CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: zarulnazmi

Sajak Maharaja Cina Dinasti Ming Untuk Nabi Muhammad

[Copy link]
Post time 18-2-2013 02:15 PM | Show all posts
for info :
Adakah??Maharaja Ming (Zhu Yuanzhang) dari keturunan Hui (Muslim)??


Susur Galur Islam Di China
agama Islam telah sampai ke negara China sekitar 1400 tahun yang lalu yakni sebelum berlakunya proses penghijrahan dari Mekah ke Madinah. Misi dakwah itu di rencanakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w dengan menghantar beberapa orang sahabat ke negara China ini, di antaranya ialah Saad Abi waqqas, Qais Bin Hudhafah, Urwah Bin Abi Uthman. Hasil dari pendakwahan itu, telah melahirkan sebanyak 136 juta umat Islam yang terdapat di China pada hari ini.

   Namun begitu, menurut sumber rasmi mengenai bancian penduduk Islam di China  hanya mencatatkan 40 juta umat Islam sahaja. Jumlah itu jelas sekali menimbulkan keraguan kerana jika di lihat dari segi majoriti penduduk di sebahagian besar wilayah di China seperti Xinjiang, Gansu, Hubel, Qinghai dan Yunnan umat Islamlah majoriti penduduknya. Meskipun jumlah sebenar penduduk Islam di China cuba di `rahsia dan selitkan di bawah permaidani bilik bancian` namun `Allah itu Maha Mengetahui`.

   Di kupaskan pula mengenai suku etnik umat Islam di China ini, ia bukan sahaja hanya terbatas kepada suku etnik Hui, akan tetapi Uyghur, Kazak, Tatar, Salar, Dongxiang, Tajik, Uzbek dan Baoan serta tidak terkecuali `bangsa Han` yakni Cina Tulen yang beragama Islam, bahkan tidak dapat dipisahkan mereka dari membakar `colok` untuk setanggi. Namun begitu, perbuatan sedemikian tidaklah di halang dalam Islam selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip Al-Quran dan Al-Sunnah.

   Berbalik kepada suku etnik, tempat tinggal mereka adalah di kawasan barat laut China dan mempunyai hubungan serta pertalian darah dengan orang Arab, Turki, Afghanistan, Uzbeskistan, Tibet, Mongolia dan Indo Eropah. Wajah suku etnik Islam ini mempunyai perbezaan dengan wajah orang cina`. Perbezaan ini dapat dilihat berdasarkan wajah mereka yang agak kemerahan di pipinya, dan mempunyai hidung yang mancung. Namun demikian, `kecinaan` mereka tetap terpancar berdasarkan matanya yang sepet.

   Sebahagian suku etnik ini mempunyai indentiti, budaya dan cara hidup mereka yang tersendiri. Bahkan terdapat beberapa tempat, yang berbahasa Arab dan menggunakannya sebagai bahasa pengantar. Tidak lupa juga suku etnik yang berbahasa Turki, malahan mereka juga menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa pengantar. Dengan bahasa yang digunakan itulah mereka berdakwah ke tempat ke suatu tempat dalam menyampaikan ajaran Islam dan dalam memastikan umat Islam dapat memahami dan menghayati intipati ajaran Islam yang sebenar.

   Walaupun tidak ada catatan yang tepat mengenai tarikh sebenar kedatangan Islam ke China, namun rekod Dinasti Tang (618M) telah membuktikan tentang adanya jalinan hubungan diplomatic di antara pemerintahan China dengan pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin iaitu Saidina Uthman Bin Affan. Rekod itu juga menyebut mengenai di awal pemerintahan dinasti Tang, telah sampai ramai orang asing ke China di antaranya dari Madinah, Annam dan Kemboja. Terdapat tiga orang dari Madinah yang sampai di China dengan bersujud ke tanah tanpa sebarang berhala di hadapannya, mereka juga tidak memakan daging babi, tidak pula meminum arak dan tidak pula memakan daging yang tidak di sembelih oleh orang Islam. Mereka hidup dengan mengamalkan kebersihan diri, dan tempat tinggal.

   Selanjutnya, mereka telah menetap di Canton(Guangzhou) dengan mendirikan penempatan yang menarik dan bersih serta menjadikan ruang yang sedia ada itu sebagai medium perniagaan. Bahkan mereka itu juga begitu taat dan setia kepada ketua mereka.Berbalik kepada istilah `orang asing`, mereka yang dimaksudkan adalah pedagang Arab, yang juga menetap di Canton dan membentuk satu komuniti yang cukup penting.

   Pada zaman pemerintahan dinasti Tang, telah berlaku satu pemberontakan. Iaitu pemberontakan An Xi yang berlaku pada tahun 755 Masihi lalu menyebabkan negara China ketika itu menjadi kucar- kacir. Hasil daripada pemberontakan itu, An Xi telah berjaya menguasai beberapa kota besar dan wilayah sehinggakan memaksa Maharaja dinasti Tang ketika itu, yakni Tang Zuan Zong melarikan diri ke wilayah Sichuan. Selepas peristiwa itu, Tang Zuan Zong mulai sedar betapa pentingnya jalinan hubungan pemerintahannya dengan kerajaan Islam ketika itu. Oleh yang demikian, Tang Zuan Zong membuat keputusan untuk kembali ke Canton, untuk merampas semula kawasan pemerintahannya. Dengan mendapatkan bantuan ketenteraan dari kerajaan Abbasiyah. Sejurus itu, khalifah Abu Jaafar Abdullah Al-Mansur menghantar beberapa pasukan tentera berkudanya untuk merampas semula beberapa buah Bandar di kawasan pemerintahannya(dinasti Tang).

   Sebagai balasan, kerajaan dinasti Tang  telah membenarkan tentera-tentera Islam tinggal di kawasan pemerintahannya. Oleh itu, tentera Islam yang menetap di situ secara tidak langsung telah berkahwin dengan wanita-wanita tempatan. Maka lahirlah satu generasi baru Islam di China di mana keturunannya masih lagi wujud sehingga ke hari ini. Di bawah pemerintahan dinasti Tang, Islam berkembang pesat di China. Malah pada ketika itu China berada dalam keadaan aman dan damai, sekali gus menyebabkan negara itu menjadi tumpuan pusat perdagangan dan kegiatan ekonomi. Kemasukan para pedagang Arab ke China menambahkan lagi jumlah umat Islam. Di samping berniaga, para pedagang Arab juga giat menyebarkan agama Islam dan mengIslamkan penduduk tempatan. Fenomena ini juga berterusan dengan rancak pada zaman pemerintahan dinasti Song yang menggantikan dinasti Tang sekitar tahun 960 Masihi. Bahkan semasa pemerintahan dinasti Song (960M), jumlah pedagang Arab dan Parsi di China ketika itu begitu banyak sekali, sehingga membolehkan para pedagang menggunakan ruang yang ada untuk mendirikan masjid di Guang Zhou, sebuah wilayah yang terletak di selatan China.

   Selain itu, terdapat satu masjid lagi yang tertua dan masih wujud di bandar Beijing iaitu  masjid Nujie. Masjid tersebut juga masih lagi digunakan oleh penduduk untuk beribadat dan majlis ilmu. Masjid ini dibina pada tahun 996 Masihi ketika di bawah pemerintahan dinasti Song. Masjid ini juga banyak memaparkan ciri-ciri budaya dan kesenian Cina. Cuma yang membezakannya dengan monumen Cina ialah nukilan kaligrafi dan tulisan Arab yang memenuhi seluruh ruang pintu, dinding dan tiang masjid ini. Di samping itu, masjid Nujie juga banyak menyimpan khazanah yang berkaitan dengan titik permulaan perkembangan Islam di China, bahkan naskhah tulisan tangan dan dua makam ulama yang hidup pada zaman pemerintahan Kublai khan masih lagi wujud dan dijaga rapi sekali. Semasa orang Monggol memerintah negara China, kerajaannya dikenali sebagai dinasti Yuan yang wujud pada abad ke-13. Kerajaan itu telah mengamalkan dasar pemerintahan yang memihak kepada umat Islam.

   Selain diberikan kebebasan untuk berniaga dan berdagang, beberapa umat Islam juga dilantik untuk memegang jawatan yang penting di dalam kerajaan. Pada tahun 1244 M, Kublai Khan telah melantik Abdul Rahman sebagai ketua kewangan dinastinya.  Seterusnya, pada 1259 M Kublai Khan sekali lagi melantik dua orang umat Islam iaitu Syed Ajjal dan Umar Shamsuddin sebagai ketua kewangan dan Gabenor Yunnan bagi melancarkan proses pemerintahannya ketika itu. Syed Ajjal juga telah diberi gelaran sebagai `Sai Tien Che``. Perlantikan mereka juga membuktikan bahawa betapa tingginya sosio politk dan kedudukan umat Islam ketika zaman pemerintahan itu.

    Setelah berlalunya satu abad itu, umat Islam juga menjadi tonggak utama dalam penubuhan dinasti Ming pada tahun 1368 Masihi. Setelah berjaya menubuhkan dinasti Ming ini. Maharaja dinasti Ming dengan lantasnya menubuhkan beberapa buah masjid sebagai balasan bantuan dan sumbangan yang diberikan oleh umat Islam ketika itu. Di samping itu, pada zaman pemerintahan dinasti Ming ini, agama Islam telah berkembang dengan pesat sekali. Malah,Maharaja Ming juga ada menulis satu watikah yang berisikan seribu satu pujian ke atas Baginda Rasulullah s.a.w. Tidak cukup dengan itu, dibina pula Masjid Huai sheng yang terletak di Guang Zhou, hanyalah semata-mata untuk mengingati Rasulullah s.a.w.
Di samping itu, dihantar pula beberapa utusan Islam ke negara-negara lain yang terletak di Asia Tenggara bagi melicinkan pentadbiran dan hubungan diplomatik di antara mereka. Salah seorang daripada utusan Islam yang dihantar oleh dinasti Ming ialah Laksamana Cheng Ho, beliau juga dikenali sebagai Zheng He dalam masyarakat cina, manakala nama Islam yang biasa digunakannya ialah Ma Sanbao atau Muhammad Ho. Walahualam



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2013 01:42 AM | Show all posts
mmg terbaik la korang.
info yg berguna. kalau org bkn islam pon blh respect kat Rasulullah s.a.w, apsal la kite yg islam ni suke memperlekehkan ajaran baginda.
Renung2 kan & Selamat Beramal.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 01:03 PM | Show all posts
teringat satu kisah yg iols baca (tk ingat kat mana)..
ttg Rasulullah S.A.W yg menanti- nanti umat baginda di padang Mahsyar nanti..
baginda penuh kerisauan takut2 umat baginda tk dpt mencari baginda utk mendapatkan syafaat baginda S.A.W..
begitu sayangnya Rasulullah pd kita umatnya..
sejak baca kisah tu, iols betul2 rasa terharu dgn kasih sayang Rasulullah S.A.W. pd kita umatnya..
membuatkan iols berfikir..adakah kita  sebagai umatnya dapat sayangkan baginda sebagaimana baginda S.A.W sayangkan kita?...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 02:32 PM | Show all posts
bila org2 islam menghormati non-muslim. mereka jugak akan menghormati kesucian islam.
sedih tgk segelintir 'umat melayu' yg ngaku islam tapi dok kutuk bangsa2 lain sebagai
'pendatang hina'.

harap tred tt bleh jadi contoh buat mereka2 yg buta hati.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 02:49 PM | Show all posts
thumb up for this...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 03:55 PM | Show all posts
Sebab tu kita selalu mendengar kata2 ni - Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China...
some info sy petik dr blog : http://www.rumahfiqih.com/ust/e2.php?id=1182391051

Kalimat tuntutlah ilmu sampai negeri Cina mungkin ada benarnya. Sebab negeri Cina banyak memiliki khazanah kekayaan ilmu pengetahuan.

Ilmu ketabiban Cina sejak zaman dahulu sudah sangat terkenal. Para tabib Cina terkenal kepiawaiannya di seantero jagad. Bahkan hingga hari ini mereka pun tetap unggul di bidang kedokteran modern.

Orang Cina disebut-sebut sebagai penemu kertas yang pertama kali dalam sejarah. Selain ilmu kedokteran dan pengetahuan, ilmu bela diri juga berkembang pesat di Cina. Sastra dan budaya Cina juga merupakan sebuah keunikan tersendiri.

Yang menarik, negeri Cina di masa khulafaurrasyidin telah bersentuhan dengan para shahabat. Bakan di masa khalifah Utsman bin Affan, bangsa itu telah memelk agama Islam. Meski belum seluruhnya. Namun boleh dibilang bahwa Islam sebagai agama telah masuk ke Cina terlebih dahulu dari pada nusantara.

Bahkan para sejarawan meyakini bahwa sebagian dari penyebar agama Islam
di tanah Jawa adalah para da'i dari negeri Cina.

Bahkan model pakaian orang Cina menjadi pakaian khas umat Islam di negeri kita. Baju 'koko' konon model baju Cina yang kni terlanjur menjadi model baju para kiai, ustadz, dan penceramah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2013 12:08 PM | Show all posts
aku doubt dia islam. sebab ramai concubines dia diarahkan bunuh diri selepas kematian dia. mereka di tanamkan sekali didalam makamnya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 01:36 AM | Show all posts
aireen24 posted on 21-2-2013 12:08 PM
aku doubt dia islam. sebab ramai concubines dia diarahkan bunuh diri selepas kematian dia. mereka di ...

Kat China ramai Maharaja.... anda pasti ke beliau Maharaja yang anda maksudkan? Saya ni kalau bab sejarah memang fail.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2013 07:50 AM | Show all posts
spiderman80 posted on 21-2-2013 05:36 PM
Kat China ramai Maharaja.... anda pasti ke beliau Maharaja yang anda maksudkan? Saya ni kalau bab  ...

dia la, hong wu..dia pun ade bbrp gundik from goryeo (korea) hadiah tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 03:42 PM | Show all posts
nice info
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 04:41 PM | Show all posts
alphawolf posted on 14-2-2013 07:57 AM
Kalau tak dapat hidayah, tak jugak.....Abu Talib yang bersungguh2 melindungi Baginda pun mati dala ...

itulah Rasullullah sedih sangat sampai ALLAH turunkan surah AL kautsar utk Rasullullah ilangkan duka.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2013 09:03 PM | Show all posts
ultraman_nexus posted on 22-2-2013 03:42 PM
nice info

Thank you

Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.396564 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list