CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amirahazahar

bila kekasih ANAK EMAK !

[Copy link]
 Author| Post time 30-11-2011 12:19 AM | Show all posts
hmmm , doakanlah kebahagian kiteorg .
semoga yang lain xde lah kene mcm nieh ...
yang merasa lebih mengetahui dripada yang mengkritik

peace
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2011 12:25 AM | Show all posts
hmmm , doakanlah kebahagian kiteorg .
semoga yang lain xde lah kene mcm nieh ...
yang merasa lebih ...
amirahazahar Post at 29-11-2011 10:19 AM

i'm married to anak emak dan berjaya harungi tanpa banyak songeh
walau my mil not easy mil..
sebab tu meluat tahap gila babi tenguk ppuan belum kahwin
dah over songeh nak pertikaikan hubungan anak dan ibu, kalau tak suka, moved on....
cari bf baru, pilihan di tangan anda..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 08:03 AM | Show all posts
ada 1 citer kt tibi tu. bila da kawen, mak dye pon tdo sekatil bersama son n DIL. Meraungg yuh
moyas Post at 29-11-2011 14:47

sumbang mahrammmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 08:05 AM | Show all posts
aku dulu rapatla nggan sorang ni...bukan setakat anak mak...ngan brother, sister, cousin, aunty dia rapat sgttttttttt..................kadang x paham la, kuar dating pun mak tepon, aunty tepon, kejap lg tepon lagi dan lagi......pastu kena balik awal...nak antar mak gi shopping la, aunty nak gi airport la, abg ajak dinner la......dia ajak kawin terus aku x mo...x sanggupla nak join family yg macamtu
awinpj Post at 29-11-2011 14:41

nasib baik ko bijak. kalo aku pun, aku tanak. kompem lepas kawen takde privacy LANGSUNG.

kalo nasib kurang baik, lepas kawen lambat preknen, kompem stress gila babeng.


orang dari family yg macam ni, elok kawen dgn sepupu @ sedara-mara sendiri ajelah. kurang2 kaum kerabat sendiri dah boleh adapt the situation dan culture of the family
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 10:16 AM | Show all posts
Post Last Edit by DayangKirana at 30-11-2011 12:27
Reply  DayangKirana


  diaorg duduk rumah taman . baru2 ni jiran sebelah rumah dy nk jual rumah ...
amirahazahar Post at 29-11-2011 20:56


so, meaning dia nak beli rumah tu la kan?Ok..what's the issue here? u tak selesa duduk dekat ngan diorang? are they busy body? jenis suka masuk campur ur relationship? the nosy kind of parent? how are u get along with them? do u get along well with his family? Are u feel comfortable being surrounded with his family members? are they feel comfortable being with you?


Instead of judging them,why dont u make the move to get to know them better? treat them like ur own family..let them know u and open up to them. U r going to be part of this family soon,the last thing u shud do is having any bad perception towards each other..kan? serius tak best kalau awal2 lg dh mcm ni..


I never had any issue being closer to their home. In fact,its easier for me in many ways. Nak balik kg same2 konvoi..few times g vacation together with his family.. serius sronok..


U shud evaluate ur situation and know this with all your heart.. Kalau in the first place u mmg kurang senang n rase berat hati,better u make the move. Convince him u taknak duduk dkt with his parent. To me,u shud be fair. He's the son. Selagi parent dia masih ada,dia bertanggungjawab sepenuhnya to them.


Give him a chance..giv them a chance..and giv urself a chance.. and gudluck with that.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 10:31 AM | Show all posts
Reply 1# amirahazahar


susah kalau dah mmg anak mak sangat ni miera. cmne pun kalau dah suka, kena terima dengan redha.
tapiii. bukan senanggg tauuu. kalau ada jodoh, miera kawen dgn dia. agaknya nanti miera makan ati.
betul kite cakap nii. benda ada depan mata kite tau..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2011 10:45 AM | Show all posts
okay laa tu dia manja ngan mak dia, if dia manja ngan gurl lain? suka?
takpun manja manja matang ngan gurl lain...best kan?

dlm relationship, kalau asyik cari mistake, tak sampai ke mana...if tak suka, lepaskan. ramai lagik gurl yg sukaaaa nak masuk dlm family dia , siap dpt rumah lagi hahahaha...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2011 12:10 PM | Show all posts
Reply  amirahazahar


susah kalau dah mmg anak mak sangat ni miera. cmne pun kalau dah suka, ken ...
laralari Post at 30-11-2011 10:31



   thankz awak ... tu lah pasal ... miera pening sebab pikirkan bnde2 gini lah . kite mesti lah nk yg terbaik dalam kehidupan kite an ... hurmmmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2011 12:14 PM | Show all posts
so, meaning dia nak beli rumah tu la kan?Ok..what's the issue here? u tak selesa duduk dekat nga ...
DayangKirana Post at 30-11-2011 10:16



   a'ah ... sume ada pro n kontra antara miera n keluarga dy mmg ok . even adik2 dy pown xda masalah . siap boleh pinjam2 barang lagi .then , antara family to family pon ok . xda problem ... satu je , miera takut nk tempuhi masa yang akan datang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2011 12:16 PM | Show all posts
okay laa tu dia manja ngan mak dia, if dia manja ngan gurl lain? suka?
takpun manja manja matang ng ...
hitamputih Post at 30-11-2011 10:45



   kalau nk ikutkan harta , mmg lah senang .... xdinafikan lah dy mmg bnyak $$$$ ... tp dalam segi kerohanian , hati dan perasaan ... sapa boleh tahan , sebab , duit x boleh nk beli hati dan perasaan sesorang itu , kan ... huhu
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 12:18 PM | Show all posts
thankz awak ... tu lah pasal ... miera pening sebab pikirkan bnde2 gini lah . kite mesti la ...
amirahazahar Post at 30-11-2011 12:10



yela. sape yg taknak buat yg terbaik dalam relationship kan? takkan nak sia2kan masa sepanjang kita kenal dia. tapi tu la miera. kita tak boleh nak kontrol orang. kalau boleh kontrol, senang la jangan nanti bila dah kawen, dah ada family sendiri pn dia tak boleh nak decide keputusan, semua nak kena tanya mak. mak mak mak. salah tu. lelaki kena berdikari. takkan kita yg pempuan ni nak kena ajor dia kan? huhuuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2011 12:20 PM | Show all posts
yela. sape yg taknak buat yg terbaik dalam relationship kan? takkan nak sia2kan masa sepanjang ...
laralari Post at 30-11-2011 12:18


ye ... setuju sngat ..ape yg miera boleh harapkan , kalau lah mmg jodoh miera ngan dia, dia akan ubah perangai n sikap dy untuk memimpin family dia naty ... hurmmm ... tu je lah yang boleh nk harapkan .
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 12:51 PM | Show all posts
Reply 32# amirahazahar


    pesanan ikhlas dari org yg dah berkahwin : NEVER EVER harapkan pasangan berubah selepas kawin.
jgn harapkan yg, takpelah satu hari nnti dia berubah laa,

or

bak kata org , jgn la kawin the future partner of u.


serius.

if nak, take him as he is. kalau tak, confirm menyesal nnti..

now.........
cuba ceritakan apa yg u risau lepas kawin nnti?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2011 01:07 PM | Show all posts
Reply  amirahazahar


    pesanan ikhlas dari org yg dah berkahwin : NEVER EVER harapkan pasanga ...
hitamputih Post at 30-11-2011 12:51



   ape yang miera risaukan lepas kahwin ?
1. boleh ke dy sebagai lelaki nk pegang tanggungjawab sebagai ketua keluarga ... sebab skunk boleh dikatakan 80% hidup dy mak n abah dy yg uruskan ... dy dah 23 tahun skunk

2. boleh ke dy bagi kebahagian kat miera n family yang akan dibina . skunk , kalo gadoh je , dy akan ckp " i xtao lah ape salah i ... ape yg i buat smpai u marah2 gini ... " . kalo awak nk tahu , saya penah duduk kat terminal bus pudu sorg2 dri 12am smpai 10 am ... sebab time tu miera nk balik ipt . dari kedah ke pahang .xde tiket trus ke pahang , kne transit kat kl dulu ... musim perayaan pulak time tu . look , kita sebagai yang mempunyai pasangan yang tinggal kat kl tu mestilah berharap " ok , kalo kene transit pun xpe , sebab nanti mesti ade org nk amekkan ... " but , itu hanyalah sangkaan je .... bayangkan at that time , mcm2 boleh jadi ... seorang perempuan duduk sorang2 kat tengah2 kota ... miera hanya tawakal je n x langsung lelapkan mate ... takut lah jugak kan kalo jadi pape ... ape yg dy buat ???? just hantar msg " sorry lah , xdapt nk g kat u .... " miera tau yang mak dy x bagi sebab b4 smpai pudu , bile on call , mak dy dah bising2 ... mmg sedih at that time . [ sorry lah kalau ayat berterabur ... miera just luahkan perasaan kat sini ]

3. miera mmg x dak hal pasal wang ringgit kalo ade jodoh ngan dy ... tp perasaan ... ape yang lagi penting jika berumahtangga ... kepentingan wang ringgit or menjaga hati dan perasaan ...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 01:18 PM | Show all posts
aku harap sgt mak dia belikan seluar dalm dia sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 02:00 PM | Show all posts
aku harap sgt mak dia belikan seluar dalm dia sekali.
sengals Post at 30-11-2011 13:18
miahahhahahhahahhaa......ayat ko lagi ganas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2011 02:51 PM | Show all posts
Reply 34# amirahazahar


    oh dia 23 ......patutlah...dah abis belaja ke belom?

TT lak umur berapa?

1. takut dia takleh pimpin keluarga.
tu suma org takut... tp adakah apa apa yg dia buat sampai rasa begitu? pasal dia tak jaga makan pakai dia, surelah. dia masih duduk ngan parent kan.. and if u dah jadi wife dia, u kena urus makan pakai dia, kan camtu?

2. dia tinggalkan u di puduraya.
meh look at diff view.
sorry nak tanya, sblom kawin, adakah awak tanggungjawab dia?
if mak dia tak bagi dia keluar malam amik u, tp dia keluar, tidakkah itu tanda dia anak derhaka?
and mahukah anda kawin dengan seorang yg tak hormat kan ibu dia, yg dah bela dia for 23 years?
inikan plak nak hormatkan u yang baru berapa tahun kenal...harap faham.

3. tak kisah pasal wang ringgit (tak paham naper point ni ada macam tak menjawab soklan)
good. tahniah, jarang jumpa gurl gini.


gini dik.

dlm meniti jalan ke perkahwinan, byk dugaan. Syaitan suka sgt sgt sgt ganggu perjalanan yg smooth ni. ada je dia nak cucok.

he is not full yours. dia still seorang anak, seorang abg, adik maybe. and he will always be.
dia belum lagi dpt title suami.

do not expect him to be someone u want.
but expect him to be the best of him.

memang anak lelaki itu perlu mengutamakan emaknya dalam segala hal hatta ada kisah seorang lelaki yang terperangkap di dalam gua, bila dia bertawasul perbuatan baiknya agar pintu gua terbuka, dia bercerita pernah melakukan kebaikkan pada ibu bapanya seperti memberikan minuman susu buat ibu bapanya setiap malam. Pada malam itu, bila dia balik ke rumah, ibu bapanya dah tidur, susu itu tidak diberikan kepada anak dan isterinya yang lapar, sebaliknya dia menunggu ibu bapanya bangun, minum susu itu dahulu, baru diberikan kepada anak isterinya.

Hingga begitu sekali, dalam mengutamakan ibu bapa. Agaknya sekarang ini, ada suami buat macam tu, mesti dituduh suami tidak bertanggungjawap. Mesti isteri melenting menuntut hak dirinya diutamakan

sekadar cerita penyelit post
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 02:53 PM | Show all posts
Melayan suami 'anak emak'

Oleh JAGATHESWARY NARAYANAN
[email protected]


LELAKI biasanya menjadi 'anak emak' kerana lebih akrab dengan ibu berbanding bapa.

--------------------------------------------------------------------------------


JIWA wanita mana yang tidak tertarik dengan lelaki yang berbudi penyayang, pemurah, bertimbang rasa, bertanggungjawab, ikhlas dan jujur. Anda juga berkemungkinan besar jatuh cinta dengan lelaki apabila dia memiliki sifat-sifat baik seperti itu.

Kesemua peribadi terpuji tersebut sudah tentunya terbentuk atas asuhan ibu bapanya, malah didikan itu juga biasanya menyebabkan anak lelaki sangat menuruti arahan dan permintaan keluarga terutama ibunya.

Ia mungkin bukan masalah apabila lelaki masih lagi bujang, namun konflik boleh terjadi apabila sudah menjengah alam rumah tangga dan menjadi seorang suami 'anak emak'.

Tindakan suami menuruti segala permintaan ibu membuatkan si isteri acapkali menjeruk rasa.

Menurut Ahli Psi****rapi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Azhar Md. Zain, mengikut teori Sigmund Freud, secara semula jadi anak lelaki lebih cenderung bersama ibu manakala anak perempuan pula dengan bapa.

Oleh sebab itu, secara naturalnya dapat dilihat kebanyakan anak-anak lelaki lebih rapat dengan ibu sehingga berkongsi segala masalah peribadi dan menjadikan ibu sebagai sahabat baik mereka.

Selain itu, suasana keluarga itu sendiri apabila bapa jarang sekali berada di rumah atas urusan kerja menyebabkan kaum ibu perlu mengendalikan segala permintaan anak sekali gus membina ikatan yang lebih akrab. Adakalanya personaliti bapa yang garang, pendiam dan kurang mesra membuat anak lelaki lebih selesa dengan ibu yang lemah-lembut.

Walaubagaimanapun, semasa anak lelaki masih bujang keakraban bersama ibu itu mungkin tidak mengundang masalah, sebaliknya setelah mendirikan rumah tangga, wanita baru dalam kehidupannya mungkin menyebabkan suami perlu membahagikan perhatian.

Azhar berkata seorang lelaki yang bergelar suami seharusnya mengetahui cara terbaik untuk membahagikan kasih sayang antara seorang isteri dan ibu. Lelaki juga perlu jelas kepentingan yang patut diberi antara wanita yang dicintai dan wanita yang disanjung tinggi dalam hidupnya.

Bagi golongan isteri yang sukar menghadapi suami 'anak emak', Azhar memberi beberapa tip untuk memperbaiki keadaan dan menangani masalah agar tidak menggugat kebahagiaan rumah tangga.

Kenali personaliti jejaka

Sebelum menjalin hubungan lebih serius kenali kekasih anda terlebih dahulu. Seseorang wanita boleh memahami personaliti dan latar belakang lelaki itu sewaktu bercinta lagi. Pada waktu itu, anda boleh melihat cara perbualan atau kekerapan teman lelaki anda bercerita mengenai ibu atau ahli keluarganya.

Jika anda boleh menerima situasi dia sebagai lelaki 'anak emak', maka anda seharusnya belajar menerima situasi itu dari awal. Jika anda wanita yang tidak dapat bertolak ansur dengan situasi tersebut, sebaiknya anda sudah menamatkan hubungan itu daripada pergi terlalu jauh. Apabila anda memahami lebih awal sifat tersebut, setelah berkahwin anda lebih mudah menyesuaikan diri dengan situasi itu.

Memberitahu perasaan

Elakkan naik berang atau pun cemburu tatkala suami lebih memberi tumpuan kepada ibunya. Ini akan membuatkan dia berasa tertekan dan mendorong kepada keretakan hubungan indah suami isteri.

Cuba beritahu suami apa yang boleh dia lakukan untuk menunjukkan kejujuran, kasih sayang dan keikhlasan dirinya kepada anda. Misalnya, anda berkecil hati apabila terdengar kata-kata sinis dan aduan ibu mertua kepada suami tentang diri anda. Jangan merajuk sebaliknya beritahu kepada suami supaya meminta ibunya berterus-terang dengan anda. Bercakap secara berhadapan boleh mengelakkan syak wasangka. Dengan ini, suami tidak perlu menjadi orang tengah untuk menyelesaikan masalah.

Terbuka dan positif

Apabila anda berfikiran terbuka dan positif, segala tindakan sama ada suami mahupun ibu mertua tidak menjadi masalah besar. Amalkan sikap lebih bersabar dan berdoa agar dapat mengharungi segala masalah dengan tenang. Ibu mertua juga semakin lanjut usia, sudah tentu dia juga inginkan perhatian dan berhak ke atas anak lelakinya. Apabila anda berfikiran begitu, soal kepentingan dan kasih sayang yang utama jarang timbul dalam diari kehidupan yang indah ini.

Jalin hubungan baik

Layanlah ibu mertua seperti ibu sendiri anda. Sungguhpun teguran dia kadangkala menyinggung perasaan tetapi jangan lupa tanpa didikan serta pengorbanan wanita tersebut mungkin tiada suami yang tercinta itu.

Berusaha mengambil hati ibu mertua dengan menghadiahkan aksesori barangan kemas pada hari jadinya atau pun merancang majlis untuk hari istimewanya.

Lebih manis lagi, berikan sedikit duit saku setiap bulan atau membawa ibu mertua ke pusat beli-belah dan ke spa supaya dia tahu anda menghargai dirinya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... na&pg=ps_02.htm
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 03:26 PM | Show all posts
Reply 1# amirahazahar


Better cari lain je ar sis... Ramai lagi lelaki kat luar ni yg lebih bertanggungjawab... Tapi kalau rasa nak makan hati sepanjang berumahtangga nnt, teruskan je ar dgn mamat tu... Goodluck...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 04:50 PM | Show all posts
tt klu skg pn tt dah berkonfrantasi ngan bf so baik jgn terskan sbb pas ni lg lah byk benda yg akn meng'kecil'kan hati tt.

anak mak tetap anak mak.......so klu xleh hadap tinggalkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.718751 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list