Selesai kelas yang terakhir pada hari itu, HanaAfina terus bergegas menuju ke Pizza Hut Jusco Bukit Indah. Dia mahu berjumpadengan lelaki idamannya sejak dari tingkatan lima lagi. Khabar tentang Nazirultelah bernikah dengan seseorang betul-betul menyakitkan hatinya. Adakah selamatiga tahun mereka menyulam cinta dia hanya bertepuk sebelah tangan dan lelakiitu hanya memainkan perasaannya?
“Lambat you sampai sayang” Nazirul berkata sebaiksaja Hana duduk di hadapannya. Pertanyaan Nazirul tadi disambut sepi oleh Hana.Tanpa memandang wajah lelaki itu, dia terus memesan segelas jus buah untukmenghilangkan dahaganya.
“Sayang?”
“ Siapa I pada you Naz? Kenapa you kahwin denganperempuan kat kampung you tu?” soal Hana setelah lama berdiam diri. Bengangpula bila mendengar Nazirul berkali-kali memanggil dirinya sayang. Dasarplayboy !
Nazirul tergelak. Itu rupanya punca gadis yangtinggi lampai bak model itu bersikap dingin dengannya.
“Apsal you gelak? Tak nampak ke I tengah marah ni??”bertambah panas hatinya apabila mendengar gelak tawa Nazirul. Bukannya diamembuat lawak sehingga lelaki itu ketawa dan geli hati.
“ Sayang..memang betul I kahwin dengan dia tapi tusemua terpaksa. Semua tu untuk dapat harta nenek I je. I cintakan you sorang jesayang” jelas Nazirul selepas berhenti ketawa. Kali ini suaranya kedengarantegas. Memang betul dalam hatinya cuma ada Hana Afina bukannya perempuan kampongitu.
“ I tak percayalah. Zaman sekarang ni mana ada lagikahwin paksa bagai ni. You kalau nak tipu tu agak-agaklah Naz”
“ Sumpah sayang I cuma cinta sayang kat you sorangje. Sampai satu masa nanti I akan ceraikan dia dan kahwin dengan you Hana. Ibuat ni semua untuk kesenangan kita jugak” balas Nazirul denganbersungguh-sungguh. Memang dia akui bukan senang untuk wanita itu percayalebih-lebih lagi bila melibatkan soal hati dan kahwin.
“Betul ke ni? Susah lah I nak percaya..tapi I adasatu soalan. You kahwin dah nak masuk sebulan..you dah sentuh dia ke?” soalHana apabila terfikir perkara yang sangat lazim apabila bercerita tentangpasangan yang dah berkahwin.
“ No ! Gelilah..jijik I. Never sayang. I milik yousepenuhnya” ujar Nazirul sambil menghadiahkan satu senyuman manis. Senyumanyang mampu mencairkan mana-mana hati wanita. Hujung minggu itu seperti biasa Damia pulang kerumah suaminya untuk menjalankan tangunggjawab yang diarahkan kepadanya.Tugasan yang bertimbun ditinggalkan sekejap. Tangunggjawab kepada keluargalebih penting.
Damia mengeluarkan bahan-bahan yang diperlukan untukmasak lauk asam pedas. Setahunya itu memang kegemaran mereka anak beranak sejakdari dulu lagi. Dia tahu pun sebab Nek Jah terlebih dahulu menceritakan apayang disukai oleh anak cucunya itu.
Beberapa ekor ikan kembung telah siap disiang dandibersihkan. Rempah dan bawang yang telah lumat ditumis untuk memberi rasa danmenaikkan lagi aroma kuah tersebut. Beberapa minit kemudian setelah semuanyasudah siap dimasak, Damia menghidangkan lauk-pauk tersebut di meja makan.
Kamilah segera yang berada di ruang tamu segeramelangkah ke meja makan. Nama Nazirul dipanggil dari bawah.
“Kau pergi panggil Naz..tidur lagi agaknya tu. Akudah lapar ni. Pergi panggil cepat !”
Arahan Kamilah dibalas dengan anggukan. Denganlangkah yang laju Damia terus melangkah menuju ke bahagian atas rumah. Pintubilik suaminya itu diselak. Memang betul sangkaan mertuanya yang lelaki itusedang enak tidur. Patutlah dari tadi Nazirul tak kelihatan.
“ Naz..bangun..Puan panggil makan” ujar Damia sambilmengerakkan tubuh Nazirul. Pada mulanya dia takut-takut untuk berbuat demikian.Status isteri yang sah membuatkan Damia berani untuk memegang tubuh Nazirul.
“Hana..Hana..”
Kedengaran Nazirul mengigau menyebut satu namaperempuan yang asing bagi Damia. Hatinya tersentap. Mungkin kerana perempuanini Nazirul tak pernah belajar untuk mencintai dirinya sebagaimana dia belajaruntuk mencintai lelaki itu.
“MIAAAA!!!”
Jeritan Kamilah mengejutkan Damia dari lamunan. Diaterus berlalu membiarkan Nazirul yang masih lagi lena. Airmatanya dikesat. Diatak mahu mak mertuanya melihat dia bersedih.
“Kau masak macam mana ni haa?? Tak sedap langsung !”jerkah Kamilah lagi. Entah kenapa lauk asam pedas itu langsung tidak menepaticitarasanya.
“Err..resipi ni Mia ambil dari Nek Jah. Maafkan Miapuan” takut-takut Damia bersuara. Rasanya tadi sudah cukup ramuan untuk memasaklauk tersebut.
“Tak habis-habis dengan maaf kau tu. Nah rasakanlauk kau yang macam samaph ni !” tengking Kamilah sambil mengambil sengenggamnasi lalu ditonyoh ke dalam mulut gadis itu beberapa kali. Puas sedikit hatinyabila melihat Damia terseksa.
“Mia mintak maaf puan…” Damia bersuara. Airmatanyalaju mengalir walaupun sudah ditahan. Bukannya sekali dua dia dilakukansebegitu, boleh dikatakan setiap kali dia memasak ada saja yang hendakdiburukkan oleh wanita tua itu.
p/s : Cukup panjang tak kali ni?? Hehe
|