CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Dila@rif

ALAMAK....!!! SINI ADA HANTU......

[Copy link]
Post time 15-2-2013 09:18 PM | Show all posts
jhhehehe bab ular tu... serem... petua paling baik adalah pelihara kucen..
ular tu sgt takut dgn kucen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2013 11:20 AM | Show all posts
Dila@rif posted on 15-2-2013 08:15 AM
Khairil memg jenis berani..kalu dia nmpak pontianak depan mata pun dia leh wat bodo je.
kalu saya ...

Hehe kalau saya langsung tak dapat lari agaknya. Mau jatuh terjelepok sambil nangis jelaa kat situ. Silap2 ayat kursi pun tunggang langgang,.


Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 07:16 PM | Show all posts
Apa jd kt bdk tu?
tak tana perawat ke np byk anak ular suka kt dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2013 08:21 AM | Show all posts
bouncer77 posted on 15-2-2013 05:24 PM
CERITA YANG MENARIK ...
SUNGGUH MENARIK SEKALI...

Time Kasih.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2013 08:21 AM | Show all posts
cagOO posted on 15-2-2013 08:54 PM
ok la x serabut.. sile truskan cerita anda.. nextt

sabar ye......nanti saya sambung.......hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2013 08:22 AM | Show all posts
eva posted on 15-2-2013 09:18 PM
jhhehehe bab ular tu... serem... petua paling baik adalah pelihara kucen..
ular tu sgt takut dgn ku ...

tp rasenya kalu ular jelmaan,kucing pun lari.hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-2-2013 08:25 AM | Show all posts
nescafe_ice posted on 16-2-2013 11:20 AM
Hehe kalau saya langsung tak dapat lari agaknya. Mau jatuh terjelepok sambil nangis jelaa kat situ ...

tau xpe.kadang2 kalu dh terlampau takut,kita xkan dapat nk ingat ape2 ayat pun.tkut yg melampau.hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2013 08:28 AM | Show all posts
leenaz posted on 16-2-2013 07:16 PM
Apa jd kt bdk tu?
tak tana perawat ke np byk anak ular suka kt dia

budak 2 ok je.perubat tradisional kata yg kononnya ular 2 kembar dia tp org alam ghaib yg tlg jaga.jd kalu dia nk jumpa dengan kembar dia, dia akan menyamar jadi ular.jd lepas saya ketuk ular 2,trus dia xnk dtg dh jumpa anak sedara saya 2.merajuk katanya.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-2-2013 12:15 PM | Show all posts
KISAH 5

    Salam Semua. maaf lambat  sambung cerita hehe . oklah kali ini saya ingin ceritakan kisah sepupu saya yang diganggu hantu bungkus. Aku dalam cerita ini adalah sepupu saya. Selamat membaca.

     Aku Hakimi pelajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Shah Alam. disebabkan terlalu banyak tugasan yang diberikan oleh pensyarah menyebabkan waktu aku banyak dihabiskan di perpustakaan. aku selalu pulang ke asrama pada lewat malam. tengok pada tugasan yang diberilkan.

     Pada suatu malam, seperti biasa aku menghabiskan waktu aku di perpustakaan. waktu menunjukkan pukul 12tgh mlm. jarak perpustakan ke asrama lelaki adalah 30 minit berjalan kaki.punyalah jauh .penat kaki melangkah.tapi nak buat macam mana.motor tak ada nak bawa jadi terpaksa la berjalan kaki. biasanya aku akan buat tugasan bersama kawan2 sekuliah aku tp disebabkan diaorang semua sibuk dengan tugasan lain menyebabkan aku terpaksa belajar sorang2.

     Aku pun berjalan berseorangan. tiba2 aku terdengar seperti kalu balak sedang bergolek.Kaki aku serta merta berhenti bergerak.. "ah, sudah! ape pulak kali nie.......?"hati aku berkata.dengan hati yang berbelah bagi,aku teruskan perjalanan aku tapi kali ini aku berjalan dengan laju sedikit. tiba2 aku dengar benda itu bergolek dengan laju sambil berpusing dan berhenti betul2 dihadapan aku. aku terkejut giler sebab ape yang berada di kaki aku kini adalah benda putih seperti bungkusan mayat.

    Aku cube tenangkan diri.aku tahu benda nie tengah nak bermain dengan aku.jadi aku mengambil tekad bergerak ke kiri sedikit dan teruskan berjalan. selepas itu benda putih 2 masih lagi mengikut aku dan berhenti di hadapan aku seperti mula2 tadi. masa ini aku betul2 rasa macam nak pitam.

     Dalam keadaan yang terketar-ketar aku pun pun berkata "wei hantu kau jangan la ganggu aku. aku nk balik nie." selepas aku cakap macam 2,aku pun ke kanan sedikit dan lalu melepasi hantu bungkus 2. lepas 2 ape lagi aku ambil langkah seribu la. pecut giller2 punya tinggalkan tempat 2. bayangkanlah aku biasanya mengambil masa 20 minit berjalan nak sampai kat asrama aku tp disebabkan aku pecut macam nak giler,10 minit aku dah sampai bilik. sampai kat bilik aku terus ambil wuduk terus tido.yela orang kata kalau taknk ada benda ganggu time kita tidur,ambil la air sembahyang. nasib baik tido aku tak ada benda yang datang menganggu.selamat .Tamat...

   selepas ini aku akan ceritakan pasal kawan Hakimi pula yang di ganggu di perpustakaan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 12:35 PM | Show all posts
agak menarek gak thread ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2013 01:12 PM | Show all posts
skeezotone posted on 18-2-2013 12:35 PM
agak menarek gak thread ni..

time kasih coz sudi membaca.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 02:08 PM | Show all posts
Dila@rif posted on 18-2-2013 01:12 PM
time kasih coz sudi membaca.

sama2 kasih.. teruskan posting anda
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2013 05:04 PM | Show all posts
KISAH 6

    Salam semua.seperti yang saya janjikan saya akan ceritakan kisah kawan Hakimi yg mengalami kejadian yang bagi saya, saya sendiri pun berharap benda nie tidak terjadi kepada saya.aku dalam citer nie adalah kawan kepada Hakimi.Jom layan citer nie.......

     Nama aku Azman. Aku dan Hakimi adalah satu kumpulan belajar. kumpulan kami memang selalu berkumpul di perpustakaan untuk berbincang topik2 yang diberikan oleh pensyarah kami. bila time exam memang kami akan berkumpul dan belajar sampai pagi.
  
     Pada suatu malam yang sunyi, aku pun berjalan menuju ke perpustakaan. nak dijadikan cerita pada malam itu semua ahli kumpulan aku ada hal mereka masing2. jadi terpaksalah aku mengulangkaji sendiri. malam tu aku aku memang sengaja bertolak ke perpustakaan pada pukul 10mlm kerana aku ingat nak stay sampai pagi.
   
     kebisaannya perpustakaan ini penuh dengan pelajar.tp pada malam itu pelajar agak kurang. Jadi aku memilih untuk mencari sudut2 yang agak tersorok untuk aku study dengan tenang. masa aku tengah tercari-cari tempat yang sesuai,aku terpandang Hakimi yang sedang membaca buku. aku pun pelik ,seingat aku Hakimi ada bagitau yang dia ada hal yang perlu diuruskan. "ah...lantak la yang penting sekarang aku dah ada teman belajar.seronok juga dari aku study sorang2" kata aku dalam hati.

   Aku pun terus menghampiri Hakimi dan menegur dia
Azman : wei Kimi, ko kata td ada hal.nie tetibe lak ada kat sini ape hal?
Hakimi: erm...tak jadi la.
Azman: takpe la kalau macam tu,boleh la kita study sama2 ye?
Hakimi: ok je.

      Aku mula pelik,setahu aku Hakimi orang yang jenis suke berbual dan berkongsi apa2 citer tp malam nie dia banyak diam. aku fikir yang mungkin Hakimi ada masalah dia sendiri yang tak mahu orang lain tahu. aku pun mula mengulangkaji pelajaran aku dan membuat soalan2 yang diberi oleh pensyarah.

      Tanpa aku sedar masa pun berganjak ke pukul 1 pagi. Aku lihat Hakimi masih lagi sedang menbaca buku.  masa aku sedang menulis tiba2 lengan aku terlanggar bekas pensil,maka berterabur la semua perkakas aku yang ada dalam bekas tu berterabur di lantai. aku pun dengan malas pun bangun dari kerusi dan mula mengutip barang2 aku yang terjatuh tu. semasa kau sedang pengutip barang, tiba2 aku terpandang ke bawah kerusi....dup...dap...dup...dap....jantung aku terus berdegup dengan laju macam aku tengah berlari dalam acara 4x200meter.

   Aku macam tak percaya dengan ape yang baru aku lihat tika ini.kawan aku Hakimi yang ada dihadapan aku nie tak ada  kaki. aku dengan riak selamba bangun dengan perlahan-lahan.kemudian aku pun mengemas semua barang2 yang ada di atas meja. siap kemas aku pun menggeliat-geliatkan badan dan menguap.aku buat seperti aku sudah mengantuk. aku pun cakap dengan Hakimi,

Azman: Eh,Kimi,aku balik dulu la.ngantuk giler dah nie....
Hakimi: Mengantuk ke...dah tahu........

Akibat terkejut dengan pertanyaan Hantu yang sedang menyerupai Hakimi 2, aku terus pengsan tak sedarkan diri. Keesokkan harinya aku tersedar bila dikejutkan oleh ahli kumpulan aku. mereka bertanya kepada aku apa yang terjadi sehingga aku boleh terbaring di atas lantai perpustakaan tu.

   selepas tu aku pun menceritakan hal yang terjadi pada malam semalam kepada rakan2 aku.mereka semua terkejut terutama Hakimi yang menafikan dia ada pergi ke perpustakan semalam kerana ada hal seperti dia bagitahu semalam.

    selepas kejadian itu,aku dah tak berani untuk pergi sorang2 ke perpustakaan pada waktu malam. tamat

Nantikan cerita seterusnya dari saya.


Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 08:41 PM | Show all posts
ok nanti sambung lagi tau..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
wah best cite2 tt..ringkas n mudah dipahami..teruskan bercerita..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2013 11:17 AM | Show all posts
MissDoraisamy posted on 18-2-2013 08:52 PM
wah best cite2 tt..ringkas n mudah dipahami..teruskan bercerita..

time kasih coz sudi baca.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-2-2013 11:18 AM | Show all posts
kikiharris posted on 18-2-2013 08:41 PM
ok nanti sambung lagi tau..

ok nanti ada masa saya sambung. pape pun thanks coz sudi baca citer saya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2013 05:11 PM | Show all posts

RE: ALAMAK....!!! SINI ADA HANTU......

KISAH 7

       Salam semua. kali ini saya ingin berkongsi dengan kawan2 semua tentang kejadian yg berlaku pada keluarga saya. masa kejadian berlaku saya kecik lagi.rasanya masa tu saya masih sekolah rendah. layan..........

        Pada tahun 90an, kampung saya tengah meriah orang buat pokok Bonzai. jadi keluarga saya dan jiran2 yang berminat dengan pokok bonzai nie pergilah ke hutan yang terletak di belakang perumahan rumah kitaorang tinggal. Dulu kawasan perumahan kami ini dikelilingi oleh hutan belukar.
       Pagi tu yang keluar ke hutan adalah makcik Bedah, anak dia Mega iaitu jiran disebelah rumah mak aku,kakak aku Nur,Ogy,Era dan abg aku Nasa.dorang pun pergi la cari pokok bonzai tu.bila tengah hari baru la mereka pulang ke rumah.aku memang tak nak ikut sebab aku takut kalau terserempak dengan ular.
      Semua pokok2 bonzai tu kakak2 aku dengan abang aku letak di belakang rumah. kejadian bermula pada pukul 4pagi hari esoknya apabila mak aku bangun untuk gorengkan karipap memandangkan keluarga aku berniaga di kantin sekolah di tempat aku tu.


      Masa mak aku tengah menggoreng karipap 2, tiba2 emak aku terdengar bunyi perempuan menangis isk...isk...isk... dengan mendayu-dayu.jadi mak aku pun bukak la pintu dapur untuk melihat siapa yang menangis pagi2 buta ni tp mak aku lihat tiada orang pun di luar rumah.
   
        Jadi mak aku pun teruskan kerja2 mak aku menggoreng karipap tu.
seketika kemudian mak aku terdengar bunyi harimau mengaum dengan kuat sekali aaaaauuuuuuummmmmmmm !!. mak aku yang terkejut dengan bunyi tu terus terlepas sudip kat tangan. mak aku memang tak berani untuk menjenguk ape yang ada dekat belakang rumah tu.jadi mak aku teruskan kerjanya dengan hati yang takut2 berani .

    Pagi tu mak aku menceritakan kepada makcik Bedah hal yang berlaku. Berlainan pula dengan makcik Bedah, rak pinggan di dapur rumah dia bergegar dengan kuat sehingga pinggannya pecah berderai. sedangkan tiada orang pun yang goyangkan rak tu.


    Makcik Bedah nie berani orangnya,dia dengan selamba pergi ke rak pinggan tu dia goyangkan balik rak tu. selepas tu rak pinggan dia tu dh tak bergoyang lagi.

     Akibat dari kejadian yang berlaku, keluarga aku dan juga makcik Bedah mengambil keputusan untuk hantar semula pokok Bonzai tu ke dalam hutan. selepas tu tiada lagi bunyi2 yang pelik berlaku. tamat.



Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 06:05 PM | Show all posts
sambung sambung sambung sambung!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2013 04:54 PM | Show all posts
      KISAH 8

   Salam semua. lama saya tak masuk forum.  kali ni saya nak cerita baby saya Lily(bukan nama sebenar) yang suke bermain dan memanggil benda yang kita tak nampak. ceritanya bermula bila kak long suami saya pindah ke rumah baru bulan Februari baru2 nie.
  Kejadian pertama yang saya alami adalah bila pertama kali saya menjejakkan kaki ke rumah baru tersebut. rumah flat 5tingkat yg disewa di pandan jaya. masa saya sampai di hadapan rumah baru tu, saya pelik la tengok kak long yang tidak berjaya membuka pintu hadapan rumah tersebut. saya pun menawarkan diri untuk membantu membukakan pintu. selepas kunci dipulas, saya pun membuka pintu. benda pertama yang saya nampak adalah pintu bilik yang tiba2 tertutup dengan sendirinya. terdetik dalam hati saya mungkin angin dari tingkap yang menyebabkan pintu itu terbuka dan tertutup dengan sendirinya. saya pun terus melangkah masuk untuk melihat tingkap bilik yang mungkin terbuka dan saya bercadang untuk pergi menutupnya. tetapi apabila saya sampai ke bilik tersebut, ternyata tingkap bilik itu sudah tertutup rapat dan tiada ruang udara dalam bilik tersebut. masa tu benda pertama yang saya terfikir adalah.......macam ada benda yang bermain dalam rumah tu dan bila ada manusia masuk cepat2 diaorang menyorok dalam bilik.haha.
   Selepas itu saya,kak long, kak ani, dan suami saya  meneruskan kerja2 membersihkan rumah tu.  kami semua selesai membersihkan rumah tersebut dalam pukul 7mlm. selepas itu kami semua pun pulang ke rumah lama kak long. di sana saya pun ceritakan kejadian yang saya lihat td kepada ahli keluarga yg lain.kak long saya bagitau yang  semasa dia pergi dapatkan kunci rumah tersebut pada sebelah pagi, dia dah tutup semua pintu dan tingkap rumah baru tersebut jadi tak mungkin pintu bilik tu akan terbuka dan tertutup dengan sendirinya. hal tersebut menyebabkan bulu roma sesiapa yang mendengar pasti akan meremang.
    Kejadian kedua yang saya alami adalah sebulan selepas kak long pindah ke rumah tu. masa tu waktu magrib.saya masa tu sedang membaca novel, kedua2 anak saya tengan bermain di dalam bilik bersama anak2 kak long. tiba2 anak saya Lily datang sambil menegur saya. saya pun menutup buku sambil membalas teguran Lily. seketika kemudian Lily tiba2 bermain chak chak dengan seseorang yang  berada di belakang saya. lepas tu lily terus lari masuk semula ke dalam bilik untuk bermain dengan abang dan kakak sepupu dia yang lain. saya pun terus berpaling ke belakang untuk melihat,Lily tadi sebenarnya bermain dengan siapa. ternyata di dapur rumah kak long tiada sesiapa. saya rasa tak sedap hati dengan ape yang terjadi. saya memberitahu kepada kakak saya akan hal tersebut. bersambung..........

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.058153 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list