CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lisz_aziz

INI KISAH KU (Realiti kehidupanku).. new update PART FINAL bahagian 1 dan 2

[Copy link]
 Author| Post time 17-7-2012 08:41 AM | Show all posts
Post Last Edit by lisz_aziz at 17-7-2012 08:42

http://www.youtube.com/watch?v=O5jbyVxZBS4&feature=youtu.be
INI KISAH KU...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-7-2012 09:47 AM | Show all posts
PART 16


recap last post, hubungan aku dan hakim mula terjalin, bagi aku apa yang berlaku langsung tidak dirancang!! tapi hakim mula mengikat tali persahabatan dan ianya menjadi semakin utuh!! namun, perhubungan aku dan hakim mula di hidu oleh aidil.. aku percaya aidil akan bertindak atas perkara ni..walau apa pun aku perlu kuat melwan segala tindakan aidil kelak..


aku dan hakim makin menjadi rapat, hakim rupanya seorang yang pendiam, sukar untuk aku membaca isi hati nya, soft spoken, bijak dalam handle sebarang masalah,aku kagum!! namun dia juga seorang yang tegas dalam membuat keputusan.. actually hakim ni 2 tahun muda dari aku.. masa kami mula kawan tu aku 24 tahun and dia 22 tahun..hhehe.. namun perbezaan umur dengan dia hilang di celah perhubungan kami, bagi dia,umur bukan segalanya dalam membina sebuah perhubungan.. tapi macam biasa di fakulti masih heboh di perkatakan isu nadia dan hakim yang putus di tengah jalan.. pelbagai spekulasi di buat dan aku sebagai orang ketiga sering dipersalahkan. namun semua tak pernah tahu situasi sebenar aku masa tu, aku jujur dan ikhlas dalam hubungan ni.. seingat aku,aku berundur diri di kala aku tau yang nadia dan hakim mempunyai hubungan istimewa,, namun segalanya berubah, aku tak dapat menolak segala ketentuan buat aku.. so, aku berbincang dengan hakim agar perhubungan aku dan dia biarlah menjadi rahsia antara kami, aku tak mau aku akan terus dipersalahkan kiranya semua di fakulti tau akan hal sebenar!!..


sepanjang semester tu, hidup aku terlalu bahagia, kenangan aku dan hakim mula membuat aku lupa yang aku pernah sedih suatu ketika dahulu, gelak tawa kami menjadi penawar aku dikala aku berduka.. hakim tak pernah jemu membahagiakan aku, tak pernah jemu mendengar segala masalah aku, tak pernah jemu membri kekuatan pada aku, hakim tau segalanya yang terbuku dalam hati aku, dia tau segalanya pasal aidil, masa tu aku fikir biarlah aku jujur padanya pasal hal aidil , aku tak mau berlaku kesulitan kemudian hari atau salah faham sebab hubungan aku dan aidil sangat complicated.. macam aku bagitau semua, aku ada bgtau kakak sulung aku pasal hal ni, walau dia membantah pada mulanya, tapi bagi aku, aku masih punya pilihan. tapi kakak aku cakap dia harap hubungan aku takkan menghalang aku untuk Berjaya, yerla tujuan utama aku ke sana untuk study, dapatkan ijazah.. namun tak terduga perkara tu boleh sampai pada my mom, and macam biasalah my mom akan bagitau aidil...


malam tu, lepas aku keluar dinner dengan hakim.. aku balik direct terus ke rumah, fikir malam tu nak study.. aku nak buktikan pada keluarga hubungan aku dan hakim takkan pernah membantutkan usaha aku untuk berjaya.. tup! tup! malam tu, aidil call aku, aku pick up call tu..dia menangis!! aku terkejut kot masa tu,jelas gila suara dia yang tengah sedih masa tu, then aku cakap kalau dia ada masalah surely dia boleh berbincang dengan aku.. dia pun dah banyak bantu aku sebelum ni, mybe ni dan masanya aku bantu dia pulak!!.. dia Cuma cakap dia sedih, sangat2 sedih!!. aku ni dah lah mudah syahdu sikit kalau ada orang menangis depan aku.. tak boleh beb!!. sure syahdu punya.. again aku cuba calm his down!! yer la pelik tetiba call aku menagis macam tu.. then dia pun start explain detail, aku macam biasa turut mengalirkan air mata masa tu.. aidil luahkan apa yang terbuku di hati dia.. dia tersangat kecewa dengan khabar yang my mom bgtau dia pasal aku ada berkawan masa tu dengan seseorang..(my mom guna term berkawan= bercinta, mybe cara orang lama kot tak biasa term bercinta ni).

aidil sedih sebab dia rasa dia dah tak punyai peluang lagi, dia sedih aku menolak dia di saat dia cuba berubah.. dia sedih aku tak Nampak keikhlasan dia.. dia buntu sebab aku akan terus persalahkan dia atas kesalahan dia yang lalu, macam2 usaha dia buat bagi aku tersenyum. tapi aku tetap gagal menerima dia.. aku masa tu diam je.. aku pun sedih dengar isi hati aidil, dah lama rasanya aku tak melihat sisi aidil yang sebegini. last sekali dia cakap pada aku, apa boleh dia buat lagi untuk aku terima dia!!.. aku speechless, dalam hati aku masih ada sayang dan kasih buat aidil, namun aku tak punyai kekuatan untuk lalui semua semula dengan dia.. 2 kali dia musnahkan harapan dan kejujuran aku.. aku explain pada dia.. aku menghargai setiap apa yang dia buat, aku kenang segala kenangan aku dan dia..aku harap dia faham!!.. tapi aidil masa tu,diam membisu.. jauh di sudut hati aku ingin memberi peluang pada dia.. namun kini hati aku mula menyebelahi hakim.. aku tau aku baru kenal hakim, tapi kalau aku tak beri peluang pada hakim.. mungkin aku akan menyesali setiap keputusan aku nanti.. aidil Tanya lagi aku masih marah pasal hal yang lalu? aku cakap aku dah lama maafkan dia!! hati aku macam biasa mudah memaafkan dia. Cuma apa yang dia buat pada aku, aku jadi serik dan takut even nak mendekati dia.. kalau aku boleh hilang or remove kenangan pahit tu, mungkin sekarang aku menerima aidil seadanya dia..


malam tu, aidil suruh aku teman dia.. borak dengan dia, aku setia mendengar segala luahan dia.. dia terlalu sayangkan aku dan keluarga aku yang dah dia anggap seperti keluarga dia sendiri.. aku tau dia baik.. tapi buat masa ni aku punyai pilihan dan aku tak dapat memilih dia.. hampir berjam2 dia call aku, aku bgtau dia.. cukup2 lah sedih.. then dia cakap, mybe apa yang dia rasa ni balasan dia kecewakan aku, dia khianati aku masa aku memerlukan dia di sisi!!.. aku diam je.. satu hari dia akan faham dan mampu mengawal perasaan dia.. aku cakap carilah pengganti!! mungkin ada yang lebih baik dari aku. then he admit yang sayang dia pada aku terlalu kuat!!.. then kami end borak after that.. tak mau lagi aku dengar!! sedih.. risau banteng ini goyah.. aidil adalah yang pertama bagi aku!! sampai bila, aidil always yang pertama bertakhta di hati.. itu adalah fakta yang aku terima..malam tu, aku langsung tak boleh tidur, terlalu banyak perkara yang aku fikirkan kali ni pasal aidil, dalam hati aku, kenapa masa ni kau cuba muncul lagi.. aku takut aku lemah kalau aidil terus macam ni..


esok nya.. aku cerita segalanya pasal semalam pada hakim, aku kalau boleh nak jujur pada dia.. dan dia macam biasa terima hal tu, dia tak kisah dan dia percayakan aku.. dia tau aku cukup matang untuk handle hal macam tu.. aku kagum dengan dia. dia tak pernah nak salahkan aku atau sesiapa dalam semua hal aku.. dia tak pernah burukkan aidil. dia respect pada aidil as aidil pernah bertakhta di hati aku satu ketika dahulu, dia selalu percaya pilihan tetap pada aku, dan dia berjanji nak bersama aku walau susah dan senang.. dia kagum dengan kekuatan aidil.. kalau aidil boleh buat dia boleh buat lebih baik dari tu.. dia pernah ceritakan future plan dia dengan aku.. aku Nampak kegigihan dia dalam membina masa depan bersama aku.. aku makin percaya dan sayang dia..


Seminggu macam tu berlalu, kakak aku cakap, aidil bertandang lagi ke rumah my mom.. outstation.. kakak aku call masa tu sempat Tanya masalah aku? aku cakap buat masa tu aku selesa dengan keputusan aku, aku harap aku dan hakim dapat kekalkan hubungan ni sampai kami habis study.. kakak aku pun takda salahkan aku pasal keputusan yang aku ambil, Cuma kata my sis, my mom agak sedih dengan keputusan yang aku buat.. kakak aku Tanya aku taknak balik sebelum nak exam final? jumpa my mom dulu.. aku cakap nanti aku inform semula pada dia nanti..malam tu macam biasa aku dinner dengan hakim.. happy sangat malam tu..


2 hari lepas tu, malam jugak masa tu, my sis call lagi, cakap kata my mom tak berapa sihat, aku cakap demam ke??? my sis cakap tengahari tadi aidil call dia cakap dia ada bawa my mom pergi klinik.. aku terkejut? kenapa?? pagi nya my mom tak boleh nak bangun, pandangan jadi gelap.. nak buka mata tak boleh.. my mom nak bangun subuh masa tu.. tapi tak boleh bangun , so tak bangun until around 8 a.m then aidil kan stay umah my mom, after dia keluar beli breakfast, dia pelik my mom tak keluar lagi dari bilik, so, dia yang ketuk pintu bilik my mom dan realise my mom tak sihat tu.. so, aku bgtau my sis, esok aku balik,naik bas.. risau jugak kesihatan my mom.. lepas habis cakap dengan my mom, aku diam jap, fikir, aidil dah banyak bekorban dan bantu keluarga aku.!!! aku terhutang budi dengan dia.. terima kasih aidil!!..


pagi tu aku balik kampung..aku pun dah inform hakim pasal hal ni. dia tumpang simpati. dia nak ikut aku balik tapi aku tak bagi sebab aidil masih di rumah my mom, nnti risau berlaku apa2..sampai rumah, aku tengok my mom dan semakin sihat.. tapi pulangnya aku kali ni memberi seribu makna!!!.. aidil membuat kejutan pada malam tu!!.. khabar berita yang disampaikan buat aku lemah!!.. khabar itu menilai semula nilai kasih dan sayang aku pada aidil...!!!


nanti tunggu sambungan.......


hakim juga hilang keyakinan, mula meyakinkan aku pada cintanya!!!
aku takut pada khabar berita aidil!!..
minggu yang sukar bagi aku!! final exam dalam kesedihan dan kerisauan!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2012 12:13 AM | Show all posts
PART 17

recap last post.... keadaan my mom yang tak sihat buat aku risau dan aku pulang ke kampung masa tu... masa tu tak silap aku 2 hari dah start study week, my paper that time setiap hari!!! tapi aku balik jugak sekejap sebab risaukan hal my mom.. whatever happen keadaan my mom yang aku utamakan.. berdoa my mom selamat sembuh... tu je yang aku fikir masa dalam perjalanan balik tu,
sampai hometown aku, aidil yang jemput, dalam kereta aidil cerita detail apa yang berlaku, aku sayu dengar.. kalau takda dia apa akan jadi pada my mom.. apa yang aku boleh cakap masa tu, terima kasih, aidil macam biasa selalu cakap.. tak payah say thanks, sesapa kat tempat dia will do the same!!.. sampai rumah aku tengok, my mom pun dah ok... Cuma badan tak kuat lagi.... my sis suruh my mom banyak kan rehat.. risau jugak la.. my sis bgtau malam nanti baru abg aku balik. dia habis kerja terus gerak sini.. aku pun dah lama tak jumpa abg aku, dia busy dengan hal dia je.. tapi dia baik hati macam aku jugak. hehehe


petang tu, kami semua banyak borak2.. my sis pun ambil cuti, tak pergi sekolah mengajar. boleh dia tengok2 my mom until betul2 stabil.( my sis cikgu sekolah menengah) abg ipar aku polis.. aku banyak habiskan borak dengan my mom. my mom tak henti2 bercerita pasal aidil. tapi aku layan saja... yerla.. nak salahkan my mom takboleh, my mom tak tau detail pun perkara yang berlaku waktu kami bergaduh semua.. bagi aku, aku tak cukup kejam nak rosakkan hubungan aidil dan keluarga aku. aidil petang tu, asyik je bual dengan abang ipar aku, dah lama jugak aku tak jumpa dia.. since dia kerja.. dia dah banyak berubah!!. even masa tu, Nampak kematangan dia.. Nampak dia lebih tenang!!.. teringat malam dia call aku tu, luah segala isi hati dia..mungkin dia pun dah lega luahkan isi hati dia thats why lah kot dia Nampak tenang je.. petang tu jugak aku tengok aidil dapat satu call, lepas dapat call tu dia Nampak glisah pulak. dari tenang jadi gelisah, aku Nampak dari air muka dia masa tu.. cukup kenal dengan aidil!!.. kejap2 dia keluar cal orang sana sini, mungkin hal kerja lah kot.. yerla dia pun tak pergi kerja hari tu..


malam tu, kami makan malam ramai2, lepas tunggu abg aku sampai.. menu malam tu, lupa lah pulak, kalau tak silap ikan siakap kukus or stim menu utama...tapi yang penting sedap menu makan malam.. hehe. aku dan my sis yang masak.. aidil masih lagi sama, gelisah!!.. tapi dari gaya dia, dia cuba sembunyi dari aku dan yang lain.. during dinner tak banyak borak..memang cara kami sekeluarga kalau makan tak banyak borak atau bual.. arwah my dad marah sikit kalau depan rezeki berbual.. habis dinner aku dengan my sis masa tu sibuk mengemas, aku dengar aidil cakap pada abg ipar aku dan my mom.. dia rasa seronok kenal kami semua!!. aku pasang telinga sambil mengemas. my sis je gigih betul mengemas.. then aku dengar my mom cakap.. kami sekeluarga memang terima dia.. dia boleh anggap kami macam keluarga sendiri.. than aidil cakap.. dia sayang keluarga ni walaupun tanpa janji dia pada arwah pakcik.. (dia panggil ayah aku pakcki.. tapi kat my mom panggil mak.. erm ikut suka dia lah.) janji?? bila aku ingat memang aidil ada janji beberapa perkara pada arwah ayah aku sebelum ayah aku meniggal.. tapi sampai sekarang aku hanya tau satu benda je.. lagi gigih lah aku pasang telinga.. abag ipar aku Tanya, janji apa? aidil cakap semua dia dah tunaikan Cuma satu, tapi yang satu tu mungkin dah takda harapan..


masa tu my sis pun dah habis mengemas!!. dia ajak aku lepak depan sekali. gigihlah semua berborak, abag aku pun ada sekali. kiranya semua lah ada masa tu.. aidil mula berterus terang, dia macam tak dapat nak tunai janji dia yang terakhir, aku tengok muka dia macam merah je.. dalam hati aku takkan nak nangis kot.. aku diam je dengar.. abg ipar aku Tanya janji apa? janji last dia pada ayah aku nak bersatu dengan aku (kahwin la) huhu.. well, my mom kata,my mom okay je.. kalau aidil nak hantar meminang dulu.. aku yang kat situ masa tu semua boleh buat tak tau je.!! taknak Tanya pendapat aku ke??? then aidil cakap.. Nampak gaya dia tak boleh tunaikan janji tu, sebab nenek dia dah atur jodoh buat dia!!.. terkejut beruk aku masa tu!!!.. semua diam!!! lama gila masa tu keadaan senyap!!.. aidil cakap,sorry. dia pun baru tau petang tu.. his mom yang bgtau!! nenek belah ayah aidil berkenan pada sumone!!.. yer la aku tak pernah pun jumpa nenek belah ayah aidil, nenek belah mak aidil pernah lah tengok..masa dia accident dulu, adalah dorang datang jenguk!!..


well, perasaan aku masa tu, punya lah speechles.. menggeletar tangan aku masa tu weh!!!.. nak pecah dada aku masa tu terkejut.. dalam kepala otak, blank!! my mom cakap kalau dah itu pilihan keluarga aidil , kami semua tak boleh buat apa lagi.. aidil cakap dia pun terkejut dan bagi dia benda tu terlalu mendadak!!.. aku faham perasaan dia masa tu, but dia semakin matang handle masalah tak macam dulu selalu melenting.. mungkin usia buat dia semakin matang berfikir.. aku lepas tu, bangun masuk bilik.. dada masih kencang.. perasaan masa tu, tak tau nak describe macam mana.. rasanak menangis pun tak!!, nak senyum pun tak!!.. tapi jauh di sudut hati aku, aku kecewa!!. mungkin sudah masa nya hati aku juga perlu lepaskan aidil sepenuhnya... sedih beb!!! sedih sangat2!! kalau fikir balik..


malam tu jugak aidil bertolak balik ke rumah mak ayah dia di kuala lumpur.. mungkin nak bincang halt u.. aku tak ikut sekali..lagipun aku dah beli tiket naik bas balik ke shah alam... lepas aidil balik. my mom menangis malam tu.. aku tak tau nak cakap macam mana.. benda tu berlaku pantas sangat!!.. aku rasa bersalah!! tapi ntah lah nak cakap macam mana.. dugaan aku kuat masa tu.. hati aku menagis takdak siapa yang tahu masa tu.. hanya tuhan tau sedih pilu aku masa tu.. aidil adalah cinta pertama aku!!.. aidil hantar msej, dia tak call pun. dalam msej cakap dia say sorry!!.. tu je.. aku tak balas mesj dia.. tak punya kekuatan lagi.. malam tu jugak aku tidur sambil nangis..


esok pagi nya aku dah nak balik shah alam.. macam2 nasihat aku dengar dari my sis and my mom.. aku diam je.. sayu hati pasal hal semalam tu masih ada.. dalam bas pun aku menangis lagi.. terlalu tersentuh ingat hal semalam.. kadang2 aku takut aidil pergi jauh dari aku.. aku tak benci dia. Cuma aku geram atas apa yang dia buat pada aku.. sampai shah alam. hakim jemput aku.. aku Cuma cakap pada dia. aku nak direct balik rumah, badan macam tak berapa sedap.. sampai rumah masa tu, terus tidur weh!!, badan rasa sakit.. study pun tidak.. 4 hari lagi final exam nak start.. malam tu my mom call, my mom risau pasal halt u, aku tak tumpu study.. aku cakap tak perlu risau. lepas borak dengan my mom, aku dengan my friend smua berkampung di fakulti selama seminggu tu.. balik rumah hanya untuk mandi.. semester 6 tu memang tough gila paper. everyday ada paper.. dalam sejarah!!

hakim dan ikwan pun ada di fakulti masa tu.. tapi aku tak banyak cakap!!.. takda mood.. just nak focus my study.. dalam kepala otak aku masa tu berbelah bagi, asyik fikir hal study, hal aidil dan hakim.. hakim tau aku ada masalah tapi selagi aku taknak share, dia taknak paksa. Cuma pesan dia msa tu aku kena kuat.. dia banyak bantu aku masa tu support aku.. ikwan pun sama. tak jemu memberi kekuata di saat aku lemah.. mereka memang insan terbaik dalam hidup aku.. seminggu tu berlalu terlalu perit buat aku.. habis final exam masa tu.. next week nya kami semua perlu berdaftar dengan company masing2. industrial training!!. aku buat praktikal dekat hometown aku!! tapi 2 hari sebelum balik kpg tu. badan aku betul2 panas.. mungkin tak cukup rehat kot.. lagipun aku terlalu banyak fikir masa tu..


demam aku getting worst. badan panas sangat.. my friend bawa aku pergi klinik sek 7.. aidil?? takda call or msej aku.. seminggu lebih.. masa tu fikir, macam mana lah dia dengan keluarga dia setel hal jodoh tu.. aku tau aidil tak setuju.. tapi mungkin dia jugak tak punya pilihan macam aku.. demam aku kurang sikit, tapi hakim pelawa hantar aku balik kpg.. dia drive hantar aku.. dia risau aku dalam kedaan macam tu.. sampai rumah aku, hakim sempat berkenalan semua dengan family aku, tapi dia kena rushing balik kuala lumpur jugak esok nya dia dah kena daftar dengan company dia.. my mom tak banyak komen pasal hakim.. malam tu lepas dinner aku Tanya my mom aidil ada call my mom tak? yer la mana tau dia tak call aku tapi dia call my mom.. my mom cakap takda pun.. before masuk tidur.. aku nekad jugak call aidil.. aidil angkat fon and letak.. tu cara dia.. dia akan call aku semula.... so malam tu, sempat Tanya khabar.. dia ok.. cuma busy dengan kerja dia.. aku Tanya dia pasal hal yang lepas tu.. dia cakap dia dah bincang dengan keluarga dia. tapi nenek dia desak keluarga dia.. nak sangat dia kahwin dengan that girl..tapi dia cakap macam mana pun dia tetap sayang aku.. aku cakap pada dia.. nanti dah kahwin tak baik sayang aku, sayang wife dia.. dia diam aku pun dia.. at last aku tak cukup kuat.. aku nangis jugak.. dia pujuk aku malam tu.. aku minta maaf banyak pada dia kalau selama masa dia kenal aku, aku menyusahkan dia.. tapi dia cakap dia yang perlu minta maaf sebab sakitkan aku.. aku apa lagi. lagi syahdu masa tu.. menangis lagi kuat la.. sedih beb!!!.. aku cakap pada dia, kami sekeluarga sangat sayangkan dia.. jangan lupa pada kami nanti kalau dia dah berkeluarga!! aidil cakap dia masih anggap kami keluarga dia.. then dia cakap, tolong jangan buang terus ruang hati aku buat dia.... malam tu, aku menagis je.. lepas habis sembang dengan dia.. esok pagi nya aku demam lagi.. aku tangguh training aku.. minggu depan nya baru aku daftar. nasib my sis setel hal aku tu..


satu hari aidil call my mom cakap datang singgah nak jenguk aku.. dia outstation.. harap sempat lah kami berbual walaupun aku masa tu masih demam.. tapi aidil bawa khabar sedih buat aku sekali lagi... aidil datang berteman!!..

apa aku masih ada kekuatan????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2012 10:17 AM | Show all posts
PART 18

recap last post... berita dari aidil malam waktu kami sekeluarga bersama, cukup buat hati aku menangis!!.. baru aku sedar aku masih takut akan kehilangan aidil.. dia terlalu bermakna bagi aku.. rasa kasih pada aidil masih kuat dan utuh.. namun takdir antara kami seakan mula memisahkan dan menjarakakan kami.. Kiranya itu kehendak takdir, aku akur!!.. terlalu banyak kenangan kami berdua!!.. tiada ganti nya aidil pada aku.. hakim dan ikwan hadir masa tu merawat luka hati aku, tapi sebenarnya jauh di sudut hati aku, aidil terlalu istimewa.. namun aku cukup tabah lalui segala kesedihan masa lalu dan aku juga percaya aku mampu untuk terus bertahan..


satu petang, my mom bagitau aidil nak datang jenguk aku yang masih tak sihat masa tu.. aidil risau kesihatan aku.. aidil terlalu mengambil berat hal aku buat aku segan nak jumpa dengan dia je masa tu. tapi nak lari mana.. aidil sampai rumah aku pun dah nak malam masa tu.. tapi masa tu dia tak datang berseorangan.. dia datang berteman!!.. 2 perempuan bersama aidil masa tu!!. seorang aku kenal tapi seorang lagi aku tak kenal.. atikah adik bongsu aidil memang aku kenal, dia pernah rapat dengan aku waktu aku jaga aidil sebulan masa dia accident.. manja adik aidil tu.. aidil kenalkan amira (buka nama sebenar) pada my mom.. amira tu lah perempuan pilihan nenek aidil.. masalah nya, kenapa dia sanggup bawa perempuan tu datang rumah aku?? aku mungkin kuat menerima kenyataan dia akan tinggalkan aku sepenuhnya tapi aku takkan cukup kuat melihat perempuan tu masa tu.. kenapa aidil tergamak sakitkan aku lagi.. dia dah janji takkan sakitkan aku lagi..dia tak kesian kan aku ker? dia tau kau masih sayang kan dia.. aku masa tu rasa macam nak nangis je depan semua!!... tapi airmata dah tak mau keluar mengalir, demam aku buat aku letih tak bermaya.. hanya mampu melihat jer..


perempuan tu aku tengok elok budi perketi, cantik manis orang nya.. aidil kenalkan kami semua keluarga kedua dia pada amira tu.. tapi aku tak Nampak pun kemesraan aidil dan amira malam tu.. tak banyak cakap. dalam hati fikir mungkin dorang tak biasa lagi. yerla baru kenal la kot..before dinner malam tu, atikah ajak aku bual dalam bilik aku, aku pun ikut je la.. masuk je bilik, atikah terus peluk aku, muka dia merah tahan nangis, aku dah tak punya kekuatan untuk nangis lagi.. cukuplah aku menangis beberapa hari yang lepas.. tak kan ada apa yang dapat ubah takdir kami lagi.. atikah malam tu luahkan perasaan dia pada aku, dia betul- betul marah pada nenek terlalu pentingkan diri nak satukan aidil dan amira.. aku diam je dengar.. atikan cakap lagi, ayah dan mama aidil pun terkilan dengan sikap nenek aidil.. aku senyum dan cakap pada dia.. ini lah namanya jodoh.. kalau cuba kita pisahkan pun tak guna. dah itu takdir yang tertulis buat abg aidil dan kak amira, gigih aku explain!!..tapi dalam hati hanya tuhan je tau macam mana sakit nya terluka..


cerita punya cerita, my mom panggil nak dinner.. lepas dinner aku tengok aidil dan amira keluar lepak depan rumah aku.. lepak atas buaian!! tak tau hal apa yang di bualkan.. sakit di hati masa tu makin menjadi-jadi.. buaian tu pernah menjadi kenangan aku dan aidil.. tapi malam tu, aidil dah hilangkan kenangan aku dan dia!!.. sedikit demi sedikit hati aku mula sakit dan tawar buat aidil. lelaki kalau dah perempuan depan mata, mula-mula je cakap taknak hujung-hujung layan jugak.. atikah cuba nak ceriakan aku malam tu, my mom pun malam tu tak banyak cakap.. aku tak faham apa aidil buat malam tu. kata nak melawat aku tengah sakit demam, tapi hanya tegur aku sepatah dua je..at last aku tak Nampak keikhlasan dia buat.. dia Nampak macam nak sakitkan aku lagi je.. kalau itu niat dia malam tu, yer dia memang Berjaya sakitkan aku!! habis dorang dua bual, tak lama lepas tu, dorang pun bertolak balik kuala lumpur.. aku lepas tu, masuk bilik, meraung lagi !!! sakit gila weh!! dada punya lah kencang, nangis malam tu dan tak bunyi lagi. bertapa sendu dan kecewa hati aku..sampai hati dia buat aku macam tu.. sia-sia aku menangis kerana aidil, sia-sia aku simpan kenangan aku dan dia. sia-sia aku simpan ruang buat dia, sia-sia aku yakin percaya dia berubah.. aku yang ***** masih sayang dan kasih pada dia..


sebulan berlalu, tak dengar langsung khabar dari dia!! Tanya my mom dia pun cakap takda.. pelik.. dulu dia beriya sedih masa luahkan perasaan pada aku. tapi bila menghadap perempuan lupa semua janji.. tapi lupa nak bgtau semua, di saat aku kesedihan hakim setiap hari yang akan call dan support aku.. aku pun dah ceritakan pada dia.. mula-mula dia pun terkejut tapi selalu pesan pada aku, banyak bersabar.. hakim hadir dalam hidup aku di saat aidil betul-betul kecewakan aku..tawar hati aku masa tu bila fikirkan aidil.. segala masalah dan kesedihan aku, semua aku share dengan hakim. dia juga terlalu baik buat aku.. cuti semester pun berakhir masa tu, kami semua bersedia menempuh semester baru .. tinggal setahun je lagi aku nak habiskan degree aku.. macam biasa semester baru, azam baru!! aku nak lupakan kesedihan da kekecewaan aku masa lalu.. dalam hati masa tu fikir, terlalu banyak aku mengharap dan percaya pada cinta yang bukan milik aku.. tak guna aku seorang yang kasih dan sayang kalau aku hanya bertepuk sebelah tangan pada saat aidil bergembira..


nekad aku semester baru.. aku dan hakim masa tu menjadi bertambah rapat.. hubungan aku dan hakim pun semakin serius, kami pun akhirnya declare as couple.. now aku perlu setia dan percaya pada cinta baru aku.. terlalu banyak pengalaman yang mengajar aku.. aku harap aku dapat menjaga hubungan aku dan hakim sebaik mungkin. aidil hilang macam tu je.. aku call tak pernah berjawab!!.. takkan dia boleh hilang macam tu je.. punya lah senang dia boleh lupakan sesuatu hal.. risik punya risik.. aku dengar aidil dan perempuan tu dah dapat kata putus nak berkahwin.. itu pun aku gigih risik dari adik dia, aiman!!.. aiman cakap aidil busy dengan kerja dan amira pun sama!! dorang pun jarang jumpa.. tapi kalau dah dapat kata putus nak kahwin kira dorang mula bercinta lah.. itu je aku fikir masa tu.. apa-apa pun aku teringin nak ucapkan tahniah buat aidil tapi kenapa dia tak pernah nak balas msej or pick up call aku.. hal tu aku bgtau keluarga aku, my mom diam.. tak banyak komen.. mybe my mom pun sedih aidil buat macam tu pada aku.. tapi aku sebenarnya dah pasrah dengan apa yang berlaku.. aku pun dah punyai cinta hati baru.. aku mula percaya hilang satu for sure akan ada ganti nya.. pilhan aku masa tu ialah hakim.. kejujuran dan kesabaran dia dalam hubungan kami, buat aku semakin sayang dan cinta pada dia.. gila bayang lah aku sekali lagi pada hakim..

walau kami sangat busy masa semester 7 tu, aku dan hakim sentiasa pastikan hunbungan kami takkan goyah walau apa pun yang berlaku.. hari demi hari cinta aku pada hakim makin kuat, begitu juga tawarnya hati aku pada aidil makin jelas..kenangan aku pada aidil mula hilang.. pernah 2 malam tu aku menangis je bila aku fikir aku dah berjaya tabahkan hati lalui semua dugaan terutama melibatkan aidil... hati menjadi terlalu tenang.. hanya hakim yang aku cinta!!

until one day... aku dapat call dari atikah!! adik aidil. dia macam sedih waktu call aku.. aku cakap dia cool je.. dia caapa nak bgtau aku sesuatu.. aku cakap just tell me slowly.. then she explained me about something!!.. aku terkejut dengan perkahabaran dia masa tu.. lama otak aku fikir!! lepas habis call tu pun aku masih asyik fikr hal tu.. apa keputusan aku betul masa tu. aku sendiri takut pada keputusan aku yang dah aku buat!!!.. fikir punya fikir, sampai aku terlena.. malam tu aku dapat call dari aidil. cakap nak jumpa!!. selepas semua yang dah berlaku aidil berani nak jumpa aku lagi.. aku tau dia mesti nak explain benda yang sama dengan atikah bgtau aku petang tadi.. tapi aku sendiri tak bersedia nak dengar semua tu.!!

tapi akhirnya malam tu aku dan aidil berjumpa jugak selepas sekian lama kami tak jumpa.. seperti apa yang aku duga!!, aidil sampaikan khabar yang sama dengan atikah.. aku hanya diam. tak bagi respon pun.. tak tau nak cakap apa.. seriously speechless. tapi aku sudah pun ada keputusan aku.. aku redha dengan apa yang dia bgtau aku malam tu..


nanti aku sambung yer..

khabar apa yang disampaikan atikah dan aidil buat aku??
kenapa aku perlu di uji lagi!!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 02:45 PM | Show all posts
kenapa aidil dh kje tp mek ni x abes study lg?kate mase kt penang dlu sesame sem 1..argh...kompiusssssssss
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 02:49 PM | Show all posts
ait..

magic plak aku ghasa...

ni yg nak gelak guling2 nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2012 03:11 PM | Show all posts
apsal aidil tuh dh hbis study..mek ni x abis2 lg..kate mcm terror sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 04:01 PM | Show all posts
kesiannya TT jadi lagu tuh...

apa jadi pastuh??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2012 05:05 PM | Show all posts
kenapa aidil dh kje tp mek ni x abes study lg?kate mase kt penang dlu sesame sem 1..argh...kompiusss ...
mylmor Post at 19-7-2012 14:45



   dr yg aku paham, aidil ni x sama koz ngan TT... pastu senior 2thn...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 05:13 PM | Show all posts
Reply 42# Esterozie


   apsal lak senior 2 tahun..kate kawad same platoon...pastuh mase tuh x ske aidil sbb die botak..budak 1st sem mmg kne botak...pastuh apsal plak die senior 2 tahun.tamil btol la citer niehhh..tuh bru 1 aku nye keraguan...nnt2 aku dh free n sihat sket...aku post lg..aku letih..nk cabut..mlm mls bukak lptp kt umah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 05:31 PM | Show all posts
Reply  Esterozie


   apsal lak senior 2 tahun..kate kawad same platoon...pastuh mase tuh x ske  ...
mylmor Post at 19-7-2012 17:13



   khennnn....part yg tu iols igt....
sheols nak kat edil tu pon sbb mamat yg sheols syok tu kwn edil khennn???

edill tu botak sbb sume bdk sem1 kne botak....

konon2 cite lagenda budak saitoonirrojimmmm...

kan mak dah membebel..saje je buat mak marah nyah!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2012 07:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by lisz_aziz at 19-7-2012 19:29
apsal aidil tuh dh hbis study..mek ni x abis2 lg..kate mcm terror sgt...
mylmor Post at 19-7-2012 15:11



   waktu di penang, dia dgree saya diploma
kami mula masuk 2005 sama2 part 1 tapi berbeza kos dan level..

umur kami pun sama.lahir 1986. lepas saya spm,  saya masuk matrik melaka. dia matrik megeri sembilan,. then after matrik dia dapat kos dekat penang tuh dgree, saya dapat uum, tapi kos saya x minat.. so saya apply for diploma di penang.. itu sejarah kami jumpa..

so thats y dia habis dulu dgree..  harap semua jelas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2012 07:30 PM | Show all posts
sori ye..kuceng bdk baru tp..sape cik es tu? boelh bgtau?
kucengcomel Post at 19-7-2012 19:12


samala h kita.. baru masuk sini. xtaw apa2.. terkejut bila cakap saya macam cik es.. pelik jugak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2012 07:31 PM | Show all posts
sori ye..kuceng bdk baru tp..sape cik es tu? boelh bgtau?
kucengcomel Post at 19-7-2012 19:12



   sama lah kita baru masuk sini.. xtaw apa2.. terkejut bila org cakap macam cik es.. saya x kenal dia.. harap semua jelas..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2012 07:32 PM | Show all posts
komen saya tak keluar lagi... kenapa yer?? ada sesiapa taw nak setel masalah ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2012 07:47 PM | Show all posts
Post Last Edit by lisz_aziz at 19-7-2012 19:49

saya dapat rasakan macam ada yang berlaku pada thread saya ni..

saya macam terkilan sedkit, macam ada pihak yang tak terima kehadiran saya.. semua komen saya dan forumer lain x appear.. xtaw di mana salah nya..

saya ikhlas berkongsi cerita saya dengan semua forumer di sini.. saya berkongsi di sini bertujuan buat semua forumer tahu susah senang hati seorang perempuan berdepan dengan masalah.. bukan senang bagi saya melalui 7 tahun dalam mencari kejujuran, 7 tahun dalam mencari keputusan terbaik dalam hidup!! saya nak semua tahu, seorang perempuan punyai hak dan pilihan dalam membuat keputusan. dan ketabahan kita ada ganjarannnya..

saya mohon maaf pada pihak di sini kiranya saya ada silap dan salah.. saya jujur baru dalam forum ni.. sekiranya saya perlu berundur.. saya akur.. mungkin tak semua nampak kejujuran saya..

assalamualaikum....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2012 08:08 PM | Show all posts
waktu di penang, dia dgree saya diploma
kami mula masuk 2005 sama2 part 1 tapi berbeza kos ...
lisz_aziz Post at 19-7-2012 19:21



   gitu rupanyer......hehe so dah jelas ar kot.....
ape2 pon aku suka cite ko nih..... dah lama x layan drama kat TV3, aku layan drama dlm ni je ar hehe......
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 10:18 PM | Show all posts
so.. lisz dah kawin ker belum? adekah ajis ade peluang
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 10:40 PM | Show all posts
pembuka thread = sila tumpukan pada penulisan
tak perlu nak sanggah sama ada kamu cik es ke, tidak ke

kepada forumer lain - sila tumpukan komen pada apa yang ditulis
tak perlu nak meneka neka sama ada yang menulis ini adalah cik es ke..cik q ke

perkara di luar bod ini..sila jangan dibawa bawa ke sini

kalau nak berbual..ada thread BORAK...dan bod BORAK

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 10:45 PM | Show all posts
Kan dah kena sebijikkkk..
ok sila sambung...jgn majuk..
Kat cari mmg cenggini ummahnya...
Mulayu la katakan...so abaikan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.212818 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list