YANG TERISTIMEWA - Siti Zabeha Ibrahim
Sinopsis Novel:
Sampai bila diri ini harus dijadikan sandaran buat pengubat rindu anak-anak itu? Dia ikhlas menghulur kasih, dia tulus menyulam sayang. Namun mengapa semua ini harus disalahertikan? Mengapa ada rasa kurang senang... sedang Ain dan Iman adalah amanat Nursarah buatku. Amanat yang akan aku junjung selagi terdaya. Mana mungkin aku biarkan si kecil itu dahagakan kasih ibunya. Dan selagi terdaya, seluruh kasihku tumpah buat mereka. Kerana ibu mereka adalah sahabat baikku... yang aku sayangi... yang begitu aku rindui setelah dia pergi...
Nabila sememangnya tidak mempercayai Fadhil walaupun telah berkawan lama. Sebaliknya masanya lebih banyak diluangkan kepada anak kembar Amar Mukhlis. Dan dia juga sedar sebagai seorang anak angkat, mungkin statusnya itu disenangi oleh teman lelakinya membuatkan dia tidak begitu mengambil berat akan teman hidup.
Nabila asyikin amat menyayangi kedua-dua kembar itu dan wasiat yang ditingglakan oleh Norsarah membuatkan dia menjauhkan dari Amar dan anaknya. Namun disebabkan ayah kandung Nabila hanya akan mewalikan Nabila jika dia berkahwin dengan Amar Mukhlis, akhirnya perlahan-lahan Nabila Asyikin dapat menerima kenyataan bahawa dia akan disatukan dengan Amar demi anak-anak dan keluarga tercinta.
|