CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: SulurBidar

[Tempatan] Versi 11: Ops Daulat - Seorang Pahlawan Gugur, 3 Anjing Kiram Mati : Post 1505

 Close [Copy link]
Post time 11-3-2013 01:58 PM | Show all posts
OP DAULAT: KAMPUNG TANDUO KINI BERSIH, 97 PENCEROBOH DITAHAN

Lahad Datu, 11 Mac - Selepas seminggu Operasi Daulat, polis hari
ini mengumumkan Kampung Tanduo, kawasan pendaratan penceroboh sejak sebulan lepas, kini bersih daripada kumpulan itu.

Pasukan keselamatan kini memberi tumpuan untuk membanteras penceroboh di kawasan Kampung Tanjung Batu dan Sungai Bilis.

Semalam seorang penceroboh ditembak mati di Kampung Tanjung Batu menjadikan jumlah pengganas yang mati setakat ini ialah 54 orang manakala 97 ditahan kerana disyaki terbabit dengan pengganas, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib.

Pasukan keselamatan turut menahan 122 orang kerana berada dalam zon larangan Operasi Daulat.

Bercakap pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di sini, Hamza berkata 22 mayat pengganas telah dibawa keluar dan dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Hamza turut membenarkan wartawan mengambil gambar mayat-mayat pengganas itu bagi menepis dakwaan pihak tertentu yang mempersoalkan jumlah pengganas yang terbunuh.

Ditanya mengenai laporan akhbar berbahasa Inggeris hari ini bahawa Azzimuddie Kiram yang mengetuai pencerobohan itu, berjaya melarikan diri dalam operasi pasukan keselamatan di Semporna, Hamza dengan tegas menolak dakwaan berkenaan.

"Kalau saya tahu dia di Semporna sudah lama saya tangkap," katanya.

Beliau turut menafikan laporan bahawa pasukan keselamatan menggunakan kekerasan terhadap masyarakat pendatang dari Sulu.

"Saya nafikan sekeras-kerasnya. Sehingga kini tiada laporan polis diterima mengenai keganasan yang dilakukan pihak keselamatan," katanya.

Beliau berkata kejadian semalam yang menyebabkan seorang lelaki cedera dan seorang remaja lelaki maut berlaku hampir dengan rumah yang menjadi sasaran pasukan keselamatan.

"Orang kampung biasa semuanya telah dipindahkan," katanya.- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2013 02:02 PM | Show all posts
rumah lama masih berbunyi lagi.

apa2 pun tajuk x ganas laaa...........tukarrr
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 02:07 PM | Show all posts
Suchi posted on 11-3-2013 01:39 PM
khenn...dah mcm arnold susahnakeja dahh..perghh mantap lahh tgk lengan diaaaaaa..muka seriusss je  ...

suami sya kt sna skrg..sedih bila ank dengar je keta jiran sebelah n pintu jiran sebelah bunyi mesti dia pangil babahhh..babahhhh...babahhhh...airmata ni asyik berlinang je..kt tmpt keje pun termenung je...sya ni jnis happy go lucky tp dah x boleh nk snyum2 dah...smga Allah SWT selamatkan anggota keselamatan kita di sana...amin...
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 02:10 PM | Show all posts
SulurBidar posted on 11-3-2013 01:58 PM
itu bukan PGA a.k.a Pasukan Gerakan Am..

Itu UTK a.k.a Unit Tindakan Khas.

kat ats tu tulis PGA ayooh salah la plak hahahahah UTK ni juga mengiringi VVVIP kan sbb pakcik aku  dia pun UTK  dia penah mengiringi agung yg sultan mizan tu pi wat haji sekali2 dgn dia pun wat haji juga..xtaulah utk operasi ni terlibat ke tak..setakat neh sedara mara aku yg polis ni baik PGA ke UTK takde dengar plak terlibat ke sana ke aku yg tak tau kot huhu
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 02:11 PM | Show all posts
setiap forummer hanya maximum bukan tread edisi sulu adalah satu sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 02:13 PM | Show all posts
amboi pantas aja TT ni ...gedeban
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2013 02:13 PM | Show all posts
MrsInsp posted on 11-3-2013 02:07 PM
suami sya kt sna skrg..sedih bila ank dengar je keta jiran sebelah n pintu jiran sebelah bunyi mes ...

suami uolss SB kan
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 02:13 PM | Show all posts
MrsInsp posted on 11-3-2013 02:07 PM
suami sya kt sna skrg..sedih bila ank dengar je keta jiran sebelah n pintu jiran sebelah bunyi mes ...

semoga suami kaka selamat pulang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-3-2013 02:13 PM | Show all posts
the_killer posted on 11-3-2013 02:11 PM
setiap forummer hanya maximum bukan tread edisi sulu adalah satu sahaja

ok..

mana tau aku takde kesempatan..

apa-apa pun ini yg terakhir aku bukak..


Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 02:15 PM | Show all posts
harap budget pertahanan akan dinaikkan..pembelian aset2 kententeraan bertambah..kita tak tau bila lagi kita kan kene dugaan macam nie..
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 02:16 PM | Show all posts
Suchi posted on 11-3-2013 02:13 PM
suami uolss SB kan

no komen....
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 02:17 PM | Show all posts
eazzad posted on 11-3-2013 01:55 PM
Uploaded with ImageShack.us

si pengganas tu tidur pun beralas daun pelepah... sos kiram sedap ...

ni pun jadi isu..???

nasib baik askar kita tak pikir cam ko...

kalau tak semua pakat balik tidur atas tilam...
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 02:18 PM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 11-3-2013 02:13 PM
semoga suami kaka selamat pulang..

thanxxx...rsa mcm jatuh cinta sekali lgi dgn dia sejak dia kt sna...
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 02:19 PM | Show all posts
slippergombak posted on 11-3-2013 01:58 PM
Semoga polis2 dan askar kita menembak semua sulu2 di sabah sana......terima kasih kepada pasukan kes ...

puak pembangkang cakap....najib yg arahkan 2 anggota keselamatan tu ditembak...... baik ko sebarkan berita ni....sahih lagi benar .......ni semua angkara najib....najib yg keluarkn arahan
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 02:19 PM | Show all posts
MrsInsp posted on 11-3-2013 02:07 PM
suami sya kt sna skrg..sedih bila ank dengar je keta jiran sebelah n pintu jiran sebelah bunyi mes ...

Jangan sedih2 kawan kuatkan semangat..dan banyakan doa..jangan anggap awak keseorangan ramai diantara kita rakyat Malaysia selalu mendoakn keselamtan anggota keselamtan kita..dan merasai perasaan awak..
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 02:20 PM | Show all posts
SulurBidar posted on 11-3-2013 02:13 PM
ok..

mana tau aku takde kesempatan..

bro, tajuk dh cun..............cuma tukar kpd ANJING KIRAM....................nnti terasa org2 sulu tempatan

tp terpulang lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2013 02:22 PM | Show all posts
akughi posted on 11-3-2013 02:19 PM
puak pembangkang cakap....najib yg arahkan 2 anggota keselamatan tu ditembak......  ...

bg la dia buat reversed osomosis..........totok percaya dan tian chua terkhilaf.

bersama2 kita doakan kejayaan pasukan keselamatan negara
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 02:26 PM | Show all posts
MrsInsp posted on 11-3-2013 02:16 PM
no komen....

huhu ok2..xpe..semoga beliau pulang dgn selamatnya ke pangkuan keluarga insyaallah..berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulinyaa..sedih juga baca keluhan kenkawan tp kita  hanya mampu doakan yg terbaik dan berharap kenkawan pun bersabar hadapi keadaan ini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2013 02:26 PM | Show all posts
batusembilan posted on 11-3-2013 02:20 PM
bro, tajuk dh cun..............cuma tukar kpd ANJING KIRAM....................nnti terasa org2 sul ...

Aku tak perasan hal tue..

Done..

Thanx for your input.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 02:41 PM | Show all posts
Thanxx suchi n saritimur...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.148890 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list