CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: albatross

Isnad untuk quran?

[Copy link]
Post time 13-6-2012 02:15 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 13-6-2012 03:02
Anda boleh rujuk kitab fihrist tulisn ibn al-nadim dan juga kitab al itqan fi ulum al-quran tulisan al-suyuti....

Bukan sahaja Qiraat ada 7 versi...mushaf Quran pun di dapati ada beberapa versi..

Di tangan saya ada 2 versi yaitu versi usmani & versi warsh..
Isyroqiyyin Post at 12-6-2012 19:00


Perbezaan Mushaf tu dari perbezaan qiraat la... bukannya versi Al-Quran yang berbeza kandungan dan maksudnya. Bila dialek berbeza, maka tulisan pun boleh beza. Bahasa Melayu pun ada dialek: macam sepuluh sen, seposen, sekupang..... tu sebutan tak sama, tulisan pun tak sama TAPI tak mengubah maksud.

Sanad quran yang di ketahui adalah dari 7 orang sahaja yaitu

Itu sanad qiraat spesifik ikut dialek. Memang ada 7 dialek cara bacaan Al-Quran. Ia tak bermaksud hanya ada 7 sanad periwatan Al-Quran.

Adapun senarai Qari dari golongan sahabat nabi hanya ada 11 orang jer...

Boleh bagi sumber? Istilah Qari tu yang mendengarkan bacaan pada umum, atau yang memang hafaz Al-Quran terus dari nabi?
   
Nak buat macamana...dah memang sanad kitab hadis semuanya munqati'...takde satu sanad pun yang muttasil sampai kepada Allah seperti sanad AlQuran....so, dengan menggunakan kaedah ilmu sanad, maka dapatlah kita membuktikan bahawa kitab-kitab hadis-hadis itu sebenarnya adalah dari selain Allah.......so terima lah kenyataan...tak payahlah nak menokok tambah & mengada-adakan ke atas Allah pulak dengan cuba nak mengatakan kitab-kitab hadis itu adalah daripada Allah.....kalau nak kata macam tu jugak...kena la tunjukkan sanad nya kat sini hokkay...


Laa awatlah ke situ pulak cara pemikiran anda nih.... tu la akibat obses dengan pemikiran anti hadith!

Hadith Nabi dari Nabi, tiada siapa yang kata dari Allah. Hadith Allah dari Allah. Tak timbul isu semua kena muttasil sampai kepada Allah bagi hadith Nabi. Kalau hadith nabi dari Allah, dah jadi Kalam Allah lah pulak, macam Al-Quran. Ni pun jadi isu?

Apa punya kaedah yang anda ada-adakan ni?

Takde lah sampai tahap mutawatir pun...tapi sanad Quran tu memanglah ada dan semuanya muttasil sampai Allah..


Anda kata tak mutawatir sebab itu sahaja yang anda pegang kan? Dari sumber mana anda dapat bilangan tu?

Tapi yang herannya...sahabat yang paling utama seperti abu bakr tak termasuk dalam list pulak...


Macamana anda tentukan tak mutawatir ni?

Senarai tu saya boleh terima. Namun senarai tu bukannya menunjukkan hanya sahabat2 itu yang meriwayatkan Al-Quran dari Nabi, ia menunjukkan sebahagian sahaja.

Kalau kita imbas kisah Ummul Mukminin Aisha RA difitnah, kisah turunnya ayat Al-Quran yang membersihkan nama Aisyah, antara periwayat termasuk Aisyah RA sendiri. Ada banyak ayat yang lain, yang mana terdapat ramai periwayat sahabat yang berbeza-beza, namun semua sepakat tiada percanggahan dalam kandungan Al-Quran setelah dikumpulkan.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2012 05:36 AM | Show all posts
Post Last Edit by Isyroqiyyin at 14-6-2012 14:56

Perbezaan Mushaf tu dari perbezaan qiraat la... bukannya versi Al-Quran yang berbeza kandungan dan maksudnya


Salah...Perbezaan Mushaf bukan perbezaan qiraat sebab mushaf hafsah, mushaf ibnu mas'ud & mushaf usmani semuanya adalah dari qiraat yang sama yakni qiraat orang quraish....bezanya adalah dari segi kandungan seperti mushaf ibnu mas'ud tiada surah fatehah dll.........


Itu sanad qiraat spesifik ikut dialek. Memang ada 7 dialek cara bacaan Al-Quran. Ia tak bermaksud hanya ada 7 sanad periwatan Al-Quran.


7 sanad tu semuanya dari dialek quraish....1 dialek tapi tujuh cara bacaan...macam tak masuk akal pulak...


Boleh bagi sumber? Istilah Qari tu yang mendengarkan bacaan pada umum, atau yang memang hafaz Al-Quran terus dari nabi?


Sila rujuk kitab qiraat tujuh.....


Laa awatlah ke situ pulak cara pemikiran anda nih.... tu la akibat obses dengan pemikiran anti hadith!

Hadith Nabi dari Nabi, tiada siapa yang kata dari Allah. Hadith Allah dari Allah. Tak timbul isu semua kena muttasil sampai kepada Allah bagi hadith Nabi. Kalau hadith nabi dari Allah, dah jadi Kalam Allah lah pulak, macam Al-Quran. Ni pun jadi isu?

Apa punya kaedah yang anda ada-adakan ni?


Nabi mengambil ilmu dari Allah...maka kita kena pastikanlah sanadnya muttasil sampai kepada Allah...bila sanadnya munqati', maka tentulah ia bukan dari Allah & mustahil nabi menyampaikanl ilmu dari selain Allah...sebab tu lah ulama kata ilmu sanad itu sebahagian dari agama...maka kita kena pastikanlah dari mana kita mengambil ilmu kita tu...jika sanadnya tidak muttasil sampai kepada Allah, ini menunjukkan ilmu tersebut adalah daripada selain Allah...takkanlah kita nak jadikan selain Allah sebagai sumber agama kan....


Anda kata tak mutawatir sebab itu sahaja yang anda pegang kan? Dari sumber mana anda dapat bilangan tu?


kitab qiraat tujuh


Senarai tu saya boleh terima. Namun senarai tu bukannya menunjukkan hanya sahabat2 itu yang meriwayatkan Al-Quran dari Nabi, ia menunjukkan sebahagian sahaja.


Jadi apakata anda tunjukkan senarai anda pulak...tapi ingat, sanadnya mestilah muttasil sampai kepada Allah hokkay.......


Kalau kita imbas kisah Ummul Mukminin Aisha RA difitnah, kisah turunnya ayat Al-Quran yang membersihkan nama Aisyah, antara periwayat termasuk Aisyah RA sendiri. Ada banyak ayat yang lain, yang mana terdapat ramai periwayat sahabat yang berbeza-beza, namun semua sepakat tiada percanggahan dalam kandungan Al-Quran setelah dikumpulkan.


Cuba anda check sanad riwayat aisyah tersebut. dan pastikan adakah sanadnya muttasil sampai kepada Allah? jika sanadnya  munqati', maka riwayat tersebut adalah daripada selain Allah...ingat, kita kena pastikan tiap-tiap sanad ilmu kita supaya ia muttasil sampai kepada Allah kerana sanad itu termasuk dari sebahagian agama,  hokkay..........
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 08:36 AM | Show all posts
Reply 1# albatross

Tidak hairan jika soalan ini daripada mualaf, baru masuk islam ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 10:32 AM | Show all posts
Salah...Perbezaan Mushaf bukan perbezaan qiraat sebab mushaf hafsah, mushaf ibnu mas'ud & mushaf usmani semuanya adalah dari qiraat yang sama yakni qiraat orang quraish....bezanya adalah dari segi kandungan seperti mushaf ibnu mas'ud tiada surah fatehah dll.........
Isyroqiyyin Post at 13-6-2012 05:36


Jadi anda nak kata Al-Quran tu ada berbagai versi? Al-Quran yang mana yang anda yakin betul yang menjadi rujukan anda?

7 sanad tu semuanya dari dialek quraish....1 dialek tapi tujuh cara bacaan...macam tak masuk akal pulak...


Cuba buat kajian lagi tentang qiraat Imam-Imam di bawah ni...

1) Imam Nafe Madani         – Imam Madinah
2) Imam Ibn Kathir Makki         – Imam Makkah
3) Imam Abu Umar Basri         – Imam Basra (Iraq)
4) Imam Ibn Amir Shami         – Imam Syria
5) Imam Asim Kufi         – Imam Kufah (Iraq)
6) Imam Hamza Ziyat Kufi         – Imam Kufah (Iraq)
7) Imam Abul Hassan Kasai         – Imam Kufah (Iraq)
8) Imam Abu Jafar Gazid Al-Madani         – Imam Madinah
9) Imam Abu Gaqarb         – Imam of Basra (Iraq)
10) Imam Khalaf         – Imam Kufah (Iraq)
   
Sila rujuk kitab qiraat tujuh.....

Boleh beri detail pasal kitab tu... terbitan mana?

Nabi mengambil ilmu dari Allah...maka kita kena pastikanlah sanadnya muttasil sampai kepada Allah...bila sanadnya munqati', maka tentulah ia bukan dari Allah & mustahil nabi mengambil ilmu dari selain Allah kan...sebab tu lah ulama kata ilmu sanad sebahagian dari agama Allah...maka kita kena pastikanlah dari mana kita mengambil ilmu kita...jika sanadnya tidak muttasil sampai kepada Allah, ini menunjukkan ilmu tersebut adalah daripada selain Allah...takkanlah kita nak jadikan selain Allah sebagai sumber agama islam kan....


Kenyataan anda ni BERCANGGAH. Kalau Nabi ambil ilmu dari Allah, maka setiap perkataan Nabi tu dikira dari Allah? Jadi hadith Nabi tu dari Allah? Gitu?

Jadi apakata anda tunjukkan senarai anda pulak...tapi ingat, sanadnya mestilah muttasil sampai kepada Allah hokkay.......

Itu kalau saya setuju dengan kaedah ciptaan anda, yang mengada-adakan hukum muttasil sampai kepada Allah bagi setiap riwayat

Cuba anda check sanad riwayat aisyah tersebut. dan pastikan adakah sanadnya muttasil sampai kepada Allah? jika sanadnya  munqati', maka riwayat tersebut adalah daripada selain Allah...ingat, kita kena pastikan tiap-tiap sanad ilmu kita supaya ia muttasil sampai kepada Allah kerana sanad itu termasuk dari sebahagian agama,  hokkay..........


Sejak bila pulak hukum anda ni saya kena pakai?

Kalau anda betul nak guna kaedah tu, nyatakan sanad kitab qiraat tujuh yang menjadi rujukan anda. Saya minta sanad kitab tujuh, bukan sanad Al-Quran, sebabnya anda berpegang kepada kitab qiraat tujuh. Adakah sanad kitab tu sampai kepada Allah?

Saya nak lihat sejauh mana pusingan anda dengan kaedah baru ciptaan anda ni dapat bertahan....
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 02:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by Isyroqiyyin at 14-6-2012 15:18

Jadi anda nak kata Al-Quran tu ada berbagai versi? Al-Quran yang mana yang anda yakin betul yang menjadi rujukan anda?


Tak kesahlah Quran versi yang mana asalkan sanadnya muttasil sampai kepada Allah........


Cuba buat kajian lagi tentang qiraat Imam-Imam di bawah ni...

1) Imam Nafe Madani         – Imam Madinah
2) Imam Ibn Kathir Makki         – Imam Makkah
3) Imam Abu Umar Basri         – Imam Basra (Iraq)
4) Imam Ibn Amir Shami         – Imam Syria
5) Imam Asim Kufi         – Imam Kufah (Iraq)
6) Imam Hamza Ziyat Kufi         – Imam Kufah (Iraq)
7) Imam Abul Hassan Kasai         – Imam Kufah (Iraq)
8) Imam Abu Jafar Gazid Al-Madani         – Imam Madinah
9) Imam Abu Gaqarb         – Imam of Basra (Iraq)
10) Imam Khalaf         – Imam Kufah (Iraq)


Sama je...semua yang kat atas tu adalah bersumberkan sanad dari 6 orang sahabat yang sama jugak yaitu:

1. Ali bin Abu Thalib

2. Zaid bin Tsabit

3. Ubai bin Ka'ab

4. Abdullah bin Mas'ud

5. Umar bin Khattab

6. Usman bin Affan


Boleh beri detail pasal kitab tu... terbitan mana?


Ilmu Qiraah Al-Quran: Pelajaran Qiraat Sab'ah (Qiraat Tujuh)

Di susun oleh Drs. Abdul Malik Yamint

Penerbitan Pustaka Antara, Cetakan pertama 1985, Edisi Jawi


Kenyataan anda ni BERCANGGAH. Kalau Nabi ambil ilmu dari Allah, maka setiap perkataan Nabi tu dikira dari Allah?


Memanglah nabi mengambil ilmu dari Allah..takkanlah nabi mengambil ilmu dari selain Allah pulak? sebab tu sanadnya mesti muttasil sampai kepada Allah..kalau sanadnya munqati', ini menujukkan perkataan tersebut bukan dari nabi..tapi dari orang lain yang mengunakan nama nabi muhammad & sahabat-sahabat nya...sebab tugas nabi hanya menyampaikan risalah Allah...sebab tu lah kita kata sanad tu adalah sebahagian dari agama kerana semua sumber sanad agama islam ialah berasal dari Allah..bukan dari selain Allah...faham?


Jadi hadith Nabi tu dari Allah? Gitu?


Hadis yang di katakan 'Hadith Nabi' bukanlah Hadis Nabi yang sebenar...kerana kesemua sanadnya adalah munqati' belaka yakni tidak muttasil terus sampai kepada Allah...Mustahil nabi menyampaikan sesuatu yang dari selain Allah...


Itu kalau saya setuju dengan kaedah ciptaan anda, yang mengada-adakan hukum muttasil sampai kepada Allah bagi setiap riwayat


Saya tak mahukan alasan anda tapi mahukan bukti....

Sila berikan senarai sanad yang anda kata mutawatir sangat tu...jangan hanya pandai berdolak dalik bagai...tapi syaratnya sanad tersebut mestilah muttasil sampai kepada Allah....


Kalau anda betul nak guna kaedah tu, nyatakan sanad kitab qiraat tujuh yang menjadi rujukan anda. Saya minta sanad kitab tujuh, bukan sanad Al-Quran, sebabnya anda berpegang kepada kitab qiraat tujuh. Adakah sanad kitab tu sampai kepada Allah?


Saya dah berikan nama kitab tu dan anda check lah sendiri sanadnya kalau anda tak percaya...


Saya nak lihat sejauh mana pusingan anda dengan kaedah baru ciptaan anda ni dapat bertahan....


Ini bukan kaedah ciptaan baru saya...kaedah sanad yang muttasil sampai kepada Allah memang dah ada sejak zaman nabi muhammad lagi...kan anda sendiri yang mengakuinya dalam post anda sendiri...sila lihat balik post #7 anda:
sanad Al-Quran: Allah - Jibril AS - Nabi Muhammad SAW - para sahabat R 'Anhum

....................................................................


Kesimpulan:

Sanad AlQuran itu adalah sanad yang muttasil sampai kepada Allah sedangkan sanad kitab hadis semuanya munqati'...ini menunjukkan kitab-kitab hadis langsung tiada pengesahan dari Allah mahupun dari nabi muhammad & para sahabat beliau...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2012 02:45 PM | Show all posts
Reply 20# mnm77


    jadi untuk verifikasikan quran yg ada dgn kita sekarang, kita kena rujuk dgn huffaz. kalau macam tu, macam mana kita nak tau sama ada apa yg dihafaz oleh para hafiz adalah quran yg diperturunkan oleh Nabi SAW? Adakah ada sanad?

1. al-quran yg dikumpulkan abu bakr ra, uthman ra, adalah dipersetujui para sahabat yang huffaz belaka. tapi mushaf ini tiada pada kita. kita tak boleh semak quran kita sama atau tidak dgn mushaf abu bakr pada zaman sekarang. jadi kita boleh semak dgn huffaz. tap huffaz hafal quran macam mana? dari mushaf lain ka? ataupun dari huffaz yg lain? dan para huffaz tu belajar dari huffaz yg lain, dan seterusnya? kalau the former, ada mushaf, mushaf tu di mana dan macam mana kesahihan mushaf tu ditentukan? kalau the latter, saya fikir, mesti ada sanad kot, dari para huffaz/ulama sekarang yg sampai ke huffaz/ulama salaf, ke para sahaba. jadi ada ke tidak sanad tu? mutawatir ke tidak? sebab sekarang ni isroqiyyin kata 7 orang sj yg sampaikan quran tu kpd kita, dari 6 sahabat saja? betul ke? berapa orang minimum bagi setiap level dlm sanadnya?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-6-2012 02:56 PM | Show all posts
Reply 20# mnm77


    jadi untuk verifikasikan quran yg ada sekarang sama atau tidak dgn quran zaman abu bakr ra, kena rujuk para huffaz. tapi macam mana kita nak pastikan quran yg dihafaz para huffaz sama dgn yg quran yg dikumpul abu bakr?

- mushaf quran yg dikumpulkan oleh abu bakr ra semua disetujui oleh para sahaba sbg sahih. tapi mushaf tu tak ada pada kita sekarang. kita tak boleh nak semak sama ada quran yg ada pada kita sama dgn yg dikumpul abu bakr. jadi untuk buat tu, kita kena rujuk para huffaz. tapi macam mana huffaz menghafal quran? mereka rujuk mushaf lain ka, atau mereka belajar dari huffaz/ulama yg lain? kalau the former, mushaf tu yg mana, dan macam mana kita nak tau sama ada mushaf tersebut sama dgn mushaf abu bakr ra? kalau the latter, jadi saya terfikir harus ada sanad dari para huffaz ke ulama/huffaz lampau, ke huffaz/ulama dari salaf, ke para sahaba. ada atau tidak sanad macam ni? kalau ada, mutawatir atau tidak? sebab isyroqiyyin kata melalui 7 orang saja, melalui 7 sahaba saja?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2012 03:07 PM | Show all posts
kenapa post tak keluar???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-6-2012 03:08 PM | Show all posts
testingtesting
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2012 03:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by albatross at 13-6-2012 15:12

.................................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2012 03:15 PM | Show all posts
Reply 23# zamkumis


    tak, tapi saya tak pernah tahu hal ni sebab tu saya tanya
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 03:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by Isyroqiyyin at 14-6-2012 21:30

jadi untuk verifikasikan quran yg ada dgn kita sekarang, kita kena rujuk dgn huffaz. kalau macam tu, macam mana kita nak tau sama ada apa yg dihafaz oleh para hafiz adalah quran yg diperturunkan oleh Nabi SAW? Adakah ada sanad?


Dalam bab ni saya tak nampak cara lain selain kita kena percaya dengan keotentikan hafazan para huffaz sebab kalau nak check mushaf asal, memang dah takde....

Sanad tu memang ada....saya pernah tengok sanad kawan saya dan kalau tak silap saya perawi sahabat ialah dari ubai bin ka'ab...sanad tu memang detail.....sanadnya di tulis dari Allah terus muttasil sampai ke kawan saya....biasanya setengah hafiz memang ada sanad dari guru masing-masing...

Apa yang saya nak beritahu kat sini ialah kesemua sanad yang umat islam sekarang ada kesemuanya adalah bersumber dari 6 orang sahabat yang telah saya sebutkan sebelum ni...so kesimpulannya ialah: sanad dari 6 sahabat tu memang saheh & muttasil sampai kepada Allah...tapi takdelah mencapai taraf mutawatir seperti yang di katakan oleh mnm....
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 09:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nazrulism at 14-6-2012 21:17
jadi untuk verifikasikan quran yg ada dgn kita sekarang, kita kena rujuk dgn huffaz. kalau macam tu, macam mana kita nak tau sama ada apa yg dihafaz oleh para hafiz adalah quran yg diperturunkan oleh Nabi SAW? Adakah ada sanad?
albatross Post at 13-6-2012 14:45


Sanad Al Qur'an (teks sebutan bacaannya) yang ada pada saya adalah seperti menurut bacaan Hafs bin Sulaiman bin al Mughirah al asadi al kufi yang mengambil dan menerima bacaan dari gurunya al imam 'asim bin abi al Najwad al kufi al tabii.  Al Imam 'Asim mengambil bacaan dari Abi Abdul Rahman Abdullah bin Habib al salami  yang mengambil bacaan dari Abdullah bin Mas'ud dan Uthman bin 'Affan dan Ali bin Abi Talib dan Ubay bin Ka'ab dan Zaid bin Tsabit. Kelima2nya menerima bacaan dari Nabi Muhammad s.a.w.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 09:29 PM | Show all posts
Banyak para sahabat yang secara cermat menghafal Al-Qur'an. Banyak diantara mereka yang kemudian dibunuh di Yamama dan Bir Ma'una, dan nama mereka dalam banyak hal, telah lenyap dari buku sejarah.

Dari bukti yang ada menunjukkan hanya nama-nama mereka yang masih hidup, yang kemudian meneruskan pengajaran di Madinah dan wilayah yang tertaklukan oleh kekuasaan Islam. Hal ini meliputi antara lain: Ibn Mas'ud,  Abu Ayyub,  Abu Bakr as-Siddiq,  Abu ad-Darda,  Abu Zaid,  Abu Musa al-'Ash' ari,  Abu Huraira,  Ubayy bin Ka'b,  Um-Salama, Tamim al-Dari,  Sa'd bin Mundhir,  Hafsa,  Zaid bin Thabit,  Salim dari suku Hudhaifa ,  Sa'd bin 'Ubada,  Sa'd bin ‘Ubaid al-Qari,  Sa'd bin Mundhir,  Shihab al-Qurashi, Talha,  ‘A'isha, ‘Ubada bin Samit,  ‘Abdullah bin Sa'ib,  Ibn ‘Abbas,  ‘Abdullah bin ‘Umar,  ‘Abdullah bin 'Amr, ‘Uthman bin 'Affan,  'Atta bin Markayud (orang Parsi tinggal di Yaman),  ‘Uqba bin 'Amir,  'Ali bin Abi Talib,  ‘Umar bin al-Khattab,  'Arm- bin al-'As,  Fudala bin ‘Ubaid,  Qays bin Abi Sa'sa'a,  Mujamma’ bin Jariya,  Maslama bin Makhlad,  Mu'adh bin Jabal,  Mu'adh Abu Halima,  Um-Warqah bin ‘Abdullah bin al-Harith, dan 'Abdul Wahid.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 11:29 AM | Show all posts
Tak kesahlah Quran versi yang mana asalkan sanadnya muttasil sampai kepada Allah........
Isyroqiyyin Post at 13-6-2012 14:12


Mana boleh tak kesah? Kalau dah kata ada banyak versi, kena tahu versi yang mana sanadnya muttasil kepada Allah?
   
Sama je...semua yang kat atas tu adalah bersumberkan sanad dari 6 orang sahabat yang sama jugak


Memang boleh diterima. Adakah itu bermaksud Nabi hanya dengarkan Al-Quran kepada 6 orang sahabat tersebut sahaja? Dan dari 6 sahabat tersebut baru Al-Quran disebarkan lagi?

Ilmu Qiraah Al-Quran: Pelajaran Qiraat Sab'ah (Qiraat Tujuh)
Di susun oleh Drs. Abdul Malik Yamint
Penerbitan Pustaka Antara, Cetakan pertama 1985, Edisi Jawi

Terima kasih.

Memanglah nabi mengambil ilmu dari Allah..takkanlah nabi mengambil ilmu dari selain Allah pulak? sebab tu sanadnya mesti muttasil sampai kepada Allah..kalau sanadnya munqati', ini menujukkan perkataan tersebut bukan dari nabi..tapi dari orang lain yang mengunakan nama nabi muhammad & sahabat-sahabat nya...sebab tugas nabi hanya menyampaikan risalah Allah...sebab tu lah kita kata sanad tu adalah sebahagian dari agama kerana semua sumber sanad agama islam ialah berasal dari Allah..bukan dari selain Allah...faham?

Saya faham. Jika demikian, tidak timbul isu muttasil kepada Allah dan sanad munqati, sesuatu yang dicakapkan oleh Nabi itu jika dah diketahui kesahihannya.

Hadis yang di katakan 'Hadith Nabi' bukanlah Hadis Nabi yang sebenar...kerana kesemua sanadnya adalah munqati' belaka yakni tidak muttasil terus sampai kepada Allah...Mustahil nabi menyampaikan sesuatu yang dari selain Allah...


Mana ada tahu? Apa-apa yang keluar dari mulut Nabi, untuk disampaikan, samada Al-Quran atau Hadith Nabi, hanya Nabi sahaja yang tahu sebab orang lain tak nampak wahyu. Justeru, muttasil kepada Allah itu bergantung kepada kepercayaan kita kepada Nabi, jika Nabi kata Al-Quran (kalam Allah), tentunya lafaz itu muttasil kepada Allah, jika hadithnya sendiri, itu kalam Nabi sendiri tidak secara lafaznya Kalam Allah, sekalipun diwahyukan oleh Allah

Isu wahyu, muttasil atau tidak kepada Allah secara lafzi atau maknawi, termasuk dalam KEPERCAYAAN kita kepada Nabi. Adakah kita percaya perkataan dari Nabi (Al-Quran & Hadith)? Atau percaya sebahagian saja apa yang diucapkan Nabi, seperti Al-Quran, atau tolak kesemuanya, bergantung kepada kepercayaan masing-masing. Tepuk dada, tanya Iman!

Tiada manusia yang boleh semak muttasil atau tidak sanad dari Allah kepada Nabi, tanpa merujuk kepada apa yang dipercayai dari Nabi sendiri.

Saya tak mahukan alasan anda tapi mahukan bukti....

Sila berikan senarai sanad yang anda kata mutawatir sangat tu...jangan hanya pandai berdolak dalik bagai...tapi syaratnya sanad tersebut mestilah muttasil sampai kepada Allah....


Isu thread ni pasal sanad Al-Quran, dan kita sepakat dan terima pun. Isu mutawatir tu, dah dijelaskan pada post2 awal lagi. Sebab terlalu banyak sahabat yang dengar terus Al-Quran dari Nabi, maka tidaklah direkodkan satu per satu. Sebahagian dari yang direkodkan telah anda sendiri sampaikan.

Saya dah berikan nama kitab tu dan anda check lah sendiri sanadnya kalau anda tak percaya...

Saya tiada kitab tu, jadi saya tak boleh check. Anda ada kitab tu tolong berikan sanad kitab tu? tentu tak susah kan?

Ini bukan kaedah ciptaan baru saya...kaedah sanad yang muttasil sampai kepada Allah memang dah ada sejak zaman nabi muhammad lagi...kan anda sendiri yang mengakuinya dalam post anda sendiri...sila lihat balik post #7 anda:


Itulah yang saya kata:
Tiada manusia yang boleh semak muttasil atau tidak sanad dari Allah kepada Nabi, tanpa merujuk kepada apa yang dipercayai dari Nabi sendiri.

Yang kita boleh semak ialah sanad perawi selepas sahabat. Apabila sampai kepada sahabat tu dah disepakati SAHIH, maka tak timbul isu kesahihan Al-Quran dipertikaikan, melainkan kalau nak kata sahabat berpakat memalsukan Al-Quran (Na'uzubillah)

Kesimpulan:

Sanad AlQuran itu adalah sanad yang muttasil sampai kepada Allah sedangkan sanad kitab hadis semuanya munqati'...ini menunjukkan kitab-kitab hadis langsung tiada pengesahan dari Allah mahupun dari nabi muhammad & para sahabat beliau...


Kalau ikut kaedah anda, Sanad kitab qiraat 7 tu pun MESTI munqati punya. Kalau ia muttasil sampai kepada Allah, maka sepatutnya Nabi lah yang menyampaikan kitab tu sepertimana nabi sampaikan Al-Quran.

Saya ulangi:
Tiada manusia yang boleh semak muttasil atau tidak sanad dari Allah kepada Nabi, tanpa merujuk kepada apa yang dipercayai dari Nabi sendiri.

Jadi kesimpulan anda tu dah terbatal, kerana kaedah anda tu tak boleh dipakai untuk mengukur kesahihan Al-Quran mahupun Hadith.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 11:41 AM | Show all posts
  jadi untuk verifikasikan quran yg ada sekarang sama atau tidak dgn quran zaman abu bakr ra, kena rujuk para huffaz. tapi macam mana kita nak pastikan quran yg dihafaz para huffaz sama dgn yg quran yg dikumpul abu bakr?albatross Post at 13-6-2012 14:56


Tidak wujud berbagai-bagai versi Al-Quran, melainkan perbezaan bacaan (jika ada) dari segi loghat (dialek) yang masih diamalkan oleh segelintir umat Islam.

Justeru apa yang dihafal pada zaman awal, juga sama seperti apa yang dihafal pada zaman sekarang. Jika ada banyak perbezaan, itu menandakan ada banyak versi Al-Quran.

Al-Quran disampaikan secara BACAAN, kemudian baru dituliskan. Kesahihan Al-Quran disemak menerusi BACAAN, kemudiannya baru disemak melalui tulisan.

- mushaf quran yg dikumpulkan oleh abu bakr ra semua disetujui oleh para sahaba sbg sahih. tapi mushaf tu tak ada pada kita sekarang. kita tak boleh nak semak sama ada quran yg ada pada kita sama dgn yg dikumpul abu bakr. jadi untuk buat tu, kita kena rujuk para huffaz. tapi macam mana huffaz menghafal quran? mereka rujuk mushaf lain ka, atau mereka belajar dari huffaz/ulama yg lain? kalau the former, mushaf tu yg mana, dan macam mana kita nak tau sama ada mushaf tersebut sama dgn mushaf abu bakr ra? kalau the latter, jadi saya terfikir harus ada sanad dari para huffaz ke ulama/huffaz lampau, ke huffaz/ulama dari salaf, ke para sahaba. ada atau tidak sanad macam ni? kalau ada, mutawatir atau tidak? sebab isyroqiyyin kata melalui 7 orang saja, melalui 7 sahaba saja?


Ini bergantung kepada sanad masyaikh qiraat. Jika sanad quru qiraat sampai kepada Abu Bakr, maka sudah tentu bacaannya sama seperti apa yang tertera dalam mushaf Abu Bakr RA.

Memang ada huffaz yang menyimpan rekod sanad, cuma isu ni tak dibesarkan sebab tiada umat Islam yang pertikai kesahihan Al-Quran, lagipun keseragaman telah dipersetujui sejak zaman khalifah Uthman RA.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2012 03:18 PM | Show all posts

Mana boleh tak kesah? Kalau dah kata ada banyak versi, kena tahu versi yang mana sanadnya muttasil kepada Allah?


Setakat ni hanya ada tujuh versi yang sanadnya muttasil sampai Allah


Memang boleh diterima. Adakah itu bermaksud Nabi hanya dengarkan Al-Quran kepada 6 orang sahabat tersebut sahaja? Dan dari 6 sahabat tersebut baru Al-Quran disebarkan lagi?


Setakat nih hanya ada 7 sanad sahaja....


Saya faham. Jika demikian, tidak timbul isu muttasil kepada Allah dan sanad munqati, sesuatu yang dicakapkan oleh Nabi itu jika dah diketahui kesahihannya


Salah...Kesahihan sesuatu sanad itu ialah apabila telah di ketahui sanadnya yang muttasil sampai kepada Allah...mana-mana sanad yang munqati', maka ia bukanlah dari nabi & sahabatnya..tapi di ada-adakan ke atas nama mereka semua...


Mana ada tahu? Apa-apa yang keluar dari mulut Nabi, untuk disampaikan, samada Al-Quran atau Hadith Nabi, hanya Nabi sahaja yang tahu sebab orang lain tak nampak wahyu.


Sebenarnya ia boleh di ketahui kerana setiap periwatan ada sanadnya dan setiap sanad itu mestilah muttasil sampai terus ke sumbernya yang asal yakni Allah 'azza wa jalla


Justeru, muttasil kepada Allah itu bergantung kepada kepercayaan kita kepada Nabi, jika Nabi kata Al-Quran (kalam Allah), tentunya lafaz itu muttasil kepada Allah, jika hadithnya sendiri, itu kalam Nabi sendiri tidak secara lafaznya Kalam Allah, sekalipun diwahyukan oleh Allah


Salah...muttasil kepada Allah itu ialah sanad yang muttasil sampai kepada Allah kerana setiap periwatan itu ada sanadnya...mustahil nabi mengada-ada kan kalam selain Allah...

Isu wahyu, muttasil atau tidak kepada Allah secara lafzi atau maknawi, termasuk dalam KEPERCAYAAN kita kepada Nabi. Adakah kita percaya perkataan dari Nabi (Al-Quran & Hadith)? Atau percaya sebahagian saja apa yang diucapkan Nabi, seperti Al-Quran, atau tolak kesemuanya, bergantung kepada kepercayaan masing-masing. Tepuk dada, tanya Iman!


Setiap periwayatan ada sanadnya dan setiap sanad yang muttasil sampai kepada Allah maka ia adalah dari Allah...dan sudah semestinya ia adalah saheh sekalipun anda percaya ataupun tidak percaya...kesimpulannya, setiap periwayatan yang muttasil tidak memerlukan kepercayaan orang lain untuk menjadikan ia sebuah riwayat yang muttasil dari Allah...ingat, kebenaran itu dari Tuhan, bukan dari yang selain Nya...


Tiada manusia yang boleh semak muttasil atau tidak sanad dari Allah kepada Nabi, tanpa merujuk kepada apa yang dipercayai dari Nabi sendiri


Salah...setiap manusia boleh memeriksa sanad tiap-tiap riwayat dan setiap manusia boleh mengetahui samaada riwayat tersebut muttasil atau pun munqati'....sebab itulah bidang ini di panggil ilmu sanad...dengan mengetahui sanad, manusia akan dapat mengetahui dari mana asal usul sesuatu riwayat tersebut...samaada ia dari Allah atau dari selain Nya...


Isu mutawatir tu, dah dijelaskan pada post2 awal lagi. Sebab terlalu banyak sahabat yang dengar terus Al-Quran dari Nabi, maka tidaklah direkodkan satu per satu. Sebahagian dari yang direkodkan telah anda sendiri sampaikan.


Mana ada mutawatir...tak cukup syarat pun..sebab sanadnya cuma ada tujuh sahaja...kalau anda mahu kata mutawatir....sila bawakan sanad yang muttasil...sekurang-kurang 20 sanad yang muttasil...boleh?

Ingat, kita bukan bincang pasal berapa ramai yang dengar AlQuran di zaman nabi...abu jahal & abu lahab juga mendengar AlQuran tapi takkan nak ambil sanad dari diorang kan...so, kalau anda nak kata mutawatir, kenalah bawa bukti dulu hokkay...


Saya tiada kitab tu, jadi saya tak boleh check. Anda ada kitab tu tolong berikan sanad kitab tu? tentu tak susah kan?


Tengoklah kalau saya ada masa...tapi hakikatnya, cuma ada 7 sanad sahaja yang ada pada umat islam sekarang....


Itulah yang saya kata:
Tiada manusia yang boleh semak muttasil atau tidak sanad dari Allah kepada Nabi, tanpa merujuk kepada apa yang dipercayai dari Nabi sendiri.


Salah lagi...setiap manusia boleh memeriksa sanad tiap-tiap riwayat dan setiap manusia boleh mengetahui samaada riwayat tersebut muttasil atau pun munqati'....sebab itulah bidang ini di panggil ilmu sanad...dengan mengetahui sanad, manusia akan dapat mengetahui dari mana asal usul sesuatu riwayat tersebut...samaada ia dari Allah atau dari selain Nya...


Yang kita boleh semak ialah sanad perawi selepas sahabat. Apabila sampai kepada sahabat tu dah disepakati SAHIH, maka tak timbul isu kesahihan Al-Quran dipertikaikan, melainkan kalau nak kata sahabat berpakat memalsukan Al-Quran (Na'uzubillah)


Oh tidak, salah sama sekali...dalam kes AlQuran, tak timbul isu perawi selepas sahabat kerana AlQuran memang telah di kumpulkan dan di bukukan pada zaman mereka...adapun 7 sanad tu ialah untuk kita mengetahui sahabat nabi mana yang meriwayatkan Quran...itu sahaja...


Kalau ikut kaedah anda, Sanad kitab qiraat 7 tu pun MESTI munqati punya. Kalau ia muttasil sampai kepada Allah, maka sepatutnya Nabi lah yang menyampaikan kitab tu sepertimana nabi sampaikan Al-Quran.


Memanglah nabi yang sampaikan Quran...sebab tu lah sanadnya muttasil sampai Allah...memandai-mandai anda kata munqati'....ini kaedah mana yang anda pakai ni?


Tiada manusia yang boleh semak muttasil atau tidak sanad dari Allah kepada Nabi, tanpa merujuk kepada apa yang dipercayai dari Nabi sendiri.


Saya ulang lagi sekali...

Setiap manusia boleh memeriksa sanad tiap-tiap riwayat dan setiap manusia boleh mengetahui samaada riwayat tersebut muttasil atau pun munqati'....sebab itulah bidang ini di panggil ilmu sanad...dengan mengetahui sanad, manusia akan dapat mengetahui dari mana asal usul sesuatu riwayat tersebut...samaada ia dari Allah atau dari selain Nya...


Jadi kesimpulan anda tu dah terbatal, kerana kaedah anda tu tak boleh dipakai untuk mengukur kesahihan Al-Quran mahupun Hadith.


Mana ada batal...kaedah ni dah di pakai sejak zaman nabi lagi...sebab itulah kesahehan sesuatu riwayat di dalam agama ialah bergantung kepada kemuttasilan sanad tersebut terus kepada sumbernya yang asal yakni Allah, Pemelihara seluruh alam...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 04:11 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 15-6-2012 16:14
Setiap manusia boleh memeriksa sanad tiap-tiap riwayat dan setiap manusia boleh mengetahui samaada riwayat tersebut muttasil atau pun munqati'....sebab itulah bidang ini di panggil ilmu sanad...dengan mengetahui sanad, manusia akan dapat mengetahui dari mana asal usul sesuatu riwayat tersebut...samaada ia dari Allah atau dari selain Nya...
Isyroqiyyin Post at 15-6-2012 15:18


Saya kata sanad:  dari Allah --> Jibril --> Nabi

Tiada siapa boleh periksa, melainkan kita percaya dari Nabi sahaja. Bagaimana anda tentukan kesahihan sanad Al-Quran:
dari Allah SWT  --> Jibril AS ---> Nabi Muhammad SAW  ????

Tentunya dari percakapan Nabi sendiri sebab Jibril AS mahupun Allah sendiri tidak berkata-kata terus kepada manusia lain selain Rasul yang terpilih sahaja.

Apabila percakapan Nabi yang menjelaskan dari siapa perkataan tersebut, maka sudah tentu kita percaya lafaz percakapan NABI dalam kita mempercayai yang Al-Quran itu dari Allah.

Salah...setiap manusia boleh memeriksa sanad tiap-tiap riwayat dan setiap manusia boleh mengetahui samaada riwayat tersebut muttasil atau pun munqati'....sebab itulah bidang ini di panggil ilmu sanad...dengan mengetahui sanad, manusia akan dapat mengetahui dari mana asal usul sesuatu riwayat tersebut...samaada ia dari Allah atau dari selain Nya...


Jadi, manusia mana yang periksa sanad dari : Allah ---> Jibril ----> Nabi Muhammad SAW  ???

Tolong jelaskan.....

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 04:57 PM | Show all posts

Tiada siapa boleh periksa, melainkan kita percaya dari Nabi sahaja. Bagaimana anda tentukan kesahihan sanad Al-Quran:
dari Allah SWT  --> Jibril AS ---> Nabi Muhammad SAW  ????


Semua orang boleh periksa sanad AlQuran...

Dan saya percaya sanad Quran di atas adalah saheh kerana ia muttasil terus sampai Allah...

Sanad hadis? sudah semesti ia adalah sanad yang munqati'...


Tentunya dari percakapan Nabi sendiri sebab Jibril AS mahupun Allah sendiri tidak berkata-kata terus kepada manusia lain selain Rasul yang terpilih sahaja.

Apabila percakapan Nabi yang menjelaskan dari siapa perkataan tersebut, maka sudah tentu kita percaya lafaz percakapan NABI dalam kita mempercayai yang Al-Quran itu dari Allah.


Salah tu...tentu lah dari kalam Allah sendiri yang menjelaskan di dalam Quran Nya bahawa Quran itu dari Wahyu Nya yang di sampaikan melalui jibril kepada nabi muhammad lalu nabi muhammad menyampaikannya kepada umat manusia..


Jadi, manusia mana yang periksa sanad dari : Allah ---> Jibril ----> Nabi Muhammad SAW  ???

Tolong jelaskan.....


Semua orang boleh periksa sanad AlQuran itu adalah muttasil sampai kepada Allah...tak perlulah sampai nak kena jumpa Allah, nabi muhammad & para sahabat pulak...

Takkan perkara yang semudah itu pun anda tak boleh berfikir?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2012 12:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 16-6-2012 12:05
Semua orang boleh periksa sanad AlQuran itu adalah muttasil sampai kepada Allah...tak perlulah sampai nak kena jumpa Allah, nabi muhammad & para sahabat pulak...

Takkan perkara yang semudah itu pun anda tak boleh berfikir?
Isyroqiyyin Post at 15-6-2012 16:57


Jadi bagaimana? Saya beriman dengan apa yang Nabi sampaikan, saya tak dapat semak sanad dari Allah kepada Nabi, kerana itu dah masuk dalam soal Ghaib

Jika pada anda mudah saja nak semak, terangkanlah saja.... jangan konar-konar lagi yaa.....

Sanad perawi bermula dari sahabat boleh disemak, melalui ilmu rijal dan biodata perawi. Sanad dari Allah kepada Nabi bagaimana?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.050188 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list