Perubahan - perubahan untuk versi 1.0
Salam tuan-tuan semua, kami telah merancang beberapa perubahan untuk release berikutnya iaitu v1.0. Beberapa perubahan tersebut saya umumkan di sini, manakala lain-lain perubahan akan saya umumkan kemudian.
perubahan tersebut adalah:
1. Menggantikan Sriwijaya dengan Pagaruyung.
Setelah perdebatan panjang lebar, kami mendapati bahawa kerajaan Sriwijaya sudah tidak wujud lagi dan membuat keputusan untuk menggantikannya dengan Pagaruyung, iaitu sebuah Kerajaan Minangkabau di Sumatera Tengah.
2. Menambahkan 2 lagi negara iaitu Nagara Daha (di Pulau Borneo) dan Gowa Tallo' (di Sulawesi).
3. Memperkenalkan Negara Bebas (Free States) iaitu Kota Merdeka dan Bhumi Mardika - konsepnya akan saya terangkan nanti.
4. Mengubahsuai lambang negara - negara
Tuan-tuan boleh bandingkan lambang lama dengan lambang baru karya artis 2D kami.
Lambang Lama
Lambang Baru
|