CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fazss

kesetiaan?

[Copy link]
 Author| Post time 27-1-2011 03:10 PM | Show all posts
Reply 17# lailies


    sesuai la kan... confirm stand by tisu.. nt nangis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-1-2011 03:10 PM | Show all posts
Reply 16# mie07


    bagus2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2011 03:16 PM | Show all posts
buat sahabat yang dah banyak speku2... hehehe.. fazss mulakan kisah yer ok....

kisah INTAN NABILA BIN AHMAD (bukan nama sebenar)

**************************************************************************

Tingkatan Satu (1998)  - tingkatan Lima (2002)

Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Sebatang sedia menerima pelajar2 baru. Semangat jelas terpancar di wajah mereka satu persatu. Termasuklah aku. Semua kawan2 sibuk mencari barang2 baru, tapi pada aku, cukup lah kemas dan bersih.

“semua pelajar beratur” kedengaran seorang guru memberi arahan. Tanda nama di dadanya, Tuan Noorsyailizayani. Panjang nya nama dia.

“nama awak apa?” aku mula beramah mesra dengan pelajar perempuan di hadapan aku.

“Suhaiza, panggil angah aje”

“saya Intan Nabila, awak panggil Bil aje” kami terus berbual mesra seperti sahabat yang sudah bertahun kenal. Cikgu di hadapan sibuk ke hulu ke hilir membawa beberapa fail.

Hari pertama sesi persekolahan memang tiada apa yang di rancang selain dari suai kenal. Satu yang tidak di jangkakan, kami di beri sekeping kertas. Aku membaca pelik, terkebil2 aku memandang Angah di hadapan aku.

“kita kena jumpa sorang demi sorang ke?”

“ye la kot, nak minta sain. Agak2 kena buli dulu tak?”

“tak kot, kalau senior ye la kita kena buli ini cikgu2 aje. “ aku meniup semangat kami untuk memulakan aktiviti baru kami itu.

Semua pelajar tingkatan 1 diberi masa 5 hari untuk pulangkan semula borang tersebut. Aku tersenyum, kerja senang ni.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2011 03:20 PM | Show all posts
“assalammualaikum cikgu” dalam takut2 tu kami buat selamba aje. Tanpa menunggu cikgu lelaki itu menjawab salam aku dan 4 kawan lain, Angah, Lily, Safura dan Haida masuk ke Bilik Guru.

“maaf kami nak ambik tanda tangan cikgu” cikgu lelaki muda itu tersenyum. Kertas yang aku hulur di baca sepintas lalu.

“nama saya tak ada” aku sekadar merenungnya, senyumnya manis. Hensem!

“ye ker?”

“yup, saya rasa awak kena ambik cikgu yang akan mengajar awak aje ni nanti.”

“boleh cikgu tunjukkan tak sape orangnya?” dia senyum lagi. Adohai..

“boleh, nanti awak jangan cakap nak sain dulu. Tanya aje nama diaorang dulu, berborak2 sikit. Lepas itu baru lah minta sain. Kalau awak minta sain terus nanti diaorang fikir awak tak hormat diaorang dan tak mahu kenal diaorang pun. Motif diaorang bagi tugasan ini, supaya awak semua kenal cikgu2 yang akan mengajar awak nanti.” Aku dan kawan2 terkebil2 dengar penerangan cikgu itu, tanda namanya, Anuar. Jadi ini kena panggil Cikgu Anuar lah.

Masuk hari keempat, tinggal seorang saje lagi yang perlu kami cari.

“susah nya nak cari nama Jamal ni” Angah bersuara.

“kita minta tolong cikgu Liza nak?” Lily yang dari tadi senyap bersuara.

“sapa nak cakap kat dia?”

“ko lah?” semua mata terarah kepada aku. Diaorang ni selalu kenakan aku. Selalu aku aje yang kena bersuara bila berdepan dengan cikgu. Belakang cikgu bukan main lebat lagi diaorang ni.

“tak aci, orang lain pula,,” aku membalas.

“Lily, ko tak pernah langsung kan. So ini turn ko. Cepat lah” aku mendesak disokong pula oleh yang lain2. Diaorang yang lain bukan apa, takut nama tersebut. Dengan muka penyek Lily pun pergi melangkah mendapatkan Cikgu Liza dalam bilik guru.

Dengan bantuan Cikgu Liza, kami berjumpa dengan Cikgu yang bernama Jamal. Bengis nya muka dia. Macam mana dapat jadi cikgu yer?? Pening aku. Boleh sakit jantung anak murid.

“sapa nak tandatangan saya, sila beratur panjang sini” tanpa kata, kami berdiri seperti yang diarahkan. Entah apa2 lah cikgu sorang ni, tahulah cikgu displin tak payah lah buat kita macam ni.

“saya nak awak lari sampai hujung sana dan patah balik sini. Saya bagi masa 5 minit aje.”Cikgu Jamal menunjukkan jam randik ke muka kami. Kami memandang silih berganti. Ini sudah kira penderaan fizikal ni.

“cepat!!” terkejut dengan sergahan itu kami terus berlari seperti yang diarahkan. Semua orang memandang kami, macam lah kami buat pertunjukkan.

Sampai sahaja di depan Cikgu Jamal, dia tersenyum. Buat kali pertamanya, senyuman dari seorang cikgu yang bernama Cikgu Jamal. Tanpa dendam, aku membalas senyuman dan berlalu bersama tugasan yang telah lengkap.

Minggu kedua persekolahan, kami di himpun dalam satu kelas. Hari ini baru aku kenali semua pelajar tingkatan satu ada 42 orang. Tidak semua berasal dari kampong aku, ada dari kampung2 berdekatan sebab kampong mereka tidak ada sekolah menengah. Jika ada yang berhajat untuk belajar di sekolah di Bandar yang hanya 16km dari kawasan kampong kami tentu memerlukan duit yang lebih. Seharian kerja kami adalah suai kenal, tahu nama penuh, nama samaran dan tempat tinggal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2011 03:21 PM | Show all posts
kita sambung lain siaran ok... hehehe.... fazss nak merayap...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 03:53 PM | Show all posts
Reply 19# fazss


    dah fobia fazss... takut nak mulakan... takut dikecewakan lagi.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-1-2011 04:05 PM | Show all posts
Reply 26# naufal2705


    naufal..fazss nak ckp byk pun fazss br mengalaminya.. apa yang fazss belajar, kita belajar ikhlaskan hati. Insya Allah, dengan Izin Allah... segalanya akan berlalu dengan baik... kita tawakal dan ikhtiar aje...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2011 05:05 PM | Show all posts
Reply 8# MakYung


    sekadar untuk ingatan bersama, jangan letak ikon aje.. nanti kena cantas credit..


jangan nangis lagi...not yet...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2011 06:58 PM | Show all posts
Go fazs... go
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2011 08:49 AM | Show all posts
Reply 29# bintang


    hehehe... selamat datang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2011 10:08 AM | Show all posts
Semakin hari aku semakin selesa di sekolah menengah. Di sini aku mula di dedahkan dengan ‘cinta monyet’. Aku sendiri tidak pasti apa yang mereka rasa, tapi semua pakat berlumba mencari ‘pakwe’ dan ‘makwe’. Aku hanya tenggelam dengan dunia aku.

Tingkatan dua, aku semakin rapat dengan Cikgu Liza. Semuanya bermula di saat dia mengajak aku menemaninya bermalam di rumah. Maklum lah cikgu perempuan risau duduk sorang2.

Namun tidak sangka ramai juga pelajar lelaki yang baik dengan Cikgu Liza. Kebanyakkan nya semua senior aku.

“Bil..awak berangan apa? Cepatlah basuh ayam tu” terkejut aku dengan suara lantang Cikgu Liza. Terdengar pula sulam2 bicara mereka, kemudian ketawa yang kuat.

“ready dah” aku mengangkat sebaldi ayam yang telah aku basuh ke ruang belakang rumah Cikgu liza. Ramai dah pelajar2 lelaki menanti rupanya, patut lah Cikgu Liza dah bising.

Aku khusyuk melihat mereka memerap ayam, malam nanti kami akan adakan BBQ kat sini. Mesti best, inilah program BBQ seumur hidup aku.

“bau ayam la” entah dari mana pula suara sumbang berbunyi.

“dah mandi lah. Mana bau lagi” aku memandang sekilas. Mamat senior rupanya. Sengih macam kerang busuk, dah lah kutuk aku tadi.

“muncung boleh sangkut hanger” cepat aku menutup mulut aku. Kuat suara dia ketawa senang melihat aku kalut menutup mulut aku.

“jimat tak payah beli ampai” sebijik, ambik ko. Geram hati aku, baru aje sampai dah kena sembur. Aku terus bergerak ke beberapa kawan2 perempuan yang sibuk mengeluarkan makanan dari dapur.

“awak orang dah solat?”

“belum”

“pergi lah, biar Bil buat. Bil dah solat kat rumah tadi” mentang2 lah aku suruh pergi, diaorang pakat pergi semua. Tinggallah aku sendiri.

“hai” terjatuh pisau di tangan aku, melantun di tepi kaki dia.

“amboi, baru tegur hai dah baling pisau” lembut kata2nya. aku masih membisu.

“pergilah keluar” rimas aku dia asyik memerhati aku membuat kerja. Dahl ah dapur Cikgu liza ni kecik aje. Nak ambik barang terhadang dengan dia yang berdiri tegak macam patung cendana.

“garang ye..tak pe la saya nak teman awak”

‘dating yer korang” entah bila muncul pula Cikgu Liza. Tiba2 berbunyi, aku mencebik aje.
“mana ada, tolong atlet ni potong buat” balas mamat tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2011 10:10 AM | Show all posts
“tolong lah sangat, berdiri macam patung cendana aje dari tadi” aku menyindir.

“tolong tengok. Tolong lah juga” sengih dia.

“dah solat ke?”

“dah kat rumah tadi”

“awak?” sergah Cikgu Liza pada mamat tu.

“nak pergi lah ni” dia sengih sambil tergelak kecil.  Cikgu Liza terus menarik dia keluar, syukur ya amat.

Semakin ramai yang berbunyi, semuanya pasal mamat tu sibuk2 melayan aku tanpa aku minta. Apa yang perlu aku lakukan. Adakah aku di gossip dengan mamat tu? Dunia oh dunia.

Aku memang suka berjalan sendiri pergi dan balik, seronok tak payah buat ‘ketupat’ sambil berjalan. Separuh berjalan mamat tu berhenti kan motornya di tepi aku.

“nak saya hantar?”

“tak pe terima kasih” aku senyum dan terus melangkah. Nak kena pelangkung dengan abang aku ke budak ni.

“mari lah”

“tak pe, lebih baik awak balik aje” aku terus mempercepatkan langkah tanpa menoleh padanya.

Sukan Tahunan sekolah bermula, aku tidak sama dengan abang dan kakak. Hampa betul, masa di sekolah rendah terkena juga dengan dengan abang. Boleh balik dan pergi sama2. Paling rimas kalau ada mamat tu menyempit.

Hari latihan bermula, sudahlah tak sama rumah sukan. Hari latihan pun tak sama. Malang pula buat aku, mamat tu sama dengan aku.

“wah terror yer lari” aku yang masih semput kena pecut 100m dia sibuk pula. Rasa nak hempuk aje dengan botol air ini.

“sibuk lah”

“saya yakin, awak dalam ranking 3 teratas”

“bukan teratas ke?” selamba aku bagi setepek.

“Intan Nabila” terjerit pula Cikgu Jamal memanggil aku. Nasib lah aku, adanya Cikgu Jamal dan mamat tu dalam satu rumah sukan.

“ye saya”

“awak selesa tak masuk acara 100m tadi?”

“kalau terdesak baru saya masuk, boleh tak?”

“kenapa?”

“saya lebih pada jarak jauh cikgu, biasa minimum 200m. Lari ganti berganti baru saya ambik 100m. tapi terpulang lah, saya ikut aje” takut2 berani aje aku menjawab.

“Black” mamat tu cepat mendapatkan kami. Nama dia Black ke? Tak pernah aku ambik tahu nama dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2011 10:11 AM | Show all posts
“awak rasa macam mana sekarang?” Cikgu Jamal mendapatkan pendapat dia pula.

“setiap pelajar maksimum 4 acara perseorangan dan 2 acara berkumpulan. Kita atur mana yang memang nazak lah Cikgu dulu”

Perbincangan mereka semakin rancak, semua pelajar siap pula beratur untuk acara padang lain. Setiap acara perlu disertai sebab Cikgu Jamal nak kenali potensi diri masing2.

Siapa sangka, badan aku yang kurus mampu melempar lembing dan cakera lebih jauh berbanding mereka yang berisi. Aku sendiri nak tergelak, mungkin sebab aku minat sukan jadi banyak sukan yang aku pelopori.

“Intan Nabila, mari sini saya nak cakap” aku mendengar tekun.

“Intan Nabila..” Cikgu Jamal menarik nafas. Sengih kemudiannya. Aku pula tercengang.

“panjang nama awak kan”

“Cikgu yang panggil panjang, panggil aje lah Bil” aku bersuara. Setelah beberapa hari menjalani latihan bersama Cikgu Jamal, kami sudah bisa bergurau mesra dan gelak ketawa.

“ok lah, Bil yer.. Bil air ke bil elektrik ni” semua yang ada tertawa. Aku hanya mampu tersenyum, malu ya amat.

“cikgu nak awak masuk acara 400m, 200m, 100m, 4 x 100 dan 4x 400 pastu lempar cakera”

“banyak yer?” spontan aku bersuara.

“ok la tu” suara Cikgu Jamal seakan memujuk.

“belanja burger” aku berseloroh.

“itu minta kat Black”

“apa ni Cikgu” aku memprotes.

“boleh aje cikgu” cepat aje mamat tu jawab. Panas betul hati aku. Aku terus mendapatkan yang lain, berbincang tentang acara2 yang kami masing2 terlibat.
Selamat azab sukan yang pada aku tidaklah seazab mana. Itu semua kerana aku memang mencintai dunia sukan.

Abang aku dengan bangganya membawa pulang banyak medal, ikut kiraan lebih dua aje dari aku. Tapi bahagian yang paling best abang merangkul Olahragawan tapi aku tidak. Sedih la jugak.

Lepas ini, aku kena tumpukan pada latihan Bola Jaring pula. Black masih lagi mengikuti aku ke mana sahaja. Kebetulan pula padang Bola Jaring berhadapan dengan wakaf, jadi setiap petang dia mesti lepak dekat situ.

Nasib baik ada abang yang turut bermain bola sepak dengannya. Jadi dia tak bebas mana. Aku pergi dan pulang dengan abang. Selamat.

Beberapa bulan berlalu, tahun baru menjelma. Black masih dengan sikap yer. Jika diikutkan dengan khabar angin yang beralun, makwenya silih berganti. Kawan2 aku ramai yang sudah mula merancakkan musim ‘cinta monyet’ ini. aku juga masih mencari erti sebenar cinta itu. Dan apa yang aku tak faham kenapa dengan monyet?? Ada kaitan apa ‘cinta’ dan ‘monyet’ tu.

“wei ko nampak pakwe aku tak” angah menepuk bahu aku. Tersembur air dalam mulut aku sedikit.

“mana tahu”

“dia janji nak rehat sama” keluhnya. Aku rasa nak ketuk aje dengan sudu ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2011 10:12 AM | Show all posts
“hari2 jumpa, sehari 3 kali jumpa. Tak bosan?”

“laser!!”selar nya.

“tau tak pe”

“inilah cinta..setiap saat nak bersama”

“yo lah tu. Aku nak pergi library nak ikut?”

“tak nak lah, aku nak cari dia dulu”

“layan…” aku terus bergerak, masa tinggal beberapa minit aje lagi. Lambat nanti kena luku dengan Cikgu Liza.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 11:27 AM | Show all posts
best argh citer baru nie...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 12:46 PM | Show all posts
selamat menulis citer baru fazss... next2 n3
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2011 02:10 PM | Show all posts
Reply 36# asnita


    hi..welcome board...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2011 02:11 PM | Show all posts
Reply 35# shahrinas


    ye ker ni...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 02:12 PM | Show all posts
Reply  shahrinas


    ye ker ni...
fazss Post at 28-1-2011 14:11


yelah, citer2 kat dlm nie kan kebanyakkannya best2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2011 02:14 PM | Show all posts
Reply 39# shahrinas


    hehehe.... cerah mata..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.535626 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list