CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Abahmung

[Tempatan] Izin anak orang kaya berpotensi masuk SBP, MRSM, Matrikulasi, tapi kena bayar penuh

[Copy link]
Post time 4-10-2024 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Bab sekolah aku setuju. Kosser aku yang kereta besar masuk MRSM. Aku yang biasa2 pun hantar anak masuk international school. Kasik ler kosong tu untuk budak miskin. Kekadang rumah diorang takde persekitaran kondusif. Jadah ko taknak jaga anak sendiri, kecik2 hantar asrama? Kalau miskin takpe la, tu anak harapan keluarga.

Tapi bab universiti, memang sepatutnya takde beza gaji. Ko tak patut check gaji mak bapak untuk benarkan anak belajar dengan subsidi. Sebabnya ranking uni Malaysia pun dah hauk, golongan miskin dah dibantu waktu sekolah. Jadi duit tax Malaysia tu boleh support untuk subsidi semua budak tak kira gaji mak bapak di universiti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2024 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 4-10-2024 11:17 AM
Buat la byk lagi sekolah boarding private mcm KYS tu..yg boarding school kerajaan let the set2 b40 j ...

Taklah. Dulu yg result elok blh masuk tak kira kaya atau miskin. Bila masuk zaman najib yg mula nak concentrate pd B40. Start dgn BRIM....
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
aku kot ngajar 20/kelas pun boleh fokus drill budak.. ni klas add maths aku 35/kelas. sbb klas floating.. 3/4 klas  share 2 cgu.
mentang² ler skolah ku asrama harian luar bandar. tilam asrama pun keras bagaikn getah skrap. prasana skolah biasa sgt menyedihkan. jadi semua nk tuju SBP je.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah, ada t20 yg jenis x pernah bersyukur x pernah jadi b40 yg berhempas bekerja untuk t20,
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 04:04 PM | Show all posts
Kalau setakat pendapatan isi rumah RM10k sebulan di KL bukannya kategori kaya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Malas nk pikir n kecoh.
I will cross that bridge when i come to it.
If worse comes to worst, meols keluarkn aje la ank tu dr asrama.
Yg termampu aje lah.. Frankly kalo depa implement meols xmampu nk byr ribu riban yuran tu suma.
Jadah ko anta sekolah kerajaan tp dh mcm sek swasta kosnyer.
Udah ler yuran uni pn nk ikot kasta kalo ikot tered seblah.
Giler.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2024 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Malas nk pikir n kecoh.
I will cross that bridge when i come to it.
If worse comes to worst, meols keluarkn aje la ank tu dr asrama.
Yg termampu aje lah.. Frankly kalo depa implement meols xmampu nk byr ribu riban yuran tu suma.
Jadah ko anta sekolah kerajaan tp dh mcm sek swasta kosnyer.
Udah ler yuran uni pn nk ikot kasta kalo ikot tered seblah.
Giler.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 4-10-2024 02:53 PM
apabenda la kecoh... dulu kemahennn nak hapus ptptn la pendidikan percuma lahhh tibahhhhhh dh jd PM  ...

Lg 1 chuols.. Rega minyak turuunnnnnnnn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2024 04:25 PM | Show all posts
acik ritrud dh berbunyik kt ig sheols.... sheols pun kan htr anak msuk mrsm... tp make sense jah dah kena bayar cukai tggi pstu sekolah apa semua kena byr tggi jugak... baik jd bporty gituh
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 04:33 PM | Show all posts
juruterra replied at 4-10-2024 02:46 PM
tak la busy sgt tp masuk company baru yg environment lain bebenor,....iols masih adjusting to life ...

ic ic

ok ok semoga dipermudahkannnnn
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 04:35 PM | Show all posts
Edited by Nfir at 4-10-2024 04:43 PM
Kitty_catz replied at 4-10-2024 02:12 PM
jaman dulukala smer salah DAP

jaman mandani madanon.. smua salah titwenti

“rasa tak lama dulu mmg ada ura2 nak buat MRSM yg mmg kena bayar yuran penuh.. tp set2 bifoti pulak tak bagi ke cemaner..

sbb kata depa mrsm tu hak hakiki bifoti... aa camtu la behkwang”

+ + +

Yang mencadangkan penubuhan MRSM berbayar adalah Zahid Hamidi. Zahid kata, funding untuk projek tersebut adalah daripada pihak swasta.

Tak tahu kenapa projek tersebut tidak diteruskan. Tidak ada update tentang projek tersebut. Berkemungkinan besar pihak swasta tidak berminat.

Baru-baru ini selepas PMX mention tentang orang kaya yang belajar di SM Sains, Zahid sendiri tidak ada sebut apa-apa berkaitan projek MRSM berbayar.

+ + +

Pendidikan adalah projek yang memerlukan kos yang tinggi. Sama ada kos daripada segi CAPEX (capital expenditure) – pembinaan infrastruktur yang memakan belanja ratusan juta termasuklah kos untuk land acquisition.

Dan, kos daripada segi OPEX (operational expenditure) – gaji untuk tenaga pengajar, utilities, maintenance, administrative costs, etc. OPEX ini adalah fixed cost setiap bulan.

Di Kementerian Pendidikan sendiri, budget pendidikan setahun adalah RM 50 billion. 80% saja bersamaan dengan RM 40 billion untuk emolumen. Emolumen = Gaji pokok, imbuhan tetap, etc. Maksudnya, 80% ini adalah OPEX.

Daripada data Kementerian Pendidikan, kita boleh faham bahawa projek pendidikan adalah suatu projek yang memerlukan costing yang tinggi.

Jika kita tengok data daripada sumber lain pun, ia masih memberikan kesimpulan yang sama. Contohnya, perbelanjaan pendidikan yang tinggi di kalangan negara yang mempunyai high-performing education. Atau, yuran tinggi yang dikenakan oleh pihak swasta yang terlibat dalam sektor pendidikan.

+ + +

Memang kita tak nafikan terdapat permintaan yang tinggi daripada T20 dan M40 Melayu untuk SBP dan MRSM. Tetapi permintaan tersebut adalah permintaan yang bersyarat. Apa syarat itu?

YURAN WAJIB MURAH.

Apabila customer tidak mahu membayar yuran yang tinggi, projek pendidikan tersebut tidak berdaya-saing. Di pihak swasta pula mereka tidak mengutamakan projek yang tidak berdaya-saing.

Daripada pihak swasta buat projek MRSM berbayar, lebih baik mereka buat international school or international colleges yang sah-sah boleh attract orang kaya dalam Malaysia dan orang kaya luar negara. Contohnya,seperti Sunway dan Taylor’s.

Nak belajar di Singapore, cost jauh lebih tinggi. Jadi kita boleh jadikan Malaysia sebagai pilihan kedua untuk education hub yang berkualiti bagi orang kaya di rantau South East Asia dan East Asia (Korea and China).

+ + +

MRSM berbayar tidak libatkan peruntukan kerajaan

23 Mac 2023 10:44am Masa membaca: 4 minit

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan untuk tidak akan menggunakan tanah Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang dikhaskan buat golongan miskin bagi membina Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebaliknya kerjasama dengan beberapa pihak lain akan dilakukan untuk pembinaan tersebut.

Tambah Timbalan Perdana Menteri itu, peruntukan untuk membangunkan MRSM tersebut juga tidak melibatkan dana daripada kerajaan.

“Untuk makluman, dalam perancangan, kami tidak akan menggunakan peruntukan daripada kerajaan sebaliknya menggunakan pendekatan kewangan swasta. Dan kita akan bekerjasama dengan institusi kewangan untuk pembiayaan.

“Ini merupakan satu pelan yang sangat futuristik yang sedang disusun atur oleh Mara kerana permintaan untuk memasuki MRSM berada ditahap lebih daripada 300 peratus daripada kemampuan untuk memasuki MRSM,”katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau berkata demikian semasa sesi pertanyaan menteri oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (PH-Muar) yang ingin mengetahui berkenaan proses, sumber pendanaan dan juga tanah untuk membina MRSM berbayar tersebut.

Tambah Ahmad Zahid, melalui kajian kebolehlaksanaan yang telah dilakukan, ia mendapati bahawa ramai pelajar berkelayakan untuk memasuki MRSM dari segi akademik namun tidak layak dari aspek pendapatan ibu bapa.

Jelasnya, ia terutama bagi kumpulan T20 dan M40.

“Saya ingin menyebutkan juga terdapat terlalu banyak permintaan daripada alumni MRSM yang telah menjadi ibu bapa yang mahu anak-anak mereka masuk ke MRSM tetapi pendapatan mereka menyebabkan anak-anak tidak layak.

“Oleh demikian, tanpa berkompromi dari segi kualiti dan kelulusan minimum akademik, kita akan membuka ruang yang seluasnya untuk anak-anak alumni MRSM untuk masuk ke MRSM yang sedia ada dan apatah lagi yang berkemampuan bawa anak-anak mereka memasuki MRSM yang akan diwujudkan cara berbayar nanti.

“Dalam hal ini, kita mesti keluar daripada kepompong untuk laksanakan ini. Saya yakin ini pendekatan baharu Mara untuk menyantuni permasalahan yang dihadapi oleh mereka yang berminat tetapi tidak ada peluang untuk anak-anak masuk MRSM cara biasa,” ujarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah jadi pembayar cukai tegar, segala benefit mcm takda, macam kena hukuman pulak kalau kerja kuat
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 04:39 PM | Show all posts
Pendidikan untuk semua..pendidikan sepatutnya percuma...sambil berguling2 pakai baju kuning..sudah tukar ka???
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 04:46 PM | Show all posts
cm_vungtau replied at 4-10-2024 02:56 PM
Bab sekolah aku setuju. Kosser aku yang kereta besar masuk MRSM. Aku yang biasa2 pun hantar anak mas ...

Kalau nak tau...golongan T20 dan M40 yang kutip duit untuk tolong anak2 dari kalangan b40 kat MRSM/SBP. Supaya diorang tak perlu bayar yuran PIBG, duit tuition dan jugak apa2 kutipan yang wajib kat sekolah. Setiap kali ada jamuan, golongan T20/M40 ni la yang selalu bagi duit extra supaya anak2 B40 dapat merasa sama. Jadi jangan la kita terlampau menganaktirikan anak2 golongan T20 dan M40 ni.

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 4-10-2024 05:22 AM
Ade la, golongan pembayar zakat dan penerima zakat. Siap ada hadis lagi tangan yang memberi lebih  ...

Aah masuk kubo suma sama ja (tamau kalah. ).
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
aciksenah replied at 4-10-2024 04:46 PM
Kalau nak tau...golongan T20 dan M40 yang kutip duit untuk tolong anak2 dari kalangan b40 kat MRSM ...

Jap lg ada la acikpor dtg tarbiyah chuols bila ckp cenggini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2024 05:45 PM | Show all posts
Edited by Nfir at 4-10-2024 05:47 PM
Thunderclouds replied at 4-10-2024 04:17 PM
Malas nk pikir n kecoh.
I will cross that bridge when i come to it.
If worse comes to worst, meols k ...

"If worse comes to worst, meols keluarkn aje la ank tu dr asrama.

Yg termampu aje lah.. Frankly kalo depa implement meols x mampu nk byr ribu riban yuran tu suma."

+ + +

Rakyat tak marah kalau orang Melayu betul-betul miskin dan perlu belajar di asrama. In fact, rakyat memang mahu support pelajar Melayu miskin belajar di asrama supaya mereka boleh belajar sekurang-kurangnya sehingga ke peringkat universiti.

Yang rakyat tak bersetuju adalah ... sebahagian kecil orang Melayu. Mereka ini bukannya miskin. Tapi mereka mahu anak belajar di asrama kerajaan.

Contohnya, kerja doktor atau pilot. Tapi mahu anak belajar di asrama kerajaan. Atau, kerja GLC seperti Petronas, TM dan TNB sebagai golongan professional. Tapi mahu anak belajar di asrama
kerajaan.

Duduk di rumah teres di Putrajaya, Kajang, Bangi, Shah Alam. Sebahagiannya duduk di bungalow. Tapi mahu anak belajar di asrama
kerajaan.

Apabila berjuta-juta orang di Malaysia jaga anak di rumah, kenapa sebahagian kecil orang Melayu ini mahu letak anak di asrama
kerajaan?

Ramai orang Melayu jaga anak di rumah. Semua Cina dan India jaga anak di rumah. Sebahagian besar rakyat Sabah dan Sarawak jaga anak di rumah. Jadi, kenapa perlu diberikan keistimewaan kepada sebahagian kecil orang Melayu ini?

+ + +

Kalau nak kata anak T20 dan M40 yang belajar di asrama ini terlalu bijak ... tidak juga. Yang masuk Stanford adalah pelajar SMK Sultanah Asma di Kedah. Yang masuk Harvard adalah pelajar di SMK Damansara. Kenapa bukan pelajar SBP dan MRSM yang masuk Stanford dan Harvard?

Dalam satu-satu batch pelajar SBP dan MRSM di seluruh negara, yang dapat belajar di US / UK pun jumlahnya kecil. Silap-silap haribulan tak sampai 100 orang pun. Pelajar sekolah harian pula yang dapat scholarship US / UK. Contohnya, pelajar SMK Jalan Empat di Bangi, SMK Sri Aman atau SMK Aminuddin Baki.

Apabila prestasi sesetengah pelajar sekolah harian lebih cemerlang daripada prestasi sebahagian besar pelajar T20 dan M40 di SBP dan MRSM, apa logiknya untuk kita teruskan dasar pelajar T20 dan M40 belajar di SBP dan MRSM?

+ + +

Kalau kita nak kata kewujudan SBP dan MRSM untuk menyelesaikan masalah pelajar STEM di Malaysia ... tak juga. Walau dengan 100,000 pelajar Melayu belajar di SBP dan MRSM, masalah STEM di Malaysia semakin teruk dari tahun ke tahun.

Kenapa SBP dan MRSM tidak boleh selesaikan masalah pelajar STEM di Malaysia?

Macam mana SBP dan MRSM nak selesaikan masalah STEM... Prestasi pelajar SBP dan MRSM dalam subjek STEM itu sendiri teruk. Markah Add Maths 10%, 20%, 30%, 40%, 50%. Begitu juga dengan Physics.

Sekarang, performance pelajar SBP sewaktu lower form pun sudah teruk. Ketika lower form sudah failed Matematik. Apabila lower form sudah failed Maths, macam mana nak cemerlang Add Maths waktu upper form?

Pelajar SBP dan MRSM hanya cemerlang waktu keputusan SPM saja. Kenapa waktu SPM baru boleh dapat A? Sebab waktu SPM, graf untuk dapat A perlu direndahkan kerana mengambil kira pencapaian pelajar satu negara.

Jadi, A untuk sebahagian besar pelajar SBP dan MRSM waktu SPM bukan A yang berkualiti.

+ + +

Kalau kita nak kenal pelajar SBP dan MRSM yang betul-betul bijak, kita perlu tengok result mereka sewaktu internal exams and trial exams. These are the ones yang dapat scholarship untuk belajar di US / UK.

Tapi pelajar seperti ini pandai bukan sebab belajar di SBP dan MRSM. Sebelum masuk SBP dan MRSM mereka sudah pandai. Sejak Darjah 1 mereka sudah pandai. Dan mereka pandai secara konsisten sepanjang sekolah rendah dan sekolah menengah.

Pelajar pandai di SBP dan MRSM adalah pelajar yang dibesarkan dengan parenting yang bagus oleh penjaga di rumah. Dan parenting yang bagus ini bermula sejak early childhood - 0 to 5 years old.

Kalau pelajar pandai SBP dan MRSM golongan T20 dan M40 masuk sekolah harian sekali pun, mereka tidak ada masalah untuk menghasilkan prestasi cemerlang ketika belajar di sekolah harian. Mereka akan jadi sama macam pelajar sekolah harian lain yang cemerlang.

+ + +

Masalah parents T20 dan M40 Melayu yang letak anak di asrama kerajaan bukan masalah national. Maksudnya, ia bukan masalah yang melibatkan sebahagian besar pelajar Malaysia seperti kelemahan Sains dan Matematik, kelemahan thinking skills, kelemahan soft skills, kelemahan English proficiency, etc.

Parents T20 dan M40 Melayu yang letak anak di asrama kerajaan adalah masalah yang melibatkan segolongan kecil parents saja.

Kita ada sekitar 5.3 juta pelajar daripada sekolah rendah hingga sekolah menengah. Pelajar T20 dan M40 Melayu yang bersekolah di asrama SBP dan MRSM mungkin sekitar 40,000 saja. Assuming pelajar T20 dan M40 membentuk 40% daripada pelajar SBP dan MRSM.

Tengok ratio ini: 40,000 : 5,300,000

Kalau kita ringkaskan: 4 : 530

Kita mahu selesaikan masalah 4 orang? Atau, kita mahu selesaikan masalah 530 orang?

Kita mahu selesaikan masalah 40 orang? Atau, kita mahu selesaikan masalah 5,300 orang?

Kita mahu selesaikan masalah 400 orang? Atau, kita mahu selesaikan masalah 53,000 orang?

Dengan melihat kepada ratio di atas, orang yang boleh berfikir dengan bijak nampak dengan jelas apa masalah yang perlu diberi priority.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Full Paying Patient tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 05:54 PM | Show all posts
aciksenah replied at 4-10-2024 04:46 PM
Kalau nak tau...golongan T20 dan M40 yang kutip duit untuk tolong anak2 dari kalangan b40 kat MRSM ...

Lepas ni government support 100% segala perbelanjaan pelajar miskin di SBP dan MRSM.

Tak perlu T20 dan M40 memikirkan tentang perbelanjaan B40 di SBP dan MRSM. T20 dan M40 hanya perlu fikir tentang perbelanjaan untuk anak sendiri.

Kalau betul government perlukan sumbangan T20 dan M40 untuk pendidikan B40 di SBP dan MRSM ... PMX tidak akan suruh tarik balik subsidi orang kaya yang belajar di SM Sains.

Apa yang sebahagian besar rakyat mahukan adalah ... kembalikan semula asrama kerajaan sebagai tempat belajar untuk pelajar kampung, pelajar pedalaman, pelajar PPRT dan pelajar miskin.

Ini tujuan asal SBP dan MRSM ditubuhkan berpuluh tahun dahulu.

SBP dan MRSM bukan ditubuhkan supaya T20 dan M40 membantu kos pembelajaran pelajar miskin.

SBP dan MRSM ditubuhkan sebagai solution untuk anak orang miskin belajar dengan bantuan kerajaan sepenuhnya.

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 06:26 PM | Show all posts
aciksenah replied at 4-10-2024 04:46 PM
Kalau nak tau...golongan T20 dan M40 yang kutip duit untuk tolong anak2 dari kalangan b40 kat MRSM ...

Boleh tengok kedua-dua imej di bawah.

Satu imej menyatakan yuran makan di SBP ketika tahun 2024. Jumlahnya RM 840 untuk kos dewan makan bagi sepanjang 2024.

Satu lagi imej menyatakan yuran makan di SBP ketika tahun 2021. Jumlahnya RM 543 untuk kos dewan makan bagi sepanjang 2021.

+ + +

Ini adalah tentang jumlah hari belajar:

Untuk tahun 2024 = 196 hari belajar

Untuk tahun 2021 = 181 hari belajar

+ + +

Jumlah yuran makanan yang dibayar oleh keluarga T20 dan M40:

Untuk tahun 2024 = RM 4.30 sehari (RM 840 / 196 hari)

Untuk tahun 2021 = RM 3.00 sehari (RM 543 / 181 hari)

+ + +

Parents T20 dan M40 hanya perlu membayar RM 4.30 untuk makanan anak di SBP.

Apa yang anak dapat makan di dewan makan? Jumlah tersebut meliputi:

1) Sarapan pagi
2) Minum pagi 10 am
3) Makan tengahari
4) Minum petang 4 pm
5) Makan malam
6) Supper

Bayar RM 4.30 sehari. Dapat makan 6 kali sehari.

Ini yang dikatakan parents T20 dan M40 menyumbang?

+ + +

Menurut Reezal Merican, government beri subsidi sebanyak RM 35 - RM 41 untuk kos makan di penjara bagi seorang banduan.

Kalau banduan pun boleh dapat subsidi makan sampai RM 35 sehari ... tak kan lah kerajaan tak boleh absorb 100% cost pendidikan dan kos makan untuk pelajar B40 di SBP dan MRSM.

Untuk pengetahuan, kos makanan di SBP untuk sepanjang 2021 adalah RM 1 billion.

+ + +

Ini adalah penjelasan Reezal Merican tentang kos makan di SBP pada tahun 2021. Menurut Reezal Merican, kos makanan sehari di SBP yang dibayar oleh kerajaan adalah RM 18.00. Kemudian, Kerajaan PH 1.0 merancang untuk mengurangkannya kepada RM 14.50.

Sekarang kita tak tahu apa kos makanan sehari di SBP pada tahun 2024.


Penjelasan Mengenai Pengurangan Kadar Makanan Seharian diSBP/Pengurangan Peruntukan Sekolah Berasrama - Langkah Penjimatan YangMenghukum Pelajar Melayu/Bumiputera Cemerlang

1. Berita yang menyatakan bahawa kerajaan mengurangkan kadar makanan sehariandi seluruh sekolah berasrama penuh (SBP) wajar diberikan penjelasan segera olehKementerian Pendidikan. Pengurangan peruntukan kepada RM14.50 daripada kadarasal RM18.00 seorang pelajar/sehari ini agak besar dan signifikan.

2. Pengurangan peruntukan kepada SBP dan sekolah berasrama ini bolehdiibaratkan sebagai satu langkah yang ke belakang. Kita positif dan bolehbersetuju dengan usaha Kementerian Pendidikan membuka ruang lebih besar kepadapelajar kumpulan B40 - tetapi apa yang berlaku ini menunjukkan ikhtiar kerajaanyang tidak konsisten.

3. Ramai ibubapa khuatir dengan tindakan ini. Mereka cukup khuatir jika langkahini memberikan kesan langsung kepada kualiti pendidikan di SBP dan sekolahberasrama lain. Pengurangan peruntukan mencecah RM100 juta ini dirasakanketerlaluan.

4. Ketika mana Kementerian Kewangan bersikap cukup pemurah dengan pusatpendidikan persendirian/kolej swasta; langkah untuk menurunkan peruntukan SBPini seakan mempunyai motif yang tidak munasabah. Saya yakin, ada ruangpenjimatan yang lebih wajar daripada menjadikan pelajar terbaik dihukum dengancara begini.

5. Saya menaruh keyakinan bahawa Menteri Pendidikan dapat memperhalusi semulaisu ini bersama Menteri Kewangan. Cari jalan yang lebih wajar dan munasabah.Jangan menjadikan pendidikan dan kelompok pelajar sebagai mangsa ikhtiar penjimatankewangan yang keterlaluan.

6. Secara perbandingan, KOS MAKANAN SEORANG BANDUAN DI MALAYSIA MENCECAH RM35HINGGA RM41 SEHARI. Ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Adalah sesuatuyang amat tidak wajar apabila kos pelajar cemerlang di sekolah berasrama - yangkosnya jauh lebih rendah mahu dipotong lagi oleh kerajaan.

Reezal Merican Naina Merican
Ahli Parlimen Kepala Batas



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.068172 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list