|
Salam semua...
Mohon maaf banyak2, x dpt nak letakkan n3
Insyaallah minggu depan..
Bz teramat, O/S..
Balik kena kuarantin... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sabar nak tunggu minggu depan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kita refresh balik memori utk bab lepas.
41.
Nini resah bila tiba ke penghujung minggu. Orang yang bekerja akan menanti hari tersebut dengan cerianya. Masa untuk berihat. Boleh berlengkar di tempat tidur kembali setelah mengerjakan solat Subuh, walaupun tidur setelah matahari naik tidak digalakkan. Akan menutup pintu rezeki. Tapi bila badan penat semua itu diletakkan ke tepi.
Entah kenapa Nini rasakan dua hari itu terlalu panjang. Kalau boleh dia ingin cepat kembali ke pejabat. Dulu-dulu dia tidak rasakan begitu semasa Puan Suraya ada bersama; bahkan hari tersebut paling dinanti. Tapi kini menjadi sebaliknya. Segalanya menjadi serba tidak kena. Nak berkurung di dalam bilik sepanjang hari tanpa memperdulikan Nazrin; tentulah tidak molek. Nak menemani Nazrin pula di dalam rumah yang dihuni oleh mereka berdua... perkara itu paling dielakkan... Nanti Nazrin lakukan perkara yang kurang manis kepadanya... Kurang manis? Nazrin itu suami dia, bukan orang lain... Walaupun hampir 2 minggu berlalu namun Nini masih belum mencerca perkataan "suami" di dalam jiwanya.
"Ini pagi-pagi dah termenung kenapa?" Terkejut Nini bila Nazrin melabuhkan diri di sebelahnya. Dengan selambanya dia melingkarkan tangan ke bahu Nini. Nini cuba mengelak. Bukan Nazrin tidak tahu bahawa dia rasa janggal diperlakukan begitu.
"Em... tak ada apa-apa. Teringatkan ibu..."
"Semalam baru bercakap dengan ibu di talipon. Dah rindu? Abang yang dekat dengan sayang ini tak rindu ke?" Ini yang Nini rimas... Pagi-pagi lagi dah ada keluar kata-kata romantis. Dadanya berdebar-debar dengan rasa bimbang dan tidak selesa... Lain macam pula perangai Nazrin!
"Kenapa diam ni.. " Sambil itu Nazrin membelai rambut Nini yang hitam lurus. Sempat jua dia menciumnya.
"Wanginya rambut sayang... " Nini makin mendiamkan diri. Dia rasa menggeletar dan seram sejuk seluruh badan. Datanglah idea untuk dia melarikan diri dari Nazrin. Nini semakin takut.
"Emm... Emm... A.... Abang... Nini nak ke dapur sekejap, terlupa nak tutup makanan tadi.." Dia cuba bangun dan melepaskan pautan tangan Nazrin. Namun Nazrin tidak membenarkannya. Makin kejap pegangannya.
"Itu jangan bimbang; abang dah kemaskan semuanya... Sayang boleh lupa pula!" Nini memegang dahi. Apa pasal pula idea tak menjadi ini.
"Sayang pening ke? Nak abang picitkan.." Nazrin menegur bila dia melihat tangan Nini yang melekap di dahi.
Nini menggelengkan kepala. Lain yang cuba dibuat, lain pula jadinya. Hendak saja Nini menjawab bahawa dia memang pening melihat sikap Nazrin yang terlebih prihatin pagi ini. Kalau sampai ke petang macam itu mahu dia pengsan.
"Kenapa sayang ini gelabah...Relaxlah sayang.. cuti-cuti macam inilah kita kena habiskan masa bersama.." Nazrin tersenyum melihat Nini yang serba tak kena. Comel sangat! Dapat dirasakan Nini takut-takut dengannya. Lain sungguh perangai Nini sekarang dengan Nini yang dahulu. Nini yang suka bertengkar, Nini yang suka berbalas kata mempertahankan prinsipnya dah hilang. Yang ada sekarang Nini yang baru; Nini yang agak pendiam, kurang pandai bergurau. Status inikah yang merubah Nini menjadi begitu?
Nazrin membiarkan soalan yang bermain di kepalanya begitu saja. Itu tidak penting lagi. Sekarang ini Nini telah menjadi miliknya.
"Hari ini kita keluar jalan-jalan nak sayang?"
"Nini penatlah.. " Dia ingin berihat. Ingin mencari ketenangan diri. Kalau dia keluar dan terserempak dengan Farid macammana? Dia sebenarnya ingin berbual dengan Farid. Di pejabat waktu itu amat terhad. Di rumah dia tidak mahu bercakap di hadapan Nazrin. Tambahan pula Nazrin seperti melihat pergerakannya. Talipon Nini yang diletak di atas meja akan diambilnya, seperti menyemak sesuatu.
"Nak duduk kat rumah sahaja? Abang tak kisah... Kat rumah pun macam-macam juga boleh kita buat..." Tersungging senyuman nakal di bibir Nazrin. Tangannya tidak berhenti membelai rambut Nini. Tak dapatkah Nini menghidu perasaannya yang dia begitu kasih kepada Nini? Sejak dulu lagi, sekarang ini lagilah bertambah mekar rasa sayangnya, bercampur pula rasa cinta dan kasih. Semuanya bersatu di dalam hati.
"Kita nak ke mana?" Nini inginkan kepastian. Entah kenapa kenyataan Nazrin tadi menakutkannya. Melihatkan senyuman Nazrin tadikan pun hatinya menjadi gerun.
Ah.. lelaki, lelaki juga.. Nak mengelak pun tidak boleh, hendak tak hendak dia terpaksa mengikut.
"Sayang ada terfikir nak pergi mana? Kalau ikut abang kita tengok wayang, lepas itu kita pergi ke pameran pengantin. Boleh juga dapat idea untuk majlis kita nanti..." Lagilah Nini ingin menjerit di dalam hati. Majlis nikah baru sahaja lepas, ini dah fikir majlis perkahwinan. Kenapalah Nazrin ini terlalu "advance" dalam hal-hal begini. Nini mengomel di dalam hati!
"Diam sahaja... kata orang diam itu tandanya setuju..."
"Ikut abanglah... " Dia nak buat macammana lagi. Ajakan Nazrin tidak dapat ditepis. Akhirnya dia bangun berjalan ke tangga.
"Nak ke mana?"
"Nak bersiaplah, nak pakai cantik-cantik... "
"Abang pun ikut samalah.. mana boleh Nini saja cantik, abang pun nak juga dilihat handsome. Baru padankan?" Tangan Nini diraih menuju ke bilik mereka.
" |
|
|
|
|
|
|
|
next.......nak lagi.............. |
|
|
|
|
|
|
|
cam nak lagi n3 leh x?...  |
|
|
|
|
|
|
|
As salam Azure..... ingat2 lupa cite si Nini nie... |
|
|
|
|
|
|
|
baru perasan rumah baru azure... next2 n3 |
|
|
|
|
|
|
|
Mana n3 terbaru? Nak lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
lama dah ikut crite ni...best2....tapi tak der n3 lg ke? |
|
|
|
|
|
|
|
lamanya nak ada n3........ |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih ngan cerita yang menarik 
nak tanya sikit......
- adakah nnti nini akan mencintai nazrin seperti cerita2 yg sedia ada?
- atau nini akhirnya dapat bersama farid selepas nazrin mengerti bahawa tiada cinta untuknya dari nini?
- atau watak farid di 'matikan' dan nini terpaksa menerima nazrin?
- atau timbul watak pengoda...nazrin terpikat n nini br sedar tentang cinta nazrin?
maaflah kalau terlebih tanya....  |
|
|
|
|
|
|
|
salam...
lamanya x ada cerita....
dah rindu nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah 3 hari tak masuk forum pun masih senyap lagi, Mana n3 terbaru? |
|
|
|
|
|
|
|
aik? tak der n3 lagi ke?
assalamualaikummm...ada org kat dalam?? |
|
|
|
|
|
|
|
belum ada lagi nampaknya....   |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|