CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: madeinborneo

Hantu2 dalam hidup aku...

[Copy link]
Post time 23-9-2011 04:50 PM | Show all posts
Reply 20# mohdlorong

hanatajima tu dah mati ka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-9-2011 05:44 PM | Show all posts
amboiiihh..sakan semua jadik hantu haaaa...

ginilah, sekalipun aku kedengaran berani, tapi seram tetap ada. kita ni manusia. mesti aneh kalau berkampung satu rumah dengan bukan sejenis. ().

aku selalu rasa macam ada orangtengok aku sentiasa. kalau tengah mandi, terasa ada yg tengok dari atas. aku tetap dongak. tak tahu nak jangka apa. kot la tetiba dia buat penampakan, tak ke gigil kat situ. macam mana nak cakap ehh...tak takut tapi seram.

tapi aku selalu buat2 tak nampak sekalipun ekor mata aku nampakkkkkk...sebab kalau aku buat2 terkejut, 'benda' ni macam sukahati la. dia makin2 nak tunjuk..benda ni tak lawa ok. aku terkesima sekali tu bila rupa dia sangat (aku tahu nak cerita).....sampai aku terasa2 dia ada around aku for almost 4-5 months..bayangkanlahhh hidup dalam keadaan tiba2 bulu roma ko naik..tengkuk sejuk...

dan aku sangat sakit tengkuk ngan belakang. laki aku speku aku duduk tak betul..tapi, takkan laa sepanjang2 masa aku duduk tak betul...bila aku gi masjid, jadi ringan..sampai rumah, jadi berat...

sambung cerita pasal rumah tu...aku cakap dengan owner..dia tunduk je...pastu dia kata rumah tu lama gakk kosong sebelum dia renovate. dia cuba gak stay sana, tapi 'tak serasi'..barulah aku tahu bila dia cerita, dia pernahlah duduk depan tv tengok movie malam2, ada baby dok merangkak dari dapur sampai bilik, patah semula dan lagi dan lagi...owner aku tu tak bergerak2..peluh jantan habis basah baju...mana taknya...dia kata setakat lalu-lalang, tahan laa...baby tu mata kaler putih, hidung kuar darah, bibir pecah2...scary haaaa bila baby berupa gitu.

katanya masa pembinaan dulu, indon2 yg duduk umah kongsi kat situ selalu 'main2 sesama bini mereka' (umah kongsi bini pun kongsi)...banyak laa baby2 kena tanam sekeliling kawasan. takkan le nak besarkan baby2 tu kot. memasing tanak ngaku anak memasing gamaknya.

habis cerita AMAN tu buat masa ni...

kat hiway masa aku nak mai utara ni...segala macam kereta dok hi-beam dari belakang...dekat bukit tambun tu...heran aku apahal laa...(masa tu aku ngan laki berdua je). hi-beam pastu speed lelaju...aku try toleh belakang kot2 ada yg aku 'nampak' ke..tak dak pun. tapi ada masa2 kereta jadi berat...sat2 lagi ringan....ada masa berat balik...masa berat tu siaran radio pun berpasir...

pastu aku saspek hantu laa..kata orang kalau kacau frekuensi, biasanya ada hantu...tak tau sejauh mana betulnya...tapi maybe laa agaknya orang yg selalu eksiden tu sibuk betulkan radio padahal tengah speed...aku pun macam tu laa..sibuk nak betulkan radio, nasib baik tak sondol lori rosak tepi jalan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2011 05:46 PM | Show all posts
seyes kak meden????

then now skrg ni, dok umah baru ke umah 2 lagi???
supah una x p umah ang...: ...
lalunagujiwa Post at 23-9-2011 10:29


sila buat reunion kat umah aku. ada berani kaka una?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2011 05:47 PM | Show all posts
Reply  mohdlorong

kalau gambar avvy adalah gambar TT, maka TT adalah wan khatijah
mimi77 Post at 23-9-2011 12:35



    aku comel macam wan katijah..kahhhhh (paejah elai sila jangan muntah haaa... )
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2011 05:52 PM | Show all posts
huu..best2...siap boleh nampak ekk...kalo aku,keletar kutut wooo
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2011 10:52 PM | Show all posts
Reply 1# madeinborneo


    Errr...nak teka kat mana rumah ko duduk tu... Adakah ia ... dAMANsara..??
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-9-2011 12:50 AM | Show all posts
Reply  madeinborneo


    Errr...nak teka kat mana rumah ko duduk tu... Adakah ia ... dAMANsara. ...
jjenabmatpau Post at 23-9-2011 22:52



    salah laa jenab
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2011 10:07 PM | Show all posts
pengalaman yg menakjubkn....

lagi.......?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2011 09:26 AM | Show all posts
sila buat reunion kat umah aku. ada berani kaka una?
madeinborneo Post at 23-9-2011 17:46



   kalau aku teda mengandung, nak je aku g umah ko maden!!!












































tapi haruslah ko teman aku tido, p kencing, p berak...
hwahwahwa...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2011 11:22 AM | Show all posts
cantikla rupa tt ni.. i like..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2011 01:43 PM | Show all posts
Ketika ditawarkan memasuki sekolah berasrama penuh, hati Zaliah sudah berbunga bunga.  Seronoknya tidak dapat diluahkan dengan kata kata.  Sudah lama dia menyimpan hasrat untuk memasuki asrama dan belajar berdikari si rantau orang.


  Hari pertama masuk ke sekolah tersebut, Zaliah berasa tidak sedap hati.  Pertama kali dalam hidupnya terasa demikian, namun dia tidak mengendahkannya.  Mungkin kerana terlalu seronok, ujar Zaliah didalam hati.  Matanya meligas memandang bangunan asrama yang kelihatan agak usang.  Menurut teman temannya, sekolah itu dibina dikawasan bekas markas tentera jepun.  Pelbagai kisah misteri pernah dikaitkan dengan sekolah tersebut membuatkan Zaliah seram sejuk.


  Suatu malam ketika semua penghuni asrama telah lama diulit mimpi, secara tiba tiba Zaliah dikejutkan dengan suara orang berkawat dipadang sekolah.  Dia cuba untuk melelapkan mata, namun suara itu terlalu kuat hingga menggangu tidurnya.  Sambil memejamkan mata, Zaliah membebel bebel tidak puas hati, mengharapkan suara itu senyap.  Tapi suara itu tidak juga berhenti.


  Sambil mengosok gosok mata, Zaliah lantas bangun menuju tingkap yang menghala ke padang sekolah.  "Siapalah yang pagi pagi buta dah berkawad ni?" getusnya geram.  Dengan perlahan dia membuka cermin tingkap.  Matanya yang layu terkebil kebil memerhatikan suasana padang yang lengang.  Eh, suara bukan main kuat.  Tapi mana orangnya? Desis Zaliah didalam hati.  Puas dia mencari, namun hampa belaka.


  Suasana dingin tiba tiba mencengkam malam.  Zaliah mula merasa seram.  Fikirannya mencari cari alasan logik dari mana datangnya suara itu, namun dia buntu.  Angin malam yang tiba tiba menderu ke arahnya membuatkan Zaliah kalut.  Dengan pantas jemarinya segera menutup tingkap dihadapannya.


  Bila diamati suara itu, Zaliah dapat mendengar bait bait ayat yang dituturkan.  Namun dia gagal memahaminya kerana ia tidak dlam bahasa melayu mehupun inggeris, sebalinya bahasa jepun!  Tidak menunggu lama,  Zaliah bergegas ke katilnya.  Sambil berselebung, dia cuba untuk melelapkan mata.


  Apa yang menghairankannya, tidak ada seorang pun diantara rakan rakannya yang terjaga.  Walhal suara itu begitu kuat.  Malisa, Wati, Amnah, semuanya seolah olah telah dipukau.  Belum sempat tidur lena, tiba tiba tidurnya diganggu sekali lagi.  Kedengaran jelas dicuping telinganya bunyi orang berjalan diluar dorm sambil mengheret rantai besi, seolah olah mangsa tahanan yang telah dirantai kaki.


  Hati Zaliah mula berdebar debar.  Fikirannya mula menerawang teringatkan kata kata orang tentang sekolah itu.  Sekolah yang bertapak di kawasan bekas markas jepun itu dikatakan telah banyak kali 'memakan' mangsa, namun Zaliah tidak mengendahkan kata kata   mereka kerana terlalu ingin memasuki sekolah berasrama penuh.


  BElum hilang debaran yang mencengkam dadanya, tiba tiba Zaliah merasakan bunyi tapak kaki itu berhenti dihadapan pintu dormnya.  Serentak itu kedengaran pintu dorm dibuka orang.  Jelas diruang mata Zailah sesusuk tubuh besar setinggi pintu dorm berdiri dihadapan pintu.  Tubuh Zaliah menggigil menahan rasa takut.  Hampir hampir dia terjerit tatkala sesusuk tubuh itu malengkah masuk ke dorm sambil megheret rantai besi dikakinya.


  Sambil berselubung, Zaliah dapat melihat rupa lembaga itu yang sungguh mengerikan.  Matanya terjojol keluar, kulit tubuhnya yang terkoyak disana sini dan baunya yang cukup hanyir membuatkan Zaliah hampir termuntah.  Namun dia cuba bertahan.  Mulutnya terkumat kamit membaca ayat ayat suci al Quran dengan harapan lembaga itu tidak akan mengapa apa kannya.


  Semakin lama sesusuk tubuh yang berpakaian tentera inggeris lama itu semakin hampir dengan katilnya.  Serta merta bau busuk mula menyusuk hidung.  Hatinya tambah berdebar apabila melihat lembaga itu cuba menyentuh Malisa yang tidur disebelahnya.  Dia cuba untuk bersuara untuk megejutkan temannya itu, namun suaranya seolah olah tersekat dikerongkong.


  Zaliah menjadi benar benar tidak berdaya.  Badannya terasa lemah longlai.. Syurlah ketika itu hatinya masih dapat membaca ayat ayat al-Quran.  Berkali kali lembaga itu cuba menyentuh Malisa, namun tidak berjaya hinggahlah akhirnya ia hilang begitu saja.  Manakala Zaliah pula tiba tiba pengsan tidak sedarkan diri.


  Keesokan paginya, kecoh satu sekolah apabila Zaliah tidak sedar dari tidur.  Dia terus dikajarkan kehospital untuk mendapatkan rawatan.  Zaliah begaimanapun telah sedarkan diri lewat petang itu dan dibawa pulang ke kampung untuk berubat secara tradisional.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2011 01:43 PM | Show all posts
Tersimpan misteri yang tak terungkap

  "Abang dah jumpa rumah yang sesuai untuk kita.  Kalau tak ada masalah, hujung bulan ni kita pindah.  Rasanya sesuai untuk kita berdua.  Kalau ada saudara mara yang datang pun senang sebab rumah tu besar," ujar Amil kepada isterinya, Niza.

  "Rumah kat mana bang.  Senang ke saya nak pergi kerja," tanya Niza membalas cakap suaminya.  "Di kampung seberang.  Sewanya pun murah, RM400 sebulan.  Rumah ters dua tingkat.  Masa pusing pusing di kampung seberang, abang ternampak papan tanda rumah untuk disewa.   Tuan rumah pun tak banyak tanya, terus sahaja setuju bila abang cakap nak sewa.   Malah dia tak minta pun dulu duit pendahuluan macam orang lain.  Lagipun tak seronoklah dududk dirumah mak.  Sekurang kurangnya kita perlu berdikari," jelas Amil bersungguh sungguh.

  Baru sebulan berkahwin, sememangnya Amil mahu hidup berdikari.  Dia tidak mahu menyusahkan keluarga mertuanya apabila tinggal bersama.  Lagipun dia perlu suasana yang tenteram kerana kerjaya sebagai pelukis membuatkan dia lebih senang berseorangan agar ilhamnya lebih kreatif.  Cukup bulan, pengantin baru ini menganbil keputusan berpindah rumah.  Biarpun keluarga mertuanya tidak berapa bersetuju tetapi selepas menjelaskan sebab sebabnya, mereka mengizinkan tambahan pula mereka bersetuju untuk untuk sekerap mungkin balik menjenguk keluarga mertua.

  Seharian mengemas, menyebabkan Amil dan isterinya keletihan malam itu.  Dia tidur agak nyenyak tetapi malangnya mata Niza tidak juga mahu lelap.  Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena, dadanya rasa berdebar debar yang alang kepalang.  Sejenak dia memusingkan tubuhnya, suaminya tidur begitu nyenyak sekali, siap berdengkur.  Puas dia mengiring, kiri dan kanan, malangnya matanya tidak mahu lelap. Sejenak Niza bangundari perbaringannya, dia mahu minum air bagi menghilangkan dahaganya.  Semamsa dia mahu meneguk air, serentak itu satu bunyi dentuman pintu agak kuat berbunyi.  Dia menjerit ketakutan.  Matanya meliar.  Puas dia memangdang kiri dan kanan.  Puas hatinya berfikir, kenapa pintu bilik air berdentum kuat sedangkan bukan ada angin yang bertiup.  Meremang bulu romanya, segera dia minum dan bergegas naik ke tingkat atas.  Suaminya masih lagi tidur selena lenanya.  Malam itu sepicing pun dia tidak dapat melelapkan matanya.

  "Kenapa mata sayang nampak sembap.  Tak lena tidur ke dududk rumah baru," gurau suaminya.

  "Entahlah bang, mata Niza tak boleh lelap walaupun seketika.  Rasa macam ada mata yang mengintai dan melihat apa yang kita buat.  Malam tadi pun masa abang tengah nyenyak tidur, Niza turun kebawah untuk minum air.  Tak semena mena pintu bilik air berdentum tertutup dengan sendiri.  Niza rasa tak sedap hatilah bang tinggal di sini," jelasnya.

  "Ada ada sajalah Niza ni, abang tak ada rasa apa yang ayang rasa.  agaknya ayang tak biasa lagi kot, tinggal dirumah baru.  Hah! Kalau ada hantu nak kacau, kejutkan saja abang, tahu lah abang kung fu dia," gurau Amil sambil menunjukkan gaya kung fu nya.

  "Hah! Abang ingat nak keluar hari ni, ada urusan dengan Hamid.  Dia nak bincang mengenai pameran lukisan secara solo dengan abang.  Insyallah, kalau jadi projek ni, nampak gayanya kita berbulan madu diluar negara lah," gurau amil lagi bagi menyedapkan hati isterinya.

  "Abang balik tak tengahari ni.  Kalau balik saya nak masak lebih, nanti tak adalah nak membazir sangat."

  "Insyallah, kalau bincang habis cepat, abang balik cepat," guraunya lagi.  Malam itu, sekali lagi Niza tidak dapat lagi melelapkan matanya.  Puas dia berpusing kiri dan kanan dan ketika mahu turun ke tingkat bawah, dia nampak bayang bayang seorang kanak kanak kecil sedang melompat lompat ruang tengah rumah.  Gementar hatinya.  Mana ada budak kecil tinggal disini, fikir hatinya.  Serentak itu, dia menggigil ketakutan dan pantas berlari mengunci bilik tidurnya.

  Gangguang demi gangguan dialaminya setiap hari sehingga Niza jatuh sakit.  Jika hari sebelumnya dia ternampak bayang kanak kanak melompat lompat diruang tamu rumah, kali ini dia terpandang satu wajah yang mengerikan.  Dengan lidah yang terjelir dan rambut kusut masai, wajah mengerikan itu terus memandang dirinya.  Niza meracau racau apabila terpandang wajah hodoh itu.  Puas suaminya meminta bantuan bomoh tetapi semuanya mengaku kalah kerana rumah yang mereka duduki itu agak keras.  Seorang kawan memperkenalkan dirinya dengan Ustaz Amran.  Tiga hari tiga malam ustaz Amran mengubati isreinya dan alhamdulilah, sembuh sepenuhnya.  Mengikut Ustaz amran, roh wanita yang telah dilihat Niza telah lama berkeliaran di rumah tersebut kerana membunuh diri disebab kan tidak tahan didera suaminya.  Dia telah nmengelar pergelangan tangan anak kecilnya yang berusia tiga tahun kerana tidak tahan dengan sikap suami yang main kayu tiga.

  Patutlah tuan rumah segera meyewakan rumah itu kepada Amil tanpa banyak soal.  rupanya tersimpan misteri yang tidak terungkap sebelum ini.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2011 01:44 PM | Show all posts
kanak kanak hodoh dilorong sepi

  Lorong itu sememangnya menjadi laluan aku setiap kali pulang dari tempat kerja.  Bermacam macam aku mendengar cerita tentang lorong sunri ini.  Ada yang kata jumpa pontianak lah, jumpa hantu raya lah, dan macam macam lagi lah.  Namun sudah hampir 10 tahun aku menggunakan laluan tersebut belum pernah pun aku berhadapan dengan benda benda seram.  Ramai yang sudah terkena menasihati aku untuk tidak lagi menggunakan jalan tersebut,  tetapi oleh kerana aku yakin tidak apa apa yang berlaku aku mesih menggunakan jalan tersebut setiap kali pulang dari kerja.  

  Aku berkerja sebagai operator pengeluaran disebuah kilang dan waktu berkerja aku sememangnya telah ditetapkan bermula dari pukul 4.00 petang dan pulang pada pukul 1.00 pagi.  Laluan itu pada mulanya banyak juga kereta yang lalu lalang, tetapi makin hari makin sikit kerana cerita cerita yang disebarkan.  Namun aku tetap akan menggunakan laluan tersebut lenih dekat dengan rumahku.  Ramai yang kata aku berlagak kerana masih berdegil menggunakan jalan tersebut.  Sebernya aku tiada pilihan lain kerana jalan kerumahku selain daripada jalan tersebut sangat jauh.

   Pada suatu malam selepas habis kerja aku seperti biasa menggunakan lorong tersebut.  Namun sebelum sampai disitu aku seperti merasakan sesuatu yang tidak kena.  Hatiku berdebar dan rasa tidak menentu.  Pun begiru aku tabahkan hati.  Sampai dilorong tersebut kelihatan seorang wanita ditepi jalan seperti menanti kenderaan untuk menumpang.  Timbul keinginanku untuk menolong.  Namun aku tidak terus berhenti sebaliknya memperlahankan kereta untuk mencari kepastian.  Tiba di depan wanita itu, dia hanya diam dan tidak menahan kereta untuk menumpang.  Melihat wajahnya seperti ada satu keganjilan.  Fikiran ku mula menerawang, manusiakah atau hantu wanita didepanku ini.  Seperti memahami apa yang aku fikirkan, wanita itu melemparkan senyuman menyeramkan kearahku.  Apalagi kereta terus  kupecut tanpa berani menoleh lagi.  Tetapi semakin aku berusaha memecut laju terasa semakin perlahan keretaku bergerak dan tanpa semena mena didepanku melintas seorang kanak kanak.  Ini mebuatkan aku terpaksa menekan brek secara mengejut.

  Keadan brek yang kuat itu sedikit pun tidak mengejutkan kanak kanak itu sebaliknya dia semakin seronok bermain lalu lintas dihadapan keretaku yang sudah berhenti itu.  Dalam hati, hanya tuhan yang tahu betapa takutnya aku.  Untuk mengugurangkan rasa takut itu, aku berusaha membaca ayat ayat suci Al-Quran mana yang tahu.  Dalam pada mulutku terkumat kamit itu, tiba tiba kanak kanak tersebut menekap wajahnya wajahku didepan cermin keretaku.  Wajahku begitu hodoh dan begitu sukar umtuk dibayangkan.  Tubuhku terasa longlai namun semangatku masih bersisa.  Dengan sisa semangat itulah aku berusaha menghidupkan semula enjin kereta, agar aku boleh segera sampai kerumah yang tak sampai beberapa meter sahaja lagi dari lorong itu.

  Puas menghidupkan enjin tetapi kereta tetap tidak mahu bergerak.  Aku melihat semakin banyak kelibat makhluk makhluk halus disekitar lorong dan tempat keretaku berhenti.  Kerana tidak mahu terus menerus dalam keadaan seperti itu, aku nekad turun dari kereta dan membuka tempat enjin.  Aku mencuba cuba apa yang tahu dan kembali ke kereta.  Kali ini apabila enjin dihidupkan kereta boleh bergerak semula.  Tanpa menoleh lagi dan dengan laungan Allahuakhbar aku meninggalkan lorong itu.

  Sebelum masuk ke perkarangan rumahku, tiba tiba aku melihat susuk tubuh wanita dilorong tadi sedang mendukung kanak kanak yang melintas didepanku itu.  Aku benar benar panik.  Mengekori akukah mereka?  Dan tanpa aku sedari aku membunyikan hon kereta sekuat hati sehingga rumahku terang benderang keraba semua penghuni rumah terjaga dan bangun untuk melihat apa yang berlaku.

  Ketika ayah menghampiriku, aku benar benar sudah tidak bersemangat lagi.  Aku dibawa naik kerumah dan tubuh tiba tiba menjadi panas.  Aku demam selama tiga hari dan menurut ibu setiap kali tertidur aku meracau racau.  Ayah memanggil seorang uztaz untuk memeulihkan kembali semangatku.  Kejadia itu benar benar memberi kesan kepada rakan rakan yang datang melawatku dirumah semuanya aku ceritakan mengenai pengalaman ngeri itu.  Dan itulah kali terakhir aku melaui lorong misteri itu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2011 01:44 PM | Show all posts
zakuan terkulai dalam pelukan pontianak

  Zakuan memang terkenal dengan sikapnya yang suka berfoya foya.  Walaupun dia masih menuntut, namun dia ligat keluar berhibur dipusat pusat hiburan bersama kawan kawannya.  Telah banyak gadis yang telah dikecewankannya.  Malah Zakuan pernah merosakkan beberapa orang gadis yang keluar dengannya.


  Nama Zakuan sering meniti bibir setiap gadis.  Semua gadis dikolejnya ingin berdampingan dengan Zakuan, meskipun mereka tahu, Zakuan hanya suka berfoya foya.


  Peperiksaan semestar telah pun berakhir.  Zakuan memang merancan untuk berfoya foya dengan teman wanitanya dipusat pusat hiburan selepas agak lama dia terkurung mengulangkaji pelajaran.

  Malam itu, Zakuan telah berjanji dengan Erni untuk berhibur dipusat kegemaran Zakuan.  Erni bukanlah gadis pertama yang dikenali Zakuan.  Sudah banyak gadis yang 'rosak' gara gara sikap Zakuan yang suka mengambil kesempatan diatas kelemahan kaum hawa.  Zakuan bercadang untuk meniduri Erni pada malam itu.  Tapi malangnya Erni membatalkan 'datenya' dengan Zakuan kerana terpaksa pulang ke kampung.


  Walaupun agak hampa, Zakuan gagahkan juga untuk bersiar siar seorang diri ditengah tengah kepekatan malam.


  "Bosannya malam ni.  Tak tahu nak buat apa," rungut Zakuan.  Jam sudah menunjukkan ke angka 2 pagi.  Setelah jemu ronda ronda sambil menikmati keindahan ibu kota yang bermandikan cahaya lampu, Zakuan menga,bil keputusan untuk pulang sahaja kerumah.


  Samnbil mendengar alunan muzik,  Zakuan berkira kira mengajak teman wanitanya yang lain untuk diajak keluar pada malam esoknya.  Sedang asyik memandu, Zakuan terpandang seorang gadis cantik menahan keretanya.


  "Ini sudah bagus.  Macam mata mengantuk disorongkan bantal pulak," bisik hati kecil Zakuan.


  "Abang boleh tumpangkan saya tak.  Saya terlepas bas.  Tolonglah saya abang," rayu gadis itu.


  "Boleh apa salahnya.  Cepatlah naik.  Lagipun hari nak hujan.  Nanti kalau kena hujan, demam pula."


  Zakuan sempat menjeling pada gadis itu.


  Wah, seksi jugak gadisni.  Hmmm... ada peluang lah aku 'makan besar' malam ni, Zakuan mula terfikir niat jahatnya.


  "SAudari ni dari mana sebernarnya.  Tak takut ke keluar sorang sorang macam ni."


  "Saya dari kelas tuisyen.  Tapi saya keluar agak lewat malam ni.  Sebab tu saya terlepas bus.  Nasib baik ada abang," jeling gadis itu kearah Zakuan.


  Emmm...ini sudah bagus.  Respon baik nampaknya awek sorang ni.


  Mungkin kerana terlalu letih, gadis itu terlena di sebelah Zakuan.  Mata Zakuan liar memerhatikan batang tubuh gadis itu.


  Kalau aku dapat awek ni, memang bagus.  Zakuan mula mengatur strategi untuk meperdayakan  gadis itu.


  Pelan pelan, tangannnya mula merayap diatas paha gadis itu.  Gadis itu tiba tiba tersedar dari tidurnya.  Anehmya, gadis itu tidak membantah.  Sebaliknya tersenyum memandang Zakuan.


  Zakuan pun apa lagi, mulalah menjalankan operasinya untuk terus mengoda gadis itu supaya dapat meragut kesucian gadis itu.


  Setiap tindakan Zakuan pasti akan dibalas oleh gadis itu dengan rakus, serakus Zakuan.  Kerana tidak dapat mengawal kenderaannya dengan baik, Zakuan telah mengambil keputusan untuk berhenti ditepi sebuah lorong untuk memuaskan nafsunya bersama gadis itu.


  Entah bagaimana tiba tiba marasakan rangkulan gadis itu semakin kasar.  Lehernya dirasakan seperti ditusuk benda tajam.  tiba tiba Zakuan terbau hanyir darah.  Zakuan cuka meleraikan rangkulan gadis itu dari tubuhnya namun dia gagal.


  Zakuan agak kehairanan kerana kekuatan gadis tu amat luarbiasa.  Mustahil seorang gadis mempu mengalah kekuatan seorang lelaki.


  Pelukan gadis itu semakin melemaskan Zakuan.  Zakuan seolah olah sesak nafas.  Tiba tiba Zakuan merasakan ada darah segar mengalir dari lehernya.  Gadis yang cuba diperdaya oleh Zakuan itu  bertukar wajah ,enjadi hodoh.  Kulitnya menggerutu dan mengeluarkan lendir yang meloyakan tekak.


  Gadis itu ketawa menggilai, membuatkan bulu roma Zakuan tegak berdiri.  Zakuan ketakutan.  Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan saat itu.  Hendak minta tolong, siapa yang akan lau dilorong gelap itu, pada malam malam buta begitu.


  Zakuan tidak mampu melarikan diri dari cengkaman makhluk hodoh itu.  Saat itu, Zakuan hanya mampu berserah pada tuhan.  Zakuan mula menyesali kelakuannya selama ini yang suka memperdayakan golongan wanita.


  Bau busuk dari tubuh dan wajah makhluk itu mebuat Zakuan hampir termuntah.  Zakuan cuba menjerit meminta tolong.  Namun dia dapat merasakan suaranya seolah olah tersekat dikerongkong.


  Dalam keadan penat itu Zakuan sempat membaca beberapa ayat ayat suci Al-Quran yang masih diingatinya.  Tiba tiba zakuan rasakan pandangan nya semakin kelam.  Zakuan semakin sukar untuk bernafas.  Selepas itu Zakuan langsung tidak ingat apa apa lagi.


  Apabila Zakuan membuka matanya, dia dikelinglingi oleh kedua ibu bapanya dan sahabat handai.  Menurut ibunya,  Zakuan ditemui pengsan didalam kereta oleh pemandu yang lalu dikawasan itu.


  Zakuan pengsan selama 3 hari.  Selepas dibenarkan keluar dari hospital,  Zakuan berazam untuk mengubah cara hidupnya.  Dia berazam untuk tidak lagi memperdayakan kaum wanita.  Zakuan menanam tekad untuk memulakan hidup baru selepas pengalaman seram dan ngeri yang dialaminya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2011 01:44 PM | Show all posts
Cerita ini berkisar tentang sekumpulan anak muda yang besuti disebuah pusat peranginan.  Kumpulan yang melibatkan tiga orang lelaki dan dua orang wanita itu mengambil keputusan bercuti setelah sekian lama memerah tenaga bekerja tanpa henti.  Selain berehat, mereka juga mahu bermain di taman tema yang terdapat disitu.


  Setelah sampai disana, kumpulan tersebut pun mengambil keputusan berpecah.  Masing masing berpasangan.  Ada yang terus ke tempat permainan dan ada pula yang mengambil keputusan untuk mengisi perut.


  Lily dan May, antara ahli kumpulan tersebut adalah diantara mereka yang mengambil keputusan untuk terus bermain.  Sudah tidak sabar sabar lagi rasa hati mereka untuk merasai setiap permainan ditaman tema tersebut.  Bukannya apa, selama ini mereka hanya mendengar cerita cerita orang sahaja.  Kini tibalah masa untuk merasainya pula.


  Setelah penat bergembira dan menghabiskan tenaga, sebahagian dari anggota kumpulan ini pun mengambil keputusan balik ke bilik hotel untuk berehat.  Namun begitu, Lily dan May seperti tidak puas.  Mereka tetap juga bermain.  Setelah taman tema itu hendak ditutup, barulah mereka berganjak dari situ.


  Sewaktu mereka berdua keluar dari taman tema tersebut jam telah menunjukkan pukul 2 pagi.  Disebabkan masih ada lagi orang diluar taman tema tersebut, maka Lily dan May juga mengambil keputusan berbuat sedemikian.  Mereka pun mengelilingi kawasan luar taman sambil menyedut udara tengah malam.  Apabila letih, mereka akan berhenti minum.


  Apabila merasakan kaki sudah lenguh dan mata pulak sudah mengantuk, Lily dan May mengambil keputusan untuk balik ke bilik hotel.  Didalam perjalanan pulang kehotel, pasangan kawan karib ini terpaksa melalui sebatang jalan yang sunyi.  Ditepi jalan tersebut terdapat sebatang pokok.  Pada waktu siang pokok tersebut seperti pokok pokok biasa.  Namun apabila malam menjelang, terasa ngeri apabila melihat pokok tersebut.


  Apabila mereka melintasi pokok itu, tiba tiba sahaja mereka terdengar seperti suara memanggil nama mereka.  Siapa pula yang tiba tiba sahaja memanggil itu.  Setahu mereka, tidak ada seorang pun yang mereka kenali disini.  Kecualilah jika kawan kawan lain yang datang bersama tiba tiba mengambil keputusan mengenakan mereka berdua.


  Lily dan May mengelilingi pokok tersebut untuk mengetahui sama adaterdapat kawan kawan mereka menyorok disebalik pokok.  Puas keliling tetapi seorang pun mereka tidak berjumpa.  Penat memusing dan setelah pasti tidak ada orang yang mengacau, Lily dan May membuat keputusan meneruskan perjalanan.  Namun begitu, didalam hati mereka merasa takut.


  Tiba tiba, nama mereka dipanggil semula.  Ini membuatkan Lily dan May berpaling semula melihat pokok tersebut.  Apabila sahaja mereka berpaling, tiba tiba sesuatu yang tidak disangka sangka berlaku.


  Mereka seperti tidak percaya apabila melihat apa yang berada dicelah celah dahan pokok tersebut.
Kelihatan beberapa dozen kepala seperti sedang bergayut didahan dahan pokok.  Apa yang lebih mengejutkan ialah kepala kepala tersebut berlumuran darah dan keadaan wajah kepala tersebut mengerikan.  Mata tersembul keluar dan dan mulut berlumuran darah.  Dalam keadaan sedemikian, suara yang memanggil nama Lily dan May seperti semakin kuat dan dekat dengan telinga mereka.


  Dalam keadaan terkejut dan ketakutan, kedua duannya berlari balik ke hotel.  Sampai sahaja mereka disana, mereka terus menceritakan apa yang mereka alami kepada kawan kawan yang lain.  Terkejut kawan kawan apabila mendengarkan cerita tersebut.  


  Berikutan dengan rasa takut dan terkejut, Kedua dua wanita ini jatuh sakit pada keesokan harinya.  Lantaran itu mereka telah dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.  Akibatnya Lily dan May menjadi seorang yang amat penakut.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2011 01:45 PM | Show all posts
Seorang gadis yang duduk dibelakang kelas sudah pun mula berkemas kemas sambil menguap beberapa kali kerana mengantuk.  "Sudahlah Milah, aku pun sudah penat.  Tinggal kita berdua sahaja.  Aku rasa aku nak balik keasnara, nak baring baring diatas katil.  Marilah temankan aku balik kerana aku takut hendak balik seorang diri."

   Milah tertawa kecil,"Engkau ni Nona, anak dara dah besar panjang pun masih takutkan gelap.  Apa yang nak ditakutkan.  Kalau engkau takut, engkau serukan sahaja nama abang Guard.  Tentu dia datang berlari,"Abang datang!!! abang datang!!!"  Ahhh.....Tunggulah aku sekejap lagi.  Aku nak habiskan bab tiga ini sedikit lagi."

  "Hai! Jaga sikit mulut kau itu.  Jangan cabul sangat.  Engkau jangan tak tahu yang bangunan ni keras sedikit.  Nanti jangan kerana pulut santan binasa," ujar Nona.  "Lagipun kalau hujan nanti habis basah, susahlah kita nanti,"sambungnya sambil memuncungkan bibirnya.

  Nona melambaikan tangannya sambil memasukkan buku ceritanya ke dalam beg galasnya.  Tiba tiba kedengaran bunyi tapak kaki bergema dilaluan pejalan kaki, memecah kesunyian malam.  Nona menutup mulutnya terperanjat hampir menjerit, perasan takut jelas terbayang dimatanya.  Milah dan Nona berbalas pandangan, masing masing tertanya tanya siapakah yang datang kekelas di tengah tengah malam sebegini.

  Masing masing merenung kearah pintu masuk, debaran jantung berdegup kencang seolah olah baru sahaja tamat berlari 100 meter.  Bunyi tapak kaki itu semakin kuat, menghampiri kelas mereka berdua.  Sebentar kemudian, bunyi keriukan pintu kelas sebelah dibuka orang kedengaran.  Nonan sudah pucat ketakutan, segera dia menerpa ke arah Milah dan memegang tangan Milah dengan erat.

  "Dam!" Bunyi dentuman pintu ditutup pula kedengaran.  Milah dapat merasakan darah nya berderau, dia menyesal kerana terlalu selupar sebentar tadi, sementara Nona pulak jika ditoreh mukanya pun tidak keluar darah.  

  Perasan seram menyelubungi mereka berdua apabila bunyi tapak kaki itu kembali kedengaran semakin kuat dan semakin kuat.  Tiba tiba...

  "Wah! Kuat belajar nampaknya Milah, Nona."

  Mereka berdua tersentak apabila disapa dari arah belakang.  Milah dan Nona berpaling kearah belakang mereka.  abang guard yang mereka kenali hanya sebagai Abang Hassan kelihatan sedang tersenyum sambil melambai kearah mereka berdua daripada arah luar tingkap.  Dia berjalan lurus ke hadapan.

  Milah menarik nafas lega,"Abang Hassan ini takut takutkan kami sahaja.  Nyaris kami tidak mati ketakutan.  Nona ni sudah nak pengsan sakit jantung, abang hassan tahu tak..."kata Milah sambil berpaling kearah Nona.

  "Kalau Nona hendak boleh abang Hassan temankan,"ujar abang guard itu sambil ketawa kecil.  Muka Nona semakin pucat ketakutan.  Suaranya terkunci, bisu, kelu, hanya gelengan kepalanya yang pantas sahaja menjawab pelawaan itu.

  Abang guard itu terus berlalu dari situ, hanya bunyi ketawa kecilnya yang kedengaran.  Sekali sekala bunyi lolongan anjing memecah kedegaran.  Nona masih terpaku membisu disitu ketika Milah berkemas kemas barangnya.

  "Engkau ni kenapa takut sangat.  Itukan abang Hassan, jangan lah sampai tak boleh berenggang dengan aku," kata Milah, terganggu dengan perangai kawannya yang nampaknya masih tidak dapat mengawal perasaan takutnya dan terus sahaja menggenggam kemas lengannya sehinggakan dia berasa sukar hendak berkemas.

  Nina hanya diam membisu dan menggelng geleng kan kepalanya apabila ditegur sebegitu tanpa melepaskan genggaman tangannya dari lengan Milah.

  Sepanjang perjalanan mereka ke asrama, Nonan masih terus menggengan erat tangan Milah menyebabkan Milah tertanya tanya kenapakah Nona begitu takut, tetapi Nona hanya mendiamkan dirinya walaupun ditanya beberapa kali oleh Milah.  Bosan dengan perangai Nona dan dia pun masih merasa agak cemas, dengan kajadian yang baru berlaku tadi, Milah berhenti bertanya dan mereka berdua terus kembali ke asrama ubtuk tidur.

  Keesokan harinya Milah tak sabar sabar lagi untuk menceritakan kejadian semalam kepada kawan kawannya yang lain.  "Engkau tahu, Nona ni pucat lesi mukanya, kalau diguris dengan pisau pun tidak berdarah bila abang hassan tawarkan hendak temankan dia," cerita Milah sambil disa,but dengan deraian tertawa oleh rakannya yang lain.  Nona hanya mendiamkan dirinya, ternyata masih belum pulih dari perasan terkejutnya itu.

  "Kalau aku tentu aku sahut tawaran abang Hassan itu," sambut Elita sambil teryawa kuat.

  "Tak sangka Nona ni penakut orangnya," celah Roasmah pulak.

  Muka Nona berubah menjadi meraj menyala dengan perasaan marah.  "Engkau orang jangan celupar sangat.  Bukannya nama kau yang dia panggil.  Cuba engkau tengok sebelah kanan kelas kita ini.  Bukan ke tidak ada tempat berjalan kaki.  Kalau betul abang Hassan yang tegur aku dan Milah, Macam mana dia berjalan disebelah situ kalau dia tidak boleh terbang.  Bukankah kelas kita ini ditingkat tiga.  Yang si Milah nie pun bingung sedikit, perkara seperti itu pun tidak perasan.  Aku yang sudah hendak terkencing pun dia mana tahu, bukannya nama dia yang diseru seru.  Ha! Kalau betul engkau hendak dia temankan kau orang, datanglah kekels malam ini.

  Seluruh kelas terdia mendengar kata Nona, wajah Milah bertukar menjadi pucat sepucatnya.  Masing masing berebut rebut neluru ke arah tingkap sebelah kanan untuk memastikan kebenaran kata kata Nona itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2011 01:46 PM | Show all posts
"Wow, seminggu kita cuti ni! Seronok betul.  Ada sesiapa boleh bagi idea apa kita nak buat cuti nanti?" tanya Zul kepada dua sahabatnya, Adly dan Iman.  


  "Apa kata kita pergi memancing.  Kita boleh memancing kat kolam, sungai ataupun tepi laut.  Cuti seminggu ni, banyaklah tempat kita boleh pergi," kata Adly.

  Bersinar sinar mata sahabat sahabatnya apabila membayangkan activiti activiti mereka nanti.  Sememangnya ketiga tiga sahabat ini kaki pancing.  Kali ini mereka memilih untuk memancing ditepi laut dahulu sebelum ketempat tempat lain lagi.  Mereka bercadang bermalam disana sekali.  Kawasan yang dipilih jauh dari tempat tinggal orang ramai dan jauh dari bunyi  bising dan tiada gangguan.

  Perjalanan mereka bermula kira kira pukul 2.00 petang kerana masing masing ada hal untuk diselesaikan pada pagi itu.  Mereka menyanyi-nyanyi riang sambil menikmati kehijauan alam dikiri kanan jalan.  Entah mengapa tiba tiba sahaja Adly berpeluh apabila kereta mereka yang mereka naiki melalui kawasan perkuburan islam yang agak lama dilereng bukit.  Badannya terasa panas tiba tiba.  Jantungnya berdegup kencang.  Tidak tenteram rasa dihatinya.  Namun dibukukan rasa hatinya daripada pengetahuan sahabat sahabatnya.  Bimbang nanti diketawakan mereka.

  "Eh panaslah.  Boleh kau pasang aircond tu kuat sikit tak?" kata Adly pada zul yang duduk disebelah tempat pemandu.  Terkebil kebil Zul melihat Adly yang tiba tiba sahaja naik angin tak tentu pasal.  Pelik.  Penghawa dingin yang dipasang ini pun sedah cukup kuat.  Tambahan pulak, cuaca diluar mendung sahaja.  Tak terasa pulak panasnya.  Namun, diturutkan sahaja permintaan Adly itu.

  Sesampai sahaja mereka ditempat yang dituju, masing masing sibuk mengeluarkan peralatan khemah, bahan makanan dan jugak peralatan memenacing mereka.  Setelah selesai memasang khemah dan mengumpul ranting kayu untuk dibuat unggun api, masing masing melepaskan  lelah sambil menikmati angin petang.

  Tiba tiba Adly bersuara,"Zul, Iman, aku rasa tak sedap hatilah.  Jom kita balik.  Lagipun, tempat ni, menyeramkanlah."

  "Ish kau ni! Belum ada apa apa lagi kau dah takut, hah hah hah.  Relaxlah, tenpat nie ok je.  aku dah survey dulu dah sebelum datang sini," sahut Iman sambil mentertawakan Adly.  Mendengar pangakuan sahabatnya itu, Adly berasa sedikit tenang.

  Ketiga tiga sahabat ini begitu asyik memancing sehingga tidak sedar hari sudah jauh malam.  Sedang asyik memancing, tiba tiba satu lembaga putih melayang didepan Iman.  Kecut perut Iman bila terpandangkan lembaga tersebut.  Ditoleh kiri dan kanan melihat Zul dan Adly.  Masing masing masih leka dengan pancing mereka.

  "Tak ada apa apa kot.  Dia orang tu relax je.  Kalau betul pun 'benda' tu, takkan diaorang tak nampak kot.  Bukan jauh sangat tenpat aku dengan dia orang.  Lagipun malulah aku kalau aku mengadu dekat dia orang," bisik Iman menyedapkan hati sendiri.

  Sekali lagi Iman dikejutkan dengan lintasan lembaga putih didepannya.  Kali ini, Iman dapat lihat dengan jelas muka lembaga tersebut.  Terasa bagaikan hendak gugur jantungnya melihat wajah lembaga yang mengilai dihadapannya.  Matanya merah dengan gigi taring berlumuran darah jelas merenung Iman bagaikan menghadap makanan yang lazat.

  Antara takut dan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya, Iman menggosok gosok matanya.  Ditoleh ke kiri, didapati Adly sudah tiada.  Ditoleh ke kanan, Zul juga dah tiada.  Kali ini, Iman betul betuk takut.  Tanpa membuang masa, Iman menarik tali pancingnya dan mula menghayun langkah pulang ke khemah mereka.

  Terasa berat kakinya melangkah.  Peluh sudah mula membasahi bajunya.  Segala ayat suci Al-Quran yang dihafalnya semua hilang entah kemana.  Dengan penuh susah payah, Iman menguatkan semangat dan berlari sekuat kuat hatinya.  Sampai sahaja ditenpat khemah, didapati Zul dan Adly sudah pun menunggunya.  Tanpa membuang masa, terus sahaja mereka pulang.  Keluar sahaja dari kawasan sunyi tersebut, Iman mula  bersuara, " Kau orang nampak apa yang aku nampak?"

  "Nampak.  Mula mula tu, aku nak cakap kat kau, tapi tengok macam tak ada apa apa je, aku pun relax je la.  Tapi, bila dua kali lalu depan aku, terus aku nak ajak kau, tapi aku tengok korang berdua dah tak ada.  Terus aku cabut.  Sampai aja kat khemah, aku nampak Adly dah ada kat situ tengah kemas barang.  Aku terus tolong dia kemas."
  
  "A'ah, baru je habis kemas, tengok kau dah sampai.  Ish nasib baik tak ada apa apa jadi pada kita ni.  Itulah lain kali, jangan cakap besar.  Tengok apa dah jadi.  Lain kali, aku tak nak lagi memancing kat tempat tempat macam tu," sahut Adly yang sedari tadi mendengar sahaja apa yang diluahkan oleh Zul.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2011 01:46 PM | Show all posts
Seperti gadis gadis lain yang dihantar oleh ibu bapa umtuk tinggal diasrama semasa bergelar pelajar, Lisa yang datang dari keluarga yang agak berada tidak mepercayai cerita cerita ganjil yang berlaku diasrama mereka.  Selama kehidupannya dikawasan bandar, tidak pernah terlintas difikirannya tentang perkara perkara pelik yang berlaku akibat makhluk asing.  

  Kawasan sekolah yang terletak dipinggir bandar membuatkan lisa terpaksa menerima hakikat bahawa kedua ibubapanya menghantarnya kesitu keran ingin menghadiri ilmu agama yang dibekalkan oleh guru guru bertauliah agar dapat dijadikan panduan buat dirinya.

  Penekanan didalm ilmu agama yang ada pada dirinya menyebabkan liza sering terselamat apabila rakan rakannya diganggu oleh makhluk asing.  "Pedinding diri perlu kuat," itulah kata kata ustaz yang sangat diingati.


  Lisa sentiasa berhati hati.  Segala pantang larang bagi mengelakkan diri dari diganggu makhluk halus seperti menjaga kebersihan dan tingkah laku apabila datang bulan, tidak berada dibawah pokok pokok besar dan bergurau senda sewaktu maghrib antara yang selalu dititikberatkan.  Ramai jugak antara rakan rakannya yang telah terkena gangguan makhluk makhluk tersebut terutama menjelang musin peperiksaan.  

  Apabila minggu peperiksaan, teriakan pelajar pelajar diasrama perempuan sering kedengaran kerana mereka mudah lemah semangat.  Tambahan pula, pada waktu ini, mereka sering mentelaah hingga lewat malam dan masa banyak dihabiskan dengan membaca dan sedikit  mengabaikan membaca al-quran dan amalan amalan sunat yang lain.

  Pernah suatu malam, rakan baiknya Ina terdengar bunyi baldi yang diseret seperti gaya seseorang ingin membasuh kain pada pukul  pagi.  Kalau diikut pada fikiran yang waras, siapalah yang ingin mebasuh pakaian ketika orang lain sedang berselimut kesejukkan? Suara tangisan bayi menangis sudah lali dikalangan mereka.  Begitu jugak bunyi seseorang sedang menarik kerusi seperti ingin mengubah kedudukan tempat.  Boleh dikatakan setiap malam, pasti bunyi itu kedengaran.  Penghuni penghuni asrama sudah tidak ambik pusing dengan bunyi itu.

  "Asalkan dia tak kacau kita, kita jangan kacau dia.  Dia pun makhluk Allah juga," kata kata itulah yang sering berlegar difikirannya.

  Namun pada suatu hari, ketika rakan rakannya sudah masuk tidur, Lisa terasa ingin kebilik air kerana ingin membersihkan muka dan memberus gigi.  Tandas yang terletak diluar dari kawasan bilik tidak menjadi masalah bagi lisa kerana ia sudah biasa dengan keadaan begitu.

  Sedang dia memberus gigi, Lisa terasa bahunya dicuit seseorang.  "Siapa pula yang hendak main cuit cuit pada waktu begini?" bisik Liza didalam hatinya.  Cuitan mengusik itu membuatkan dadanya berombak kencang.

  Walaupun hatinya ingin menoleh kebelakang, namun perasan takutnya tiba tiba datang.  Lisa tetap meneruskan memeberus giginya tetapi hatinya tidak putus membacakan ayat ayat suci agar menjadi pelindung bagi dirinya.  Liza tahu bahawa makhluk halus suka menggangu orang yang lemah semangat tambahan lagi benda benda tersebut adalah kerana kurangnya tawakal pada Allah.  Cuitan gurauan itu berhenti apabila tidak ada tindak balas dari liza.  Liza menarik nafas lega kerana terselamat dari terus mengikut rasa takut.

  Sekembalinya dari tandas, Lisa terdengar suara rakannya sedang bergelak ketawa dari dalam bilik.  Suara Fiza dan Nora jelas kedengaran di telinga.  "Rasanya tadi mereka dah tidur,"bisik Lisa didalam hati.  Mungkin mereka dah berpakat untuk belajar bersama, bisiknya didalam hati.  

  Apabila pintu bilik dibuka, semua rakan biliknya seramai lima orang itu lena diulit mimpi.  Debaran tiba tiba mengundang kembali.  Masih terngiang ngiang ditelinganya suara dua orang rakannya tadi bergurau senda.

  "Benda ni tak putus asa untuk kacau aku," bisiknya didalam hati.

  Mujur juga dia sempat mengambil wuduk semamsa ditandas tadi.  Jam menunjukkan hampir 3.30 pagi.  Dengan perasan yang kembali reda, Lisa mencapai Al-quran buat penenang bagi dirinya.  Bacaan ayat ayat suci yang dialaunkan mengurangkan debaran yang melanda dirinya. Pergantungan yang tinggi pada Allah menyebabkan Lisa terselamat pada malam itu.  Tetapi, tidak mustahil makhluk tersebut akan mengganggunya lagi kerana kegagalannya pada malam itu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2011 01:47 PM | Show all posts
Kisah ini berlaku beberapa tahun lalu.  Kita sebut sahaja orang yang terbabit dengan kisah ini sebagai Zaidi.  Pada bulan april 1990an, Zaidi telah membeli sebuah rumah dipekan kecil disebuah bandar utara tanahair.  Rumah tersebut asalnya dimiliki oleh seorang ahli perniagaan di ibu kota.  Namun rumah itu tidak digunakan oleh ahli perniagaan itu sebagai tempat tinggal sebaliknya hanya dijadikan rumah persinggahan.  Pada pertengahan April tahun tersebut, Zaidi dan isteri serta seorang anak lelakinya yang baru berusia empat tahun mulai menempati rumah yang debeli dengan harga murah ini.  Setelah rumah bersih dan dan suasana selesa, Zaidi mula mengangkut semua perabot dan barang barang lain ke rumah barunya.  Sibuklah suami isteri itu mengatur letak segala perabot.  Agaknya kerana terlalu letih, pasangan suami isteri ini tertidur pulas pada malamnya.  Ketika sedang nyenyak tidur, sekitar pukul 12 tengah malam, tiba tiba Zaidi terbangun.  Dia berasa seolah olah dikejutkan oleh satu suara aneh.  Selain itu di luar rumah Zaidi seperti mendengar suara riuh orang ramai.  "surara apakah yang aneh itu?" bisik Zaidi dalam hati.  Kerana rasa ingin tahu, perlahan lahan Zaidi bangun dari katil dan mengendap dicelah celah pintu di ruang tamu.  Zaidi melangkah ke tengah rumah untuk mencari dari mana datangnya suara suara aneh itu.  Semakin lama, suara itu kedengaran semakin jelas.  Akhirnya Zaidi mula menagkap bahawa suara tersebut datangnya dari depan rumah.  Dalam keadaan tidak tentu arah itu, Zaini memberanikan diri mengintai keluar.  Bulu tengkuknya meremang apabila dari pagar, dia terdengar suara mengekek seolah olah seseorang sedang ketawa.  Zaidi membuka pintu dan lampu luar yang hanya berkuasa 40 watt itu, maka tubuh Zaidi yang tegap tiba tiba menggeleter.  Pcat lesi mukanya.  Keberanian yang tiba tiba muncul itu, tiba tiba lenyap apabila didepan matanya , Zaidi melihat lebih dari lima hantu pocong sedang berkeliaran disekitar laman rumah.  Hantu hantu pocong itu memukul mukul pintu pagar sambil ketawa terkekeh.  Kesemuanya berbalut dengan kain kafan.  ada kain kafan yang masih putih bersih dan ada jugak yang sudah comot seperti dilumuri tanah liat.  Dari celah celah kain kafan itu, Zaidi dapat melihat dengan jelas, wajah wajah yang hodoh.  Wajah wajah itu amat menyeramkan.  Agaknya kerana tersangat takut, Zaidi tidak sedar berlari masuk kedalam bilik dan terus memeluk anak dan mengejutkan isterinya yang sedang nyenyak tidur.  Ketika itu Zaidi tidak peduli apakah perbuatannya boleh menyebabkan isterinya jugaakan dilanda rasa takut.  Dalam keadaan terpinga pinga, Masliah isteri Zaidi terbangun.  Sambil mengisok mata dia bertanya kenapa Zidi memebangunkannya di tengah malam.  "Mas dengar tak bunyi menyeramkan diluar sana tu..."Masliah yang seperti sedang bermimpikerana dikejutkansecara mendadak itu, cuba memasang telinga.  Puas dia mendengar tetapi tidak ada apa yang aneh dipendengarannya.  Di luar hanya senyap sunyi.  "Saya tidak dengar apa apa, agaknya abang bermimpi ni," ujarnya dan mahu merebahkan kembali tubuhnya ketilam empuk mereka.  KErana tidak puas hati dengan penjelasan dan tindakan isterinya itu, Zaidi menarik Masliah semula agar isterinya tidak tidur kembali.  Dia menceritakan apa yang didengar dan dilihatnya.  Dia jugak menceritakan bahawa dia melihat dengan jelas hantu pocong berkeliaran di laman rumah mereka.  Tertarik dengan cerita suaminya itu, Masliah penasaran ingin mengetahui, adakah benar benar apa yang diceritakan oleh suaminya itu benar benar wujud.  Dengan itu dia dan Zaidi perlahan lahan melangkah ke luar bilik dan menuju kepintu ruang utama.  Disebalik tingkap nako, mereka menybak langsir untuk melihat hantu pocong yang sedang berpesta itu.  Sebenarnya Zaidi sendiri hairan kenapa selepas dia mengejutkan Masliah, pocong pocong itu tidal lagi mengeluarkan suara kekekan yang menyeramkan.  Bagaimanapun diam diam dia berdoa agar hantu itu masih ada di laman rumahnya untuk membuktikan kepada isterinya bahawa dia tidak cakap kosong dan tidak dianggap sedang bermimpi.  Dengan hati hati suami isteri itu melihat keluar.  Dan Zaidi dapat melihat dengan jelas sekumpulan makhluk berpakaian putih itu sedang berlonggok didepan rumah.  Mereka seolah olah sedang mengadakan mesyuarat.  "Tengok tu, pocong pocong itu sedang berlonggok.  Patutlah mereka tak mengilai lagi."ujar Zaidi memeberitahu Masliah isterinya.  Masliah tercari cari dimana hantu hantu sedang berlonggok seperti dikatakan suaminya kerana dia langsung tidak melihat sebarang makhluk atau manusia berlegar di laman rumah.  "Mana bang, saya tak nampak apa apa pun," ujar Masliah bertanya kembali kepada Zaidi.  Pertanyaan Masliah membuat Zaidi berkerut wajah.  Dia memandang tepat kewajah isterinya.  "Tak kan awak tak nampak.  Hah tengok tu, mereka dah mula bersurai dan duduk diatas kerusi kita.  Mereka menangguk angguk pada kita."  Apa yang diberitahu Zaidi itu semakin membuat Masliah terkedu.  Apa kena dengan suaminya.  adakah suaminya itu sedang bermimpi atau sedang dirasuk sesuatu yang aneh.  Tiba tiba Zaidi menutup telinganya kerana terlalu bingit denga hilaian pocong pocong tersebut.  Melihat telatah suaminya itu, Masliah memimpin Zaidi kembali kebilik tidur mereka.  Tetapi Zaidi masih lagi menutup telinganya.  Katanya dia tidah tahan mendengar  bunyi kekehan hantu hantu itu.  Masliah mengambil surah yasin dan memberikan kepada Zaidi untuk dibaca.  Setelah berkali kali Zaidi membaca surah itu, baru dia nampak tenang dan boleh tidur seperti biasa.  Esoknya apabila terbangun, Zaidi terus teringatkan apa yang berlaku malam itu.  Masliah yang baru selasai solat subuh meminta Zaidi segera berwuduk dan bersolat.  Pagi itu selepas bersarapan, Zaidi pergi ke laman rumah.  Dia melihat disekitar dan matanya ternampak tanah tanah yang seolah olah berselerak seperti bercangkul.  Dia memanggil beberapa orang alim ulama untuk 'membersihkan' rumah dan kawasan rumah tersebut dari gangguan ayaitan.  Dari penduduk sekitar dia mendapat tahu bahawa kawasan rumahnya adalah tempat mayat mayat mangsa tahanan tentera jepun ditanam.  Patutlah tuan asal rumah menjual rumah yang comel dan cantik ini dengan hargayang murah.  Selepas 'dibesihkan' Zaidi memamng berasa aman.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2011 01:47 PM | Show all posts
Bunyi dentuman petir yang kuat diikuti dengan kilat sabung menyabung mengejutkan Mazni yang sedang leka mengulang kaji pelajaran.  Pucat lesi muka anak dara berusia 17 tahun itu kerana terperanjat.  Mazni bingkas bangun.  Rasa takut menyelubungi segenap sanubari gadis manis berambut ikal mayang itu.  Bunyi desiran air hujan dimalam hari tu tambah meresahkan hatinya menyebabkan mazni berasa tidak betah berlama lama biliknya .  Tanpa menutup lampu bilik dia terus ke ruang tamu dan duduk memeluk tubuh disofa.  , matanya nerenung jauh entah ke mana.  Malam itu mazni sendirian dirumah.  Ibu dan ayah serta dua orang adiknya ke rumah Pak Langnya ada kenduri doaselamat pada malam itu.  Mazni enggan pergi dengan alasan hendak mengulangkaji pelajaran kerana peperiksaan Sijil Peoeriksaan Malaysia sudah hampir.  Sebelum pergi, ibunya mengingatkan bahawa mereka mungkin pulang agak lewat kerana mahu menolong apa yang patut.  Ibunya jugak berpesan agar mazni tidak lupa mengunci semua pintu dan tingkap .  Sebaik sahaja mereka pergi, mazni segera mengunci pintu dan tingkap.  Kemudia dia terus berkurung didalam bilik nya dan mengulang kaji pelajaran.  Ketika sedang asyik menelaah, hujan turun dengan lebatnya diselangi kilat sabung meyabung.  Kesunyianyang begitu mencengkam tiba tiba mengubdang resah dan takut dihati mazni.  Jam menunjukkan pukul 11.30 malam .  Mazni masih berteleku di sofa.  Hendak menonton televisyen bagi menghilangkan kesunyian, kilat dan petir yang masih berdentum dan sabung menyabung menyebabkan hasratnya itu terhalang.  Saat itu timbul rasa kesal kerana menolak pelawaan ibu dan ayah nya tadi.  "AH kenapalah lambat sangat ayah dan ibu balik ni." keluhnya untuk sekelian kali.  Untuk menghilangkan rasa takut, mazni membaca ayat kursi dan beberapa ayat al-quran yang lain.  Namun rasa cemas yang tak kunjung hilang itu menyebabkan dia akhirnya mengambil keputusan untuk tidur.  Baru sahaja hendak merebahkan badan Mazni terdengar satu dentuman yang sangat kuat.  Untuk menyedapkan hati dia membuat andaian itu adalah bunyi petir.  Tiba tiba telinganya menangkap bunyi pintu rumah diketuk orang.  Apabila dibuka tiada sesiapa diluar.  Mazni menutup semula pintu tetapi ketuka berbunyi lagi.  Sebaik sahaja pintu dibuka, mazni melihat seorang wanita berusia dalam lingkungan dua puluhan berdiri didepannya.  Wanita itu basah kuyup dan dia mengendong seorang bayi.  Bajunya koyak dan ada kesan darah.  "Maaf, kereta kakak rosak terlanggar pembahagi jalan disimpang sana.  Boleh kakak tumpang berteduh sebentar dik?" kata wanita itu memecah kesunyian.  Suaranya begitu perlahan hampir tak kedengaran.  "EH, masuklah kak," kata mazni seolah olah baru tersedar dari khayalan.  Setelah mepersilakan wanita itu dududk disofa, mazni lantas kebilik ibunya mancari pakaian untuk mengantikkan pakaian wanita itu yang lencun dek hujan.  Juga mencari tuala bagi membalut tubuh anak wanita itu.  Sementara wanita itu bersalin pakaian mazni bergegas kedapur menyadiakan minuma panas untuk mereka.  "Maaf menyusahkan adik," kata wanita tadi sebaik sahaja mazni meletakkan secawan nescafe panas didepannya.  "Tak apa.  Sekurang kurangnnya saya ada kawan," jawab mazni sambil mengerling bayi wanita itu yang senyap sahaja sejak tadi.  Mungkin sudah tertidur agaknya.  Tidak banyak yang dibualkan oleh mereka berdua.  Biar pun banyak yang ingin ditanyakan oleh mazni, tetapi mulutnya bagaikan terkunci.  Sedangkan wanita itu seolah olah lebih senang menyendiri.  Mungkian dia ada masalah. apabila melihat wajah wanita itu yang seolah olah dalam kesedihan.  Tiba tiba," Maaf dik.  Kakak kena pergi sekarang." kata wanita itu sambil meluru keluar.  Mazni tidak sempat menahan dan hanya mampu memandang sambil terpinga pinga.  Beberapa minit kemudia kedengaran daun pintu diketuk orang.  "Mesti kakak tadi.  Ha itulah.  Hujan belum berhenti dah nak pergi," omel mazni dalam hati sambil berlari mahu mambuka pintu.  Namun alangkah terkejutnya mazni apabila melihat seorang wanita berlumuran darah sedang mendukung bayi yang pecah kepalanya tercegat didepannya.  Wajahnya amat menakutkan.  Dia seolah olah berada dalam kesakitan dan inginkan bantuan.  Tubuh mazni menggeletar dan akhirmya dia rebah tidak sedarkan diri .  Ketika membuka mata, sayup sayup mazni mendengar suara ibu bertanyakan apa yang sudah berlaku.  Tetapi mazni tidak mampu menjawab.  Dia hanya memeluk erat ibnunya sambil menagis semahu mahunya.  Keesokan pagi, sambil bersarapanpagi ibunya menceritakan satu kemalangan ngeri yang berlakudekat simpang berhampiran rumah mereka.  "Kasihan pemandu wanita dan bayinya meninggal.  Tu sebab kami terlewat semalam.."  Hati mazni berdebar debar mendengar kata kata ibunya.  Dan debarab itu tambah kencangbila ayahnua menyampuk.  "Berita kemalangan tu ada dalam akhbar hari ini.  Gambar perempuan itu dengan anaknya pun ada.  Nah tengok," katanya sambil menghulurkan suratkhabar itu kepada mazni.  Denga tangan menggeletar akhbar itu disambut.  Tidak salah lagi memang itulah wanita dan anaknya yang datang berkunjung kerumahnya malam tadi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.053379 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list