|
aiyyooo xde org nk kongsi pengalaman lorr...
|
|
|
|
|
|
|
|
one_piece posted on 22-9-2013 02:17 PM
rsnya dr segi membuat dan menghasilkan kuih,kek ,dan hasil bakeri ni ramai yg takde masalah kot..cum ...
Pasang kaki... cth cari student yg nak buat duit... tolak kat diorg, kira komisen ler. Selalunya student ni mmg cari makanan esp yg jenis stay di hostel.
|
|
|
|
|
|
|
|
target saya mmg yg stay kat hostel.. ooo kene pasang kaki ye... ok2.. terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum... hai kawan2
sesiapa tinggal berdekatan pantai dalam KL , silalah jemput singgah ke kedai bakeri kami ya di flat taman pantai dalam. baru nak meniaga kecil-kecilan..hihi
fb : Dapur Finaz
Insta : dapurfinaz
www.nafinaz.com |
|
|
|
|
|
|
|
Iols ada member ofis sorang ni. Dia memang suka membaking. Ada satu kali ni kami buat potluck. Then dia bawak kek coklat ke apa masa tu tak silap. Then I cakap la kat dia. Sedapnya kek ni..cuba la jual pulak, mesti laku ni. Untuk pengetahuan chuols, sebelum dia kerja kat ofis ni, dia pernah kerja kat bakeri. Since gaji dia kat sini tak berapa tinggi. Iols cadangkan kat dia jual kek. Iols suka je kalau ada orang yang buat part-time asalkan tak ganggu kerja kat ofis. Lagi pun kerja kat ofis pun tak de la busy sgt.
Dia mula2 pun macam takut2. Tapi awal2 tu dia bagi tester dulu. Dan I tolong promot kat FB..then ada yang dok tanya..so i just tag je nama dia. Sapa minat boleh PM direct je dengan dia. So bermula dari situ la dia ambik tempahan..buat preoder.
Alhamdulillah..dari duit hasil meniaga tu dia dah boleh beli oven yang besar tu. Sekarang ni dia fokus buat roti..Memang tak tipu..roti yang dia buat tu memang setaraf dengan bakeri..sangat lembut gebu. Setiap kali beli..sure I akan promot kat FB...sapa lagi nak tolong kalau bukan kawan2 kan.
Yang penting, sebelum mula tu, pastikan benda tu kita suka buat. Jangan nak folo trend orang. Sentiasa belajar, cari ilmu..Bukan setakat ilmu mengenai resepi saja, tapi kena jugak belajar macamana nak manage acc...supaya kita tak mengalmi kerugian. Saya nak cerita banyak pasal acc ni, saya pun tak berapa nak paham lagi. Kena tahu berapa harga yang kita perlu mark-up untuk barang kita supaya kita dapat untung, bukan penat semata.
Sentiasa berusaha..dan jangan putus asa ye...chaiyokkkk!!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni saya paste blog yang saya baca pasal bisnes bakeri ni. Link pun saya dah letak. Boleh baca dan fahami selok belok bisnes ni. Supaya boleh bersiap awal2 untuk menempuhi ranjau onak duri perniagaan...harap membantu..
Pengalaman menjalankan bisnes bakeri dari rumah selama 3 tahun
JANUARY 29, 2019 BY SABREE HUSSIN 1 COMMENT
https://www.sabreehussin.com/pengalaman-bisnes-bakeri-dari-rumah/
Selama 3 tahun mengusahakan bisnes makanan dari rumah, khususnya bisnes kek dan roti pasti ada cerita pahit manis yang telah dilalui.
Ada kalanya pernah juga rasa nak berhenti buat bisnes kek dari rumah ini, tapi ada ketikanya apabila terkenang senyuman para pelanggan yang berpuas hati dengan hasil kerja yang diberikan, rasa kembali bersemangat untuk teruskan berusaha.
Jika anda minat nak tahu, jenis-jenis kek dan produk yang saya jual, saya ada cerita dibahagian akhir artikel ini. Sekiranya anda minat nak membuat tempahan atau ingin dapatkan khidmat dari saya, juga saya ada nyatakan bagaimana cara untuk dapatkannya ya.
Dalam perkongsian ini, saya ingin fokus kepada berkongsi kisah dan serba sedikit pengalaman yang telah saya lalui apabila menjalankan bisnes bakeri dari rumah. Manalah tahu, ada dalam kalangan pembaca dan pelawat blog ini, yang ada cita-cita nak buat bisnes ni nanti boleh belajar satu dua perkara dari pengalaman saya nanti.
Jom kita baca.
Ragam customer
Bukan dalam bisnes kek dan pastri ni sahaja malahan dalam apa bidang sekalipun mesti kita akan hadapi sikap pelanggan yang pelbagai. Ada yang senang berurusan, ada yang tanya pelbagai soalan tapi akhirnya beli pada orang lain.
Itu semua saya anggap sebagai satu lumrah dalam bisnes makanan yang saya ceburi. Sebagai pelanggan, mereka ada hak untuk dapatkan perkhidmatan yang mereka rasakan terbaik untuk diri mereka.
Pengalaman saya jalankan bisnes bakery homemade ini, setiap kali ada pelanggan nak buat tempahan, kita mesti minta pelanggan dahulukan bayaran (melainkan pelanggan yang selalu kita selalu berurusan dan senang membuat pembayaran secepat mungkin).
Nak COD free
Istilah COD ini sebenarnya merujuk kepada Cash On Delivery. Dalam koncep COD, pelanggan hanya perlu buat bayaran apabila kek yang ditempah sudah dihantar kepada pelanggan tersebut. Senang cerita, bila produk dah ada kat depan mata, baru bayaran dibuat.
Umpama macam kita buat belian makanan segera sama ada McDonald atau Pizza Hut. Kita ada pilihan untuk bayar apabila makanan sudah ada depan mata. Cuba semak dekat resit dan kita akan nampak ada item untuk “delivery fees” atau “caj penghantaran”.
Sesetengah pelanggan ini, mereka fikir yang penjual kek seperti saya dah untung banyak atas kek dan roti yang dijual. Sebenarnya anggapan seperti ini tak berapa tepat, apabila kita ambil kira kos bahan-bahan untuk menghasilkan kek dan roti yang semakin meningkat.
Apabila kita tak caj kos untuk penghantaran, akhirnya untung daripada jualan kek dan roti itu tadi diserap untuk menampung kos penghantaran. Sebenarnya pelanggan seperti ini bukannya nak COD Free, tapi nak free delivery.
Ok senang je, pernah juga beritahu pada pelanggan jika rasa caj penghantaran mahal atau tak perlu, minta mereka ambil datang ke rumah. Jawapan yang diterima biasanya “alamak tak sempat” dan “malas nak datang ambil”.
Fikirkanlah masa dan kesanggupan penjual produk bakeri dari rumah ni untuk buat dan siap hantar ke rumah anda. Semua itu ada kosnya, dan jika anda beli dari kedai pun, anda perlu keluar duit juga, sama ada untuk petrol, parking dan mungkin juga tol.
Bahan mentah sentiasa meningkat harga
Dilema sebenarnya bila kos bahan-bahan nak buat kek dan roti ni semakin lama semakin meningkat. Bukan apa, harga yang dijual sudah tetap, nak naik kan harga serba salah jadinya sebab tahu pelanggan bukannya semua orang berada, lagipun mereka nak membeli pun pakat pakat tengok poket sebelum membeli.
kos-bahan-mentah-kek
Nak murah tapi nak sedap dan berkualiti
Ini pelanggan yang menakutkan…. haha taklah cuma runsing dapat pelanggan macam ni. Contoh kek coklat, coklat masakan kek ni ada banyak jenis sebenarnya, kalau rasa dan kelemakan coklat tu sedap memang harga mahal terutama guna jenama van houten.
Pemasaran secara online offline
Terdapat pelbagai cara sebenarnya, cuma boleh katakan jika mengalami kekangan kewangan serta modal yang terhad, pemasaran online adalah salah satu kaedah mendapatkan pelanggan untuk jangka masa panjang, lebih-lebih lagi menggunakan blog. Fanpage pula bagus cuma kena rajin update status, sebab trust perlu juga diambil kira semasa pelanggan scroll fb adakah penjual masih aktif atau tidak melalui fb page.
Boleh dikatakan rata rata pelanggan kami yang membuat tempahan kerana mencari melalui google dan facebook (sebalik itu ada kelemahan yang perlu diakui penjual bakeri). Bila melalui online pelanggan memikirkan penjual sudah ada kedai dan mempunyai ready made kek.
Aduh.
Satu kerugian, memang rugi disebabkan pelangga dalam keadaan mood betul-betul mahu membeli. Bila diberitahu perlu tempah awal dan tiada kedai hanya beroperasi dari rumah, melepas la untuk jualan tersebut.
bisnes-kek-dari-rumah
Pemasaran secara offline banyak cara sebenarnya, sertai sesuatu program, seperti ekspo atau karnival, edar flyers dan pelbagai lagi.
Hanya satu cara dicuba iaitu bagi makan secara percuma. Bagi makan percuma pula saya fokuskan kepada jiran terdekat dan rakan pejabat suami, memang betul bila diberi secara percuma tu tempahan akan datang dengan sendirinya, bila stop bagi makan percuma ni automatic tempahan pun perlahan-lahan tiada.
Dalam keadaan ini, kita anggap sahaja kos untuk buat kek dan belanja makan secara percuma itu tadi adalah sebahagian daripada kos pemasaran.
Lambat bayar
Kes ini biasanya melibatkan jiran-jiran je. Biasa la tu. Ada yang order segera tapi lambat bayarnya. Ada yang bayar siap-siap, barang yang nak sebulan dua bulan lagi.
One man show
Faham faham la, jadi ceo (chief everything officer). Buat hanya seorang diri. Kita jadi tukang ambil order, tukang beli barang-barang, tukang buat, tukang hantar. Mujur bab promosi suami yang buatkan. Alhamdulilah.
Banyak lagi kalau nak ceritakan pengalaman tapi cukuplah setakat ini dulu. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|