lala rsa x salah ko mulakn dlu..
step by step bebeh. mula2 biar dia tahu yg ko nie wujud *contoh berborak ngan member dia kt wall dia?
at least ko dah mencuba.
xpn selalulah join aktiviti yg dia salu join.
kenalpasti dlu apa yg dia suka, dan tak suka. buat research dulu lagi bagus.hihiiii
Menghulurkan salam perkenalan yg pertama tak bermakna yg pertama jugak hulurkan salam percintaan.... ...
midori888 Post at 7-12-2011 16:48
emm betul2, aku suka ayt first ko tu.. aku try buang rasa malu & fobia aku. first thing aku xletakkan harapn yg tinggi, cukup dia selesa dgn aku. soal jodoh itu kerja Allah SWT. TQ
go on....tegur dia dulu....try kawan dulu...mana tau, bila dah kenal nanti ko tukar fikiran plak...Jgn letak unnecessary pressure on yrself....take it easy...
Ko tegur je la. Tanya pasal keje ke, hobi dia ke, background dia ke (blaja apa dulu etc etc). Kalau ko dok mengharap bulan jatuh ke riba memang putih la rambut ko sebab nampak gaya mamat ni takkan jatuh ke riba ko.
Kalau dia reject, at least ko tau bahawa dia bukan untuk ko dan boleh move on.
usah diungkit
kisah yang lalu
luka yg lama
biarkan berlalu...
TT,past is past..
kenapa nk sedihkan hati dengan perkara yg takkan berubah?
mayb ex u dh berbahagia,sedangkan u?asyik teringat kisah2 yang menyakitkan hati aje..
bukalah pintu hati tu untuk bagi peluang orang lain menyayangi diri anda
Baru aku sedar, menasihat org x semudah melakukannya sendiri... Thanks uolls.. actually semalam aku ada tegur dia chat. aku tnya pasal kerja, tapi dia jawab sepatah2 lama2 aku bosan & aku offline.
Paling xleh blah dia xtau aku sape.. padahal kitorg pegi event & class sama2. Maknanya mmg betul la dia x perasan aku. mungkin aku ni invisible sgt... atau dia mmg jenis x hirau kan org.. Aku rasa bosan gak semalam. aku frust aku terus tido.
Pagi2 tadi aku bukak thread ni aku baca komen2 kat sini, aku rasa aku x patut give up macam tu je. Hehehe..
CUba lagi byk2 kali..si pembuat lampu pun melakukan eksperimen 999x sebelum jumpa kaedahnya.. huhuhu ...
KopiMocha Post at 8-12-2011 12:27
I like
cubaan kali pertama tegur dia kt chat tidak membuahkan hasil, esoknya aku on9 dia x on9.. aku ni jarang bukak fb tp sejak kenal dia aku dok ngadap fb cam hape je. padahal bukan ade mende pon dlm fb tu.. chait!
TQ harumawar, buat sy terharu.. TQ so much
fukadaminchi Post at 11-12-2011 01:52
ok,wish u gud luck..
jangan risau,bukan u sorang je penah down..
i pon sama juga..
sampai satu masa rasa macam diri betul2 xdisayangi..
tapi jangan ikotkan hati sangat yerr..
Bukan senang nak senang....
Hidup nie macam2 dugaan...
Macam2 pengalaman...
Kalo si penasihat yg pernah 'failed'...mostly berkisar kegagalannya
Kalo si penasihat yg 'berjaya'..mostly berkisar keteguhan hatinya..
Rezeki, ajal dan maut di tangannya... mana tahu hati itu terbuka utk seseorang???
Post Last Edit by fukadaminchi at 15-12-2011 02:03
salam..aku nak story sikit ni. ahad lepas aku terserempak dgn dia kat pasar malam. masa tgh tunggu satay siap tu tibe2 dia lalu kat tepi aku. aku macam gugup ternampak dia. tp dia tak perasan aku tercegat kat situ. masa otw nk pegi car park aku terserempak lg dgn dia n kali ni dia terperasan aku, dia senyum je. maksudnya dia ingat aku...aku just cakap 'hi'. itulah perkataan pertama aku cakap pd dia & dia cuma angguk.
aku tak ckp pon pasal chat kt fb hari tu..mungkin itu peluang utk aku mula rapat dgn dia, tapi..... tapi.......terus terang aku cakap hati aku dah zero. memang aku pernah suka dia, tapi lepas aku berdoa pada Allah tiap2 hari;
'jika ia benar untuk ku, jika dia baik untuk ku, jika dia memang dicipta untuk ku,
Kau datangkanlah dia kepada aku dengan apa cara sekali pun...
tetapi jika dia bukan untuk ku, jika dia buruk untuk ku, jika dia memang bukan tercipta untuk ku,
Maka Kau jauhkan dia dari ku dengan apa cara sekali pun... Aku redha...
Sesungguhnya aku tidak mahu terus menanggung rasa sehingga tumpuanku pada ibadah terhadap Mu terganggu..
Temukanlah aku petunjuk-Mu ya Allah'
dan bila aku bangun esok hari aku tidak terfikir tentang dia sehingga ke hari ini, dan aku tidak kisah langsung tentang dia. sesungguhnya Allah dah beri petunjuk, memang tiada jodoh antara kami. Aku tahu dia lelaki yg baik, dan berharap dia bertemu wanita yg baik juga. Namun sekiranya Allah membuka kembali pintu hati aku untuk menyintai dia kembali, aku redha & berharap dengan pengakhiran yg baik.
Bila dah jadi mcm ni aku terasa ada sesuatu yg buat aku tersedar...sejauh mana cinta kita kepada manusia, sebesar mana rasa sayang kita kepada manusia, kembali lah kepada Tuhan yg satu sbb DIA lebih mengetahui.
Terima kasih kawan2 yg mengikuti thread ini, yg memberi nasihat, yg memberi kata semangat... aku sangat menghargai.
Mungkin ada yg akn ckp, 'dia dah bg respond tu teruskanlah' kembali pd yg aku kata kt atas, hati aku dah zero selepas doa ku pada Allah... mungkin ada hikmah tersembunyi.
betul2...bila hati kita dah mula tawar tu, maknanya dia mmg dah takde tempat dah dlm hati kita. even kalo tetiba dia dtg merayu pun kita tak pandang dah rasanya
mungkin dia seorg yg baik, tapi bukan yg terbaik utk kita.
mungkin kita seorg yg baik, tapi bukan yg terbaik utk dia.