CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: abgsedapmalam

Pemakaian Tudung Dan Sejarahnya Dalam Dunia Islam.

[Copy link]
Post time 19-10-2013 12:11 PM | Show all posts
saya sokong rujukan al quran ulama tersebut yg dlm forum youtube yg tt hantar...

yg betul adalah berpakaian cara yg tidak mendatangkan fitnah dan tudung bukan salah satu drpdnya...sebab itu hamba abdi perempuan yg di halalkan sampai kiamat auratnya hanya dari pusat ke lutut shj..dan telah berjalan dgn meluas di zaman khalifah selama 1300thn.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2013 03:56 PM | Show all posts
abubakarta posted on 19-10-2013 12:11 PM
saya sokong rujukan al quran ulama tersebut yg dlm forum youtube yg tt hantar...

yg betul adalah  ...
saya sokong rujukan al quran ulama tersebut yg dlm forum youtube yg tt
hantar...

yg betul adalah berpakaian cara yg tidak mendatangkan
fitnah dan tudung bukan salah satu drpdnya...sebab itu hamba abdi perempuan yg
di halalkan sampai kiamat auratnya hanya dari pusat ke lutut shj..
dan
telah berjalan dgn meluas di zaman khalifah selama 1300thn.

anyone  boleh tolong check balik  statement yang diberikan.

It is not TUDUNG ke tak, it is menutup aurat ...yg hanya muka dan tapak tangansaja yg dibenarkan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2013 03:11 PM | Show all posts
Contoh-contoh Jilbab
Last edited by AdamHood on 15-12-2013 02:47 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2013 12:09 PM | Show all posts
AN NUUR (24:31)
وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka membalutkan penutup pada dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan janganlah juga mereka menghentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung.

Menurut Muhammad Said al-Asymawi(seorang juris, pakar perbandingan hukum Islam dan hukum konvensional, bekasketua Mahkamah Tinggi Kairo, Mesir), pada zaman Nabi dahulu, perempuan Arabmemang sudah memakai tudung sebelum turunnya Surah An nuur ayat 31 namunpemakaiannya menjuntai ke belakang, sementara dadanya dibiarkan terbuka(Muhammad Said al-Asymawi, Kritik Atas Jilbab, 2003). Jadi, daripada tudung itumenjuntai ke belakang, lebih baik julurkan ke depan untuk menutupi dada. Tuhanhanya membetulkan cara pakaian mereka sahaja dan bukannya mewajibkan tudung.

Namun Ulama sekarang memahami"pada dada mereka"(ala juyubihinna) menjadi "sehingga dadamereka" (ila juyubihinna). Sedangkan maksud ala (pada) dan ila(sehingga) itu amat berbeza.

Last edited by AdamHood on 5-11-2013 12:23 AM

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2013 12:53 PM | Show all posts
AdamHood posted on 22-10-2013 12:09 PM
Menurut Muhammad Said al-Asymawi(seorang juris, pakar perbandingan hukum Islam dan hukum konvensional, bekasketua Mahkamah Tinggi Kairo, Mesir), pada zaman Nabi dahulu, perempuan Arabmemang sudah memakai tudung sebelum turunnya Surah An nuur ayat 31 namunpemakaiannya menjuntai ke belakang, sementara dadanya dibiarkan terbuka(Muhammad Said al-Asymawi, Kritik Atas Jilbab, 2003). Jadi, daripada tudung itumenjuntai ke belakang, lebih baik julurkan ke depan untuk menutupi dada. Tuhanhanya membetulkan cara pakaian mereka sahaja dan bukannya mewajibkan tudung.

Namun Ulama sekarang memahami"keatas dada mereka"(ala juyubihinna) menjadi "sehingga dadamereka" (ila juyubihinna). Sedangkan maksud ala (ke atas) dan ila(sehingga) itu amat berbeza.

Kritik atas Jilbab? Tahun 2003 ni penjelasan Ulama zaman dulu atau zaman sekarang?

Bagaimana dengan kata-kata Ulama terdahulu dalam tafsir Al-Quran yang muktabar?

Jadi, daripada tudung itumenjuntai ke belakang, lebih baik julurkan ke depan untuk menutupi dada. Tuhanhanya membetulkan cara pakaian mereka sahaja dan bukannya mewajibkan tudung.

Soalan saya:

Menurut pendapat saudara, jika bukan wajib bertudung, bermakna tak bertudung pun tak mengapa lah kan? Tak berdosa kan?

Kenapa Tuhan suruh betulkan cara pakai Jilbab bertudung tutup hadapan, sekiranya tudung tu bukan wajib?



Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2013 02:36 PM | Show all posts
Saya hanya mengikut Al-Qur'an. Didalam Al-Qur'an tiada suruhan supaya perempuan kena bertudung tetapi dalam Kitab Bible ada. Tidak salah jika saya beriman kepada Al-Qur'an.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2013 03:02 PM | Show all posts
AdamHood posted on 22-10-2013 02:36 PM
Saya hanya mengikut Al-Qur'an. Didalam Al-Qur'an tiada suruhan supaya perempuan kena bertudung tetap ...

anyone would like to comment  on this?

based  on hadith and Quran

u akui ke  ( a question ) wanita kena menutup aurat

it is aurat

tudung ke  atas kepada is part of area yg dikatakan aurat dalam hadith

i nak tanya awak menerima ke tidak ?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2013 03:16 PM | Show all posts
AL A'RAAF (7:26)
يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا ۖ وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ ۚ ذَٰلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ
Wahai Bani Adam, Kami telah menurunkan kepada kamu suatu pakaian untuk menutupi bahagian-bahagian aib kamu, dan (pakaian) perhiasan, dan pakaian takwa - itu lebih baik; itulah satu daripada ayat-ayat Allah, supaya mereka mengingati

AN NUUR (24:30)
قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ
Katakanlah kepada orang-orang mukmin supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka; itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah menyedari apa yang mereka mengerjakan.

AN NUUR (24:31)
وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka membalutkan penutup pada dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan janganlah juga mereka menghentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung.

AN NUUR (24:60)
وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَاءِ اللَّاتِي لَا يَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَن يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ ۖ وَأَن يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَّهُنَّ ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Bagi perempuan-perempuan yang melewati umur mengandung, dan tiada harapan untuk berkahwin, tidak ada kesalahan ke atas mereka untuk menanggalkan pakaian mereka, tanpa menunjuk-nunjukkan perhiasan; tetapi jika mereka menahan, adalah lebih baik bagi mereka; dan Allah Mendengar, Mengetahui.

AL AHZAB (33:59)
أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka merapatkan jilbab mereka pada mereka; demikian itu lebih mudah bagi mereka untuk dikenali, dan tidak diganggu. Allah adalah Pengampun, Pengasih


Didalam Al-Qur'an memang tiada menyatakan perempuan kena pakai tudung. Kalau ulamak dahulu ambil fakta perempuan kena pakai tudung dari kitab Injil saya tak tahulah pulak kerana salah satu rukun iman kena beriman pada Kitab. Awak pergilah tanya mereka.
Last edited by AdamHood on 5-11-2013 12:46 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2013 03:41 PM | Show all posts
AdamHood posted on 22-10-2013 02:36 PM
Saya hanya mengikut Al-Qur'an.

Alhamdulillah jika saudara benar ikut Al-Quran, maka mari kita bincangkan apa yang terkandung dalam Al-Quran...

Didalam Al-Qur'an tiada suruhan supaya perempuan kena bertudung tetapi dalam Kitab Bible ada. Tidak salah jika saya beriman kepada Al-Qur'an.

1. Kan dalam Al-Quran ada perintah melabuhkan jilbab sehingga menutupi dada, bagi orang-orang yang beriman. Istilah tudung merupakan istilah MELAYU, jika digunakan untuk tutup sampai ke bahagian dada itu menunjukkan tatacara pakai yang bertepatan dengan perintah Allah dalam Al-Quran, sekalipun ia tidak disebut jilbab. Tudung harini pun bermacam fesyen, bukan semua boleh dikategori seperti jilbab secara syar'i.

2. Memang orang Islam beriman kepada Al-Quran, persoalan yang menjadi kekeliruan di sini ialah tentang istilah JILBAB dan TUDUNG.

Fungsi tudung ialah untuk tutup aurat, sejajar dengan perintah Allah yang terkandung dalam Al-Quran, tak timbul isu tudung itu tiada dalam Al-Quran...

Sama juga fungsi jilbab, untuk tutup aurat. Cuma batas aurat sahaja yang ada perselisihan pendapat....

Berdasarkan penjelasan Ulama berkaitan batas aurat, ada kelonggaran:

1. Pendapat yang ringan: muka (tak termasuk rambut) dan dua tapak tangan bukan sebagai aurat
2. Pendapat yang ketat yang lebih menghampiri taqwa: muka juga termasuk dalam kategori aurat

Tiada pendapat yang lebih ringan dari 2 pendapat di atas berdasarkan ajaran Islam, dan tak pernah timbul isu perintah tudung itu ada dalam bible maka wajar ditinggalkan dengan alasan ia ajaran bible.

WAllahu a'lam

Last edited by mnm77 on 22-10-2013 03:44 PM

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2013 03:52 PM | Show all posts
AdamHood posted on 22-10-2013 03:16 PM
Didalam Al-Qur'an memang tiada menyatakan perempuan kena pakai tudung. Kalau ulamak dahulu ambil fakta perempuan kena pakai tudung dari kitab Injil saya tak tahulah pulak kerana salah satu rukun iman kena beriman pada Kitab.

Ayat yang saudara tepek tu pun ada perintah TUTUP DADA.... salah satu dari fungsi tudung lah tu. Takkan nak balut kat dada sahaja macam bikini tu baru dikira jilbab? Kefahaman siapa yang kita ikut?

Ulama dahulu bukan ambil fakta dari Kitab Injil perihal tudung, Ulama dulu menjelaskan hukum batas aurat berdasarkan dari Al-Quran dan As-Sunnah, sesuai dengan perintah dalam Al-Quran: Taat Allah dan Taat Rasul.

Al-Quran itu secara teori, dan perlaksanaannya ditunjukkan oleh Rasul. Berkaitan perintah hijab dan jilbab ni, maka kita kena faham apakah yang  disampaikan kepada golongan wanita beriman ketika ayat tersebut turun, dan bagaimana mereka beramal dengan perintah tersebut

Kalau kita nak ikut kefahaman kita berdasarkan ayat Al-Quran, tentu saja ada orang boleh kata Jilbab tu macam bikini. Kan dah jadi haru!


Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2013 04:41 PM | Show all posts

Paling mudah kembali pada sejarah pemakaian pakaian...kita semua tahu agama syiah yg popularkan tudung,purdah dan yg seangkatan....seperti kata ulama besar dari negara jiran yg tt linkkan ..lihat bini hamka yg menulis beratus2 kitab pakai tudung tak? begitulah juga yg ulama lain..adakah ulama2 besar sunni sebelum revolusi syiah iran semua tak tahu?...atau yg rasa lebih hebat dlm ulama dahulu hamka dll tu....kaum hawa mereka didik cara berpakaian yg tidak mendatangkan fitnah atau yg menjolok mata dan bungkus rambut bukan wajib kecuali dlm agama yahudi dan nasrani..sebab itu kalau kita tenguk gambar lama 100thn lalu yahudi/nasrani yg taat beragama perempuan berpurdah seakan2 amalan berpakaian berpurdah zaman sekarang.
selepas yahudi/nasrani membuang cara berpakaian yg di wajibkan dlm agama mereka sejak nabi isa maka menyelinap dlm agama syiah awal 80an dan seterusnya berjangkit dlm islam sunni.

hamba abdi perempuan aurat wajibnya hanya dari pusat ke lutut...sama juga perempuan merdeka yg putus haid...itulah kisahnya selama 1300thn dlm dunia islam masuk 1400thn byk pula modified antaranya kepercayaan wajib bungkus kepala.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2013 04:58 PM | Show all posts
abubakarta posted on 22-10-2013 04:41 PM
Paling mudah kembali pada sejarah pemakaian pakaian...kita semua tahu agama syiah yg popularkan tu ...

sejarah ? you based on sejarah nyer hujah ?



atau awak tengok isteri hamka ? model manusia  yg mmg tak maksum etc etc ? you are citing those? as your hujah and model?

my oh my ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 01:25 PM | Show all posts
oh ada hukum baru ka.....?


hamba kes lain.......yang khusus biarkan khusus,,, yang umum barkan umum...


jangan buat false generalization hukum hamba atau org tua kepada hukum untuk orang biasa.....

dalam islam ahlussunnah wal jamaah, hukum ini dah setel lama....khilaf2 pendapat di dalamnya sudah pun diketahui dan pendapat yg terkuat telah dijelaskan....

imam 4 mazhab tidak ada yg suruh buka tudung lagi, walaupun dlam bab lain mereka ada perbezaan pendapat, tetapi bukan bab tudung.


faham Quran secara peribadi diketahui secara maklum bakal menghasilkan "set"  -"set" yang baru maka jika benar2 ingin memahami Quran secara sendiri.....sertakan dgn semakan  asbabun nuzul, asbabun wurud....

dan semakan bagaimana ia difahami oleh nabi Muhammad......lakukanlah walaupun sendiri.....

jangan terlampau cepat buat kesimpulan melalui bacaan tafsir, kita pun tahu kaedah itu tidak tepat.

hidup perlu bertanya dan menyemak/selidik....

wallahua'lam...



Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 02:11 PM | Show all posts
AdamHood posted on 22-10-2013 02:36 PM
Saya hanya mengikut Al-Qur'an. Didalam Al-Qur'an tiada suruhan supaya perempuan kena bertudung tetap ...


mike tafsir Al-Quran pakai akal mike je nie..mane boleh tafsir Al-Quran gitu2 je..mesti le digandingkan ngan Hadis sekali..

Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Ibn Jarir daripada ‘Aishah r.a.:

"Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) "…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…", serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya."

Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim dan Abu Dawud daripada Safiyyah bint Shaybah katanya:

"Ketika kami bersama ‘Aishah r.a., kami menyebut-nyebut tentang kelebihan-kelebihan wanita Quraisy, lalu ‘Aishah menyampuk: "Memang benar wanita Quraisy ada kelebihan, tetapi demi Allah sesungguhnya aku tidak pernah melihat wanita yang lebih baik daripada wanita Ansar dari segi kuatnya iman dan pegangan mereka terhadap kitab Allah. Apabila Allah turunkan ayat (yang bermaksud) "…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…", serta-merta suami-suami mereka balik dan membacakan kepada mereka apa yang Allah turunkan kepada mereka, anak perempuan mereka, saudara perempuan mereka dan semua kaum kerabat mereka, sehingga tiada seorang perempuan pun daripada mereka melainkan bergegas mencari apa saja kain yang ada di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah turunkan, maka jadilah mereka wanita-wanita yang bertudung bersama Rasulullah saw., seperti sekumpulan gagak hitam berada atas kepala mereka."


Dan satu hadis yang tidak berapa sahih tentang tafsiran"perhiasan tubuh yang zahir" itu ialah yang diriwayatkan oleh Abu Dawud daripada ‘Aishah r.a.:
Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: "Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini" (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya).

Last edited by naruto3484 on 23-10-2013 02:25 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 03:06 PM | Show all posts
naruto3484 posted on 23-10-2013 02:11 PM
mike tafsir Al-Quran pakai akal mike je nie..mane boleh tafsir Al-Quran gitu2 je..mesti le digan ...

Thank you for sharing this.

Nasihat kat Adamhood, jika niat anda untuk mendalami tafsir, belajarlah dengan guru. Insya allah guru yang baik akan bagi segala dalil2 quran dan hadith sebagai hujah.

Ingatlah wahyu yang diturunkan pada Rasulullah bukan macam seorang pendeta yang bertapa duduk di atas batu dipuncak gunung, tup tup turun idea (wahyu) dari Allah.

Wahyu Alquran yang diturunkan Allah datang dlm pelbagai dimensi, kadang2 Rasulullah tengah naik tangga pun Jibrail boleh bagi wahyu.

Jadi kalau hanya berhujah dengan Alquran tanpa memahami sebab ayat tersebut diturunkan (asbabun nuzul) dan apakah reaksi2 manusia ketika Rasulullah menyampaikan ayat tersebut (yang direkod sebagai hadith dan riwayat2 sahabat), itu bukan kaedah pengajian tafsir orang Islam.

Selalunya inilah cara orang kafir yang konon dah pandai tafsir quran on behalf orang islam, dan orang islam yang jahil pun senang2 terpengaruh.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 03:19 PM | Show all posts
AdamHood posted on 22-10-2013 02:36 PM
Saya hanya mengikut Al-Qur'an. Didalam Al-Qur'an tiada suruhan supaya perempuan kena bertudung tetap ...

Wahai dik.....

Dalam Alquran pun tak kata berapa jenis solat orang islam buat sehari. Macam mana nak solat pun tak cerita. Where do you think muslims around the world get the idea how does a solat look like and stuffs?

Mesti la dari Rasulullah. Itu la hadith. Dari perbuatan dan ucapannya.

Jadi, agak2la kan macam mana you tau yang tudung tu kena macam tu macam ni. Fesyen bawalkah, telekungkah, macam orang Arab ka, macam orang Indon ka, macam sister2 kristian pakaikah. BTW, you ada qualification dalam b arab tak?

Ni mesti you nak kata, orang yang pakai purdah tu sebab orang tu duduk padang pasir kan?

Belajor lagi dik.....this time around belajar hadith sekali mengenai ayat quran yang you nak belajar tu DAN yang penting dengan guru yang betul2 expert dalam bidang quran dan hadith.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2013 06:30 PM | Show all posts
Apakah Hijab. Tudung kepala atau halangan?

http://www.youtube.com/watch?v=WWxI8YQNfnM Last edited by AdamHood on 23-10-2013 06:32 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 11:36 PM | Show all posts
gosh ....daripada

jilbab - konsep kepada tudung - aurat ???


pokoknya aurat
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 10:33 AM | Show all posts
AdamHood posted on 23-10-2013 06:30 PM
Apakah Hijab. Tudung kepala atau halangan?

http://www.youtube.com/watch?v=WWxI8YQNfnM

Haiyaa.....

Takde better reference ke you nak bagi?

Sebab tu saya nasihat cari guru yang mursyid. Takkan setakat mohd shaikh with questionable integrity you buat sebagai rujukan? Youtube pulak tu... Last edited by baulu on 24-10-2013 10:35 AM

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 03:16 PM | Show all posts
Orang Arab telah pun memakai tudung sebelum lahirnya Nabi muhammad

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.143586 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list