CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tunggulbatu

Tiga Sebab Tidak Boleh Dirawat

[Copy link]
Post time 30-3-2011 11:01 AM | Show all posts
tumpang tnye

perihal mkn harta anak yatim
klau seorg balu ni, arwah suami tinggalkan duit dan rumah.kemudian si balu ni berkahwin dgn seorg lelaki yg dia tahu tidak mampu menyara dirinya dan 4 org anak2.tp di teruskan perkahwinan tu.

lalu balu ni bawak lah suami baru ni tinggal di rumah tinggalan arwah suami.
suami baru ade memberi nafkah pd isteri namun duit utk perbelanjaan anak2 di tanggung oleh wang tinggalan arwah suami.

apa pendapat saudara sekalian...adakah terdapat unsur2 mkn harta anak yatim?
sekian dr sy yg dhaif.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2011 11:22 AM | Show all posts
masya allah..tak tau samada tergolong dalam 3 golongan tersebut..sebab skrg dh terlalu cuai dgn ibu bapa, dalam carian rezeki dan niat..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 11:51 AM | Show all posts
ni aku pun nak bagitahu jugak... pada pesakit bermasalah dengan mak mertua dan ipar2... walaupun ibu mertua tu hantar sihir ke kak ipar hantar sihir ke... janganlah kamu melawan dan cubalah buat yang terbaik pada mereka... jodoh ditangan tuhan... tetapi kita sebagai anak ataupun sebagai menantu hendaklah hormat pada mereka juga... dan si anak pulak janganlah hina dan marah pada ibu mu.. sebab dia yang melahirkan kamu... sampai sudah xada jalan penyelesaian kalau macam ni... elok cakap pad amak tu minta ampun atas kesilapan.. dan menantu ni haruslah tunjuk baik dan berikan buah tangan atau ape2 ambillah hati orang tua ni.. ibu mertua ni macma mana pun menantu lama2 dia sayang juga... cuma jangan lupa kita ni sebagai anak dan menantu doakan untuk hatinya terbuka... dan terima cuba ambil hati orang tua... ipar2 ni buat xtahu jelah... jangan ambil port ape pun... cuma tegur2 tu dan sembang2 yang buang yang keroh ambil yang jernih...

contoh aku dulu.. macam2 hal berlaku... punca semua pasal tanah.. sampai anak aku jadikan mangsa... tapi aku cakap dengan mak mertua aku.. aku luahkan perasaan aku macam mana... itu terpulang pada diorang nak kata ape.. janji kita berani atasi apa masalah kita.. jangan cakaplah sihir2 ni datang terlampau teruk sangat.. tapi aku xlawan.. aku diam je... lelama hilang macam tu je...

cuma ingat... jika kita buat perkara yang benar... dan xsalah... Allah akan mambantu kita dan lindungi kita... insyaallah... kamu semua selamat....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2011 12:38 PM | Show all posts
'manusia boleh berhubung dgn malaikat'... Nabi tidak berhubung dgn malaikat, Nabi didatangi oleh malaikat = malaikat yg berhubung dgn Nabi (bukan begitu?!) itu Nabi, pilihan Allah... ini kita, manusia biasa!!



    memang benar malaikat berhubung dgn nabi kerana malaikat hanya menunggu perintah.. perintah khalifah tidak ada yg tidak mau turuti termasuk malaikat.. hal ini biar saya jelaskan utk tatapan umum saje.. 'ape beza org yg tahu dan yg tidak tahu..?' itu soalan Rasulullah yg sering bermain di fikiran saya.. ilmu Allah dan keluasan menterjemah setiap kejadian perlulah ada nas dan ilmu tauhid supaya tidak menyimpang dr ASWJamaah.. malaikat sentiasa berhubung dgn manusia tetapi hanya sampai pd kadar keilmuan manusia tu sendiri.. doa yg dicatit para malaikat.. setiap perbuatan baik dan buruk.. hatta di alam barzakh.. semuanye malaikat.. tp kita sendiri tidak 'berbaik2' dgn malaikat walhal setiap hari memberi salam ketika solat kanan dan kiri.. hal ini perlu dibahaskan dgn cermat dan utk ini kita harus berguru dgn yg arif lagi mursyid..

tidak timbul soal 'manusia biasa' kerana Allah mengangkat 'darjat' org yg berilmu.. bukan darjat ustaz kiyai ulama yg kita bincangkan tetapi darjat seseorang mengikut kalam Allah yg Maha Mengetahui.. bukan kita yg menentukan ustaz atau tidak diri kita kerana itu hanyalah panggilan 'manja' antara manusia.. di akhirat kelak adakah kita dipanggil 'ustaz' 'ulama' dan sebagainya di hadapan Rabbul Alamin...?


cuma yg saya musykil di sini... saranan tuan "Jika ibu bapanya telah meninggal maka terputuslah jalan utk bertaubat kepada ibu bapanya. Jika yg demikian hanya ada satu jalan iaitu taubat nasuha. Belikan 3 helai sejadah dan 3 naskah Al Quran kemudian hendaklah si anak ini pergi berjumpa dgn 3 org rajin ibadat dan menyerahkan sehelai sejadah dan senaskah Al Quran setiap seorang darinya. 3 orang ini mestilah org yg tidak dikenalinya."... sangat muyskil tuan!...


telah terbukti saranan itu setelah saya sendiri telah melakukannye utk org yg sedang nazak dan saya sarankan juga pd org lain dan alhamdulillah perkhabaran diterima selepas tiga hari menunjukkan ketetapan Allah telah mendahului kita dgn ilmu yg di beri.. itu hanya salah satu cara utk 'menyelamatkan' org yg sedang nazak kerana kita tidak tahu malah si sakit sendiri telah lupa akan hal menyakiti hati ibu bapanye walaupon sedikit atau nazarnya semasa hidup..

dimana pula kemusykilan tokwan..? adakah kerana seorang anak derhaka telah putus taubat dgn ibu bapa..? carilah dalam kitab ape pon..pasti tokwan akan tahu betapa dahsyatnya anak derhaka yg tidak mampu bertaubat kepada ibu bapa.. banyak surah dlm Al Quran dan hadis mengatakan tentang itu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2011 12:50 PM | Show all posts
perihal mkn harta anak yatim
klau seorg balu ni, arwah suami tinggalkan duit dan rumah.kemudian si balu ni berkahwin dgn seorg lelaki yg dia tahu tidak mampu menyara dirinya dan 4 org anak2.tp di teruskan perkahwinan tu.

lalu balu ni bawak lah suami baru ni tinggal di rumah tinggalan arwah suami.
suami baru ade memberi nafkah pd isteri namun duit utk perbelanjaan anak2 di tanggung oleh wang tinggalan arwah suami.
makita Post at 30-3-2011 11:01



    hal seperti ini saya anggap bahawa lelaki yg telah berkahwin dengan isteri itu masih boleh tinggal dirumah isterinya dan andai kata dia memakan makanan dr hasil tinggalan pusaka itu tidak menjadi masalah.. melainkan dia tidak diredhai si isteri dan anak2nya dan dia telah merasa tamak didalam dirinya (nauzubillah himinzalik)..

“Dan janganlah kamu makan harta anak yatim lebih dari batas berpatutan dan janganlah kamu tergesa-gesa membelanjakannya sebelum mereka dewasa. Barangsiapa (di antara penjaga) itu mampu, maka hendaklah dia menahan diri (dari makan memakan harta anak yatim itu dan barangsiapa (penjaga) yg miskin, bolehlah dia memakan harta itu menurut kadar yg patut…)
(an-Nisaa’ : 06)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2011 01:05 PM | Show all posts
baru saya tahu bila bernazar kena dimaklumkan pada orang lain..
kalau tidak ia hanya sekadar niat, walaupun kita melafaskan dalam hati dengan berbunyi....AKU BERNAZAR, ANDAI PERKARA INI TERJADI, AKU AKAN BERPUASA SEBAGAI TANDA KESYUKURAN.. cmf_princess06 Post at 30-3-2011 10:50



   
masalah seperti ini ialah adakah kita sanggup membebankan org lain dgn hal yg sepatutnya kita dipertanggunjawabkan..? adakah dgn nazar kamu akan meringankan org yg diberi amanah..? kenapa perlu bernazar perkara yg kecil sedangkan ada jalan lain utk BERSYUKUR..?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2011 01:10 PM | Show all posts
wow...bagusnya aku masuk sini...
so beza niat dgn nazar tu secara mudah nak faham ialah niat hanya kita yang tahu manakala nazar pula mesti bgtau kat org lain.

betul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 01:12 PM | Show all posts
mmmmm....bagus info nih.....syabas TT sbb bukak umah nih....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-3-2011 01:19 PM | Show all posts
wow...bagusnya aku masuk sini...
so beza niat dgn nazar tu secara mudah nak faham ialah niat hanya  ...
beldandy Post at 30-3-2011 13:10



    nazar ngan niat berbeza.. kalo niat tak buat cuma terbatal niat saje.. nazar kalo tak buat, Allah tuntut janji.. nak mati pon susah... kalo na bersaksi pada aku amatlah memberatkan org lain kerana bukan senang jadi saksi.. contoh mcm saksi nikah tu.. sok kat akhirat kene tanye tuh.. tok kadi tak jadi masalah sebab yg jd saksi yg SAHkan.. jawab ler nt..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2011 01:23 PM | Show all posts
mmmmm....bagus info nih.....syabas TT sbb bukak umah nih....
suatumasa Post at 30-3-2011 13:12



    aku bukannya ape..kekadang tuh kita nih asyik ingat sakit je jin setan punya keje padahal sendiri buat.. tp kita selalu lupa kenapa Allah suka org yg beristighfar setiap hari.. Allah nak kita sentiasa mengingati kesalahan kita pada Allah dan juga ingat jika kita masih ada ibu bapa atau mertua kene selalu berbaik2.. selanjutnya dgn org awam seperti sedara, kawan dan taulan.. insyaAllah nak mati takde dosa ngan manusia.. wallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 01:26 PM | Show all posts
tuan tunggulbatu...
saya tidak persoalkan musibah thdp anak durhaka... yg saya musykil itu saranan tuan dlm hal menebus kesalahan anak durhaka itu... itu saja! adakah perlakuan itu dianjurkan oleh mana2 kitab/ulama besar... atau ada disanadkan dlm mana2 hadis???
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 01:41 PM | Show all posts
semua tu memang ada dalam hadis... kita sendiri tahu musibah pada anak derhaka pada ibu ayah nya... memang teruk.... setitik air mata ibu tu mengalir marak api dalam neraka memanggil... Ya Allah Ampunkanlah dosa kami...

setiap anak memang ada dosanya pada ibunya... dan ayahnya.. tetapi kerana sikap ibunya dan ayahnya membuat anak tu berdosa besar....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2011 01:44 PM | Show all posts
saya tidak persoalkan musibah thdp anak durhaka... yg saya musykil itu saranan tuan dlm hal menebus kesalahan anak durhaka itu... itu saja! adakah perlakuan itu dianjurkan oleh mana2 kitab/ulama besar... atau ada disanadkan dlm mana2 hadis???
tokwan_jantan Post at 30-3-2011 13:26



    adakah tuan sedang memperkatakan tentang ilmu itu atau perkiraan adakah Allah menerima taubat nasuha si anak dgn hanya 'bayaran' semudah itu..? Tentang adakah dianjurkan oleh mana2 ulama atau kitab dan dalil serta nas saya rasa tak perlu saya ingatkan lagi.. kerana perbuatan itu hanyalah semata2 sedekah dan amal jariah si sakit utk menebus kesilapan silam..

bersedekah dgn pemberian sehelai sejadah dan senaskah Al Quran dan di pilih 3 org yg kuat ibadah, takkan pula memberi pada org yg malas beribadah yg blom mendapat hidayah Allah.. sedangkan itu hanya satu jalan ibadah..  adakah menjadi satu kesalahan memberi sehelai sejadah dan senaskah Al Quran dgn niat sedekah agar meringankan azab..? kita berusaha ke jalan yg terbaik di antara yg terbaik.. jadi bersedekahlah seperti yg Rasulullah s.a.w anjurkan..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 01:48 PM | Show all posts
kalo seseorg tu bernazar,dia tunaikan nazar tu,cuma antara lmbt dgn cepat jek....cam ne plak ek....
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 01:49 PM | Show all posts
sebenarnya sedekah ni banyak bagusnya... selain untuk murah rezeki... tetapi sederkah tu juga mengurangkan dosa kita...

aku pernah terdengar 1 ustaz ni bagitahu kat radio... dia pun cakap bersederkahlah jika ada dosa2 pada ibu dan ayah... dengan sederkah itu sekurang2nya akan bertambahlah pahala dan kuranglah dosa... dan kita juga hendaklah berbuatlah baik pada orang lebih tua dari kita... kita haruslah hormat menghormati sesama insan...

tetapi ada pada golongan tua yang xreti nak menghormati golongan muda... kerana sikap itulah membuat kita sesama sendiri tidak boleh berdamai...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 01:50 PM | Show all posts
nazar ngan niat berbeza.. kalo niat tak buat cuma terbatal niat saje.. nazar kalo tak buat ...
tunggulbatu Post at 30-3-2011 13:19


jadinya cemana kita nak pastikan yang kita ni sebenarnya bernazar atau berniat?
mungkin tak kita boleh jadi terbernazar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-3-2011 02:06 PM | Show all posts
jadinya cemana kita nak pastikan yang kita ni sebenarnya bernazar atau berniat?
mungkin tak kita boleh jadi 'ter'bernazar
beldandy Post at 30-3-2011 13:50



    di awal penerangan saya da bgtau pentingnye kita sedar bahawa niat adalah suci dan jika kita berniat pon sebenarnya sudah besar ertinye... contoh.. "aku nak beli kereta baru.." itu dikira niat dan dalamnya ada doa.. maka doa itu secara tak langsung di catit malaikat.. malaikat sampaikan pada Allah.. Allah kabulkan dgn memberi kamu jalan dan dipermudahkan utk mencapai niat tersebut.. masyaAllah.. adakah kita ini sedang bersyukur..

niat kita hendak melakukan sesuatu.. contoh.. "aku nak pegi kedai.." tengah jalan, nampak kawan.. kawan panggil.. niat tu tergantung.. tp kene tetap tunaikan niat td.. pg kedai.. wat2 singgah pon takpe asalkan niat nak pg kedai itu tertunai.. maka tiada lagi niat 'tergantung'..

banyak org anggap niat sesuatu yg ringan padahal jika kamu seorang Islam kamu mestilah berniat perkara yg baik dan menunaikannye.. Allah turunkan solat dan disyariatkan oleh Muhammad s.a.w sebagai jalan kepada org Islam utk mentertibkan diri.. niat pada awalnya.. betapa sucinye niat disisi Allah..

nazar tidak dikira niat tetapi 'perjanjian' dgn Allah.. tertunaikah janji kita pada Allah..? jika dapat ditunaikan.. Alhamdulillah.. jika tidak......... adakah kita tahu pula akan kehidupan hari esok..? adakah kita menjamin diri sendiri akan dapat sampai pada hari nazar dapat ditunaikan..?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2011 02:15 PM | Show all posts
kalo seseorg tu bernazar,dia tunaikan nazar tu,cuma antara lmbt dgn cepat jek....cam ne plak ek....
suatumasa Post at 30-3-2011 13:48



    tak jadi masalah.. janji yg ditunaikan walaupon lewat.. tp kene bayar bunga(interest) skali eh.. hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 02:16 PM | Show all posts
di awal penerangan saya da bgtau pentingnye kita sedar bahawa niat adalah suci dan jika ki ...
tunggulbatu Post at 30-3-2011 14:06


maksudnya jika kita berkata dlm hati :
aku nak hantar pisang setandan kat masjid kalau dapat naik gaji thn ni.

tu di kira nazar, bukan niat kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2011 02:24 PM | Show all posts
kadang2 kita terikat dengan 'anak mesti hormat ibu bapa'.. dlm erti kata lain ibu bapa buat atau cakap semua btul..? jika kita dlm situasi mcm tu.. berdoa selalu utk ibu bapa.. jgn bosan.. cuba ambil jalan 'selamat' dgn tidak menceburkan diri dlm hal yg tidak disukai ibu bapa..

cuba berbaik dengan cara yg paling lembut.. biar je ape yg ibu bapa kita cakap.. tak usah diberat2kan.. kita telan je pahit manis tu... sabar seorang anak adalah sabar yg Allah paling suka.. sebab bukan senang nak alami situasi mcm tu.. semua org tak dapat..!!! hanya yg tertentu je...!! kira mcm VIP pakej.. hehehe..

ermm.. sabar dan sabar.. dan sabar..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.300136 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list