Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada warga LE yang dikasihi.
{:1_136:}
Kak raudah, kak raiqah, kak lily, sis mapin, kakkin, tok, o2, momoy, ana, adif, cikpan, limo, card, lolli, pica, kak kim, nana, laici, mido, madu, yeepi ngan sape2 yang wa tak sebut nama tue..
Minta maaf juga saye ucapkan sekiranya ada yang terasa hati ke hapa diatas pelakuan wa yang tak bape sedap mata memandang. Harap dimaafkan khilaf semuanya.
Semoga lebaran yang disambut kali ini lebih bererti kepada kita semua.
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-54 juga!
selamat hari raya aidilfitri kepada seluruh umat Islam.. hari raya saya kena kerje huwaaaaa. alhamdulillah hari isnin ni public holiday tempat keje saya, sekurang-kurangnye malam raya tu dapat la bersama sanak sedara yang dicintai sepenuh hati. sempat gak la pagi raya tu berkumpul bermaafan sesama keluarga besar. tu pun kalau raya jatuh hari selasa la huhu.bestnya hari raya bila dapat berkumpul sesama sendiri setahun sekali. hari raya la buat semua kenangan zaman kecik kembali menjelma. syok nye raya bila dapat bersama sekeluarga besar.. mak ayah, tunggu kami ye..mama ngan abah cakap sabtu ni gerak. yay!!
iols juga ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa atau tersilap kata sepanjang berada di forum ni!!! & semoga raya tahun ni lebih bermakna drpd biasa!!
anak pak abu tu naik tractor ler bukan naik lori
sebab boleh tengok makwe dia angkat baja
selamat hari raya aidilfitri
saya ucapkan pada yg puasa jerr
anak mak esah tu namanyer siti
sebab gemuk… namer glamour dia fetty
pandu kereta berhati-hati
nanti boleh nengorat cetty
selamat hari raye kepade pengunjung setia board ini,Acehand,para newbies,Shahirah dan sape-sape yang mengenali kucing serta meminati kucing dengan ucapan 'di kala bercintan-cintun, jangan lupe menikmati hari raye yang hanya kunjung setahun sekali ini'...
maaf zahir dan batin semue..
sosi ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin pd semua warga LE...
moga kalian teruskn memberi sokongan pada bod LE ni
sosi memohon maaf seandainya suatu ketika dulu masa sosi aktif di bod ni ada bait bait perkataan
yang mengguris hati poremer2 lain tanpa sosi sedari
di harap segala kekhilafan itu dapat di maafkn ...
2)mak dan keluarga di kampung...mak maaf sangat tak dapat balik, macam biasa uni takde cuti
3)my loved one, my other half. i love u so much..jangan keje kuat sangat
4)kepada mod2, dan forumer CARI yang kenal atau tidak kenal aku ni
selama aku join forum ni, aku nak minta maaf kepada mana2 forumer yang telah tersinggung mahupun tersentap dengan kata2 aku sebelum ni.sesungguhnya itu bukan niat aku kerana aku tak suka sentapkan orang