aku pun ada kisah gak.. meh aku kopipes citer aku kat blog aku tahun lepas... bengang!!
Salam,
Lokasi : Depan Masjid Besar Jerantut, Pahang
Masa : 2 Pm, Lagi Dua Hari Nak Raya
Apa nak jadi dengan Orang Tua zaman sekarang ni. Orang Tua zaman sekarang dah tak macam dulu lagi. Orang Tua dulu-dulu lembut, peramah, penyayang dan ASAL-JUMPA-JE-NAK-TIMANG macam arwah uwan kesayangan saya, Wan Cu Midah.
Ni kisah sengal dimana ada perempan tua drive pastu langgar kereta saya pastu marah saya sekali dengan pakej tuduh+maki+sembur grr grr grr. Malas nak cerita lebih sebab tu sanggup buat animasi macam di bawah ni. Hik hik tak sia-sia belajar AutoCad, Photoshop dan Photoscape. Mau menangis lecturer saya tengok ni padehal thesis tak siap lagi.
Kereta Merah : Kereta Gen2 MakCik the Gangster
Kereta Hitam : Kereta Naza Saya yang Berhati Nurani
Sejurus kejadian di atas ni berlaku, saya berhentikan kereta. Konon macam... yela bukan ke semua orang buat macamni (berhentikan kereta) bila eksiden. Tapi serius saya tak de niat pun nak marah dia atau mintak ganti rugi. Saje nak turun tengok apa yang patut.
Selepas tengok kecederaan di kereta Naza Ria tu, saya menuju ke arah MakCik tu. Wah dalam hati bersyukur sebab orangnya, Melayu, Tua, Perempuan, pakai tudung labuh pulak tu. So saya pikir mesti senang je nak deal ni.
Tapi bila sampai je....Pergghh!
Toink!!! kat saya jugak. Dia membebel-bebel macam tak bersalah je. Dengan mulut terjuih-juih kat saya, tuduh macam-macam. Saya diam. Tak lama pastu konco-konco geng saya turun dari Naza. Saya biarkan mereka je bincang. Saya tak ada mood nak bertekak dengan dia.
MakCik the Gangster cakap...
@ Saya pandu laju nak mapuh
@ Saya memotong dia ikut kiri
@ Saya kejar dia macam budak tak sabar
@ Pot pet pot pet tak kuasa aku nak taip bebanyak
Eleh makcik tu berangan time memandu, signal pun tak bagi, aku tak potong lah! Aku memang nak ke kiri pun. Aku ikut lane aku, pehal makcik sesuka hati nak masuk lane orang tak tengok kiri kanan. Ish pehal ni pehal ni. Dah la dia yang langgar kereta orang. Nasib baik orang tua, aku mampu merungut dalam hati jelah.
Serius kami turun bukan nak marah pun, tapi bila dah kena tuduh, kami back up lah diri. Eh pelik betul patutnya kami yang marah dia. Panjang kot calar kat Naza tu. Acik (makcik saya) sambil tu tepuk tepuk bahu MakCik The Gangster suruh dia bersabar. Pastu Acik juga suruh aku mintak maaf (tak tau maaf sebab apa maaf je lah). Saya hulur je tangan, ada ke MakCik The Gangster tu tarik badan dia kebelakang. &*%#^@!!
Last sekali anak dia lelaki dia datang tak tau dari mana, datang macam gangster gak. Tapi bila sampai kat kami, dia tanya Mak dia dulu dengan nada marah. MakCik The Gangster diam seribu bahasa. Hoho, kan dah kena marah dengan anak sendiri. Anak lelaki dia tanya kami pula. Kami pun cerita lah hal sebenar. Lepas tu anak dia buat keputusan yang tepat "Tak pelah, macamni jelah, kita settle kat sini jelah, korosakan kami biar kami yang baiki, kerosakan kereta awak, awak baiki okay?"
Eleh memang itulah yang kami nak cuba sampaikan pun. Kami bersetuju je dan saling bersalaman sambil bermaafan. Yela bulan baik, raya pun dah nak dekat. Tapi kalu nak diikutkan, mengenangkan perangai tak semenggah makcik tu rasa nak settle je kat balai polis. Bukan nak duit ganti rugi sangat pun, cuma nak dengar kata maaf dan pengakuan dari MakCik The Gangster tu je.
Dulu pernah terserempak sorang driver pompuan masuk roundabout ikut lawan jam. Habis round about 2 lane tu jammed. Yang tak tahan tu, driver2 jantan kabaret yang stuck kat bulatan tu takde pulak yg marah2. Mentang2lah driver pompuan tu cun. Sebaliknya masing2 dengan sukahati dan gentlemannya mereverse kereta memasing untuk bagi pompuan tu betulkan balik laluan dia. Nak dekat 10 minit jugaklah baru roundobut tu clear balik.
aku lepas baca berita makcik langgar kedai superbike tu rasa tertekan gila. ape hal sampai boleh jadi macam tu. kereta org baru angkat dah kena langgar teruk2. kedai superbike sampai estimate rugi setengah juta. emosi betul org sangat cuaii camni
aku pun ada kisah gak.. meh aku kopipes citer aku kat blog aku tahun lepas... bengang!!
Salam,
...
AzzaAzman Post at 4-2-2012 01:32
aku pernah kena sebijik cam kes ko nieh.. sama gak, dier kata haku salah.. report polis jer lar,sebab haku tak puas ati. kat polis, memang mangkuk tu yg salah, kena saman RM300.. padan muka ko... haku siap senyum perli lagi kat dier.. wakaakkka.. lihatlah dunia..
aha...tula..pelik la dorg nih....mcm mne leh lpas test JPJ eh?
aku tgk klu warga warga emas ni ...
Prince3019 Post at 4-2-2012 01:53
mmg x patut... mcm kes aku masa amik test parking, mak cik tu masa parking tiang dah bergoyang dah tp lepas.. x puas hati tul aku, sdgkan masa time aku parking, tiang aku x bergoyang pun. alasan si jpj tu bg gagal sbb kete tergesek sikit dgn tiang. even tiang tu x bergerak.. huhu.. sabar je time tu.
azza tak report sebab esokknya dah nak raya.... lagipun parent azza (sebab naza tu kereta basahan je nak bwak barang2) tak kisah sangat, makcik tu je lelebih.. mungkin kereta proton dia lebih MAHAL kot dari kereta NAZA saya tu.