CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Acong

Kes Pembunuhan VVIP, Malaysia BOLEH......!!!

[Copy link]
Post time 10-8-2012 05:00 PM | Show all posts
a'ah la best benang ni. tapi mampu ke nak merungkaikan segala misteri VVIP ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2012 11:44 AM | Show all posts
panggil horatio and the gang settle suma kes...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2012 05:58 PM | Show all posts
Aku berharap kes2 ni akan dibuka kembali selepas PR memerintah

Paling nak tau...kenapa UTK membunuh tantuya
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2012 01:08 AM | Show all posts
trusnowan posted on 11-8-2012 05:58 PM
Aku berharap kes2 ni akan dibuka kembali selepas PR memerintah

Paling nak tau...kenapa UTK membun ...

kalo ikut pemikiran logik akal mmg x de apa2 pekdah pun utk nak bunuh si altantuya tu. ntah kenal pun x. tp tu la apa motifnya?

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2012 04:27 AM | Show all posts
semua VVIP yg bunuh nih adalah dari parti maksum malaysia....rakyat didungukan...sokong tak bertempat...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2012 02:10 PM | Show all posts
ada segelintir korang yg baca ni tau nk seronok ja..
serius isu yg dibincangkan sini..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2012 01:33 AM | Show all posts
tupaiterbang posted on 12-8-2012 02:10 PM
ada segelintir korang yg baca ni tau nk seronok ja..
serius isu yg dibincangkan sini..

masalah mmg masalah besar... mereka masih maksom sebab mereka pegang kuasa... sebab tuh bila dok dalam negara demokrasi.. cuba2 laa bertukar2 peemrintahan, agar keadilan dapat ditegakkan... sekurang-kurangnya macam kes altantuya tuh.. sekarang dai pegang kuasa tak dapat pembelaan seadilnya.. tetapi setelah 4 tahun.. kuasa mereka dijatuhkan.. dapat bukak semula kes nih.. dan kia akan tahu perkara sebenar.....dan penjahat sbenar akan dihukum.... baru laa semua pemimpin yg mentadbir negara kaan takut nak buat jahat bukan ajer membunuh.. malah merompak wang rakyat.. merasuah pun takut....

ini rakyat masih takut tak tentu pasal benda2 khayalan yg didoktrimkan dalam minda setelah sekian lama....
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2012 12:51 PM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 20-7-2012 05:30 AM
Konspirasi Pembunuhan Mustakizah

Sewaktu Haniff Omar menjadi Ketua Polis Negara dulu negara kita ...

[tr][/tr]
Mustakizah Yang Aku Kenali
Posted On Saturday, July 23, 2011 By rusliesophian. Under Blogging   

Mustakizah

Rasanya tentu ramai yang masih ingat kes pembunuhan Mustakizah yang berlaku pada 14hb November 1988 dulu. Mengikut sumber, arwah dibunuh ketika sedang membasuh kereta di halaman rumahnya.


Kenapa dan bagaimana beliau dibunuh dan siapa pembunuhnya tak perlulah kita bincangkan di sini. Meskipun banyak spekulasi yang lontarkan…., ini adalah kes polis dan biarlah pihak berkuasa yang uruskannya meskipun sehingga kini ia masih tergantung! Aku hanya ingin mencatatkan arwah yang aku kenali secara peribadi.

Ketika itu, 1983 aku masuk bertugas sebagai Penolong Pengurus Jualan di BMW Conccessionares berpejabat di Wisma MCA, Jalan Ampang. Mandat pertama, aku ditugaskan untuk kendalikan semua 18 orang Eksuketif Jualan. Ini termasuklah arwah yang ketika itu salah seorang daripada eksuketif jualan di situ.

Pertama kali aku panggil beliau ke meja aku untuk perbincangan prospek dan jualan, beliau seorang yang amat

Arwah Mustakizah ketika berkunjung raya ke rumah kami.

menghormati ketua atasan dan mudah bekerjasama. Sikapnya jujur serta suka berterus terang dan tidak suka mengampu.



Namun di sebalik itu, hatinya keras. Dia bukan jenis yang suka bermuka-muka dan mudah makan pujuk. Wanita berbadan kecil molek ini pantang dicabar. Kata-katanya adalah keramat dirinya. Dalam apa pembahasan, suaranya agak nyaring dan lantang. Ini membuatkan lain-lain eksuketif jualan tidak berani usik prospek jualannya.

Dia hanya satu-satunya eksuketif jualan wanita di situ. Maka tidak hairanlah ramai pelanggan-pelanggan lelaki cuba mengambil kesempatan. Kebiasaannya wanita cantik berbadan kecil, di tambah pula berpakaian exclusive dan trendy  memang sukar untuk kita mengenali status diri mereka. Maka tidak hairanlah segelintir wanita-wanita bekerjaya di kota-kota besar terjebak dalam skandal.

Arwah Mustakizah atau lebih mesra dengan panggilan Mus, secara jujur menceritakan pada aku yang dia adalah isteri kedua seorang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Di mana dan bagaimana mereka berkenalan, aku tak pernah tanya. Tapi acap kali juga dia ajak aku keluar lunch bersama suaminya.

Namun pintu hati aku tertutup. Aku tak pernah keluar makan bersama mereka. Kerap juga Mus luahkan yang aku senang dapat projek kalau baik dengan menteri. Dan dia akan pastikan suaminya bantu aku dalam apa-apa projek yang aku ingini.

Arwah Mustakizah

Ketika itu, dalam tugasan yang sibuk dengan gaji dan elaun yang lumayan, tak terlintas di fikiran aku untuk dapatkan apa-apa projek. Aku sudah selesa dengan kerjaya aku. Lagipun aku memang tak minat politik. Meskipun Mus pernah beritahu aku yang suaminya ingin berjumpa aku, tapi aku tolak dengan baik.

Sifat arwah apabila seseorang baik padanya, dia akan sepuluh kali baik pada kita. Dalam hal ini memang banyak aku membantu dia. Tetapi sebenarnya bukan dia seorang sahaja. Bahkan semua staf di bawah aku bantu seberapa daya upaya. Terutama sekali eksuketif jualan apabila kereta-kereta yang tiba dari German masih tersangkut di bonded warehouse di Pelabuhan Kelang, atau A/P kereta itu masih belum dapat kelulusan daripada JPJ.

Meskipun bahagian itu adalah tugasan department lain, tetapi kelewatan itu akan menjejaskan jualan kami. Jadi aku terpaksa turun padang untuk segera selesaikan semua masalah berbangkit. Kadang-kadang sifat aku tidak disenangi oleh department lain, tapi yang penting department aku berjalan lancar. Jualan kami tidak terbantut oleh hal-hal remeh-temeh.

Pernah aku bantu Mus selesaikan masalah berkaitan pembelian sebuah BMW 735i oleh seorang usahawan daripada

Mustakizah dan rakan-rakan BMW berkunjung rumah ku.

Kelantan. Pelanggan memberi tempuh dalam dua hari sahaja, sekiranya tidak dia akan batalkan pembelian. Maka aku terpaksa all out selesaikan masalah ini dalam mempastikan road-tax kereta baru keluar dari JPJ dalam tempuh itu.

Di atas sebab itu hubungan aku dengan arwah Mustakizah agak rapat. Tetapi tidak lebih sebagai rakan sekerja. Aku tak pernah tahu di mana dia tinggal. Aku tolak pelawaan lunch bersama suaminya. Jauh sekali menerima apa-apa hadiah atau cenderahati daripada beliau. Ada tidakpun hanya sekali keluar makan malam bersama beliau dan pelanggan BMW735i selepas dia dapat kereta dalam tempuh yang diberinya. Itupun kebetulan pelanggan itu adalah pemilik sebuah restoran mewah di Dayabumi.

Selepas kami kena retrenched akibat kegawatan ekonomi negara pada tahun 1987, kami tidak bersua muka lagi. Ada tidak beberapa bulan sebelum kes pembunuhan berlaku, arwah ada telefon ke rumah aku bertanya khabar. Katanya dia sekarang ahli lembaga pengarah sebuah syarikat penerbitan video berpejabat di Damansara Utama dan akan menerbitkan siri-siri drama Melayu untuk stesyen TV secara besar-besaran. Aku hanya ucapkan tahniah pada beliau.

Sehinggalah berita pembunuhan beliau tersebar di media, aku terkejut…!!! Aku doakan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin.






copy dari threads sebelah.

xtaula btl ker x.ada cite arwah nie dah kawin ngn vvip tue
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2012 04:14 PM | Show all posts
nora_balqis posted on 27-9-2012 12:51 PM
[/td][/tr]

[tr][/tr]

boleh tak bagi link thread tu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2012 04:18 PM | Show all posts
figurae posted on 27-9-2012 04:14 PM
boleh tak bagi link thread tu?

nie link thread tu

http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2012 11:59 AM | Show all posts
perasan tak dlm kes altantuya si azilah & sirul tu drp mula perbicaraan sampai habis haram tak tau pun cemana rupanya ... memanjang ajer diserkup kain itam ... ntah2 nama dowang pun tak wujud dlm pdrm
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 03:24 PM | Show all posts
msrosse posted on 28-9-2012 11:59 AM
perasan tak dlm kes altantuya si azilah & sirul tu drp mula perbicaraan sampai habis haram tak tau p ...

ntah2 hari ni org lain,esok luse org lain pulak yg dlm selubung hitam tu.amik shift katenye.

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 05:04 PM | Show all posts
damiqula posted on 2-11-2012 03:24 PM
ntah2 hari ni org lain,esok luse org lain pulak yg dlm selubung hitam tu.amik shift katenye.


masa kes nie.....saya keje berhampiran ngan bukit aman .....
ada gak yg bg tau benda yg sama.....mamat 2 org tu dari unit UTK katanya....x leh tunjuk muka....
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2012 10:39 PM | Show all posts
Hmm... ade sesiape tau tak kisah seorang VIP yang accident lepas perhimpunan AGONG UMNO dalam kereta kat tengah highway... kisah ni dalam 3-4 tahun lepas... ingatkan kereta accident tapi bila PERONDA LEBUHRAYA tiba nampak 2-2 pemandu dan penumpang dah tersandar kene tembak.... yang aku tau penumpang tue WANITA UMNO bergelar Janda kot... senyap je citer tue.... pelik kan??
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2012 12:58 PM | Show all posts
shahbp posted on 5-11-2012 10:39 PM
Hmm... ade sesiape tau tak kisah seorang VIP yang accident lepas perhimpunan AGONG UMNO dalam kereta ...

a'ah..ada masuk dalam buletin utama tv3

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2012 05:06 PM | Show all posts
best thread ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2012 12:53 PM | Show all posts
shahbp posted on 5-11-2012 10:39 PM
Hmm... ade sesiape tau tak kisah seorang VIP yang accident lepas perhimpunan AGONG UMNO dalam kereta ...

kes d klafikasikan sbgai BUNUH DAN BUNUH DIRI..hihihihi..ada tgk dlm TV3 hari tu...

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2012 09:00 PM | Show all posts
Aha best thread ni...
Pabila kuasa dlm genggaman dan duit yg banyak semua blh jadi..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 11:22 AM | Show all posts
this is nice...boleh x nak kasi up balik??
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 02:33 PM | Show all posts
totokreturn posted on 13-8-2012 01:33 AM
masalah mmg masalah besar... mereka masih maksom sebab mereka pegang kuasa... sebab tuh bila dok d ...

YA BETOL!!!!!!! Susah nak berubah dgn mentality rakyat Malaysia yg memang tak boleh blah!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.073377 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list