|
Life skrg dah tak menarik sbb salah satunya dah ada handphone....
Dulu time ai belajor, guna surat ...
jazaa Post at 17-12-2011 17:04
Setuju, zaman dlu sapa yg ada henpon alamat kena jd public phone la dgn kawan2, |
|
|
|
|
|
|
|
ok2..my badsori ek
ikut suka TT la..
chaintea Post at 17-12-2011 18:38
Xpa, xpa, aku ada bekap hang, jgn risau naa~ |
|
|
|
|
|
|
|
Sambung lagi, TT. Kawan TT tu bapak poyo gila. Couple haram tapi berenggang dengan henpon ...
evlinne Post at 17-12-2011 21:00
sambungan, masa sem 3 ni la, aku rasa menyesal pertemukan A ngan Z. seolah2 Z ni dah lupa kawan sekeliling dia. paling aku tak suka, bila Z cakap tepon ngan A dlam bilik, dpan2 aku, ckup geli dan annoying. biasa la, ayat2 cintan cintun keluar mcam2.
perangai Z ni kdg2 menjadi bahan lawak dan buah mulut kawan2 aku yg lain. sal Z ni, hanya aku je kawan rapat dia, dia takde kawan rapat yg lain. semua disebabkan sifat dia yg panas baran dan cpat emo. FYI, kami2 ni semua dak2 laki, takde pun yg jenis emo terlebih2 smpai merajuk sakan, tp lain plak pd Z ni, dia seorang je yg berperangai mcam tu.
pnah 1 ketika, aku bergurau mengenai hubungan dia ngan A dlam bilik, dan time tu, aku nk mintk pendrive kt dia, smbil2 mintak tu, aku gurau2 je la kt dia sal A, trus dia campak pendrive dia smbil cakap 'ye la ye la, ambik ni', apa perasaan korg bila jadi mcam tu? org gurau je pun, bukan nya lebih2, tp main campak mcam tu je, aku time tu aku terima je, aku senyum, tapi dlam hati aku sabar.
beberapa minggu pas insiden tu, kawan aku dtg bilik kami, borak2 sal nk breakfast esok pagi, mula tu Z ngan kawan aku ni ok, last2, Z ni tetibe tengking kawan aku tu, punca nya, sal gaduh sal harga teh ais, .... pastu, kawan aku ni apa lagi, kluar trus dari bilik tu...... aku cakap lah kt Z, awat dia marah kt dia? sabar je la, pastu Z bgtau, mcam mana nk sabar, dah kawan aku tu asyik nk defend diri dia....aku pun cakap, sedangkan nabi maafkan umat, apatah lagi kita ni manusia biasa, aku cakap kt Z, maafkanla kawan aku tu...
dan yg paling aku sentap, bila Z cakap -
'sebenarnya istilah nabi maafkan umat tak pnah wujud, manusia sengaja reka2 ayat tu, nabi pun pernah marah kat org lain'
ayat ni yg membuatkan aku tertanya2 mengenai pendirian agama Z. sal Z ni slalu pergi merata2 ceruk ceramah agama, smpai kan ceramah agama org politik pun dia pergi. aku risau bila Z ni dah pergi macam2 kuliah agama, Z ni mungkin dah campur aduk semua hasil kuliah agama tu dan interprete berdasarkan pemahaman dia sendiri dan buat tafsiran sendiri, dan benda ni la yg sedang terjadi sampai skrg dan membuatkan hanya diri dia je yg betul.... dan mengenai hal nabi marahkan org lain, adakah nabi marah mcam gaya Z tu, yg smpai menengking2 kt kawan aku?
cuma aku tringin nak tanya forumer2 kt sini, adakah Nabi Muhammad SAW prnah marah kt org lain smpai menengking mcam apa yg Z buat kt kawan aku? aku mohon pertanyaan kt sini untuk dapatkan kepastian... |
|
|
|
|
|
|
|
Ko dah tau perangai dia macam tu, jgn la amik hati ngan apa yg dia cakap. Bukan dengan ko aje yg dia emo, dgn semua org dia macam tu. Orang lain semua paham perangai dia. Dia bukan takde kebaikan, so sendiri cakap dia byk tolong ko. So memang baik la ko tak meminggirkan dia tapi ko pedulikan je la apa dia cakap. |
|
|
|
|
|
|
|
ermm sian awak jugak la sebb dapt kawan macam ni.yang kawan awak Z tu pun terlalu emo sangat,tak best la ade kawan macam nak sentap.yang peliknye permpuan tu nampak je baik siap bertudung labuh kire luarannye ok la sedap mata memandang tapi mai ai tiap setengah jam col Z.baiknye Z tu asik nak melayan je..
dulu kata tak couple tapi cara dia da nunjuk kan segalanye.yela orang kata cinta ni kan buta tu sebab la Z tu hanya krn seorang wanita kawan2 jadi mangsa n diketepikan.. |
|
|
|
|
|
|
|
geez...don la salahkn tudung labuh itu
most yg tudung labuh itu baik..but bukan sumer yg bertudung labuh itu suchi hokay...
dear TT
i penah jumpa org se'emo' spt Z sms i di zaman U dulu
cuma dia x bertudung labuh la..if u called Z emo
i called her KEPALA ANGIN..like ur fren la..emo x tentu pasal
she did try to show her angin to me..
but dia x tgk hangin i lagi ms tuh
when i show to her my ribut..dia patah balik cam tikus..
sebilik tuh..
i told her awal2..don't ever try to show your angin to me..coz i hv my own angin also..
ramai rakan tanya pd saya cmne i blh handle her emo..angin..
i told them..just respect each other punye personal space..
ko x langgar aku..aku x sentuh ko..simple
end up kami aman cam indonesia- malaysia gitu
gado lite2..tp x sampai terbang kerusi...
berbalik pd mslh u ttg Z yg emo
bertabahlah..katanya now di tahun akhir kan
pejamkan mata..hadap je sumer
but when terjd sesuatu yg buat ko rs dia langgar personal boundaries
mohon do something
coz people like this always think tht they're the best..and suchi belaka
wooo pjg akak bebel |
|
|
|
|
|
|
|
jazaa, lecturer sy pnah ckap, yg penciptaan henpon ni adalah 1 kesilapan katenyer, klau dla ...
oni313 Post at 17-12-2011 17:09
lecutuer ko tu pakai handphone x? |
|
|
|
|
|
|
|
biasalah first time bercinta memg mcm tu, lagi3 bercinta masa usia yg lewat kot,
perempuan tudung labuh, ada sorg minah kt fb aku tudung labuh semua post islamik,
kejap3 tukar profile pic, pastu post islamik update 2,3 kali sejam... life hadap fb jer kot
attention seekr lak aku rasa minah tu...
pasal kepala angin tu biasalah, tunggu dia hadap dunia luar, dunia pekerjaan bru thu langit tu tinggi ke rendah... ada ustaz kt rumah ak nie awal3 jer baik, tpi bila kita baik dgn dia, dia pijak kepala org and ambil kesempatan... hri tu ak termaki dgn dia pastu dia tegur ak, ak buat bodo jer ... (nyesal gado3, dia siap nk kenalkan ak dgn ustazah)
ada kawan ak emo mcm tu kot, xboleh gurau dgn dia, memg cepat sentap, jika tnya pun dia jawab pun mcm sentap, kena dgn ak memg ak sindir kaw3 lah, dia sentap pun leh buat apa marah jelah, nk try naik kaki, tangan dgn ak trylah...
org emo mcm tu kena pandai psikologi, jgn nyerah lawan balik apa dia ckp smpai dia terdiam
drpda ak, yg suka lone ranger |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 25# oni313
Laa, gitu pulak ke jadinya? Pelik gila kawan kau ni. Kadang-kadang aku jarang pergi kuliah agama sebab aku macam fobia dengan orang-orang yang bagi ceramah ni. Dalam otak, aku dah set setiap orang yang bagi ceramah tu selalunya undi bulan dan orang yang undi bulan selalunya bagi ceramah mesti ada selit pasal politik. Nampak je baik, rupanya tak. Kampung aku pun dah kerap buat macam ni. *tak bermaksud aku sokong dacing, huhuu
Tapi, kesianlah kat kau sebab dia tu room mate kau. Nak tak nak, kenalah jugak hadap muka dia. Mana boleh buat tak tahu. Sekurang-kurangnya, kau bukan putuskan terus hubungan persaudaraan kau tu dengan dia. Ok la tu. Sebab aku perempuan, aku terus tak endah dengan orang macam ni. Tak kuasa mengadap orang gedik. Pikir perasaan sendiri je, orang lain punya macam mana? Pasal Nabi tak ampunkan umat tu, aku rasa tak betul. Kita kan sudah didedahkan dengan kisah-kisah baginda. Nabi Muhammad SAW sendiri yang bagi syafaat di akhirat nanti, baginda juga ampunkan dosa orang Yahudi yang bagi limau masam tak hengat tu dll.
Dia pun dah besar, tak boleh pk sendiri ke lukakan perasaan orang tak tentu pasal tu tak elok. Abang aku pun tak macam ni gediknya. Tolonglah nasihatkan dia sebab aku rasa kau ni perangai elok sikit kot daripada dia. Tak ada nak merajuk bagai, kan? |
|
|
|
|
|
|
|
tt.sambung cite lg..x sabar nie... |
|
|
|
|
|
|
|
ermm sian awak jugak la sebb dapt kawan macam ni.yang kawan awak Z tu pun terlalu emo sangat,tak bes ...
PitPot Post at 18-12-2011 01:39
pitpot, bila aku tanya status hubungan Z ngan A ni, Z bgtau kt aku, yg diorg ni berkawan rapat secara islam, bukan couple, sal Z kate, couple ni berdosa,
ramai kawan2 aku yg couple terasa hati ngan statement dia, ye la, klau couple, tp tak melebihi batas pergaulan, takpe la, istilah couple tu pun luas maknanya klau kita interprete ayat tu, tak semestinya kalau couple, boleh buat zina dan sebagainya, of course sebagai seorang Islam, kita dah dididik oleh parents kita dengan hukum hakam agama, just trpulang pada kita untuk mentaati perintah dan larangan dari Nya...
cuma yang aku kesal dan sedih, Z mempergunakan agama dalam hal ni...
kalau betul la diorg berkawan rapat secara Islam, masakan tidak, sanggupkah seorang lelaki, bila teman perempuan nya suh belikan makanan lepas jam 10 malam, pastu nek moto lebih 10KM dekat2 tengah malam tuk antarkan makanan tu kt teman dia? adakah itu berkawan secara Islam? jumpa sesama bukan muhrin waktu dekat tngah2 malam?
itula yg jadi kt Z baru2 ni, time tu, dah 9.30 malam, A lak, tringin nak makan KFC, so dia suh Z belikan, Z pun, apa lagi, direct trus pegi beli KFC, pastu naik moto hampir 15 km, antarkan kt A, KFC lak time tu ramai org, so dah smpai tempat A tu, dah dekat pukul 11 malam dah.....dalam pikiran aku, Z ni dah terlalu taksub dan dah dikawal sepenuhnya oleh A, sal Z ni dah sanggup buat apa je demi A....
pause jap, sambil2 tu, aku cerita mengenai A ni, kisah ni, kisah mengenai A ngan kawan sekelas aku time form 6 dlu, sal dlam bhgn pertama cerita aku, A pnah couple ngan classmate aku time form 6, dan ni adalah cerita pada tahun 2009 yg lepas, -
A ni, character dia, dia seorang yang suka control seseorang tu. Ingat lagi tak kisah A couple ngan kawan aku time form 6 dulu? kawan aku tu mintak putus ngan A sal A ni kuat control dan ambil tahu segala gerak geri kawan aku tu, so kawan aku ambil keputusan tuk mintak putus....
paling melampau sekali, bila A melibatkan famili kawan aku tu. A ni bagitau kt famili kawan aku tu, yg kawan aku tu putuskan hubungan dengan dia, paling ckup memalukan bagi kawan aku tu, bila A ni bagitau kt famili A dan kawan2 sekeliling dia, yg punca A putus hubungan dengan kawan aku disebabkan kawan aku tu nak 'barang' A, korg pun paham2 la maksud 'barang ' tu....
kawan aku ni pun, lagi la meluap marah dia, sal kawan aku tu cakap, yg itu adalah fitnah, dia tak pernah mintak 'barang' dari A, dan punca dia mintak putus, adalah disebabkan sifat dan sikap A yg terlalu kontrol mengongkong, dan kawal segala hal ehwal kawan aku tu...sampaikan mak kawan aku tu pun sedih, bukan kerana kawan aku, tetapi kerana sikap A, yg mendedahkan segala hal ehwal peribadi kawan aku tu kt org luar.......
kawan aku tu pun bengang sal , A ni siap datang umah kawan aku tu, walaupun diorg dah putus, bayangkan, dah putus hubungan, berani lagi A ni dtg kerumah kawan aku tu...... kesimpulan yang aku leh buat mengenai A ni, A tak dapat terima perpisahan hubungan A ngan kawan aku tu, seolah2 gila meroyan. kalau A ni dah tau kawan aku nk 'barang' A ni, kenapa dia still lagi nk ambil tahu kisah kawan aku tu? seolah2 A ni cam meroyan sikit....
dan skrg ni, 2011, A kononya berkawan secara Islam dengan roomate aku tu, Z. dan skrg ni, A dah berjaya control sepenuhnya kawan aku Z, smpaikan Z dah sanggup buat apa je demi A....kebenaranya dah terbukti depan mata aku....
bersambung, (baru je pas balik dari conference keusahwanan tadi) insyallah, nanti aku tulis lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply oni313
Laa, gitu pulak ke jadinya? Pelik gila kawan kau ni. Kadang-kadang aku jarang perg ...
evlinne Post at 18-12-2011 10:44
evline, aku klau nk kuliah agama, dekat kawasan kampus je, tak berani sngat nk gi luar kampus, sal klau dah ada penceramah politik ni, nanti dicampur2 kanya soa politik dlam agama, tak pasal2 nanti kita lak yg salah interpret....paham2 la camner bila ahli politik berceramah agama, especially yg ada wrna hijau bulat putih tu, tak bermakna aku sokong dacing putih, huhuhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
biasalah first time bercinta memg mcm tu, lagi3 bercinta masa usia yg lewat kot,
perempuan tudung ...
B.K Post at 18-12-2011 02:43
biasala BK, first time cinta, gitu la rupanya.....
Z ni, pnah jatuh hati ngan sorg kawan kpd sahabat baik aku, kawan aku ni lain course, biar aku namakan gadis tu, C. C ni mmg muslimah sejati, tudung labuh segala bagai, dan aktif dlam kegiatan agama kt kolej kdiaman, so, Z ni nak tegur2 C, tp C tak layan, kawan baik aku lak yg baik ngan C ni, mmg rapat ngan aku, dia ni perempuan, kenal sejak form 3 lagi.
bila Z ni nk berkenalan ngan C, C ni apa lagi, tak suka lah ngan cara Z tu... smpai kan jadi buah mulut dikalangan member aku tu, member aku siap cakap yg Z ni perasan sungguh, dan tak pasal2 Z dpat gelaran scary movie sejak dari hari tu.....
member aku tu siap bagi sms kt aku, suh sampaikan kt Z, supaya Z jngan kacau C lagi pasni, sal member aku tu ngan geng2 dia cukup tak suka bila Z ganggu C. dan diorg bagi amaran kt Z, jngan dekati C lagi pasni.....dan kisah ni jadi, time pertengahan 2010, time tu, Z tak serius lagi ngan A.... |
|
|
|
|
|
|
|
lecutuer ko tu pakai handphone x?
B.K Post at 18-12-2011 02:29
aku dlam hati nk ckap cmtu kt lecturer aku, tp apakan daya, lecturer aku tu jenis tengok atitude student dlam kelas, klau student tu ponteng atau jenis kerek ngan dia tima kuliah, mmg sah2 student confirm dpat C time final, wlaupun time exam dpat jawab excellent kertas dia hehehehheeh |
|
|
|
|
|
|
|
geez...don la salahkn tudung labuh itu
most yg tudung labuh itu baik..but bukan sumer yg bertudung ...
chaintea Post at 18-12-2011 01:59
thanks akak coz bagi support
just sy time kt U ni, mmg sy seorang yg friendly, happy go lucky, dan tak prnah ada sebarang masalah ngan org lain, tp kes Z ni la yg menyebabkan sy hangin...
manakan tidak, Z ni seolah2 dah naik atas kepala saya, mentang2 la jenis tak melawan, tp on the next story, saya akan cerita lebih detail, detik2 saya berubah perangai, dr seorang yg soft spoken, smpai kpd sikap dan tindakan saya yg keras keatas Z.... |
|
|
|
|
|
|
|
Cepat lah sambung TT ........
Dah mengantuk tunggu ni....nanti dah habis cerita, boleh balas komen2 forumer kat sini.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 35# oni313
Hahaa, yeaah kita sama! Btw, kau janganlah sampai berubah sikap terlalu drastik sehinggakan boleh berubah jadi terlalu pemarah. Nanti kawan2 yang lain pun larikan diri dari kau macam si Z tu, huhu. Last2 tinggal kau berdua je. Kalau aku, aku ada sorang kawan perasan bagus ni nak kawan dengan orang yang pakai barang branded, muka lawa and hot stuff je sedangkan... aku malas nak sambung ayat tu, haha. Dah la jenis suka mengutuk orang, akhirnya aku cuba untuk menjauhkan diri dari dia sebab takut terpengaruh dengan perangai dia. Aku pulak jenis introvert, jadi bila perlu je aku buka mulut hihi. Kadang2 lebih baik tak ada kawan daripada ada kawan yang tak boleh diharap langsung. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|