|
kecimpret posted on 9-10-2012 02:55 PM
keh keh keh...maapkan laa dia..org keje gomen barangkali..mana dia tau hal kompeni bumi ali baba k ...
biar la... dia baru nak kenal dunia berniaga dengan kerajaan, mcm kes komputer satu malaysia... satu company n kelam kabut cari org nak buat company & director.. dia ckp... kontrak dah kompem dapat cuba company je takde lagi.. sapa2 nak jadi penama dia bagi komisen
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa hanya kpd yang bertaraf BUMIPUTRA? MOF tak tahu ke .. yang amsuk tender nanti ialah syarikat2 BUKAN BUMIPUTRA yakni mereka akan masukemlalui syrikat BUMIPUTRA? harag akan naik dalam 15-25% iaitu komisyen kepada syarikat bumi yang jadi penengah tu ... tak pahammmm |
|
|
|
|
|
|
|
obelisk posted on 9-10-2012 02:01 PM
Tu tandanya corruption dah tahap kritikal...
Memang malaysia dah semakin parah sekarang ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
Noh: Tender terbuka telus, jamin kualiti benih padi
| - Bernama
- 9:00PM Okt 11 2012
| |
Tender terbuka pembekalan benih padi yang mulai dilaksanakan tahun ini untuk memastikan hanya syarikat yang memenuhi kriteria dan mampu membekalkan benih padi berkualiti dianugerahkan tender, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar hari ini.
Sebelum ini, beliau berkata tender pembekalan benih padi dilakukan secara rundingan terus dan banyak aduan diterima apabila petani dibekalkan benih padi tidak berkualiti selain syarikat yang dianugerahkan tender didapati melantik pihak ketiga untuk mendapatkan bekalan.
Sehubungan itu, beliau berkata mulai tahun ini, penganugerahan tender pembekalan benih padi dilakukan secara tender terbuka yang diiklankan dalam surat khabar dan setiap permohonan dinilai tiga jawatankuasa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
“Setiap permohonan perlu memenuhi kriteria pembekalan benih padi dan mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Kewangan dan Jawatankuasa Teknikal sebelum disenarai pendek di peringkat Jawatankuasa Induk Lembaga Perolehan.
“Sebelum ini, kita beri tender secara rundingan terus dan tiada pihak yang bersuara dan membantah walaupun ia menimbulkan banyak masalah tetapi apabila kita memperkenalkan tender terbuka yang lebih telus ramai pula yang membantah. Saya pun berasa hairan,” katanya kepada pemberita selepas Seminar Belanjawan 2013 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas berhubung laporan sebuah portal berita bahawa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menganuerahkan tender RM164.8 juta kepada syarikat pembekalan benih padi yang gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan kementerian.
Ia juga melaporkan bahawa syarikat yang tidak memenuhi kriteria dianugerahkan tender kerana keperluan benih padi yang mendesak bagi musim penanam semula.
Noh berkata 11 syarikat yang memenuhi kriteria yang ditetapkan termasuk syarikat bumiputera yang mesti mempunyai kilang pemprosesan benih padi milik sendiri dan mesin mesin pengasing benih telah dianugerahkan tender pembekalan benih padi bagi 2013 hingga 2014.
“Mesin pengasing benih yang berharga kira-kira RM3 juta digunakan untuk mengurangkan padi angin yang akan menyebabkan hasil padi merosot kepada hanya 10 butir dalam setiap 36,000 butir padi atau sekilogram benih padi. Ini akan memastikan hanya benih padi berkualiti dibekalkan kepada petani,” katanya.
Selain itu, Noh berkata penganugerahan tender kali ini juga terbuka mengikut kategori pengeluaran setahun yang bertujuan untuk memberi peluang kepada syarikat pembekal yang lebih kecil untuk membuat permohonan.
- Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
kecimpret posted on 9-10-2012 02:55 PM
keh keh keh...maapkan laa dia..org keje gomen barangkali..mana dia tau hal kompeni bumi ali baba k ...
Bukan setakat je, ada yg suruh staf bumi beli property dapat quota dan diskaun bumi. Bila dah jual dapat sikit habuan kat staf melayu tu, lepas la untuk rim sukan baru.
Hanya org yg buta hati je nak menafikan hal ini berlaku.
|
|
|
|
|
|
|
|
huh..mahalnya tender...berapa ribu hektar ni punya projek? berapa harga benih padi?
|
|
|
|
|
|
|
|
wakaka91 posted on 9-10-2012 02:52 PM
kesian kat ko..brape lama dah melayu hanya ada nama je..main player cha ya nun alif..
letak nama ...
aku rasa org yg bercakap tu, bukan sekadar baru kuar dari gua, tp aku rasa dia ala2 katak bawah tempurung n tempurung tu kena hempap dgn batu. igt x berita pencari emas kena hempap ngan batu sebesar kete kancil? ha,tempurung dia bawah batu tu. sbb tu dia xleh keluar n tau ape jd kat sekeliling dia. so maafkan jelah dia.
p/s: mintak maaf ye kalau sesiapa terasa.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|