CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MAL

Kisah Bonda Sultan Perak Persis Cerita Dongeng Cinderella, Dari Guru Jadi Permaisuri Agong

[Copy link]
Post time 4-8-2023 01:56 PM | Show all posts
Lavender_Violet replied at 4-8-2023 12:55 PM
Dengarnya almarhum Sultan Azlan dah cantas hirarki ni
Sepatutnya bukan Sultan Nazrin yg naik jadi  ...

kalau tak silap, raja dihili ketika itu uzur dan memberi laluan kepada raja nazrin shah untuk dilantik sebagai raja muda perak sewaktu pemerintahan sultan azlan shah

Susunan hirarki kesultanan Perak:

(1962):
Raja Pemerintah: Sultan Yusuf Izzuddin Shah
Raja Muda: Raja Idris Shah Iskandar Shah
Raja Dihilir: Raja Musa Sultan Abdul Aziz
Raja Kecil Besar: Raja Ekram Sultan Yusuf
Raja Kecil Sulung: Raja Lope Nur Rashid Raja Abd Rahman
Raja Kecil Tengah: Raja Ahmad Hisham Raja Abd Malik
Raja Kecil Bongsu: Raja Azlan Shah Sultan Yusuf

(1963): Sultan Yusuf Izzuddin mangkat
Raja Pemerintah: Sultan Idris Shah Iskandar Shah
Raja Muda: Raja Musa Sultan Abdul Aziz
Raja Dihilir: Raja Ekram Sultan Yusuf
Raja Kecil Besar: Raja Lope Nur Rashid Raja Abd Rahman
Raja Kecil Sulung: Raja Ahmad Hisham Raja Abd Malik
Raja Kecil Tengah: Raja Azlan Shah Sultan Yusuf
Raja Kecil Bongsu: Raja Izzudin Iskandar Sultan Idris Shah

(1977): Raja Lope Nur Rashid mangkat
Raja Pemerintah: Sultan Idris Shah
Raja Muda: Raja Musa Sultan Abdul Aziz
Raja Dihilir: Raja Ekram Sultan Yusuf
Raja Kecil Besar: Raja Ahmad Hisham Raja Abd Malik
Raja Kecil Sulung: Raja Azlan Shah Sultan Yusuf
Raja Kecil Tengah: Raja Izzudin Iskandar Sultan Idris Shah
Raja Kecil Bongsu: -

(1978): Raja Ekram mangkat
Raja Pemerintah: Sultan Idris Shah Sultan Iskandar Shah
Raja Muda: Raja Musa Sultan Abdul Aziz
Raja Dihilir: Raja Ahmad Hisham Raja Abdul Malik
Raja Kecil Besar: Raja Azlan Shah Sultan Yusuf
Raja Kecil Sulung: Raja Ahmed Sifuddin Sultan Iskandar Shah
Raja Kecil Tengah: Raja Izzudin Iskandar Sultan Idris Shah
Raja Kecil Bongsu: -

(1983): Raja Musa Sultan Abdul Aziz mangkat
Raja Pemerintah: Sultan Idris Shah Sultan Iskandar Shah
Raja Muda: Raja Azlan Shah Sultan Yusuf
Raja Dihilir: Raja Ahmad Hisham Raja Abd Malik
Raja Kecil Besar: Raja Ahmed Sifuddin Sultan Iskandar Shah
Raja Kecil Sulung: Raja Izzudin Iskandar Sultan Idris Shah
Raja Kecil Tengah: -
Raja Kecil Bongsu: -

(1984): Sultan Idris Shah mangkat
Raja Pemerintah: Sultan Azlan Shah Sultan Yusuf
Raja Muda: Raja Ahmed Sifuddin Sultan Iskandar Shah
Raja Dihilir: Raja Ahmad Hisham Raja Abd Malik
Raja Kecil Besar: Raja Nazrin Shah Sultan Azlan Shah
Raja Kecil Sulung: Raja Izzudin Iskandar Sultan Idris Shah
Raja Kecil Tengah: Raja Jaafar Raja Muda Musa
Raja Kecil Bongsu: Raja Iskandar Zulkarnain Sultan Idris Shah

(1988): Raja Ahmed Saifuddin mangkat

Raja Pemerintah: Sultan Azlan Shah Sultan Yusuf

Raja Muda: Raja Nazrin Shah Sultan Azlan Shah

Raja Dihilir: Raja Ahmad Hisham Raja Abd Malik
Raja Kecil Besar: Raja Izzudin Iskandar Sultan Idris Shah
Raja Kecil Sulung: Raja Jaafar Raja Muda Musa
Raja Kecil Tengah: Raja Iskandar Zulkarnain Sultan Idris Shah
Raja Kecil Bongsu: -

(1997): Raja Ahmad Hisham mangkat

Raja Pemerintah: Sultan Azlan Shah Sultan Yusuf

Raja Muda: Raja Nazrin Shah Sultan Azlan Shah

Raja Dihilir: Raja Jaafar Raja Muda Musa
Raja Kecil Besar: Raja Izzudin Iskandar Sultan Idris Shah
Raja Kecil Sulung: Raja Iskandar Zulkarnain Sultan Idris Shah
Raja Kecil Tengah: -
Raja Kecil Bongsu: -

(2006): Raja Izzudin Iskandar dipecat

Raja Pemerintah: Sultan Azlan Shah Sultan Yusuf

Raja Muda: Raja Nazrin Shah Sultan Azlan Shah

Raja Dihilir: Raja Jaafar Raja Muda Musa
Raja Kecil Besar: Raja Iskandar Zulkarnain Sultan Idris Shah
Raja Kecil Sulung:
Raja Kecil Tengah:
Raja Kecil Bongsu:









credit to : Siapa Yang Sepatutnya Menjadi Sultan Perak Ke 35? - SoZCyili
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2023 09:07 PM | Show all posts
Prickford replied at 2-8-2023 11:44 AM
Perak kerabatz yg pentingkan education. Anak2 & cucu2 pon pandai2 belaka. Takde la jenis mengekor ke ...

Kekdg I wonder apa kerja diorg, selain jadi anak raja, mcm mana diorg generate income sendiri?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 09:12 PM | Show all posts
tokchik replied at 4-8-2023 01:56 PM
kalau tak silap, raja dihili ketika itu uzur dan memberi laluan kepada raja nazrin shah untuk dila ...

Kenapa Raja Izzudin Iskandar dipecat ye? I orang Perak tapi I taktau lansung pasal ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Knowlee replied at 4-8-2023 09:07 PM
Kekdg I wonder apa kerja diorg, selain jadi anak raja, mcm mana diorg generate income sendiri?

Aahhh tertanya juga
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 09:36 AM | Show all posts
Knowlee replied at 4-8-2023 01:07 PM
Kekdg I wonder apa kerja diorg, selain jadi anak raja, mcm mana diorg generate income sendiri?

1st mmg old money la. Pastu well-known kan, senang cekau projek sana sini.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 09:50 AM | Show all posts
Prickford replied at 5-8-2023 09:36 AM
1st mmg old money la. Pastu well-known kan, senang cekau projek sana sini.

Lahir atas dulang emas, taktau rasa bekerja, makan gaji mcm mana kan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2023 09:51 AM | Show all posts
Knowlee replied at 5-8-2023 01:50 AM
Lahir atas dulang emas, taktau rasa bekerja, makan gaji mcm mana kan...

Dulu ada forumer spill tea pasal anak Soltan Boksit. Dapat keje dekat bank, tapi seminggu masuk 2 kali je kot. Pastu satu apa tak reti buat keje. Dapat keje sbb kabel la tu. Cuba guna tulang 4 kerat tu cari keje, confirm anak2 raja ni menangis dekat bucu katil.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 09:55 AM | Show all posts
Prickford replied at 5-8-2023 09:51 AM
Dulu ada forumer spill tea pasal anak Soltan Boksit. Dapat keje dekat bank, tapi seminggu masuk 2  ...

Tengok gaya pun mcm mmg tak boleh buat kerja. Just follow parents ke sana sini, lepak2 makan, berjalan jalan... Mmg takkan boleh buat kerja, tak boleh kerja dgn orang, tak boleh pressure lansung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2023 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Knowlee replied at 4-8-2023 09:12 PM
Kenapa Raja Izzudin Iskandar dipecat ye? I orang Perak tapi I taktau lansung pasal ni.

banyak isu. permah kena declare bankrap, tipu org jual pingat & gelaran, jual lambang kereta, mabuk pukul org. dia lawan kat court tp kalah
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 08:50 PM | Show all posts
kakak2 sultan nazrin semua bisnes kan..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Lavender_Violet replied at 4-8-2023 12:55 PM
Dengarnya almarhum Sultan Azlan dah cantas hirarki ni
Sepatutnya bukan Sultan Nazrin yg naik jadi  ...

Perak ada raja dihilir, raja muda etc. Xda tengku mahlota xsilap
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Lavender_Violet replied at 4-8-2023 12:55 PM
Dengarnya almarhum Sultan Azlan dah cantas hirarki ni
Sepatutnya bukan Sultan Nazrin yg naik jadi  ...

Raja muda perak la. Bukan tengku mahkota. Raja muda perak skrg tu abang ipar permaisuri johor. Tengok umur dh tua pun
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 02:20 PM | Show all posts
lilcountess replied at 5-8-2023 01:49 PM
banyak isu. permah kena declare bankrap, tipu org jual pingat & gelaran, jual lambang kereta, mabu ...

I see... Selayaknya la dilucutkan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 03:17 PM | Show all posts
Knowlee replied at 4-8-2023 09:12 PM
Kenapa Raja Izzudin Iskandar dipecat ye? I orang Perak tapi I taktau lansung pasal ni.

Waris Sultan Perak ke-32 - Sultan Yussuf Izzudin (1948-1963)

Walaupun Sultan Yussuf mempunyai 4 putera - Raja Ekram, Raja Zairan, Raja Baharom dan Raja Azlan, cuma 2 orang sahaja waris dilantik sebagai Raja Bergelar iaitu putera sulung dan bongsu. Mengapa Raja Azlan yang merupakan putera bongsu dipilih? Ini kerana abangnya dengan sengaja tidak mahu dilantik kerana masalah kesihatan. Juga kerana Sultan Yussuf nampak akan kecerdikan anak bongsunya ini.

1. Raja Ekram ibni Sultan Yussuf Izzuddin (menjadi Raja Di Hilir hingga 1978)
2. Sultan Azlan ibni Sultan Yussuf Izzuddin

Waris Sultan Perak ke-33 - Sultan Idris II (1963-1984)

Dengan mempunyai 8 orang isteri, Sultan Idris II mempunyai 13 orang anak dimana 8 adalah putera termasuk seorang yang tidak dapat dipastikan jantinanya iaitu Raja Shuib (kini lebih dikenali sebagai Raja Shuibah atau nama panggilan Ku Ess).
Raja Izzuddin mula dilantik sebagai Raja Kechil Bongsu pada tahun 1963 iaitu semasa Sultan Idris II menaiki takhta. Beliau mempunyai masalah moral yang menyebabkan tidak dipilih untuk menaiki tangga demi tangga sebagai pewaris takhta dan akhirnya dilucutkan jawatan.
Raja Iskandar Dzulkarnain pula dimasukkan dalam senarai Raja Bergelar pada tahun 1984 oleh Sultan Azlan dan Dewan Negara Perak.

1. Raja Izzuddin ibni Sultan Idris (dilucutkan jawatan)
2. Raja Iskandar Dzulkarnain ibni Sultan Idris (Raja Kechil Besar hingga kini)

Waris Sultan Perak ke-34 - Sultan Azlan (1984-kini)

1. Raja Nazrin ibni Sultan Azlan
2. Raja Ashman ibni Sultan Azlan
3. Raja Ahmad Nazim ibni Raja Ashman ibni Sultan Azlan

Diajukan sekali lagi soalan, adakah Raja Nazrin tidak sepatutnya menjadi Raja Muda dan berlaku twist dalam pewaris takhta Kesultanan Perak?

Sebenarnya tiada apa-apa masalah pun. Tak ada twist, tak ada tipu muslihat. Jika dilihat semula jadual di atas, apabila Sultan Idris II mangkat pada tahun 1984 dan Sultan Azlan menduduki takhta, penyusunan semula Raja Bergelar telah dibuat.

Fakta 1 - Raja Izzuddin Shah

Raja Nazrin, Raja Jaafar dan Raja Iskandar Dzulkarnain (iaitu seorang lagi anak Sultan Idris II) dimasukkan sebagai pewaris takhta pada tahun 1984. Rujuk kepada jadual di atas, Raja Izzuddin sepatutnya naik satu lagi tangga, tetapi apa yang berlaku ialah beliau kekal sebagai Raja Kechil Sulung. Disini Raja Nazrin yang baru masuk list Raja Bergelar berada lebih atas.

Ini adalah disebabkan Raja Izzuddin bukanlah menjadi pilihan Sultan dan Ahli Dewan Negara Perak memandangkan salah-laku yang pernah dibuat sebelum ini. Mengikut sejarahnya, walaupun Raja Izzuddin dilantik menjadi Raja Kechil Bongsu oleh ayahnya, Sultan Idris II pada tahun 1963 iaitu semasa berusia 9 tahun, tetapi kemudiannya Sultan Idris II pernah menarik semula gelaran tersebut dan akhirnya diberikan semula. Satu contoh salah-laku boleh rujuk kes Raja Izzuddin Shah v. Public Prosecutor [1979] 1 MLJ 270dimana dikatakan Raja Izzuddin menyerang seseorang ketika di dalam keadaan mabuk. Kes itu pernah disebut semasa penghakiman terhadap kes mata lebam Anwar Ibrahim oleh Tan Sri Rahim Noor.

"Mengambil kira suasana negara pada ketika itu seseorang yang dalam kedudukan tertuduh seharusnya bertindak waras dan bukan sebaliknya. Dalam kedua-dua kes (kes Raja Izzuddin Shah dan kes Tengku Mahmood Iskandar) perbuatan tertuduh hanya membawa padah kepada seorang individu manakala dalam kes ini membawa padah kepada seluruh negara" - Hakim Akhtar Tahir

Kisah pada tahun 1979, berlaku beberapa kes lagi seperti diisytihar muflis pada tahun 1990, kes menjual pingat Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) walaupun akhirnya mahkamah bebaskan. Begitu juga dikaitkan dengan penjualan watikah Ahli Kerabat Diraja Perak dan logo kereta palsu walaupun didakwa terdapat sindeket memalsukan tandatangan beliau. Terkini dikaitkan pula dengan skim cepat kaya Novalife dan sebuah koperasi yang mana pengerusinya adalah bekas Setiausaha Peribadi beliau iaitu Koperasi Sahabat Raja Izuddin Iskandar Shah Berhad (SRIISB).

Fakta 2 – Raja Ahmad Hisham

Raja Ahmad Hisham (cucu kepada Sultan Abdullah yang dibuang negeri ke Pulau Seychelles) menjadi Raja Di Hilir sejak 1978. Apabila Raja Muda Musa mangkat pada tahun 1983, beliau memberi laluan kepada Sultan Azlan yang berada di tangga bawahnya memandangkan kesihatan yang tidak mengizinkan. Beliau kekal sebagai Raja Di Hilir (sila rujuk jadual di atas untuk gambaran lebih jelas).

Sekali lagi apabila Sultan Idris mangkat pada tahun 1984, Raja Ahmad Hisham memberi laluan kepada Raja Ahmad Saifuddin yang berada di tangga bawahnya untuk naik menjadi Raja Muda. Sekali lagi beliau kekal sebagai Raja Di Hilir. Pada tahun 1988, apabila Raja Muda, Raja Ahmad Saifuddin mangkat, Raja Ahmad Hisham memberi laluan kepada Raja Nazrin untuk naik menjadi Raja Muda memandangkan usia beliau telah mencapai 80 tahun.

Jika bukan kerana faktor kesihatan dan usia, sudah lama Raja Ahmad Hisham menjadi Sultan Perak. Tidak berlaku sebarang perebutan kuasa atau sistem yang telah di-twist dan sebagainya. Semuanya atas kerelaan Raja Ahmad Hisham untuk memberi laluan kepada Raja-raja Bergelar yang lain untuk menaiki tangga-tangga berikutnya.

Kesimpulannya, Raja Nazrin menjadi Raja Muda dengan cara yang betul dan mendapat persetujuan Dewan Negara Perak. Faktanya jelas (1) disebabkan moral Raja Izzuddin Shah dan (2) laluan yang diberikan oleh Raja Di Hilir Raja Ahmad Hisham






KREDIT KEPADA Hirarki Kesultanan Perak: Raja Nazrin menjadi Raja Muda dengan cara yang betul... ~ Briged Kibaran Bendera (bjbrigedkibaranbendera.blogspot.com)





Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 03:32 PM | Show all posts
tokchik replied at 7-8-2023 03:17 PM
Waris Sultan Perak ke-32 - Sultan Yussuf Izzudin (1948-1963)

Walaupun Sultan Yussuf mempunyai 4 p ...

Thank you, @tokchik
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 04:43 PM | Show all posts
cantiknyaaa masa muda...mcm ada iras normala samsudin. sultan azlan pun mmg handsome...patutla anak cucu menjadi lawa/handsome tu...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2023 04:54 PM | Show all posts
fatimahmarkonah replied at 6-8-2023 12:05 AM
Perak ada raja dihilir, raja muda etc. Xda tengku mahlota xsilap

Raja Elena ada law firm. an established firm.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
gadis_tulip replied at 3-8-2023 10:32 AM
Sultan nazrin sebelum kawen dengan zara, memang bujang ke? Kenapa lambat jugak kawen nye. Umur 50 ta ...

So far mmg bujang sblm kawen dgn Zara.

Kita bersangka baik je lah bab2 jodoh lambat sampai ni. Nk ckp byk2 pasal kenapa lambat kawen ni, kita mampu ckp2 je sbb Tuhan yg tentukan semua walaupun dah puas cari.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tak sesiapa terangkan kenapa anak sultan nazrin terus up jadi raja kechil besar? Kenapa dia tak ikut susunan sistem jadi raja kechil bongsu dulu? Just curious kalau ada sesiapa2 tahu boleh explainkan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 06:04 PM | Show all posts
syabee replied at 5-8-2023 08:50 PM
kakak2 sultan nazrin semua bisnes kan..

adik adik..sultan Nazrin sulung

Raja Azureen pernah kerja bank tapi tak tau bank apa. Husband dia pun..Arab Msian Bank

Raja Eleena lawyer

Raja Yong Sofia pernah kerja Bank Bumi

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 5541 Replies : 177
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 36373 Replies : 1321
'Lily' ditemui mati dengan menyayat hati, kaki dipotong. Update 26/12/2024 - Bangkai kucing dan anjing ditemui
ultra78'Lily' ditemui mati dengan menya
Views : 70731 Replies : 164
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 30706 Replies : 39
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 27719 Replies : 191
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 108431 Replies : 1133
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 43038 Replies : 1209
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 231545 Replies : 1813

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.041500 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list