CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aizawa

Lama dan Baru

[Copy link]
 Author| Post time 26-1-2012 02:07 PM | Show all posts
tq jingga tu la harap orang suka dengan apa yg aiza tulis nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2012 02:26 PM | Show all posts
best...kalu free letak n3 lagi k...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2012 02:28 PM | Show all posts
ye shahrinas..kejap lagik ye..ni nak jumpa big boss kejap.pastu sy tempek sambungan lg ye.. ingat takder org berminat nak baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2012 03:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by aizawa at 26-1-2012 15:47

"Mestilah Jason,tengok lah orangnya macam mana. Si Sha ni sejak kami sekolah pun cikgu kami pun nak meminang dia" Sambung Amir lagi.mereka mula ketawa. Tajam jelingan Sha hadiahkan buat Amir. Sibuk sangat nak cerita macam la dia pisang goreng.Sha mencebik.

"Ermmm" Mata Jason terpaku melihat Sha kunyah makanan. Semakin direnungnya,semakin nampak menggoda pula gadis di hadapannya itu.Kunyahan demi kunyahan menampakkan lesung pipit Sha,teratur betul dia makan. Mata Jason terus tertancap kepada bibir munggil Sha. Jason ketap bibir.

Sha yang berdiam diri agak rimas kerana Jason terus merenungnya.Bukan dia tak perasan,tapi dia malas nak layan sangat,tambahan perutnya memang lapar. Sha angkat muka. Pandangan mereka bertaut. Sebelah kening Sha terangkat.

"U kenyang ke renung i macam tu?" dengan lirik menggoda Sha mengusik Jason. Dia dapat rasakan lelaki itu mula jatuh hati dengannya..Ahhh!! Persetankan perasaan itu.Kata Sha dalam hati. Dendam kepada lelaki mula terbit kembali dalam hatinya.

"Erk...u nampak cute bila makan,nampak macam sedap sangat." Spontan Jason menjawap. Padahal mau saja dia katakan,dia teringin cium bibir munggil kau Sha.Muka Sha masih lagi direnungnya. Sha terus memandang tepat ke anak mata Jason. Bukan saja bergetar jantung Jason.Dia merasa badannya melayang-layang.

"U tak payah renung i sangat jason. Nanti u punya gf marah,susah i nanti. I ni lain  lah,tak ada orang nak" Senyuman Sha meleret. Lirikan itu semakin menggoda. Sha semakin galak meyakat Jason.


"Eiish i mana ada gf,i cuma ada tunang tapi dia dah putuskan i" Kedengaran nada kecewa dengan suara mendatar Jason itu. Wajahnya yang manis tadi berubah mendung.

"Ops! Sorry." Kening Sha berkerut dan mimik muka simpati ditunjukkan. Ah! Peduli apa dengan putus tunang,lantak kau la. Sempat lagi Sha berkata-kata dalam hati. Simpati di mulut,dendam di hati. Itulah Sha yang baru. Dia begitu benci perkataan cinta,rindu dan simpati daripada mana-mana lelaki kini. Kerana semua itu telah memusnahkan dirinya yang dulu. Ya Sha yang ceria,gembira,dan begitu mudah dilamun cinta.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2012 04:11 PM | Show all posts
Selesai makan,Sha memberikan isyarat kepada pelayan untuk membawa bil. Pelayan tersebut akur dan terus menghantar bil kepada Sha. Sha sudah bersedia untuk mengambil dompetnya. Belum sempat Sha buka dompetnya Jason bersuara.

"Sha,nevermind. I gurau je tadi" Jason terus menghulur beberapa keping not seratus kepada pelayan tersebut.

"Ala,u ni. I tak kisah la" Masam muka Sha. Dia memang seorang yang bukan kedekut. Dia jenis mengotakan janjinya.

"Hah tengok,hilang muka u yang cantik u kalau u marah,kan Mir" Jason senyum memandang Sha.

"Macam nenek kebayan muka dia tu Jason. hahahaha" Amir pula menyakat Sha. Mia pun ikut ketawa sekali. Dia tahu Sha kuat merajuk. Anak bongsu,memang macam tu. kata Mia dalam hati.

Sha berlalu dan mencebik kepada mereka.Dia jelir lidah kepada Amir. Ketawa Amir semakin galak.

"Pasni kita balik kejap kat rumah i,i nak ambil barang tertinggal.Boleh kan?" Mereka semua lantas mengangguk. Laju saja kereta kesayangan Jason itu meluncur.

Kelihatan sebuah BMW Z4M Coupe biru di perkarangan rumah yang mereka datangi itu. Masing-masing terpaku dengan kecantikan rumah besar yang tesergam indah itu. Bukan calang-calang orang dia ni. Sha bermonolog dalam hati.

Lantas Jason membuka pintu dan menyuruh mereka masuk. Gelap gelita rumah tersebut. hanya kelihatan cahaya samar-samar dari tangga tingkat atas. Dengan pantas Jason menekan alat kawalan jauh yang terletak di dinding rumahnya. Sekelip mata rumah tersebut terang benderang.

"Sori guys,parents i tak ada. I sorang jer,sebab tu rumah i gelap" Sepertinya dapat menangkap mimik muka mereka,Jason terus menerangkan serba sedikit tentang rumah itu.

"Wow..!" Keluar sepatah perkataan daripada mulut Amir. Matanya meliar melihat setiap pelusuk rumah tersebut yang begitu indah dihias dengan tema moden ****mporari. "Sungguh cantik..!" Mia juga terpaku. Begitu juga dengan Sha. Sha ingat Jason hanya menumpang kekayaan pakciknya,tauke kelab. Pandangan jatuh kepada satu perhiasan kalimah Allah di dinding ruang tamu rumah itu. Hatinya tertanya-tanya.

"U all duduk dulu,i naik atas kejap" Kata jason. Mereka hanya angguk dan mula duduk di atas sofa yang kelihatan mewah itu. Tak lama selepas itu kelibat Jason kelihatan. Di tangannya ada sebuah beg hadiah,cantik bungkusannya. Mata mereka semua tertumpu pada tangan Jason.

"Er..Jason sori if i tanya. U ni Islam ye?" Terletus juga soalan yang berlegar-legar di kotak fikirannya.

"Ya Sha. My father chinese and my mother pulak melayu campur pulak dengan Arab." Jason mejawap kata-kata Sha.Kelihatan mereka mengangguk-angguk tentang perkara itu.Patut la Jason terlalu tampan. Memang pelik lelaki yang berwajah chinese look itu berbulu mata lebat dan lentik. Sekarang barulah pertanyaan mereka itu terjawab.

"Oh macam tu eh. Jason,kalau u tak kisah boleh tak kami salin pakaian" Mia bertanya sambil senyum malu-malu. Segan la tu.

"Ok,no problem.. Jom naik kat bilik tetamu kat atas." Lantas Jason membawa mereka semua ke tingkat atas rumah itu. Sempat lagi matanya melirik Sha yang juga membontoti mereka.

"Kat sini. I turun dulu. Jangan lama sangat bersiap tau. u all berdua tu dah cantik" Sempat lagi Jason mengusik mereka kerana teringat perbulan mereka dengan Amir semasa mula-mula mengambil mereka tadi.

"Ok boss!!" Mia ketawa sambil menutup pintu bilik tersebut.

"Wah Sha,bilik tetamu pun macam bilik raja. Ntah-ntah master room dia macam istana kot" Mia terpegun dengan susun atur dan citarasa tinggi bilik tersebut. Katilnya saja mesti barangan import yang mencecah puluhan ribu ringgit.

"Ish Mia macam ajaib jugak kita jumpa orang kaya kan.Macam cerita cinderella pulak" Ketawa Mia dengan kata-kata sha. Tp memang itulah kebenarannya. Keluarga mereka hanyalah peraih. Bukan orang kaya. Dikategorikan juga sebagai nelayan. Di borneo,peraih tidaklah begitu susah keran mereka menghantar ikan ke negara yang cukup kaya,Brunei Darussalam. Hidup mereka sederhana,punya kereta dan keperluan hidup mencukupi. Yang penting keluarga mereka hidup gembira dan harmoni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2012 04:36 PM | Show all posts
Dengan pantas mereka menyalin pakaian dan menyolek muka mereka. Kanta lekap dipasang ke mata Sha. Rabun punya pasal la tu. Nak cantik dia pakai warna kelabu. Terus berubah wajah Sha,begitu juga Mia. Begitu teliti jari-jemari Sha mengindahkan sepasang matanya dengan Eye Liner berwarna coklat gelap itu. Nak kelihatan menggoda,dia calit juga warna hitam di hujung matanya.Cantik! matanya semakin galak. Bibirnya pula dioles dengan gincu pink. lembut warnyanya. Bertambah cantik! Suka Sha melihat penampilannya itu.

"Mia ngam tak make-up aku?" Sha membelek-belek muka dan seluruh badannya di depan cermin di hadapannya itu. Badannya yang montok itu ditelitinya. Sha memang mempunyai badan yang dikatakan cukup sempurna. Dengan aset yang dia miliki,ditambah dengan pakaian yang terlalu moden itu cukup meruntuhkan iman lelaki. Sha oh Sha,itu dosa.

"Perfect! Aku suka sanggul kau tu..cute,ngam ngam muka anak Korea." Ketawa mereka berdua. memang Mia menggelar dirinya anak Korea dek kerana wajah dan kulitnya yang putih bersih itu. Sha pula menggelarnya anak mami kerana kulitnya yang hitam manis itu. Cukup berpuashati. Cepat langkah mereka terus keluar dari bilik tersebut. Bimbang juga Amir dan Jason membebel menunggu mereka.

Jason terpaku sebaik sahaja dia memandang Sha. "Pergh seksi pulak minah ni malam ni. cantik gila!!" Getusnya dalam hati. Matanya masih terpaku kepada tubuh Sha yang menggiurkan itu. Bergetar naluri kejantanannya.

"Tengok,korang dah sama macam Mommy,karang boleh ganti dia kerja" Amir menyindir dan ketawa mengekek. Apa tidaknya,keseksian mereka sudah seperti 'ayam' kelab. Perempuan mereka bahasakan sebagai'babae' dalam bahasa Tagalog,mereka gantikan dengan panggilan yang baik bagi 'ayam'. Mereka semua terus berjalan dan masuk dalam kereta.

"Aku hempuk kau ngan kasut tinggi aku ni.kenyang kau malam ni. Kau patut bangga ada sepupu yang pandai bergaya tau. Tak la low class sangat. Kan Jason?" Mia memandang sekilas Jason. Jason terus mengangguk. Mia sengaja memainkan Amir sambil mengeluarkan kasutnya dalam beg yang dibawanya tadi. Sandal diganti dengan kasut itu.

"Eish ko ni Mia,aku tak nak makan kasut tinggi. Nanti tak lah aku dapat cari awek malam ni. Aku nak telan awek baru" Amir semakin galak ketawa. Tawa mereka bersambutan.Mereka faham sangat dengan perangai Amir yang kaki perempuan itu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-1-2012 04:40 PM | Show all posts
to be continue...boleh komen dulu.. nak respon juga korang baca ni.. manatau byk kekurangan.. aku ni tau hentam je.. Bab Bab aku pun dah lupa nak bubuh..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2012 05:00 PM | Show all posts
best...good try...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2012 05:37 PM | Show all posts
welkam aiza... seronok ahhh baca cite urban gini... rajin2 la hapdet yer... harap jangan ler sekerat jalan... kuciwa nanti kite2 kat sini asik tertunggu-tunggu... sambung lagi yer...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2012 06:25 PM | Show all posts
xdak sambungan lg ka?
syiook la cita nie....gud try tt...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2012 09:24 PM | Show all posts
next...hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2012 08:18 AM | Show all posts
tanks utk respon2 yg ada. pasni aiza update lg..tunggu ya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2012 11:22 AM | Show all posts
Bab 6

"Wei Mia...Bangun la"

Sha mengoyang-goyangkan badan Mia. kelihatan berat sungguh mata Mia untuk dibuka. Sha juga masih mengantuk. Matanya agak sepet kerana mereka bangun pada jam 1 tengahari. Sha menggeliat,penat sungguh badannya.Kepala berdenyut-denyut dan sakit. Lalu dia mengeluarkan sebotol Vodka dan meminumnya. Sedikit demi sedikit minuman haram itu diteguk.Mula-mula mengenali minuman itu,dia tidak sanggup untuk minum kerana rasanya yang pahit dan memualkan tekak.


"Sha kasi aku sikit..."

Perlahan suara Mia kedengaran,serak. Mia bangun perlahan-lahan. Matanya juga bengkak seperti Sha. Apa tidaknya semalam mereka pulang ke rumah hampir 4 pagi. Mia menyandarkan badannya ke katil Sha. Semalam mereka tidur di lantai bilik Sha. Apa tidaknya,semalam mereka sudah tidak larat akibat mabuk. Terhoyong-hayang mereka berjalan balik. Nasib baiklah mereka sempat menukar pakaian seksi mereka semula.

Sha melentokkan kepalanya di bahu Mia. Jelas muka mereka sungguh pucat. Terbayang Sha apabila semalam Mia termuntah di luar kereta Jason. Amir juga begitu.

"Mia,lucu betul bila teringat hal semalam. Habis udang yang kau makan kau muntahkan balik" Sha ketawa kecil. Badannya terhenjut-henjut menahan ketawa.

"Ya lah,korang paksa aku minum 'tequila pop' mesti lah aku melayang semalam. Sampai aku macam tak jejak lantai kelab. Macam sudah jadi pontianak" Mia sudah ketawa. Ahirnya ketawa mereka pecah.

"Nikmat betul aku minum 'vodka lime' tu,sampai surrender Jason belanja aku,bukan apa katanya muka aku dah tak cantik. Muka macam udang kena bakar" Sambung Sha lagi.Sha meluruskan badannya dan menyandarkan kepalanya di tepi katil.Dia tersenyum-senyum terkenang hal itu.

"Apa taknya,kau dah cakap orang putih. Mestilah Jason hairan. Oi cik adik,kalau kau dah 'speaking' memang la Jason risau. Keras betul lidah kau cakap melayu semalam. Geli hati aku dan Amir" Mia mengimbas lagi.Kalau Sha mabuk dia tak akan pandai cakap melayu. Itu memang 'trademark' dia.

"Yang aku stress,macamana si Zam tu ada semalam. Sial betul budak tu. Siap tarik-tarik aku lagi kat luar kelab" Marah sungguh nada Sha.

Terbayang-bayang Sha apabila Zam bekas kekasihnya dulu yang baru masuk ke kelab terkejut dengan parti kecil yang mereka adakan itu. Siapa tak kenal Zam yang terlalu mengongkong hidup Sha. Itu tak boleh,ini tak boleh. Meyampah Sha.Padahal waktu tu Sha tahu lelaki itu tiada komitmen kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pengajian kerja sambil belajar. Lelaki itu terlalu kuat cemburu.Tp hatinya baik. Terimbas juga beberapa lelaki yang hadir dalam hidupnya selepas Riz dan Zam. Bukan satu,lebih dari sepuluh. Kerana dia benci dengan ikatan serius.Semua dia permainkan. Dia puas apabila melihat lelaki kecewa dengan hidupnya. Cinta bukan segala-galanya baginya kini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2012 11:23 AM | Show all posts
karang aku update lagi ya rakan2 sekalian.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 12:32 PM | Show all posts
sporting betul sepupu SHA siap cover line baikkk punyer...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 02:53 PM | Show all posts
cite nie mst last skali die menyesal giler kan?
ntah2 ada penyakit ke...
banyak nye aku speku...sowy tt..hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-1-2012 03:22 PM | Show all posts
cite nie mst last skali die menyesal giler kan?
ntah2 ada penyakit ke...
banyak nye aku speku...so ...
none88 Post at 27-1-2012 14:53



hehe speku jangan tak speku. i like
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2012 03:23 PM | Show all posts
Reply 35# shahrinas


    ye la kadang-kadang seronok jugak kan kalau hubungan dengan saudara mara rapat macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 03:39 PM | Show all posts
hehe speku jangan tak speku. i like
aizawa Post at 27-1-2012 15:22



    ku speku lg semua org mati akhirnya...haha
adoii tt sambung laaaa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2012 03:39 PM | Show all posts
"Dear,u dah banyak sangat minum. U tak rasa mabuk ke?" Termasuk gelas itu,Sha sudah meminta 6 gelas 'vodka lime'. Hairan betul dia melihat perangai pelik gadis itu yang begitu suka menghidu minuman tersebut sebelum minum. Umpamanya dia menikmati minuman yang benar-benar sedap.

"Rilex la Jason,Sha memang macam tu. Kalau dia dah mula cakap orang putih,tahu la kau nanti" Senyum macam kerang busuk si Amir. Sengaja Sha menjeling tajam sambil meneruskan minumnya. Ketawa Amir melihat sepupunya itu menjelingnya.

"Wow banyaknya minuman....!!! Apasal korang start dulu,kenapa tak tunggu gadis paling cantik di abad ini?" Kedengaran lantang suara Nita menyapa. Kelihatan Zila berdiri di belakangnya. Mereka terlambat kerana Nita kerja lebih masa hari itu.

"Hek eleh kau ni,pasal tunggu kau la aku minum sampai 6 gelas. Tengok Jason pun penat nak order untuk aku. Apasal kau lambat sangat? Kan malam ni kita nak bertanding minum." Sha menghambur Nita semula. Sempat lagi Amir jelir lidah kepada Nita. Ketawa mereka tatkala Nita tarik muncung.

"Wait,i tak tahu u nak bertanding minum pun. Dengan siapa?" Kedengaran Jason kurang senang dengan perkataan bertanding itu. Muka Sha dipandang tepat. Sha hanya diam.

"Jason,for your information,we all memang selalu buat parti bertanding minum,siapa yang kalah dia kena belanja nanti atau kena menari kat dance floor tu" Mia menerangkan kepada Jason. Hiburan merupakan satu kewajipan buat mereka. Pertandingan itu juga. Dengan itu,barulah mereka rasa enjoy,hilang stress di tempat kerja kata Zila.

"Ok jangan buang masa jom kita start" Azlan mula tidak sabar. Beer Heineken itu diteguknya galak.

"Kita mula dengan minum apa?" Soal Nita lagi. Mereka berpandangan dan mata mereka terarah kepada Sha.Sha memang pakar bab-bab minuman ni.

"Hehe..Ok aku la yang urus. First kita minum flamingo then tequila.Kita mula dengan lelaki dulu,baru perempuan. Amacam setuju?" Cadang Sha. Terus mereka mengangguk-anggukkan kepala.

Jason melambai seorang pelayan perempuan. Dia berbisik kepada perempuan itu kerana suasa kelab yang bising. Pelayan tersebut akur dan berlalu. Sempat lagi Jason melirik Sha. Dia terus menghampiri Sha yang masih memegang gelas minumannya.

"Sha Alex renung u dari tadi. Apasal mamat tu? Dia suka u ke?" Nada cemburu mula kedengaran dari pertanyaan Jason tadi. Sha menggeleng.

"Entah,tp rasanya tak kot." Jawapan tersebut spontan keluar daripada mulutnya. Dia malas nak panjangkan cerita. Hakikatnya dia tau Alex sudah lama menyukainya.

"Its ok" Pendek jawapan Jason. Dia mendekatkan tubuhnya kepada Sha,haruman Estee Lauder itu begitu menusuk hidungnya. Terusik kelakiannya seketika ditambah pula dia tersentuh belakang badan Sha yang terdedah itu. Alahai gebunya kau Sha. Geram Jason,dia ketap bibir.

"Hah cepat minum sayang,api dia dah mula tu. Sedut cepat!" Kuat suara Zila memberi kata semangat kepada tunangnya itu. Flamingo merupakan minuman yang menarik kerana sebelum diminum,api dibakar ke permukaan minuman tersebut dan minuman tersebut mesti diminum dengan kadar segera melalui straw.

Segelas demi segelas minuman itu Jason sedut. Gelas keempat yang merupakan gelas terakhir, Amir telah minum dengan cepat. Mengalahkan Jason dan Azlan. Jason telah kalah kerana Azlan juga sudah menghabiskan minumannya. Pertandingan pertama selesai.

"Now kita sambung dengan tequila." Pantas Sha memanggil Jack yang kebetulan lalu menghantar minuman di meja sebelah.

"Yes Sha,may i help u?" Tanya Jack. Sha hanya tersenyum. kemudian dia berbisik kembali kepada Jack. Selepas itu Jack berlalu ke kaunter minuman.Sempat Jack kerling Mia yang tersenyum padanya. Cantik kau Mia. Kata Jack dalam hati.

Tidak lama kemudian Jack membawa sedulang minuman yang mempunyai gelas-gelas kecil di atasnya. Kelihatan juga garam dan lemon yang dihiris-hiris.

"Nice,thanks Jack." Bisik Sha. Jack menyusun minuman tersebut ke atas meja mereka.

Mia pantas mengangkat garam beserta mangkuk kecil itu. Dian angguk menandakan Azlan,Amir dan Jason perlu meletakkan garam tersebut di atas tangan berdekatan ibu jari mereka. masing -masing terus mengambil beberapa cubit garam tersebut.

"Ok mula!" Sha menyalakan lighter menandakan pertandingan itu sudah mula. Kelihatan masing-masing meneguk dengan pantas dan terus menghisap garam di tangan sambil menghisap lemon tadi.Kelihatan Amir terkulat-kulat melakukannya. Dia memang tidak berapa gemar dengan rasa tequila. Minuman kegemaran negara Mexico itu memang meloyakan tekak.Namun kesan mabuk begitu cepat amat digemarinya.

"Wah Jason menang la" Nita tepuk tangan dan menyiku manja Jason di sebelahnya. Sha hanya ketawa. 4 gelas Jason minum dengan cepat. Hebat juga mamat ni bab minum ya. Kata Sha dalam hati. Amir telah kalah.

"Sekarang antara keduanya kena pilih,siapa belanja next time dan siapa menari?" Kata Sha. mereka semua ketawa. Seronok sungguh mereka.

"Ok tapi kita tunggu lepas giliran kamu semua pulak" Kata-kata Azlan disokong dengan anggukan Jason dan Amir.

"Ok,tapi kamu tak payah la minum banyak sangat. Cukup la 3 gelas seorang ya" Jason menyampuk. Dia tak mahu Sha mabuk malam tu kerana penangan tequila memang kuat. Akohol mula melayari setiap perjalanan darah dalam badannya. Pening sikit,belum mabuk lagi.

Mereka setuju. Cuma Nita,Mia dan Sha sahaja minum,Zila tidak mahu kerana dia makan ubat,silap haribulan dia masuk hospital akibat tindakbalas akohol.

"Ok minuman dah sampai,jom mulakan" Kata Amir." Flamingo tersebut disedut dengan cepat antara ketiga-tiga mereka. Selepas tu gelas kedua,seterusnya ktiga. kelihatan Nita tecungap-cungap menyedut flamingo,tak sanggup la tu. bukan sedap pun.

"Kalah lagi kau Nita,karang kau menari dengan aku. Sedap sikit badan kau kan empuk" Kata-kata Amir memecahkan ketawa mereka semua. Nita hanya mencebik sambil menjeling manja kepada Jason. Bangga la tu dengan pujian Amir. nak tarik perhatian lagi.

"Ok kita sambung lagi dengan tequila,minuman favourite si Sha. Habislah korang ni" Amir ketawa lagi. Mereka tau percuma saja mereka bertanding,mereka tau Sha saja satu-satunya orang yang minum dengan cepat dan selamba.

"Belum sure lagi lah. Aku rasa si Nita lagi cepat kot" Sha sengaja mengusik Nita. Cepat betul dia mula mabuk akibat penangan flamingo tadi. Merah betul muka Nita. Nita hanya ketawa dan menjelirkan lidahnya kepada Sha. Dia tahu dia akan kalah.

"Mula!" Amir nyalakan lighter. Terus seteguk demi seteguk tequila itu mereka minum. Azlan,Amir dan Jason bersorak. Sorakan mereka mendapat perhatian daripa beberapa orang lelaki yang baru masuk ke dalam kelab itu.

"Yeahhhh...! Aku menang" Laung Sha keriangan. Jason memeluk pinggang Sha. Terhenti sekejap jantung Sha. Tapi dia buat-buat tak tahu. Dia sebenarnya rimas dengan keadaan itu,tapi niatnya mula jahat.Susah payah Zila menghabiskan minuman tersebut. Akhirnya Zila kalah,ajaibnya Nita di tempat kedua. Mia pulak di tempat ketiga.

"Wei Sha,kau buat apa kat sini. Hei bro aku nak cakap dengan dia kejap" Terkejut mereka semua dengan suara kasar dari arah belakang Sha. Sha yang terkejut terdiam. Begitu juga yang lainnya. Pautan di pinggangnya juga terlepas. Jason agak marah ditolak kasar macam tu.

"Oi sial!! Jangan tarik aku la bodoh!!" Kasar suara Sha. Benci sungguh dia dengan lelaki itu.

"Kau diam ikut aku,kalau tak aku heret kau keluar!" Bentak Zam lagi. Amir merenung tajam lelaki di depannya. Tangannya sudah dikepal-kepal,tapi dia masih dapat bersabar melihat Mia memberi isyarat membiarkan Sha dibawa oleh Zam. Mia cukup masak dengan perangai Zam yang pantang Sha ke kelab dan berparti. Apatah lagi kini Sha didampingi lelaki kacak. Dia tahu lelaki itu amat menyayangi Sha.Dia juga pasti Zam tidak akan mencederakan Sha. Kedua-duanya memang keras kepala.

"Ok Zam kau bawa Sha keluar kejap. then kau balik. Dia datang dengan aku dan Amir. Kau jangan buat hal!" Keras suara Mia. Zam menjeling tajam Mia dan terus berlalu membawa Sha keluar. Pergelangan tangan Sha kemerah-merahan akibat digenggam kuat oleh Zam.

"Hei aku nak ikut dia,apasal kau bagi dia keluar dengan mamat kurang ajar tu" Jason menyinga. Pantang betul dia apabila lelaki mengasari perempuan.

"Jason,rilex. Tu bekas boyfriend Sha,tau la Sha nak handle. Aku cukup kenal si Zam tu. kalau kejap lagi Sha tak muncul-muncul kita semua keluar cari dia" Mia yakin dan memberi jaminan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.142681 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list