CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shimah81

Hati yang kau sakiti-(CERPEN) - tamat [U]

[Copy link]
 Author| Post time 14-5-2011 09:31 AM | Show all posts
Reply 17# cewey2

entahlaa.. dia hilang kewarasan jap.. dok layan sangat hati yang sakit tu kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-5-2011 09:32 AM | Show all posts
Reply 18# shana85


   shana85.. betul2..akak setuju apa yang awak cakapkan ni...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2011 08:44 PM | Show all posts
ohhh.. penah baca cerpen ni kat blog...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2011 07:57 AM | Show all posts
Baba tiga

“wow perfect… beautiful…damn sexy” Puji Kirana setelah selesai memekapkan Ami.

“kau memang cantik dan ayu Ami. Kecantikan kau terlindung dek pemakaian kau selama ini. Hafiz tu memang rambang matalah. Orang yang cantik macam ni dia lepaskan, pilih pula cantik plastik seperti Lisa tu” Dalam memuji Syida mencaci Hafiz.

Memang betul apa yang dicakapkan. Dengan susuk tubuh yang sederhana tinggi, dikenakan pula jeans ketat dan blaus ungu yang mendedahkan sebahagian bahunya, Ami kelihatan cantik sekali. Mungkin juga dia tidak pernah memakai baju seperti ini menjadikan dia kelihatan amat cantik.

“betul ke?” Soal Ami. Sedikit menyesal. Dia merasa tidak selesa lebih-lebih lagi dengan pandangan mata Kirana yang jatuh pada leher dan dadanya yang terdedah. Ini baru perempuan yang memandang. Kalaulah lelaki? Tak tahu apa tingkahnya pula.

“Aku rasa pasti kau akan menjadi perhatian kat kelab nanti” ujar Kirana.

“Jom… kita pergi sekarang. Zack pun  dah ada kat bawah” beritahu Syida.

Lalu mereka pun bergerak keluar dari bilik. Agar tidak terlalu ketara, sengaja Ami mengambil selendang dan berselendang menutup bahagian atas yang terdedah. Malam-malam minggu ini tidak ramai orang berada di kolej. Cuma dia perlu berhati-hati. Untuk apa hati-hati itu? bukankah ini yang dia mahukan?

        *********

Suasana malam minggu di jalan bukit bintang dan Pavilion amat meriah. Pertama kali Ami keluar malam, dia merasa teruja. Sepanjang setahun belajar di KL, inilah kali pertama dia berjalan di sini. Bagaikan siang hari, ramai orang berjalan-jalan di sini terutamanya pelancong asing. Lampu-lampu berwarna warni menghiasi jalan-jalan ini menjadikan sepanjang jalan terang benderang. Sungguh happening.

Patutlah Hafiz meninggalkan dia yang hanya tahu kolej dan dewan kuliah sahaja. Tempat-tempat seperti ini tidak pernah dijejakinya. Ah terasa mundurnya dia berbanding Lisa dan juga temannya yang dua orang ini. dia tidak pernah tahu malah tidak terdetik pun untuk keluar ke sini malam hari. Cuma apabila ditinggalkan barulah dia mengambil langkah drastik untuk keluar dari kepompong kebiasaannya mala mini.

Tidak lama kemudian kereta yang dinaiki oleh mereka berhenti di tempat letak kereta di belakang sebuah kelab malam. Keluar dari kereta Ami mengikuti Kirana dan Syida memasuki the beach club. Ami merasa takut-takut. Di dalam hati, penyesalan mula timbul. Bagaikan baru tersedar dari mimpi… Ya Allah apa yang aku sedang buat nih. Kenapa aku tidak terfikir sebelum ini. Ami memandang pakaian yang tersarung di tubuhnya itu, cukup membuatkan dia menjadi perhatian mata-mata keranjang di dalam kelab ini. hatinya mula menggigil takut. Dia jauh ditinggalkan di belakang, terpaksa pula menyelit-nyelit di celah orang ramai yang berada di dalam kelab itu.

Sesekali berpapasan, mata-mata miang tidak lepas memerhati tubuhnya bagaikan ingin menelanjanginya di situ. Ami semakin takut. Hanya beberapa minit sahaja dia berada di dalam ini sudah membuatkan dia merasa sesak nafas. Bingitan muzik yang dipasangkan terdengar amat kuat di telinganya sehinggakan mereka terpaksa menjerit-jerit untuk bercakap.

Ami mengambil tempat di sisi Syida. Dia memesan  jus oren. Manakala Syida dan Kirana tidak segan silu memesan tiger dan carlberg. Bagaikan mereka telah biasa minum minuman itu. di meja itu juga terdapat empat orang lelaki termasuk Zack yang membawa mereka ke mari. Ami memandang sekali imbas ketiga mereka yang mana dua orang dari mereka tersenyum-senyum memandangnya dengan pandangan yang amat menjengkelkan. Seperti mahu memakannya. Manakala seorang lagi kelihatan berada di dalam dunianya sendiri. hanya menegur bir di hadapannya segelas demi segelas.

“siapa dia ni?” tanya salah seorang lelaki yang berada bersama mereka yang Kirana kenalkan sebagai Ali dan Khairi, yang pendiam itu pula, Amrul Hafiz.

“roommates aku, dia tengah frust ni. Sebab itulah ikut korang ke mari”

“samalah dengan Amru tu, baru clash dengan awek ni. Boleh adjust diorang ni” balas Ali.

“Khairi kau.. ada bawa pil tak?” tanya Ali. Di dalam kepalanya ada perancangan untuk menghiburkan hati lara mereka berdua malam ini. Biarkan mereka enjoy malam ini sehingga melupakan segala-galanya.

“Ada” lalu diseluk poket seluar dan diberikan kepada Ali. Kemudian Ali memberikan satu biji kepada Kirana.

“kau gila ke? Tak nak aku. aku takkan khianati kawan aku”

“khianat apa? Kau Cuma menghiburkan hati dia yang tengah frust je. Biarkan mereka enjoy malam ni key…”desak Ali.

“tapi…..” Kirana masih lagi teragak-agak.

“tapi apa lagi… masukkan ke dalam jus dia je” arah Ali lagi.

Penangan sebiji pil menjadikan Ami hilang pertimbangan. Dia merasakan dunianya semakin indah. Sakit di dalam hatinya bagaikan sembuh di dalam sekelip mata. Dia kini terawang-awangan ditemani putera yang kacak sekali. Ami hanyut di dalam pelukan putera yang menemaninya.

Begitu juga Amru… kecewanya bagaikan hilang dan kini dia telah menemui seorang bidadari yang cantik. Yang sedang menghiburkan dirinya dan menemanibnya. lalu keduanya bagaikan hanyut di dalam dunia khayalan masing-masing. Ali tersenyum puas. Tidak salah rasanya menolong kawan melupakan seketika derita di hatikan?

Ah...Fatamorgana duniawi telah membuatkan mereka tersesat mencari jalan keluar. Keindahan yang dirasakan ini terlalu sayang untuk dilepaskan. Mereka kian  hilang di dalam dunia indah yang tiba-tiba muncul. Baru tadi dirasakan kepedihan dek kelukaan yang dilakukan oleh seseorang yang tidak pernah tahu menghargai cinta. Kini di dalam dunia yang hanya dihuni oleh mereka berdua sahaja, cukup indah, cukup mempersonakan. Mereka kian lupa diri, siapa mereka, dengan siapa mereka bersama dan di mana. Mereka terus ketawa dan ketawa.. indahnya dunia ini.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 08:26 AM | Show all posts
Abislah Ami....
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 11:25 AM | Show all posts
ciannya... Ami..... jgn sampai tergadai maruah diri....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-5-2011 08:41 AM | Show all posts
Baba empat

Pagi tu Ami bangun dengan kepala yang berat. Ahhhh sakitnya kepala ini. dipicit-picit perlahan cuba untuk mengurangkan rasa sakit ini. dia cuba bangun dan selimut yang menutupi badannya terjatuh membuatkan kulitnya di gigit suhu dingin penghawa dingin. Serta merta mata Ami terbuka luas. Di mana aku ni. Di pandang tubuhnya yang terdedah dan di angkat selimut yang menutupinya, tiada Seurat benang pun di badannya. terasa gerakan di sebelah kirinya, Ami terkejut dan ingin menjerit.

Tetapi cepat-cepat dia menutup mulutnya. Dia tidak ingin mengejutkan lelaki itu biar sesiapa pun dia. Biar apapun yang berlaku semalam. Dia tidak ingin tahu. Malah tidak ingin mengingati langsung peristiwa semalam. Semalam dia out of mine. Tidak berfikir secara waras, tidak berfikir secara lojik. Hanya menurut kat hari yang kecewa. Cepat-cepat dia mengutip satu persatu bajunya yang berteraburan di atas lantai. Cepat-cepat dia menyusup masuk ke dalam tandas untuk menyucikan dirinya.

Di bawah pancuran air, Ami menangis semahu-mahunya. Apa yang telah dilakukan ini. serta merta dia teringat wajah ibu dan ayah di kampung. Yang mengharapkan kejayaannya bukan kehancurannya. Hanya kerana putus cinta dia hilang pertimbangan. Hanya dalam satu malam dia hilang segala-galanya. Kesakitan di bahagian kemaluannya tidak dihiraukan. Memang padan mukanya. Apa yang telah berlaku salah dirinya. bukan orang lain. Dia yang bodoh. Dia yang akhirnya mengikut bisikan syaitan. Tentu sekali mereka meraikan kemenangan mereka semalam.

Tanpa Ami sedari Amru telah sedar dari lenanya ketika Ami berada di dalam bilik air. Mulanya dia tidak mengingati apa yang berlaku dan di mana dia berada, tetapi lama kelamaan dia mula mengingati dalam samar-samar apa yang berlaku semalam. Apatah lagi, dia mendengar orang sedang mandi di dalam bilik air. Dia bersama dengan seseorang semalam. seseorang yang baru dikenali semalam. Tidak berapa lama kemudian, dia mendengar pintu bilik air dibuka, terus dia cepat-cepat memejamkan matanya kembali. Ingat perempuan itu akan mengejutkannya dan meminta bayaran di atas khidmatnya semalam. Tentu sekali ini adalah rancangan Ali dan Khairi untuk menghiburkan hatinya. Fikir Amrul Hafiz

Tetapi sangkaannya meleset. Perempuan itu dalam keadaan senyap tanpa ingin mengganggunya telah pun keluar dari bilik ini meninggalkan dia seorang diri. Setelah pintu ditutup rapat, barulah Amru membuka matanya dan merenung pintu yang tertutup. dia menarik nafas panjang. Siapa perempuan itu. kenapa matanya bengkak dan kelihatan sedikit canggung pada pandangan matanya. walaupun dia berpura-pura menutup mata tetapi tetap dibuka sedikit untuk mengintip tingkah laku perempuan itu. Manalah tahu kot-kot dia mengambil dompet atau telefonnya ke sebagai pampasan. Tetapi tidak, dia seakan-akan ingin cepat-cepat keluar dari sini.

Entah berapa lama dia termenung di atas katil ini. Setelah hilang sakit kepala, barulah dia bangkit dari katil. Bilik ini berselerak dengan pakaiannya. terus dia melangkah menuju ke bilik air tetapi terhenti seketika, Amru kembali ke katil yang ditidurinya, ditarik kain selimut daripada katil, setompok warna merah jelas kelihatan di atas cadar. Amru Hafiz terduduk di situ. Apa yang telah aku lakukan semalam? Siapa yang aku tiduri semalam. Kenapa ada darah di atas cadar ini? bertalu-talu soalan menerjah benaknya. terselit perasaan bersalah di hatinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2011 08:42 AM | Show all posts
Hanya Ali dan Khairi yang dapat memberikan jawapan itu. Dia harus mencari mereka berdua. lalu cepat-cepat dia memasuki bilik air untuk membersihkan diri dan keluar dari situ. Dia harus mencari mereka berdua terlebih dahulu.

Amru memecutkan keretanya menuju ke kondo Ali dan Khairi. Mereka berdua tinggal bersama di sebuah kondo di Pandan Indah. Sampai di sana, bertalu-talu dia menekan loceng pintu. Lima belas minit menunggu barulah pintu dibuka. terus Amru menerjah masuk ke dalam rumah. Ali masih lagi dalam keadaan mamai, terpinga-pinga melihat Amru yang terburu-buru masuk ke dalam kondonya.

“Apa yang kau bubuh dalam minuman aku semalam hah?”

“Siapa perempuan tu?”

“Apa yang kau cuba lakukan hah?”

Bertalu-talu soalan dihamburkan kepada Ali yang masih lagi terpinga-pinga itu. Matanya masih lagi terasa kelat, mengantuk.

“Relax arrr... bro.. Aku cuma nak tolong kau lupakan masalah hati kau. Sebab itulah aku masukkan pil khayal di dalam minuman kau” bersahaja Ali berkata-kata. dia baru sahaja merebahkan badannya ke sofa di ruang tamu itu. Khairi mungkin masih lagi diulit lena bersama Syida. dan Kirana masih lagi tertidur di dalam biliknya.

“Bullshit. itu bukan nak tolong tetapi perangkap aku dalam masalah. bengong..” hampir-hampir Amru ingin menumbuk Ali. Hatinya terasa amat geram.

“Hei... relax arrr bro... itu pun kau nak marah ke. bukan ke kau happy semalam?”

“Happy kepala hotak kau.. kalau dah telan benda tu, dunia kiamat pun tetap happy jugak” Amru menjawab geram. Geram dengan sikap selamba Ali itu dan juga geram dengan apa yang dia lakukan semalam. Bukan boleh diulang kembali. Kalaulah tahu begini jadinya, tak mungkin dia akan mengikuti mereka ke kelab semalam.

Amru cuba bertenang. cuba mencari kesabarannya yang kian menghilang. Ali hanya memandangnya dengan wajah selamba tanpa riak rasa bersalah.

“She virgin...” Amru berkata perlahan.

“I know... memang dia gadis baik” Ah selamba lagi Ali menjawab.

“Habis tu kenapa kau sabotaj kami berdua, perangkap sehingga aku menidurinya?” Tanya Amru sambil merenung tajam. dia menggepalkan tangannya, menahan diri dari menumbuk wajah di sebelahnya itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-5-2011 08:43 AM | Show all posts
“Sebab kau pun lelaki baik. dan tak guna kau terus menangis cinta tak kesampaian kau tu. tak guna kau terus mengharapkan perempuan materialistik itu menerima kau kembali. Come Onlah. Jadilah seorang lelaki yang bertanggungjawab. Kau sudah pun dapat daranya, dan kau patut bertanggungjawab atas apa yang kau lakukan” Selesai berkata-kata Ali tersenyum memandang Amru.

“Gila.. entah perempuan macam mana dia tu. kalau dia baik, tentu dia tidak datang ke kelab itu. tentu dia tidak menggoda aku dan tidur dengan aku malam tadi” Amru cuba untuk menutupi kesalahannya.

“Dia tak salah... Semalam pun dia macam kau jugak... Jadi mangsa aku. Aku cuma nak tolong korang lupakan kesakitan yang korang tanggung untuk seketika” terang Ali.

Memang caranya salah dan semalam dia tidak terfikirkan itu semua. Saja dia ingin perdajalkan Amru tetapi setelah mendengar cerita Kirana semalam, rasa bersalah tiba-tiba muncul di dalam hati, tinggi menggunung. tidak patut dia jadikan Ami sebagai mangsanya permainannya. Pasti gadis itu semakin down setelah kejadian semalam menimpanya.

Lalu tanpa ditanya dia menceritakan segala-galanya yang diketahui daripada Kirana kepada Amru. Kekasihnya itu, walaupun sosial seperti gadis-gadis bandar yang lain, tetapi dia tidak sanggup mengkhianati kawannya. Apatah lagi sejak mereka satu bilik, Ami amat baik dengannya, tidak memandang serong dengan tingkah lakunya. Sesekali dia akan menasihati dengan kata-kata yang baik. Patutnya dia menjaga gadis itu dari dicemari tetapi entah mengapa dia mengikut sahaja kata Ali untuk memasukkan pil khayal ke dalam minuman Ami.

“Semalam setelah kami tinggalkan kamu berdua di dalam bilik tu, tiba-tiba Kirana menyesal. Puas kami ketuk pintu bilik hotel tu tetapi korang tidak bukak. Semalaman Kirana dan Syida tidak tidur, hanya pagi tadi baru mereka lelapkan mata” terang Khairi yang baru keluar dari biliknya.

“Dia gadis yang baik. lagipun kau dah ragut kesuciannya. Jadi patutnya kau bertanggungjawab”

“Mana dia? Kau tinggalkan dia begitu saja kat hotel tu?” Soal Ali setelah menyedari Amru datang ke kondonya seorang diri.

“Entah dia dah pergi... aku bangun dia dah tak ada...” Amru menghela nafas berat. Apa yang dia lakukan ini. Memang dia seorang yang sosial tetapi tidak pernah lagi meniduri mana-mana perempuan walaupun dengan kekasihnya dulu. Sekadar ringan-ringan selalu sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 08:59 AM | Show all posts
Oops, Ami mesti sedihkan..best Shimah, minta n3 lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 09:03 AM | Show all posts
benda dah jadi...
maybe lelaki tue leh bertanggung jawab...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 12:30 PM | Show all posts
sedihnya.... Amru akan bertanggung jawab??????? Amru kena bertanggungjawab...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2011 08:00 PM | Show all posts
oh..oooohmy3:   habis..habis....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2011 07:45 AM | Show all posts
“Ami tak ada kat dalam bilik. Aku tanya member bilik sebelah pun, dia cakap dia tak nampak lagi Ami hari ni. Macam mana ni Ali?” Soal Kirana risau. Setelah sampai ke kolej, dia cepat-cepat mendaki tangga menuju ke biliknya ingin menemui Ami, ingin meminta maaf darinya. Tetapi hampa, Ami tidak ada di dalam bilik, ditanya member sebelah pun, mereka tidak nampak Ami pada hari ini.

Kirana resah. begitu juga dengan Syida. mereka menyesal dengan apa yang mereka lakukan terhadap kawan mereka itu. Apabila melihat bilik ini, kosong terus sahaja dia menelefon Ali yang mungkin masih lagi berada di dalam perkarangan kolej mereka.

“Aku pusing semula, sekejap lagi aku sampai” beritahu Ali sebelum memutuskan talian. kemudian dia terus mencari nama Amru dan terus menekan untuk menelefon lelaki itu. Amru harus tahu, Ami kini hilang. tidak balik ke kolej.

“Hello.. apa dia?” Jawab Amru. mulanya dia malas mengangkat mengenangkan perbuatan membernya itu. Tetapi takut pula dia kalau-kalau ada apa-apa berita yang tidak baik tentang gadis itu.

“Ami hilang... dia tidak balik kolej. Kau datang sini. Kita kena cari dia”

“Aku datang sekarang...”Amru terkocoh-kocoh mahu keluar sehingga hampir dia terlanggar ibunya.

“haaa nak ke mana pulak tu? baru je balik dah nak keluar semula. Apa nak jadilah dengan kamu ni” bebel Umi.

“Sekejap je mi, bakal menantu umi hilang... tak balik kolej. Amru kena pergi cari dia” beritahu Amru cepat-cepat.

“Haaaa... apa yang kau cakapkan ni?” Umi terkejut. Amru lagilah terkejut dengan kata-katanya sendiri.

“Nanti baliklah Amru terangkan umi. nak cepat ni” beritahu Amru yang sedang melangkah laju-laju ke keretanya.

Mana dia ni pergi. Isyyykk kenapa nak menyusahkan aku. bukan salah aku seorang. Dia pun salah jugak. Datang tempat macam tu, kena tanggunglah risikonya. Tempat yang tak baik. Orang-orang yang berada di dalam tu pun tak berapa baik juga. Macam aku ni nih. Aku pergi sana nak lepaskan tension, bukan mencari benda -benda lain yang membuatkan aku tension lagi. Adoiiiii... Ini Ali punya kerja dengan otak yang tak berapa cerdiknya. Mengong.. aku pun makin tension. Manalah minah ni pergi. takkan pergi bunuh diri kot. ngeri pulak apabila terfikirkan pilihan orang yang tak ada akal. harap-harap dia tidak melakukan apa-apa yang akan menyusahkan orang lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2011 07:46 AM | Show all posts
Setelah keluar dari hotel, Ami berjalan tanpa arah. Dengan memakai pakaian sendat, sexy dan tidak bertudung itu, dia menjadi perhatian mata-mata keranjang yang berselisih dengannya. Ami merasa sangat malu. Kenapa begitu pendek akalnya ini. penangan cinta membuatkan dia melanggar prinsip hidupnya sendiri. impian yang ingin digapai bagaikan hilang disebalik kabus. Kakinya terus melangkah. Sesekali dia menundukkan wajahnya apabila terselisih dengan orang ramai. Sesekali dia menyeka air mata yang mengalir keluar. Dia tidak ubah seperti gadis-gadis yang lain yang hanyut di alam arus keseronokan dunia. Dia yang bodoh kerana mengikut kata hati yang luka. Kononnya ingin dibuktikan bahawa dia bukan gadis yang membosankan. Tapi hendak membuktikan pada siapa? Lelaki yang melukai hatinya? Yang memandang kaca itu bagaikan Kristal yang mahal. Padahal dia pun sudah setaraf dengan mereka sekarang ini, kaca yang kelihatan cantik dari jauh. Rupa-rupanya mudah pecah berderai apabila terjatuh.

Setelah sekian lama berjalan, Ami terduduk di atas bangku berhampiran dengan Centrel Market. Orang kian ramai sementelah matahari hampir tegak di atas kepala. Dia terasa bagaikan ditelanjangi oleh mata-mata yang memandang. Dia hilang arah. Hilang tujuan. Dia tidak tahu ke mana harus melangkah. Fikirannya kosong. Hatinya terus menangis.

“kenapa dik?” Tiba-tiba dia disapa oleh seorang lelaki yang sedang membawa sebuah gitar. Mungkin penyanyi jalanan di situ. Ami hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja. Hatinya kian sebak. Lebih-lebih lagi apabila ada seseorang yang prihatin dengan keadaannya kini.

Lalu selamba sahaja lelaki itu mengambil tempat di sisinya.

“menangis takkan akan menyelesaikan sebarang masalah. Orang kata ikut hati mati, ikut rasa binasa. Dua rangkap ini sudah cukup memberitahu kita hati dan apa yang kita rasa Cuma membawa kita ke jalan buntu.”

“Abang rasa pernah ternampak adik ni. Dulu pakai tudung kan? Kenapa hari ini lain. Kenapa pakai baju macam ni? Dari mana ni?” bertalu-talu lelaki itu bertanyakan soalan kenapanya.

Dan kenyataan yang keluar dari mulut lelaki itu membuatkan dia bertambah malu. Rupanya kewujudan dia pernah diperasan oleh orang lain. Yang dia tidak pernah kenal tetapi dia suka mendengar alunan suara lelaki ini menyanyi di kaki lima central market ini. dan mana tahu dia yang singgah seminggu sekali itu dikenali oleh lelaki ini.

Ami terus mendiamkan diri.

“tunggu kat sini. Jangan pergi ke mana-mana ye” pesan lelaki itu sebelum melangkah masuk ke dalam sebuah kedai pakaian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2011 07:47 AM | Show all posts
Tidak berapa lama kemudian dia keluar dengan satu plastik.

“nah pakai selendang ini, tutup yang mana tidak tertutup. Kecantikan seorang wanita ini bukan terletak pada rupa parasnya yang ayu atau susuk badannya yang seksi tetapi terletak pada sifat malu yang ada pada dirinya. Abang tahu kau seorang yang pandai menjaga kecantikan diri. Abang juga tahu ada benda yang membuatkan kau jadi macam ni”

“Pergi balik… ambil wuduk dan kau membaca AL-Quran dapat menenang jiwa yang sedang resah dan sedih. Jangan diikut sangat rasa hati itu. Kau jangan terlalu ikut hati kau yang terluka. Semua yang berlaku ada sebab dan akibatnya. Kau kena fikir semua itu dengan fikiran yang tenang bukan dengan hati yang luka” panjang lebar lelaki  yang membahasakan abang ini memberikan ceramah. Macam dia tahu-tahu je, penyebab mengapa dia menjadi seperti ini.

“Pergi balik” arahnya lagi. Ami menangis dan menangis… kata-kata abang ini memang betul-betul memukul hatinya. Betul dia melihat apa yang terjadi dengan hati yang luka sebab itulah dia khilaf.

‘Abang’ itu tidak menunggu lama di situ. Dengan gitar di tangannya, dia mengambil tempat di tengah-tengah laluan pejalan kaki di tepi Centre Market. Beberapa saat kemudia terdengar irama dari gitar yang dimainkannya...

Sepanjang perjalanan ini
Lembah dan lurah ku lewati
Ketenangan yang ku cari
Belum ku temui
Ku menghimpun doa bertahun
Mencari pepohon yang rimbun
Bertemu dahan yang rapuh
Tempat ku berteduh
Dulu aku sendiri
Kini masih sendiri
Hadapi hidup ini
Susah senang diri ku
Tak bertempat mengadu
Seperti burung kepatahan sayap…
Dihati kecil ku menaruh harapan…
Selagi hidup belum sudah
Aku akan terus melangkah
Ku yakin rahmat buat ku
Di hadapan menunggu…

Ami terus teresak dan termenung sendirian. Mendalam maksud lagu menaruh harapan yang dimainkan oleh Abang itu. Ami sedar sesekali mata abang yang sedang memetik gitar itu menyapa dirinya yang masih lagi terus kaku di situ.

Tak lama kemudian, Ami mengangkat muka dan bertembung pandang dengan mata Abang itu yang seolah-olah menyalurkan semangat untuknya. Dalam kepayahan dia mengukir senyum sebelum melangkah pergi dari itu. Apa yang berlaku tetap telah berlaku. Dia perlu melangkah ke hadapan. Langkah pincang ini harus dibetulkan segera. Sesal sekarang tiada gunanya jika dia terus pasif dengan musibah demi musibah yang melanda dirinya ini. Dia perlu bangkit. Semalam itu merupakan kesilapan yang terbesar dalam hidupnya. Moga-moga selepas ini, dia akan menggunakan akal terlebih dahulu sebelum mendengar kata hatinya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2011 08:39 AM | Show all posts
semoga AMI terus tabah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2011 11:25 AM | Show all posts
Ami kena terus tabah,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2011 12:53 PM | Show all posts
Hmmmm.. dia akan terus tabah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2011 01:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by Jaza2008 at 24-5-2011 14:06

Reply 39# shimah81


    next..next..next....
itu lah padahnya kalu ikutkan hati sgt....
Ami ni nak tunjuk yg dia leh join grup sosial tu..
tetapi akhirnya memakan diri sendiri....
harap2 Amru cari dan bertnggungjawab kat Ami....

“Aku datang sekarang...”Amru terkocoh-kocoh mahu keluar sehingga hampir dia terlanggar ibunya.

“haaa nak ke mana pulak tu? baru je balik dah nak keluar semula. Apa nak jadilah dengan kamu ni” bebel Umi.

“Sekejap je mi, bakal menantu umi hilang... tak balik kolej. Amru kena pergi cari dia” beritahu Amru cepat-cepat.

“Haaaa... apa yang kau cakapkan ni?” Umi terkejut. Amru lagilah terkejut dengan kata-katanya sendiri.

“Nanti baliklah Amru terangkan umi. nak cepat ni” beritahu Amru yang sedang melangkah laju-laju ke keretanya.



jawapan spontan tu dah tau dah yg Amru bukan jenis yg lepas tangan.....
pasti cinta mereka berdua ada dihati masing2...Amru-Ami.....
Good Luck Amru......


Tapikan aku masih confuse dgn tajuk tu....... ditujukan buat siapa??????

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.297126 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list