CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lasagnaklcc

Masaelah adik saya yg ignorant.

[Copy link]
Post time 26-11-2012 11:06 PM | Show all posts
lasagnaklcc posted on 26-11-2012 10:38 PM
Satu perkara kami dari kecik masing2 sorang2 masuk asrama...dia je peneman mak abah sampai abis se ...

kalau memang dari dulu macam tu, mungkin la disebabkan faktor dibiarkan macam tu je dari dulu lagi. tidak/jarang ditegah. dan faktor anak bongsu. biasa la tu kot. ramai je ada perangai pelik macam ni, tak kira la anak bongsu ke anak tunggal ke anak emas ke.

cuma... kalau bab meminjam barang2 peribadi tu kalau boleh kena tegas sikit la kan. sbb boleh menyebab & menyebarkan penyakit. contoh macam deodorant yg jenis roll on tu & towel. seriously, senang sangat la bab memindahkan kuman penyakit ni. ada sesetengah benda yg kita kena fikir & jadi kedekut sikit.

salah satu cara untuk tak nak bagi orang pinjam barang kita adalah belikan benda2 tu untuk orang tu. tapi yelah kan, kita ni bukannya kerja cop duit ke apa. jadi, kena tegur la jugak kadang2 tu. cara nak tegur & apa isi kandungan teguran tu kita kena fikirkan la. pendekatannya macamana. kadang2 la kan, orang yg selalu ditegur/dimarah ni boleh jadi immune jugak kot. so, boleh cuba pelbagai pendekatan. cakap baik2 ke. tegur dalam nada yg rendah/lembut ke. guna body language sahaja ke. nak menjerit2 sampai bocor gegendang telinga orang tu ke. guna orang tengah (mak/ayah) ke. ataupun ramai2 duduk cuba berbincang & luahkan. cakap ramai2 tu bukan la macam kita nak ganging up ramai2 lawan sorang ke apa. tapi kita buat & tegur sbb kita sayang, kan. so jangan lupa yg itu.

ada sesetengah orang yg jadi ignorant bila dia dah terbiasa & dibiasakan. contohnya macam... ada orang jenis yg suka biarkan gelas merata2 lepas minum. kenapa? sbb dia tahu ada orang (kita atau mak) yg akan kutip & pergi basuh. ada orang jenis yg take things for granted. ada orang yg jenis macam buat ikut suka hati dia sbb dia tahu akan ada backup. contoh, kalau accident je nanti ayah ada nak bayar repair kereta, nanti kakak ada nak datang pickup dia, nanti mak boleh jaga kat hospital. so apa nak risau? buat aje la ikut suka hati, kan? segala sampah dalam peti ais tu kakak boleh buang. segala bil letrik bil api ayah boleh bayar. pintu pagar ternganga 24 jam pun takpe, yakin 100% tak ada perompak penyamun perogol nak masuk rumah. hishamuddin kata malaysia negara yg selamat, lebih2 lagi di kawasan parking pavilion. apa ada hal?

jadi... tugas kita la untuk mengingatkan. takkan la nak terus macam tu je. kalau mak & ayah dah tak ada, macamana? kalau kakak2 semua dah kawin, macamana? kalau dia sendiri nak kawin nanti, macamana? nak mengharapkan bini jadi hamba kutip sampah sarap dia? nak bawak kereta tengah2 mengantuk lepas tu terlanggar pokok sampai anak bini mati sbb kecuaian sendiri?

kena cuba sedarkan & ingatkan dia tentang semua itu. sbb perangai macam tu bukan je menyusahkan orang lain, tapi akan menyusahkan diri juga (walaupun dia tak sedar). suka ke hidup macam tu bila orang asyik mendengus atau mengeluh mengenangkan dia? sigh...

cuba la nasihatkan. ingatkan. lepas tu bagi semangat. sentiasa tunjukkan yg kita sayangkan dia. sayang tu sayang la jugak, manja pun manja la jugak, tapi dalam sesetengah benda, kita kena la tegas. boleh berubah & diubah lagi tu. kena sabar banyak2 ya. semoga bertabah & semoga berjaya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2012 11:11 PM | Show all posts
lasagnaklcc posted on 26-11-2012 09:53 PM
tatau nak kata hensem ke tak...tapi ada gelpren dah...

woah..alpa2 pn ade gf taww  
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2012 11:17 PM | Show all posts
adik aku jenis macam ni gak. dulu. cuma lepas dia masuk rakan masjid, alhamdulillah dia dah berubah. menjadi lebih matang. lebih sedar ada manusia dikeliling dia. reti hargai barang2. xsambil lewa. sembahyang sharp on time lepas azan. cakap hormat.

Alhamdulillah 21 tahun aku tunggu dia berubah.

Pendekatan agama memang terbaikkkk. xtahulah rakan masjid berjaya menyedarkan adik aku macam mana. juga lelaki dan punya awek

Dah besar ni nak treat lain la sikit. Susah kalau kita suruh2. Kesedaran tu datang sendiri. Lambat ngan cepat tu la xpasti kan? hmm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2012 11:20 PM | Show all posts
dia dengan gf dia camana, ada lupa bila nak date,
ada masa keluar tu, tetiba dia balik sesorang tertinggalkan gf dia kat shopping mall sebagai contoh,
kalau dia nampak very bertanggungjawab dengan gf dia, potensi besar dia boleh berubah
jadi bertanggungjawab jugak..

tapi ingat jugak, dia anak bongsu, dia dah biasa hidup
bila situasi hidup dia sungguh mudah sebab dia ada back up orang atas dia,
i mean adik beradik mak pak...

me kahwin dengan anak bongsu,
ada hari me cakap kat laki nasib baik teluq tu tergantung, kalau tidak ada potensi
dia lupa di mana dia letak...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2012 11:30 PM | Show all posts
Kalo bab pinjam2 ni seketul mcm Adik bongsu sy haha...suar saya abis dikebasnye..angkut bwak balik ke asrama..bkn Adik pompuan Tpi Adik llaki..
t shirt jgn de yg elk sket..selipar jepun tu pn abis..paling gram bila kite nk gune xde..Tpi yg lain2 tu ok..Kalo kite tgur die mau la Ikut..wpun die bongsu Tpi xde la mnje brlebih sgt..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2012 11:36 PM | Show all posts
Wakiwaki posted on 26-11-2012 10:34 PM
kalo dari kecik di manje2, mmg jadi lelaki yang ambik enteng la dlm segala hal.
my brothr pon sama  ...

nak kata spoil dimanjakan tu tak jugak... dia yg paling selalu kena marah sbb benda2 mcm ni...



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2012 11:38 PM | Show all posts
kiwibenz posted on 26-11-2012 11:17 PM
adik aku jenis macam ni gak. dulu. cuma lepas dia masuk rakan masjid, alhamdulillah dia dah berubah. ...

Skrg umur adik kiwi tu berapa?....21thun kiwi tunggu dia berubah, mungkin skrg dia dah 42 tahun kot....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2012 11:40 PM | Show all posts
zehra2 posted on 26-11-2012 11:05 PM
busuk-busuk pun darah daging kita kan..
tunggu dia dah jatuh cinta. mungkin akan lebih bertanggung  ...

Ni pon kalau perangai sampai ke tua tak berubah, ada harapan kena brainwash teruk bila sampai masa nak suruh parents masuk meminang anak dara org nnt...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2012 11:58 PM | Show all posts
NEMESIS posted on 26-11-2012 11:06 PM
kalau memang dari dulu macam tu, mungkin la disebabkan faktor dibiarkan macam tu je dari dulu lagi ...

Mengingatkan dia adalah benda yg palingggggg mak abah saya selalu buat..sbb dah tau perangai dia mcm ni. Akak2 abang2 setakat mampu bising mcm tu jela..nak marah lebih2 pon benda simple patut dia dah blh fikir...

Dah byk hal kami satu family risau psl dia... especially sampai tahap dia accident tu...
Mmg berharap sgt dia berubah...

Thanks kaka nemesis



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2012 12:00 AM | Show all posts
luraziera posted on 26-11-2012 11:11 PM
woah..alpa2 pn ade gf taww

bab ada gf ni pon jadi issue jugak.
tapi takpela...biar dia merasa dulu pengalaman tu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 12:01 AM | Show all posts
jazaa posted on 26-11-2012 11:38 PM
Skrg umur adik kiwi tu berapa?....21thun kiwi tunggu dia berubah, mungkin skrg dia dah 42 tahun ko ...

skang ni adik wa 22 tahun. wa calculate dari sejak azali aaa kiranya
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 12:08 AM | Show all posts
faraway1 posted on 26-11-2012 11:20 PM
dia dengan gf dia camana, ada lupa bila nak date,
ada masa keluar tu, tetiba dia balik sesorang ter ...

faraway, teluq ape yg trgantung tu???
off topic plak...


Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 12:09 AM | Show all posts
lasagnaklcc posted on 26-11-2012 11:58 PM
Mengingatkan dia adalah benda yg palingggggg mak abah saya selalu buat..sbb dah tau perangai dia m ...

kadang2 tu la kan, nak marah pun kena pandai caranya juga. kalau setakat marah hambur2 tinggi suara, memang takkan bagi kesan. lama2 pun orang akan jadi lali. cara terbaik untuk buat orang sedar adalah biar dia fikirkan sendiri. bagi contoh situasi atau keadaan. lepas tu biarkan dia fikir sendiri. contohnya macam yg dah diberi dalam reply sebelum ni. macamana kalau mak tak ada? macamana kalau ayah tak ada? kalau kakak2 tak ada? macamana kalau tiba2 rumah kena rompak? macamana kalau accident lepas tu lumpuh jadi OKU ke apa ke? suruh dia fikir. suruh dia fikir baik2 & dalam2.

kalau nak lagi dramatik, nangis2 la sikit. mintak mak yg cakap. sbb kalau setakat kakak2 yg cakap, mungkin la tak terkesan sangat kot. mak2 yg selalu ada power untuk hal2 yg macam ni.

kalau dah cuba cara macam ni pun dia masih tak boleh nak fikir atau sedar, mungkin ada something wrong somewhere. cuba la bawak dia pergi berubat ke apa ke. tapi kalau memang dia jenis yg macam tu & dia sendiri pun tak ada usaha nak berubah, memang susah & memang tak boleh la. takkan nak tunggu tahap menyesal baru nak berubah kot.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2012 12:13 AM | Show all posts
faraway1 posted on 26-11-2012 11:20 PM
dia dengan gf dia camana, ada lupa bila nak date,
ada masa keluar tu, tetiba dia balik sesorang ter ...

Yg tang teloq tu mmg selalu abah saya ckp pon

Dlm kita nak ajar nak biarkan pon jadi tak sampai hati...busuk2 pon darah daging sendiri jugak.
Cuma bila nasihat tak jln2...org lain yg stress...dia relaks jek
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 12:17 AM | Show all posts
lasagnaklcc posted on 27-11-2012 12:00 AM
bab ada gf ni pon jadi issue jugak.
tapi takpela...biar dia merasa dulu pengalaman tu...

hik3..bg luas pengalaman gitu..









bab gf dia x lupe ke?

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 12:29 AM | Show all posts
im_cyclist posted on 26-11-2012 10:08 AM
faraway, teluq ape yg trgantung tu???
off topic plak...

teluq hak lelaki tu lah, yang tergantung 2 tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2012 12:33 AM | Show all posts
lasagnaklcc posted on 26-11-2012 10:13 AM
Yg tang teloq tu mmg selalu abah saya ckp pon

Dlm kita nak ajar nak biarkan pon jadi tak sam ...

kalau ikut sejarah laki me, adik u boleh jadi anak very bertanggungjawab,
cam laki me hari dia offer jaga parent dia, adik beradik dia siap
hantar email yang menguris hati lagi menidakkan sambil kata laki
me itu ini, tapi dia buktikan abang abang dan akak dia silap
pasal itu..

so nasihatkan ajelah bebaik, bila dia lupa atau buat
sesuatu yang u rasa dia tak patut,
u kata ajelah ''camana nak jadi laki orang ni''...
atau ''camana nak jadi bapak orang ni..
atau ''kau ni buat bakal bini kau menyampah aje nanti''
so mana tau membantu...

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 08:05 AM | Show all posts
sapa yang jadik isteri dye mesty makan hati....
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 08:30 AM | Show all posts
kurang rasa bertanggungjawab la ni..biase la lelaki kalo x biase diajar & disuruh, memang sampai bila2 buat2 x reti..

untuk mengelakkan dia drpd mengepau barang2 TT, pekata TT bawak die shopping di guardian/watsons seround..biar dia pilih deodorant, shampoo, minyak rambut etc yg nak diguna..u belanje..then utk round seterusnye dia ajak la awek dia temankan.kalau adik TT sengkek?? biar die pau awek dia..pape jelah asalkan x menyusahkan family lagi.

kalau dari segi kurang tanggungjawab tu, susah nak betulkan.maybe kurang kesedaran sivik dan cara2 basic untuk function dalam society seperti x reti kutip sampah sendiri, buang sampah keluar kereta, korek hidung di kalangan public, biarkan api/air terpasang etc. for me, i learnt all of this through exposure. kalau ikutkan, jarang ada parents yg mengingatkan anak2 cara untuk behave appropriately sebab diorang pun merokok, buang sampah merata2, membazir sumber api/air/fuel yg sgt precious di muka bumi ini. so TT ajar dia tengok rancangan yg menekankan cara menghormati alam sekitar, ade banyak dalam channel nat geo, history, discovery science.

beri dia rasa tanggungjawab.jangan terlalu cepat nak bail him out of mistakes that he did himself. biar die setel sendiri. dari segi keselamatan, maybe TT boleh monitor kelajuan dia bawak kereta, pakai seatbelt ke x, menghormati driver lain etc.betulkan die dgn hujah yg logik, bukan marah2. hembus sket2 biar melekat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 09:09 AM | Show all posts
isterinyalah nanti menangung lepas kawen
contohnye aku

nak share2 towel
lepas makan depan tv, bior aje pinggan mangkok depan tb
seluar koyak pon tak kesah nak pakai
baju2 kotor tak asingkan untuk dibasOh

ni aku dah membebel kat dia 2 tawon dah ni
kuranglah lah sikit perangai tu

manusia takkan berubah, cume deorg akan improve..
sakian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 278924 Replies : 6907
[Tahniah] Zahirah + Aiman timang anak kedua, Inara Raisa
doubleA[Tahniah] Zahirah + Aiman timang anak ke
Views : 43831 Replies : 121
Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Bercerai | Lagi Update Berita - post #133
kakasotong2Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Berce
Views : 78422 Replies : 797
Busana Konsert Lizah Di Temasek
KurexBusana Konsert Lizah Di Temasek
Views : 6278 Replies : 118
Tiktok, suke ke tak?
MrsVeneerTiktok, suke ke tak?
Views : 20953 Replies : 130
Borak Idea yg blh jana side income
makitingBorak Idea yg blh jana side income
Views : 6149 Replies : 27
Mat Salleh buat video graduasi guna lagu "UiTM di Hatiku". Netizen terhibur lagu rasmi UiTM mendonia
mojarean_XMat Salleh buat video graduasi guna lagu
Views : 9972 Replies : 11
Dah besar pun dia..
BoomibulatDah besar pun dia..
Views : 13352 Replies : 90
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27588 Replies : 115
Husband korang macam ni kan?
VictorioussssHusband korang macam ni kan?
Views : 21958 Replies : 94

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-7-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.077573 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list