CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: attokz

Cerpen : Sepotong Kisah Di Tangan Tuhan

[Copy link]
 Author| Post time 6-10-2010 01:13 PM | Show all posts
atokz !

bestnya ada buah tangan dari En. Atokz ......

kami semua setia menunggu...
detox Post at 6-10-2010 11:24

Terima kasih atas sokongan..
kalau ada teguran membina, sangat di alukan-alukan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-10-2010 01:15 PM | Show all posts
Reply  attokz

Erk... mel tak sampai ker.. cerpen hari tu da komen berjela-jela pe
...
bintang Post at 6-10-2010 12:45


agaknya masuk SPAM kot Bintang?
nnt sy cuba semak emel.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 01:15 PM | Show all posts
Terima kasih atas sokongan..
kalau ada teguran membina, sangat di alukan-alukan..
attokz Post at 6-10-2010 13:13



mna sambungannya attokz? kami ni dok menunggu lunch dr ISS ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2010 01:21 PM | Show all posts
***
"Untuk menjadi seorang agen yang baik, perasaan harus kosong. Apa jua perasaan harus diketepikan. Kita hanya berpegang pada prinsip. Kita mesti fokus pada matlamat!"  suara tegas jurulatihnya melanggar gegendang telinga, sewaktu mengikuti satu sessi pengajaran di dalam kelas.

Matlamat? Apa matlamat utamanya? Untuk membunuh manusia lain? Ketika itu juga bertalu-talu persoalan menerjah kotak fikirannya. Iss melihat kawan-kawannya yang lain hanya mengangguk. Entah menerima bulat-bulat sahaja, atau pun berfikir seperti dia, Iss sendiri tidak pasti. Mungkin juga sekadar berlakon seperti mengerti, sedangkan tidak ada apa yang difahami.

Memang sejak kali pertama dia berupaya mengingat, hanya wajah kawan-kawannya sahaja yang dia temui. Juga wajah Mr. K, penjaga mereka semua. Kawan-kawannya juga tidak ramai, ada enam orang tidak termasuk dirinya. Mereka semua tidak punya nama yang bervariasi. Semuanya dipanggil ISS. Hanya nombor panggilan sahaja yang membezakan mereka. Dia sendiri bernombor tujuh. Jadi, nama rasminya ialah Iss-07.

Dia membesar disebuah tempat bergelar Akademia X. Sejak kecil lagi dia dan penghuni yang lain sudah diajar berdikari. Basuh baju sendiri, kemas katil sendiri, cuci kasut sendiri, malah segala-galanya perlu dilakukan sendiri. Tidak boleh mengharap orang lain. Mr.K yang menjaga mereka begitu tegas. Wajahnya sering sahaja tegang tidak berperasaan. Tapi, Mr.K banyak membantu dalam membentuk dirinya. Dia dapat rasakan bahawa Mr.K seorang yang penyayang. Malah, dia jadi sangat rapat dengan Mr.K.

Hinggalah satu saat, ketika dia berumur 13 tahun, Mr.K menceritakan rahsia tentang dirinya. Barulah dia tahu bahawa dirinya dan kawan-kawannya yang lain merupakan produk yang dihasilkan oleh sebuah organisasi rahsia untuk satu projek yang berprofil tinggi. Malah lebih hebat lagi, mereka semua terhasil daripada teknologi pengklonan manusia!

Menurut Mr.K, sejak mereka  berjaya diklonkan, tumbesaran mereka sejak proses menjadi zigot, berubah kepada embrio, hingga membesar menjadi fetus, semuanya diawasi oleh sekumpulan saintis yang dibiayai oleh organisasi itu. Mereka semua ditempatkan didalam sebuah balang kaca yang dipenuhi dengan cecairan kimia. Mereka dilahirkan didalam makmal!

Semua cerita yang disampaikan oleh Mr.K bagaikan tidak masuk akal padanya. Sangat tidak dipercayainya. Tapi dia tidak boleh menolak realiti itu, kerana kebenaran terpampang didepan mata. Dia tidak punya ibu atau bapa. Dia tidak punya adik-beradik lain. Dia tidak punya rumah selain Akademia X.  Dia tidak menjalani kehidupan seperti insan lain. Masanya banyak dipenuhi dengan latihan-latihan ala ketenteraan di tapak latihan dan pelbagai ilmu di dalam kelas.

Di dalam kelas, dia diajar tentang bahasa, tentang ilmu anatomi tubuh manusia - bahagian tubuh yang mudah untuk memutuskan nyawa, tentang persekitaran alam, rupa bentuk georgrafi bumi tapi paling banyak ialah mengenali jenis-jenis senjata!

Manakala di tapak latihan, dia diajar tentang ilmu medan perang, ilmu penyamaran, ilmu mempertahankan diri selain sentiasa diajar berlari ke hulu ke hilir. Kononnya mahu menjaga kecergasan diri. Dalam masa itu juga, dia didedahkan dengan teknik menembak dengan tepat. Hasilnya, akurasi tembakannya tanpa gangguan angin adalah seratus peratus! Sehingga kecekapan menarik picu dan mengendalikan pelbagai senjata bagaikan mainan sahaja dihujung jarinya.

bersambung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2010 02:27 PM | Show all posts
mna sambungannya attokz? kami ni dok menunggu lunch dr ISS ni
bunick Post at 6-10-2010 13:15

tu dah sambung tu Cik Puan Bunick...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 02:44 PM | Show all posts
selamat datang attokz ke dunia yang penuh berimaginasi ini, melihat dari lenggok sentuhan, pasti attokz dah lama menari dan tegap menyusun langkah dalam bidang ini. syabas dan sya akan nanti dan nanti setiap sentuhan attokz.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2010 02:47 PM | Show all posts
tinggal jejak sat... nanti nak baca...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 03:35 PM | Show all posts
waaa.. best la.. lagiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2010 03:37 PM | Show all posts
waaa.. best la.. lagiii
Kia_picanto Post at 6-10-2010 15:35



aku tlg up kan kia. cpt attokz letak n3
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 03:47 PM | Show all posts
aku tlg up kan kia. cpt attokz letak n3
bunick Post at 6-10-2010 15:37


auuuuuuuuuuchoommmmmmmmmmm!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 03:48 PM | Show all posts
auuuuuuuuuuchoommmmmmmmmmm!!!
mikoodette Post at 6-10-2010 15:47



ko selesema ke miko?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 03:51 PM | Show all posts
Post Last Edit by qimi08 at 6-10-2010 16:29

Best arr baca cite ni cam tgk tv kisah budak perempuan yg ada bar code
kat belakang tengkuk dia tu...lakunan Jessica Alba
lupa tajuklah pulak....:re:
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 04:00 PM | Show all posts
ko selesema ke miko?
bunick Post at 6-10-2010 15:48


x laaa... sejuk sgt aircond kat opis aku hari nie...
gatal idung pulak tetiba..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 04:41 PM | Show all posts
lagi attokz
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2010 05:25 PM | Show all posts
selamat datang attokz ke dunia yang penuh berimaginasi ini, melihat dari lenggok sentuhan, pasti att ...
Adilla Post at 6-10-2010 14:44

Erk...
baru shj menulis ni. ni la julung kali post ke sini.
:p
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2010 05:29 PM | Show all posts
Best arr baca cite ni cam tgk tv kisah budak perempuan yg ada bar code
kat belakang tengkuk dia tu. ...
qimi08 Post at 6-10-2010 15:51

Series tivi ni sekitar thun 2000-2002, tajuknya Dark Angel.
Actually barcode tattoo yg Jessica pakai mjd semacam trendsetter kepada golongan muda masa itu. menjadi ikutan. Malah ada rekod menyatakan segolongan Yakuza/gengster di Jepun mewajibkan ahlinya memiliki barcode tattoo.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-10-2010 05:30 PM | Show all posts
lagi attokz
ariellin Post at 6-10-2010 16:41

erk..
terima kasih. rasa mcm berdebar plak nak teruskan...
hehehehe~
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 07:15 PM | Show all posts
Best arr baca cite ni cam tgk tv kisah budak perempuan yg ada bar code
kat belakang tengkuk dia tu. ...
qimi08 Post at 6-10-2010 15:51



    Dark Angel kak
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 07:18 PM | Show all posts
Attokz.. mana sembunyi sebelum nih
amat jarang saya baca citer2 penyiasatan atau pon aksi2 berat cenggini..
sebelum ni pon ade satu citer yg poremer tu dah tak hapdate lepas tu..

jgn tak habis plak ye Attokz.. merana pemina2 kat sini
Nak lagiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 10:10 PM | Show all posts
wak tokz best....
aku siap imejin sambil baca...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.072008 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list