|
Diskusi Lirik : Bawa ku pergi (Zizan & Kaka)
[Copy link]
|
|
iols dgr radio pagi2 jek..odw nk p keje n ptg dlm pkul2-3odw blk umah..lum penah dgr lagila kat mana ...
eymazaki Post at 23-2-2012 16:48 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
iols ada dengar td kat hot fm.. x amek port sgt lirik dia.. tp ngomel jgk la, ntah apa2 la lagu skrg ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 20# reeny
oo..ada eh..kire mmg lagu ni dibenarkn la dlm industri... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 21# ahkiluz
tu la..lagu pelik2..asal boleh jek....![](static/image/smiley/default/mad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
nak like 1000x... semalam tengok youtube sbb nk tau dia punye lirik tu... pelik jgk ler, camne lh blh lulus nak keudara ... hmm...{:4_503:} |
|
|
|
|
|
|
|
Reply ahkiluz
tu la..lagu pelik2..asal boleh jek....
eymazaki Post at 23-2-2012 21:16 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
hah. tau takpe. tadi rasanya byk kali plk lagu tu kuar kat hot fm |
|
|
|
|
|
|
|
ala kan kisah dongeng je tu..diaorang verangan jahhh..
sedap pe? |
|
|
|
|
|
|
|
hah. tau takpe. tadi rasanya byk kali plk lagu tu kuar kat hot fm
ahkiluz Post at 23-2-2012 23:30 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
xpenah trserempak pulak dgn lagu ni ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
kat era tu...asikkkk la duk main lagu tajuk pe nth..yg ila ngn malique...'untukmu' tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
buku merah tu mcm dua maksud jer.....
sama ada buku nih.....
![](http://3.bp.blogspot.com/-RlLWj9l2VRo/Tv0_nlM5szI/AAAAAAAAC7k/lNA_YVw3Di8/s1600/buku%2Bmerah.jpg)
atau buku passport.....
lirik cam bo....du.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
buku merah tu mcm dua maksud jer.....
sama ada buku nih.....
atau buku passport.....
...
ctaz Post at 24-2-2012 10:52 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
buku merah dlm lirik lagu tu merujuk kepada passport Malaysia....sebab dlm lagu nie ada mention nk lari ke sempadan... |
|
|
|
|
|
|
|
music sedap,lirik kureng lah..tp sbb aku dh kawen,aku mengambil pendekatan,lagu ni utk ajak laki aku pg jauh2,melancong kekdahnye..hiihihihi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 29# reeny
setakat lari sempadan siam takyah bawak passport..... |
|
|
|
|
|
|
|
lirik dia hampeh tapi rentak dia besh la...heheheh
korang nih tah2 ni lagu tema cerite ke....citer tuh memang citer pasal budak nak lari...hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
aku mula2 dgr lagu ni pon smacam jekk..
tp aku pk positif..
mungkin cm dorang berangan nak g jln jauh2...
soh kwn die dtg amikk...
aku pk cm die interaksi ngn kwn2 je..
bkn bf ke ape ke..hehehehe...
tu my imiginasi je laaa..
kot pk negatif je pon susah gakk.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku mula2 dgr lagu ni pon smacam jekk..
tp aku pk positif..
mungkin cm dorang berangan nak g jln j ...
missyqaldina Post at 27-2-2012 15:57 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Kalau ko pikir positif okay jah, tp aku rasa kureng sikit bila sampai lirik ini :-
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa
dan yang ini
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
melody mmg best tapi sayang mesej mcm busuk esp part jgn bilang mama jgn bilang papa busuk tu blh vote utk lagu tema.. lagu tema KELDAI DADAH. Hehehe` pacu laju lagi malah tak perlu kembali’, masuk jel seumur hidup atau kena gantung lah tu!! kan bagus kalu tulis jom lari belajar luar negara balik jadi manusia berguna {:4_243:} |
|
|
|
|
|
|
|
memula dengar lagu ni ade dengar cam lagu coolio punya melody.. i'll c u when u get there.... |
|
|
|
|
|
|
|
semalam keluar lagu ni radio bernama |
|
|
|
|
|
|
|
muzik mmg catchy la kan..
tp lirik tuh agak tidak seswai...hurmm..
dan kak ni sape?artis baru ek?? |
|
|
|
|
|
|
|
SELEPAS duetnya dengan Dina menerusi lagu Selamat Tinggal, rezeki Zizan Raja Lawak dalam dunia nyanyian tidak terhenti di situ saja. Zizan atau nama sebenar, Mohd Razizan Abdul Razak kembali dengan Bawaku Pergi selepas single Anggun.
Kali ini Zizan berganding dengan artis baru yang berbakat dan bermodalkan suara serak-serak basah, Nor Atiqa Noor Azraff atau Kaka.
Ternyata tawaran Zizan bagaikan pucuk dicita ulam mendatang kerana inilah peluang keemasan untuknya memperkenalkan diri sebagai pendatang baru dalam industri muzik tanah air.
Zizan mengakui jatuh cinta dengan Bawaku Pergi garapan sepenuhnya Malique (Too Phat) sebaik saja kali pertama mendengarnya kerana ia lagu yang mudah menangkap pendengaran.
“Saya tertarik dengan lagu ini kerana ia sedap pada pendengaran saya. Muzik yang disuntik dalam lagu itu sangat ringan dan tidak menyakitkan kepala mahupun telinga pendengar. Muziknya tidak terlalu berat dan lirik pula mudah difahami, sesuai untuk pasangan bercinta.
“Kemudian saya mula berfikir dan mencari-cari artis yang boleh dijadikan gandingan untuk menyanyikan lagu ini. Kemudian saya teringat Kaka, ramai memberikan maklum balas dia mempunyai suara sedap dan unik,” kata Zizan menceritakan permulaan gandingannya dengan Kaka.
Walaupun sudah menghasilkan tiga single, Zizan berkata, belum tiba masanya dia menyanyikan lagu itu secara solo, apatah lagi pada masa sekarang ini tuntutan lagu yang diberikan semuanya memerlukan dia berkolaborasi dengan orang lain.
“Saya lihat ramai penyanyi baru hadir dalam industri dan rasanya tidak salah jika saya memilih artis baru yang belum mempunyai naskhah untuk dipersembahkan kepada umum. Tambahan pula vokal dimiliki Kaka mempamerkan kelebihan ketika menyanyikan lagu itu.
“Mungkin belum tiba masanya saya menyanyikan lagu seorang diri kerana suara saya bukannya sedap sangat untuk menyanyi solo. Lagipun, saya lebih suka ‘rapping’, sebab itu saya memerlukan orang lain untuk menyanyikan bahagian korus.
“Namun jika saya mendapat lagu yang sesuai untuk saya nyanyikan seorang tanpa bantuan orang lain, saya akan cuba bawa lagu itu sebaik mungkin. Bagaimanapun, bukan dalam masa terdekat,” katanya.
Menjejaki gadis berusia 23 tahun itu bukan susah, tambahan pula Kaka mempunyai talian persaudaraan dengan penyanyi terkenal. Zizan berjaya mendapatkan nombor telefon Kaka daripada rakan dan tanpa berlengah, membuat panggilan pada jam 3 pagi.
Tidak mahu membuang masa, panggilan Zizan berbalas dan dia meminta Kaka bertemu dengannya di stesen minyak sekitar Damansara. Zizan kemudian menyuruh Kaka menyanyikan empat lagu sebelum memintanya ke studio rakaman.
Kaka mengaku terkejut pada mulanya apabila mendapat panggilan daripada Zizan pada jam 3 pagi. Bagaimanapun, dia tidak rasa ‘cuak’ kerana yakin memang Zizan yang menelefonnya.
“Pada mulanya, Zizan memang buat perangai gila dia, kemudian baru dia menyuarakan tujuan sebenarnya membuat panggilan awal pagi. Saya memang minat Zizan dan saya sangat teruja apabila dia menawarkan saya menjadi pasangan duetnya untuk single terbarunya,” katanya.
Mula menyanyi ketika berusia lapan tahun, Kaka yang menguruskan kerjaya sendiri mahu fokus terlebih dulu kepada projek kolaborasi dengan Zizan sebelum membuat kerja lain.
Agak berdebar-debar dengan reaksi pendengar nanti, Kaka berharap kemunculannya dalam industri boleh diterima dan peminat dapat menyokong perjalanan kerjayanya.
“Sebagai orang baru, saya risau dengan penerimaan orang ramai. Namun saya akan membuat yang terbaik supaya mereka dapat melihat bakat yang saya miliki.
“Bekerja dengan Zizan dan Malique sangat mudah kerana pertama kali merakam lagu di studio, banyak perkara yang perlu saya pelajari, namun mereka tidak pernah penat memberikan tunjuk ajar.
“Tambahan pula Zizan suka buat lawak, membuatkan semua orang tidak tertekan dan dapat bekerja dengan santai dalam suasana tenang.
“Seronok bekerja dengan mereka dan tidak ada pengalaman pahit pun,” kata Kaka mengenai pengalamannya merakam lagu itu selama seminggu pada Disember tahun lalu.
Mengenai kaitannya dengan penyanyi ‘rock’ terkenal, Kaka enggan bercerita panjang kerana tidak mahu dikatakan menumpang populariti ibu saudaranya.
![](http://www.hmetro.com.my/articles/Zizan__8216_lamar__8217_Kaka/pix_middle) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|