bukan diskriminasi atau generalization terhadap bomoh kampung, tok guru , ustaz etc , tapi ia berdasarkan fakta yang jelas nyata.      

Hadis sahih muslim menyebut sembahyang selama 40 malam tidak akan di terima oleh Allah terhadap orang yang berjumpa dengan tukang tilik untuk tujuan meminta sesuatu dari nya maka untuk itu kita perlu tahu siapa tukang tilik agar kita dapat menghindari diri dari tersilap langkah menemuinya bagi meminta sesuatu darinya.      

(Sahih Muslim) Book 026, Number 5540: Safiyya reported from some of the wives of Allah's Apostle (may peace be upon him) Allah's Apostle (may peace be upon him) having said: He who visits a diviner ('Arraf) and asks him about anything, his prayers extending to forty nights will not be accepted.        

Telah banyak umat Islam yang tak sedar status sebenar harun din lalu mereka pergi pada nya bukan setakat untuk meminta pertolongan itu ini tapi juga untuk mempelajari ilmu khurafatnya tu untuk di sebarkan dengan lebih meluas dalam masyarakat, cukup ramai pelajar amalan khurafatnya yang dia sendiri didik . Adakah kita mahu melihat ramai ahli sihir dan tukang tilik lulusan darussyifa bertebaran dalam masyarakat ?        

Dia pakai ala ulama dan dia gelarkan diri dia tok guru serta para pengikutnya menggelarkan diri mereka ustaz, tapi mereka mengamalkan amalan yang di lakukan tukang tilik dan ahli sihir .      

So amat perlu untuk umum mengetahui siapa status mereka yang sebenarnya kerana mereka berselindung di sebalik pakaian dan gelaran islamik untuk menipu manusia, so tipudaya mereka perlu di dedahkan dengan membongkar penyamaran mereka tu .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-9-2010 10:59 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 22-9-2010 11:55

Saya ada ikuti pengalaman mereka, banyak bangunan berhantu atau dihuni jin pada mulanya tidak dapat dihuni manusia sebab banyak sangat gangguan, selepas mereka buat operasi hantu dan jin tersebut telah lari dan tempat tersebut tidak ada gangguan lagi.
zamkumis Post at 22-9-2010 08:37

Guna lada dan garam untuk halau evil spirits hanya dilakukan oleh ahli sihir beramalan "hoodoo" , ia merupakan amalan sihir kaum african american yang mencampur adukkan fahaman agama kristian dan fahaman agama voodoo dari afrika . Memang la Allah takdirkan berkesan amalan sihir sebab itulah sihir wujud, dan sebab itulah Nabi sendiri pun boleh kena sihir .      

Tapi orang yang mengamalkan perbuatan ahli sihir bermakna orang tu berkawan dengan syaitan , so memang la syaitan akan ikut kehendak orang itu kerana tujuan syaitan pun adalah untuk menyesatkannya.

So apabila dia dah lihat orang tu dah pun sesat dengan mengamalkan amalan sihir yang di pinta syaitan tu, jadi buat apa syaitan nak tunggu lagi , dia belah la oleh itu memang nampak la syaitan lari sesudah amalkan letak garam dan lada, perlu kita sedar syaitan lari bukan kerana dia takut pada lada dan garam TAPI kerana dia menurut perintah ahli sihir itu yang telah menjadi kawannya .
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 11:17 AM | Show all posts
Post Last Edit by norzyy at 22-9-2010 11:20

Reply 21# blastoff

kalau dah begitu kekdahnya..... apa yg patut kita buat utk halau hantu ye? memang dlm pos2 sebelum ni saudara ada nyatakan tentang penggunaa ayat kursi. itu yg nabi ajar dan ia dilaksanakan secara individual. itu saya setuju kerana kita sendiri boleh mengamalkan ayat kursi.

dalam kes sebuah bangunan yg besar yg mana beratus/beribu orang bekerja atau tinggal didalamnya bagaimana pula ye? Sebagai contoh jika pihak PUSRAWI dan PROTON menghubungi saudara utk membantu mereka menyelesaikan masalah gangguan jin, apa bentuk pertolongan yg boleh saudara berikan kpd mereka? pendek kata jika tidak menggunakan khidmat ulama utk menghalau jin...apa yg sepatutnya pihak pengurusan ni buat? any alternative?
   
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 11:26 AM | Show all posts
guna lada dan garam untuk halau evil spirits hanya dilakukan oleh ahli sihir beramalan "hoodoo" ,  ...
blastoff Post at 22-9-2010 10:59


Saya suka sangat kalau tuan blastoff yang mahir dan berpengetahuan dalam hal ini untuk menolong mereka yang di sihir yang  sejak kebelakangan ini semakin ramai dalam masyarakat kita ni.  

Cuba war-warkan perkhidmatan tuan, buat cara free macam Harun Din atau anak2 murid dia buat  (buatlah cara part time, korbankanlah sikit masa senggang tu utk menolong orang ramai). Mesti ramai orang yang mengalami musibah boleh ditolong.  

Masyarakat kita ni bukan apa, tak ada alternative yang tawarkan pertolongan yang berkesan dari musibah mereka, tu yang semua berlambak pi tuju kat Harun Din and co.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2010 12:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 22-9-2010 12:25
sy rasa tak perlulah gelar harun din sebegitu. kita cuma perlu bgtau perbuatan2 yg salah (tak ki ...
tobby Post at 22-9-2010 07:57


Aisha isteri Nabi sendiri mendedahkan nama orang yang mengamalkan sihir terhadap Nabi . Itu adalah agar masyarakat dapat mengelak dari pergi berjumpa orang itu untuk meminta pertolongan itu ini , malah benda yang di guna oleh tukang sihir untuk menyihir Nabi pun Nabi suruh kambus dalam tanah agar masyarakat tidak ikut guna benda tersebut untuk tujuan yang sama .

(Sahih Bukhari) Volume 8, Book 73, Number 89:

Narrated 'Aisha:
The Prophet continued for such-and-such period imagining that he has slept (had sexual relations) with his wives, and in fact he did not. One day he said, to me, "O 'Aisha! Allah has instructed me regarding a matter about which I had asked Him. There came to me two men, one of them sat near my feet and the other near my head. The one near my feet, asked the one near my head (pointing at me), 'What is wrong with this man? The latter replied, 'He is under the effect of magic.' The first one asked, 'Who had worked magic on him?' The other replied, 'Lubaid bin Asam.' The first one asked, 'What material (did he use)?' The other replied, 'The skin of the pollen of a male date tree with a comb and the hair stuck to it, kept under a stone in the well of Dharwan."' Then the Prophet went to that well and said, "This is the same well which was shown to me in the dream. The tops of its date-palm trees look like the heads of the devils, and its water looks like the Henna infusion." Then the Prophet ordered that those things be taken out. I said, "O Allah's Apostle! Won't you disclose (the magic object)?" The Prophet said, "Allah has cured me and I hate to circulate the evil among the people." 'Aisha added, "(The magician) Lubaid bin Asam was a man from Bani Zuraiq, an ally of the Jews."



Mendedahkan nama tukang sihir tak menyebabkan umat berpecah belah sebaliknya perlu untuk membolehkan masyarakat mengelak dari menggunakan khidmat tukang sihir tu .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2010 12:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 22-9-2010 13:02
dalam kes sebuah bangunan yg besar yg mana beratus/beribu orang bekerja atau tinggal didalamnya bagaimana pula ye? norzyy Post at 22-9-2010 11:17


Petua yang Nabi beri yang dia dapat dari Allah sendiri senang saja untuk menghindarkan syaitan dari masuk ke dalam bangunan atau rumah, mengikut hadis sahih bukhari bawah ni dengan sebut nama Allah lalu tutup pintu maka syaitan tak kan boleh buka pintu yang di tutup dengan menyebut Nama Allah .   Tak perlu panggil alim ulama kan untuk sebut nama Allah ketika tutup pintu , simple aje dan semua orang boleh buat sendiri lah .   

(Sahih Bukhari) Volume 7, Book 69, Number 527:
Narrated Jabir bin 'Abdullah:
Allah's Apostle said, "When night falls (or when it is evening), stop your children from going out, for the devils spread out at that time. But when an hour of the night has passed, release them and close the doors and mention Allah's Name, for Satan does not open a closed door. Tie the mouth of your water-skin and mention Allah's Name; cover your containers and utensils and mention Allah's Name. Cover them even by placing something across it, and extinguish your lamps. "

   
Tapi kenapa nak risau dalam bangunan ada syaitan ke idak, kerana dalam badan manusia pun syaitan boleh melata jadi perlu teguhkan iman , kuatkan taqwa dan banyak berdoa serta membaca Quran dan amalkan apa yang nabi amalkan agar Allah pelihara kita dari gangguan syaitan walau di mana kita berada so syaitan yang ada kat dalam diri kita pun takkan dapat ganggu kita inikan pula syaitan kat dalam bangunan !
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-9-2010 12:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 22-9-2010 12:51
Saya suka sangat kalau tuan blastoff yang mahir dan berpengetahuan dalam hal ini untuk menolong  ...
always_typo Post at 22-9-2010 11:26


Nak berubat sihir bukannya dengan cara pi cari ahli sihir yang lain pulak untuk mengubati sihir tu , atau dengan menggunakan amalan ahli sihir untuk berubat sihir , itu semua khurafat dan akan jatuh setaraf dengan ahli sihir tu la , tapi dengan buat seperti mana yang Nabi buat lah maka dengan pertolongan Allah sihir boleh terlerai kerana itu cara yang Allah redhai .  

Nabi baca 3 Qul yakni surah Al Ikhlas , Al Falaq dan An Naas lalu dia hembus ketangannya lalu dia sapu ke seluruh badan nya , tak susahkan nak baca surah pendek2 tu sendiri .... so buat apa nak guna garam dan lada pulak yang jelas merupakan amalan ahli sihir .
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 01:02 PM | Show all posts
kalau dah begitu kekdahnya..... apa yg patut kita buat utk halau hantu ye? memang dlm pos2 sebelum ni saudara ada nyatakan tentang penggunaa ayat kursi. itu yg nabi ajar dan ia dilaksanakan secara individual. itu saya setuju kerana kita sendiri boleh mengamalkan ayat kursi.

dalam kes sebuah bangunan yg besar yg mana beratus/beribu orang bekerja atau tinggal didalamnya bagaimana pula ye? Sebagai contoh jika pihak PUSRAWI dan PROTON menghubungi saudara utk membantu mereka menyelesaikan masalah gangguan jin
norzyy Post at 22-9-2010 11:17


klu hindu depa akan panggil tok sami depa. klu org putih depa akan panggil paderi or tok bomoh mrk. klu geng siam mrk panggil bomoh siam utk halau hantu. dari cerita2 yg dipaparkan ternyata cara mrk mhalau gangguan sgt berkesan.  disbbkan kaedah mrk berkesan, adakah kita org islam perlu ikut cara mrk? hal2 ghaib adalah urusan Allah. Allah dah berikan panduan spt yg disebut dlm Quran/Hadith.  klu kita masih nak ikut cara & kaedah org melayu dulu2 terpulang. cara itu mungkin berkesan sama mcm cara bomoh siam yg terer. cuma takut terbabas jer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2010 01:03 PM | Show all posts
Nak berubat sihir bukannya dengan cara pi cari ahli sihir yang lain pulak untuk mengubati sihir  ...
blastoff Post at 22-9-2010 12:48


Maksud sihir ialah menggunakan sesuatu yang termasuk juga bantuan jin atau syaitan, ini maksud sihir. Kau tak boleh samakan orang yang menggunakan benda2 halal dan Ayat-ayat Quran sama sahaja macam Ahli sihir yang menggunakan khidmat Jin. Dua perkara yang berbeza tu.

Yang diharamkan ialah sihir dan sebarang bentuk yang ada unsur2 syirik seperti menggunakan bantuan jin. Peliklah ko nie...tah-tah jin telah meresap dalam diri kau, dan menggunakan engkau untuk menghalang usaha murni Ustaz Harun Din.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 01:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by tobby at 22-9-2010 18:08
Dari segi perubatan garam digunakan untuk melepaskan ion negatif dan meresapkan ion positif, sama jugak dengan Arang kayu juga boleh meresapkan ion positif, kalau tak percaya cuba letak arang dan garam dalam peti ais yang berbau hapak, selepas sejam lebih bau hapak tersebut akan hilang. Jin atau hantu mereka bersifat ion positif dan mereka tidak suka kepada ion negatif,
zamkumis Post at 22-9-2010 08:37


mcmn tok2 bomoh ni boleh mengetahui hal2 ion positif makhluk2 di alam ghaib? peringatan ayat2 Allah dah tak betul ke? betul ke ada manusia yg tahu perihal alam ghaib ni selain Allah? adakah ayat2 Allah sudah tak relevan lagi pada zaman ini?

Menyakini adanya makhluk Allah yang mengetahui perkara-perkara ghaib termasuk salah satu dari bentuk-bentuk kemusyrikan. Karena salah satu dari aqidah Ahlu Sunnah wal Jamaah adalah menyakini bahwa tidak ada satupun dari mahkluk Allah yang ada di langit (seperti malaikat) ataupun di bumi (seperti Nabi-Nabi dan manusia) yang mengetahui hal ghaib.

Seperti firman Allah dalam Surat Hud :
"Dan kepunyaan Allah-lah apa yang ghaib di langit dan di bumi dan kepada-Nya-lah dikembalikan urusan-urusan semuanya. Maka sembahlah Dia, dan bertawakallah kepada-Nya. Dan sekali-kali Tuhanmu tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan." (Hud : 123)

Dan firman Allah dalam surat Al-Jin :
"(Dia adalah Tuhan) yang mengetahui yang ghaib. Maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu." (Al-Jin : 26)
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 01:26 PM | Show all posts
Malahan Malaikat Pun Tidak Mengetahui Hal Yang Ghaib.

Para malaikat, walaupun mereka makhluk Allah yang paling terdekat dengan-Nya juga tidak mengetahui hal yang ghaib, kecuali terhadap masalah-masalah yang Allah beritahukan kepada mereka. Di antara dalil-dalilnya adalah firman Allah dalam surat Al-Baqarah ayat 32 :

"Mereka menjawab : Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkau-lah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (Al-Baqarah : 32)
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 01:29 PM | Show all posts
Rasulullah Serta Para Nabi Pun Tidak Mengetahui Tentang Hal Ghaib.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam serta para Nabi dan Rasul tidak ada satupun dari mereka yang mengetahui hal ghaib, kecuali perkara-perkara ghaib yang telah Allah beritahukan kepadanya. Allah berfirman memerintahkan kepada Nabinya untuk menyatakan bahwa dirinya tidak mengetahui hal yang ghaib :

"Katakanlah : Aku tidak berkuasa menarik kemanfaatan bagi diriku dan tidak (pula) menolak kemudlaratan kecuali yang dikehendaki Allah. Dan sekiranya aku mengetahui yang ghaib, tentulah aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan aku tidak ditimpa kemudaratan. Aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan, dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman." (Al-A'raf : 188)

Rasul hanya mengetahui apa-apa yang diberikan oleh Allah dalam wahyu-Nya sebagaimana apa yang Allah katakan dalam firman-Nya :

"Katakanlah : Aku tidak mengatakan kepadamu bahwa perbendaharaan Allah ada padaku, dan tidak (pula) aku mengetahui yang ghaib dan tidak (pula) aku mengatakan kepadamu bahwa aku seorang malaikat. Aku tidak mengetahui kecuali apa yang diwahyukan kepadaku. Katakanlah : Apakah sama orang yang buta dengan orang yang melihat ?. Maka apakah kamu tidak memikirkan(nya) ?" (Al-An'am : 50)

Demikian pula ketika Allah Ta'ala berfirman menceritakan tentang ucapan Nabi Nuh alaihis sallam kepada kaumnya, juga menidakkan dari dirinya ilmu ghaib :

"Dan aku tidak mengatakan kepada kamu bahwa aku mempunyai gudang-gudang rezeki dan kekayaan dari Allah, dan tidak mengatakan bahwa aku mengetahui hal yang ghaib. Dan tidak (pula) aku mengatakan bahwa sesungguhnya aku adalah malaikat, dan tidak juga aku mengatakan kepada orang-orang yang yang dipandang hina oleh penglihatanmu; (Sekali-kali Allah tidak akan mendatangkan kebaikan kepada mereka). Allah lebih mengetahui apa yang ada pada diri mereka, sesungguhnya aku kalau begitu benar-benar termasuk orang-orang yang dhalim." (Hud : 31)
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 01:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by tobby at 22-9-2010 13:32

yg malangnya ialah tok2 bomoh ni buat cerita putar belit mengaku dpt ilmu ghaib dari Allah & Rasul dari mimpi mrk.  Tok2 bomoh ini membelitkan hadith2 & ayat Allah dgn mengatakan mrk pun boleh terima ilmu2 ghaib dari Allah melalui mimpi.  sama mcm cerita tok2 sami india yg mengaku depa tahu hal2 misteri & ghaib melalui mimpi2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2010 01:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 22-9-2010 13:31
Maksud sihir ialah menggunakan sesuatu yang termasuk juga bantuan jin atau syaitan, ini maksud s ...
zamkumis Post at 22-9-2010 13:03


garam untuk halau hantu merupakan kepercayaan kristian katholik, manakala garam dan lada untuk halau hantu pulak merupakan kepercayaan ahli sihir african american ...  

SO dengan pi tambah doa pada garam dan lada boleh menyebabkan kepercayaan kristian katholik dan kepercayaan ahli sihir african american jadi halal untuk kau amalkan ?

Itu samalah macam orang yang kata boleh angkat kavadi seperti kepercayaan hindu dengan syarat doa pada Allah ketika nak angkat kavadi tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 01:31 PM | Show all posts
Nabi baca 3 Qul yakni surah Al Ikhlas , Al Falaq dan An Naas lalu dia hembus ketangannya lalu dia sapu ke seluruh badan nya , tak susahkan nak baca surah pendek2 tu sendiri .... so buat apa nak guna garam dan lada pulak yang jelas merupakan amalan ahli sihir .
blastoff Post at 22-9-2010 12:48


Anda pastikah orang yang kena sihir tu belum buat apa yang Nabi ajar tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2010 01:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 22-9-2010 13:45
Anda pastikah orang yang kena sihir tu belum buat apa yang Nabi ajar tu?
always_typo Post at 22-9-2010 13:31


Kau nak kata cara yang nabi ajar tak berkesan ? Wowww, kalau kau kata gitu maka jelas sekali kau mengalami masaalah tauhid tu sebab kau meragui keberkesanan cara yang Allah sendiri tunjukkan pada Nabi !

Ketika berdoa pada Allah untuk sembuhkan sihir maka kena sabar dalam menanti pertolongan Allah selain dari amalkan 3 Qul seperti yang Nabi amalkan tu .

Doa hanya akan di makbulkan Allah pada orang yang bersabar menanti pertolongan Allah menurut hadis-hadis sahih muslim kat bawah ni .

Sahih Muslim

Chapter 24: SUPPLICATION IS GRANTED IF THE SUPPLICANT DOES NOT SHOW IMPATIENCE
Book 035, Number 6593:
Abu Huraira reported that Allah's Messenger (may peace be upon him) said: The supplication of every one of you is granted if he does not grow impatient and says: I supplicated but it was not granted.


Book 035, Number 6594:
Abu Huraira reported Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying: The supplication of one of you is granted if he does not grow impatient and say- I supplicated my Lord but it was not granted.


Book 035, Number 6595:
Abu Huraira reported Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying: The supplication of the servant is granted in case he does not supplicate for sin or for severing the ties of blood, or he does not become impatient. It was said: Allah's Messenger, what does:" If he does not grow impatient" imply? He said: That he should say like this: I supplicated and I supplicated but I did not find it being responded. and then he becomes frustrated and abandons supplication.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2010 01:55 PM | Show all posts
Kau nak kata cara yang nabi ajar tak berkesan ?  Wowww, kalau kau kata gitu maka jelas sekali  ...
blastoff Post at 22-9-2010 13:34


bila kaedah yg Nabi buat 'gagal' mhalau gangguan (dlm kata lain Allah tak makbulkan) selalunya mrk akan beralih kpd kaedah yg Nabi tak ajar spt yg digunakan oleh tok2 bomoh siam/hindu/paderi. dan syaitan ini licik tipu dayanya, gangguan itu hilang sebaik saja mrk guna kaedah2 itu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 02:15 PM | Show all posts
Edited by ussopp at 25-8-2017 12:10 AM

Post Last Edit by ussopp at 22-9-2010 14:17

kalau guna cara nabi buat tp kena rasuk jugak, sekurang2nya pahala dah dapat....result tu mmg Izin Tuhan jua....result cerita nombor dua.

tp kalau guna cara syirik@bidaah dlm berubat, berkesan pun berdosa,
tak berkesan pun berdosa.


sesiapa yg mengkaji ilmu ghaib atau jin secara berlebih dari rasul,
maka, tidak akan dihairan kalau kita dapat lihat kaedah paderi, sami hindu, sami buddha, bomoh siam, ustaz islam bidaah, kita akan lihat cara mereka akan lebih kurang sama saja.

sebab tu cerita supernatural TV3 tu berkungfu ala-ala taichi qigong nak lawan hantu, bomoh siam pun berkungfu nak tangkap hantu,

dan bomoh islam bidaah pun, gaya kungfu tu ada la sikit2....mcm cerita hantu2 yg kita tgk dlm TV....

sebab tu dlm bab ghaib, hanya lihat apa rasul buat.

jika tidak, paderi, bomoh siam, ustaz bidaah akan kelihatan sama kaedahnya.

benda nie jelas,


Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 02:19 PM | Show all posts
memang wujud kepercayaan org melayu (segelintir) spt berikut "si-polan2 tu boleh tahu hal2 misteri & ghaib, mcm bapak dia jugak. dah gifted. dah anugerah dari Allah".  

Mrk ni tak pernah dengar peringatan dari ayat2 Qurankah? Mana boleh manusia tahu hal2 ghaib? hatta malaikat & Nabi pun tak tahu (melainkan setakat yg Allah bgtau melalui wahyu). Adakah tok2 bomoh ini pun dpt wahyu? Sampai bilalah kepercayaan karut ni akan tamat??
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 02:22 PM | Show all posts
speechless
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.053855 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list