CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: freekey

Hanya Syamsul Yusof Yang Mampu...

  [Copy link]
Post time 14-11-2010 02:19 PM | Show all posts
laaahh ye ke??
freekey Post at 14-11-2010 14:09


cian freekey
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2010 02:40 PM | Show all posts
menyampah pulak tengok syamsul ini ........ kalau ya pun nak propa janganlah kata handphone dia hanya boleh simpan 20 sms sahaja. zaman ini anak yang masih dalam kandungan ibu pun dah diberi hadiah handphone.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 02:44 PM | Show all posts
pusing2 nanti jumpe gak si parid tu..ntah pape la nak gaduh pasal benda kecik gitu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2010 02:51 PM | Show all posts
menyampah pulak tengok syamsul ini ........ kalau ya pun nak propa janganlah kata handphone dia hanya boleh simpan 20 sms sahaja. zaman ini anak yang masih dalam kandungan ibu pun dah diberi hadiah handphone.
cruisekeanu Post at 14-11-2010 14:40

ahahahaha.. hi cruise..




   


Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 02:55 PM | Show all posts
ha'ah...statement adoo sesgt....
takkan pakai kete sport...tp henpon 3310 kottt.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 02:59 PM | Show all posts
FK yg tiba jeles sangat pehal?

keje press nak melagakan ke noks
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2010 02:59 PM | Show all posts
FK yg tiba jeles sangat pehal?

keje press nak melagakan ke noks
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 03:02 PM | Show all posts
Puhhhleeezz! Kalau SY ni ank org kaya yg simple, dia pakai keta pun simple je la kan... Nak sama dgn ...
generalsoap Post at 14-11-2010 13:46



    keta dgn handphone sama ke? kalau pakai Hummer handphone ape yg sesuai dgn dia? org yg suka IT gadget dgn keta tak sama. aku pernah je jumpa org yg jenis jadikan keta mcm bini tapi pakai hp cikai je, janji blh call, sms. ade jugak yg pantang ade hp baru, mesti nak tukar, tapi keta biasa2 je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2010 03:06 PM | Show all posts
keta dgn handphone sama ke? kalau pakai Hummer handphone ape yg sesuai dgn dia? org yg suk ...
Piaggio84 Post at 14-11-2010 15:02


betul betul.. i pakai handphone sweddish gold titanium plated, tp keta hanya takat myvi gold je..
   


Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 03:09 PM | Show all posts
Ehehehe..

Btw, ok plak dia jawab interview kali ni..

Tak blur mcm masa jd panel rancangan  ...
freekey Post at 14-11-2010 13:31



    dia jawab dgn fasihah dan karisma yg cukup tinggi!... sungguh berkaliber! dan terpimpin

kalau at his age pun sudah sebegini, sy percaya dia akan jadi macam steven spielberg dan james cameron sebentar masa lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2010 03:13 PM | Show all posts
dia jawab dgn fasihah dan karisma yg cukup tinggi!... sungguh berkaliber! dan terpimpin {: ...
AuReusium Post at 14-11-2010 15:09

huhuh rasa mcm terlebih2 pulak pujian anda tu..

tp kira kategori jawapan bagus lah gak dia bg td..

especially cara dia menjelaskan yg sebenarnya sms tu bukan berbentuk ugutan seperti yg didakwa oleh FK..

   


Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 03:13 PM | Show all posts
FK yg tiba jeles sangat pehal?

keje press nak melagakan ke noks
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 03:14 PM | Show all posts
huhuh rasa mcm terlebih2 pulak pujian anda tu..      

tp kira kategori jawapan  ...
freekey Post at 14-11-2010 15:13



    cerlasttt ko maria   so marilah support dia... sbb muda2 dah jadi apa pengarah terbaik, so who knows after 20 years  nanti dia menang academy best director pula... qannnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 03:15 PM | Show all posts
betul betul.. i pakai handphone sweddish gold titanium plated, tp keta hanya takat myvi gold je. ...
freekey Post at 14-11-2010 15:06



    i pakai nokia 3310 yg semua nombor kad keypad dah hilang, pegi mana2 naik LRT je. tu baru simple dan setaraf.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 03:16 PM | Show all posts
ade aku kesoh..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 03:16 PM | Show all posts
i pakai nokia 3310 yg semua nombor kad keypad dah hilang, pegi mana2 naik LRT je. tu baru  ...
Piaggio84 Post at 14-11-2010 15:15



    bagusnya yall, yall berjimat cermat.....     stay kat putrajayakah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2010 03:17 PM | Show all posts
i pakai nokia 3310 yg semua nombor kad keypad dah hilang, pegi mana2 naik LRT je. tu baru  ...
Piaggio84 Post at 14-11-2010 15:15

sekiranya anda hanya menggunakan public phone sebagaimana anda menggunakan public transport.. itu adalah yang terbaik dan lebih afdhal..





   


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2010 03:18 PM | Show all posts
bagusnya yall, yall berjimat cermat.....     stay kat putrajayakah?
AuReusium Post at 14-11-2010 15:16


putrajaya mana der LRT.. ERL je kan?
   


Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 03:21 PM | Show all posts
bagusnya yall, yall berjimat cermat.....     stay kat putrajayakah?
AuReusium Post at 14-11-2010 15:16



    putrajaya ade LRT ke? ke ramai org putrajaya pakai nokia 3310 keypad dah haus sampai u kata i stay putrajaya?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 03:21 PM | Show all posts
org kuat seniman (skg dah jd Timbalan Presiden Seniman siot) plak masuk campur sbb konon nak leraikan...masalahnya kes LO sama FA bertelagah pun dia tak dapek nyetelkan sebok nak settlekn yg ini plak...seb baik mamat ni ensem tau....

Makin cepat damai, makin bagus

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
[email protected]
Foto ZAKARIA IDRIS

PELAKON Zed Zaidi menawarkan formula untuk menyelesaikan kemelut perselisihan faham antara dua pengarah muda, Farid Kamil dan Syamsul Yusof. Ketua Biro Seniman Muda ini mendakwa punya ‘ubat’ tersendiri bagi menjernihkan hubungan dua orang sahabat berprofil tinggi itu yang amat diperlukan dalam industri perfileman tanah air.

Pelakon filem Cuti-Cuti Cinta ini juga bakal menggunakan pendekatan perbincangan menang-menang dengan cara bersemuka secara empat mata bersama mereka dalam tempoh terdekat.

‘‘Kebetulan mereka adalah kawan terdekat saya. Sama-sama membesar dalam industri dan saya kenal luar dan dalam mereka. Jadi apa salahnya saya hulurkan tangan memperbaiki hubungan dingin itu.

‘‘Perlu dijelaskan bahawa bantuan ini bukan seperti menangguk di air keruh. Saya ikhlas untuk melakukannya atas dasar persahabatan,’’ kata Zed yang juga Timbalan Presiden Seniman selepas perletakan jawatan Shahriza Mahmud bulan lepas.

Ditanya tentang pandangan peribadinya terhadap dua aktor berstatus anak Datuk itu, Zed membisu sebentar. Gusar andai perkataan yang terkeluar bakal mengeruhkan lagi situasi.

‘‘Syamsul seorang yang bernasib baik dalam industri kerana bapanya, Datuk Yusof Haslam adalah pengarah yang sudah ada nama dalam bidang filem. Dia ‘terjun’ terus jadi pengarah dan kebanyakan pengalaman yang ditimba adalah hasil perkongsian idea daripada bapanya.

‘‘Sedangkan Farid pula banyak menimba pengalaman dalam penerbitan filem bermula dari bawah. Dia pernah rasa susah payah jadi tukang bancuh air, angkat props dan macam-macam kerja di sebalik tabir.

‘‘Sebab itu saya cakap, saya tahu di mana kelemahan dan kekuatan mereka. Bukan untuk mengaibkan tetapi sekadar maklumat tambahan untuk memperbaiki hubungan mereka berdua,’’ dedah pemilik Ijazah Pentadbiran Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor ini.

Ditanya adakah pelakon drama bersiri Sembilu dan Gerak Khas ini sanggup berdepan dengan pandangan dari mana-mana pihak yang kurang bersetuju dengan cadangannya itu, Zed mengangkat kening.

‘‘Saya tahu mungkin ada yang kurang senang sebab pengalaman ‘gaduh’ saya dengan Syamsul satu ketika dahulu. Namun, ia telah diselesaikan secara tenang dan kisah lama tidak perlu dikenang lagi. Jujurnya, saya dah tak kisah kalau orang nak kutuk saya.

‘‘Matlamat saya sekarang mahu menyatukan semua artis muda agar tidak berpecah belah. Perlu ada tindakan progresif dan perubahan buat industri filem sebab kita adalah golongan pelapis.

‘‘Selepas itu, barulah kita boleh buat rancangan untuk mengubah mana-mana perkara yang kita tidak puas hati ke satu tahap yang tinggi termasuk mengenai pesta filem,’’ bicara pelakon drama Along Gedebeh ini panjang lebar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 06:03 AM GMT+8 , Processed in 0.158718 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list