|
Puisi/Syair Sufisme; Sejauhmana Kesejajaran Doktrin Kerohanian - Dan Hukumnya(?)
[Copy link]
|
|
Dzulqarnain posted on 16-10-2012 04:56 AM 
Me'rujuk' dlm erti kata berjalan spt mana mereka berjalan
i.e. para nabi, dituruti mereka yg bena ... Me'rujuk' dlm erti kata berjalan spt mana mereka berjalan
i.e. para nabi, dituruti mereka yg benar, yg bertaqwa dan yg soleh
Bila mana rujukan mereka itu Al-Kitab
maka rujukan yg utama itu Al-Quran
krn 'Pembuka'Nya bermula dgn jalan2
juga diikuti 'Lembu'Nya sbg penunjuk jalan.
Allah Al-Alim mendahulukan (wahyu)
berkenaan bacaan dan penulisan
Jd, bacalah dulu sblm menghasilkn nukilan
Syukran jazeelan untuk peringatan pacik Dzul. InsyaAllah, bintang tak lupa. Selain dalam pengetahuan bintang juga membuat sedikit rujukan dan sudah tentu rujukan tersebut tidak lari dari Quran
26:221 Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun?
26:222 Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa,
26:223 Yang mendengar bersungguh-sungguh, sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.
26:224 Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala.
26:225 Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah?
26:226 Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?
26:227 Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan, orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.
(MQ: Asy-Syu'araa' 26:221-227)
Penekanan pada ayat yang bintang bold; sering bila ada ayat kemarahan/ancaman dari Allah, pada akhir ayat akan ada ayat Rahmat dari Allah Yang Maha Pengasih. Seperti juga ayat-ayat yang dituju khas untuk orang Yahudi;
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi, dan orang-orang Saabiein, dan orang-orang Nasrani - sesiapa sahaja di antara mereka yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta beramal soleh, maka tidaklah ada kebimbangan terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. [MQ: Al Maaidah 69).]
Pertama antaranya itu pengajian 'bahasa'
(krn ayam bertelur tp manusia bertelor)
Tak faham la pacik Dzul
Jika saudari dh bersedia utk meroket ke bintang
bacalah juga Kalam 'Bintang'Nya (surah #53)
Iaitu jwp kpd ketundukan penyair2...

Demi bintang semasa ia menjunam
~ Hanya satu ayat yang bintang paste... sebenarnya tak best dibaca ikut melayu kerana rimanya lari. Dibaca terus Quran kita akan rasa keberkesanan seolah membaca bait syair yang mana rimanya tersusun indah disamping tersusuk dengan ayat-ayat-Nya.
Pulau Pandan jauh ke tengah
gunung daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
budi yg baik dikenang jua
daun pandan di masak bubur
buah cermai di dalam baldi
hancur jasad dimamah kubur
ilmu dan amal hidup abadi
|
|
|
|
|
|
|
|
artlx96 posted on 15-10-2012 01:58 AM 
"Jika alam ini boleh musnah (tidak kekal) iaitu hilangnya bayang, terjadi jika hilang yg empunya bay ...
Terima kasih atas perkongsiannya, artlx96 
|
|
|
|
|
|
|
|
Nazrulism posted on 15-10-2012 05:44 PM 
Jadi.... tak bolehlah kata alam ini adalah bayang2 Allah !
Secara metaforanya boleh saja 
|
|
|
|
|
|
|
|
bintang posted on 16-10-2012 08:28 AM 
Nope! ‘bayang’ yang dimaksudkan bukan seperti bayang manusia/makhluk, or bayang-bayang. Jang ...
Sefaham saya... bayang atau bayang2 adalah sesuatu yg serupa dengan empunya bayang akibat halangan cahaya atau refleksi seperti dicermin. sama adanya dengan yg empunya bayang (walau tak sama dzat). Jika Alam ini umpama bayang... bermakna kekuasaan Allah mencipta/menjadikan telah dicabut dariNya.
Contoh ayat;
1 - anak ini seperti bayangmu, sering ada dan mengingatkan aku padamu (analogynya, ingatan yang kental bila si polan A melihat anak kecil yang menyerupai si polan B) Mungkin parasnya mirip atau kelakuannya ada iras-iras atau pertuturannya bernada sama - jadi "bayangmu" bererti ada keserupaan yang mengingatkan kepada seseorang.
Diumpamakan (sbg bayang) untuk makhluk tidak menjadi masalah kerana yg sebagai bayang dan empunya bayang itu telah terlihat secara fizikal. Tetapi hendak diumpamakan kepada Allah yang tiada siapapun tahu akan dzatNya secara hakiki adalah keterlaluan kerana Allah tidak serupa dengan sesuatu apapun !
|
|
|
|
|
|
|
|
bintang posted on 16-10-2012 10:23 AM 
Secara metaforanya boleh saja
Apa hak manusia untuk bermetafora akan Dzat Allah sebagaimana Dia bermetafora akan diriNya dan menyifatkan akan diriNya.
26:224 Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala.
26:225 Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah?
26:226 Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?
|
|
|
|
|
|
|
|
Nazrulism posted on 16-10-2012 09:49 PM 
Sefaham saya... bayang atau bayang2 adalah sesuatu yg serupa dengan empunya bayang akibat halangan ... Sefaham saya... bayang atau bayang2 adalah sesuatu yg serupa dengan empunya bayang akibat halangan cahaya atau refleksi seperti dicermin. sama adanya dengan yg empunya bayang (walau tak sama dzat). Jika Alam ini umpama bayang... bermakna kekuasaan Allah mencipta/menjadikan telah dicabut dariNya.
Secara literalnya begitulah abang Ngah. Namun bila ia (baca bayang) diungkap bersama Allah ia menjadi metafora apalagi diungkap dalam syair bukan percakapan biasa. Alam ini umpama bayang Tuhan - diertikan Allah menjadikan alam ini dari ilham-Nya. Dan bayangan itu dari secuil diri-Nya yang Maha Indah dari segala keindahan. Sekaligus memandang alam yang cantik ini adalah terhasil dari kecantikan-Nya yang Maha Cantik.
Diumpamakan (sbg bayang) untuk makhluk tidak menjadi masalah kerana yg sebagai bayang dan empunya bayang itu telah terlihat secara fizikal. Tetapi hendak diumpamakan kepada Allah yang tiada siapapun tahu akan dzatNya secara hakiki adalah keterlaluan kerana Allah tidak serupa dengan sesuatu apapun !
'Bayang' yang dinakmai untuk Tuhan sesungguhnya ia bukan berbentuk makhluk seperti contoh dari ayat Tuhan yang telah bintang pastekan di atas;
"............Di mana-mana sahaja kamu menghalakan (wajah kamu) maka di situ ada wajah Allah…... " [MQ: Al-Baqarah:115]
Maksudnya: “........Setiap orang yang ada di atas permukaan bumi adalah musnah dan yang kekal hanyalah wajah Tuhanmu......" [MQ: Ar Rahman:26-27]
~ Bagaimana jadi jika ayat di atas diterjemah secara literal? Wajah ialah penampakan ke atas suatu susuk benda. Wajarkah kita katakan Tuhan berwajah dan bersusuk?
|
|
|
|
|
|
|
|
Nazrulism posted on 16-10-2012 10:09 PM 
Apa hak manusia untuk bermetafora akan Dzat Allah sebagaimana Dia bermetafora akan diriNya dan men ... Apa hak manusia untuk bermetafora akan Dzat Allah sebagaimana Dia bermetafora akan diriNya dan menyifatkan akan diriNya.
26:224 Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala.
26:225 Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah?
26:226 Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?
Kenapa kita tiada hak? Allah membebaskan manusia dalam mengenal-Nya. Kita diletak di dunia ini dengan fikiran, kekuasaan, akal dan nafsu. Kita berkuasa ke atas diri kita sendiri dan Tuhan tidak meletak kita tanpa pilihan. Dengan akal dan nafsu kita boleh memilih baik dan buruk.
Abang Ngah tertinggal ayat akhir dari surah 26:227:
26:227 Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan, orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.
(MQ: Asy-Syu'araa' 26:221-227)
Sila baca syarah dari ayat 221-227 ~ yang dimaksudkan KECUALI ialah penyair yang beriman kepada-Nya. menggunakan syair mengagungkan-Nya malah melawan musuh dengan syair. |
|
|
|
|
|
|
|
bintang posted on 17-10-2012 08:37 AM 
Secara literalnya begitulah abang Ngah. Namun bila ia (baca bayang) diungkap bersama Allah ia ... 'Bayang' yang dinakmai untuk Tuhan sesungguhnya ia bukan berbentuk makhluk Jka bukan berbentuk makhluk.... kenapa Alam (makhluk) dikatakan umpama bayang Allah ?
"............Di mana-mana sahaja kamu menghalakan (wajah kamu) maka di situ ada wajah Allah…... " [MQ: Al-Baqarah:115]
~ Bagaimana jadi jika ayat di atas diterjemah secara literal? Wajah ialah penampakan ke atas suatu susuk benda. Wajarkah kita katakan Tuhan berwajah dan bersusuk?
"wajah Allah" ... itu yang Allah sebutkan untuk dirinya, wajah yang sesuai dengan Dzatnya sendiri dan kerana tiada siapa yg tahu bagaimana hakikat wajah Allah maka dima'rifati 'wajah Allah' dengan sifat2Nya --> wajah yang Maha Melihat, wajah yang Maha mendengar. Dimana sahaja kamu menghalakan .. maka disitulah wajah yang Maha Melihat dan Maha Mendengar.
|
|
|
|
|
|
|
|
bintang posted on 17-10-2012 08:44 AM 
Kenapa kita tiada hak? Allah membebaskan manusia dalam mengenal-Nya. Kita diletak di dunia ini ...
Kita tahukah bagaimana bentuk Dzat Allah yang nak kita umpamakan kepada sesuatu ???... sedangkan Allah itu mengetahui akan dzat tiap sesuatu. Kebebasan manusia dalam megenalNya masih tertakluk kepada memerhati makhluk dan memahami sifat2Nya.
Abang Ngah tertinggal ayat akhir dari surah 26:227:
26:227 Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan, orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.
Sila baca syarah dari ayat 221-227 ~ yang dimaksudkan KECUALI ialah penyair yang beriman kepada-Nya. menggunakan syair mengagungkan-Nya malah melawan musuh dengan syair.
Dalam thread berzanji, saya dah terangkan tentang ayat ini!.
Keutamaan ucapan adalah untuk mengingati allah banyak-banyak.
Pengecualian terhadap orang yang dianiaya
(An Nisaa:148 ﴿
Allah tidak menyukai ucapan buruk, (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Pengecualian kepada penyair dalam ayat itu (26:227) adalah semata-mata untuk membalas 'ucapan buruk dari syair orang kafir' dengn ucapan buruk dari syair berdasarkan ayat;
﴾ Al Baqarah:194 )
Bulan haram dengan bulan haram, dan pada sesuatu yang patut dihormati, berlaku hukum qishaash. Oleh sebab itu barangsiapa yang menyerang kamu, maka seranglah ia, seimbang dengan serangannya terhadapmu. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah, bahwa Allah beserta orang-orang yang bertakwa.
Melawan musuh kena guna cara seimbang ... masakan syair sufism nak lawan dengan senjata api !
Last edited by Nazrulism on 18-10-2012 01:15 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
bintang posted on 16-10-2012 10:20 AM 
Syukran jazeelan untuk peringatan pacik Dzul. InsyaAllah, bintang tak lupa. Selain dalam pen ...
Bacalah...
Hingga terbit minyak dari santan
Sampai unta masuk lubang jarum
(x perlu banyak, sekor pn cukup le)
Allah Maha Pemurah, Al-'Alim, Al-Hakim
Seperti juga ayat-ayat yang dituju khas untuk orang Yahudi
Yg tu ayat utk yg percaya, yg soleh
yg ikut para anbia' yg dihantar kpd mereka
yg dipandu bintang ketika malamnya
yg beralih ke bulan bila tenggelamnya
Pernah dengar bintang Sirius? (Q53:49)
Al-kitab diturunkn dgn bahasa
tp bila dh disumbangkn ada le yg ghaibnye
(Bila dh smpai bab muzik/lagu nnt ye...)
Saya plk jwb gini:
Allah menarek diuji kesabaran
ilmu dan akal dek lapang dadanya
Tanah menaik sesuci tenteram
TemuNya berbekal nan gadang pahala
p/s: Teliti si Nabi menapak muka si Bonda...sayap siapa?
|
|
|
|
|
|
|
|
Nazrulism posted on 18-10-2012 12:31 AM 
Jka bukan berbentuk makhluk.... kenapa Alam (makhluk) dikatakan umpama bayang Allah ?
"....... ...
Kerana ia dalam bentuk metafora. Dan di antara hujahnya sepertimana Allah bermetafora ;
"............Di mana-mana sahaja kamu menghalakan (wajah kamu) maka di situ ada wajah Allah…... " [MQ: Al-Baqarah:115]
Untuk ‘Wajah’ Allah ini abang Ngah boleh pula apresiasikannya dari metafora bukan literal? Kenapa tidak terus kepada literal dengan berkata Allah berwajah? Sama la juga Dzulqarnain bermetafora; matahari terbenam di laut yang berlumpur.
Abang Ngah, bintang lebih suka berlapang dada dan dulu juga kurang menyukai golongan sufisme ini (atas beberapa sebab). Tapi sikap berbaik sangka kepada para sufisme setelah menyedari ramai di kalangan kita sebenarnya tidak memahami istilah / metafora yang digunakan oleh para sufi. Lalu ada baiknya kita jangan cepat melatah dan menghukum sesat. Suka bintang memetik kata-kata Imam Nawawi terhadap golongan yang sering perkecilkan para sufi:
"Jika kamu berhadapan dengan perkataan-perkataan mereka (yang samar dan bermetafora), maka takwilkanlah ia dengan tujuh puluh takwilan.”
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
"Sebenar-benar perkataan yang pernah diucapkan oleh syair Arab adalah perkataan Labid iaitu:
Ketahuilah sesungguhnya semua benda selain daripada Allah ialah batil" - Bukhari dan Muslim).
Maksudnya semua makhluk wujud dengan kekuasaan dan bantuan Allah.
Bintang memetik kata-kata Imam Al-Ghazali dalam Al-Ihya':
"Sesiapa yang kuat pandangan mata hatinya, maka keadaannya akan menjadi seimbang, di mana dia tidak lagi melihat selain daripada Allah. Dia tidak lagi mengenal selain daripada Allah. Maka, ketika itu dia mengetahui (bdengan penghayatan) bahawa tiada yang wujud kecuali Allah perbuatan dirinya merupakan kesan daripada kekuasan-Nya, yang mana ianya wujud daripadaNya. Maka, tiada wujud bagi perbuatan-perbuatannya jika tanpa-Nya. Sesungguhnya wujud itu milik Allah semata-mata. Di mana dengan-Nyalah, sekalian makhluk itu wujud. Sesiapa yang dalam keadaan ini, tidak akan melihat satu pun perbuatan, melainkan dia melihat Pembuatnya yang hakiki - iaitu Allah swt."
|
|
|
|
|
|
|
|
Nazrulism posted on 18-10-2012 01:10 AM 
Kita tahukah bagaimana bentuk Dzat Allah yang nak kita umpamakan kepada sesuatu ???... sedangkan A ... Kita tahukah bagaimana bentuk Dzat Allah yang nak kita umpamakan kepada sesuatu ???... sedangkan Allah itu mengetahui akan dzat tiap sesuatu. Kebebasan manusia dalam megenalNya masih tertakluk kepada memerhati makhluk dan memahami sifat2Nya.
Bukan itu yang bintang maksudkan tapi kita bebas mengapreasiasi metafora alam untuk mensabitkan pada diri-Nya. Mengenal mahkluk adalah mengenal-Nya. Kita diberi ruang yang bebas dalam mengenal-Nya tanpa ada sekatan.
Melawan musuh kena guna cara seimbang ... masakan syair sufism nak lawan dengan senjata api
Buat bintang gelak la abang Ngah neh ... Da guna gun awat la pulak nak lawan keris. Analogi ni paling best, layan ek;
Ketika saidina Uthman memutuskan menghukum Abu Dzar untuk membuang Abu Dzar ke padang pasir Rabadzah yang tandus, tidak dihuni oleh manusia, haiwan mahupun tanaman, dan ketika saat keberangkatan Abu Dzar tiba, Uthman melarang masyarakat menyaksikan pemergiannya. Akhirnya tidak ada yang berani menghantarnya kecuali lima orang, iaitu saidina Ali ra, saudaranya Aqil, Hasan, Husein dan Ammar bin Yassir. Tanggungjawab pengawasan diserahkan kepada Marwan. Marwan mencegah Ali dan teman-temannya menemui Abu Dzar. Ali memarahinya dan memukul kudanya. Dipendekkan cerita (tamo la karang jadi isu besar lak citer ni – nak tegaskan analogi jek ni dari syair lawannya syair bukan bom nuklear ek bang Ngah).
Si Marwan eksen ni pun ngadu la pada saidina Uthman, maka kalifah itu pun marah la pada Ali ra; “Engkau telah memaki dia dan mencambuk unta yang dikendarainya.”
“Mengenai untanya yang kucambuk bolehlah ia membalas mencambuk untaku. Tetapi kalau dia sampai memaki diriku tiap satu kali dia memaki engkau sendiri akan kumaki dengan makian yang sama. Sungguh aku tidak berkata bohong kepadamu!”
“Mengapa dia tidak boleh memakimu? Apakah engkau lebih baik dari dia?”
“Demi Allah bahkan aku lebih baik daripada engkau!” sahut saidina Ali ra.
Minum dulu bang Ngah
Last edited by bintang on 18-10-2012 06:20 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|