|
Sister In Islam (merged: strike_freedom, ct_og, Karisma)
[Copy link]
|
|
i guess they dont know the difference between a malay and a muslim.. ada ke buat perbandingan dengan gambar tahun lepas perang jepun... amalan-amalan seorang muslim tidak akan diterima selagi dia tidak menutup auratnya...
[ Last edited by Browneyes on 15-8-2003 at 09:36 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by seribulan at 2003-8-14 02:04 PM:
ntah..pas tu mengelirukan n menyimpang from Islam...
Salah porumlah makcik!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by amorist at 2003-8-14 05:09 PM:
Salah porumlah makcik!!
Kenapa pulah salah Porem amorist...? boleh anis tau..:stp: |
|
|
|
|
|
|
Lone_Ranger This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Tengku Anis at 14-8-2003 11:23 PM:
Kenapa pulah salah Porem amorist...? boleh anis tau..:stp:
ntahnye??? pas= lepas...:stp: |
|
|
|
|
|
|
Terong Pipit This user has been deleted
|
BACALAH DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PEMURAH
Terdapat banyak hukum-hakam yang dicipta atau diijtihadkan oleh sesetengah ulama dahulu dan sekarang yang dianggap mengongkong dan menindas wanita. Di antara hukum-hakam berkenaan, ada yang dicipta atau diijtihad berdasarkan kepada kaedah umum agama yang tidak muktamad seperti kaedah sadduz zara'i, iaitu menutup punca kemungkaran.
Kaedah umum agama yang dipanggil juga kaedah usul fiqh jika digunakan dengan cara yang tepat boleh memberi faedah kepada masyarakat. Sebaliknya jika digunakan dengan cara salah ia boleh memudaratkan masyarakat.
Contoh menggunakan kaedah ini secara tepat ialah jika digunakan untuk menangani beberapa kemungkaran atau gejala sosial yang muncul secara mendadak dalam dua tiga minggu ini.
Kemungkaran atau gejala sosial yang dimaksudkan ialah kejadian ganjil remaja memuja syaitan dan beberapa kejadian bunuh dan rogol yang berlaku secara tiba-tiba dan berturut-turut.
Bukan pemujaan syaitan yang dilakukan oleh segelintir remaja itu saja ada kaitan dengan ajaran sesat, tetapi salah satu kes bunuh juga dikatakan ada kaitan dengannya. Sebelum ini pun pernah berlaku kes bunuh yang didakwa ada hubungan dengan ajaran sesat.
Beberapa kes rogol pula tidak kurang kengeriannya kerana ia berlaku seolah-olah macam wabak.
Dalam suasana ini kaedah sadduz zara'i layak dan tepat digunakan. Caranya ialah menutup punca-punca yang dipastikan menjadi penyebab berlaku segala kemungkaran atau gejala sosial itu.
Dalam kes pemujaan syaitan, misalnya, kita perlu mengharamkan muzik, lagu, bahan bacaan dan tontonan yang menyeru kepada anarkisme dan nihilisme. Anarkisme ialah fahaman yang menolak segala sistem atau peraturan yang digunapakai hari ini termasuk berhubung politik, sosial dan agama. Manakala nihilisme pula ialah fahaman yang anti dan menuntut dihapuskan segala sistem atau peraturan politik, sosial, agama dan lain-lain.
Dalam kes ajaran sesat pula, kita perlu mengharamkan bahan-bahan bacaan dan tontonan yang menyeru kepada tahyul dan karut-marut yang bersepah dalam masyarakat dalam bentuk siaran akhbar dan majalah. Begitu juga dalam kes rogol. Kita perlu mengharamkan bahan-bahan bacaan dan tontonan lucah dan separuh lucah yang boleh didapati dengan mudah dalam masyarakat kini terutama dalam bentuk VCD. Malah banyak akhbar dan majalah menjadikan bahan-bahan yang mengghairahkan itu sebagai salah satu kandungan utama untuk menarik para pembaca.
Menggunakan kaedah sadduz zara'i dalam kes-kes ini adalah tepat dan ia boleh membantu mengurangkan kemungkaran atau gejala sosial dalam masyarakat.
Bagaimanapun, menggunakan kaedah yang sama secara terbalik boleh mendatangkan kemudaratan besar kepada masyarakat.
Kita ambil kes-kes yang sama sebagai contoh untuk dilaksanakan kaedah sadduz zara'i secara terbalik ini.
Contohnya begini. Disebabkan pemujaan syaitan ada kaitan dengan muzik dan lagu, maka tindakan yang dianggap perlu diambil ialah mengharamkan semua muzik dan lagu tanpa mengambil kira ia genre heavy metal atau genre-genre yang lain.
Kebetulannya sesetengah ulama ada yang mengharamkan muzik dan lagu kecuali muzik menggunakan peralatan tidak bertali dan lagu nasyid. Ulama puak Wahhabiah paling kuat berpegang dengan hukum ini. Namun begitu punca mereka mengharamkan muzik bertali dan lagu selain lagu nasyid tidak saja berdasarkan kepada kaedah sadduz zara'i, tetapi juga berdasarkan kepada nas daripada hadis yang lemah dan ayat al-Quran yang ditakwil secara tidak tepat.
Di Malaysia pun ada ulama yang berpegang dengan hukum ini seperti sesetengah ulama dalam Pas termasuk Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Disebabkan ada pembunuhan yang dianggap berkaitan dengan ajaran sesat, maka tindakan yang perlu diambil dalam perkara ini ialah mengharamkan semua tarikat sufi kerana biasanya orang-orang yang mengamalkan ajaran sesat adalah tergolong daripada mereka yang mengutamakan kehidupan spirituil daripada kehidupan dunia.
Hukum ini juga dipegang secara ketara oleh para ulama Wahhabiah. Dengan itu mereka mengharamkan tarikat sufi dan melarang orang ramai ikut serta kumpulan yang dianggap bidaah itu. Di Malaysia pun ada orang Islam yang membawa pegangan ini termasuk para pensyarah universiti.
Seterusnya disebabkan rogol pula ada kaitan dengan bahan lucah, maka tindakan yang perlu diambil bukan saja mengharamkan penyebaran bahan-bahan lucah. Sebaliknya diharamkan juga penyebaran gambar wanita dalam akhbar dan majalah walaupun menutup kepala. Ini juga hukum yang dipegang oleh para ulama Wahhabiah kerana pada pandangan mereka muka, tangan dan kaki wanita merupakan aurat yang wajib ditutup.
Hukum ini juga ada diamalkan oleh segelintir orang Islam negara ini.
Mengamalkan kaedah saddu zara'i secara keterlaluan ini akan menyebabkan agama Islam yang merupakan agama mudah yang sesuai dengan semua orang dalam semua keadaan berubah menjadi agama susah dan menyusahkan. Padahal banyak ayat al-Quran dan hadis memperuntukkan sebaliknya.
Allah berfirman didalam Surah al-Baqarah: ayat 185 yang bermaksud: ''(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur''.
Rasulullah s.a.w. pula bersabda: ``Islam itu agama mudah'' (al-Bukhari no. 38). Dan dalam hadis lain baginda bersabda: ``Mudahkanlah kamu dan jangan kamu menyusahkan, dan sampaikan berita gembira dan jangan kamu menakut-nakutkan.'' (al-Bukhari no.67).
Selain itu daripada masalah sosial apa akan jadi jika dunia ini tiada muzik dan tanpa wanita serta ada orang Islam yang hanya mementingkan spirituil semata-mata?
Dalam konteks membincangkan hukum yang keras dan keterlaluan terhadap wanita, penulis ingin menyebut sebuah hadis yang dijadikan oleh ramai ulama dahulu dan sekarang sebagai bukti bahawa segala-galanya pada diri wanita dianggap aurat. Justeru mereka mesti ditutup litup seluruh badan termasuk muka, tangan dan kaki yang dianggap boleh dibuka oleh kebanyakan ulama.
Dalam sebuah hadis didakwa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya wanita itu aurat. Jika dia keluar (dari rumah) syaitan akan menguasainya dan dianggap ia dekat dengan muka Tuhannya jika ia tinggal dalam rumah.
Hadis ini adalah hadis yang lemah, tetapi ramai ulama yang tidak begitu teliti kedudukannya mengguna pakai dan menjadikannya sebagai hujah dalam mencipta dan mengijtihadkan hukum untuk memaksa wanita menutup seluruh tubuh.
Kerana pengaruh hadis atau hukum ini sangat kuat terutama dalam konteks masyarakat zaman silam, maka muncullah tanggapan bahawa wanita itu adalah aurat yang terkeji dan memalukan. Tanggapan ini telah membudaya dalam masyarakat zaman silam sehingga menyebabkan beberapa bangsa Islam di dunia menamakan wanita sebagai aurat. Di antara bangsa-bangsa Islam yang menamakan wanita sebagai aurat ialah bangsa Iran, Pakistan, Afghanistan dan Kurdis.
Kini muncul seruan di kalangan cerdik pandai bangsa-bangsa berkenaan supaya dibuat penilaian semula terhadap penamaan wanita sebagai aurat, tetapi cadangan itu belum sampai ke mana. Apa saja hukum karut-marut jika dibungkus dengan agama sehingga dipandang sebagai hukum agama sukar untuk dibanteras dan dihapuskan.
Hadis wanita dianggap aurat tidak disebut dalam kitab Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim dan Muwatta' Imam Malik, tetapi disebut hanya dalam kitab hadis at-Tarmizi, Ibn Hibban, Ibn Khuzaimah, Ibn Abi Syibah, al-Bazzar dan lain-lain.
Bagaimanapun, at-Tarmizi dalam kitab Sunan at-Tarmizi menyebut bahawa hadis berkenaan merupakan hadis daripada kategori hasan gharib. (At-Tarmizi, Sunan at-Tarmizi, jilid 3, muka surat 476).
Hadis hasan gharib ialah hadis yang mempunyai kesinambungan dari segi perawi dan tepat pemindahan tetapi mereka kurang kelurusan (al-'udul) serta perawinya pula seorang saja.
Manakala al-Bazzar dalam kitab Musnad al-Bazzar menyebut bahawa hadis yang menggolongkan wanita itu sebagai aurat hanya diriwayatkan oleh Hammam seorang saja. Hammam atau nama penuhnya Hammam ibn Yahya al-Auzi (meninggal dunia 165H) meriwayatkan hadis itu seorang diri daripada Qatadah ibn Di'amah as-Sadusi (meninggal dunia 115H). (Al-Bazzar, Musnad al-Bazzar, jilid 5, muka surat 428).
Ini bermaksud hadis ini tergolong daripada hadis yang tidak kuat.
Yahya bin Said tidak menerima pakai hadis Hammam, tetapi Imam bin Hanbal menerima pakainya. (Al-Kamil Fi Dhu'afa' ar-Rijal jilid 7, muka surat 129-130).
Hammam dikritik kerana dia meninggalkan atau tidak ingat nama beberapa perawi dalam sesetengah hadis riwayatnya. Yazid ibn Zurai' berkata, Hammam jika meriwayatkan hadis daripada catatan adalah berguna (salih), tetapi jika dia meriwayatkan daripada ingatannya ia tidak berguna langsung.
Diceritakan juga bahawa Hammam meriwayatkan hadis tanpa merujuk kepada catatan atau kitab dan dia selalu melakukan kesalahan. Dia sedar perkara itu apabila dia merujuk kepada catatan atau kitabnya. Dia berkata kepada kawannya yang bernama Affan: ``Kita telah melakukan banyak kesalahan.'' Lalu dia pun beristighfar meminta ampun daripada Allah, cerita kawannya itu. (Dhu'afa' al-'Uqaili, jilid 4, muka surat 367-368).
Banyak hadis yang diriwayatkan oleh Hammam ibn Yahya terkandung dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim. |
|
|
|
|
|
|
Paja This user has been deleted
|
kalau ikut tafsiran SIS ... pakai baju jarang pun ok apa .. sebab kira tutup bahagian dada gak!
itulah manusia .. akal diberi untuk berfikir dengan waras tapi salahguna anugerah akal tu .. kesian orang camni! |
|
|
|
|
|
|
Purple_Rain This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
ione2bliv This user has been deleted
|
Originally posted by Tengku Anis at 12-8-2003 05:47 PM:
Kesimpulannya...........
Islam mewajibkan seluruh kaum wanita agar menutup aurat dan batasan aurat tersebut merangkum rambut, kepala dan lain-lain kecuali wajah dan tapak tangan di dalam ...
Peace
TA wrote:
Kesimpulannya...........
Islam mewajibkan seluruh kaum wanita agar menutup aurat dan batasan aurat tersebut merangkum rambut, kepala dan lain-lain kecuali wajah dan tapak tangan di dalam sembahyang. Oleh kerana itu, wanita yang tidak bertudung dan mendedahkan bahagian aurat berkenaan adalah berdosa. Ini adalah berasaskan kepada dalil, nas dan ijmak. Wanita yang mempunyai tanggapan sendiri tanpa memahami dalil-dalil Islam dan pendapat ulama adalah mengelirukan orang-orang awam.
Dear sis TA,
With all due respect, be extra careful sis TA. You can't just simply say all ulama agreed that hair is aurat. Just observe around. Take a look at pakistani women if you travel abroad. (You can see many of them in the UK especially, in the US and of course in pakistan too). Majority of them are following hanafi school of thought. (mind you Hanafi was an ulama too.) Pakistani women, let their hair seen. Even when they perform salat. (I repeat |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ione2bliv at 15-8-2003 20:35:
Peace
TA wrote:
Kesimpulannya...........
Islam mewajibkan seluruh kaum wanita agar menutup aurat dan batasan aurat tersebut merangkum rambut, kepala dan lain-lain kecuali wajah dan tapak tanga ...
:stp: Kesimpulannya..lagi
Kita tak payah la sibokkan sgt hal ni sebab kita dah tau dah man yg betul dan mana tg salah...Dari segi lahiriahnya pun kita dah tau SIS tu macammane...benda yg dibahaskan biasanya benda yg khilaf...bukan benda yg telah putus samaada dlm Al-Quran ataupun ijma' ulama'
...Ye tak? |
|
|
|
|
|
|
|
hi.. aku join isu ni.
Apa aku paham , - Kalau nak ikut agama, baik lelaki baik pompuan, kena jaga aurat masing2. Cara tutup aurat tu, terpulang pada cara masing2 berpakaian.
Terutama aurat ni memang topik sensitif.
Minta maaf banyak2 apa aku nak cakap ni - masalah bila ada orang berkedudukan tinggi, berpelajaran tinggi dan pegang pangkat tinggi tapi yang kurang pengetahuan agama sudah memberi komen tentang hal2 agama, ni yang 'compromise' agama kita di mata orang yang bukan Islam. Maklum orang bukan Islam ni memanglah kurang kefahaman mereka terhadap agama Islam. Kita harus menyatakan hukum agama kita dengan baik tetapi juga cara diplomasi semuga mereka boleh terima, tapi kalau kita sendiri dan buat laungan yang tu tak payah, ni ok, yang tu boleh, yang ni tak important dan sebagainya, macam mana di mata bukan Islam?
Contoh yang baik, kamu semua tak payah lihat jauh ok - lihat seberang je. Apa dah jadi.
Anyway, ni topik dan lain2 topik semua best2. Thanks to all. |
|
|
|
|
|
|
seek1u This user has been deleted
|
Ni la jadinya bila terlampau memikirkan lojik..
Pasal kat dunia ni mmg banyak benda tak tak logik..
Dowang ingat dowang tu educated , so yg kena ikut hukum ni hanya owang low education je..hehhe..eran lak aku..ekkeke
SIS..SIS..macam mana dowang boleh jadi camni ek..:stp: |
|
|
|
|
|
|
|
yg paling kesian bila org yg tak tahu ape2, baru nak mengenali Islam, terpercaya dgn bende yg tak betol ni isk isk.. terok betol
kalo tak silap aku, astora jabat ponn penah ckp kat article dia, kata pakai tudung ni tak wajib.. Astaghfirullahalazimm... |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by ione2bliv at 2003-8-15 08:35 PM:
With all due respect, be extra careful sis TA. You can't just simply say all ulama agreed that hair is aurat. Just observe around. Take a look at pakistani women if you travel abroad. (You can see many of them in the UK especially, in the US and of course in pakistan too). Majority of them are following hanafi school of thought. (mind you Hanafi was an ulama too.) Pakistani women, let their hair seen. Even when they perform salat. (I repeat |
|
|
|
|
|
|
ione2bliv This user has been deleted
|
Originally posted by always_typo at 18-8-2003 07:34 PM:
Di mana anda dapat hanafi tak strict pasal aurat? Berhati-hatilah agar tidak mengelirukan orang ramai. Hujah anda menggunakan "pakistani women that travels abroad " adalah amat tidak kuat ...
Dear always_typo
Salam
where do I got it? I got it from Quran. No matter how strick you think hanafi was, can he over ruled the words of God? All I was trying to point out, hanafi school of thought are more relax, because the of emphaty and wisdom of the thinker (yes it was not a strong argument, I agreed). But again, there is no word "sya'run" in all the dressing code instruction in the Quran. If there is please provide to me, then I will open heartedly will accept it. promise. same thing about the issue of arak that you brought forward. the friend of yours were doing something that never catogorized as "haram" but at the same time the act is very strongly discourage. Of course, intrepretations from various thinkers were different, but again, no mambo jambo here please, there were no word "haram" in the verses about alcoholic beverages. God never forget, to say haram, when it needs to say so. Please never ever imply He is. And please never ever imply, Muhamammad was a lair too, no matter how attractive to say so. Remember 10:15? Now, may I remind you to be careful too.
I disagree with you with love.
peace. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ione2bliv at 18-8-2003 09:33 PM:
Dear always_typo
Salam
where do I got it? I got it from Quran. No matter how strick you think hanafi was, can he over ruled the words of God? All I was trying to point out, hanafi school o ...
...Astaghfirullahala'zim... :cf::cf: |
|
|
|
|
|
|
|
To ione2bliv
Are u a MUSLIM??
kalau ya, saya syorkan anda mengucap balik.
:eek: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ione2bliv at 2003-8-18 09:33 PM:
Dear always_typo
Salam
where do I got it? I got it from Quran. No matter how strick you think hanafi was, can he over ruled the words of God?
Which words of God did he over rule? Can you please show the verses? I would expect the verses to say that women need not cover their hair and that arak is not haram. If Hanafi were to over rule the words of God, then we need to see the words of God that has been over ruled.
Now consider An Nur 31 again:
Yusof Ali: .....that they should draw their veils over their bosoms and not display their beauty except to their husbands....
Pickthal: and to draw their veils over their bosoms, and not to reveal their adornment save to their own husbands
Shakir: and let them wear their head-coverings over their bosoms, and not display their ornaments except to their husbands
Mahmud Junus: ...dan hendaklah mereka tutupkan kudungnya (tudungnya) ke dadanya. Jangan mereka memperlihatkan perhiasannya, kecuali kepada suaminya....
Every one of the above translations have referred to a veil or head covering. It gives the impression that wearing a head covering is a "given" - something that all women are expected to wear.
For the above verse to make sense, both the following statements must be true:
1. Women must wear a veil or head covering
2. The veil or head covering must be long enough to cover her breasts.
What then is your basis for saying that covering the hair is not required? Can you provide references to the Arabic customs or language that gives a different meaning to the verse above? Can you give a different meaning that is consistent with the Arab's way of life?
And do you reject hadith? |
|
|
|
|
|
|
| |
|