|
selamat pagi semua jom sambung pagi ni |
|
|
|
|
|
|
|
Menyanyi sambil berjalan menuju ke arah parking motor perkara biasa bagi Hanan untuk menghiburkan hati sendiri. Sebaik sahaja dia mengambil kunci motor di dalam handbegnya, tiba-tiba terasa gegaran handphonenya. Dia tersenyum. Terbayang akan wajah Aidan di fikirannya ketika itu.
Dicapainya handphone tersebut lalu terpapar nama ‘B’ di skrin handphonenya.
“Alamak..”
Hanan melepaskan nafasnya perlahan-lahan sambil berfikir sama ada perlu jawab atau tidak.
“Kalau tak jawab kang, lagi pening kepala aku.”
Hanan menjawab panggilan dari Bazli itu sambil meletakkan handbegnya di atas seat motor.
“Ya, B..”
“I on the way pergi rumah you ni. I tunggu you dekat rumah. You balik siap-siap semua, kita keluar ok?”
“Eh..”
Hanan mengeluh. Dah kenapa dengan Bazli ni? Naik rimas pula dia.
“Esok boleh tak?”
Bazli terdiam seketika dengan jawapan dari Hanan itu.
“Esok? Kenapa esok?”
Hanan semakin rimas!
“I banyak keje la, B. Esok la erk kita jumpa. I nak kena letak call.”
“Hanan, jap!” tiba-tiba Bazli tertinggi suaranya langsung mengejutkan Hanan.
Masing-masing terdiam seketika. Hanan terasa seperti ada orang di belakangnya. Dengan cepat dia menoleh ke belakang.
Aidan yang tinggi itu sudah berada di belakangnya. Entah sudah berapa lama dia berdiri di situ. Adakah dia dengar semua perbualan?
“Tak pe la. Sorry ganggu you.” Bazli terus mematikan talian.
Hanan masih memandang Aidan.
“Jangan risau. I baru je sampai. I tak dengar apa-apa.” Ujar Aidan sambil melihat airmuka Hanan yang sudah berubah itu.
Hanan diam.
“Awak ok tak? Kalau tak ok, tak payah la keluar petang ni. Esok-esok pun ada lagi kan?”
Hanan masih diam. Air mata mula bergenang. Mahu sahaja dia memeluk erat Aidan ketika itu. Banyak yang dia pendam selama ini ketika Aidan tiada di sisi.
“Hanan..”
“Ya.” Bergetar suara Hanan.
“Kenapa ni?”
“Jomlah. Kita lepak dekat warung tepi tasik dekat simpang empat sana bole?”pinta Hanan yang hanya paras bahu Aidan.
“Ok.”
Aidan akur dengan permintaan Hanan itu. Dia membonceng motosikalnya di belakang motor Hanan tetapi dengan jarak agak jauh sedikit untuk elak dari bertembung dengan mana-mana staf Pejabat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Warung santai di sebuah taman..
Aidan masih mendiamkan diri, menunggu Hanan yang memulakan bicara terlebih dahulu. Ini kerana dari tadi Hanan termenung kosong memandang ke arah taman. Dia faham, Hanan tengah mengumpulkan kekuatan untuk meluahkan perasaan kepadanya.
Hanan masih menguis rojak yang telah terhidang. Masih belum ada sesudu yang masuk ke dalam mulut. Bagaimanakah dia harus memulakan bicara ini?
“Hanan..” panggil Aidan dengan lembut.
Hanan terkejut lalu terus memandang muka Aidan.
“Tak baik buat rezeki macam tu.”
Hanan mengangguk lalu menghirup sedikit kuah rojak.
“Awak..”
“Ya, saya.”
Mereka berdua bertentangan mata. Beberapa saat kemudian, Hanan mula mengukir senyuman.
“Rindu..” ungkapan pertama dari hati Hanan yang sangat merindui bekas suaminya itu.
“Rindu sangat dekat awak. Hampir separuh gila untuk kuatkan hati saya lupakan awak. Tapi tak boleh..” Sambung Hanan lalu menitis airmata meluahkan isi hati.
“Hari-hari saya berdoa mengharapkan keajaiban akan berlaku. Berharap dapat berjumpa dengan awak walaupun saya tahu agak mustahil.”
Aidan diam mendengar dengan penuh hati terbuka.
“Serius tak sangka, saya dapat berjumpa dengan awak lagi. Seronok sangat!” Hanan mula ketawa kecil diikuti Aidan yang tengah mengawal rasa terharunya.
“Awak..” panggil Aidan lembut.
“Ya?”
“Comel.”
“Eee..awak niii. Malu la!” Hanan sudah kemerah-merahan menahan malu.
“Saya nak tanya awak beberapa soalan boleh?”
Hanan mula berdebar.
“Erm.. soalan apa tu? Takut pula saya.”
“Hahaha.. dah bersedia?” suka Aidan mengusik Hanan.
“Ok. Apa tu?”
“Mak sihat?”
“Owh..mak sihat, alhamdulillah. Macam tu lah dia. Tapi..”
“Tapi?”
“Mak dah mula bising-bising suh cari pengganti awak.”
“Awak dah ada pengganti saya ke?” Aidan terus bertanyakan soalan tanpa berselindung lagi.
“Erm..”
“Dah kahwin?”
“Belum.” Menggeletar Hanan menjawabnya tetapi jauh di sudut hati Aidan, tersangat lah lega!
“Ok.” Aidan tersenyum.
“Tapi..”
“Tapi apa?” Aidan kembali cemas dan teruja ingin tahu.
“Saya ada berkawan dengan seorang lelaki ni.”
“Owh..” Hanan perasan nada Aidan menjadi ‘tone down’.
“Tapi, dia tak pernah lamar saya.”
Aidan perasan muka Hanan yang sedikit kecewa itu.
“Dalam masa yang sama juga, saya tak tahu nak cakap saya cintakan dia atau tak.”
“Sebenarnya awak tu masih sayang saya.” Dengan penuh nakal Aidan mengusik Hanan. Sebenarnya dia tak nak sangat Hanan stress pada petang itu walaupun ketika itu dia ada perasaan cemburu pada lelaki tersebut.
“Eh awak ni! Haha.. suka la menyakat saya.”
“Betul tak? Awak masih tunggu saya kan?”
“Eleh.. awak tu macam mana plak? Ada girlfriend ke?”
“Saya? Saya pegang dengan janji saya. Awak cinta pertama dan akhir saya.”
Hanan terdiam. Dalam pada masa yang sama, dia juga turut terharu.
“Tipu lah kalau saya cakap tak ada yang ngorat saya kan? Handsome kottt..hahaha”
“Eee.. kemain awak erk.”
“Tapi hati saya tetap pada awak sorang.”
Hanan tersenyum malu. Aidan tak berubah, tetap macam dulu.
“Saya bersyukur doa saya dimakbulkan dapat bertemu kembali dengan awak.”
Bazli tiba-tiba hadir difikirannya. Tetapi dia pun sudah tawar hati semenjak Bazli kantoi dengan perempuan lain. Apa perlu dia buat sekarang ni? Meneruskan kehidupan mengikut apa yang sudah tertulis ke?
Banyak lagi persoalan yang bermain di fikiran Aidan. Kalau boleh hari yang sama juga dia nak Hanan menjawabnya soalannya satu persatu. Tetapi, perlu ke dia tergesa-gesa sedangkan kini Hanan di hadapan matanya?
Hanan dan Aidan berbalas senyuman.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebaik sahaja Hanan sampai dirumahnya, dia ternampak kereta Bazli ada di situ. Nasib baik Aidan tidak temannya sampai ke rumah pada petang itu.
Dengan perlahan Hanan turun dari motornya lalu membuka pintu pagar. Bazli yang dari tadi di dalam kereta terus keluar dari keretanya lalu berjalan ke arah Hanan.
“Lambat balik.”tegur Bazli tegas.
“Kan dah bagi tau banyak keje.”
“Yeke?”
“Ya.” Sepatah dijawabnya Hanan.
Bazli diam memandang Hanan di depannya itu.
“You ada sembunyikan sesuatu dari I ke, Hanan?”
Hanan mula tidak puas hati.
“Sekejap. I perasan tau sejak kebelakangan ni you macam insecure sangat. Apasal erk? Ke you yang ada buat something dekat belakang I?”
Air muka Bazli terus berubah. Orang buat salah kan?
“I tanya you, you patah balik dekat I pula?” balas Bazli lalu memeluk tubuhnya.
“I tak tahu kenapa I rasa lain sangat. Macam ada sesuatu yang tak kena. Hati ni rasa tak tenang.” Luah Hanan.
Bazli diam.
“Kalau you rasa I ni dah tak boleh dengan you, cakap je. Kita pisah dengan cara baik. Kalau you ada orang lain pun, I rasa..”
“You cakap apa ni?!” Bazli takut kehilangan Hanan.
“Ok. I terus terang je la erk. I terasa sangat dan I mula tawar hati semenjak you kantoi dengan perempuan itu ini walaupun I tak pernah terserempak you dengan mana-mana perempuan tu. Tapi hati ni tak ada rasa sayang dah macam dulu.”
Laju degupan jantung Bazli mendengar luahan hati Hanan itu.
“You lebih percayakan cakap orang?”
“Pokok takkan goyang kalau angin tak tiup kan?”
“So selama ni you pura-pura la dengan I?” Bazli terasa tercabar.
“You rasa?”
“Sampai hati you kan?”
“Sampai lagi hati you permainkan hati I.”
“Perlu ke dengar cakap orang?”
“Entahlah..”
Hanan malas dah nak bertekak, dengan badan penat lagi. Dia menuntun motornya masuk ke halaman rumah.
“Sayang..”
“I penat la. You balik eh?”
“I sayangkan you.” Ucap Bazli dengan penuh kesal apa yang dia dah buat di belakang Hanan.
Hanan hanya tersenyum kepenatan. Terus dia beredar masuk ke dalam rumah meninggalkan Bazli sendirian. Sebaik sahaja dia menutup pintu, Hanan terduduk lalu menangis sepuasnya.
Najah yang sudah sampai di rumah perasan akan Hanan yang tengah menangis itu.
“Nangis lah, Hanan.”
Najah menghampiri Hanan lalu terus memeluk erat Hanan sambil mengusap manja belakang badan sahabatnya itu.
“Kau pergi masuk bilik. Pergi mandi, solat then turun makan erk. Aku ada belikan nasi goreng.”
“Aku dah makan dah tadi.”
“Owh.. kalau kau lapar, kau makan ok?”
Hanan mengangguk lalu bangun dan berjalan meniti anak tangga masuk ke dalam biliknya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jam 11.30 malam..
Bazli masuk ke dalam sebuah kelab malam sendirian. Dia mencari tempat duduk di satu sudut tanpa ada sesiapa di kerusi tersebut. Dia merebahkan punggungnya sambil memandang gadis-gadis yang menari di atas pentas dengan pandangan yang kosong.
“Insecure..hmm..” Bisik hati Bazli yang mula mencari sebab kenapa Hanan tiba-tiba berubah.
“Dia dah ada orang lain ke?” Bazli masih bermain dengan perasaannya.
“Hai baby..” tegur seorang gadis lalu duduk rapat bersebelahan dengannya.
Bazli memandang gadis tersebut. Dengan mesranya gadis itu meraba manja paha Bazli sambil tersenyum dan terus bersandar di bahunya.
“Eh, aku tak kenal kau.” Bazli menolak manja kepala gadis itu.
“Tak kenal? Are you sure?”
“Ya, aku tak kenal kau.”
Gadis itu ketawa.
“Kau tak ingat aku? Kau pernah bersama dengan aku dekat belakang kelab ni. Kita ermm..” gadis itu tersengih sambil mencuit hidung Bazli.
Bazli mula teringat kisah itu.
“Lepas tu kau ajak aku...” gadis itu tersenyum nakal lalu cuba mencium bibir Bazli.
Dengan pantas Bazli menolak lembut gadis itu. Dia mengeluh lalu terus teringat apa yang berlaku antara dia dan gadis itu.
“I suka you. You pandai layan I la…” Gadis itu kembali meraba paha Bazli.
“Err.. sorry.” Bazli bangun lalu berjalan tetapi diikuti gadis itu dari belakang.
“You..” gadis itu cuba menarik lengan Bazli namun ditepis.
Bazli dengan cepat keluar dari kelab malam tersebut.
“You tak nak I temankan you ke?!” jerit gadis itu di muka pintu.
Bazli menghentikan langkahnya lalu berpaling ke belakang memandang gadis tersebut.
“I tau you sunyi. You perlukan seseorang malam ni kan?” gadis itu tidak berputus asa memikat.
Bazli dan gadis itu bertentangan mata.
******************************************
Jam hampir menunjukkan pukul 1 pagi. Hanan yang tengah melayan drama bersiri korea masih belum dapat melelapkan matanya.
Dia memandang handphone di sisi. Entah kenapa hatinya tergerak sangat nak hubungi Bazli ketika itu. Rasa seperti tidak sedap hati!
“Kenapa dengan perasaan aku ni?”
Dia mencapai handphonenya lalu terus menghubungi Bazli. Makin lama makin kuat pula degupan jantungnya.
Panggilannya di jawab! Tetapi belum sempat Hanan bersuara, kedengaran suara perempuan lain yang menjawab panggilannya itu.
“Hello..” suara perempuan seperti baru terjaga dari tidur itu.
Hanan terus terdiam.
“Hello.. siapa ni?” tanya perempuan itu.
Hanan cuba kuatkan dirinya. Nafasnya ditarik lalu dilepaskan perlahan-lahan.
“Awak dengan Bazli ke?” tanya Hanan dengan penuh sabar.
Perempuan itu terkejut. Dia memandang Bazli yang sedang tidur kusyuk di sebelahnya dan dia baru perasan handphone yang dijawabnya itu rupanya handphone Bazli.
Perlahan-lahan perempuan itu bangun dari katil lalu masuk ke dalam bilik air.
“Kau siapa?” tanya perempuan itu.
“Sepatutnya aku yang tanya soalan tu.”
Perempuan itu tercabar.
“Bazli mana?” tanya Hanan yang tengah menahan perasaan sebaknya.
“Owh, Bazli nama jantan tu.” Bisik hati perempuan itu sambil perlahan-lahan menutup pintu bilik air.
“Dia ada. Tengah tidur. Penat dikerjakan aku tadi.” Dengan sengaja perempuan itu cuba menyakitkan hati Hanan.
Hanan terus menangis.
“Kau nak cakap dengan dia ke?”
“No. Thanks.” Hanan terus mematikan talian.
Dia menutup tv langsung berlari meniti anak tangga masuk ke dalam bilik. Dia menangis dan terus menangis.
|
|
|
|
|
|
|
|
Perempuan yang tidur dengan Bazli pada malam itu tersenyum gembira kerana dapat menyakitkan hati entah siapa yang dia bercakap tadi. Tetapi dia boleh agak mesti perempuan itu rapat dengan Bazli.
Sebaik sahaja pintu bilik air dibuka, muncul wajah Bazli di muka pintu tersebut. Pada mulanya Bazli tersenyum dan mahu mencium perempuan tersebut tetapi dia ternampak handphonenya berada di tangan perempuan itu.
“Eh!”
Bazli terus merampas handphonenya yang berada di tangan perempuan itu. Sampai sekarang dia masih belum tahu nama perempuan itu.
“Kau buat apa dengan handphone aku ni?” Bazli mula tidak tenteram.
“Handphone kau berbunyi tadi. So, aku jawab la.”
“What?”
Bazli terus semak di bahagian panggilan masuk.
“Adoi… Hanan!”
Perempuan itu hanya tersenyum.
“Kau jawab call?!” Bazli mula marah.
“Nak marah aku kenapa? Aku tolong jawab tu kira bagus la kan?”
“Sudah la kau. Dah la aku tak kenal pun kau.”
Bazli terus mengambil seluar dan bajunya lalu dipakai sesegera mungkin.
“Tak kenal pun, sampai berkali juga sedap tu kan?” perli perempuan itu.
Bazli mengeluh lalu mencapai kunci keretanya lalu terus keluar dari bilik hotel tersebut.
******************************************
Hanan cuba untuk tidur, namun tak boleh! Matanya memang dah bengkak sangat dah ketika itu.
Handphonenya berbunyi. Dia perasan dan dia nampak panggilan itu dari Bazli. Tak putus asa Bazli menghubunginya.
“You nak apa lagi?”
“Turun, sayang. I ada dekat depan rumah you.”
Hanan memang sudah dapat agak. Itu lah perangai Bazli. Kalau dia pujuk, memang dia akan datang rumah.
“I tak nak jumpa you.”
“Please, sayang. Sekejap je. I merayu pada you.”
“Tak nak.”
“Please..”
“I cakap tak nak kan?!” Hanan mula meninggikan suaranya.
Bazli geram.
“Kalau you tak nak turun, I buat bising.”
“You jangan nak buat perangai eh.”
“I serius ni.”
Hanan mengeluh. Akhirnya dia terpaksa mengikut kehendak Bazli yang ketika itu jam sudah menunjukkan hampir pukul 3pagi.
Hanan ke pintu pagar dengan mata lebamnya itu.
“Sayang..” Bazli perasan Hanan menangis.
“I nak putus.”
“Jangan macam ni, sayang.”
“Kantoi dah kan?” Hanan sebak.
“Sayang..” Bazli masukkan tangannya melalui celahan pagar. Dia cuba memegang lengan Hanan, tetapi Hanan mengelak.
“Betul la kan selama ni you tak setia pun dengan I.”
“Perempuan tu..”
“Dah. Tak perlu jelaskan apa-apa. Patutlah sampai sekarang you tak pernah lamar I pun.”
“I perlukan you.”
“Cukup! Simpan je semua kata-kata you tu. I nak kita berpisah.”
“I tak nak!”
Hanan memandang Bazli.
“I nak tanya you. Kalau you di tempat I sekarang kan, you pun tak nak teruskan hubungan ni juga. Betul tak? You nak ke orang yang curang dengan you hidup dengan you? Bukan curang sekali, berkali-kali pula tu.”
Bazli memang menyesal.
“Sampai hati you.”sambung Hanan.
“I minta maaf. I perlukan you dalam hidup I.”
“Sorry. I tak boleh nak teruskan lagi dengan you. Hati I dah sakit. Sakit sangat!”
“Sayang..”
“Pergilah balik. I dah tak nak ambil tahu pasal you dah. You nak buat apa, buatlah. Dan you jangan ambil peduli juga pasal I.”
“Sayang..”
Hanan masuk ke dalam rumah lalu terus mengunci. Dibiarkan Bazli menangis kesal sendirian.
“I bodoh, Hanan! I yang bodoh buat semua ni. I perlukan you dalam hidup I, Hanan!! Pleasee…” jerit Bazli memecah kesunyian pagi-pagi buta itu.
Hanan hanya mendiamkan diri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pada keesokkan paginya..
Pada jam 8.30 pagi.
Aidan perasan semasa dia parking motornya di basement tadi, dia tidak nampak akan motor scooter Hanan. Dia fikir mungkin Hanan naik teksi, grab atau menumpang kawan. Mungkin!
Kemudian dia naik atas masuk ke Pejabat, kelibat Hanan masih tiada di tempat kerjanya juga. Aidan mengeluh sambil masuk ke dalam biliknya. Dia meletakkan beg sandangnya di atas meja sambil memandang ke arah meja Hanan yang kosong itu.
“Cuti ke?”
Nak hubungi Hanan tetapi nombor Hanan pun dia tak ada.
“Tak sedap hati la pula.”
Aidan keluar dari biliknya semula sambil mencari Raudhah yang selalu bersama dengan Hanan itu. Ketika itu Raudhah sedang membancuh air di pantry.
“Cik Raudhah..” panggil Aidan yang berdiri di muka pintu pantry itu.
Raudhah terkejut lalu memandang Aidan.
“Eh, Encik Aidan. Ya?”
“Hanan cuti ke?”
“Hanan? Owh.. a’ah. Dia EL ari ni.”
“EL? Emergency leave? Ada dia bagi tau kenapa?”
“Tak ada la pula. Kenapa ya, Encik Aidan? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?”
“Tak ada apa-apa. Thanks ya..” Aidan sempat mengukir senyuman lalu beredar dari situ.
“Manisnya senyumanmu, Encik Aidan..”bisik hati Raudhah.
Aidan yang baru beredar beberapa langkah kembali patah balik ke pantry. Raudhah mula gelabah. Yang difikirnya Aidan boleh membaca luahan pujian isi hatinya tadi!
“Cik Raudhah..”
“Err.. ya?”
“Eh, nape ni? Pucat tiba-tiba.” Tanya Aidan sambil mengeluarkan handphonenya dari poket seluar.
“Owh.. tak ada apa-apa.”
“Cik Raudhah, boleh saya dapatkan nombor handphone Hanan tak?”
“Owh. Boleh.”
Aidan menghulurkan handphonenya pada Raudhah. Raudhah mengisi nombor Hanan lalu dipulangkan semula pada Aidan.
“Thanks.” Ucap Aidan lalu berlalu terus dari situ.
“Fuh! Aku ingat apa la tadi. Seram kot!” Raudhah tergelak sendirian.
******************************************
Najah mengambil kunci keretanya lalu memandang Hanan yang sedang termenung di ruang tamu.
“Kalau ada apa-apa call aku tau?”
Hanan mengangguk lalu tersenyum lemah memandang Najah.
“Hati-hati ride motor tu balik kampung.”
“Kau jangan la risau. Rumah mak aku tak adalah jauh mana pun.”
“Dekat 2 jam juga kan? Jauh tu. Dah la kau ride sorang-sorang.”
“Jangan risau.”
“Ok. Jaga diri.”
Hanan mengangguk. Najah menutup pintu lalu Hanan terus bangun mengemas rumah dan bersedia untuk pulang ke kampung, rumah maknya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Setelah selesai isi minyak motor, Hanan masuk ke dalam kedai serbaneka tersebut untuk mencari air mineral. Tiba-tiba dia perasan handphonenya berdering.
“Nombor siapa pula ni?”
Dia tidak menjawab panggilan tersebut. Tetapi nombor itu sekali lagi menghubunginya.
“Adeh, siapa ni?”
Hanan menjawab panggilan tersebut.
“Hello..” Hanan menjawab sambil membayar air mineral tersebut.
“Hello.”
Hanan kenal suara itu.
“Aidan?”
Aidan tersenyum.
“Ya. Awak kat mana tu? Saya perasan awak tak masuk ofis hari ni.”
“Owh. Saya ada urusan dekat kampung. Ni on the way balik.”
“Balik rumah mak?”
“A’ah.” Hanan berdiri di sebelah motornya.
“Balik dengan apa?”
“Ride.”
“Sorang?”
“Ya.”
“Saya hantar awak nak? Saya apply EL jap.”
“Eh, awak. Janganlah. Saya boleh balik sendiri. Bukan jauh pun, ride slow-slow je.”
“Dekat 2jam juga tu. Dengan kereta banyak lagi.”
“Saya dah biasa la. Sebelum ni sama je, saya balik sendiri.”
“Sebelum ni awak belum jumpa saya kan? Sekarang saya dah ada.”
Hanan terus terdiam.
“Kita balik sama-sama eh?”
“Saya takut mak tak boleh terima awak.”
Aidan pula yang terdiam.
“Kisah kita dah lama kan?”
“Tapi mak tetap sama.” Jawab Hanan sambil mengeluh kecil.
“Awak, saya balik dulu eh.”sambung Hanan.
“Tunggu saya.”
Hanan akur.
******************************************
Bazli bengang. Banyak kali dia cuba menghubungi Hanan. Satu panggilan langsung tidak dijawab Hanan.
Dia datang ke rumah Hanan. Hanan tiada! Terus dia gerak ke Pejabat Hanan pula. Sebaik sampai di Pejabat Hanan, dia terus ke tingkat 5. Dia ke kaunter pertanyaan di aras tersebut lalu sebut nama Hanan.
“Maaf, encik. Cik Hanan tiada di Pejabat hari ni.”
“Ha? Dia ke mana?”
“Cuti kecemasan.”
“Cuti kecemasan?” Bazli merasa tidak sedap hati.
Sekali lagi dia cuba menghubungi Hanan. Panggilannya tetap tidak berjawab.
“You pergi mana ni, Hanan?”
|
|
|
|
|
|
|
|
Setelah selesai isi minyak motor, Hanan masuk ke dalam kedai serbaneka tersebut untuk mencari air mineral. Tiba-tiba dia perasan handphonenya berdering.
“Nombor siapa pula ni?”
Dia tidak menjawab panggilan tersebut. Tetapi nombor itu sekali lagi menghubunginya.
“Adeh, siapa ni?”
Hanan menjawab panggilan tersebut.
“Hello..” Hanan menjawab sambil membayar air mineral tersebut.
“Hello.”
Hanan kenal suara itu.
“Aidan?”
Aidan tersenyum.
“Ya. Awak kat mana tu? Saya perasan awak tak masuk ofis hari ni.”
“Owh. Saya ada urusan dekat kampung. Ni on the way balik.”
“Balik rumah mak?”
“A’ah.” Hanan berdiri di sebelah motornya.
“Balik dengan apa?”
“Ride.”
“Sorang?”
“Ya.”
“Saya hantar awak nak? Saya apply EL jap.”
“Eh, awak. Janganlah. Saya boleh balik sendiri. Bukan jauh pun, ride slow-slow je.”
“Dekat 2jam juga tu. Dengan kereta banyak lagi.”
“Saya dah biasa la. Sebelum ni sama je, saya balik sendiri.”
“Sebelum ni awak belum jumpa saya kan? Sekarang saya dah ada.”
Hanan terus terdiam.
“Kita balik sama-sama eh?”
“Saya takut mak tak boleh terima awak.”
Aidan pula yang terdiam.
“Kisah kita dah lama kan?”
“Tapi mak tetap sama.” Jawab Hanan sambil mengeluh kecil.
“Awak, saya balik dulu eh.”sambung Hanan.
“Tunggu saya.”
Hanan akur.
******************************************
Bazli bengang. Banyak kali dia cuba menghubungi Hanan. Satu panggilan langsung tidak dijawab Hanan.
Dia datang ke rumah Hanan. Hanan tiada! Terus dia gerak ke Pejabat Hanan pula. Sebaik sampai di Pejabat Hanan, dia terus ke tingkat 5. Dia ke kaunter pertanyaan di aras tersebut lalu sebut nama Hanan.
“Maaf, encik. Cik Hanan tiada di Pejabat hari ni.”
“Ha? Dia ke mana?”
“Cuti kecemasan.”
“Cuti kecemasan?” Bazli merasa tidak sedap hati.
Sekali lagi dia cuba menghubungi Hanan. Panggilannya tetap tidak berjawab.
“You pergi mana ni, Hanan?”
|
|
|
|
|
|
|
|
Di dalam kereta..
Aidan perasan Hanan tidak menjawab beberapa panggilan masuk. Dia hanya menggenggam erat handphone tersebut.
“Kenapa tak jawab?”
Hanan terus memandang Aidan.
“Kenapa tak jawab?”
Hanan kemudian menundukkan wajahnya.
“Boyfriend?”
Hanan masih diam. Tak tau nak jawab macam mana.
“Boyfriend kan?”
Aidan mengharapkan Hanan menjawab tidak.
“Ya..”
Aidan terus memandang Hanan. Dia tidak sangka Hanan mengaku dan dia kembali memandang ke hadapan. Jantungnya berdegup laju. Tiba-tiba mood cemburu masuk mengadap!
“Owh..” Aidan cuba control perasaan.
“Awak ingat tak yang saya ada bagi tau masa kita lepak dekat kedai makan hari tu. Ingat tak? Dia la orangnya.”
“Ok. Bila nak kahwin?”
Hanan terus memandang Aidan yang sedang memandu itu. Dia boleh nampak airmuka Aidan yang sudah berubah ketika itu.
“Kan saya ada bagi tau juga yang dia tak pernah lamar saya pun.”
Sebenarnya dia ingat je apa yang Hanan cerita hari tu, cuma dia nak kepastian lagi sekali.
Aidan memperlahankan muzik di radio.
“Sayang dia?” Aidan perangkap!
“Sayang.”
Lagi sekali! Cemburu semakin melantun-lantun.
“Tapi tu dulu la.” sambung Hainan.
“Maksud awak?” Aidan jadi teruja kembali nak tahu kerana dia sudah nampak peluang besar apabila mendengar sambungan ayat dari Hanan itu.
“Kalau dia serius, takkan dia boleh curang kan?” jawab Hanan yang sudah berkaca matanya itu.
Aidan memandang Hanan. Mereka bertentangan mata seketika dan Aidan perasan Hanan hendak menangis.
“Hanan..”
Airmata Hanan menitis membasahi pipi. Aidan mengeluh lalu memberhentikan keretanya di bahu jalan.
Dia membuka tali pinggang keledar lalu memandang Hanan.
“Saya tak suka tengok awak macam ni, Hanan. Lap airmata tu.”
Hanan yang menundukkan wajahnya lalu dengan perlahan-lahan dia mengesat airmata sendiri.
“Dengar ni, sekarang saya ada dengan awak.”
Hanan diam.
“Lagipun kita nak balik rumah mak kan?”
Hanan angguk lalu memandang Aidan. Perlahan-lahan Aidan mengukir senyuman menampakkan lesung pipitnya.
“Jom.” Aidan sambung memandu pulang ke kampung Hanan.
******************************************
Manakala di Pejabat..
Emran ke tempat Raudhah. Raudhah yang tengah menyiapkan kerja bersama Hamza terkejut dengan kehadiran Emran itu.
“Ya, bos?” tanya Hamza sambil memegang fail.
“Hanan ada bagi tau dia cuti EL ni sebab apa?”
“Katanya mak dia tak sihat.” Jawab Raudhah.
“Macam mana kau tau? Dia tak bagi tau dalam group pun.” Jawab Hamza.
“Aku call dia tadi.”
“Owh..” Emran termenung seketika.
“Kenapa, bos?”
“Tadi boyfriend dia tu buat hal.”
“Bazli?” serentak Hamza dan Raudhah bersuara.
“Siapa lagi? Haihh.. bergaduh la tu.”
“Tapi kan bos, Encik Aidan pun tiba-tiba ambil EL tau.” Sambung Raudhah.
Masing-masing berkerut muka dan tersenyum sinis terutama Emran.
“Aku perasan tau, dia orang berdua ni macam ada something kan?” Emran mula membawang.
“Haha.. bos ingat bos je ke perasan? Kami ni dah lama dah cuba buat si Hanan tu melatah, tapi Hanan releks je bos.” Jawab Raudhah.
“Tak pe. Lambat laun kantoi gak nanti kan? Kita buat macam biasa ok?” Jawab Emran tersengih lalu berjalan masuk ke dalam biliknya.
Raudhah dan Hamza kembali menyambung kerja masing-masing.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebaik sahaja sampai di kampung halaman Hanan, Aidan yang keseorangan memandu memandang Hainan yang sudah terlelap tidur dengan nyenyak sekali. Dia tersenyum. Hendak disentuh wajah Hanan yang kadang-kadang tumbuh jerawat manja di dagu itu tetapi masih bukan miliknya.
“Awak..”
Hanan terkejut. Perlahan-lahan dia membuka matanya lalu terlihat Aidan tengah tersenyum padanya.
“Dah sampai ke?” Hanan membuka tali pinggang keledar sambil memandang halaman rumah kampungnya itu.
“Dah.”
Hanan memandang Aidan.
“Awak dah bersedia jumpa mak?”
“Hanan!!!!”
Hanan dan Aidan serentak memandang ke arah depan. Kelihatan Mak Eton dengan wajah garangnya memandang ke arah mereka yang masih di dalam kereta itu.
“Saya takut la, awak..”
“Jangan la takut. Saya ada kan?”
Hanan gelisah dan ketakutan. Dia dan Aidan sama-sama keluar dari kereta tersebut. Mak Eton terkejut! Lelaki yang pernah di halaunya, di makinya 10tahun yang lalu kini berdiri di hadapannya.
“Assalammualaikum, mak.” Ucap Aidan dengan tenang dan mengharap bekas ibu mertuanya itu lembut hati.
Mak Eton masih dengan wajah garangnya itu. Langsung tiada tanda-tanda dia hendak senyum!
“Berani kau datang sini erk?” kata Mak Eton sambil menghala penyapu lidi ke arah Aidan.
“Yang kau pula dah pandai tipu aku sekarang kan? Maknanya selama ni kau dengan jantan ni dah lama bersama la ya?!! Patutla aku suruh menikah kau tak nak!” jerkah Mak Eton pada Hanan.
“Mak..” Hanan hendak memulakan langkah mendekatkan dirinya dengan ibunya tetapi di halang.
Mak Eton mengelak dari mendekati anak sulungnya itu.
“Kita bincang dengan cara baik boleh, mak?” rayu Aidan dengan lembut.
“Kau nak bincang apa lagi? Aku dah tak ada masa nak bercakap dengan kau!”
“Ok. Kalau mak tak boleh tengok muka saya, saya balik. Saya tinggalkan Hanan dengan mak.”
Aidan memandang Hanan lalu berjalan ke bonet kereta mengambil beg pakaian Hanan.
“Saya balik tau. Apa-apa call atau mesej saya.”
Itu sahaja pesanan dari Aidan. Hanan hanya diam membisu memandang tepat anak mata Aidan. Aidan sempat mengukir senyuman lalu masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi dari situ.
Hanan memandang ibunya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jam 8.00 malam..
Bazli menghentikan keretanya di hadapan rumah sewa Hanan.
“Motor ada tapi rumah gelap. Call pula tak berjawab. Dia pegi mana?”
Bazli mengeluh dan sekali lagi dia cuba menghubungi Hanan untuk kali yang ke berapa ratus kali untuk hari ini.
Hanan masih tidak menjawab panggilannya.
“Kau pergi mana hah perempuan!!!” jerit Bazli lalu terus tendang tayar keretanya.
Dia tidak menyangka Hanan akan bersikap sebegini. Hanan yang dia kenal susah nak merajuk lama, susah nak buat perangai.
Tiba-tiba dia mendapat panggilan dari para gadis yang dia kenal di kelab. Bertalu panggilan! Tetapi pada hari tersebut satu panggilan langsung dia tidak jawab.
“I tahu I salah, Hanan. I dah tipu you, I curang belakang you tapi kenapa sampai macam ni you buat I..”
Bazli membiarkan airmatanya mengalir dan langsung tidak peduli beberapa orang jiran yang lalu lalang disitu.
“I rindukan you, Hanan.”
Bazli menyesal. Dia terduduk lalu tersandar di pintu keretanya. Najah yang baru pulang itu terkejut melihat Bazli yang sudah tidak terurus itu.
Perlahan-lahan Najah mendekati Bazli.
“Eh, buat apa kau dekat sini?”
Bazli terkejut lalu terus bangun dan berdiri berhadapan dengan Najah yang tinggi lampai itu.
“Hanan mana?”
“Hanan tak mesej ke?”
“Kalau dia mesej, tak adanya aku dekat sini faham?” Bazli meninggikan suaranya.
“Yang kau nak marah aku apasal plak?!”
“Dah tanya soalan bodoh.”
“Malas aku nak layan kau!”
Najah terus membuka pintu pagar lalu masuk dan mengunci pintu pagar tersebut kembali.
“Aku tanya kau mana Hanan?! Kau faham ke tak faham?”
Najah hanya menjerling lalu masuk ke dalam rumah.
“Kau pekak ke apa?!” jerit Bazli sambil menggoncang pintu pagar sehingga mengganggu jiran menyebelah.
“Kau buat bising lagi, aku report polis!” Najah memberi amaran lalu masuk semula ke dalam rumah.
“Arghhh!!” Bazli masuk ke dalam keretanya lalu berlalu pergi dari situ.
******************************************
Hanan membasuh pinggan mangkuk sambil diperhati dua orang adiknya yang masih duduk di meja makan. Mak Eton ketika itu sedang berehat di dalam bilik selepas makan malam bersama sebentar tadi.
“Kak..” panggil Haris, anak kedua Mak Eton.
“Ya.” Hanan mengemas dapur lalu memandang adiknya.
“Ari tu mak menangis.”
Hanan yang tadi tengah lap-lap meja terus berhenti dan memandang adiknya.
“Mak ada bagi tau tak sebab apa?”
“Adik dengar mak macam sebut nama akak.” Jawab si Hana, anak bongsu Mak Eton.
“Hmm.. Mak marah akak erk?”
“Rasa macam tak marah tapi lebih pada rindu.”
“Pandai la kau ni, angah.”
Hanan dan adik bongsunya ketawa kecil.
“Betul, akak. Adik pun perasan. Siap mak tengok lagi gambar akak haaaa..”
“Serius la wey!”
“Ye, kak..”
Hanan terdiam lalu duduk di kerusi meja makan tersebut bersama adik-adiknya.
“Kami rindu akak..”
Hanan tersenyum memandang adik-adiknya.
“Akak lagi rindukan korang tau. Rindu sangat-sangat.”
“Tapi esok akak dah nak balik. Kejap je akak tidur sini.” Kata Hana yang sudah berlinangan airmata itu.
“Mak kan tak suka akak duduk sini lama-lama.”
“Itu dulu la, kak. Sekarang mak tak macam tu lagi.”
Rupa-rupanya Mak Eton curi dengar di sebalik pintu dapur itu.
“Nanti akak ambil cuti lama sikit rehat sini dengan korang ok?” Hanan mengusap kepala Haris.
“Yeayy!!”
“Shhh..jangan bising. Nanti mak marah.”
Mereka bertiga kembali ketawa kecil bersama-sama.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jam 8.00 malam..
Bazli menghentikan keretanya di hadapan rumah sewa Hanan.
“Motor ada tapi rumah gelap. Call pula tak berjawab. Dia pegi mana?”
Bazli mengeluh dan sekali lagi dia cuba menghubungi Hanan untuk kali yang ke berapa ratus kali untuk hari ini.
Hanan masih tidak menjawab panggilannya.
“Kau pergi mana hah perempuan!!!” jerit Bazli lalu terus tendang tayar keretanya.
Dia tidak menyangka Hanan akan bersikap sebegini. Hanan yang dia kenal susah nak merajuk lama, susah nak buat perangai.
Tiba-tiba dia mendapat panggilan dari para gadis yang dia kenal di kelab. Bertalu panggilan! Tetapi pada hari tersebut satu panggilan langsung dia tidak jawab.
“I tahu I salah, Hanan. I dah tipu you, I curang belakang you tapi kenapa sampai macam ni you buat I..”
Bazli membiarkan airmatanya mengalir dan langsung tidak peduli beberapa orang jiran yang lalu lalang disitu.
“I rindukan you, Hanan.”
Bazli menyesal. Dia terduduk lalu tersandar di pintu keretanya. Najah yang baru pulang itu terkejut melihat Bazli yang sudah tidak terurus itu.
Perlahan-lahan Najah mendekati Bazli.
“Eh, buat apa kau dekat sini?”
Bazli terkejut lalu terus bangun dan berdiri berhadapan dengan Najah yang tinggi lampai itu.
“Hanan mana?”
“Hanan tak mesej ke?”
“Kalau dia mesej, tak adanya aku dekat sini faham?” Bazli meninggikan suaranya.
“Yang kau nak marah aku apasal plak?!”
“Dah tanya soalan bodoh.”
“Malas aku nak layan kau!”
Najah terus membuka pintu pagar lalu masuk dan mengunci pintu pagar tersebut kembali.
“Aku tanya kau mana Hanan?! Kau faham ke tak faham?”
Najah hanya menjerling lalu masuk ke dalam rumah.
“Kau pekak ke apa?!” jerit Bazli sambil menggoncang pintu pagar sehingga mengganggu jiran menyebelah.
“Kau buat bising lagi, aku report polis!” Najah memberi amaran lalu masuk semula ke dalam rumah.
“Arghhh!!” Bazli masuk ke dalam keretanya lalu berlalu pergi dari situ.
******************************************
Hanan membasuh pinggan mangkuk sambil diperhati dua orang adiknya yang masih duduk di meja makan. Mak Eton ketika itu sedang berehat di dalam bilik selepas makan malam bersama sebentar tadi.
“Kak..” panggil Haris, anak kedua Mak Eton.
“Ya.” Hanan mengemas dapur lalu memandang adiknya.
“Ari tu mak menangis.”
Hanan yang tadi tengah lap-lap meja terus berhenti dan memandang adiknya.
“Mak ada bagi tau tak sebab apa?”
“Adik dengar mak macam sebut nama akak.” Jawab si Hana, anak bongsu Mak Eton.
“Hmm.. Mak marah akak erk?”
“Rasa macam tak marah tapi lebih pada rindu.”
“Pandai la kau ni, angah.”
Hanan dan adik bongsunya ketawa kecil.
“Betul, akak. Adik pun perasan. Siap mak tengok lagi gambar akak haaaa..”
“Serius la wey!”
“Ye, kak..”
Hanan terdiam lalu duduk di kerusi meja makan tersebut bersama adik-adiknya.
“Kami rindu akak..”
Hanan tersenyum memandang adik-adiknya.
“Akak lagi rindukan korang tau. Rindu sangat-sangat.”
“Tapi esok akak dah nak balik. Kejap je akak tidur sini.” Kata Hana yang sudah berlinangan airmata itu.
“Mak kan tak suka akak duduk sini lama-lama.”
“Itu dulu la, kak. Sekarang mak tak macam tu lagi.”
Rupa-rupanya Mak Eton curi dengar di sebalik pintu dapur itu.
“Nanti akak ambil cuti lama sikit rehat sini dengan korang ok?” Hanan mengusap kepala Haris.
“Yeayy!!”
“Shhh..jangan bising. Nanti mak marah.”
Mereka bertiga kembali ketawa kecil bersama-sama.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jam 8.00 malam..
Bazli menghentikan keretanya di hadapan rumah sewa Hanan.
“Motor ada tapi rumah gelap. Call pula tak berjawab. Dia pegi mana?”
Bazli mengeluh dan sekali lagi dia cuba menghubungi Hanan untuk kali yang ke berapa ratus kali untuk hari ini.
Hanan masih tidak menjawab panggilannya.
“Kau pergi mana hah perempuan!!!” jerit Bazli lalu terus tendang tayar keretanya.
Dia tidak menyangka Hanan akan bersikap sebegini. Hanan yang dia kenal susah nak merajuk lama, susah nak buat perangai.
Tiba-tiba dia mendapat panggilan dari para gadis yang dia kenal di kelab. Bertalu panggilan! Tetapi pada hari tersebut satu panggilan langsung dia tidak jawab.
“I tahu I salah, Hanan. I dah tipu you, I curang belakang you tapi kenapa sampai macam ni you buat I..”
Bazli membiarkan airmatanya mengalir dan langsung tidak peduli beberapa orang jiran yang lalu lalang disitu.
“I rindukan you, Hanan.”
Bazli menyesal. Dia terduduk lalu tersandar di pintu keretanya. Najah yang baru pulang itu terkejut melihat Bazli yang sudah tidak terurus itu.
Perlahan-lahan Najah mendekati Bazli.
“Eh, buat apa kau dekat sini?”
Bazli terkejut lalu terus bangun dan berdiri berhadapan dengan Najah yang tinggi lampai itu.
“Hanan mana?”
“Hanan tak mesej ke?”
“Kalau dia mesej, tak adanya aku dekat sini faham?” Bazli meninggikan suaranya.
“Yang kau nak marah aku apasal plak?!”
“Dah tanya soalan bodoh.”
“Malas aku nak layan kau!”
Najah terus membuka pintu pagar lalu masuk dan mengunci pintu pagar tersebut kembali.
“Aku tanya kau mana Hanan?! Kau faham ke tak faham?”
Najah hanya menjerling lalu masuk ke dalam rumah.
“Kau pekak ke apa?!” jerit Bazli sambil menggoncang pintu pagar sehingga mengganggu jiran menyebelah.
“Kau buat bising lagi, aku report polis!” Najah memberi amaran lalu masuk semula ke dalam rumah.
“Arghhh!!” Bazli masuk ke dalam keretanya lalu berlalu pergi dari situ.
******************************************
Hanan membasuh pinggan mangkuk sambil diperhati dua orang adiknya yang masih duduk di meja makan. Mak Eton ketika itu sedang berehat di dalam bilik selepas makan malam bersama sebentar tadi.
“Kak..” panggil Haris, anak kedua Mak Eton.
“Ya.” Hanan mengemas dapur lalu memandang adiknya.
“Ari tu mak menangis.”
Hanan yang tadi tengah lap-lap meja terus berhenti dan memandang adiknya.
“Mak ada bagi tau tak sebab apa?”
“Adik dengar mak macam sebut nama akak.” Jawab si Hana, anak bongsu Mak Eton.
“Hmm.. Mak marah akak erk?”
“Rasa macam tak marah tapi lebih pada rindu.”
“Pandai la kau ni, angah.”
Hanan dan adik bongsunya ketawa kecil.
“Betul, akak. Adik pun perasan. Siap mak tengok lagi gambar akak haaaa..”
“Serius la wey!”
“Ye, kak..”
Hanan terdiam lalu duduk di kerusi meja makan tersebut bersama adik-adiknya.
“Kami rindu akak..”
Hanan tersenyum memandang adik-adiknya.
“Akak lagi rindukan korang tau. Rindu sangat-sangat.”
“Tapi esok akak dah nak balik. Kejap je akak tidur sini.” Kata Hana yang sudah berlinangan airmata itu.
“Mak kan tak suka akak duduk sini lama-lama.”
“Itu dulu la, kak. Sekarang mak tak macam tu lagi.”
Rupa-rupanya Mak Eton curi dengar di sebalik pintu dapur itu.
“Nanti akak ambil cuti lama sikit rehat sini dengan korang ok?” Hanan mengusap kepala Haris.
“Yeayy!!”
“Shhh..jangan bising. Nanti mak marah.”
Mereka bertiga kembali ketawa kecil bersama-sama.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aidan yang baru lepas solat Isyak itu merebahkan punggungnya di atas katil. Di capainya handphone lalu terus menghubungi Hanan.
“Hanan..”
“Ya, awak. Awak sampai rumah pukul berapa tadi?”
“Sebelum balik rumah tu, ada menyinggah beli barang dapur sikit.”
“Owh..”
“Dah makan?”
“Dah tadi.”
Masing-masing mendiamkan diri beberapa minit.
“Hanan..”
“Ya, awak.”
“Mak ada cakap apa-apa tak?”
“Hm.. tadi masa makan malam, mak diam je. Pandang muka saya pun tak”
“Sabar erk..”
“Saya sedar, saya ni anak angkat dia je..”
“Hanan...”
Terdengar suara tangis Hanan.
“Hanan.. dengar sini. Dari apa yang saya nampak, dia sayang awak. Cuma dia tak tahu macam mana nak luah sayang tu pada awak.”
“Tak pun. Kalau dia sayang, dia tak buat saya macam ni. Lepas ayah meninggal dulu tu, mak lagi la baran dengan saya tau . Ada je tak kena. Sampai ayah meninggal pun dia salahkan awak kan? Awak dah lupa ke?”
“Dah la tu. Cerita lama kan?”
“Saya sedih la, awak. Sampai bila mak nak buat saya macam ni?”
“Sabar. Tak lama dah pun. Nanti semuanya akan pulih balik. Kita sama-sama doa erk?”
Aidan terus teringat 10 tahun yang lepas, kalau Hanan tengah sedih dia pasti akan memeluk Hanan seeratnya.
“Awak, saya macam dengar mak panggil saya la. Nanti saya call balik erk.”
“Ok.”
Aidan mematikan talian. Dia bangun lalu berjalan menuju ke dapur. Tiba-tiba berasa lapar pula!
|
|
|
|
|
|
|
|
Hanan duduk berhadapan dengan ibunya di ruang tamu itu. Kedua-dua adiknya itu sudah masuk ke dalam bilik tidur.
Suasana sunyi seketika. Mak Eton masih memandang Hanan dengan pandangan yang tajam.
“Aku tak suka kau dengan laki tu.”
“Laki mana?”
“Laki yang hantar kau balik tadi tu la. Laki mana lagi?”
“Apa salah dia, mak?”
“Aku tak suka dia.”
“Kalau mak tak suka dia, seolah mak juga tak suka Along.”
Mak Eton terus terdiam. Hanan yang tadi duduk terus berdiri mengadap ibunya. Dia sebak namun dia paksa dirinya untuk bertahan dan dia fikir sudah tiba masanya untuk dia meluahkan perasaannya.
“Along tak faham la kenapa mak tak suka sangat dengan Aidan tu. Apa salah yang dia dah buat sampai mak tak suka dia? Sampai mak fitnah dia punca arwah ayah meninggal. Sedangkan abang Aidan yang bawa arwah ayah ke hospital masa tu.” Luah Hanan dengan jelas yang selama ini dia pendam.
Mak Eton masih diam namun matanya sudah berkaca.
“Mak luah pada Along, apa yang buat mak tak puas hati sekarang ni. Along nak tahu isi hati mak tu.”
Akhirnya perlahan-lahan airmata mengalir membasahi pipi Hanan.
"Sebab perempuan tu!"
"Mak Aidan?"
“Mak dia pernah ganggu rumahtangga mak.” Akhirnya Mak Eton bersuara dengan penuh ketegasan dengan airmata yang sudah bertakung itu.
Turun naik nafas Hanan memandang ibunya.
“Kisah lama kan, mak? Mak dia pun dah meninggal.”
“Mana boleh mak lupa. Dia pernah nak rampas ayah kau dari mak, lepas tu dia tak dapat ayah, dia hasut anak lelaki tunggal dia pula untuk rampas kau dari mak!”
“Mak.. jangan macam ni. Mak dia sendiri datang jumpa mak kan? Mak dia mengaku kesalahan dia. Dia tak tahu yang ayah masih ada mak sebab ayah kan sibuk bekerja sendiri di Indonesia masa tu kan?”
“Kau ingat aku percaya penyesalan dia tu?”
“Mak, lepas dia tahu ayah ada mak dia dah tak ganggu mak lagi kan?”
“Habis tu apesal anak dia nak kawin dengan kau pula?”
Hanan terus duduk melutut di hadapan ibunya yang masih duduk di atas kerusi ruang tamu itu.
“Mak dengar sini. Semua tu dah lama berlalu. Mak Aidan pun dah meninggal. Ayah pun dah meninggal. Mak Aidan pun pernah mengaku kesalahan dia. Dia janji takkan ganggu rumah tangga mak dan dia dah pun tunaikan. Kes Aidan dengan Hanan pun mak sedia maklum, kita orang dah lama berkawan. Sebelum kes mak Aidan muncul dalam hidup kita. Tapi kita semua pun terkejut dan tak sangka perempuan yang ganggu rumah tangga mak tu Mak Aidan sendiri.”
Mak Eton diam tetapi matanya masih memandang tepat anak mata Hanan.
“Mak, Aidan tak salah. Tapi macam-macam mak hukum dia. Dia sabar je, mak. Dia hormatkan mak. Sampai hari yang mak cakap dia punca ayah meninggal tu, dia diam je mak. Pendam perasaan sendiri sedangkan semua tu bukan salah dia. Kami sendiri pun tak tahu kenapa mak sanggup tuduh Aidan macam tu sebab semua orang nampak Aidan bawa arwah ayah pergi hospital”
Mak Eton tanpa dipaksa terus mengalirkan airmatanya.
“Kami semua sayangkan mak. Aidan tu lagi la, dia dah anggap mak macam mak dia sendiri dah. Macam-macam cara dia buat untuk ambil hati mak. Tapi mak maki dia, marah dia. Apa yang dia balas? Dia diam, dia senyum.”
“Mak sayang arwah ayah kamu.”
“Ya, mak. Kami semua pun sayang arwah ayah. Ayah baik sangat. Ayah boleh je kawin dengan mak Aidan, tapi ayah tak buat kan? Tu tandanya ayah pun sayang sangat dekat mak.”
“Ala.. ayah tak jadi kahwin dengan mak dia pun sebab kau dengan Aidan bercinta.”
“Tapi Along anak angkat mak kan?”
Terus Mak Eton tersentap lalu memaut lengan Hanan. Ya, Hanan anak yatim piatu yang diambil keluarga Mak Eton di rumah anak yatim. Semasa Mak Eton dan suaminya berkahwin, mereka berdua lambat dikurniakan anak. Hampir 8 tahun. Akhirnya Mak Eton membuat keputusan untuk mengambil anak angkat dan dipersetujui suaminya.
Mak Eton sangat sayangkan Hanan. Hanan anak yang sangat baik terhadap keluarganya. Namun beberapa tahun kemudian, Mak Eton mengandung dan melahirkan anak sulungnya iaitu adik Hanan si Haris yang kini baru masuk alam sekolah menengah.
Walaupun ada anak sendiri, namun kasih sayangnya pada Hanan tidak berubah sehinggalah muncul mak Aidan yang menganggu rumahtangganya.
“Mak, Along minta maaf.” Dipegang erat tangan yang sudah kedut itu.
“Along sayang sangat mak. Tak putus doa Along untuk mak setiap hari. Along rindukan mak yang dulu. Yang sentiasa senyum, yang ceria..”
Mak Eton terus menarik tubuh Hanan lalu dipeluknya dengan erat. Ketika itu dunia bagaikan sunyi seketika. Hanya terdengar suara tangisan halus seorang wanita tua yang terlalu rindukan bauan anak yang sangat disayanginya itu.
Mereka berdua masih berpelukkan. Hanan mengusap manja belakang badan wanita tua yang dahulunya sanggup menurunkan ego mengambil dirinya sebagai anak angkat yang kini dianggap seperti anak kandung sendiri.
Mak Eton memegang muka Hanan lalu dikucupnya kedua-dua pipi anak kesayangannya itu bertalu-talu. Rindu!
“Maafkan mak..”
“Shh..” Hanan terus mengesat airmata ibunya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pada keesokkan harinya..
Suasana di sekitar tasik berhampiran dengan sebuah restoran semakin meriah dengan kehadiran keluarga yang membawa anak-anak santai dan bermain bagi meluangkan masa bersama-sama.
Aidan tersenyum sendirian. Sesekali terbayang akan wajah Hanan.
“Rindunya..” bisik hatinya.
Setelah bersalaman dengan beberapa orang client, Aidan terus berkemas dan mahu ke pejabat semula. Tiba-tiba handphonenya bergetar.
Dia tersenyum apabila tertera nama ‘Luv’.
“Assalammualaikum.”
“Waalaikummussalam. Buat apa tu?”Tanya Hanan yang berbunga hatinya.
“Jumpa client.”
“Eh, ganggu ke?”
“Demi awak, busy pun saya akan cuba luangkan masa.”
Hanan tergelak kecil. Aidan memang tidak berubah, suka mengusik.
“Awak ok?” soal Aidan yang mahukan kepastian tentang keadaan bekas isterinya itu.
Hanan senyum.
“Awak..”panggil Hanan dengan penuh manja.
“Ya?”
“Mak ajak awak datang sini. Makan tengah hari bersama.”
Aidan terdiam. Tetapi dalam masa yang sama dia rasa ini adalah berita gembira buat dirinya.
“Betul ke?”
“Ya. Datang tau. Saya tunggu..”
Aidan tersenyum sekali lagi.
“Ya, Insyaallah. Tapi bagi saya masa sikit sebab nak masuk ofis dulu.”
“Ok je. Saya pun nak keluar pergi beli barang dapur jap.”
“Nak masak apa?”
“Awak kan suka ketam masak lemak. Kan?”
“Awak ingat lagi?”
“Mestilah.” Jawab Hanan tersipu malu.
Aidan merasa sangat bahagia ketika itu. Dia berjalan perlahan-lahan menuju ke tempat parking motornya.
“Hati-hati pergi kedai tu. Kalau ada yang kacau, jerit je bagi tau awak saya punya ok?”
“Hahaha.. eeee tak malu erk?”
“Malu apa?”
“Dah la. Awak tu yang hati-hati datang sini nanti.”
“Baiklah.”
“Bye, awak.”
“Bye.”
Aidan membiarkan Hanan yang mematikan talian terlebih dahulu. Dia tersenyum sendiri lalu memakai helmet.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jam menunjukkan hampir pukul 11 pagi. Bazli mengesat matanya sambil meraba katil mencari handphone.
“Adoi..”
Dia mengeluh. Sekali lagi dia lambat pergi kerja. Semalam sudah kena marah dengan bos, hari ini silap-silap terus kena buang kerja. Prestasinya pun semakin menurun.
Dia bangun menuju ke bilik air dengan hanya memberus gigi dan membasuh muka. Sebaik sahaja dia memandang dirinya di cermin, dia terbayang akan wajah Hanan.
“Mana kau pergi, Hanan?”
Bazli mengeluh lalu menyiapkan diri untuk pergi kerja.
******************************************
Di meja makan, selepas menjamu selera..
“Nak tambah lagi ke, Aidan?” Tanya Mak Eton tersenyum lalu bangun berjalan menuju ke sinki.
“Cukup la, mak. Dua kali tambah dah tadi.” Jawab Aidan sambil tersenyum memandang Hanan yang baru bangun untuk mengemas meja makan itu.
“Sedap along masak kan, abang?” Tanya Haris sengaja mengusik kakaknya.
“Mengada kau erk?”
Hanan tersipu malu sambil dipandang Aidan.
“Haris..” panggil Aidan.
“Ya?”
“Masakan yang along masak ni masih tak berubah. Tetap sedap macam dulu.”
“Fuyoooo..” serentak Haris dan Hana menjerit.
“Awak ni kan..” Hanan sudah kemerahan di wajahnya.
Mak Eton tersenyum dari jauh melihat gelagat anak-anaknya sambil mencuci pinggan mangkuk.
“Mak..” panggil Hanan sambil berdiri di sebelah ibunya.
Mak Eton memandang Hanan sambil mengelap tangannya yang basah itu. Hanan tersenyum lalu memegang tangan ibunya.
“Ikut along pegi KL nak?”
“Ish, tak nak la. Banyak lagi kerja mak nak buat.”
“Jom la, mak. Esok budak-budak ni dah start cuti sekolah haa..”
Haris dan Hana terus tersenyum lebar sesama sendiri.
“Bole ya, mak? Kalau mak tak nak duduk lama-lama pun tak apa. Janji mak datang sekejap.” Hanan masih cuba memujuk.
Mak Eton memandang dua lagi anaknya lalu tersenyum. Menjerit keriangan Haris dan Hanan.
******************************************
Bazli keluar dari kereta lalu berjalan ke pagar rumah Hanan. Kelihatan sunyi dan sepi seketika apabila dia cuba mencari kelibat Hanan.
“Hanan…” panggil Bazli sambil cuba membuka pintu pagar.
Pagar berkunci!
“Ishh! Sayang!!”
Bazli menggegarkan pintu pagar tersebut dan bunyi gegaran itu agak mengganggu jiran terdekat.
Tiba-tiba pintu rumah dibuka. Kebetulan Najah bercuti pada hari tersebut. Dengan muka yang baru bangun tidur, dia membuka pintu rumah.
“Kau apehal ha? Buat bising betul la!!” marah Najah dari jauh.
“Aku nak jumpa Hanan! Mana Hanan?”
“Hanan tak de!”
“Ha? Dia pergi mana?”
“Keje la!”
“Kau tak payah nak bohong aku. Aku dah call pejabat dia tadi. Budak ofis dia cakap dia cuti.”
“Malas aku nak layan kau!”
“Wey.. tolong la aku. Aku nak jumpa Hanan.” Bazli mula merayu dengan suara yang sebak.
Najah yang baru hendak tutup pintu, terus memandang Bazli. Bazli memang sudah banyak beza terutama dari segi fizikal. Dengan wajah yang penuh jambang, rambut yang tidak tersikat rapi dan pakaian yang tidak terurus.
Najah mengeluh lalu dia bertentang mata dengan Bazli.
“Kau pergi balik je la, Bazli.”
“Aku nak jumpa Hanan. Aku tak boleh hidup tanpa dia. Aku perlukan dia. Aku sayang dia sangat-sangat.”
“Dia memang tak ada dalam rumah.”
“Aku tunggu sini.”
“Kau jangan buat hal boleh tak? Kau pergi balik. Nanti dia ada, aku call kau.”
Bazli menangis. Menangis semahu-mahunya. Pada saat itu, baru dia tahu Hanan adalah yang layak berada di hatinya. Dia menyesal dengan apa yang dia telah lakukan pada Hanan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mak Eton membuat keputusan untuk mengikut Hanan ke Kuala Lumpur dan tinggal di sana untuk beberapa hari bersama anak-anaknya yang lain.
Dia semakin bahagia bersama anak-anaknya termasuk Aidan. Sesekali dia memandang Aidan dan Hanan yang bergurau senda di kerusi hadapan di dalam kereta tersebut. Dia tersenyum sendirian.
“Along..”
“Ye, Haris.”
“Nak pergi KLCC nanti boleh?”
Hanan memandang Aidan.
“Boleh je. Naik bas nak?”
“Eh, apa pula naik bas? Kereta ni kan ada.” Sampuk Aidan.
“Tak nak ganggu awak la. Awak pun banyak urusan nak kena settlekan.” Jawab Hanan.
“Kita terus pegi KLCC la erk?” kata Aidan tersenyum lalu memandang cermin pandang belakang dan melihat Mak Eton turut tersenyum memandangnya.
Aidan berasa bersyukur dan gembira kerana semuanya telah kembali dengan aman dan sempurna. Sekarang ini dia perlu menawan kembali hati Hanan untuk kembali padanya.
******************************************
Najah yang sudah bersiap untuk keluar ke bandar ternampak Bazli sedang berdiri di pintu pagar sambil menghisap rokok.
“Adoi la mamat ni. Malas betul la nak hadap kalau hari-hari macam ni. Stress aku!”
Najah mengeluh lalu membuka pintu lalu mengendeng beg galas. Bazli terus memandang ke arah pintu lalu tersenyum.
“Hanan!”
“Hanan tak ada la!” jawab Najah lalu mengunci pintu.
“Kau nak apa lagi? Balik je la..” sambung Najah sambil memanaskan enjin keretanya.
“Aku nak Hanan.”
“Kau nak Hanan, tapi Hanan tak nak kau. Kau rasa?” jawab Najah sambil membuka pintu pagar.
“Kau mesti tau dia dekat mana kan?”
“Tak.” Najah kembali ke keretanya.
“Tipu!”
“Lantak kau la.” Najah masuk ke dalam keretanya.
“Aku tau Hanan tak jauh dari sini.”
“Kau tepi boleh tak? Aku nak keluar ni!” Najah mula meninggikan suaranya.
Bazli mengeluh lalu berjalan dan berdiri di tepi. Najah mula mengundurkan keretanya ke belakang lalu parking. Dia keluar dari kereta lalu mengunci pintu pagar.
“Tolong la aku..”
Dengan pantas Najah menepis tangan Bazli yang cuba memegang lengannya itu.
“Kau jangan nak memandai sentuh aku erk?”
Jelingan tajam Najah itu membuatkan Bazli terdiam. Najah masuk ke dalam kereta lalu meninggalkan Bazli sendirian.
Najah mengambil handphonenya di seat sebelah lalu menghubungi Hanan.
“Hello..”
“Hanan.”
“Ya.”
“Bazli ada dekat pintu pagar.”
“Ha?”
“Dah banyak hari dah dia buat perangai. Malu aku dekat jiran-jiran.”
“Adoi.. sorry beb.”
“Tak pe. Aku biar je dia. Malas dah aku nak layan. Eh, aku nak gerak balik rumah kakak aku ni. Dia dah nak bersalin dah. Aku tak pasti lagi bila nak balik sini.”
“Owh yeke? Semoga dipermudah semuanya. Aku pun dah on the way balik rumah dengan mak dan adik-adik aku.”
“Waa… bestnya.”
“Itu lah. Kau hati-hati drive tu.”
“Ok. Kau pun.”
“Thanks, Najah.”
“Ok.”
Najah mematikan talian lalu fokus kembali memandu sambil mendengar radio
|
|
|
|
|
|
|
|
Aidan parking keretanya di basement KLCC. Seterusnya mereka semua berjalan bersama-sama masuk ke dalam KLCC sambil berborak kosong.
“Najah call tadi?” Aidan berbisik pada Hanan.
“A’ah..”
“Nape?”
“Ermm.. tak ada apa-apa. Cuma dia bagi tau dia balik rumah kakak dia.”
“Tu je?”
Hanan mengeluh kecil. Perlu ke dia bagi tau berkenaan Bazli pada Aidan?
“Pasal boyfriend tak ada?”
“Shhh..” terus Hanan memandang ibunya yang sedang bersuka ria dengan adik-adiknya.
“Kita bincang nanti boleh?”
Hanan dan Aidan bertentangan mata seketika. Ya, Aidan cemburu! Airmuka Aidan berubah seketika dan Hanan perasan.
“Awak..” panggil Hanan seolah berbisik.
Aidan memandang Hanan tanpa menjawab apa-apa.
“Awak jangan lah macam ni. Kan saya cakap tadi, nanti saya terangkan. Okey?”
Aidan hanya diam dan memandang ke hadapan.
******************************************
Jam menunjukkan hampir pukul 8.00 malam. Aidan menghantar Hanan dan keluarganya di rumah sewa Hanan.
Semuanya kelihatan kepenatan terutama Haris dan Hana sehingga tertidur di tempat duduk belakang. Perlahan-lahan Mak Eton mengejutkan mereka setelah sampai di rumah sewa tersebut.
Mereka dengan keadaan lemah bangun lalu masuk ke dalam rumah kecuali Aidan dan Hanan yang masih di pintu pagar.
“Mak masuk dulu ya..”
“Ok, mak.” Jawab Hanan sambil menghulurkan kunci rumah.
“Terima kasih Aidan bawa mak dan adik-adik kamu jalan-jalan siang tadi.”
“Benda kecil je, mak.”
Mak Eton mengangguk sambil tersenyum kepenatan lalu masuk ke dalam rumah.
Aidan memeluk tubuh sambil memandang Hanan yang juga turut memandangnya ketika itu.
“Awak marah saya ke?” Hanan memulakan bicara.
“Nampak muka saya macam marah ke?”
“Nampak macam awak tak puas hati dengan saya.”
“Ya. Memang pun.” Aidan jujur.
“Apesal pula tak puas hati?” sengaja Hanan hendak menyakat Aidan.
“Saya nak lamar awak.”
Hanan yang tadi tersengih terus berubah air mukanya.
“Saya nak lamar awak jadi isteri saya kembali.”
Mak Eton yang memandang melalui jendela itu tersenyum dan di dalam masa yang sama dia dengan ikhlas menerima kembali Aidan menjadi menantunya.
Hanan diam namun masih memandang Aidan.
“Saya cemburu bila awak sebut nama Bazli. Saya tak suka.”
“Tapi dia pernah hadir dalam hidup saya semasa..”
“Itu dulu. Sekarang saya dah ada. Saya dah ada dengan awak dan awak akan menjadi milik saya.”
“Awak paksa saya?”
“Saya paksa atau awak juga mengharapkan saya lamar awak?”
Airmata Hanan mula bertakung.
“Sayang dan cinta saya pada awak tak pernah berkurang. Awak ingat saya boleh lupakan awak? Tak mungkin.. tiada siapa boleh jadi pengganti awak.”
Airmata yang bertakung tadi terus mengalir membasahi pipi.
“Lap airmata tu.”
“Nak awak lapkan.”
Aidan tersenyum. Dia sudah faham akan ayat itu.
“Awak terima saya kan?”
Hanan tersenyum malu sambil cuba mengelap airmatanya. Aidan juga turut tersenyum lalu bersyukur ke hadrat Ilahi.
“Tunggu bulan depan ok?”
“Ha? Awalnya..”
“Takut awak kena kebas!”
“Awak niiii…”
“Aipp!! Berani nak cubit erk? Jaga la dia…. Siap nanti!”
“Eeeee.. saja je kan?”
Aidan dan Hanan berbalas senyuman.
“Dah. Pergi masuk dalam rumah. Esok keje kan?”
“Aah.”
“Nak saya datang pick up?”
“Tak yah. Saya ride sendiri.”
“Okey.”
“Okey je? Eeee awak ni.”
“Laaa..dah awak cakap nak ride.”
“Tak romantik la. Cakap la macam ni, awak naik je la dengan saya. Saya datang ambil awak ok? Haaaa macam tu.”
Aidan terus ketawa berdekah sambil diperhatikan Hanan dengan penuh geram.
“Hanan..”
Hanan dan Aidil terus memandang ke arah pintu.
“Tu.. mak dah panggil masuk. Jaga diri tau.”
“Ok, baik. Awak pun drive carefully.”
“Always..”
Mereka sempat berbalas senyuman. Tiba-tiba Hanan terperasan ada bayangan orang disebalik pokok besar di simpang masuk rumahnya itu. Aidan yang baru hendak masuk ke dalam kereta pelik melihat Hanan terdiam sambil memandang di satu sudut.
“Awak..”
Hanan masih diam termenung.
“Nur Hanan!”
Hanan terus memandang Aidan.
“Ya?”
“Awak tengok apa?”
“Err.. tak ada apa-apa.”
“Awak memang macam ni ke sekarang?”
“Laaa.. tadi saya cuma..”
“Cuma apa? Bazli ada dekat situ ke?”
Hanan terdiam. Namun jantungnya masih berdegup kencang. Aidan tanpa banyak cakap terus berjalan menuju ke pokok besar berhampiran simpang masuk itu. Ya, dia juga ternampak bayangan seorang lelaki seperti berlari anak keluar dari tempat itu.
“Kau nak lari mana?!” jerit Aidan sambil berlari mengejar orang itu.
Dengan pantas Aidan menarik baju lelaki itu dari belakang.
“Kau apehal erk?”
Bazli terus menolak tubuh Aidan. Hanan yang berdiri dari belakang turut terkejut.
“You?”
Bazli memandang Aidan dan Hanan bersilih ganti.
“You nak apa, Bazli?” Tanya Hanan menggeletar.
“I nak You!”
“Langkah mayat aku dulu!”sampuk Aidan dengan nada tegas.
“Kau tak payah nk menyebok la!!” Bazli terus menolak tubuh Aidan.
“Aku menyebok atau kau tu yang tak pandai jaga hati dia?” balas Aidan.
Bazli menahan marah. Perlahan-lahan dia berjalan menuju ke arah Aidan. Sebaik sahaja dia menghampiri Aidan, mereka bertentangan mata.
“Entah dari mana kau datang, tiba-tiba cuba nak rampas Hanan dari aku.” Luah Bazli dengan nada perlahan namun penuh geram.
Aidan diam. Bazli kemudiannya memandang Hanan. Masing-masing diam bermain dengan perasaan.
Sebelum Bazli mengundur diri, dia sempat sekali lagi menolak tubuh Aidan memberi amaran agar tidak mendekati Hanan. Aidan hanya diam memandang tanpa berkata apa-apa.
Sebaik sahaja Bazli mengundur diri, Aidan memandang Hanan. Dia juga berlalu pergi tanpa berkata apa-apa.
Hanan pula yang serba salah dibuatnya ketika itu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|