CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Dunia] Kes tertukar bayi baru lahir di hospital

[Copy link]
Post time 21-11-2012 03:31 PM | Show all posts
darkness posted on 21-11-2012 02:41 PM
klu dr bangsa yahudi pun kenapa juga?

tahnye, baby kot, bkn die leh tell pon yg parent sebeno die jews...choiii sgt soklan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2012 03:35 PM | Show all posts
nsb baik ms aku bersalin operate ari tu lps je baby kuar dr perut doc terus tunjuk muka baby n suruh aku cium baby...mmg 100% muka suamii aku...terlebih putih suda ms tu...kalo tak mau menangis dah sayang2 cium2 bagai kan...sakit lak tu bersalin...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 03:37 PM | Show all posts
ala2 cite hindustan plak...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 03:37 PM | Show all posts
ala² Switched At Birth plak...2 bayi tertukar, bila besar, yg sorunk suke memberontak , yg sorunk pekak & bisu...haru bila dh besao baru tau
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 03:47 PM | Show all posts
biasanya, lepas jer baby kluar dr perut..dorang terus pakaikan tag.
bukan kumpul satu ruang baby baru pakaikan tag pada kaki yang mcm dlm cerita indon tu.
Senang2 lah tertukar klu mcmtu..hihih Last edited by darkness on 21-11-2012 03:48 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2012 03:47 PM | Show all posts
        Satu berita yang menyedihkan: 29 tahun tertukar bayi...       


JOHOR BARU: Lapan tahun lalu Zulhaidi Omar perasan seseorang
gadis keturunan Cina sering merenung mukanya di sebuah pasaraya
di Batu Pahat, tempatnya bekerja.

Gadis ini kemudian muncul bersama sepasang suami isteri dan ketiga-tiga bertemunya. Tanpa disangka mereka rupa-rupanya mempunyai pertalian darah!

"Mereka datang berjumpa saya tiga kali dan daripada perbualan kami,
mereka yakin saya ini anak mereka. Jadi saya pun bersetuju menjalankan ujian DNA dan keputusannya mengesahkan bahawa orang tua itu ibu bapa
saya yang sebenarnya.

"Gadis yang sering merenung saya itu rupa-rupanya kakak saya yang mengesyaki bahawa saya memang adiknya kerana iras wajah saya seakan-akan muka bapa," kata Zulhaidi, 29, dalam sidang media hari ini.

Keluarga ini mendedahkan rahsia mereka demi mengganti nama Zulhaidi kepada nama Cina, selain menukar status agamanya di kad pengenalan daripada Islam kepada Buddha.

"Sebulan kemudian, kami mula rasa hairan kerana bayi itu mempunyai kulit yang lebih gelap dan tidak berwajah seperti anggota keluarga kami," kata Teo, di sisinya Zulhaidi (kanan), sewaktu sidang akhbar . (foto The Star )


Sewaktu masih kecil, kata Zulhaidi, dia selalu berasa ganjil apabila dipermain-mainkan kerana wajahnya yang kelihatan seperti seorang anak Cina dan tidak kelihatan seperti pasangan Melayu yang membesarkannya.

Apabila umurnya 13 tahun, Zulhaidi mengambil keputusan meninggalkan keluarga tersebut.

"Bapa saya yang berbangsa Melayu itu meninggalkan kami sewaktu saya berumur tiga tahun. Ibu saya kemudian bernikah lagi tetapi saya sukar menyesuaikan diri dengan bapa tiri, jadi saya tinggalkan rumah.

"Bermacam-macam kerja kasar saya lakukan untuk menyara hidup dan persekolahan, sebagai pelayan kedai dan pencuci kereta," katanya lagi, kini sebagai seorang eksekutif jualan dengan Diploma Pentadbiran Perniagaan.

Bapa asalnya Teo Ma Leong, 66, berkata dia mengesyaki anak kelimanya, lelaki daripada enam beradik, telah tertukar dengan bayi keturunan Melayu kerana sewaktu Zulhaidi dibesarkan, Teo pula membesarkan seorang anak lelaki dengan usia yang sama.

Bayi itu dinamakan Teo Tian Fa, kini 29, yang melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis Cina baru-baru ini tidak pula keberatan menerima Zulhaidi dalam keluarganya dan dia sendiri tidak berminat mencari ibu bapa asalnya.

Tambah bapa itu lagi, "kami tidak perasan sebarang perbezaan pada hari bayi itu dilahirkan tetapi sebulan kemudian, kami mula rasa hairan kerana bayi itu mempunyai kulit yang lebih gelap dan tidak berwajah seperti anggota keluarga kami.

"Sewaktu kami memeriksa dengan pihak hospital, kami tidak mendapat apa-apa jawapan atau penjelasan, jadi kami buat seperti biasa, membesarkannya seperti anak kami sendiri walau di dalam hati terdetik bahawa anak kami yang sebenarnya pasti ada di mana-mana," kata Teo, dulu pernah bekerja sebagai mekanik.

Teo menceritakan bagaimana isterinya Lim Sik Hai, 62, terpaksa melalui fitnah dan gosip liar masyarakat sekeliling yang menuduhnya melahirkan seorang anak daripada perhubungan haram tetapi Teo lebih mengenali pasangannya  dan yakin penuh padanya.

"Apabila anak perempuan kami menemui Zulhaidi, saya tahu itulah anak lelaki kami yang dicari selama ini. Tiga bulan selepas ujian DNA, Zulhaidi bersetuju tinggal bersama kami," cerita Teo lagi, sambil menambah anaknya itu mengambil masa enam bulan kemudian untuk memanggil mereka "ibu" dan "bapa".

Ditanya kenapa keluarga ini mengambil masa lapan tahun sebelum mendedahkan perkara ini, Zulhaidi berkata mereka telah cuba mendapatkan khidmat guaman tetapi tidak diendahkan dengan dakwaan "ini kes yang mustahil".

"Apabila kami membaca di akhbar tentang sidang media Michael Tay, kami pun meminta bantuannya," tambahnya.

Tay , pengerusi MCA cawangan Bandar Baru Tampoi, berkata beliau akan menolong keluarga ini menukar identiti Zulhaidi dan membawa kes ini kepada kerajaan negeri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-11-2012 03:47 PM | Show all posts
Hospital kecoh petugas tertukar bayi



         
JIZAN: Dua wanita tempatan panik apabila mendapati bayi yang mereka lahirkan tertukar akibat kecuaian kakitangan Hospital Raja Fahd di Jizan, lapor media semalam.

Menurut laporan Okaz, seorang daripada wanita itu mengetahui jantina anaknya hasil imbasan sebelum bersalin.


Waris wanita terbabit berkata, bayi dalam kandungan adiknya adalah perempuan.

“Selepas bersalin, bayi itu ditempatkan dalam inkubator untuk sementara atas sebab tertentu.


“Tidak lama kemudian, apabila adik saya meminta anaknya dibawa ke biliknya, seorang jururawat menyerahkan bayi lelaki berselimut tanpa menyedari dia melakukan kesilapan,” katanya. Tiba-tiba, kata lelaki terbabit, seorang wanita lain menjerit-jerit menyangka anaknya cuba diculik.


Akibat salah faham itu, berlaku kekecohan di hospital selama kira-kira tiga jam Keadaan di situ kembali tenang selepas jururawat melakukan pemeriksaan rapi dan mendapati bayi berkenaan tertukar secara tidak sengaja. - Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 03:49 PM | Show all posts
batmana posted on 20-11-2012 11:32 PM
ni kalu tak tuko ni..lagi 20 tahun jadi skrip drama korea...

mcm drama sinetron pon bleh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2012 03:59 PM | Show all posts
masa bersalin anak bongsu dulu bukannya tertukar baby tp nurse yg suka suki kata baby tue bukan baby ana, bengang aje, dah sah2 sejak dr labour room sampai masuk ward baby tue dok sebelah aje, mcm mana diaorg leh suka suki kata tue baby org lain, mentang2lah muka baby dgn mak dia x sama, kot yea pun tgk ajelah bapak baby tue muka camner, sama x dgn muka baby
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 04:00 PM | Show all posts
menakutkan jika ini terjadi
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 04:03 PM | Show all posts
ala..takotnya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2012 04:14 PM | Show all posts
sebab tu apa2 check betul2 sebelum keluar hospital
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 05:02 PM | Show all posts
seb baikla anak aku dulu kuar2 je, terus tunjuk kat parents aku kat luar OT.. even masa aku ngah mamai pas kuar OT pun, aku leh cam anak aku.. muka fotostat, x mungkin salah org..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 05:17 PM | Show all posts
Macam sinetron pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 06:01 PM | Show all posts
lavendernovella posted on 21-11-2012 01:00 AM
makcik saya dulu bersalin anak dia tertukar dengan anak india, ...sib baik boleh tukar balik ..

teringat plak kat cerekarama tibi 3 suku time aku kecik2 dulu. Dlm cite tu Vanida Imran tertukar dgn kavita kaur masa baby.

Kes tertukar baby ni selalu je dgr and terjadi kat hospital. Zaman dedulu pakai bidan kat rumah, so kes2 mcm ni x jadi la. Kalo dah besar baru nak bertukar anak balik memang susah. emosi anak and parents sometimes can create bigger tension dlm institusi kekeluargaan nanti.

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 06:15 PM | Show all posts
R2D2 posted on 21-11-2012 03:47 PM
Satu berita yang menyedihkan: 29 tahun tertukar bayi...       

Mufit Johor pernah ditanya ttg isu ini (Zulhaidi mahu jadi buddist) tp dia enggan komen.

Anak melayu tu dah jadi buddist. Zulhaidi pun buddist?? so camna?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2012 07:13 PM | Show all posts
last two or three weeks, kat HSA Johor Bahru pun kecoh bayi tertukar..

maknya dah susukan salah bayi.. tengok2 jantina lain..

kecoh wooo.. nasib baik sempat carik balik..

tapi tuh lah kan.. kalau dah 5 kali nyusu, dah jadi adik beradik susuan lah kan..

aku beranak baru2 tuh.. petugas2 amik gambo time c-sects tuh.. step by step.. so memang anak yang aku bawak balik tuh confirm anak aku lah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 08:52 PM | Show all posts
kalau cerita indong mesti sorg tu pg kat family kaya, sorg gi kat family miskin, tapi nanti satu sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 09:49 PM | Show all posts
fatehana posted on 21-11-2012 03:59 PM
masa bersalin anak bongsu dulu bukannya tertukar baby tp nurse yg suka suki kata baby tue bukan baby ...

mana bole nurse ckp gitu, tu dh bole jatuh wat fitnah zina, saman je 10 juta kt nurse tu..biar padan muke dia..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 09:52 PM | Show all posts
Bell posted on 21-11-2012 06:15 PM
Mufit Johor pernah ditanya ttg isu ini (Zulhaidi mahu jadi buddist) tp dia enggan komen.

Anak m ...

isu cmni, psl famili zulhaidi tu tk jaga dia betul2..tu yg jadi cmni..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 10:04 AM GMT+8 , Processed in 1.249987 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list