CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: catstitch

Pernah tak anda diganggu masa solat? jom kongsi.

[Copy link]
Post time 26-3-2011 07:54 PM | Show all posts
A'ah ek prasan jgk...tiap kali bace fatihah, selalu nk sangap atau sendawa....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2011 08:43 PM | Show all posts
sebut pasal ni teringat waktu aku duduk asrama dulu. kisah ni diceritakan terjadi kat asrama lelaki.

susunan katil kat bilik ni double decker dua set letak sebelah menyebelah (kira ada 4 biji katil la total atas bawah)..pastu ada student laki ni dia sembahyang in between katil double decker ni la. dia membelakangkan salah satu double decker ni.
haa masa dia tgh semayang ni la, tetiba dia terdengar katil belakang dia ni berkeriyot (err betul ka perkataan aku ni )
kira mcm ada org duduk atau main2 la atas katil..bunyi krokk kreekk..almaklumlah katil besi..kalau kita duduk pon mesti ada bunyi2 tu kan? padahal masa tu dia sensorang ja dlm bilik

budak ni pon teruskan juga semayang tu sampai selesai..abis ja semayang, bunyi tu dah berenti tapi dia tak pandang belakang..dia blah terus dari bilik tu kekeke

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2011 11:53 PM | Show all posts
aku kalau balik keje pas solat magrib mesti rasa letih sgt..jadi mcm sangat mengantuk..cm ada beban kat badan..sambil tunggu2 isyak.. baca2 doa..pastu solat isyak..then pengsan da terlelap smpi pukul 10.. sorry.. kalau off topic.. sbb aku xnak pk mcm2..kita nak ngadap Allah.. mmg dugaan tu ada..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2011 12:02 AM | Show all posts
penah jadik kat opis,tgh khusyuk main game,tetibe radio sebelah aku tetibe volume die kuat.terkejot aku,tgk2 jam kol 8.10mlm..bende tu ingatkan aku suh solat magrib..mungkin opis aku ade jin islam.biarlah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2011 12:51 AM | Show all posts
Mengantuk apabila ingin mengerjakan solat adalah suatu fenomena yang kerap terjadi.
Apabila kita mengambil wudhu hendaklah dengan tertib.( sila periksa bab berkenaan )
Sesungguhnya wudhu itu adalah perpisahan kita dari dunia ini menuju kepada Allah SWT maka tidak akan di permudahkan oleh syaitan.

Kemudiannya melakukan solat sunat 2 rakaat sebelum menunaikan solat fardhu.
Jika berjemaah pula hendaklah di rapatkan saf agar syaitan tidak berada di antara kita.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 10:56 AM | Show all posts
Itulah sebabnya kita digalakkan solat berjemaah.  Pernah pergi ke satu kawasan pelancongan di luar negara.  Imam masjid dikawasan tersebut akan membuat pengumuman melalui pembesar suara berupa nasihat supaya datang memenuhkan saf dimasjid jika masyarakat setempat tak datang berjemaah.  Iman akan membuat pengumuman setiap waktu solat terutamanya waktu solat subuh.  Maklumlah subuh banyak yang liat nak bangun.  Tak pernah jumpa situasi demikian kat Malaysia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2011 12:05 PM | Show all posts
aku selalu sgt rasa klu tgh smayang tu kan rasa mcm ada benda kt belakang bahu aku.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 01:30 PM | Show all posts
Iblis dan konco konconya memang suka mengganggu manusia yg ingin bersolat

So, jauhkan diri dari didampingi oleh iblis dan konco konconya itu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2011 01:47 PM | Show all posts
aah selalu je..
time2 semayang tu la asyik nak kentut je..
time2 semayang tu la satu badan gatal semacam n rasa nak garu je...

pdhal waktu biasa2, tak de plak rasa gatal bagai tu pon...kentut2 buang angin pun x de...

korang pernah?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 01:49 PM | Show all posts
aku ada story, berlaku kat surau tempat keje aku ni..
masa tu aku himpun solat zohor dgn asar, sebab tgh banyak kejer kot, tu yg nk gi surau 1 kali je..
sementara tunggu asar tu, tetiba aku dgr org bisik panggil nama aku kuat sangat, btol2 kat telinga kiri aku nih..
toleh belakang, takde sape2 pun yg aku kenal..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2011 01:53 PM | Show all posts
wahh byk eh pngalaman korang...

lagi satu pengalaman adik cat punya kawan... kejadian di melaka juga
Adik cat & budak tu serta group dia singgah sembahyang kt masjid. Kawan adik cat ni tlambat la ckit berbanding yg lain. adik cat n kwn2 dia tunggu la budak ni. Tempat amik wuduk kn ada byk paip kan? so, masa budak tu amik solat, dia terdengar bunyik org amik air wuduk kt sebelah depan dia. disebabkan ada wall di depan dia, so dia x nmpak la 'org' yg amik wuduk tu.

tapi bila dia bangun je nk cuci tang kaki. tak nmpak plak org di sebalik wall. dan mula seram ckit. masuk je ke dalam masjid. dia terasa spt ada 'org' masuk bsama2 dia.trasa angin org lalu gitu. dia ckp bulu roma dia tegak berdiri. ok xpe msh cover macho la.. time solat plak, dia trasa spt ada 'org' dsbelah dia. dah solat dia x khusuk time tu... smpi ksudahnya x nmpak 'org' tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2011 02:05 PM | Show all posts
aku ada story, berlaku kat surau tempat keje aku ni..
masa tu aku himpun solat zohor dgn asar, seba ...
sevenoctober Post at 29-3-2011 13:49



   makkkkk saje je nk main cak cak ba nih
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 03:27 PM | Show all posts
sahabat aku tengah solat witir.. masa rukuk jin dtg kat tepi tgk muka dia dr bawah.. huhu.. dah ler solat witir tu ada wirid dia.. lama plak tu rukuk.. tp dia mmg kasyaf pon.. da tak ksah sgt..

aku pulak kalo solat kat umah kosong (masa tu takde uma,minta izin tuan uma utk tinggal sementara) dulu bukan jin yg ganggu tp katak datang ngan labah2 kat tepi2 sejadah.. ermm.. itu baru gangguan binatang.. kalo jin setan camne la yer...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 04:11 PM | Show all posts
aku ni kadang kadang bila solat
selalu leh terlupa aku tgh rakaat ke3 atau ke4.......
adehhh....betapa cuainyer aku
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2011 01:47 AM | Show all posts

Reply 28# hantukiller


memangpun, merekakan dah bersumpah...!  cik lah nak citer sikit le ttg kak lang clah. kak Alang clah dah beberapa tahun susah nak solat . kalau gangguan datang sampai berjam-jam, contohnya solat Isya`, kalau dia stat solat pukul 11 malam, lebih kurang pukul 5 pagi baru siap..kiranya selalu bersambung ngan subuh le..gangguan ni bermula selepas lebih kurang 5 tahun suami dia berkahwin dengan seorang janda dari i***. dah pegi berubat merata darul syifa` k.t etc..clah ndah pesan kat dia, jgn ambik wudu` dalam bilik air yg ada toilet, seboleh2nya berwudu` di luar rumah atau di sinki dapur sebelum masuk waktu solat. baca auzu dan zikir dulu sebelum mulakan solat fardhu..untuk beberapa waktu..ok pastu suami dia akan menelefon dari rumah madunya, kalau kak lang jawab dah ok, alamatnya solat2 yg seterusnya akan terganggu sekali lagi.. suatu hari masa tu cuti sekolah, dia balik bersama2 anaknya ke rumah kami di kb. malam tu, semua org dah tidor, kecuali kami 3 orang.. jadi kami solat di ruang tamu. Hanya lampu dapur terpasang. Kami terpaksa ambil giliran untuk solat, kerana tempat hanya muat dua orang dalam satu masa. dah setengah jam kak lang solat, clah ambik tempat disebelahnya ..lepas siap solat isya` clah duduk kat atas krusi kat belakang, mak ganti, kak lang tak siap2 lagi. masa mak sedang lipat telekung selepas selesai solat tu le kami terdengar bunyi "haing...haing... " terkejut beruk jugak le {:1_126:}..bunyi getap-getap gigi.. rupa2nya bunyi  tu datang dari kak lang, suara dia tak keluar untuk baca fatihah dan lepas tu untuk sambungan 2 kalimah syahadat.   cepat-cepat clah bisik ke mak supaya ke belakang kak lang. kami berdua zikir lailahaillah tidak terlalu kuat, ada la dalam setengah jam..utk melawan gangguan pada kak lang. Alhamdulillah pas tu kak lang senang je selesaikan solat isya`nya malam tu..itulah yang kak lang terpaksa hadapi setiap waktu solat, bertahun-tahun lamanya, tapi dia memang degil...berdiri untuk solat satu2 waktu berejam2 sampai lenguh2 kaki, terkadang berdarah bibir(getap bibir)..kalau clah, tak sanggup le...errr ! Apa yg clah nampak suaminya menjadi transit, samada balik ke rumah dengan bawa `benda tu` atau pun(dan juga sebenarnya) melalui panggilan telefon kepada kak lang .  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2011 01:58 AM | Show all posts
Reply 35# ciklahcute


    bagaimna nak ngelak dari terkena gangguan, elakkan diri dari was-was bc le auzu 3x dan ludah angin(seolah2 ludah sebelah kiri)...dan surah An-Nas..
tapi ada juga jenis gangguan lain, misalnya semasa solat di sebuah masjid di Pahang, clah dan dua adik lelaki clah berasa suasana masjid tu panas, hati jadi panas semacam solatpun tak seronok langsung.. tapi bila malamnya kami tiba di satu surau kecil untuk solat maghrib dan isya`di Gua Musang, suasana jadi tenang, kami solatpun tenang je..kenapa? mungkin duit untuk buat masjid dari sumber yang tak berapa nak halal kot!? .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2011 02:20 AM | Show all posts
Post Last Edit by metalacademic at 31-3-2011 02:21

jiran sebelah rumah masa mak dia datang dari kampung, time solat isyak dalam bilik, masa sujud ada benda duduk atas dia. masa tu rumah dia dah seminggu lebih ada benda masuk duduk dalam tu, tuan rumah tak bagitau mak dia.

cadangannya, mak dia nak duduk seminggu situ, baru kena satu malam esoknya suda minta anak dia antar balik kg. bila da smpai kg baru dia telefon anak dia story apa yg berlaku.

citernya lepas kes solat isyak tu, mak dia dah mula cuak tapi still cover line lagi, mlm tu nak tdo dlm bilik tu, kipas siling makin lama makin laju makin lama makin laju smpai la mak dia kluar bilik dok ruang tamu tdo kt sofa situ. (dah tutup suis kipas bilik tapi kipas siling bilik tu tanak berenti).

bila terjaga jam dkt2 subuh, cucu paling bongsu umur 3 tahun elok je tidur nyenyak atas coffee table kaca kat ruang tamu tu, padahal before that budak tu tido kat bilik tingkat atas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2011 09:37 AM | Show all posts
bila solat, mulalah terfikir itu ini.
nak buat itu ini.
kadang-kadang rasa geram jer.
rasa mcm berperang dengan diri sendiri untuk nak dapatkan khusyuk dalam solat.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 11:56 AM | Show all posts
salam TT n all forumer yg di hormati...

saya nk share sikit la cerita..bkn pengalaman saya la..tpi imam kat rumah emak saya... time tu maghrib kalau tak salah..imam nk start solat nie...berdepan dengan tingkap...masa nak start solat tu..dia terpandang 'bende" tu kat tingkap...jemaah yang lain dok tunggu bila imam ni nk start ni..diam je....yg sbnarnye imam tu tgh baca2 apa yang patot...last2 bende tu hilang...cerita ni diceritakan balik oleh imam tu kat jemaah2 yang lain...knp dia lambat start solat..dan imam tu berpesan...jangan sesekali takut dengan mahluk lain..selain ALLAH...cuma kita hormati la sesama mahluk...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 02:01 PM | Show all posts
Kambeng_Gurun, betul kata awak. saya pun rasa gitu. bila solat je mesti fikir ini fikir itu, fikir keje yg harus diselesaikan nanti, fikir macam2 lagi la..
Sampai naik geram dgn diri sendiri, paksa diri jgn fikir mcm2 pun tak boleh jgk..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 12:50 AM GMT+8 , Processed in 0.083515 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list