CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Adilla

Epilog Sebuah Perkahwinan-[U]

[Copy link]
 Author| Post time 21-2-2011 03:05 PM | Show all posts
Rona 2

“Bagaimana ni Zira? Abang dah cari merata tempat. Abang dah search kat Internet. Buku mana yang abang tak baca, semuanya abang dah kaji. Cakap sajalah siapa penceramahnya, semua abang dah tanya. Jawapannya tetap sama seperti yang kita berikan malam tu.” Tegang leher Anuar bercerita. Terasa segala kudrat dah di keluarkan untuk mencari jawapan. Tetap sama saja. Apa yang mama Zira mahukan sebenarnya dia sendiri kurang pasti.

“Entahlah bang, Zira pun tak tahu nak cakap apa lagi. Dah macam cara kita buat. Pantang ada kesempatan mesti Zira tolong abang carikan kat Internet sama.” Terang Zira sambil menguis-guis mee goreng didalam pinggannya. Seleranya dah sebu bila mengenangkan masalah yang tidak selesai lagi. Soalan yang senang tetapi jawapan yang susah. Kalah masalah wang hantaran. Kalau wang hantaran senang saja nak selesai. Sama ada berkongsi atau buat pinjaman di bank. Itulah trend anak muda zaman sekarang. Lepas kahwin menanggung hutang. Itu yang ditakuti oleh Zira tetapi masalah wang hantaran tidak menjadi bebanan sekarang ini kerana Anuar sudah bersedia sejak dulu lagi. Berkerjaya sebagai Finance Controller di sebuah syarikat swasta menjadikan kewangan Anuar kukuh. Rumah, kereta dan kelengkapan semua telah tersedia. Yang menjadi masalah sekarang soalan taraf UPSR yang dihadapi oleh mereka. Hari ni sudah masuk hari ke dua puluh. Hanya tinggal sepuluh hari saja lagi.

“Bang, bagaimana kalau kita tak dapat cari jawapan tu? Adakah kita tak dapat kahwin?” sebak hati Zira bila mengenangkan masa yang suntuk ini. Tak sanggup dia berpisah dengan Anuar.

“Zira jangan cakap begini sayang. Tak mampu abang hadapi segalanya jika kita tak jadi kahwin. Insyallah abang janji kita akan selesaikan masalah ini bersama-sama. Zira tenang okey. Abang percaya setiap masalah pasti ada jalannya. Kita mohon pada yang berkuasa agar niat murni kita ini dimakbulkan.” Janji Anuar sambil menarik jari jemari Zira. Renungan Anuar yang sarat dengan harapan membuat semangat Zira yang merundum tadi kembali tegak. Macam tegaknya tiang bendera di Dataran Merdeka.

“Kita akan hadapinya bersama-sama bang.” Anggukan Zira membuat Anuar menarik nafas lega. Dia akan berjuang untuk mendapatkan Zira walau apa pun terjadi. Gadis yang berjaya mengetuk pintu hatinya sejak sekian dulu. Zira yang penuh kelembutan dan tidak pernah membantah segalanya katanya. Jika Anuar tersalah kata, dengan cara lembut Zia menegur.Tidak pernah sekali pun dia dikongkong untuk berjumpa kawan-kawannya. Gadis begini yang dicarinya untuk menjadi pasangan hidupnya. Hidup dalam ketenangan bersama insan yang dicintainya.

“Dahlah, cepat makan. Lepas ni kita pergi jumpa kawan abang yang kerja sebagai lawyer pulak. Abang dah janji dengan dia nak jumpa jam 8.30 malam.” Pujuk Anuar sambil menarik pinggan mee goreng Zira lantas mula menyuap.

“Abang!” Wajah Zira dah mula kelat.

“Kenapa?” Anuar yang baru hendak menelan mengangkat kepala. Zira menolak pinggan berisi chaw kua teow ke sisi Anuar.

“Ehh…abang tersalah pinggan ke?.” Dalam sumbing Anuar memberi senyuman. Zira hanya mengeleng kepala lantas menarik pinggan mee gorengnya semula. Begitulah kalau hati dan perasaan tak tenang segalanya dilanggar lari.

“Abang kata nak jumpa kawan abang yang kerja lawyer tu. Takkan sampai pakai lawyer bang.” Gusar Zira. Takut-takut Anuar mahu mendakwa mamanya dengan kesalahan memberi soalan yang tak masuk akal.

“Bukanlah sayang, kawan abang tu lawyer kat Mahkamah Syariah. Jadi mestilah dia dapat bagi idea pada kitakan.” Terang Anuar sambil tersenyum. Sekadar hendak menyedapkan hatinya. Kalau si Mazuki tak dapat menolongnya, lebih baiklah Mazuki tu berhenti jadi peguam di Mahkamah Syariah tu.

“Betul juga tu.” Zira bersuara untuk memberi keyakinan kepada Anuar.

“Mama Zira cakap apa masa Zira nak keluar tadi.” Anuar cuba mencari topic yang sesuai agar tidak menyentuh masalah yang menanti. Tadi semasa mengambil Zira, makcik Nia dan pakcik Zamri sedang duduk bersantai di taman mininya. Menghirup kopi pekat dan memcecah ubi rebus dengan sambal tumis ikan bilis menaikkan seleranya. Tetapi mengenangkan ada lagi tugasan yang penting dari ubi rebus itu membuat Anuar menolak dengan baik. Tak mengapalah. Yang penting cari jawapan itu dulu. Kalau dah kahwin nanti makanlah ubi rebus tu siang malam sampai kembung.

“Mama macam biasa. Tak cakap apa-apa. Cuma Tanya nak pergi mana je. Abah pulak hanya benarkan setelah Zira selesai tolong mama kat dapur.” Terang Zira sambil membuang pandang. Zira masih tidak dapat memahami kehendak mamanya. Layanan dan gurauan terhadapnya seperti biasa. Tiada cacat cela. Kuih kesukaannya tetap tersedia bila balik dari kerja. Tidak pernah mama menyentuh tentang hal malam itu. Senyuman dan ketenangan mama tetap sama seperti hari-hari sebelumnya.

“Kenapa termenung ni?” lembut Anuar memujuk.

“Tak ada apa-apa.” Keluh Zira. Anuar tahu dari air muka Zira dapat diagak tentang apa difikiran Zira.

“Dah makan, jangan fikir sangat.” Sekali lagi Anuar memujuk. Zira mula menyuap mee goreng yang telah sejuk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2011 03:54 PM | Show all posts
Salam Adilla... naufal pun tak reti nak jawab.. soalan cepu emas nie....kesiaran anuar & zira....
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 09:12 PM | Show all posts
aku yakin anak aku tak tau kecuali dia google
cmf_blingblings Post at 21-2-2011 14:49


jawapan sikecik aku...kutub utara..kutubkhanah..kutub selatan.......aku dah agak dah jawapan dia tu
yg sikakak lagi blur..padahal dia librarian...


yg paling aku  tahan......cik abe tu pun blur dengor perkataan kutubkhanah ni...adoi..idup jaman mana bang oiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 09:40 PM | Show all posts
next...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 12:44 AM | Show all posts
Reply 20# kaypo
lagi satu ---- tawarikh
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 08:26 AM | Show all posts
tawarikh ni ejaan nak sama mcm tawarih ..... konpius kalau sambil lalu baca dan dengar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2011 09:54 AM | Show all posts
Reply 14# aaz


    tak ada kena mengena dgn macik nia pun... ko sendiri yg keliru kot....
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 09:55 AM | Show all posts
Reply 23# kaypo


    lawak tul jpan anak ko.... anak aku tahu sbb dia penjaga kutubkhanah...
sblum aku tnya soalan dia terlebih dahulu tnya mcm2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2011 10:08 AM | Show all posts
jawapan sikecik aku...kutub utara..kutubkhanah..kutub selatan.......aku dah agak dah jawapan d ...
kaypo Post at 21-2-2011 21:12


kay, cuba tanya anak ko tau x scale rule? abah dulu suka sebut.. anak Merah tanya balik atuk ni cakap apa??

kena tanya soalan mcm ni mmg la... nmpk kacang tp jawapan xmenepati piawaian makcik nia...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 10:11 AM | Show all posts
Reply 27# Jaza2008


    masa tu tgh menghayati citer kekdahnya..sampaikan bc posting jaza pun guna tonasi makcik nia
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 10:17 AM | Show all posts
Reply 30# aaz


    tu la ko khusyuk sgt membaca smpaikan aku menyelit jap pun dah cam macik nia yg soal...
sib baik aku type font kaler2....tapi ada gak yg keliru...

aku faham2 sbb sya kan penulis hebat tu yg membuatkan peminat semua tak sabar nak tggu n3nya...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 10:21 AM | Show all posts
tawarikh ni ejaan nak sama mcm tawarih ..... konpius kalau sambil lalu baca dan dengar
juliet80 Post at 22-2-2011 08:26



    anak lelaki aku pernah terkeliru terawih dgn tawarikh... masa bulan posa..tiap kali dia nak ke masjid
berterawih pasti dia akan ckp.."mama, abang gi sembahyang tawarikh dulu tau... lambat sikit balik"...
taip kali tu lah aku perbetulkan ayat dia dan maksudnya sekali....
bila dia naik darjah 5 baru dia faham dan dpt beza sebutannya..

skrng ni dia tgh tnya pasal sejarah Sudirman.... sbb dlm buku BM darjah 6 ada gmbar dan kisah Sudirman...
nasib skrng ni tgh mggu mengenang Sudirman kat radio Hotfm dan Suria... so aku suruh dia dengar kat radio dan baca biografi yg aku print dari tenet.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 10:50 AM | Show all posts
Reply  kaypo


    lawak tul jpan anak ko.... anak aku tahu sbb dia penjaga kutubkhanah...
sbl ...
Jaza2008 Post at 22-2-2011 09:55


Jaza...sikakak pun penjaga kutubkhanah...hehehe..aku kata nak tahu jawapan...gi tanya cikgu library dia...hahhaha..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 10:53 AM | Show all posts
kay, cuba tanya anak ko tau x scale rule? abah dulu suka sebut.. anak Merah tanya balik atuk ni  ...
merahsilver Post at 22-2-2011 10:08


mak ai.....aku pun tak tahu hehehe...siap tanya org lagi lebih makan garam pada aku kat opis ni...dia pun geleng gak...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 10:55 AM | Show all posts
Reply 25# sang_arjuna


smiley...tawarikh...yessss ..i remember..aku suka subject tu dulu...
ilmu alam...anyone?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 12:17 PM | Show all posts
Reply 35# kaypo


    tawarikh = sejarah
  ilmu alam = geografi
Tatarakyat = sivik
  
betul tak?hehehehe.... aku ambik penilaian darjah 5 masa sek rendah...(skrng darjah 6 - UPSR)
ting. 3 = SRP (skrng PMR).... Ting. 5 = SPMV (vokay perdagangan) sama SPM skrng

kalau dulu dari zaman aku org pnggil SRP = LCE (Lowest Cert. Education),
SPM = MCE (Medium Cert. Education) betul tak akak2 senoir?hehehehe cam belajar history ni...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2011 12:29 PM | Show all posts
betul jaza...sementara sya menyambung n3 ni...apa kata kita selami perkataan dulu kala...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 01:04 PM | Show all posts
betul jaza...sementara sya menyambung n3 ni...apa kata kita selami perkataan dulu kala...
Adilla Post at 22-2-2011 12:29



    ehem..hem.. cam terasa lak aku menyibuk kat sini...
aku kuar dulu la... nak gi senam perut... tadi makan nasi minyak ayam masak merah...
kena senam sebelum tepu dlm perut...


next..next..next... (lama xguna prkataan ni)
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 01:20 PM | Show all posts
sabtu lps g sekolah anak ada taklimat utk pelajar2 spm n pmr bersama parents...
dewan dbahagi 2, sebelah utk spm, sebelah utk pmr.
ada satu parent dtg tanya, anak Merah form brp? Merah pun jwpla belah kiri untuk SPM belah kanan utk SRP, anak Merah cpt2 jwp, SRP apa lak, PMR la...
parent tu sengih je...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 03:24 PM | Show all posts
ehem..hem.. cam terasa lak aku menyibuk kat sini...  
aku kuar dulu la... nak g ...
Jaza2008 Post at 22-2-2011 13:04


Jaza...ko gi senam perut ker...senam mata sekali...

lama dah sya tak bukak rumah...rindu nak duduk kat rumah tumpangan sya ni...jadi jaga x de gaji...tunggu sya kasi gaji...

kati ..tahil...gantang cupak...belajar ilmu hisab...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:52 AM GMT+8 , Processed in 0.669112 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list