CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: anakhalal

Bila Esok Kita kan Bertemu Kembali...

[Copy link]
 Author| Post time 19-1-2011 11:08 PM | Show all posts
BAB 5

“Cepat la weh... buat- buat slow plak kau nih!” Itu ayat Nina.

“Password! Password!” Itu pun ayat Nina lagi.

Alisha cuma diam. Dia masukkan kata laluan untuk akaun Facebooknya. Oh crap, memang ada lambang sampul surat.

“Icha! Ada message la Icha!” jerit Nina di tepi telinga. “Icha!!!!” jerit Nina lagi.

“Woi..aku nampak laa.. Tak payah la jerit- jerit macam tu!” marah Alisha. Nina tersengih- sengih dek kena marah. Alisha terdiam merenung skrin laptop.

“Bukan sepatutnya kau menari Tango ke sebab dia reply kau?” Tanya Nina, sambil menggaru kening.

“Dia ke tu?” Alisha bertanya kembali.

“Check la cepat,” balas Nina. Sekali klik, memang nampak dengan terang dan jelas nama Azmal Zakwan kat situ. Jantung dah rasa macam nak tercabut dari soket. Dia klik lagi.

“Salam...Yup, that’s me. Sorry, I betul2 x perasan u. I dulu study kat UIA.”

“Jawab la cepat!” gesa Nina. Alisha menoleh memandang Nina di sisinya.

“Apsal kau pulak yang terlebih excited ni Nina?” Alisha bertanya dengan dahi yang berkerut. “You freak me out!” sambung Alisha lagi.

“Laa...apa pulak. Aku tolong teruja bagi pihak kau je. Kau excited kan? Kan? ” Usik Nina. Alisha buat muka selamba. “Hah, pe lagi...balas la,” kata Nina lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2011 11:11 PM | Show all posts
Alisha diam. Berkira- kira untuk halau Nina dari biliknya. Dia inginkan privasi tapi mengenali Nina, bukan semudah itu dia akan berganjak dari biliknya. Haish...kacau daun la minah nih!

Melihat Alisha yang diam merenung skrin, Nina mengerti sesuatu. Dia bangun dari katil Alisha.

“Weh, kau nak g mana?” Alisha bertanya.

“Aku nak g buat keja aku la. Ingat aku macam kau ke, buang masa memanjang!” balas Nina sambil menjelirkan lidahnya. Alisha turut sama membalas.

Akhirnya, Alisha menekan butang Reply setelah seminit berfikir.

“I pun. What are u doing here?”  

Alisha tak perlu tunggu lama untuk mendapat balasan dari Azmal Zakwan keran ternyata lelaki itu juga sedang Online.

“I’ve been here for almost 2 years Cik Alisha. I kerja dengan YTL. U dari mana? Kerja kat mana?”

Alisha ternganga. What a small world! Seru hatinya. Dia tersenyum sambil jari- jemarinya menekan papan kekunci

“What a suprise! I kerja kat Menara Edison. Memang asal sini. How’s life here?”

Balas Azmal:
“Life... So far, okay la. Almost 2 years and I can speak local dialect fluently!”

Alisha ketawa sendiri.
“Really? Hahaha...Good for you

Alisha senyum- senyum sendiri menanti jawapan dari Azmal Zakwan. Dia rasa senang sekali. Senyumnya bertambah mekar apabila Azmal menjemputnya sebagai sahabat di Facebook. Pantas dia klik di butang Confirm.

Hampir setiap butiran dan gambar- gambar Azmal dia belek. Satu ketika dia terhenti dan meletakkan tangan ke pipi. Oh Tuhan, aku dah ingat siapa dia! Dia yang aku pernah ‘tersuka’! Dia yang tersenyum pada aku di depan tangga perpustakaan matrikulasi! Dia yang senyumnya tetap manis seperti dulu. Dia yang senyumnya aku pahat kukuh di ingatan.

Cerita apakah takdir pertemuan ini?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2011 11:15 PM | Show all posts
BAB 6
Cerita hidup berjalan seperti biasa. Azmal Zakwan melepaskan nafas panjang. Meja kerjanya berselerak tapi dia langsung tiada niat untuk merapikan mejanya itu. Matanya merayau meneliti segenap ruang bilik kerjanya. Bias – bias hujan tanpa malu mengetuk tingkap kamar kerjanya.

Almost 2 year Mal... You’re doing just fine! Desis hatinya. Mengimbas kembali saat- saat awal bekerja di pekan ini, dia mengeluh lagi. Dia sekadar mencuba nasib memohon jawatan sebagai jurutera dan selepas menjalani beberapa ujian, dia diterima. Ada sebab mengapa dia begitu beria memohon jawatan itu sedangkan keluarganya jauh di Kedah. Dia mahu mulakan hidup baru.

Hidup baru? Nama Dur Athirah terselak dari diari kehidupannya. Dur! Dur! Hatinya berbisik nama itu berkali- kali. Rasa ralat tak pernah hilang tatkala mengenangkan gadis itu. 3 tahun... 3 tahun mereka menjalin cinta tapi pada akhirnya, kata putus yang memisahkan mereka. Salah siapa semua tu, Mal? Dia bertanya sendiri. Aku kah?

Mengapa tidak pernah kau cuba untuk menghubungi dia Mal? Itu pertanyaan yang sering di lontarkan kepadanya. Akrami, teman rapatnya ketika di UIA itu kerap mengajaknya untuk kembali menelusuri lorong – lorong cinta yang pernh dia dan Dur lewati. Untuk apa itu semua Mi?  Dalam hati sudah tiada rasa sayang cuma kadang kala aku terkenang, Mi. Izinkan aku untuk terus berlari dan kalau bisa, terus ke langit.

Huh... Dia gelengkan kepalanya tanpa sedar. Jurutera kebun bunga, itu yang kawan- kawannya bilang tiap kali membaca Statusnya di Facebook. Teringat pula pada kata- kata Akrami, “Kau ni Mal, kerja bagus, akhlak... Sikit lagi nak sampai tahap terpuji tapi...” Azmal gelak sendiri.

Facebook! Muncul satu nama. Watak baru dalam hidupnya. Alisha Hanif. Azmal tersenyum. She’s nice, different and hmm... Oh ok Azmal, get a life! Sejak bila kau pandai tafsir orang sekadar dari gambar- gambar di Facebook? But yeah, she’s kinda sweet. Azmal senyum lagi. Macam tak percaya bagaimana Alisha boleh ternampak dia di Leisure Mall. Hmm... Kalau dah jodoh... Azmal, she’s In A Relationship! Lamunanya terhenti bilamana pintu dibuka.

“Encik Azmal, hang tak mau lunch ka?” sergah Rahman sebelum melabuhkan punggung ke kerusi di hadapan meja Azmal.

“Dah waktu lunch ka? Aku tak sedaq!” balas Azmal sambil berpura- pura mengemas mejanya.

Rahman sengih- sengih sambil tangan capai kotak rokok di dalam jaket. “Kau ni... ” Sebelum sempat Rahman menghabiskan ayatnya, Azmal dah potong dulu, “Hang jangan nak mengada- ngada merokok dalam bilik aku! Aku liku hang sat lagi!”

Rahman ketawa sambil kembali menyimpan kotak rokok sambil berkata “Kau ni kalut sangat ehh!”

Azmal pantas menjawab, “Aku tak mau mati awai... Kahwin pun dak lagi!”

Rahman mencebik. “Nak kahwin apa? Girlfriend pun tak dak. Hang nak kahwin dengan sapa??”

“Ada la... sat lagi aku cari lah!” balas Azmal sambil bangun dari kerusinya. Payung di belakang pintu sempat dicapai. “Layan hang ni Man, sampai taun depan pun tak habeh aihh! Lekaih la!”

Rahman bingkas bangun mengekori Azmal yang dah ke depan sambil mulutnya menceceh tanpa henti.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 11:34 PM | Show all posts
huhu
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 11:42 PM | Show all posts
ehhhh...dah xde n3 lg dh.....besh ah....nk lg....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2011 08:34 PM | Show all posts
Reply 24# nhid_tam


    kenapa huhu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2011 08:40 PM | Show all posts
nexttttttttttttttt
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2011 08:58 PM | Show all posts
Reply 26# anakhalal

sambungan nya mn
huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2011 09:02 PM | Show all posts
Reply 28# nhid_tam


    ada2...
sabar ye..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2011 08:17 AM | Show all posts
nak lagi.... nak lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2011 02:25 PM | Show all posts
hari ni ade n3 tak ??
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2011 02:32 PM | Show all posts
best...
nak lagi n3...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2011 03:14 PM | Show all posts
best best..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2011 11:48 PM | Show all posts
Terima kasih semua!!!
Nantikan sambungan kisah ini ya!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2011 01:18 AM | Show all posts
BAB 7
Falling in love is awfully simple but falling out of love is simply awful.

Azim memandang Najmi di sebelahnya. Sudah hampir sejam mereka di sini tapi sepatah kata pun tidak terkeluar dari mulut sahabatnya itu. Dia lebih dari pasti ada sesuatu yang menganggu fikiran teman baik merangkap teman serumahnya itu. Tapi apa? Dia maklum, sejak dulu, Najmi banyak menyimpan rasa yang sukar untuk dia selami. Pandangan Najmi tetap setia pada permukaan tasik yang tenang namun Azim pasti fikirannya tidak ke situ. Tidak pada batang joran yang Najmi beria- ia pinjam daripadanya tadi.

Azim hampir mengklasifikasikan Najmi sebagai ‘buang tebiat’ apabila usai solat subuh Najmi mengajaknya keluar memancing di Tasik Marina. Wajah Najmi saat itu... priceless! Muka ‘berlagak-tenang-tapi-kantoi’ Najmi automatik menjadikan Azim setuju untuk keluar memancing walaupun kalau diikutkan hati dia ingin menyambung tidur sampai tengahari.
Setelah hampir sejam tiga puluh minit membiarkan Najmi berhibernasi sendiri, Azim membuka bicara...

“Aku tahu, kau ni memang spesis tak banyak cakap tapi hari ni aku rasa kau terlampau diam.” Bagus sungguh ayat penyata yang dikeluarkan Azim. Najmi menoleh memandang Azim.

“Em?” Begitu Najmi menjawab.

Azim spontan tersengih. Terasa kesabaran teruji dan bantal di rumah kedengaran memanggil- manggil. “Aku tanya, spesis ikan apa yang kau nak tangkap hari ni?”Azim mengubah soalan. Najmi kelihatan berfikir.

“Boleh dapat ikan ke kalau tak letak umpan?” Pertanyaan yang Najmi balas. Wajahnya ketika itu sungguh polos! Azim mengeluh,panjang.

“What happen to you bro?” akhirnya Azim bertanya.

Lama Najmi terdiam. Dia seolah- olah mencari perkataan yang sesuai untuk menggambarkan perasaannya ketika itu.

“Falling in love is awfully simple but falling out of love is simply awful.” Seperti air, kata- kata itu lancar dari mulutnya.

“Spill!” gesa Azim.

Najmi menggeleng. “Random!”

Azim mencebik. Tu gaya nak control macho lah tu! Kutuk Azim dalam hati.

“Bro, luar alam bro, kau ajak aku datang mancing subuh- subuh camni... Ayam pun tak bangun lagi! Nyamuk punya la banyak!” rungut Azim.

“Sorry...” kata Najmi perlahan. Wajah Azim dipandang.

Pantas Azim berkata, “Jangan pandang aku macam tu... aku lari balik kang!” Seriau aku. Jangan bagitahu aku dia nampak muka aku macam muka Alisha!
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 07:40 AM | Show all posts
kelakar plak ayat last azim tu

hmm agak2 najmi nmpak ke perubahan pada alisha ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2011 07:55 AM | Show all posts
next bro ......
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 09:30 AM | Show all posts
ayat mantap bro..  & teruskan berkarya!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2011 11:57 AM | Show all posts
Post Last Edit by anakhalal at 22-1-2011 11:59

Najmi tersengih. Itulah Najmi. Senyum dan sengih merupakan makanannya tiap- tiap hari dan Azim tidak keberatan juga untuk mengakui yang itulah daya penarik pada Najmi.

“Bro, open up la sikit bro... Kalau kau ada masalah, kau kena share bro... Kita kenal dah lama. Kau cuma ada aku je kat sini, bro,” kata Azim.

Spontan Najmi ketawa. Ketawa besar. Azim berkira- kira sendiri samada ketawa itu paksaan atau ikhlas.  Lama Najmi ketawa dan Azim merasa sungguh... Pelik!

“Sekarang aku tahu kenapa mak aku suruh aku kahwin dengan kau dulu,” kata Najmi dalam tawa yang masih bersisa.

Mendengar itu, Azim ikut ketawa. “Haru la mak kau,” balas Azim. Memang lucu kalau diingatkan kata- kata mama Najmi dulu.  

Selesai ketawa, mereka kembali diam. Malaikat lalu, bisik Najmi dalam hati. Dalam diam dia memandang Azim di sebelah. Di hati ada rasa syukur kerana mempunyai sahabat seperti Aminur Azim itu. Susah senang, banyak yang dah diredah bersama sejak dari zaman universiti lagi. Azim memang tidak pernah berkira dan hari ini, subuh yang hening ini, dia tanpa meletakkan logik di depan, mengajak Azim utuk keluar memancing dan Azim menurut!

Hailoo... betul kata Azim, what happen to me?? Najmi, get a grip! Cuba kau sort satu –satu apa yang kau rasa sekarang. Apa yang bother kau sekarang? Alisha! Alisha! Alisha! jerit hatinya. Aku tahu, something is wrong somewhere. Tapi apa? Kenapa Icha jauh dari abang sekarang? Apa abang ada buat salah? Icha...

Najmi menghela nafas panjang. Pandangan dilepaskan ke tasik. Lama. Dia bangun dan menarik batang joran. Azim hanya melihat tanpa sebarang komen.

“Jom, kita pekena roti canai mamak,” kata Najmi sambil mengemas batang joran. Azim tersengih lebar. Bingkas bangun.

“Jom bro!” semangat Azim mengemas joran.

Mereka melangkah seiringan ke kereta Azim.

“Bro, aku ingat nak makan roti canai 4 keping ah...” Itu ayat Azim.

“Suka hati kau lah...” Itu yang Najmi balas.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 12:23 PM | Show all posts
best,,,best..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.062739 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list